Saturday, 19 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 10


“Farhana?” aku soalnya semula. Dia semakin menghampiri ku lantas duduk dibirai katil.

“Nor Farhana,” ujarnya menyatakan nama penuhnya barangkali. Aku ketap bibir, tak mampu mengingati siapakah gadis yang bernama Farhana ini.

“Farhana mana? Aku tak kenal la....” gumam ku seraya menolak selimut lantas turun dari katil mengutip baju dan seluar yang tergantung di jendela. Dia ikuti langkah ku, ke kanan ku pergi ke situ juga dia ekori... ke kiri ku menapak ke kiri jugalah dia bergerak.

“Haish.... yang kau ni ikut aku dari tadi kenapa? Ni siapa yang tanggalkan pakaian aku ni?” soal ku tidak puas hati. Berani-berani sungguh mereka memperlakukan aku seperti gigolo lorong Jalan Chow Kit.

“Saya, saya yang tanggal pakaian tuan!” aku panggung wajah mencari suara seorang gadis yang datang dari arah belakang.


“Huh, tak sangka perempuan bertudung seperti korang boleh bawa lelaki macam aku masuk ke dalam rumah. Tu, tudung tu buka buat kain buruk! Lagi bagus rasanya,” gumam ku menghamburkan amarah yang sesak di dalam dada akibat perbuatan mereka yang sudah melampaui batas hingga bertindak keterlaluan. Aku tidak gemarkan tubuh ku dilihat mana-mana gadis hatta mama sekalipun. Aku tak suka! Akibatnya tudung yang tersarung di kepala gadis itu menjadi bahan untuk aku lepaskan amarah!

“Encik, saya nak selamatkan akidah encik dari terus buat maksiat depan rumah saya. Lagipun saya tak tahan dengan bunyi bising setiap kali encik dengan kawan-kawan encik yang perangai macam setan tu buat parti. Menyusahkan orang lain!” bidas gadis yang memperkenalkan diri sebagai Farhana tadi.
Aku pandang gadis itu dengan pandangan tajam, tubuh itu ku hampiri lantas ku tolak sedikit hingga terduduk dia di birai katil. Aku tundukkan wajah ku dekat kepadanya, dada itu kelihatan berombak kecil menahan getar dan takut barangkali.

“Aku nak buat maksiat ke, nak buat anak ke.... atau nak mabuk sampai ke pagi ke? Apa masalah kau sekarang ni?”soal ku perlahan namun masih tegas. Dia telan liurnya beberapa kali.

“Jangan nak mengajar aku? Perempuan macam kau, nampak bertudung tapi dalam hati belum tentu ada baiknya! Entah-entah lagi busuk dari pelacur. Puihhh....” selarku lantas berdiri tegak sambil bercekak pinggang.

“Perempuan bertudung belum tentu baik, tetapi perempuan yang baik semestinya bertudung. Begitu juga lelaki yang baik sepatutnya tidak ‘menerakakan’ gadis lain dengan menganiaya kehidupan mereka yang sepatutnya dibimbing bukan dirosakkan. Tuan Attar, masih ingat pada saya lagi?” soalnya pada ku. Aku mulai berang ditegur sedemikian namun di akhir bicara gadis itu aku bagai merasa dia adalah insan yang terdekat pada ku suatu masa dahulu.

“Tak ingat, kau siapa?” soalku semula lantas menanggalkan baju itu dan segera menyarung kembali baju milik ku.

“Saya Neesa, mudahnya tuan Attar lupa pada saya!” gumam gadis itu lagi. Aku hentikan tindakan ku, mengambil masa merencanakan kata-katanya tadi. Neesa, adakah Neesa bekas kekasih lama ku dahulu? Arhgg... tak mungkin! Neesa yang dulu lebih urban, up to date dan lebih bergaya bukan seperti ini yang tampak ke kampungan dan sedikit tidak terurus ini.

“Neesa, ingat lagi tak?” soalnya semula. Aku angkat wajah mencari wajahnya, dia sedang berdiri di muka pintu sambil memerhatikan. Dari ekor mataku, rambut yang dahulu panjang mengurai kini sudah dipotong pendek paras bahu dan dilindungi dengan sehelai selendang tipis. Aku ketap bibir, apakah yang diinginkan gadis ini? Perasaan gusar mulai mengusai diri yang tadinya agak angkuh dan riak.
Farhana yang sedari tadi duduk di birai katil bingkas bangun meninggalkan aku dan Neesa. Aku kini semakin terhimpit dengan keadaan seperti ini.

“Bertanggungjawab pada saya tuan Attar, nikahi saya perempuan yang pernah tuan nodai dengan kata-kata manis tuan. Saya merayu tuan nikahi saya, saya akan berikan seluruh hati dan perasaan dan setia saya hanya pada tuan,” bicara yang tiba-tiba itu menjadikan dunia ku kelam. Aku rasa dunia berhenti berputar dan jarum jam jugak sudah terhenti dari berdetik.

“Tolonglah Attar, terima saya semula! Saya cinta dan sayangkan Attar lebih dari saya sayangkan diri saya sendiri. Attar, bertanggungjawab pada saya, saya tak minta lebih.” Sambungnya lagi. Aku geleng kepala laju tak mungkin ini kesudahan yang harus ku hadap setelah aku tinggalkan semuanya dahulu.
Esak tangis Neesa yang suatu hari dahulu pernah menjadi kekasih hati semenjak di bangku sekolah menengah menerjah hati yang sudah kosong ini. Aku menekur ke lantai, wajah yang kusut ku raup beberapa kali.

“Tolonglah Attar, kerana kesilapan lalu tiada lagi lelaki lain yang sudi nikahi saya dan mengambil saya sebagi seorang isteri sedangkan dalam hati ini saya mahukan anak sebagai penyambung zuriat keturunan saya,” Neesa melekapkan tangannya ke dada. Aku pandang tidak berkelip, aku bingung namun aku juga keliru.

“Tak mungkin Neesa, itu kisah lalu kita. Kita sama-sama rela dan setuju kenapa sekarang baru awak menuntut saya bertanggungjawab? Be rasional Neesa,” gumam ku tegas. Dia menjerit sebaik sahaja mendengar tutur kata ku.

“Mudahnya awak lepas tangan Attar? Mudah bukan?” soalnya keras. Aku bersandar ke dinding, terkaku dan terkedu.

“Nikahi saya,” sepatah kata-kata Neesa menusuk ke hati. Aku geleng kepala, aku tidak cintakan dia lagi dan aku tidak mahukannya lagi dengan apa yang dilakukan dahulu pasti dengan sesiapa juga dia turut lakukan hal yang sama. Aku raup wajah, tak mungkin Neesa ini yang ku pilih untuk dijadikan seorang isteri. Tak mungkin Neesa!

“Awak pujuk saya hingga ke bilik tidur Attar, awak usung saya ke sana sini, awak mewahkan hidup saya, awak beli hatidan jiwa saya dengan wang ringgit lantas awak nodai saya seperti saya seorang perempuan simpanan awak.  Awak kejam Attar, awak kejam!” laungnya kuat.

“Aku tak matang masa tu Neesa, aku tak fikir baik buruk! Aku mintak maaf sekali lagi tapi memang aku tak boleh terima kau, aku tak nak terikat dan aku tak nak komitmen!” tegas suara ku disambut esak yang kuat oleh Neesa.

“Neesa,” satu suara menyapa Neesa yang sedang teresak sambil menekup muka dengan kedua tapak tangan. Aku masih diam tidak berkutik, memerhatikan luar jendela yang menyajikan panorama awal pagi sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

“Nia, lelaki ni yang aku ceritakan pada kau dulu! Dia lelaki tu,” aku dengar Neesa menyebut nama seseorang. Aku telan liur yang terasa berpasir dikerongkong! Nia, benarkah apa yang aku dengari sekarang ini? Ah.... tak mungkin! Nia sudah lenyap dari hidup aku bahkan hilang tanpa dikesan.

“Nia, kau pujuk dia nikahi aku Nia. Tolonglah Nia, kau satu-satunya harapan aku kali ni, tolong aku Nia,” gumam Neesa lagi. Aku pula sudah terkedu di situ, langkah kaki juga terasa berat bagai dipateri.

“Assalammualaikum, saya Nia. Maaf kerana masuk campur dalam urusan awak berdua,” gumam suara itu lagi. Aku tidak sanggup untuk berhadapan dengan kenyataan ketika ini. Mungkinkah Nia yang dimaksudkan adalah gadis yang sama dua tahun lalu. Aku bungkam seribu bahasa.

“Waalaikumusaalam,” jawab ku sepatah lalu dapat aku rasakan gadis bergelar Nia sedang menghampiri dan berdiri dibelakang ku. Bau wangian yang lembut memenuhi seluruh ruang di mana aku berdiri. Minyak wangi itu adalah milik Nia, aku kenal akan aroma yang terhasil dari minyak wangi yang digunakan oleh Nia.

Aku kuatkan hati dan semangat untuk berpaling mencari wajah Nia, semoga Nia ini adalah Nia yang sama dua tahun lepas namun untuk bertemu dalam keadaan seperti ini bukanlah menjadi harapan dan impian ku.

“Nia,” gumam ku sepatah. Dia mengangkat wajah lantas mencari wajah ku. Mata ku dan dia bersabung. Terlepas bunga kristal dari pegangan tangannya lalu jatuh terhempas ke lantai.

“Nia, pujuklah dia berkahwin dengan aku Nia. Tolonglah pujuk dia Nia, aku merayu pada kau!” Neesa sudah datang menghampiri lantas memegang erat lengan Nia agar memujuk aku menikahinya. Aku geleng kepala laju namun Nia pula berundur setapak lantas berpusing meninggalkan aku dan Neesa di situ.

“Nia,” panggil ku kuat. Dia tidak menoleh bahkan terus hilang ke dalam bilik bertentangan. Neesa pula teresak menahan pilu angkara perbuatan kurang matang ku dahulu.

“Awak kenal Nia?” soalnya sambil menyeka air mata di pipi. Aku geleng kepala tanda tidak tahu jawapan apakah untuk ku layangkan kepada Neesa.

Sedang aku memerhatikan Neesa, kelibat Nia bersama beg tangannya sudah bergerak menuju ke muka pintu. Aku ikuti langkahnya laju, dia melangkah dengan lebih laju lagi. Neesa ku tinggalkan begitu sahaja walaupun aku mendengar dia memanggil nama ku beberapa kali.

“Nia, Nia... berhenti sekejap,” pinta ku pelahan. Dengan Nia aku tidak boleh berkasar, entah mengapa hatinya cukup ku jaga dengan baik.

“Ya tuan Attar, saya dah tak bekerja dengan tuan Attar lagi. Saya dah lama berhenti,” tuturnya membuang pandang ke sebelah kanan. Aku yang masih berdiri disebelah kirinya pula bergerak ke hadapan, ku sentuh dagu yang masih lagi terlindung dengan niqabnya sambil ku angkat sedikit wajah itu dengan hujung jari. Ada air mata yang bergenang, ingin ku sentuh dan ku sapu air mata itu namun dia menepis perlahan.

“Maaf tuan, saya tak biasa.” Ujarnya bergerak sedikit mencipta jarak antara kami.

“Nia, ke mana kau hilang selama ni Nia? Kenapa langsung tak datang jenguk aku?” soalku bertalu-talu. Sungguh aku kecewa saat mula ditinggalkan dan saat di awal peringkat melupakan Nia yang pernah singgah di hatiku selama tiga minggu dahulu.

“Itu bukan persoalannya, yang penting sekarang ni tuan Attar perlu bertanggungjawab pada Neesa! Dia lebih perlukan tuan Attar demi masa depan dia.” Tutur Nia tidak memandang wajahku bahkan tunduk menekur lantai.

“Habis kau macam mana?” soalku pendek. Dia hela nafasnya perlahan namun sempat aku mendengar keluhan yang terbit dari kedua bibir itu.

“Selagi saya masih mampu bertahan saya akan terus tahan,” gumamnya pasrah. Aku ketap bibir, aku harapkan dia melarang bukan merelakan semua ini dari terus berlaku. Namun dia inginkan sebaliknya, ah susahnya meneka hati wanita!

“Sudah, ikut aku,” tangannya ku rentap kasar agar terus menapak mengikuti langkah ku ke suatu tempat. Tubuhnya ku tolak masuk ke dalam perut kereta, dia mendengus kesakitan namun untuk kali ini Nia tidak akan ku lepaskan hatta datanglah bidadari sekalipun. Nia akan ku jaga sampai mati, dia hak ku yang mutlak!

“Saya tak nak, saya nak balik.” Ujarnya bersama derai air mata. Aku kuatkan hati tidak mahu terpengaruh dengan tangisan yang sedang bercucuran ke pipi.

“Jangan degil Nia, ikut aku. Aku nak kau jelaskan semuanya hari ini juga,” aku tekan minyak hingga jarum meter menghala angka 180 kilometer sejam. Dia pegang lengan ku kuat, terasa kelajuan ini bagai mahu membunuh nyawanya.

“Tolonglah hantar saya balik tuan, saya tak nak ikut tuan lagi. Cukuplah tuan, saya dah pergi jauh dari hidup tuan,” tuturnya dalam esak. Aku hentak stereng kereta kuat. Dia tarik tangan dari lenganku laju, meleraikan pegangannya tadi.

“Kalau aku cakap, jangan bangkang! Aku tak suka,” gumam ku perlahan namun masih tegas. Dia terus diam tidak berkata lagi hingga kereta yang ku pandu tersadai di  persisir Pantai Merdeka. Aku keluar dari perut kereta lantas tangannya juga ku tarik agar sama-sama keluar menuju ke pantai yang semakin surut menampakkan pepasir yang melatari seluruh pantai.

“Nia, aku mintak maaf berkasar dengan kau. Maafkan aku,” ucap ku ikhlas dari hati. Dia angkat wajahnya menatap wajah ku sesaat kemudian dia tundukkan semula wajah menatap pepasir pantai yang bersih.

“Saya dah maafkan tuan, tuan hantar saya balik. Saya sedih, saya nak bersendirian,” tuturnya bergerak sedikit ke hadapan. Aku biarkan dia menapak jauh kehadapan, aku buntu. Dalam rasa rindu yang kembali hadir ketika itu juga kasih yang dulu pudar kembali bersinar namun kini ia seakan mahu malap dan terus padam. Aku tidak rela itu semua terjadi lagi.

“Nia jangan degil, kau isteri aku lagi!” aku sebut hal itu buat pertama kali dihadapannya. Dia panggung wajahnya sambil ada air mata yang bergenang.

“Selama ni, tuan tak pernah anggap saya isteri tuan.... tuan hanya anggap saya baby sitter tuan masa sakit, layan makan minum tuan. Mandikan dan siapakan pakaian tuan, tak pernah tuan anggap saya isteri tapi kenapa dengan hari ni tuan nak mengaku saya isteri tuan,” lirih suara Nia menyapa pendengaran ku.

“Sebab aku tak pernah ceraikan kau lagi,” suara ku juga kedengaran perlahan. Aku saingi langkahnya rapat bahu bertemu bahu, dia pula jarakkan sedikit kedudukan ketika ini.

“Neesa, bertanggungjawablah pada dia. Tak sangka dunia kecil sangat, dalam setiap hari saya dengar kisah sedih kehidupan dia, bercinta dan ternoda dengan kekasih hatinya dan tak disangka kekasih hati dia itu adalah suami saya. Saya tak sangka yang tuan jauh terlanjur hingga ke tahap itu.” Gumam Nia mencarik hati lelaki ku. Benar dia juga percayakan kata-kata Neesa yang sememangnya tidak ada betulnya itu.

“Nikahi dia tuan, bertanggungjawablah pada dia. Jika terpaksa undur diri, saya rela undur diri, jika terpaksa berkongsi kasih saya juga relakan namun tidak sesekali Neesa ketahui siapa saya pada tuan,” tuturnya sebak aku ketap bibir cuba bersabar melayani emosi Nia yang baru sahaja ku temui setelah dua tahun terpisah.

“Nia, pandang aku? Pandang aku Nia?” soal ku sambil memegang erat kedua bahunya. Dia masih tunduk tidak mahu membalas pandangan mata ku.

“Selama kau bersama aku, pernah aku lakukan sesuatu tanpa kerelaan kau?” aku tanya namun dia diam tidak mahu bersuara.

“Kau dengar tak apa yang aku kata ni Nia?” soalku panas baran. Kesabaran yang tipis ini sering kali teruji bila bersama Nia.

“Tak pernah!” jawabnya sepatah lantas tubuh itu ku tarik ke dalam pelukan kejap dan kemas. Dia berusaha menolak namun aku kejapkan lagi pelukan itu hingga tangisannya kedengaran semakin kuat. Aku lepaskan dia segera, mata yang cantik itu berkaca-kaca.

 “Neesa, kahwini dia tuan. Terimalah dia dan sayangilah dia seperti mana tuan pernah cintakan dia dulu,” Nia memulakan semula persengketaan. Aku mendengus tidak puas hati namun Nia buat-buat tidak mahu memahami.

“Kalau aku tahu dengan berjalan boleh buat aku serba salah begini, better aku cacat macam dulu! Puas hati, dah tak ada siapa pun yang nak dekat dengan aku. Bila aku dah sihat semua datang menuntut hak! Adil untuk aku. Adil ke Nia? Suara kasar ku sudah kuat kedengaran.

“Tuan nak adil yang macam mana?  Pelihara maruah dia semula tuan, maruah dia dah tercalar lama, bertahun sejak tuan belasan tahun lagi. Habis siapa lagi lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab pada Neesa? Siapa lagi kalau bukan tuan?” Nia juga tegas berbicara.

“Beri keadilan pada Neesa tuan,” gumamnya lagi bagai menaikan suhu kepanasan hati ku. Ingin sahaja ku tutup mulut itu agar tidak sewenang-wenangnya memaksa lakukan sesuatu yang aku sendiri tidak inginkan.

“Tuan, kita tak sekufu, tidak sehaluan, berbeza cara hidup dan amalan dan kita juga tak seharusnya bersama.” Kata-kata yang pernah ku ungkap dua tahun lepas kembali kedengaran. Aku hela nafas kasar.

“Selagi kau isteri aku, selagi itu aku takkan lepaskan kau Nia!” aku tinggalkan Nia melayan kesedihan sendirian. Biarlah dia menagis semahu-mahunya, namun untuk terus tinggalkan dia dan berpaling kepada Neesa tidak sama sekali. Maaf aku tak mampu menyayangi dua wanita dalam satu masa kerana hati aku hanya satu dan akan ku beri kepada yang satu iaitu Nia.


Malam itu aku tiba di rumah hampir jam tiga pagi, Nia sudah ku hantar ke kondominium milik Farhana dan Neesa. Tanpa sedar pertemuan ku bersama Farhana di hospital dan berhampiran lif membawa aku bertemu dua wanita yang pernah singgah di hati ku suatu masa dahulu. Memang dunia ini sesuatu yang aneh!

“Attar lewat balik! Mama ada sesuatu nak cakap pada Attar! Duduk dulu,” aku mengambil tempat duduk dihadapan mama. Suasana ruang tamu ini sunyi seperti biasa, tiada yang indahnya.

“Apa dia mama?” soal ku endah tak endah. Badan ku sudah keletihan menahan kantuk dan lesu meamndu jauh hingga ke utara tanah air kemudian berpatah semula ke Kuala Lumpur. Memang tak pernah dibuat oleh ku sebelum ini.

“Mama dah propose Neesa untuk jadi wife Attar, family dia pun sudah setuju dan majlis akan berlangsung hujung bulan ni! Attar jangan tolak tuah, Neesa anak tunggal sama seperti Attar. Jadi harta family dia akan jatuh kepada Attar nanti. Mama dah rancang yang terbaik untuk Attar.” Aku bangkit segera dari duduk yang tadinya agak selesa. Terkejut bukan kepalang, mama pandai-pandai sahaja mengatur hidup ku sejak akhir-akhir ini. Bosan!

“What? Apa ni mama, ni dah melampau!” aku keraskan suara ku kuat bergema satu rumah banglo ini. Mama juga bangkit dari duduknya melawan marah ku sama.
“Apa yang melampaunya Attar? Mama buat untuk kebaikan Attar jugak bukan untuk siapa-siapa!” gumam mama bercekak pinggang.

“Attar tak setuju, apa nak jadi-jadilah! Attar kata tak nak, maksudnya tak nak! Fullstop dan muktamad  mama,” aku henyakkan duduk ku semula. Sakit kepala datang menyerang berbagai-bagai masalah datang serentak. Aduh pening kepala aku!

“ Jangan degil Attar, mama dah tempah wedding planner dan dan edar kad jemputan pada semua VVIP kita. Mama nak Attar ikut cakap mama apa cara sekalipun, faham!” keras nada mama menusuk ke pendengaran ku. Aku pandang susuk tubuh mama yang sudah beredar, sanggup menunggu berjam-jam semata-mata mahu bertikam lidahj dengan ku. Huh, aku benci dipaksa!

“Nia,” nama itu akhirnya keluar dari celah bibir ku. Aku ingin berjumpa dia, lantas kunci kereta ku gapai dan laju menyusun langkah kaki menuju ke garaj. Enjin kereta ku hidupkan lantas aku teruskan pemanduan menuju ke kondo milik Neesa dan Farhana.
Pesanan ringkas masuk ke dalam peti simpanan mesej, Nia pisat matanya beberapa kali, lampu dihujung kepala katil dinyalakan segera. Melihat mesej yang masuk, Attar mahu berjumpa dengannya sekarang. Nia bingkas bangun dan bersiap ala kadar dan masih sempat juga dia menggapai beg telekung di atas meja solek lantas segera turun mendapatkan Attar yang sudah setia menunggu di tempat meletak kereta.

“Nia,” panggilku perlahan. Dia pandang wajah ku seketika langsung ditundukkan semula wajahnya.

“Teman aku malam ni Nia,” gumam ku meneruskan pemanduan.

“Ke mana?” soalnya dalam nada suara serak baru bangun tidur.

“Entahlah, aku tak tahu!” Nia angguk kepalanya sekali lalu terukir senyuman dan dia  merebahkan kepala ke bahu ku. Aku sambut perbuatannya dengan tenang dan gembira. Sudah lama aku tidak bermanja dengan Nia.

“Nia, aku nak tanya pendapat kau! Aku harap kau bagi jawapan jujur pada soalan aku ni,” tutur ku perlahan masih memandu entah ke mana destinasi yang ingin ku pergi.

 “Kau sanggup bermadu?” satu soalan yang sepatutnya aku tahu jawapan ku soal kepadanya. Mana ada wanita yang sanggup dimadukan sedangkan dalam bercinta tanpa ikatan yang sah juga sudah hampir kecewa jika diduakan oleh pasangan inikan pula jika mempunyai ikatan yang sah dan halal.
Dia diam sahaja, aku masih menunggu jawapan darinya.

“Tak,” sepatah dia menjawab. Aku hela nafas ku perlahan. Siang tadi dia sanggup bermadu dan kini bila malam menjelma dia ubah pendiriannya pula.

“Tadi petang sanggup bermadu, kenapa malam tak sanggup pulak?” soal ku cuba mengorek rahsia.

“Sebab siang tadi kecewa dan marah, mestilah cakap pun tak fikir panjang! Sekarang dah tenang, jadi jawapannya tak boleh. Tak boleh...” ulangnya dua kali. Aku garu kepala namun dalam hati aku tersenyum, Nia cemburu dan sudah tentulah dia sayangkan aku.

“Nia, ermm... nak. Nak....” aku lunakkan suara. Dia jeling aku sekilas buat tidak faham. Aku sentuh tangannya perlahan namun dia menepis.

“Nia,” aku pegang jarinya. Nyata dia sedikit tersentak.

“Hish apa ni? Miang!” tangan ku ditepis sedikit. Aku ketawa lucu.



Nantikan sambungan yang lebih mendebarkan hehe.....enjoice!

7 comments:

  1. 2tahun tak bagi nafkah, tak jatuh talak ke?

    ReplyDelete
  2. aduh!! buat saspen ja ni.
    hrp nia dgn attar kekal bersama.

    ReplyDelete
  3. maaf mencelah.....kebiasaannya lepas akad suami akan bertaklik .....jika dia meninggalkan isteri selama tiga bulan berturut-turut tanpa nafkah zahir batin maka talak akan jatuh.....dgn syarat isteri mengadu kpd pejabat kadi jika tidak hubungan masih lagi kekal....

    ReplyDelete
  4. Janganlah nia bermadu dengan kawan plak2,mak attar pun satu ikut kepala dia je, duit..duit..anak sendiri pun xnak tau bahagia ke x

    ReplyDelete
  5. selagi dia tak mintak fasakh n suami tak ceraikan dia tetap isteri pada suaminya

    ReplyDelete
  6. mkin mnarik.....cptla skit buat smbugannye...

    ReplyDelete
  7. mkin mnarik..cpatla skit buat smbungannye

    ReplyDelete

There was an error in this gadget