Wednesday, 23 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 14



“Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.
Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya :
"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)


Laman web yang baru ku layari membuatkan aku sedikit tersedar seketika tentang apa yang terjadi dalam hidup ku kini. Sedikit sebanyak aku mulai sedar, semua yang terjadi ini pasti kesan atas perbuatan ku dahulu yang terlalu mudah mengikut kata hati, menabur janji dan mengajar Neesa tentang sesuatu yang sepatutnya aku jauhi dan lindungi dia dari semua itu. Kerana kebebasan mutlak itu aku kini terpenjara dengan kesalahan yang bukan datangnya dari ku.
Mungkin juga ini balasan yang ku terima kerana mendedahkan Neesa kepada kehidupan sosial, berhibur hingga lewat malam dan berbual dengan lelaki tanpa had dan kawalan. Semua ini salah ku pada Neesa hingga dia tersasar jauh dan kembali kepada ku menuntut tanggungjawab di atas kesalahan ku padanya dahulu.

Aku perhatikan Nia yang masih lagi sedang melayani pelanggannya. Musim haji bakal tiba dan ini peluang yang terbaik buat Nia menambah pendapatan dalam perniagaannya disamping meningkatkan amalan katanya. Aku henyakkan tubuh ke kerusi berlapik span tipis, meja kerja Nia ku perhatikan. Sekeping gambar ku yang sedang duduk di kerusi roda suatu ketika dahulu terletak kemas di dalam bingkai gambar. Entah bila Nia merakam gambar  itu, aku tidak pasti. Nafas ku hela perlahan. Dan ketika ini minda ku kembali melayang ke peristiwa pagi tadi di mana mama dan Neesa datang ke butik Nia. Aku tahu Nia sudah bersedia berhadapan dengan kemungkinan yang bakal terjadi cuma aku, ya aku sahaja yang tidak bersedia. Antara Nia dan Neesa, Nia pilihan hati ku dan antara mama dan Nia mama menjadi keutaman ku tambahan pula aku satu-satunya anak tunggal mama dan aku kini bertanggungjawab pada mama yang hidupnya jauh tersimpang dari landasan agama sama seperti ku. Mujur Allah utuskan Nia pada ku, memberi cahaya menyuluh jalan hidup yang dahulunya gelap gelita.

“Hai Nia, cantik you hari ni. Ada apa-apa ke?” soalan Neesa menerjah pendengaran ku. Aku tahu wanita itu sedang mencungkil rahsia berkaitan aku melalui Nia dan aku tahu pandangan mata mama seaakan dapat mengesan siapakah Nia yang sebenarnya.

“Biasa je Neesa, you nak cari apa-apa ke?” pertanyaan Nia di balas dengan gelengan dari Neesa.

“Actually, I nak cari butik pengantin! Hujung bulan ni I bersanding and I nak you jadi pengapit I macam hari tu. And I datang sini pun nak ajak you pergi tempah baju pengapit untuk majlis sanding I nanti. Jomlah,” pelawa Neesa kedengaran gedik. Geli pula aku mendengarnya.

“Sorry Neesa, I kena jaga butik ni. Lagipun supervisor I tengah cuti, jadi hari ni I tak boleh tinggalkan butik tanpa supervise. Next time boleh tak?” Nia menolak dengan baik. Aku hela nafas lega, sejujurnya aku tidak sanggup membiarkan Nia hadir di hari persandingan itu nanti. Aku hanya mahu dia sahaja menjadi pengantin ku bukan Neesa yang tidak sedikit pun singgah di hati.

“Janganlah macam tu, you kan BFF I, sampai hati you tolak permintaan I ni Nia. You tak kesian pada I ke? Dah lah husband I tak balik rumah semalam, entah ke mana dia pergi!” gerutu Neesa pada Nia. Aku ketap gigi, berang rasanya tatkla Nia di perlakukan begitu.Bukan Neesa tidak tahu bahawasanya aku bersama Nia jika bukan bersamanya, jadi apakah maksud kata-katanya tadi jika bukan untuk menyakitkan hati Nia isteri ku ini.

“Oh yeke? Hmm... maybe dia ada kerja lain yang lebih penting kut,” balas Nia selamba. Aku mahu ketawa melihat reaksi Neesa yang sudah cemberut mendengar kata-kata Nia tadi. Padan muka diperli Nia sebegitu.

“So, you jadi ke tidak nak ikut I ni?” soalan Neesa kedengaran sedikit keras. Aku perhatikan mama yang sudah menapak masuk ke dalam butik sambil mata itu melilau melihat persalinan jubah moden yang tergantung cantik di stand besi. Daun pintu fitting room ku tarik rapat agar mama tidak menyedari aku ada di butik ini bersama Nia!

“I think so, maaf Neesa! I tak boleh tinggal butik I hari ni, hope you understand me please,” gumam Nia menyentuh lengan Neesa yang sedikit terdedah.

“Okey, kalau macam tu I pilih yang sesuai dengan tema than ukuran you, I refer pada ukuran badan I boleh? Lagipun kita hampir sama yang beza boobs you tu besar sikit,” ketawa Neesa kedengaran mengejek. Nia masih tenang seperti biasa jarang sekali aku melihat dia melatah! Pandai isteri pertama ku menjaga diri, tanpa sedar aku puji Nia habis-habisan.

“Its okey Neesa, I tak kisah asalkan you pilih yang sesuai dengan imej I, itu dah cukup baik pada I.” Ujar Nia sambil memeluk tubuh Neesa kejap. Hai mesranya mereka ni, tak sanggup pula aku berdiri di hadapan keduanya. Siapa agaknya yang mahu mengalah nanti?

“Okey, thanks Nia. Take care, I pergi dulu ya!” gumam Neesa sambil kuntum senyum ke arah Nia dan mama juga beriringan keluar bersama Neesa. Terduduk aku seketika bagaimana untuk aku ,memilih keduanya sedang mereka itu bersahabat baik? Huh, rumitnya masalah aku!

“Tuan, hmmm... jauhnya termenung! Ingatkan isteri baru ke?” aku kalih pandangan pada Nia yang sedang berdiri di muka pintu. Aku masamkan muka tiba-tiba biar Nia tahu aku tak terasa hati akan kata-katanya itu.

“Nia sini sekejap,” pinta ku dalam rasa sebak tiba-tiba. Hairan, mudah benar mood ku berubah dalam sekelip mata.

“Aku hanya ada isteri, isteri aku adalah kau! Bukan siapa-siapa Nia!” tutur ku harap dia mengerti yang aku tidak gemar dia bergurau sedemikian.

“Tuan, jangan cakap begitu, hendak atau tidak Neesa isteri tuan yang sah dan pernikahan tuan berdua juga sah di sisi agama kita. Jadi tuan tak boleh nafikan hak dia sebagai seorang isteri,” bicara Nia ku telan dengan rasa pahit yang mencengkam hati.

“Aku tak mampu Nia, jangan paksa aku dan aku harap kau bersabar sementara aku selesaikan semua ni. Aku tak nak kita cakap pasal Neesa bila kau bersama aku, please!” rayu ku agar Nia memahami kehendak hati ku.

“Perkahwinan ini satu perjudian tuan, entah bahagia entah derita itu kita tak pasti di akhir kesudahan kita. Sebagai seorang wanita dan seorang isteri saya tak sepatutnya mengheret suami saya ke neraka kerana enggan berkongsi kasih dan abaikan tangungjawabnya pada orang yang dibawah tangungannya tuan,” bicara Nia sekali lagi merenggut hati ku. Ya ada benarnya pada kata-kata Nia, dia insan terpelajar dalam ilmu agama dan aku tahu sebagai seorang yang terpelajar Nia tahu hukum hakam dengan lebih mendalam berbanding aku yang jahil agama ini.
Dahulu dia bohongiku, katanya dia belajar di UITM satu universiti dengan ku namun tidak lama rahsianya terbongkar dan dia merupakan graduan dari Kaherah Mesir yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam pengajian Hadis dan Al Quran.

“Aku akan lepaskan dia suatu hari nanti Nia, buat masa ni aku terpaksa besabar keadaan tak mengizinkan,” gumam ku menarik dia duduk di sisi ku.

“Tuan, penceraian sesuatu yang dihalalkan tapi Allah tak suka tuan. Tuan tahukan,” aku angguk sekali. Ya itu memang ku akui dan sudah sedia maklum!

“Jangan tinggalkan Nia tuan, Nia sanggup lakukan apa sahaja asalkan Nia dapat bersama tuan,” katanya lagi. Aku angkat wajah mencari wajah Nia. Suaranya kedengaran ikhlas hingga tersntuh  di hati. Tak mungkin aku lepaskan Nia, biar datang seribu insan seperti Nia tak mungkin aku lupakan Nia begitu sahaja kecuali Allah sudah hilangkan ingatan ku pada insan bernama Farhanatul Nadia.

“Nia, aku juga sayangkan kau. Aku takkan tinggalkan kau lagi, walau apa terjadi sekalipun!” balas ku perlahan.

“Kau jangan risau Nia, aku sayangkan kau dunia akhirat! Aku akan berubah demi hubungan ni dan aku akan beri kasih aku hanya pada kau!” janji ku pada Nia. Dan dia ku peluk dari belakang, tidak sanggup kehilangan wanita ini.

“Betul?” soalnya sekali. Aku angguk sahaja lantas ku kucup pipi yang berniqab sekali.  Terasa niqabnya yang dipakai basah dengan air mata, Nia jangan menangis Nia. Aku tak sanggup tengok air mata ini jatuh sekali lagi. Hukumlah aku dengan apa sekalipun tapi jangan hukum aku dengan air mata ini.

“Kalau tuan sayangkan Nia, jalankan tanggungjawab tuan pada Neesa,” permintaan Nia bagai batu besar menghempap tubuh ku.

“Pergi pada Neesa tuan, dia perlukan tuan! Walau anak siapa yang dikandungnya, tuan perlu lindungi dia dan pulangkan dia ke tempat asalnya. Nia tak mampu nak ubah dia, Nia dah cuba. Anggaplah perkahwinan ini sebagai satu cara tuan kembalikan hidup dia ke jalan yang sepatutnya, tuan lindungi dia dan pimpin dia semula!” Nia sudah lepaskan rangkulan tadi. Aku tertunduk, permintaan Nia terlalu berat sedang aku juga bukan lelaki yang soleh. Bagaimana aku yang tidak sempurna iman ini mengajar orang lain yang hampir sama seperti ku? Ah tak mungkin Nia, permintaan kau terlalu berat untuk aku tunaikan!

“Nia, harap tuan dapat tunaikan permintaan Nia.” Tuturnya seraya berlalu pergi dari bilik pejabatnya sambil jari jemari itu sekali lagi menyeka air mata yang bergenang! Nia aku mohon jangan kau minta sesuatu diluar kemampuan ku! Aku hela nafas yang semakin sarat membeban di dada. Ya Allah, aku tersepit antara kasih dan tanggunjawab. Aku pejamkan mata buat sekian kalinya memohon agar hati ini dikuatkan agar dapat menempuh beban perasaan yang hebat melanda.



Aku melangkah keluar dari bilik pejabat Nia, beberapa pembantunya menoleh ke arah ku sekilas dan aku hanya pamer senyuman buat mereka. Kemesraan antara Nia dan pembantu-pembantunya jelas dipandangan mata ku tatkala melihat mereka berkongsi makanan dan duduk semeja menikmati makan tengahari bersama majikan yang jarang sekali aku lihat di mana-mana tempat terutama sekali syarikat gergasi seperti syarikat mama.

“Diana, Cik Nia mana?” pertanyaan ku disambut senyuman Diana yang sedang menggantung beberapa pasang jubah baru di hanger.

“Cik Nia ada dekat depan sana, layan pakcik tu. Pakcik tu selalu datang sini sebab Cik Nia baik dengan dia!” Diana menunjuk arah di mana Nia berada. Aku angguk sekali, ingin juga ku lihat siapa pakcik yang dikatakan gemar datang ke butik ini. Langkah kaki ku atur perlahan memerhatikan kelibat Nia yang sedang memilih beberapa persalinan buat pelanggan lelaki yang mengikut perkiraan ku umurnya sebaya Pak Deris barangkali.

“Pakcik bila berangkat ke sana?” bicara Nia dibalas mesra lelaki itu. Aku masih lagi berselindung di sebalik deretan kurung moden yang tergantung mencuri dengar perbualan Nia dan Diana yang memerhatikan tingkah laku ku menekup mulut menahan tawa melihat aku yang terhendap-hendap di situ.

“Hujung bulan ni nak, tak sabar rasanya nak ke sana! Nia nak kirim apa-apa? Boleh pakcik belikan nanti,” aku kuntum senyum ternyata Nia amat disenangi oleh golongan sebaya Pak Deris dan Mak Mah. Dahulu seminggu selepas ketiadaan Nia, Mak Mah jatuh sakit kerana merindui Nia dan Pak Deris juga bagai hilang mood bekerja. Hebat sungguh penangan Nia pada mereka. Apa agaknya rahsia Nia hingga mudah sekali disenangi golongan itu!

“Nia tak nak kirim apa-apa, dua perkara je Nia nak pesan. Tolong sampaikan salam Nia di makam Rasullullah. Dan doakan Nia dapat ke sana suatu hari nanti bersama suami Nia ya pakcik,” tutur bicara Nia menyentuh hati ku. Sungguh aku sedikit terharu Nia memohon agar aku dapat ke sana bersamanya. Terima kasih Nia, dalam hati ini kasih yang sukar ku perolehi suatu ketika dahulu bagai kembali terisi dengan kehadiran Nia.

Aku beranikan diri melangkah keluar dari tempat persembunyian tadi, nah ketika ini aku berhadapan dengan pakcik yang sedang membeli kelengkapan untuk menunaikan ibadah haji pada hujung bulan ini bersamaan tarikh persandinganku!

Aku memeluk bahu Nia kejap dan Nia sedikit tersentak namun kembali tersenyum setelah menyedari aku yang menyentuhnya. “Tuan, pakcik ni nak ke Mekah buat haji. Bila agaknya kita boleh pergi ya?” soal Nia ceria. Aku senyum sambil memerhatikan pakcik yang sedang menunduk memasukkan beg kertas berisi pakaian yang dipilihnya tadi ke dalam beg galas.

“Berapa harga semua ni Nia?” soal Pakcik itu masih lagi dalam keadaan menunduk cuba memasukkan beberapa persalinan itu ke dalam begnya namun masih gagal.

“Tak payahlah pakcik, Nia hadiahkan pada pakcik sempena pakcik nak ke sana buat haji.” Gumam Nia dan aku yang melihat lelaki itu bagai terkial-kial terbuka hati untuk membantunya.
Sedang aku menunduk untuk membantunya dan dia mengangkat wajah, pandangan itu bertaut! Lama dan dalam, dan rasa sebak itu tiba-tiba hadir. Apakah ini mimpi? Nia tolong sedarkan aku dari mimpi ini Nia, bawa aku keluar dari mimpi ini!” rayu ku bergema dalam hati.

“Tuan, pakcik kenapa ni?” suara Nia bagai angin lalu dan aku masih lagi terkesima dan kaku di situ.



P/S PENULIS:  DROP KOMEN ANDA UNTUK ENTRY KALI NI. OKEY KE TIDAK? TQ :)








5 comments:

  1. tak ok!!! selagi neesa tak dicerai, u tulis la mcmana pun plot cerita ni, tp akhirnya saya nak neesa diceraikan atau mati kena langgar lori.

    meluatla perempuan gatal macam ni..

    tolong la jangan buat attar tu dayus sangat nak terima perempuan penzina..tak suka >.<

    ReplyDelete
  2. setuju dengan riri...

    ReplyDelete
  3. agaknya pakcik2 ayah attar kan..kan..klu klu betul bolehla dia bela attar depan mama dia yang garang2

    ReplyDelete
  4. saya pun rase macam ayah attar je...sebb dia terpegun seketika....

    apa lagi attar bgtau la kat ayah anda masalah yang terjadi spya dapat penyelesaian yang menguntungkan sume org...

    nia ni pun baik sgt la...
    tapi attar boleh ke nak bawa neesa kpda islam....sedangkan attar pun x berilmu...

    xnak la attar ngan neesa....buat la mase persandingan neesa 2 dia keguguran....dapat ar attar ceraikan neesa...
    neesa pun dah xde motif nak kenakan attar...
    cian kat nia....

    bg la pengajaran kat mama attar skali...yang harta byk pun x menjaminkan kebahagiaan yang kekal...

    ReplyDelete
  5. Tak suka neesa sangat-sangat......

    Nia sangat simpati dengannya...

    Hope Attar berubah ke arah yang lebih baik dan mampu ubah ibu nya juga. Matangkan lagi karektor Attar nie yerk...

    Dan neesa kawin dengan ayah baby yang dikandungkan selepas bercerai dengan Attar....

    ReplyDelete

There was an error in this gadget