Monday, 28 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 19

Teratak Fahkrudin

“Hei you all ni semua tak ada kerja lain ke? Buat kerja!” amarah ku lepaskan pula pada semua staf yang sedang berkumpul di suatu sudut, namun mereka masih tegak tidak berganjak menjadikan hati ku semakin panas. Kumpulan itu aku hampiri dan kali ini aku benar-benar tidak menyangka, kejutan pagi ini mampu membuatkan aku jatuh rebah! Berita pertukaran hak milik syarikat kepada pihak lain sedang tersebar luas melalui surat yang tidak bertarikh itu.

“Encik Attar, bagaimana dengan kami?” soal satu suara buat aku terkedu, ya bagaimana dengan nasib mereka semua apabila syarikat ini diambil alih? Ah tensionnya aku! Dengan keadaan mama yang begitu, Neesa pula tidak habis-habis menyakitkan hati dan syarikat pula bermasalah, apa lagi yang boleh aku lakukan kini!


“Sekejap-sekejap, bagi saya fikir dulu. You all buat kerja you all dulu!” gumam ku sambil mengorak langkah menuju ke bilik mama. Pasti mama sudah tiba waktu-waktu begini. Daun pintu ku ketuk perlahan dan terus sahaja aku melangkah masuk dan kali ini aku sekali lagi dihambat curiga melihat susun atur bilik kerja mama yang sudah berubah kedudukan.

“How new look?” bicara seseorang buat aku kalih pandangan ke belakang. Neesa! dia buat apa dekat sini!

“Kau buat apa ni Neesa?” soal ku pendek sambil menyeluk tangan kanan ke dalam poket. Tangan kiri pula ku rungkaikan tali leher yang tadi kemas dipakaikan oleh Nia.

“Untuk pengetahuan Muhammad Fiqri Attar, semuanya ada di sini!” ketawa Neesa memecah hening pagi pejabat yang selalunya riuh dengan gosip dan senda gurau staf yang sudah lama berkhidmat di syarikat ini.
Aku sambut fail itu laju langsung menyelak satu persatu isi kandungan yang tertera. Ya Allah sampai ke tahap ini Neesa pergunakan mama.

“Why? Terkejut!” gumam Neesa sambil menolak tubuh ku sedikit dan dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat mama. Duduknya dilabuhkan di kerusi langsung dipusing ke kanan dan kiri sambil kaki itu disilangkan menampakkan peha yang putih gebu. Perut yang sedikit membuncit itu diusap perlahan.

“Baby, tengok tu papa asyik nak marah mama je!” bicara Neesa buat aku mencebik dan sedikit kegelian.

“Siapa nak jadi bapak budak tu? Aku tak inginlah Neesa! sedar diri sikit!” aku membentak dan Neesa sedikit pun tidak memperdulikan aku.

“Attar, now syarikat ini atas nama I dan mama you serahkan pada I hingga baby ni lahir! Senang je I nak tundukkan mama you yang tak ada pegangan agama tu!” ketawa Neesa pecah sekali lagi.

“Hello, macam kau kuat agama? Tengok dan cermin diri sendiri dulu Neesa!” meluat pula aku mendengar wanita dihadapan ku ini bicarakan soal agama sedang dia juga tidak sempurna.

“Kalau kau nak balik company nenek moyang kau ni, apa kata kau layan aku elok-elok as your wife! Tak susah pun, just berlakon seperti kau suami yang penyayang. Teman aku buat check out every two weeks, than buatkan susu sebelum tidur dan kalau boleh tolong urutkan kaki aku yang selalu sangat kejang. Kau kan baik, please.....” tubuh yang semakin berisi itu sedang menghampiri ku lantas datang menyentuh wajah dan bagi ku pula rengek Neesa buat aku tidak betah berlama-lama di situ lantas kaki ku atur meninggalkan perkarangan bilik pejabat mama. Suara Neesa ketawa buat aku benar-benar sakit hati namun aku sendiri hairan dan kaki serta tangan ini bagai terkunci untuk terus bertindak seperti biasa menghadiahkan penangan buatnya!

 “Encik Attar, ni kopi yang encik mintak tadi. Tapi bukan saya yang buat tapi puan Neesa, erm saya letak sini!” pertanyaan Yati ku angguk sahaja lantaran aku masih sibuk memeriksa semua keluar masuk export import yang menyebabkan syarikat kerugian jutaan ringgit.

Aku menyemak semua dokumen yang perlu ditanda tangani, satu persatu aku teliti hingga dering panggilan yang masuk sedikit menyedarkan aku yang sedang leka melakukan kerja sedari tadi lagi.

“Hello ya Nia. Ada apa?” soal ku pendek tidak berminat melayan dia kala ini. Ganggang telefon bewarna putih itu masih ku kepit di telinga.

“Abang buat apa? Free tak petang nanti?” soalnya buat aku naik angin tiba-tiba.

“Tak tahu ke jadual kerja abang macam mana? Dah tahu nak tanya lagi kenapa?” bidas ku buat Nia terdiam seketika.

“Ha ada apa call ni?” soal ku tegas namun masih tidak bersambut di sebelah sana.

“Abang tanya ada apa call? Dah pekak ke?” dia ku bidas sekali.

“Err...hari ni abah balik, kita ambil dekat airport ya!” patah bicaranya buat aku rasa gelisah dan tidak tenteram. Haish apa kena dengan aku ni?

“Sibuklah, pergi ambil sendiri! Lagipun limousin kan banyak, suruh abah balik sendiri kan senang!” usul ku masih lagi menancap pandangan ke arah dokumen yang sedang ku semak tadi.

“Abang, abah kan baru balik dari haji jadi kita sambut sama-sama. Please!” rayu Nia buat aku terbakar. Tak faham bahasa ke perempuan ni, sudah berapa kali aku katakan yang aku tengah sibuk. Kalau dia nak jemput sangat, silakan tapi jangan ganggu jadual kerja aku! Aku tak suka!

“Hei, kau nak jemput! Silakan, aku sibuk! Kau tak faham bahasa ke Nia? Stupid!” gagang telefon ku hempas kasar. Memang Nia sengaja menaikkan darah aku tengahari buta begini. Sudahlah kerja pejabat berlambak-lambak dan dia boleh pula meminta itu meminta ini seperti aku sedang bercuti pula.

“Hai dear, jom lunch!” pelawa Neesa bagai kena dengan perut yang semakin berbunyi minta diisi. Semua fail ku tutup dan ku letakkan di sisi meja sambil aku berdiri membetulkan semula baju yang sedikit berkedut, Neesa datang menghampiri tubuh ku membantu mengemaskan tali leher yang senget sedikit.

“You ni marahkan siapa ek? Masam muka tu, senyum sikit please.” Bicara Neesa lembut menyapa pendengran ku. Belum pernah aku melihat dia dalam keadaan tenang begitu. Mungkin selama ini aku yang buta menilai wanita itu hingga segala kebaikannya aku pejamkan dan aku nafikan.

“Tak ada siapalah Neesa, you nak makan dekat mana ni? I dah lapar sangat ni,” gerutu ku disambut tawa 
Neesa. Aku kalih pandangan melihat wajahnya yang sedang tertawa, nyata dia kelihatan cantik tersenyum sebegitu.

“Okey kita makan dekat Putrajaya, tahan sikit perut you tu! Than dekat sana you makan banyak-banyak okey.” Gumam Neesa sambil memeluk erat lengan ku mesra. Aku balas senyumannya sambil tenang memandu.

Sedang aku beriringan memasuki Hotel Pullman untuk menikmati makan tengahari, aku sedari ada beberapa pasang mata mencuri pandang ke arah aku dan Neesa. Mungkin tertarik dengan gaya pemakaian yang ditampilkan wanita di sisi ku ini.

Dengan top paras peha dan sedikit kemasan di leher dan eksesori yang dipakai, Neesa kelihatan anggun sekali berkaca mata hitam.

“You order dulu, I nak ke ladies! Rasa mual pulak, baby you ni banyak ragamlah!” rungut Neesa sambil meminta izin ke tandas yang terletak di sudut kanan restaurant elit itu. Aku angguk sahaja lantas membuat pesanan buat kami berdua.

Aku perhatikan tubuh Neesa datang menghampiri ku dengan langkah yang perlahan-lahan sambil menjinjit tas tangannya.

“Kenapa tak makan lagi ni, lepas ni teman I ke KLIA ek. Nak shopping sikit!” gumam Neesa sambil mengapai sudu dan garfu  dan aku seperti biasa malas mahu berkata apa-apa melainkan mengiyakan sahaja kata-katanya.

Usai menikmati makan tengahari aku langsung meneruskan pemanduan menuju ke KLIA, jam di tangan sudah menunjukkan angka tiga petang. Melewati lebuhraya yang sesak entah dari mana datangnya kenderaan-kenderaan ini menjadikan perjalanan untuk tiba ke KLIA sedikit tersasar dari masa yang dijangkakan.

“I nak beli handbag tu,” suara Neesa menerjah pendengaran ku dan aku palingkan wajah mencari arah yang dimaksudkan.
Nah, tag harga tertera jumlah RM 8,000 terlayar di ruang mata. Aku hampiri beg yang dipamerkan di dalam kotak kaca perlahan-lahan. Warna dan designnya tidaklah menarik mana namun mengapa itu yang menjadi pilihan Neesa aku sendiri tidak tahu.

“I mengidam nak pakai beg tu, please belikan untuk I.” Aku geleng kepala tidak setuju dengan permintaannya yang bagaikan satu pembaziran itu namun wajah kecewa dan kelat Neesa membalas respon ku saat itu.

“I kan tengah mengandung, I memang mengidam sangat nak pakai hand beg tu. Hadiahkan untuk I please,” lengan ku diusap lembut dan wajah penuh pengharapan Neesa menjadikan aku cair menurut sahaja kata-katanya.

“Okey, just one! Lepas ni tak boleh lagi,” dia senyum lantas memeluk lebih erat lengan ku.

“Okey promise!” balasnya dengan penuh teruja.

“Attar, see dekat sana ada jual dress untuk ibu pregnant! I nak beli,” aku hela nafas perlahan sebelum mengekori Neesa dari arah belakang. Wanita di sisi ku ini cukup hyperactive bila diajak bershopping hingga aku sendiri tidak larat lagi singgah dari satu butik ke satu butik yang lain. Penat dan lenguh satu badan!
Semua kehendak Neesa aku turutkan dan kini aku mahu segera pulang ke pejabat sementelah jam sudah menginjak angka empat petang. Dan Neesa tidak membantah setelah habis duit poket ku sebanyak RM 17,000 dikerjakannya.

Sedang aku beriringan menuju ke parking kereta, wajah Nia dan abah terbentang dihadapan mata. Nyata pandangan Nia kelihatan bergenang dengan air mata. Aku palingkan wajah ke sisi tidak sanggup menatap pandangan bening Nia dan abah sedari tadi lagi.

Dan Neesa pula menghampiri mereka berdua meninggalkan aku dibelakangnya. Melihat abah menggamit pada aku, aku segera berlari anak menyaingi Neesa yang semakin menghampiri mereka berdua.

“Err....abah, bila sampai?” huluran tangan disambut mesra oleh abah! Mini Cooper milik Nia ku perhatikan sekilas.

“Baru je Attar, dari mana ni? Banyak shopping!” tegur abah buat aku sedikit tersentak.

“Dari dalam sana, semua ni Attar yang belikan! Bertuah rasanya, oh ya abah baru balik dari mana ni?” jawab Neesa  bagi pihak ku dan dia yang tidak tahu menahu abah yang baru sahaja pulang dari haji becok bertanya itu ini.

“Baru je sampai dari Jeddah, mujur Nia datang jemput! Kalau tidak terpaksa abah naik teksi balik ke rumah,” kata-kata abah buat aku rasa diperli dan pandangan mata itu cukup tajam menikam hati ku saat ini.

“Oh baru dapat tiltle haji ya? Baguslah lepas ni dah boleh guna Tan Sri Haji Fakhrudin! Erm eh.. ha... Nia, sorry malam ni aku punya turn okey! Attar tidur rumah aku, dah banyak hari dia tidur rumah kau! So consider sikit aku yang tengah mengandung ni,” bicara Neesa yang tiba-tiba buat Nia sedikit terkaku namun sentuhan tangah abah di bahu itu sedikit melegakan hatinya barangkali.

“Dahlah, panas ni! Jom balik, tadi kata nak ke pejabat!” Neesa tarik tangan ku meninggalkan abah dan Nia yang masih lagi berdiri di sisi kereta.

**********************************************************************************                                 

“Nia, sabar ya! Mungkin ini dugaan buat Nia! Ingat Allah tak beri dugaan diluar kemampuan hambanya!” bicara Fakhrudin disambut anggukan kecil menantunya itu.

“Abah, Nia ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit sempena abah dah balik ni. Abah setuju tak?” Nia masih meneruskan pemanduannya tenang dan berhati-hati membelah lebuhraya yang semakin sesak dengan jumlah kenderaan yang bertambah apatah lagi waktu pejabat sudah tamat.

“Abah setuju tu, tapi Nia nak buat sorang-sorang ke?” soalan bapa mertuanya dipandang sekilas sambil senyuman dihulurkan biarpun bapa mertunya sama sekali tidak dapat melihat disebalik niqab yang dipakai.

“Abah jangan risau, Nia buat katering dan panggil orang-orang surau! Insyallah semuanya okey, Nia boleh handle sendiri,” kata-kata itu buat Fakhrudin sedikit kagum dengan menantu yang yatim piatu, sebatang kara dan diuji sebegitu pula oleh suami yang juga adalah anak lelakinya sendiri.

“Nia, seingat abah  nak buat kenduri tu malam ni jadi tak perlulah Nia susah-susah just tolong abah uruskan semuanya agar berjalan lancar. Oh ya, Nia tolong hantar ke rumah abah! ikut susur keluar tu,” gumam Fakhrudin perlahan dan Nia langsung menuju ke arah yang dimaksudkannya.

“Abah besarnya rumah dekat sini, ingatkan abah duduk rumah biasa-biasa je! Hmmm... rumah abah yang mana satu?” Nia becok bertanya itu ini ketika melewati kawasan perumhan elit milik Tan Sri Fakhrudin, bapa mertuanya itu.

“Yang tu, warna putih!” gumam Fakhrudin pendek.

“Wah cantinya rumah abah, abah tinggal dengan siapa dekat sini?” Nia lebih berminat ingin tahu akan kehidupan bapa mertuanya yang sebelum ini dianggap golongan susah hingga kebajikan lelaki tua itu benar-benar dijaga dan tidak disangka pula lelaki tua itu adalah bapa mertuanya dan juga merupakan antara golongan berada. Haish malunya berfikir bukan-bukan, benarlah penampilan bersahaja seseorang tidak mencerminkan keperibadiaan dan kehidupan seseorang secara mutlak!

Ketibaan Nia dan abahnya disambut dengan kehadiran beberapa tetamu dan kenalan lelaki itu sambil Fahkrudin berniat untuk melakukan sujud syukur kerana selamat tiba ke tanahair dan lebih penting telah selamat sampai ke rumah sendiri.

“Masuklah tuan dan yang ni siapa ya tuan? Isteri tuan ke?” ramah teguran wanitai iaitu pembantu rumah sekitar lingkungan empat puluhan buat Nia dan abahnya tersenyum kecil.

“Bukan isteri tapi menantu saya! Nadia tapi orang panggil Nia, kamu pun mesti panggil Nia juga!” balas Fahkrudin disambut tawa beberapa tetamu dan kenalannya. Mana mungkin pulang dari mengerjakan haji dia membawa balik seorang isteri berpurdah dan tambah menjengkelkan isteri yang disangka itu muda sebaya anaknya. Haish mintak dijauhkan dari hidupnya!

“Nia, malam ni abah nak panggil orang-orang masjid buat kenduri kesyukuran. Nia tolong jemput Attar dengan mamanya sekali ya, abah naik dulu!” gumam Fahkrudin sambil berlalu pergi naik ke tingkat atas untuk merehatkan tubuh setelah melayani tetamu dan kenalan yang menunggu ketibaanyaa tadi. Menginjak senja semua tetamu telah pulang dan malam ini kenduri kesyukuran diadakan sempena rasa syukur setelah selamat melakukan ibadah rukun Islam ke lima itu. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan!

**********************************************************************************                                            

“Masuklah, abah ada dekat atas tengah tukar baju! Abang bawa mama tak?” Nia tegur aku sambil tangan ku dikucup tetapi aku menepis tidak selesa diperlakukan begitu dihadapan tetamu yang semakin ramai memenuhi living room rumah abah. Mata itu kelihatan bergenang namun ku keraskan rasa hati yang mula jatuh kasihan ini.

“Ada dekat belakang tu, Neesa pun ada sama!” balas ku endah tak endah! Langsung menanggalkan kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah. Nia kelihatan termangu-mangu namun dia tidak lagi aku pedulikan apatah lagi kelibat abah sudah kelihatan turun dari arah tangga.

“Mama, masuklah!” huluran tangan untuk berjabat ditepis mama dan Neesa pula tersenyum sinis mengekori langkah mama mendapatkan aku dan abah yang sedang berdiri berhampiran tangga.

 “Nia, sini tolong abah sekejap!” suara abah memanggil Nia kedengaran perlahan namun tegas.

“Ya, abah?” isteri ku itu tunduk patuh pada bapa mertuanya.

“Layankan tetamu abah yang bawa isteri dan anak perempuan mereka, ha lagi satu abah minta kebenaran Attar yang abah mahu Nia tinggal dengan abah buat sementara waktu ni. Kalau tak keberatan abah harap Attar izinkan!” permintaan abah buat kau sedikit tersentak. Apa hubungan abah dengan Nia hingga mereka kelihatan sungguh rapat sahaja.

“Ya abah,” pendek Nia menjawab sebelum hilang ke tengah deretan tetamu yang sedang mengambil tempat duduk masing-masing.

“Boleh ke tidak Attar?” aku yang masih menyorot pandangan melihat Nia kembali tersedar semula.

“Kenapa abah nak Nia duduk sini. Rumah Attar kan ada,” gumam ku pendek, mama dan Neesa juga angguk setuju dengan kata-kata ku tadi.

“Abah nak hadiahkan rumah ni pada Nia, dan abah nak ada anak yang boleh jaga abah dekat sini. Lagipun Nia tu yatim piatu, kamu pula dah kahwin satu lagi. Sekurang-kurangnya, bila kamu tidur rumah mama, ada juga orang perhatikan Nia. Lagipun bahaya tinggalkan isteri sorang-sorang,” patah bicara abah buat aku sedikit baran namun apabila difikirkan semula ada benarnya juga Nia tinggal bersama abah. Sekurang-kurangnya mudah sikit aku ke rumah mama sedang Nia pula dibawah pengawasan abah.

“Boleh ke tidak ni?” soal abah mengejutkan aku.

“Oh, aha boleh!” jawab ku sedikit gugup dan mama ketawa kecil.

“Sherry, lama kita tak jumpa! Nazim tak ikut?” soal abah perlahan dan aku hanya memerhatikan keduanya setelah agak lama mereka terpisah namun kini mereka sudah berhadapan tetapi dalam keadaan yang jauh berbeza.

“Nazim? Dia busy uruskan syarikat dekat Perancis,” gumam mama. Aku tarik tangan Neesa menjauhi keduanya memberi ruang untuk mereka berbicara seketika.




“Neesa, malam ni you balik dengan mama dulu ya! I ada hal nak bincang dengan abah I!” tutur ku sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Reaksi Neesa yang sudah cemberut itu ku perhatikan sekilas, mulalah nak tunjuk perangai merajuknya itu. Huh penat melayan wanita mengandung ini!

“You balik dulu okey, lepas tu I balik kemudian! Abah ada hal nak cakap dengan I, takkan nak tinggalkan abah begitu je,” pujuk ku lagi harap Neesa sanggup bertolak ansur kali ini.

“Tak naklah, you dah janji malam ni nak tidur dengan I! Dah dua bulan lebih kita kawen tapi sekalipun you tak pernah tidur dengan I,” rungut Neesa buat aku sebal. Dia tak fahamkah yang aku mahu berbincang sesuatu dengan abah dan habis perbincangan aku balikklah ke sana. Haish susah betul nak fahamkan perempuan ini namun aku tahu untuk tidak menyakiti hatinya adalah keutamaan ku kali ini.

“Mama,” aku mohon simpati mama untuk memujuk Neesa kali ini dan nyata pujukan mama buat Neesa bertolak ansur sedikit.

“Cepat makan, tetamu semua dah balik! You pregnant, you kena cukup rehat!” gesa ku agar dia segera menghabiskan nasi arab yang masih tidak terluak di dalam pinggan.

Usai menghabiskan makananya, Neesa dan mama bergerak pulang menuju ke rumah dan aku pula membantu apa yang perlu dan tidak banyak kerja sebenarnya yang boleh dilakukan sementelah abah sudah arahkan pihak katering menyediakan makanan beserta pakej cleaning.

“Ada apa yang abah nak bincangkan ni? Attar tak boleh lama-lama, dah janji dengan Neesa tidur sana malam ni.” Aku mulakan sesi soal jawab dihadapan abah dan Nia yang duduk diam tidak berkutik di sisi abah.

“Abah hairan dengan sikap Attar yang nampak lain dari petang tadi lagi, ada apa-apa yang abah tak tahu?” pertanyaan abah ku biarkan sepi seketika.

“Abah ni kenapa? Kalau setakat nak tanya hal macam ni better Attar balik dulu,” aku bergegas bangun untuk meninggalkan perkarangan ruang tamu yang sudah kembali bersih itu.

“See, yang Attar nak marah ni kenapa. Duduk dulu Attar,” arah abah buat aku kembali duduk sambil menunjukkan muka tidak puas hati ku kala ini.

 “Macam mana dengan company mama? Ada masalah lagi?” aku diam berfikir sejenak.

“Mama dah tukar nama atas Neesa, untuk cucu sulung dia!” balas ku acuh tak acuh dan nyata abah sedikit terkejut dengan bicara yang ku lontar tadi. Jam dinding ku kerling sekilas sudah masuk sebelas malam.

“Kenapa beri pada Neesa? Bukan atas nama Attar ke syarikat tu?” abah menyoal bagai polis pula dan aku sudah jemu mahu melayan orang tua ini berbicara.

“Mama beri sempena cucu sulung!” aku tegaskan semula kata-kata ku tadi dan abah garu kepalanya tidakl gatal. Nia pula hanya memerhatikan aku dengan pandangan kosong. Cemburu mungkin tatkala aku sebutkan cucu sulung. Huh! 

“Attar dah solat? Mari solat isyak dengan abah!” pelawa abah ku pekakkan sahaja.

“Jom,” abah bangkit dan aku juga terpaksa menurut.

“Pergi tukar baju dulu, tadi Nia ada bawakan baju dari rumah sana. Nia teman Attar naik ke bilik,” arah abah dan aku bergegas naik ke tingkat atas ingin segera menukar pakaian, bersolat dan kembali semula ke rumah mama yang aku rasakan cukup berat untuk ku tinggalkan lama-lama.

“Mana baju tu?” aku duduk dibirai katil sambil menunggu Nia mengeluarkan ia dari beg dan baju t-shirt bewarna hitam ku tanggalkan menampakkan seluruh tubuh dan Nia yang sedang menghampiri ku sedikit tergamam melihat tubuh yang penuh kesan merah ciuman Neesa petang tadi.

“Kau pandang apa? Cemburu?” soal ku pendek sambil merentap baju yang masih di dalam pegangan Nia lantas ku sarung laju ke tubuh.

“Abang, apa semua ni?” soalnya dalam nada serak dan aku yang sudah berdiri kembali berpusing berhadapanya.

“Apa semua ni, apa?” soal ku minta dia perjelaskan lagi soalannya tadi.

“Ni,” jari telunjukknya tepat terarah ke tubuh yang sudah siap tersarung baju melayu.

“Love bite!” jawab ku pendek dan nyata Nia terduduk mendengar patah bicara ku. Bukan kehendak ku untuk tayang semua ini dihadapan Nia namun perbuatan Neesa tanpa aku sendiri sedari, sedang bangun sahaja dari tidur tubuh ku sudah tercemar dengan kesan merah ciuman Neesa.

“Abang, abang tak boleh tiduri Neesa! dia mengandung zuriat lelaki lain!” tutur Nia dalam esak tangisnya.

“Dia isteri aku, sama macam kau! So apa yang bezanya!” Nia aku tinggalkan sendirian. Melihat esak tangis Nia buat aku kembali resah dan aku sendiri tidak pasti apa yang terjadi pada ku hingga tegar membuatkan Nia bersedih dan menangis kerana aku! Aku bingkas turuni anak tangga mendapatkan abah yang sudah sedia di bilik solat.

“Anak abah ni dah lain, Insyallah semuanya akan kembali seperti biasa,” tutur kata abah sedikit pun tidak singgah di hati ku, dan kali ini aku hanya merindui Neesa. Anehnya perasaan ini!

p/s penulis: maaf atas kekurangan. drop komen:)

16 comments:

  1. alahai asal mcm ni. mesti gara2x attar minum air mineral tu. ya allah mintak la tolong attar. mudah-mudahan ayah attar mampu pulihkan attar dgn segera. sbb takut attar tidur dgn neesa yg terang2x mngandung benih org lain. jatuh haram nnti klu tlanjur. plz dont hurt nia. plz attar if really love nia plz fight for it.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...ada gak org yang dapat rasa perubahan yang berlaku pada attar...
    nia sabar n banyakkn doa spya attar cepat pulih....

    ReplyDelete
  3. Neesa dah bomohkan Attar ... eee geram .. benci tahap maksima dah...

    ReplyDelete
  4. atar kena ilmu hitam ke?

    ReplyDelete
  5. nape attar jadi cam tu erk??

    ReplyDelete
  6. mintak2 la attar cepat pulih..nnt buat la nia meeajuk..pas attar pulih...attar dtg pujuk nia =)

    ReplyDelete
  7. mintak2 la attar cepat pulih..nnt buat la nia meeajuk..pas attar pulih...attar dtg pujuk nia =)

    ReplyDelete
  8. harap2 attar cepat2 sedar..
    Ee..geram betul dgn.neesa tu..
    Cik writter..best..teruskan..

    ReplyDelete
  9. suka sbb nia tinggal dgn abah attar, dia akan selamat dari serangan jahat neesa dgn mama attar.

    eee bencinya dgn neesa!

    ReplyDelete
  10. Smbg laa lgi.....

    ReplyDelete
  11. mesti Attar dah 'ditundukkan' oleh Neesa...... Ya Allah, berdosa besar mengamalkan ilmu syirik....
    moga Nia dan abahnya dpt memulihkan Attar semula.....

    ReplyDelete
  12. sambg la lg.best sgt...mga2 attar cpt pulh...sambg cpt2 ye...bestttttttt sgttttttttt

    ReplyDelete
  13. hisyyy..seram bila fikir kena sihir...

    ReplyDelete
  14. nia byk bersbr & doa pd ALLAH ok..insha-ALLAH semua akan baik semula..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget