Tuesday, 29 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 20


“Nia, abang balik dulu! Nanti abang datang sini teman Nia, Neesa tak ada siapa jaga,” wajah mulus Nia ku sentuh perlahan sambil ku usap dengan hujung jari. Hati yang tadinya panas kembali sejuk seketika setelah menunaikan solat bersama abah sebentar tadi dan Nia hanya menguntum senyum melihat tingkah ku yang berubah laku dalam sekelip mata.

“Sayang tidur sini ya, tengok-tengokkan abah sama!” ucap ku lagi sambil memeluk erat Nia dalam dakapan
. Suasana kelam garaj kereta ku pandang sekilas, BMW milik mama sudah ku panaskan enjinnya bersedia untuk bergerak bila-bila masa sahaja.

“Abang, jangan marah-marah Nia lagi ya! Abang errr.. hurmm tak ada apalah!” Nia tidak jadi menuturkan katanya dan pelukan tadi cuba dirungkaikan namun aku pula mengemaskan pelukan yang hampir terlerai tadi.

“Kenapa ni sayang?” bisikku dekat di telinganya dan dia menolak sedikit kegelian.

“Tak ada apa, Nia Cuma... ermm cuma  teringin nak makan coklat!” gumamnya perlahan sambil mengetap bibir.

“Dah lewat ni, esok kita beli okey. Stock dalam feezer dah habis ke?” soal ku buat Nia menjauh dan air mata kelihatan bergenang ditubir mata yang terbias disimbah cahaya lampu jalan. Aku telan liur, kasarkah kata- kata yang ku lontarkan tadi.

“Sayang kenapa ni?” wajahnya ku sentuh dengan hujung jari sebelum singgah ke bibir yang dilindungi niqab berwarna hitam. Namun tiada tindak balas. Haish kerana coklat pun boleh dijadikan isu untuk merajuk, Nia... Nia!

Aku senyum sambil mata menyorot tubuh pembantu rumah abah yang kebetulan lalu berdekatan kolam renang yang riak air dipermukaannya tenang tidak terusik.

“Surti, sini sekejap!” pembantu rumah warga Indonesia itu ku gamit dan dia datang menghampiri ku dengan pantas.

“Ya, tuan! Ada apa yang perlu saya bantuin?” soalnya buat aku tidak selesa berbahasa Indonesia di sini.

“Surti saya tak selesa kalau awak bercakap dalam bahasa Indonesia, cakap Melayu dengan saya boleh. Oh ya, dalam freezer ada coklat?” soal ku pendek dan dia geleng kepala sebagai menjawab pertanyaan ku tadi.

“Kalau macam tu, tak apalah! Pergi sambung kerja awak.” Aku kalih semula pandangan ke sisi dan Nia ku perhatikan sekali lagi, kini wajah itu sudah basah dengan air mata.

“Nia nak makan coklat, Nia nak abang yang belikan!” tuturnya lagi dalam esak tangis. Hairan aku dibuatnya, bukankah selama ini Nia seorang yang berdikari tidak terlalu bergantung harap kepada aku tetapi hari ini sikap dan perilakunya sedikit berlainan dari kebiasaan. Jangan-jangan Nia tak sihat! Laju sahaja aku tekapkan belakang tapak tangan ke dahinya dan dia menepis perlahan.

“Abang ingatkan Nia tak sihat tadi,” gumam ku pendek namun dia masih diam memaksa aku memujuknya sekali lagi.

“Esok kita beli, sekarang dah malam dah lewat. Mana ada kedai bukak lagi waktu-waktu macam ni sayang,” pujuk ku perlahan namun Nia enggan berganjak bahkan semakin deras pula air mata yang mengalir. Haishhh.... tensionnya!

“Okey-okey stop crying jom kita pergi sekarang, lepas beli abang nak kena balik rumah mama.” Tangannya ku tarik mendekati kereta. Dan Nia hanya mengekori langkah ku langsung membolosi perut kereta. Aku tutup pintu kereta lantas menekan minyak, berundur dan meneruskan semula pemanduan menuju ke kedai serbaneka. Nia yang masih diam tanpa reaksi ku kerling sekilas, entah apa yang tidak kena pada Nia aku sendiri tidak pasti. Sejak akhir-akhir ini Nia terlalu sensitif dan aku juga kerap kali melepaskan amarah terhadapnya lantaran tekanan kerja dan masalah peribadi yang terbeban di bahu sejak dua bulan kebelakangan ini.

“Nia, abang minta maaf berkasar dengan Nia hari ni. Abang tak sengaja,” tutur ku harap dia mengerti segala beban dan masalah yang harus ku tanggung. Jalan raya yang lengan ku perhatikan sambil sebelah tangan ku sentuh pula jari jemari Nia lalu ku bawa ke bibir dan ku kucup sekali!
“Nia, maafkan abang!” kata-kata ku tidak bersambut dan dari biasan cahaya lampu dari kenderaan yang berselisih menyuluh Nia ku kerling sekilas, riak wajah itu masih keruh tidak ceria seperti biasa dan air mata masih lagi berlinang dan sesekali jari jemari runcing itu menyeka air mata yang gugur.

Sungguh waktu ini rasa bersalah sudah menggunung tinggi, bagaimana untuk aku menuntut maaf dari Nia sedang hati itu sudah ku lukai.

“Nia, abang minta maaf! Nia sayangkan abang tak?” aku cuba memancing isteri ku agar membuka bicara waktu ini dan memaafkan aku yang sudah bersalah padanya. Dan dia masih diam menunduk  sambil menyeka air mata. Jari yang masih di dalam pegangan tangan ku lepaskan buat seketika, stereng kereta ku paut lantas lorong menuju ke kedai Seven Eleven ku tujui.

“Sayang, sebagai tanda maaf abang sanggup belikan apa sahaja yang sayang nak! Tapi satu je tak boleh, sayang tahukan air yang abang maksudkan!” minuman keras yang biasa dijual di kedai serbaneka itu terlayar di ruang mata lantas aku menguntum senyum lalu bahunya ku senggol sedikit dan dia mengangkat wajah pelik memerhatikan aku.

“Jom, turun!” pelawa ku dituruti sahaja tanpa membalas segala kata-kata ku tadi namun jauh di sudut hati aku tahu hati itu sudah sedikit terpujuk!

Aku dan Nia melangkah beriringan sambil berpimpin tangan menuju ke dalam kedai serbaneka, senyuman pelayan kedai yang berdiri di kaunter bayaran ku sambut dengan anggukan, rak yang dipenuhi pelbagai jenis coklat dihampiri oleh Nia dan aku hanya mengekori isteriku itu dari arah belakang. Melihat keterujaan Nia memilih coklat yang pelbagai jenama itu sedikit sebanyak menjadikan aku terhibur seketika.

“Yang mana paling sedap?” ujar Nia perlahan bagai bertanya pada diri sendiri. Aku yang sedang memerhatikan snek yang tergantung bersebelahan rak coklat mengalih pandangan ke arah Nia yang sedang berkira-kira sama ada memilih cadbury perisa Dairy Milk atau perisa Caramel. Tubuh itu ku hampiri lantas bahunya ku peluk erat, dia mengangkat wajah melihat wajah ku yang sedang tersenyum.

“Kenapa abang senyum-senyum ni?” soalnya pendek dan aku lepaskan pegangan di bahu kemudian mengambil keduanya lalu ku letakkan semula ke tempat asalnya dan dia nyata terkejut melihat reaksi bersahaja ku.

“Sayang jom balik,” gurau ku disambut kerutan di dahi yang terdedah sedikit.

“Nia nak coklat tu,” aku senyum lagi sambil membuang pandang ke tepi.

“Serius ke nak?” tutur ku buat dia tajam memerhatikan tingkah laku ku kali ini.

“Kalau nak, sini!” aku dekatkan wajah ke wajahnya dan jari telunjuk ku lekapkan ke pipi mengisyaratkan dia mengucup pipi ku sekali.

“Ishh... abang ni kan! Malu orang tengok,” aku angkat wajah yang tadi menunduk sedikit memerhatikan sekeliling namun tiada siapa yang kelihatan dan gatal ku semakin menjadi-jadi dengan riak manja ku goda Nia sekali lagi.

“Please, sekali je. Lagipun mana ada orang dekat sini, kita berdua je sayang!” Tutur ku sambil mendekatkan wajah ke wajah Nia dan dia cuba menolak wajah ku sedikit namun aku masih keraskan tubuh tidak mahu berganjak.

“Sayang....” rengek ku buat Nia serba salah.

“Abang, janganlah cenggini.... “ rayu Nia aku sambut dengan wajah kecewa dan aku tahu sebentar lagi Nia pasti mengalah lalu menunaikan permintaan ku yang satu ini. Hehe...

“Its okey sayang, abang tak paksa...” aku buat-buat merajuk bagai mahu melangkah segera beredar keluar dari kedai serbaneka itu namun sempat lengan ku dipaut oleh Nia. Aku senyum sebelum berpaling berdepan dengan tubuh itu. Umpan sudah mengena, hehehe...dalam hati aku ketawa senang!

“Abang jangan merajuk,” tuturnya sambil memerhatikan sekeliling, niqab itu disingkap sedikit dengan pantas dia mengucup pipi ku sekali. Aku tersenyum waktu bibir sejuk Nia menyentuh pipi ku.

“Err... sorry encik!” seorang pekerja wanita lingkungan lewat belasan tahun tersentak melihat adegan tidak terduga antara aku dan Nia. Langsung tubuh itu berpaling tidak jadi untuk melalui laluan di tengah-tengah rak coklat di mana aku dan Nia sedang beraksi tadi. Haishhh... potong stim!

Nia menundukkan pandangan dan aku beriak selamba sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Termalu sendiri dengan ketelanjuran di tempat awam!

Usai memilih aku bergerak menuju ke kaunter untuk membuat bayaran dan Nia masih setia di sisi ku sambil tertunduk malu berhadapan gadis yang tadi telah melihat aksi panas ku bersama Nia.

“Berapa ya dik?” soal ku sepatah dan gadis yang sedang membantu rakannya memasukkan coklat ke dalam plastik masih menguntum senyum membalas pandangan aku.

“Tujuh belas ringgit bang, abang err... cantiklah girlfriend abang!” gumamnya sambil mempamerkan isyarat thums up ke arah Nia. Nia yang kelihatan malu-malu itu ku kerling sekilas.

“Bukan girlfriend tapi wife abang! Thanks,” ucap ku sambil menyambut huluran coklat yang sudah berbungkus.

“Welcome, akak dengan abang jangan lupa datang lagi!” serentak mereka berkata buat aku kagum dengan keramahan mereka melayani pelanggan dan sebagai respon aku hanya mengangguk lantas membalas senyuman mereka dan beriringan keluar bersama Nia.

“Abang, tengok kan kita dah malu!” gumam Nia mencebik hingga muncung itu terbentuk disebalik niqab yang setia menemaninya setiap kali isteriku ini menjejak kaki keluar dari rumah.

“Apa yang Nia nak malukan? At least Nia boleh sembunyikan muka, abang ni lagi malu tak tahu nak sorok muka handsome ni kat mana. Jatuh saham abang,” Usik ku sambil pinggangnya ku siku sedikit membuatkan dia terjerit kecil.

“Nia masuk dulu,” arah ku saat panggilan telefon menerjah pendengaran. Siapa pula yang call ku lewat-lewat malam begini? I-phone ku keluarkan dari poket seluar belakang dan Nia ku perhatikan sudah masuk ke dalam kereta. Skrin telefon ku perhatikan dan nama mama tertera di situ!
“Hello, ya mama! Hmm.... baru nak balik!” ujar ku saat mama bertanyakan pukul berapa aku mahu pulang.

“Sekejap lagi mama, on the way! Mama buat apa?” soal ku langsung masuk ke dalam kereta lalu pintu kereta ku tarik rapat dari dalam.

Masih lagi melayani panggilan telefon dari mama dan Nia pula sedang melentokkan kepalanya di bahuku sambil aku membelai sedikit pipinya perlahan sambil dalam kesempatan yang ada itu aku cuba melabuhkan bibir di dahinya namun ditepis manja oleh Nia.

 Sedang aku bercakap dengan mama suara Neesa disebelah sana yang mahu bercakap dengan aku kuat menangkap telinga.

“Hello you nak balik pukul berapa ni Attar? I dah lama tunggu you, nak tidur sama-sama!” rungut Neesa nyaring hingga aku menjauhkan sedikit telefon dari telinga.

“Sekejap lagi Neesa, on the way ni!” balas ku atas pertanyaannya sebentar tadi. Nia angkat wajahnya mencari wajah ku tatkala nama Neesa meniti di bibir dan aku membalas pandangannya lama.

Beberapa saat kemudian, Nia tegakkan tubuhnya lalu bersandar di tempat duduk sambil memerhatikan persekitaran yang menempatkan deretan kedai-kedai kecil melalui tingkap kereta di sebelahnya yang sedikit terbuka.

“I nak you balik sekarang, sekarang!” jerit Neesa buat aku sedikit tersentak. Apa kena dengan dia ni, menjerit dan menjerit sahaja tahunya jika mahukan sesuatu. Menjengkelkan sungguh perempuan ini!

“Okey, I nak baliklah ni. You boleh sabar sikit tak?” aku hidupkan enjin kereta sambil sebelah tangan lagi masih memegang telefon.

“Sepuluh minit lagi tak sampai ke rumah, siap you!” ugut Neesa kuat sama seperti tadi dan langsung talian telefon dimatikan tanpa sempat aku membalas kata-katanya. Haishh....!

“Kenapa abang?” Nia bertanya pula. Aku hela nafas kasar, sakit hati waktu-waktu begini dan Nia pula becok bertanya itu dan ini bagai tidak mengerti hati ku yang tengah panas terbakar dan sedang meluap-luap bagai lahar gunung berapi yang mahu memuntahkan isinya.

“Kenapa abang?” sekali lagi dia menyoal. Aku pandang wajah itu tajam lantas ku undur kereta laju hingga Nia sedikit tersentak.

“Abang ni kenapa?” sekali lagi dia menyoal dan kali ini aku sudah hilang sabar. Kereta ku hentikan seketika memandang tepat anak mata bewarna coklat itu.

“Diam boleh tak, abang tengah drive!” gumam ku kasar dan bahu Nia kelihatan terhinjut akibat terkejut dengan nada suara ku yang tinggi. Terus sahaja dia diam tidak berkutik.

Aku masukkan gear satu dan terus memecut menuju ke rumah abah untuk segera menghantar Nia kembali ke sana, destinasi seterusnya adalah rumah mama di mana Neesa sudah menunggu sedari tadi lagi.

Meter kelajuan sudah menjangkau angka 160 kilometer sejam dan Nia kelihatan memaut tangannya di seat belt yang membelit hadapan tubuhnya. Takutlah tu, omel ku dalam hati yang masih lagi berwajah tegang!

“Abang, Nia takutlah.... slow sikit!” pintanya aku diamkan sahaja dan kali ini aku benar-benar mahu tiba ke rumah mama untuk bertemu Neesa.

“Abang,” panggilnya sekali dan aku toleh ke arah wajah itu sekilas dan plastik berbungkus coklat diribaan Nia masih belum tersusik.

“Kenapa tak makan lagi coklat tu, tadi beriya sangat nak coklat! Makan cepat,” arah ku kuat dan perlahan-lahan Nia menggapai bungkusan plastik itu sambil masih erat mengenggam keduanya. Aku hela nafas kasar, apa yang ku arahkan dipandang enteng oleh Nia. Langsung tidak hormatkan aku sebagai  suaminya!

“Abang suruh apa? Kenapa tak makan lagi?” kuat suara ku buat Nia terhinjut sekali lagi. Dan dia buka bungkusan plastik coklat dan disuakan ke mulut perlahan-lahan. Namun hanya beberapa potongan kecil sahaja yang masuk ke mulutnya sebelum kelihatan coklat itu dimasukkan semula ke dalam plastik. Aku ketap gigi, Nia memang degil rupanya!

“Kenapa tak habiskan?” keras nada suara ku buat Nia mulai teresak.

“Kenapa tak makan bagi habis? Tadi nak sangat, malam-malam buta nak makan coklat bagai bila dah beli, makannya tak banyak mana. Menyusahkan orang!” marah ku tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dan kali ini Nia menunduk tidak berani melawan pandangan mataku.

“Yang senyap ni kenapa? Dah bisu?” soal ku sambil menambahkan kelajuan kereta.

“Tak lalu,” pendek jawapanya dan suara itu kedengaran sedikit serak!

 Mendengar bicaranya itu buat aku semakin panas hati, dan kereta ku hentikan secara mengejut hingga dahi Nia terhantuk ke dashboard! Jeritan kecil Nia kedengaran perlahan sambil tangan itu menggosok sedikit dahinya. Ah peduli apa aku, perempuan ini betul-betul menyusahkan aku!

Plastik berisi coklat ku rampas langsung ku baling dan ku hempas ke dashboard!

“Kalau tak nak makan, jangan menyusahkan aku! Kau ingat kau sorang je aku nak kena layan?” bahu itu ku tarik kasar agar bertentangan aku yang sedang dihambat baran dan kali ini Nia semakin kuat teresak memohon aku tidak berkasar dengannya.

“Sakit bang, Nia janji tak buat lagi!” ucapnya dalam air mata yang deras mengalir. Aku lepaskan cengkaman di bahu itu lantas ku buang pandangan ke tengah jalan yang sunyi. Esak tangis Nia semakin kuat menyapa telinga dan aku semakin rungsing dengan keadaan sebegitu ditambah pula  keadaan Neesa yang sudah lama menunggu aku di rumah mama.

 Entah mengapa rindu pada Neesa kembali bertandang setelah suaranya menerpa ke pendengaran ku tadi.

“Hah menangis lagi, menangis! Tak boleh diam ke!” arah ku sambil menekan pedal minyak. Nia masih tidak berhenti menangis dan aku raup wajah berkali-kali.

“Hei Nia, boleh tak kau diam?”  aku jerkah dia sekali , kepala yang tidak gatal ku garu kasar dan Nia menghentikan esakannya cuma bahu itu kelihatan terhinjut menahan sebak.

“Sekarang turun, dah sampai!” aku arahkan Nia turun setelah kereta yang ku pandu tiba dihadapan  rumah abah.

Laju sahaja Nia bergegas turun meninggalkan plastik berisi coklat tadi langsung menapak masuk melalui pintu pagar  kedua yang terbuka sedikit tanpa menoleh ke arah ku lagi. Aku telan liur yang terasa berpasir, rasa bersalah namun rindu yang sarat pada Neesa buat aku tegar lakukan semua ini terhadap Nia.   

 Ah apa yang tak kena dengan aku ni? Kenapa Nia aku jadikan mangsa amukan dan mengapa rindu pada Neesa bagai membuak-buak hadir sedang tadi aku langsung tidak mengingati namanya apatah lagi wajah itu namun semuanya berubah saat mendapat panggilan dari mama dan setelah suara Neesa yang meminta aku segera pulang singgah ke telinga.

 Rasa rindu begitu kuat memanggil aku untuk segera bertemu dengannya! Anehnya rasa ini! Ku raup wajah yang kusut sambil kereta ku pandu menghala ke rumah mama.

“Nia, aku sayangkan kau dan dalam masa yang sama aku rindukan Neesa sedang aku sendiri tak pasti apa yang dah jadi pada diri aku!”


Pesanan penulis: bersambung, tinggalkan komen anda
sebagai rujukan untuk saya
 hasilkan jalan cerita yang lebih baik :) thanks reading.









6 comments:

  1. perlu bwk berubat nih! hihi~

    ReplyDelete
  2. ADUH PELIK TUL LA...GUNA SIHIR NEESA NIE..CEPAT LA BERUBAT..EEE

    ReplyDelete
  3. halaaaa...jgn la smpi dilayan c neesa tu...
    haishhh....bengang rse kat c neesa nie...kuat btol ilmu...

    ReplyDelete
  4. memang sahih Attar kena bawak pi berubat...memang dh kena mak esah dengan si Neesa ni...

    ReplyDelete
  5. sihir si nesa ni mmg power gile, pakai hphone pun jalan... parah neh

    ReplyDelete

There was an error in this gadget