Tuesday, 15 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 7


“Nia, tolonglah aku! Sejuk kot,” aku memanggil Nia sedari tadi lagi namun tidak sedikit pun dia berpaling mengendah aku yang masih lagi dibiarkan di tepi kolam renang. Usai sahaja melayani pertanyaan pegawai dari majlis perbandaran itu Nia langsung berlalu ke dalam rumah. Aku juga masih pegun menanti dia datang membantu dan membawa aku masuk serta menukarkan pakaian yang sudah basah lencun. Kerusi roda ku pula sudah tenggelam di dasar kolam, huh aku pandang dada langit yang semakin kelam.

“Nia....” aku dengar suara ku meleret memanggil namanya namun dia masih tidak menyahut. Aku tegakkan duduk seketika, menarik nafas dengan tenang lalu melepaskannya perlahan. Sesuatu harus dilakukan, ya walaubagaimana sekalipun aku harus masuk segera ke dalam rumah, sudah tidak tertahan lagi rasa sejuk yang mencengkam hingga ke tulang. Aku mengesot sedikit mendekati dinding rumah lalu mengheret kaki yang terasa
sungguh berat untuk digerakkan ini perlahan-lahan hingga akhirnya dalam susah payah itu tubuh ku tiba jua di muka pintu. Penat dan lelah rasanya mengesot dari kolam renang menuju ke muka pintu. Aku sandarkan tubuhku di daun pintu berukir, aku hela nafas yang sedikit tersangkut-sangkut lalu aku panggung wajah melihat daun pintu yang masih lagi tertutup rapat. Nia marahkan aku, apatah kali ini aku lihat I-phone bewarna putih itu sudah terdampar di hujung pintu.
I-Phone ku gapai lantas nombor Pak Deris ku dail, sesudah mendail aku matikan talian dan masih berharap Nia sudi menjenguk aku yang masih lagi berada di muka pintu. Ku panggung wajah mengharapkan daun pintu terkuak namun sekali lagi aku hampa.

“Tuan muda, sini Pak Deris angkatkan!” aku angguk sahaja lantas tubuhku di papah hingga masuk ke dalam perut kereta Pak Deris. Dalam keadaan pakaian yang basah, aku masih lagi tidak lepas memandang rumah mewah yang dihuni oleh Nia dari jauh  sekurang-kurangnya aku harapkan Nia akan memerhatikan aku secara curi-curi disebalik jendela seperti yang sering kali berlaku di dalam drama TV. Harapan tinggal harapan, wajah yang ku harapkan tidak muncul dihadapan mata, kereta yang dipandu Pak Deris pula sudah tiba di perkarangan rumah banglo milik ku. Aku ketap bibir, entah mengapa hati lelaki ku ini terasa pedih bagai dihiris. Wajah ku raup sekali dan rambut yang masih basah menutupi dahi ku selak ke belakang.

“Pak Deris, hantar ke bilik tingkat atas.”arah ku seraya menunggu Pak Deris mendapatkan sebuah lagi kerusi roda yang disimpan di bilik stor. Aku membuang pandang ke pintu pagar, melihat kalau-kalau Nia datang memujuk ku namun aku hampa buat kali ketiga. Rasa sebak mula menghimpit hati, aku tundukkan pandangan memandang hujung kaki. Terasa kali ini aku benar-benar tewas dalam permainan emosi.

“Pak Deris menolak kerusi roda hingga ke muka pintu, laju sahaja aku arahkan dia meninggalkan aku di situ. Usai ditinggalkan, dengan kudrat kedua belah tangan kerusi roda itu ku tolak memasuki bilik di hujung sebelah kanan. Tombol pintu ku pulas perlahan, dengan berhati-hati aku menyusup masuk menuju ke jendela yang dihiasi langsir bewarna keemasan. Daun tingkap ku tolak sedikit melihat rumah Nia dari kejauhan. 

Hanya bumbung sahaja yang mampu ku tatap, Nia? Sudah lama merajuk tinggalkan aku di sini.
Enggan melayan rasa kecewa, aku mengerakkan kerusi roda ini memasuki kamar ku semula. Pakaian yang basah lencun ini perlu ditukar segera, sejuk yang mula terasa bagaikan menggigit permukaan kulit setelah penghawa dingin yang sememangnya sentiasa terpasang menambahkan lagi rasa sejuk. Tanpa bantuan Nia, aku uruskan diriku sendiri. Sukar namun pada siapa lagi untuk aku bergantung? Pada Mak Mah sudah tentu tidak dan pada mama pula adalah mustahil. Usai bersiap aku rebahkan tubuh di atas katil, untuk menghubungi Nia terasa malu dan untuk menghantar sms aku rasa segan. Aduh payahnya rasa hati yang begini, dalam aku melayani perasaan aku mendengar ketukan di muka pintu.

“Masuk,” arah ku selamba dan aku masih lagi berbaring membelakangi pintu. Suasana masih senyap seperti biasa, aku pula sedang menunggu individu yang mengetuk pintu tadi bersuara. Namun keadaan tidak berubah lantas ku palingkan wajah, nah wajah Nia yang sedang bertelekung sedang memandang wajahku tajam. Aku tekan liur, antara rasa bersalah dan rasa kecewa.

“Err... mana purdah?” tegurku menghilangkan rasa canggung di hati. Nia merapati aku di birai katil. Tangan ku digapai lantas di kucup sekali. Aku tarik segera, rasa sebal sudah mula menghimpit! Wajah yang tadi teruja menatap wajah bersih Nia ku palingkan ke kanan.

“Kenapa tuan balik? Nia solat sekejap waktu dah nak habis tadi,” gumamnya pendek. Aku mendengus kasar. Alasan semua itu! Tangan yang jatuh dibahu ku ku tolak sedikit menjauh.

“Merajuk lagi, memang orang sakit kuat merajuk agaknya,” Nia membebel seorang diri. Aku pegunkan tubuh tidak mahu terpengaruh dengan kata-katanya.

“Tuan, lusa kita dah mula puasa!” gumamnya memaut mesra bahu ku. Aku sentuh dagu dengan hujung jari telunjuk, seingat aku tahun lepas puasa bulan lapan. Sekarang baru bulan tujuh, awalnya puasa tahun ni. Bukankah setiap tahun bulan puasa jatuh pada bulan yang sama, entahlah aku sendiri tidak pasti. Tahun lepas puasa bulan Ogos, tahun sebelum itu juga kalau tak salah masih juga bulan Ogos. Habis kenapa tahun ni jatuh bulan tujuh pula? Arghhh dia ni kalau nak menipu aku pun agak-agaklah!

“Bestkan, tak sabarnya?” ucapnya lagi. Aku mendengus dengan lebih kuat lantas ku tolak tangan yang melingkari bahu ku. Dari berbaring aku bingkas duduk, sambil merenung ke dalam anak mata itu, lama dan tajam!

“Tahun lepas kita puasa pertengahan bulan lapan, sekarang baru nak masuk bulan tujuh! Macam mana pulak boleh awal setengah bulan?” sergah ku seraya memegang ke dua belah pipinya. Ku picit geram, geram kerana rindu!

“Yeke? Tapi kelendar Islam mana sama dengan kelendar orang putih yang kita guna sekarang. Sekejap ya,” Nia bangkit lantas keluar dari bilik, beberapa ketika dia muncul semula bersama mini kelendar.

“Tengok ni lusa 15 Julai, tengok kelendar Islam dah jadi 1 Ramadhan. Ermmm lagi 30 hari kita nak raya,” Nia bertepuk tangan gembira. Aku angguk sahaja, terasa diri ini benar-benar kurang ilmu agama apatah lagi setiap kali tiba bulan puasa, boleh dikira berapa banyak hari yang aku mampu berpuasa, selebihnya sudah pasti aku ponteng.

“Nia,” panggilku sekali. Dia panggung wajahnya memerhatikan aku. “Hurmmm?” balasnya pendek. Aku menguntum senyum, bahagian pula melihat dia duduk di sisi ku saat ini. “Mana purdah kau?” soalku pendek. Dia ketap bibir yang merah basah, aku pula telan liur. Haishhh..... sabar sikit!
"Kenapa kau pakai purdah? Bukan aurat pun?" selar ku tersenyum sinis.
"Memang muka bukan aurat, kalau buat haji sekalipun ada masanya kena buka juga kecuali bahagian muka dan tapak tangan. Lagi pun Nia selesa dengan berpurdah," aku lihat dia senyum. cantik sangat!  

“Lagi pun purdah ada dalam beg, tadi nak ke sini Nia pakai! Dah sampai kenalah buka, sebabnya ada orang dah cabul kesucian wajah Nia ni,” gerutunya perlahan. Aku tersengih, faham dengan orang yang dimaksudkan. Yalah aku juga yang menarik purdah yang dipakai hingga dia merajuk, kemudian siang tadi aku berpura-pura mati dan saat yang paling bahagia melihat Nia tidak bertudung serta tidak juga berpurdah dan sempat lagi aku ambil kesempatan untuk memeluknya. Lagipun dia halal buatku, dia kan isteri aku!

Aku senyum sorang-sorang namun kerutan di dahi Nia membantutkan tindakan aku untuk terus dan terus tersenyum. Dia diam aku juga diam sebelum aku mendengar dia berkata sesuatu.

“Lagipun Nia baru sudah solat maghrib, masa solat Nia tak pakai purdah!” gumamnya menyelak helaian kelendar satu persatu. Dare\i ekor mata aku mencuri pandang wajah yang sedikit menunduk itu namun hanya alis dan hidung mancung itu yang ternampak sedikit.

“Laparlah, teman aku makan!” ucap ku sambil memegang perut. Nia mencebik, sudah pasti dia akan katakan aku lelaki yang mengada-ngada. Ah peduli apa aku! Dia bergerak masuk ke bilik air untuk menukar telekung yang dikenakan tadi kepada tudung bulatnya. Jubah bewarna hitam pula menjadi pilihannya malam ini sambil dilengkapi niqab Nia melihat penampilannya di cermin solek. Membelek penampilan diri aku pula hanya memerhatikan image yang terpantul melalui cermin itu. BErpuas hati dengan penampilannya, Nia mnedekati aku lalu tubuh ku dipapah naik ke atas kerusi roda.

Kerusi roda ku disorong memasuki perut lif menuju ke tingkat bawah. Terbuka sahaja pintu lif, aku melihat ruang tamu dan bahagian tengah rumah ini sudah dipenuhi beberapa tetamu mama dan papa. Aku angkat wajah mencari wajah Nia yang masih berdiri dibelakang ku. Alunan muzik berentak jazz kedengaran bergema perlahan di ruang yang sudah dirias bagai sebuah dewan banquet, aroma ayam panggang juga sudah menusuk ke rongga hidung. Pasti ada acara yang mama dan papa raikan. Tentang apa aku sendiri tidak pasti, yang selalu aku fahami kehidupan golongan mewah seperti keluarga ku ini akan mengadakan majlis keraian dengan cara meraka sendiri seperti hari ini yang mama dan papa anjurkan. Minuman keras juga salah satu menu wajib yang perlu ada cuma aku hairan jika melihat golongan wanita lingkungan lima puluhan seperti mama bergaya bagai anak remaja. Sungguh tak kena! Dalam leka memerhatikan gelagat tetamu mama, aku sempat pula menjeling sekilas ke arah Mak Mah yang sedang memasuki ruang dapur. Kalut sahaja langkahnya, aku tersenyum lucu.

“Hey Attar buat apa dekat bawah ni? Nia bawak Attar naik, nanti kawan-kawan I nampak, mana I nak letak muka tambah-tambah Attar dah jadi macam ni,” gumam mama yang sudah anggun dengan skrit paras lutut dan berbaju tanpa lengan lalu berlalu meinggalkan aku dan Nia termangu di tepi pintu lif. Aku palingkan wajah, menahan rasa amarah dikatakan sebegitu oleh mama. Kenapa? Hina sangatkah aku pada pandangan mata mama hingga perlu disembunyikan dari pandangan mata mereka semua? Ah, aku tumbuk dinding konkrit itu kuat. Pantas Nia menarik tanganku ke dalam pegangan tangannya lalu meniup ia beberapa kali persis anak kecil yang terluka.

“Tuan, kita naik dulu. Nanti Nia ambilkan untuk tuan,” aku angguk sahaja malas untuk berkata-kata. 
Sedang aku menunggu Nia membawakan aku makan malam, daun pintu ku diketuk dari luar. Cepat sungguh Nia kembali pada perkiraan ku baru sahaja sepuluh minit dia turun ke tingkat bawah!

“Masuk,” aku angkat wajah melihat Nia di muka pintu. Nyata sekali lagi aku terkejut, Bella masuk menapak ke kamar ku dalam keadaan seksi menggoda.

“Hai Attar, lama tak jumpa you!” tuturnya sambil duduk menyilang kaki dibirai katil. Buku yang ku selak sedari tadi ku tutup lantas ku letakkan di ribaan.

“Hai Bella, how UK?” soalku berbahasa bahasi. Dia senyum lantas mendekati sedikit tubuhku, aku menginjak sedikit ke belakang.

“Tak best, you tahukan sejak you tak jadi study satu universiti dengan I seriously I rasa bosan sangat! You tahukan you sorang je best friend  yang I ada,” Bella menyentuh sedikit lengan ku dengan hujung jari telunjuk.

“Baguslah I tak ada, sekurang-kurangnya you boleh study and lebih focus! Kalau I ada  dekat sana, surely you boleh kantoi exam! I kan suka berparti and clubbing,” gumam ku selamba. Bella mencebik tidak puas hati dengan kenyataan ku namun segera dimaniskan wajahnya memancing simpati.

“Mujur mama you buat parti malam ni, esok-esok kalau puasa dah tak boleh nak minum-minum macam selalu. Takkan you nak mabuk bulan puasa kan? Rasa macam tak kena gitu,” Bella ketawa gedik aku pula sudah kembang tekak mendengar lenggok bahasa yang digunakan.

“Kenapa you tak join kitorang dekat bawah? Shasha dengan parents dia pun datang juga! Ke you dah bertaubat?” soal Bella sedikit mengejek. Aku menjuih seketika, namun ku sabarkan juga hati.

“You tak payahlah nak bertaubat sangat Attar, kita kan muda lagi! Lagipun you jugak yang ajar I cara-cara nak minum, you yang selalu angkut I pergi clubbing area KL ni and jangan buat-buat lupa you juga yang kenalkan I dengan estacy dan lain-lain... so takkan sekarang you nak stop?” provok Bella lagi. Aku tahan nafas, dari mana pula dia mendapat khabar yang aku sudah bertaubat bagai? Memang nak makan penumbuk siapa yang menjaja cerita aku pada Bella. Hello ini Attar okey, satu KL kenal dengan lelaki yang bernama Attar!

“Huh, whateverlah Bella!” balas ku malas memanjangkan cerita. Entah mengapa sedikit sebanyak aku gusar andai Nia mengetahui latar belakang kehidupan aku sebelum dia menjadi isteri ekspress ku malam itu.

“Attar, mama you buat parti untuk meraikan kedatangan bulan puasa. Lagipun kita kena hormat bulan mulia ni kan?" Soal Bella ketawa sinis. Aku beriak selamba, sudah menjadi kebiasaan aku dari zaman sekolah menengah hingga terbawa-bawa ke alam kampus, masa terluang ku pasti terisi dengan aktiviti liar tambah-tambah hujung minggu nak-nak apabila bulan puasa datang lagi. Jika orang Islam yang lain menyambut kehadiran Ramadhan dengan syukur, tidak pula bagi aku dan rakan-rakanku yang menganggap ianya satu beban yang menysusahkan, terpaksa bersembunyi untuk makan di siang hari dan macam-macam lagi yang perlu ku tempuh! sungguh aku tidak gemar akan bulan puasa.

"Malam ni kita kena enjoy habis-habisan okey, so come and join us,” ajak Bella menarik tangan ku untuk turut sama berdiri untuk mengikuti langkahnya turun ke bawah. Aku tarik semula tangan ku, Bella pula semakin erat memaut walaupun aku menepisnya. sedang aku tarik menarik daun pintu terkuak. Nia yang sedang menatang dulang memandang aku tanpa berkelip. Huh, habislah aku!

“Attar who is she?” soal Bella hairan lantas mendekati Nia dan berpusing mengelilingi Nia sambil memerhatikan tubuh itu atas ke bawah berulang kali.

“ You tak pernah tengok orang pakai purdah?” soalku sengaja bertanya begitu setelah Bella tidak habis-habis memandang Nia sebegitu.
“I nak turunlah, gerun!” Bella segera keluar menapak melepasi daun pintu menuju ke lif di tengah rumah ini. Tergesa-gesa sahaja langkahnya! hahaha aku geli hati dengan keletah Bella. Tahu pun takut!

“Tuan, makan ni.” Nia meletakkan dulang berisi makanan ke atas meja kecil lantas duduk bersebelahan ku. Aku letak buku tadi di atas bantal lantas mencapai sudu dan garfu menimati pasta dan dessert yang disediakan Nia.

“Tuan, saya nak keluar sekejap. Ada kelas, maybe balik lambat sikit.” Tuturnya mendatar tidak lagi membahasakan diri dengan nama.

“Pukul berapa nak balik?” soalku pendek. Dia jungkit bahu sebagai tanda tidak dapat memberi kan waktu yang tepat.

Drop your komen :)

7 comments:

  1. Nia, ada pulak org yg cabul kesucian muka. hahahaha

    ReplyDelete
  2. muka bukan aurat

    ReplyDelete
  3. ayat Nia ni kadang2 x terfikir akal pun ada jugak kdang2..aishhh

    >>k<<

    ReplyDelete
  4. best...keep it up ye cik writer!

    ReplyDelete
  5. nia dah mula rasa cemburu ke...lagi2, nak n3 lagi...

    ReplyDelete
  6. makin tertarik, menarik d bomb la citer ni.

    ReplyDelete
  7. WHATEVER
    HEHEH

    ReplyDelete

There was an error in this gadget