Sunday, 20 May 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 11


“Nia, masuklah.... jangan malu-malu ni rumah aku! Aku beli sendiri sejak aku dah mula kerja dengan mama,” aku memulas tombol pintu lantas menyelak daun pintu menapak masuk beriringan bersama Nia. Nia perhatikan seluruh ruang rumah yang sudah lengkap dengan pelbagai perabot buatan Malaysia. Kali ini aku sendiri memilih perabot tempatan kerana aku belum cukup mampu menghiasi apartment sederhana besar ini dengan perabot import.

Aku henyakkan tubuh ke sofa sambil menyilangkan kaki di atas meja, Nia menghampiri ku lantas turut duduk disebelah memangku beg telekungnya.

“Kenapa senyap?” tanya ku pendek. Dia kalih pandangan mencari pandanga mataku.

“Mama tahu ke ni rumah tuan?” aku kuntum senyum, terasa sedikit berbangga dengan titik peluh sendiri aku mampu membeli apartment dipinggir bandar Kuala Lumpur dan sudah tentunya mama tidak perlu tahu akan harta ku yang satu ini.


“Tak, mama tak tahu. Sebenarnya aku beli rumah ni untuk kau! Sejak rumah kau kena lelong dulu, aku dah janji nak belikan rumah yang lain untuk kau. So tak perlulah kau duduk dengan Neesa lagi,” gumamku perlahan sambil memandang ke luar tingkap yang dihiasi kaca bewarna biru laut.

“Kau suka?” soalku sekadar ingin tahu. Dia diam tidak berkutik, menyesal pula terlebih suka ketika menunjukkan rumah ini kepada Nia. Gadis itu tidak pamer reaksi yang ku harapkan. Sekurang-kurangnya tunjukkanlah yang dia berbangga melihat kesungguhan aku mengumpul harta melalui titik peluh ku sendiri. Terasa hampa dan kecewa pula!

“Tapi rumah ni cantik sangat, sesuai untuk orang bujang macam Nia. Thanks tuan yang kacak,” gumamnya memeluk lengan ku kejap. Aku sedikit tersentak orang bujang? Hello sedar diri awak tu sikit Nia dah jadi isteri orang pun dan di dalam hati bagai kembang setaman dipuji oleh Nia. Aku kan kacak! Betul ke aku kacak?

Aku tatap wajahnya lama, lantas kerinduan yang membara ini mendorong tingkah ku melucutkan niqab yang dipakai. Mata bulat itu beserta wajah bujur sireh dan pandangan redup cukup mempersonakan hatiku. Dia diam tidak membantah mahupun menolak menjadikan aku lebih berani untuk pergi lebih jauh daripada ini.

“Nia, kau cantik dalam keadaan macam ni.” Tutur ku sambil menarik tudungnya hingga terlucut dan ku lepaskan ke lantai. Rambut ikal paras pinggang ku sentuh perlahan, dia masih lagi diam tidak menunjukkan sebarang reaksi hanya tubuh itu sahaja kelihatan keras kaku.

Mata ku kini benar-benar terpaku pada dua ulas bibir yang merah basah, dalam rasa yang semakin membara ini, bibir itu ingin ku sentuh.. semakin hampir dan hampir mengena Nia pejamkan matanya kala melihat wajah ku semakin menghampiri wajahnya. Sedang aku berperang dengan rasa yang bergelora ini, azan subuh kedengaran bergema seluruh kawasan apartment pinggir Kuala Lumpur.

Nia hela nafasnya perlahan dan aku segera perbetulkan kedudukan, memang benar dikatakan orang andai berdua pasti mudah tewasnya iman dan kehendak hati. Aku raup wajah dan Nia juga sama, tudung yang terdampar di lantai dikutip dan diraih ke dalam dakapan.
“Tuan, Nia nak solat.” Pintanya lembut aku angguk sahaja membiaarkan dia menapak masuk ke dalam bilik air. Usai berwuduk, dia mendapatkan ku semula. Aku angkat wajah mencari wajah basah Nia yang sedang berdiri dihadapanku.
“Hmm?” soal ku tanpa nada. Dia senyum lantas duduk bersebelahan ku.

“Kiblat arah mana? Sejadah ada?” aku terdiam. Kiblat? Sejadah? Mana aku tahu, sembahyang pun aku tak pernah buat sejak akhir-akhir ini, ini kan pula bertanya sejadah!

“Kiblat, sana kut! Eh sekejap- sekejap tak silap aku belah sana!” aku tunjukkan ke arah dapur namun kurang seminit aku unjukkan pula ke arah pintu bilik namun aku garu semula kepala yang tidak gatal. Aku benar-benar tak tahu, rumah ini juga sudah setahun aku menjadi milikku namun hingga ke hari ini belum pernah walau sekali pun aku lakukan solat di dalamnya.

“Yang mana satu ni tuan?” Nia pula rungsing melihat aku rungsing begitu.

“Aku tak ingatlah Nia, kau agak-agak arah mana?” soal ku macam orang bodoh. “Nia tak tahu, bawakan Nia ke masjid,” pintanya lembut. Aku angguk sahaja lantas menggapai kunci kereta lalu berlalu bersama Nia menuju ke tempat meletak kereta.

Sementara menunggu Nia selesai bersolat aku layankan kepala mendegar lagu dari cd yang ku beli di pasar malam tempoh hari.

Sedang leka menyanyi kecil, ketukan di cermin kereta menyapa pendengaran ku. Nia berdiri disebelah sana, lalu ku tolak pintu kereta dari dalam membenarkan Nia masuk ke dalam perut kereta.

“Ramai ke yang datang sembahyang pagi-pagi ni?” aku soal dia yang sedang membetulkan tudungnya seketika.

“Adalah jugak tuan, ermm tuan saya nak balik. Nak pergi kerja,” tuturnya masih dalam sopan santun.

“Okey, aku pun nak balik! Oh ya, ambil kunci apartment ni, jaga elok-elok!” pesanku bersama senyuman kecil dia terima pemberian ku dengan senang hati.

Kereta yang ku pandu tiba diperkarangan kondominium tempat Nia menyewa bersama Neesa dan Farhana. Tanganku dikucup laju lantas dia segera keluar dari perut kereta tanpa sempat aku membalas kucupan di dahinya. Memang suka mengelak!


 Aku balas lambaian tangannya langsung bergerak pulang ke rumah. Aku rebahkan tubuh di sofa berangkai tiga, jam di dinding di dinding ku kerling sekilas sudah menginjak angka tujuh setengah pagi, rasa kantuk mula menjengah hadir. Ah bencinya!




Bangun sahaja dari tidur, telinga ku menangkap bicara beberapa orang yang tidak ke kenali. Aku bingkas membuka mata mencari arah datangnya suara itu.

“Mak Mah sini sekejap,” arah ku disambut anggukan kecil Mak Mah yang tadi sibuk melayan beberapa lelaki yang masih lagi duduk mencatat sesuatu di atas kertas.

“Apa semua ni Mak Mah?” soalku benar-benar ingin tahu.

“Oh, tadi mama tuan suruh Mak Mah tengokkan orang-orang tu buat kerja. Katanya kalau boleh nak nampak cantik untuk majlis resepsi tuan nanti.” Kata-kata Mak Mah bagai mencekik leherku. Biar betul dengan mama ni, mudah sahaja mengatur hidupku tanpa berbincang apa-apa. Aku bukan anak patung yang sesuka hati boleh diperlakukan sedemikian.

Ah apa semua ni? Penumbuk ke lepaskan ke meja kaca di hadapan sofa bewarna merah garang itu. Mak Mah menginjak sedikit kebelakang, dan beberpa pekerja yang diupah mama menoleh sekilas sebelum menyambung kembali kerja yang tertangguh!

“Mama mana?” soalku kasar tidak peduli lagi pada renungan pekerja yang sedang tekun melakukan pengubahsuaian ruang tengah, kertas hiasan dinding juga sudah bertukar rupa dan seluruh dinding yang dahulunya dihiasi lukisan puluhan ribu ringgit kini sudah bertukar kepada hiasan kristal. Nekadnya mama menetapkan aturan hidup buat aku, aku gusar dan gelisah dengan cadangan mama. Mana mungkin untuk aku bersama Neesa sedang dia tidak lagi aku cintai. Dia hanya masa silam ku yang kelam, bukan apa-apa lagi. Dan dia tiada makna untuk aku!

“Dah keluar tuan muda,” balas Mak Mah takut-takut!

“Sejak bila kerja semua ni mula?” soal ku lagi mencerlung pandangan tajam ke arah beberapa pekerja yang memakai seragam biru gelap.

“Sejak pagi semalam tuan, mula pukul tujuh dan habis pukul tujuh juga.” Mak Mah perincikan jadual kerja kontraktor itu. Aku sandarkan tubuh kembali ke sofa, kaki ku silangkan ke atas meja lantas aku arahkan Mak Mah menyediakan minum pagi untuk aku.

 “Attar, dah bangun? You look bad, apa kata you pergi mandi dulu.” Aku toleh ke arah datangnya satu suara. Neesa! Dia buat apa dekat sini?

“Kau buat apa dekat rumah aku ni Neesa?” soal ku tegas. Dia kuntum senyum lantas menarik selendang yang menutupi kepala lalu diletakkan di atas riba. Beg tangannya pula dibiarkan di atas sofa berhampiran peha ku.

“I nak datang jumpa you Attar, so lucky akhirnya aunty merisik I dua hari lepas. Tak susah kerja I lagipun I bukan nak harta you. I just nak tumpang kasih sayang dari you, tak lebih tak kurang Attar!” gumam Neesa merapatkan tubuhnya ke tubuh ku. Aku menginjakkan sedikit kedudukan.

“Neesa tolongkah jangan bersikap macam budak-budak, kita dah matang! So act like an adult, jangan sebab benda lama I terpaksa tanggung hidup you.” Aku lepaskan sedikit rasa yang terbuku di hati. Neesa bangkit dan mata tajam itu memandang ku tidak berkelip.

“Sebab benda lama dan kesilapan dulu you sepatutnya bertanggungjawab pada I bukan lepas tangan macam tu saje. You ni tak ada hati perut ke?” jerit Neesa mengejutkan pekerja kontrak itu sekali lagi. Aku selambakan reaksi dan riak muka, malas sebenarnya mahu mengambil serius hal berkaitan Neesa. Dia tahu mengarah dan menjerit sama seperti mama, dan aku tidak perlu dua wanita yang serupa seperti itu untuk hidup sebumbung. Aku tak rela hidup dan perjudikan masa depan ku bersama wanita spesis Neesa.

“Sudahlah Neesa, aku nak bersiap pergi office! Bersepah kerja yang aku kena siapkan. Bukan macam kau, goyang kaki 24 jam, shopping dan perhabis duit family! Langsung tak ada perkembangan dan lagi satu aku tak perlu perempuan yang sama perangai seperti aku. Aku nak yang berbeza seratus peratus dari segi kelakuan, tindakan dan kehidupan. Aku bukan mencari kesempurnaan tapi aku mencari pelengkap kekurangan aku. Okey aku nak naik atas dulu, fikirlah baik-baik Neesa!” gumam ku  sebelum berlalu dan menyusun langkah naik ke tingkat atas.

 Suasana dewan banquet yang bakal menjadi majlis pernikahan Attar dan Neesa semakin meriah dengan kehadiran beberapa tetamu VVIP. Attar sudah tidak betah duduk lama apatah lagi rasa bersalahnya pada Nia semakin menggunung tinggi. Dengan kuasa dan pengaruh seorang VIP pernikahan dia dan Nia dapat disembunyikan dari pengetahuan umum langsung menjadikan pernikahan kedua ini bagaikan pernikahan kali pertama buat dirinya dan Neesa.

“Attar, kita nak mula majlis. Apa lagi siap cepat,” pesan mama ku biar sepi. Dari bilik hotel bernombor 17 dengan ketinggian tiga puluh lima tingkat, aku rasa bagai mahu terjun dan terbang dari sini.

“Cepatlah, VVIP semua dah tunggu tu. Pengantin perempuan dah lama turun ke bawah! Jangan nak buat hal Attar, ini bukan setakat ugutan bahkan juga amaran keras mama jika Attar tak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada Attar!” tegas suara mama sedikit menyentap tangkai hati ku. Mama memang gemar memaksa! Tidakkah dia ketahui yang anak mu ini sedang terluka?

Aku capai songkok yang terletak diatas meja solek, ku sarungkan ke kepala dan samping yang membelit pinggang ku kemaskan sedikit. Perlahan-lahan langkah kaki ku atur menuju ke prut lif. Shark yang baru tiba menyambut aku dengan senyuman, dia juga kacak dalam persalinan baju melayu bewarna perak.

Waktu memasuki dewan banquet semua mata terarah tepat kepada ku, aku tundukkan sedikit pandangan menghela nafas yang sesak di dada dan masih cuba mengawal gugup yang datang tiba-tiba.

Saat aku melabuhkan duduk ku, pandangan mata terarah tepat ke wajah seseorang yang nampak ayu dalam riak yang sedikit terluka.

“Nia,” sepatah aku menyebut namanya di dalam hati bagai bergema namun tidak seorang pun mengetahui rasa hati yang pedih dan terhiris ini.

“Wow, cantiknya dia! Macam bidadari,” gumam Shark berbisik di telinga ku. Aku pandang Neesa dia sama sahaja tidak berubah dipandangan mata ku.

“Bukan Neesa, tu pengapit dia sebelah kanan!” aku toleh sedikit ke kanan, wajah Nia tanpa niqab jelas terpamer dihadapan mata ku saat ini. Aku telan liur, memang Nia ku akui punyai aura yang tersendiri hingga sesiapa yang memandangnya pasti akan jatuh dan tersungkur kerana kecantikannya itu. Aku mula tidak senang hati tatkala mata nakal Shark asyik merenung wajah Nia tanpa berkelip. Rasa sesal mulai hadir namun ini semua sudah terlewat, aku juga yang meminta Nia agar tidak berniqab jika dia benar-benar mahu menjadi pengapit Neesa. Cabar ku itu rupanya disambut juga oleh Nia, ah bodohnya aku membiarkan wajah yang persis bidadari itu dijamah pandangan mata lelaki lain.

“Jangan nak berangan dapatkan dia, dia tak pandang lelaki macam kau,” tempelak ku selamba. Shark mendengus perlahan, tok kadi masih belum tiba untuk meneruskan upacara lafazkan akad nikah.

“Apasal pulak? Memang sejuk mata memandanglah member Neesa ni! Boleh dibuat calon isteri,” puji Shark tidak sudah-sudah sambil menguntum senyum sedari tadi lagi.

“Jangan nak berangan boleh tak?” aku kuatkan sedikit suara namun masih tidak didengari oleh orang lain. Shark pandang wajahku lama lantas kerutan di dahi bagai menyoal tindakan ku yang tiba-tiba menghalangnya dan melarangnya dari terus memasang impian.

“Aku akan pilih perempuan macam tu untuk di buat isteri, boleh menjaga maruah aku jaga anak aku dengan baik dan boleh setia dengan aku jugak. Kalau perempuan dekat kelab malam yang aku pilih, surely rumah tangga pun jadi kucar kacir beb!” pintas Shark bersama angan yang menggunung tinggi. Aku ketap bibir sambil menghadiahkan pandangan tajam ke arah Nia. Dia menunduk sedikit!

“Kalau kau lelaki baik, memang aku yakin kau akan jadi pilihan dia. Kalau kau pun perangai lebih kurang palesit, jangan bermimpi tahu tak. Nak pandang pun belum tentu dia sudi,” aku patahkan angan-angan Shark. Jika bukan kerana kebetulan, pasti tubuh Nia sudah dijamah oleh Shark dua tahun lalu dan jika tanpa perbuatan Shark pasti aku tidak lumpuh dan tidak juga menikahi Nia.

 Usai upacara akad nikah aku segera meloloskan diri mendapatkan Nia yang sudah bergerak menuju ke bilik hotel yang disediakan oleh Neesa kepadanya.

“Nia, tunggu aku kejap! Tunggu...” laungku sambil mempercepatkan langkah. Dia masih melangkah namun sedikit diperlahankan agar aku sempat menyaingi langkahnya ketika itu.

“Nia, aku minta maaf! Aku harap kau faham keadaan aku Nia, aku terpaksa demi reputasi mama dan aku juga! Kau tahukan mama jemput semua VVIP, kalau aku tak ikut pasti mama akan mendapat malu Nia. Kau fahamkan?” aku cuba memujuknya dan dia diam tidak memberi sebarang reaksi.

“Nia janganlah macam ni, tolonglah faham keadaan aku Nia. Please say something!” tuturku mengharap dia bersuara. Aku tatap wajahnya yang masih lagi menunduk menekur lantai, dagu itu ku sentuh dan membawa wajah itu menatap wajahku pula. Ada air mata yang bergenang saat mata bundar ku membalas pandangan matanya yang sedikit merah.

“Kau nangis?” soalku sepatah. Dia tundukkan kembali wajah itu.

“Nia aku mintak maaf pada kau, aku janji semua ni tak lama Nia. Kau tunggu aku, jangan pergi dari aku lagi. Aku akan settlekan semua ni secepat mungkin, aku harap kau besabar sikit ya,” rayu ku harap dia mengerti. Aku tahu bukan mudah untuk aku lepaskan beban yang tergalas di bahu namun untuk melepaskan Nia buat sekian kalinya, itu benar-benar diluar kemampuan ku. Aku akui rasa sayang itu sudah hadir buatnya bukan untuk Neesa.

“You pengapit Neesa bukan?” soal mama yang tiba-tiba muncul di situ. Aku telan liur, harap mama tidak menyedari Nia adalah gadis yang dibenci satu ketika dahulu kerana tegurannya agar memperlahankan volume lagu yang dipasang bagi menghormati waktu azan Isyak dipandang sabagai satu hinaan dan menjejaskan reputasinya dihadapan rakan-rakan dan tetamu yang hadir malam itu.

“Ya saya,” balas Nia perlahan. Aku berdoa dalam hati agar mama tidak mengapa-apakan Nia sekali lagi. Aku takut andai tindakan mama nanti bakal mencederakan Nia.

“So buat apa dekat sini?  Kenapa tak duduk sebelah Neesa dan kenapa bersama Attar pula?” curiga mama bagai sudah mendapat tahu siapakah gadis dihadapannya kini.

“Maaf Puan Sri, saya nak ke bilik untuk solat sekejap! Neesa saya dan beritahu tadi,” gumam Nia menyelamatkan keadaan. Aku hela nafas lega dan mama pula menarik tangan ku kasar agar terus mengekori langkahnya hingga ke dewan banquet.

“Apa ni mama?” soal ku tidak puas hati. Mama tenung wajah ku tajam! Aku mencebik tidak mahu membalas pandangan matanya.

“Attar buat apa dengan perempuan tu?” soal Mama tegas tetapi masih dalam nada perlahan. Aku ketap bibir berfikir sambil merencanakan sesuatu agar mama tidak terus terusan syak wasangka terhadap aku dan perempuan yang tidak diketahui ianya Nia yang juga merupakan isteri ku yang sah.

“Hmm... sampaikan salam Shark! Dia dah jatuh hati,” aku tipu mama buat kali entah ke berapa. Dengan mama jujurku selalunya memakan diri maka baiklah andai aku berbohong sahaja agar semuanya jelas dan nyata tidak membebankan aku dikemudian hari.

“Sudah, pergi layan VVIP kita! Jangan nak buat hal lagi,” gumam mama berlalu pergi. Aku menapak perlahan masuk ke dalam dewan banquet memerhatikan suasana majlis pernikahan yang simple tetapi meriah.

“Attar pengantin perempuan pengsan!” aku menoleh laju ke arah suara yang bergema. Lantas langkah ku atur menuju ke tengah dewan banquet di mana Neesa sedang sibuk melayani rakan-rakannya tadi.

Tubuh Neesa sudah kaku di atas pelapik di mana dia duduk bersimpuh semasa upacara angkat nikah tadi. Aku hanya pandang tanpa mahu membantu lantas cuitan mama sedikit menyedarkan aku.

Kepala yang masih sarat dengan hiasan itu ku angkat lalu keletakkan perlahan ke atas riba, renek-renek peluh sudah kelihatan di dahi Neesa lantas aku meminta agar Neesa dihantar ke pusat kesihatan untuk membuat pemeriksaan ke atasnya.

Sedang menunggu Neesa dirawat, aku masih lagi setia menunggunya diluar bilik kecemasan. Mama dan kedua orang tua Neesa juga turut serta bersama menanti hasil pemeriksaan dan melihat  sediri keadaan Neesa.

Butang baju melayu bewarna putih mutiara ku lucutkan satu persatu, tidak selesa terus terusan dibiarkan terkancing hingga ke leher.

“Siapa suami puan Neesa?” satu suara menyapa saat daun pintu terkuak. Aku diam tidak membalas lantas mama menyiku lengan ku sekali.
“Err... saya doktor!  Kenapa dengan dia?” soalku kasar tidak menunjukkan ciri-ciri suami yang penyayang.

“Tahniah encik, isteri encik mengandung empat minggu!” sebaik doktor itu menghabiskan kata-katanya aku terus pengsan tidak sedarkan diri.
Farhanatul Nadia aka Nia

ANDA semua nak jalan cerita yang macam mana lepas ni? drop komen ya ")



22 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sungguh tidak terjangka idea penulis.. kesian attar... bagailah pengajaan pada mama attar dan neesa yang memaksa tu...

    ReplyDelete
  3. br pdn mk mm attar,nk sngt kt neesa tu,lps ni sng skt attar nk craikn dia,go attar go get nia

    ReplyDelete
  4. anak sapa tu?

    ReplyDelete
  5. neesa hamil 4mggu?
    pelik la ,, xkn 4mggu k0wt .., dy kte daa trlnjur gn attar skian lama ,, sptutnye daa branak daa bukan?

    ReplyDelete
  6. sruh mama paksa Attar ceraikan Neesa yg pregnantkan anak org lain~

    ReplyDelete
  7. lepas ni, buatkan Nia and Attar stay together coz mama Attar kena stroke... Then Nia tolong jagakan at the same time Nia marah sangat dengan Attar.. Kalau Nia and Attar gaduh2x pun best juga... KA,,,

    ReplyDelete
  8. Patut pun naik sgt kawen dan aftar ..huuhu jadi kambing hitam

    ReplyDelete
  9. best3x sgt :)) cpt smbg ye cik writer, mcm mne plak neesa tu bleh pregnent??

    ReplyDelete
  10. attar ceraikan talak 3 kat niesa sbb tipu diee ... attar insaf belajar ilmu agama... nia pon jatuh ati ~

    ReplyDelete
  11. teruk nye neesa..mesti nak suruh attar jadi pak sanggup...ala ceraikan je la..huhuhu..cian nia..

    ReplyDelete
  12. Ehhhh.. Neesa mengandung anak sapa?
    Kata da baper taun lepas neesa ngn attar? Xkn anak attar kot (ke aii slh ni)
    So, jgn la wt attar stuuck ngn neesa plak.. Bia la dia ngn nia.
    Pdn la neesa nak sgt kawen ngn attar

    ReplyDelete
  13. ..
    [Nia hela nafasnya perlahan dan aku segera perbetulkan kedudukan, memang benar dikatakan orang andai berdua pasti mudah tewasnya iman dan kehendak hati....]

    saya hairan kenapa kebanyakkn penulis suka menulis seperti diatas. dan kesalahan ini lg sadis byk berlaku dlm novel2 yg bercetak dipasaran. konsep 'iman' yg salah difahami. bukankah mereka adlh suami isteri? macmna pula boleh dikatakn "tewasnya iman" bila bersama isteri yg sudah halal hubungannya? syaitan lg bertempiaran lari bila hubugan yg halal berlaku dan ini berbeza dgn zina yg barulah sesuai gunakan perkataan "tewasnya iman".

    sbg alternatif perkataaan 'nafsu' mungkin lebih sesuai diguna utk menggambarkan situasi tersebut.

    tentang soalan "ANDA semua nak jalan cerita yang macam mana lepas ni?" - dgn situasi Neesa yg mengandung tsbt, jika saya adlh Attar saya akan menceraikan perempuan tersebut. saya tidak akan mjadi lelaki dayus dan pak sanggup. menipu semata2 utk menutup malu adlh tindakan terdesak dan tidak boleh dimaafkan.

    ReplyDelete
  14. nak Aftar ceraikan neesa...padan muka mama Aftar

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum readers....

    thanks drop komen anda, sy akan guna utk perbaikinya.

    hmmmm next entry anda mungkin boleh meneka jalan cerita berdasarkan:
    *attar seorang yg kurang pengetahuan agama
    * dibesarkan dalam kalangan yg serupa seperti dia
    * family neesa juga sama....
    *** jadi nanti kan entry seterusnya ek. tq for reading :)

    ReplyDelete
  16. aulia iman...even you ckp next n3 readers mgkin boleh meneka jln cerita u berdasarkan point yg u tulis di atas, i hrp u x kecewakan readers u ya!!even attar seorg yg kurang penegetahuan agama sekalipun, x kan die masih nak terima neesa yg dah peggy anak org lain??

    ReplyDelete
  17. -cd yg dibeli dr pasar malam.....
    - perabot buatan Malaysia saje..sbb x mampu...
    come on la writer..lupa ke? last entry bgtahu ringgit yg mama dia masukkan evrty month ke dlm akaun dah sejuta...
    # sometimes you forgot...but the reader never forget , dear!
    # yg sederhana kaya pun ada yg jauh dr landasan agama...x semestinya perlu kaya juta2...buat sikit kelainan...Attar kan kurang didikan ibubapa..bukan sbb kaya semata2 dia jahil agama..
    ...hanya pendapat...TQ

    ReplyDelete
  18. maybe mak attar dah tau awl2 neesa preggy..suh attar nikah ngan neesa sbb ada kepentingan..yearkkkksss

    even attar kurang bab agama, xkan dia kurang gak bab 'anak' tu..bertambah bengong la attar klu stick ngan neesa tu..nikah pon xsmpi 4 jam kot..ni dah 4 weeks preggy......

    ReplyDelete
  19. sya rasa reader nak buat something kejutan kot. tapi tolong jangan dia stay dgn neesa. lelaki kan ada geo mesti la dia x nak ada anak luar nikah ye dak? hope writer boleh bg happy ending sikit ye. tq

    ReplyDelete
  20. sekarang atar kan dah kerja dengan mama dia. mestila gaji dia dah x banyak. hasil titik peluh dia bekerja. kalau x silap... just opinion. hope penulis bagi jalan cerita yg baik n x klise ya.

    ReplyDelete
  21. nak Attar ceraikan Neesa segera..lepas tu kalau boleh nk Attar umumkan pekahwinan dia dengan Nia..terutama kat mama Attar yg sombong dan berlagak tu...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget