Friday, 11 May 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 3



Perkarangan banglo tiga tingkat yang mama dan papa hadiahkan pada ku ini sunyi sepi, entah mengapa kali ini suasana muram menyelubungi perasaanku. Cuaca pagi kelihatan mendung sahaja, burung-burung yang biasa hinggap di pohon rhu bersebelahan taman yang di selenggaran oleh Pak Deris juga tidak menampakkan diri seperti biasa, kicaunya juga sudah hilang entah ke mana. Dari balkoni yang luas aku perhatikan kolam renang yang membiru, tenang tidak beriak. Lalu ku alihkan pula  pandangan ke tengah pancuran air terjun yang dihiasi dengan kolam kecil dan beberapa ekor ikan emas di dalamnya yang sedang berenang bebas. Aku hela nafas perlahan, sudah terlalu lama aku tidak menikmati keadaan seperti ini, tenang dalam sepi!

Kolam renang itu pernah menjadi saksi di mana cintaku pada Neesa pernah bersemi namun sayang hanya kerana ego ku dia pergi jauh entah di mana. Kerusi dan meja konkrit di tengah halaman yang dilatari rumput hijau itu juga pernah menyaksikan buat pertama kalinya aku menangis kesedihan tatakala bapa kandungku dan mama berpisah. Dan garaj yang menempatkan beberapa buah kereta mewah itu pula pernah menjadikan aku anak derhaka kerana mengasari bapa kandungku sendiri. Masih segar dalam ingatanku saat terakhir aku di sisinya, genggaman erat tangan itu ku tepis kasar lantaran abah dihalau keluar dari rumahnya sendiri
dan diakhir cerita baru ku sedari semuanya atas tindakan mama yang sedang hangat mencintai lelaki yang kini bergelar bapa tiriku. Aku dimomokkan dengan kisah buruk abah tanpa sedikit pun menilai kesahihan cerita yang disampaikan! Kerana ketika itu aku masih terlalu mentah untuk menilai kebenaran! Ya aku masih lagi mentah ketika itu!


“Mak Mah, Attar ada?” satu suara kedengaran menyapa orang gajiku Mak Mah. Dari suara itu aku sudah tahu itu milik Zemy, rakan sejak zaman sekolah hingga ke university.

“Oh, Zemy! Ingatkan siapalah tadi, Attar ada dekat atas. Sekejap Mak Mah panggilkan!”  Zemy hanya mengangguk lantas hilang ke ruang tamu barangkali. Aku mengintai sedikit kelibat Zemy yang sedang menapak masuk diiringi Mak Mah yang sudah siap menyiram pohan-pohon bunga di tengah laman. Beberapa ketika aku dengar suara Mak Mah sedang memanggil namaku sambil mengetuk daun pintu.

“Masuk!” aku memberi arahan dalam nada perlahan tidak seperti biasa. Aku tiada mood untuk mempamerkan sikap garangku saat ini, wajah Mak Mah terjengul di muka pintu. Kali ini dia tidak termengah-mengah seperti biasa, nafasnya tidak juga sempot sempot seperti selalu setelah aku izinkan dia menggunakan lif di ruang tengah banglo tiga tingkat ini. Sebelum ini sengaja aku mendera Mak Mah dengan memaksanya menaiki anak tangga setinggi  bangunan sekolah tiga tingkat. Tujuanku hanya satu, memastikan Mak Mah bersenam setiap hari!

“Kenapa?” soalku pendek sambil menyelak helaian majalah dengan hujung jari. Wajah Mak Mah tidak ku pandang, kerana mata ini masih lagi melekat di dada majalah bertajuk Solusi yang Nia tinggalkan di kamarku semalam.

“Tuan, Encik Zemy datang nak lawat tuan!” tutur Mak Mah perlahan. Dia masih lagi berdiri di muka pintu tanpa sedikit pun berganjak.

“Errmm…. Kejap lagi turun!” balasku sambil menjeling sekilas wajah itu.

“Ada apa-apa tuan nak Mak Mah sediakan?” soalnya pula. Aku yang sudah hilang mood untuk berkata-kata ini hanya mengisyaratkan agar segera Mak Mah pergi dari kamarku. Laju sahaja langkah itu bergerak meninggalkan tempat di mana dia berdiri tadi. Takut sangat andai aku mengamuk!

Kerusi roda ku gerakkan perlahan-lahan menuju ke lif, punat tertera huruf G itu ku tekan sekali. Beberapa saat pintu lif sudah terbuka dan tiba di tingkat bawah, lantas Mak Mah yang sedang menunggu aku di hadapan lif segera mendapatkan aku lantas kerusi roda itu ditolak menuju ke ruang tamu.
Zemy pantas berdiri sambil melangkah menghampiri aku yang baru sahaja tiba di ruang tamu. Tangan itu ku jabat lama, ada sayu mula bertandang apatah lagi ini satu-satunya member yang datang melawat semenjak kejadian tempoh hari.

“Kau apa khabar Attar?” soal Zemy kembali duduk di sofa. Aku hanya pamer senyuman tipis sambil memcapai cawan berisi milo panas.

“Aku macam yang kau tengok, bad! And loser,” titahku perlahan namun dalam menyengat hati. Zemy tepuk bahuku perlahan bagai mengalirkan semangat untuk aku terus bertahan dan bertabah hati lagaknya.

“Sabar la Tar, ni dugaan hidup! Lagipun bukannya kau tak ada peluang nak sembuh macam biasa. Cuma ambil masa sikit je lagi,” Zemy memujuk aku yang nyata sudah berpatah arang.

“ Eh, aku nak tanya! Macam mana boleh jadi sampai macam ni sekali,” habis sahaja ayat yang dituturkan Zemy, aku menghela nafas perlahan.  Zemy menepuk bahuku sekali lagi.

“Kalau kau tak ready nak story dengan aku, better kau jangan cerita. Aku tak paksa,”  mataku menyorot tubuh Zemy yang berkulit hitam manis. Dia yang duduk bersandar menunduk sedikit ke    arah meja kopi untuk mengambil cawan yang berisi milo panas yang disediakan Mak Mah sebentar tadi.

“Malam tu aku buat parti macam biasa, entahlah aku tak sedar sangat apa yang jadi sebenarnya. Yang betul-betul melekat dalam kepala aku ni bila aku dengar suara seorang perempuan menangis than aku pergi tengok. Tahu-tahu member clubbing aku tu tengah nak bantai awek ni. Than aku ketuk kepala dia dengan pasu, lepas tu dia dengan aku-aku sekali pitam! Siapa yang tembak tu aku tak tahu, semua orang tak sedar. Tambah-tambah malam tu diorang mabuk teruk, aku pulak layan estacy mana boleh fikir waras,” gumamku mula bercerita. Zemy mengangguk kepalanya beberapa kali sambil mengetuk dagu dengan jari telunjuk.

“Apa yang Mak Mah kata dia sendiri tak tahu siapa yang tembak, dia tengah tidur terjaga sebab dengar bunyi tembakan. Bila dia datang check semua dah blah, tinggal Shark dengan aku je yang pitam. Yang lain blah dengan stok-stok botol yang belum bukak lagi. Sial,” aku mulai panas hati tatkala mendapat tahu mereka membiarkan aku yang sudah ditembak macam tu sahaja bahkan sempat lagi mengebas bebarapa botol hard drink yang aku letakkan di ruang tamu.

“Kau buat kerja tu lagi ke Attar? Aku ingat kau dah berubah,” ada sinis dihujung kata-kata Zemy. Aku mulai panas hati namun mengenangkan Zemy sahabat baik ku, amarah itu mulai reda kembali.

“Biasalah Zemy, orang muda macam aku bila lagi nak enjoy? Lagipun kitorang celebrate cuti panjang, tak salahkan?” soalku mempertahankan tindakan. Zemy hanya menggeleng sahaja, kesal benar dia dengan sikap ku yang satu ini.

“Memanglah muda, tapi kau kena ingat masa muda ni lah kita kena jaga jangan sampai bila tua semua tu dah tak ada makna pada kau,” kata-kata itu menyapa minda ku seketika.

“Apa maksud kau Zemy?” kepala yang tidak gatal ku garu sekali.

“Kau kena cari sendirilah bro,” Zemy menumbuk bahuku perlahan. Ketawanya terhias di bibir, kali ini Zemy kelihatan matang berbanding sebelum-sebelum ini yang sama sekepala dengannya.

Dalam rancak berbual, aku terlupa perihal akan Nia yang sejak awal pagi lagi tidak kelihatan. Di mana gadis itu saat ini, masih tidurkah sedangkan hari sudah meninggi.

“Weh bro, termenung jauh nampak! Aku hairanlah, dalam sakit-sakit pun kau nampak berseri macam pengantin baru! Ke kau dah nak kahwin ni?” soal Zemy tiba-tiba menyebabkan aku tersedak kecil.

“Wooo….. slow-slowlah minum!” tisu yang dihulur ku sambut laju. Pedih hidung dan tekakku kerana tersedak tadi. Zemy pula tayang gigi yang tidak rata itu tepat ke pandangan mataku.

“Kau ni pandai-pandai je,” balasku pula setelah rasa pedih sedikit reda. Zemy tersengih sahaja mendengar tindak balas Attar yang sebegitu.

“Aku balik dululah weh, lewat dah ni! Aku ingat nak singgah ke workshop repair kereta!” tuturnya lagi. Aku mengangguk sahaja, usai berjabat aku menghantar Zemy hingga ke muka pintu.

*************

“Tuan, ni ubat yang tuan kena ambil. Doctor suruh tuan makan ikut masa,” Nia menghampiri tubuhku lantas duduk bersimpuh dihadapanku. Aku tatap wajah itu lama, namun tiada yang dapat ku lihat melainkan sepasang mata yang dihiasi bulu mata panjang seperti unta itu.

“Hmm…” balasku sepatah. Dia masih lagi duduk bersimpuh seperti tadi, perlahan-lahan kakiku dicapai lantas hujung seluar yang tersarung dilipat sedikit hingga ke paras betis. Usai melipat hujung seluar sebelah kanan, jari jemari itu beralih pula ke sebelah kiri, melakukan perkara yang sama. Aku pula hanya diam tidak berkutik, tidak tahu tindakan apakah yang patut aku lakukan waktu ini.

“Tuan, saya minta izin nak urutkan kaki tuan. Tadi doctor ada bekalkan ubat ni,” ucapnya sambil memuncung sedikit ke arah botol putih yang sedang dipegang. Niqab yang dipakai masih lagi dapat menyampaikan mimic muka itu kepada ku. Lihat sahaja ketika dia halakan mata ke botol putih itu, bibir disebalik niqab itu juga bergerak muncung ke arah objek yang sama. Aku hanya ,mengangguk dan beberapa ketika botol putih itu dipicit. Cecair seperti losyen sudah mendarat ke pergelangan kakiku. Terasa nyaman tatkala tangan lembut itu mengelus perlahan kulit kakiku. Antara sedar dan tidak, Nia sudah selesai melakukan urutannya walaupun aku rasakan bagai singkat namun hakikatnya sudah hampir setengah jam kerja urut mengurut itu berlagsung.

Semalam Nia kelihatan terlalu bersedih hingga sanggup membiarkan aku terkulat-kulat di seat sebelah pemandu, mujur Pak Deris masih belum pulang. Jika tidak sudah pasti bermalam dalam keretalah gayanya. Pagi ini Nia ke hospital mendapatkan bekalan ubat dan pulang sahaja lewat pagi ini, kakinya pula diurut lembut.  Attar tersenyum senang, entah mengapa dia rasa selesa diperlakukan sebegitu oleh Nia.

“Nia, aku nak mandi! Mandikan aku,” gumamku kuat. Dia tersentak, hampir terlepas jug kaca yang sedang dipegang. Wajah itu tidak dapat aku tafsirkan reaksinya, namun dari pandangan mata bulat itu nyata tidak setuju dengan permintaan gila ku ini.

“Aku nak mandi ni, cepatlah! Panas!” aku kuatkan suara ku sekali lagi. Dalam hati aku ketawa lucu, alasan panas memang tidak masuk akal langsung, suhu bilik tidurku ini sejuk sahaja apatah lagi penghawa dingin masih lagi di suhu lapan belas darjah Celsius.

Dari ekor mata, tubuh Nia datang mendekati aku. Aku hanya beriak selamba sahaja tidak mempamerkan sebarang reaksi. Langkahnya terhenti tepat dihadapanku, aku panggung wajahku seketika sebelum menjatuhkan semula ke arah karpet tebal bewarna hijau muda yang melatari seluruh ruang lantai bilik ini.

“Kenapa pandang aku macam tu?” soalku pendek. Dia menggeleng perlahan namun masih diam. Aku tahu ada sesuatu yang ingin diperkatakan saat itu.

“Kau nak cakap apa?” soalku cuba membuka ruang untuk dia berterus terang. Dia masih lagi senyap, aku angkat wajahku sekali lagi memerhatikan tubuh itu atas bawah beberapa kali.

Berjubah merah jambu, berniqab dan berstokin pula....lengannya juga bersarung walaupun sudah mengenakan baju berlengan panjang. Tanpa sedar aku menganalisa penampilan gadis yang sudah sah menjadi isteriku semalam.

 “Ermm.. erm… saya nak solat sekejap.” Pintanya gagap namun masih lembut di pendengaranku. Aku kerling jam dinding, baru sahaja masuk pukul sepuluh setengah pagi. Sudah gila ke perempuan ni nak sembahyang time-time begini? Dalam hati aku mengutuk tindakan Nia yang alim tidak bertempat.

“Kau nak sembahyang apa?” sinisku perlahan. Pandangan ku kalih ke luar tingkap. Dia masih setia berdiri dihadapanku.

“Saya nak buat solah Dhuha tuan,” ucapnya perlahan. Aku terdiam, selama ini belum pernah aku mendengar perkataan Dhuha! Nia memang nak kena, menipu aku pula. Jangan ingat aku cacat sampai mudah sekali memberi alasan bodoh untuk mengelak. Aku hanya lumpuh bukannya gila!

“Aku nak mandi, kalau aku cakap jangan pandai-pandai nak mengelak dan nak bangkang! Aku tak suka!” keras suaraku mengejutkan Nia.

“Cepat, aku panas!” selarku lagi. Laju-laju kerusi rodaku ditolak memasuki bilik air, kali ini aku benar-benar mahu Nia sendiri mandikan aku. Dia isteri aku!

Tanpa sedar Attar mula menuntut tanggungjawab dari gadis yang baru sehari menjadi isterinya. Berhati-hati Nia memandikan Attar yang sedang duduk di kerusi rodanya. Walaupun hatinya sedikit sebal dimarahi Attar hanya kerana mahu mengerjakan solat sunat dhuha ketika ini.

“Syampu, aku tak biasa basah kepala tanpa syampu,” arahku lagi. botol syampu ku hulurkan ke arah belakang,  Nia hanya menyambut dan menurut tidak berani membantah, apatah lagi mood Attar tidak baik semenjak awal pagi lagi seperti yang dimaklumkan oleh Mak Mah.

Badan aku ni tak payah bersabunlah?” soal ku lagi. Segera Nia mencapai botol shower gel yang terletak agak tinggi tetapi tidak tercapai tangan itu. Nia menghentikan perbuatannya sambil melilau mencari sesuatu yang boleh dijadikan alas untuk dipijak. Akhirnya kerusi kecil bersebelahan kerusi roda Attar singgah dipandangan matanya. Senyuman terukir indah namun tidak dapat dilihat oleh sesiapa hatta Attar sekalipun.
Berhati-hati Nia memijak anak tangga itu, kakinya dijingkitkan sedikit semakin hampir dan terus hampir.
Bukkk!!! Attar menyeringai menahan sakit dihempap tubuh Nia. Kedua-duanya saling berpandangan, tangan Attar masih kejap memegang bahu Nia yang sedang elok terduduk di peha Attar. Botol shower pula sudah jatuh ke lantai, masing-masing kaku tidak berganjak!

“Ermm… maafkan saya tuan! Saya tak sengaja,” setelah tersedar laju sahaja Nia bangkit dari pehaku. Peha yang sengal dihempap Nia ku gosok perlahan. berat juga gadis berniqab ini rupanya. Shower gel sudah dilumurkan ke tubuhku, perlahan-lahan tangan lembut Nia meratai seluruh tubuhku dengan gel yang sudah berbuih. Terasa ada getar yang mula bertandang namun ku tahankan naluri ini apatah lagi Nia juga sedang menyembunyikan rasa malu dan getar yang hadir ketika ini. Salahku juga kerana mengada-ngada! Ahhh…. Malunya!

Usai mandi aku mengarahkan Nia keluar sebentar kerana aku ingin menukar pakaian basah yang masih lagi tersarung ditubuh. Nia hanya menurut dan masih setia menunggu di muka pintu. Aku isyaratkan agar daun pintu dirapatkan sedikit, tidak rela tubuhku dimamah pandangan Nia yang membulat itu. Wanita juga punyai nafsu jika melihat tubuh lelaki tidak berbaju, apatah lagi jika bahagian lain yang terdedah! Oh tak boleh jadi ni, bahaya!

“Nia, aku dah siap!” gumam ku seraya menggerakkan sedikit kerusi roda dengan tangan ku. Waktu itu ku lihat Nia masih teragak-agak untuk mendapatkan aku yang sudah selesai bertuala dan berbaju, aku kerutkan pandangan. Seketika dia sudah menapak masuk untuk menolak kerusi roda ku keluar dari bilik air. Pakaian ku yang sudah basah lencun dimasukkan ke dalam baldi. Mungkin sebentar lagi akan dibawa turun untuk dicuci.

Sampai sahaja di birai katil, Nia menghentikan tolakan kerusi rodaku. Dia bergerak sedikit ke hadapan sambil mengelus kedua jari jemarinya perlahan.

“Tuan nak pakai seluar apa hari ni?” tuturnya lemah lembut. Aku diam sekejap, berfikir untuk membuat pilihan. Rambutku yang masih basah dilap dengan tuala kecil dan usai mengelap dibalut pula menggunakan tuala yang sama. Cermin di sisi kanan ku kerling sekilas, bagaikan wanita sahaja kepala ku berbalut sebegitu.

“Nak pakai jeans grey colour,” balasku tanpa nada. Nia menapak ke almari pakaian, agak lama juga gadis itu mencari seluar yang ku maksudkan. Sesudah berjumpa, laju sahaja tubuh itu menghampiriku.
“Erm… ermm,” aku faham akan maksud gagap gadis itu.

“Aku nak berdiri, bagi boxer tu pada aku!” Nia datang mendekati, boxer disarungkan ke kedua-dua belah pergelangan kakiku lantas ditarik hingga ke paras lutut. Lalu tubuhnya ditegakkan semula, aku menguatkan pegangan tangan dan bahunya ku paut kuat untuk berdiri. Dia pula memeluk tubuhku untuk menyokong ku berdiri, setelah agak selesa berdiri aku segera membongkokkan sedikit tubuhku lantas sebelah tanganku menarik boxer yang tersarung di lutut tadi hingga ke tempat asalnya.

Setelah siap, Nia meletakkan semula tubuhku perlahan-lahan ke kerusi roda. Tuala yang aku leraikan dikutip lantas disangkut ke hanger. Kemudian kembali semula menyarungkan seluar jeans ke kaki ku pula. Kali ini aku hanya perlu mengangkat sedikit punggungku untuk memudahkan kerja Nia. Zip dan kancing ku lakukan sendiri. Hanya kakiku sahaja bukannya tangan ku yang lumpuh!

“Nia aku nak makan, kau bawak aku turun bawah!” pinta ku perlahan. 

Dia hanya menurut, katilku telah dikemas rapi, aku juga sudah disiapkan persis anak kecil yang mahu ke sekolah. Rambutku disisir rapi, gel juga dielus lembut ke rambut dan kuku juga siap dipotong. Ternyata aku kini lebih terjaga dari sebelum ini.

Nia menolak kerusi roda ku perlahan memasuki perut lif di ruang tengah banglo ini, aku perhatikan bilik-bilik kosong di tingkat tiga, ada antaranya belum pernah ku jejaki. Hanya bilik dihujung sana sahaja aku tempatkan bilik jamming dan di sebelah bilik itu pula ku letakkan alat-alat senaman yang lebih kepada mini gymnasium.

Bilk-bilik di tingkat dua pula, langsung tak pernah aku jejaki. Ada enam bilik semuanya namun hingga ke hari ini tidak sekali pun pernah aku jejaki. Aku sendiri tidak tahu untuk apakah bilik itu semua sementelah hanya aku seorang sahaja anak mama. Maka tidak perlu sama sekali bilik yang berbelas-belas ini di dalam sebuah rumah!

“Tuan, esok saya nak ke kuliyah. Dah start semester baru, habis kelas saya jaga tuan macam biasa,” gumam Nia perlahan takut-takut sahaja nada suaranya meminta kebenaran.

“Kau study dekat mana?” soalku juga tanpa nada. Belum sempat dia menjawab. Pintu lif sudah terbuka luas. Nia menolak kerusi rodaku keluar dari perut lif.

“Saya study dekat Shah Alam tuan,” balasnya pendek.

“Aku tahulah Shah Alam, tapi dekat Shah Alam tu bersepah university!” bidasku keras. Nia telan liur tersentak barangkali. Aku toleh ke sisi menunggu jawapannya yang masih lagi berdiri dibelakangku.

“UITM tuan,” semakin pendek jawapannya.

“Baguslah, esok aku pun dah start semester baru, kau drive bawak aku ke kelas. Ha, sebelum aku lupa… apa nama fakulti kau?” soalku pula. Dia menolak semula kerusi roda ku hingga ke ruang dapur. Sesekali memasuki ruang dapur yang sudah berbulan-bulan tidak pernah aku jejaki terasa asing pula. Wet kitchen disebelah kanan nampak sedikit serabut dan dry kitchen bersebelahnya pula lebih tersusun sedikit kedudukan perabotnya.

“FSPU tuan,” Nia bergerak ke hadapanku. Bagai ada sesuatu yang mahu diperkatakan. Aku diam sahaja menunggu suara itu yang memulakan.

“Tuan fakulti apa?” akhirnya aku senyum sebelah, bertanya juga Nia akhirnya. Ingatkan ada jongkong emas dalam mulutnya sampai berat untuk berkata-kata.

“Aku pun FSPU! Aku lapar ni, nak makan!” dia langsung mencapai sebiji pinggan lantas meletakkan sandwich dan segelas jus orange di hadapanku.  Dia masih setia menunggu hingga aku selesai menjamah minum pagi, kemudian aku memintanya membawa aku ke kolam renang. Aku ingin bersendirian sambil merehatkan minda seorang diri tanpa gangguan sesiapa pun hatta Mak Mah mahupun Pak Deris.

Setelah Nia hilang disebalik daun pintu, aku mendongakkan sedikit wajah memerhatikan dada langit seketika lalu terus memejamkan mata. Cuaca masih sama seperti awal pagi tadi, mendung dan sedikit berangin. Aku melayani perasaan bersendirian sambil mendengar bunyi alam yang sedang berlagu. Ada kicau burung dan ada juga desir angin yang semakin kuat beserta guruh yang kedengaran perlahan dan jauh.

Sedang leka melayani perasaan, terasa ada titik air mula menitis ke wajah semakin lama semakin banyak pula, mata yang terpejam ku buka sedikit. Nyata hujan sudah turun dan sekelip mata sahaja lencun tubuhku disiram hujan lebat menggila, aku masih diam menikmati rasa hujan yang sudah lama tidak menjamah wajah.

“Tuan, tuan buat apa hujan-hujan ni!” suara Nia menjerit kuat. Aku paling wajah mencari wajahnya. Kelihatan dia yang baru keluar dari rumah kelam kabut menyarung sandal lantas berlari anak mendapatkan aku yang hanya dipisah oleh kolam renang. Dalam hujan lebat dan dalam pada angin bertiup itu tanpa sengaja niqab yang dipakai terlayang sekilas menampakan wajah yang selama ini tersembunyi. Terkedu dan terkaku aku saat itu. Benarkah apa yang ku lihat?

“Tuan, tuan buat apa dalam hujan ni? Bahaya nanti kena petir,” gumamnya kuat menyaingi bunyi hujan yang turun lebat sambil menolak kerusi roda ku memasuki garaj kereta. Dia dan aku sama sahaja sudah basah lencun, pertanyaan ku biarkan sepi namun wajah yang berselindung dengan niqab yang sudah basah itu ku tatap lama dan dalam! Masih jelas raut wajah Nia di minda ku. Cantik bagaikan bidadari!

“Tuan,” tegurnya lagi.

“Ashhhummmm!” sekali aku bersin.

(silalah komen untuk entry ini ya :)

6 comments:

  1. saya rasa nia ni kawan dia masa kecik... Queen..

    ReplyDelete
  2. cite ni lagi best dr yg satu lagi...

    ReplyDelete
  3. best cite ni..hope kisah cinta diorg ni eppy nding la ye...hrp nia dpt bimbing suami die...

    ReplyDelete
  4. thank :) sekarang ni susah sikit nak update... student life so busy sikit tambah2 bila buat keje last minutes hoho.... enjoicesss....:)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget