Monday, 14 May 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 5


“Yang kau ni bodoh sangat apasal? Hah padanlah muka, budget cun bagai!” suara Shark kedengaran lantang memarahi Shasha yang tersedu sedan akibat ditegur oleh pengawal keselamatan. Skirt paras peha itu punca dirinya di kenakan tatatertib akibat tidak mematuhi sahsiah rupa diri ketika berpakaian. Aku ketawa lucu, sudah saban kali perempuan ini terselamat dari pemerhatian pengawal keselamatan namun kali ini dia kantoi juga akhirnya apabila dengan berani melangkah penuh gaya menuju ke blok bersebelahan studio. 

“Manalah aku tahu dia nak ikut aku,” gumam Shasha bersama derai air mata. Fatimah mencebik mendengar rungutan Shasha yang sering kali tidak mengendahkan teguran rakan-rakan bahkan memperlekehkan pula nasihat yang diberi.

“Ni semua kau punya pasal,” jerit Shasha memukul bahu Shark. “Eh, pasal apa pulak? Kau yang tergedik-gedik pakai skirt aku pulak yang salah! Wacth up your mounth!” herdik Shark kasar. Aku buang pandang ke tengah tempat meletak kenderaan yang semakin lengang, malas mahu mengambil tahu kedua karenah rakan sekelas ku itu. Kelibat pula Nia masih belum kelihatan. Ketika aku melewati kelas yang dimaksudkan, kelibat Nia sama sekali tidak terlihat. Dalam diam hati yang sejuk ini kembali panas, jangan-jangan Nia sengaja  menipu aku. Bukan boleh percaya sangat dengan perempuan zaman sekarang ni!


“Attar, kau tunggu siapa?” Fatimah datang menghampiriku, duduknya dilabuhkan di tembok batu bercat putih.
“Aku tunggu member aku,” balasku ringkas. Dia angguk sedikit kepalanya lantas tersenyum penuh makna. Hati sudahlah sakit, yang dia ni senyum-senyum ni apahal pulak. Aku masih tidak berpuas hati dengan kelewatan Nia mula mencari sesuatu untuk dijadikan tempat pelepas amarah.

“Eh, member ke awek?” soalnya tiba-tiba. Aku ketap bibir, berfikir untuk memberi jawapan terbaik untuk gadis ini.

“Memberlah, entah mana agaknya dia ni? Dah setengah jam aku tunggu, katanya kelas dia sampai lunch hour je,” aku ubah topik cuba lari dari soalan yang diutarakan oleh Fatimah.

“Oh...” gadis itu memberi respon.

“Tapi aku tak nampak pun dia dekat department tu, semua kelas dah kosong!” tambah Fatimah mengeluarkan buku nota sebesar tapak tangan itu sambil menulis sesuatu di atasnya. Gadis ini memang ku akui salah seorang pelajar pintar yang sering mendapat anugerah dekan saban semester namun sikap kalutnya itu sering kali menyebabkan dia dipinggirkan dalam sebarang aktiviti outdoor yang dianjurkan oleh rakan kelas ku yang lain. Namun aku sendiri hairan, dia tidak sedikit pun berasa kesal bahkan gembira pula jika dirinya tidak di pelawa untuk turut serta. sekurang-kurangnya masa yang ada dimanfaatkan dengan belajar, dan belajar! Ah bosannya hidup budak perempuan ni!

“Hurmm... tu yang aku musykil sangat tu Fat, ke manalah agaknya dia ek?” soalku pada diri sendiri. Fatimah senyum lagi, aku tahu pasti ada sesuatu yang bermain difikirannya ketika ini.
"Macam mana kau boleh bermember dengan gadis berpurdah ya? Hairan aku," omelnya perlahan. Aku panggung wajah seketika melihat wajahnya, bulat macam tembikai!

“Ha, panjang umur member kau tu! Tengok sana tu,” tunjuk Fatimah, jari telunjuknya diluruskan ke arah tempat meletak kenderaan. Dari jauh Nia kelihatan menapak perlahan menghampiri ku. Tidak sabar rasanya ingin ku sembur Nia habis-habisan! Penat sudah aku terconggok menunggu dia, boleh pula dengan sopan santun dan lenggang lenggoknya dia melangkah mendekati aku tanpa rasa bersalah.

“Weh, aku balik dululah! Bye!” Fatimah bangkit dari duduknya langsung bergerak meninggalkan aku. Aku hanya membalas dengan senyuman namun usai sahaja Fatimah berpaling aku kelatkan wajahku seperti sedang menelan buah putat. Pahit!

“Kau pergi mana tadi? Setengah jam aku tunggu!” masuk sahaja ke dalam kereta, Nia terus ku sembur tanpa menunggu lebih lama lagi.. Dia palingkan wajah memerhatikan aku saat ini, akibat marah yang membara aku kepalkan penumbuk lantas ku tunjuk di hadapan matanya. Dia ketawa kecil, menambahkan sakit di hati jantan ku waktu ini.

“Yang kau gelak kenapa?” soalku macam orang bodoh.

“Maaflah tuan, Nia ada kerja sikit tu yang lambat jemput tuan!” tuturnya masih tenang memandu.

“Heh, tadi bukan kau kata kau ada kelas ke? Sekarang kata ada kerja pulak! Mana satu yang betul ni?” soalku geram. Nia diam, aku pun diam hanya suara dj radio sahaja yang kedengaran.

“Nia kerja, tapi partime student!” gumamnya bersama satu nafas yang dihela perlahan. Aku garu kepala, kerja apalah pulak budak perempuan ni buat! Jangan-jangan dia terlibat dalam sindikit ajaran sesat. Ah tak boleh jadi ni, aku kena selamatkan akidah dia.

“Jangan nak kata yang kau kerja dengan satu gerakan yang bercanggah dengan undang-undang agama dan negara!” selarku dalam nada tegas. Dia ketawa kuat sambil sebelah tangannya menekup mulut yang sudah sememangnya terlindung dari niqab.

“Jadi tuan ingat saya ni ahli persatuan yang dibawah pengaruh ajaran sesat macam tu?” soalnya serius, aku ketap bibir seraya membuang pandang ke tengah jalan raya yang tidak terlalu banyak kenderaan ketika ini.

“Hurm...!” respon itu disambut dengan gelengan kecil.

“Ramai orang salah anggap bila tengok perempuan berpurdah! Pengganaslah, kuat mencuri, bila kahwin mesti lahirkan anak berderet-deret, sanggup bermadu dan macam-macam lagi versi lain yang Nia pernah dengar. Tapi hakikatnya setiap orang berpurdah ada sebab dan alasan sendiri. Macam Nia....” kata-katanya terhenti.

Kadangkala dia turut kesal apabila memasuki premis membeli belah sering kali di sedari beberapa lelaki akan memerhatikan tindak tanduknya dari jauh. Bukan dia tidak sedar akan semua itu, namun hanya segelintir pencuri yang menggunakan taktik menyembunyikan  barang curi di dalam tudung labuh menyebabkan dia dan wanita lain yang berniqab turut terkena tempias.

Aku pula bagai tidak sabar ingin mengetahui alasan mengapa wanita muda sepertinya sanggup berniqab dan menyembunyikan kecantikan luar biasanya itu dari pandangan orang ramai. Hairan! Jika dilihat di facebook, berderet-deret wanita atau gadis memuat naik gambar dengan pelbagai gaya dari membulatkan mata dengan budget cun dan comel hinggakan berposing dengan memuncungkan bibir seperti itik. Pada mulanya memang ia kelihatan comel namun lama kelamaan perasaan meluat pula yang muncul. Apa maknanya entah bergambar sedemikian?

Tapi memang ku akui kaum sejenisku pula yang ramai menekan butang ‘like’ bagi menyokong usaha murni mereka bergambar sedemikian dan memuat naik lebih bayak lagi gaya dan possing yang serupa. Ah bosannnya! baik-balik posing dengan mata bulat dan muncung itik. aku teringin melihat gaya yang santai dan bersahaja, itu lebih manis dan cantik pada pandangan mataku.


“Macam Nia apa?” soalku pendek. Dia geleng kepala namun aku bagai tergam dari terus bertanya dengan lebih lanjut.

“Maaf tuan, Nia tak beritahu tuan perkara sebenar! Pagi-pagi Nia uruskan company abah, than bila petang atau malam Nia masuk kelas. Nia bukan study dalam UITM, acctually Nia ambil private college yang boleh macth dengan jadual kerja Nia ni,” gumamnya menyebabkan darah merah menyerbu ke wajahku. Berani-berani dia menipu aku hidup-hidup! Ah, sakitnya hati aku!

“Kau tipu aku apasal hah?” tempik ku kuat, terhinjut bahu itu menahan kejut. Aku hempas beg sedari tadi di atas riba ke dashboard. Kelajuan Audi diperlahankan sedikit lalu dalam beberapa saat sudah di berhentikan di bahu jalan, aku yang panas baran ini bagai sudah separuh terbakar tatkala mendapat tahu Nia berbohong padaku. Nia kutip beg yang sudah terdampar di lantai tempat aku berpijak. Perlahan-lahan laptop Apple dikeluarkan dari beg yang telah ku hempas tadi. Ada retak yang kelihatan menghiasi skrinnya. Aku peduli apa, apalah sangat denga laptop jenama apple ini dengan rasa marah yang teruk ku tanggung.

“Orang yang rugi adalah orang yang tidak tahu mengawal rasa marahnya, bahkan sanggup pula mengikuti kata hati untuk merosakkan diri sendiri,” tuturnya perlahan namun masih sempat ku dengar dengan jelas.

“Kau tak payah nak mengajar aku! Aku banyak duit, bila-bila masa aku boleh beli yang lain!” tempelak ku sedikit kuat. Dia masih lagi sama seperti tadi membelek laptop yang sudah calar balar. Butang Onn ditekan beberapa kali namun masih tidak menunjukkan sebarang respon. Huh, memang laptop itu sudah sampai masanya, ajal juga sudah datang menjemput!

“Bak sini laptop tu,” Apple bertukar tangan, belum sempat Nia berbuat sesuatu aku lemparkan ia ke luar tingkap kereta. Gedebukk! Laptop itu terdampar di atas jalan, aku pandang lama.

“Undur kereta ni cepat, aku nak laptop tu rosak! Kalau aku tak nak maknanya tak ada sorang pun boleh kutip dan guna barang aku!” arahan ku disambut anggukan kecil dari Nia. Beberapa kali kereta itu diundur dan melanggari laptop yang baru sebulan ku beli. Berulang kali Nia berundur dan melanggari laptop itu sampai hancur berkecai!

Pada mulanya aku pandang dengan pandangan puas melihat laptop itu hancur berkecai. Namun setelah beberapa kali Nia mengulangi arahan ku itu sedikit sebanyak, perasaan kesal datang menghimpit. Beribu ringgit aku habiskan dalam sekelip mata untuk lepaskan rasa baran semat-mata. Rugi-rugi! ku hela nafas perlahan sambil Nia ku kerling sekilas, tiada reaksi!

“Dah jalan,” gumamku perlahan. Nia menurut lantas enjin kereta dihidupkan semula sesaat kemudian kereta sudah berada di atas jalan raya menuju ke rumah. aku sandarkan kepala lantas memejamkan mata yang terasa berat, mengantuk sudah!

.....................

“Mak Mah, panggilkan Nia sekejap!” aku duduk melunjur di atas katil sambil mengurut pinggang yang sakit. Ini semua Nia punya pasal yang sengaja mendera aku yang kurang upaya ini. Elok-elok aku sihat terus boleh padam kalau hari-hari begini.

Sampai sahaja ke garaj petang tadi, Nia tinggalkan aku sendirian di dalam kereta. Katanya nak ke tandas, tunggu punya tunggu dekat setengah jam juga barulah dia muncul semula dalam keadaan yang sudah siap berhias dengan pakaian kegemarannya, jubah!

Aku juga yang terconggok macam ulat gonggok kena sembur dengan racun  serangga menunggu dia membawa ku keluar dari perut kereta. Sungguh mereka kejam pada aku yang tidak terdaya ini!

"Sekekap ya tuan, Mak Mah naik panggilkan Nia." ujar Mak Mah menjenguk sedikit ke dalam bilik tidur tamu di tingkat bawah.

Akibat tangan ku yang gatal ini, akhirnya terpaksa juga aku menghuni sebentar di bilik tamu. Nia sudah bermasam muka semuanya gara-gara aku terlepas laku hingga langsung tidak diendahkan aku walaupun ketika itu aku pamer wajah garang seperti singa! Mati-mati aku ingatkan dia akan datang semula membantu aku, rupa-rupanya percaturan aku silap bahkan sanggup pula dia terus-terusan menapak naik ke tingkat atas membiarkan aku terkulat-kulat seorang diri. Huh kejam!

“Ya Tuan Attar apa yang boleh saya bantu?” Nia berdiri di muka pintu. Sambil berpeluk tubuh. Marah benar nampak gayanya, baru aku usik sikit dah angin satu badan belum lagi aku usik lebih-lebih. Hah tengok sekarang siapa yang panas baran? Aku mengomel dalam hati.

“Pinggang aku sakit ni, urutkan!” arah ku tegas. Dia yang sedari tadi tidak berganjak dari muka pintu bergerak sedikit menghampiri ku dalam langkah yang malas-malas. Aku ketap bibir, geram melihat reaksinya ketika ini.

“Cepatlah sakit ni, dah nak putus rasanya!” tak habis-habis aku membebel. Dia masih sama seperti tadi kali ini sudah duduk di birai katil.

“Kau marah aku lagi?” soalku pendek. Dia angguk kepala jujur dengan diri sendiri. Aku diamkan diri, tidak sangka mahu bergurau akhirnya Nia berkecil hati dan aku pula tergolek di atas lantai.
Ketika dia memapah aku masuk ke dalam rumah, Mak Mah dan Pak Deris tidak kelihatan. Pasti mereka berehat selar ku dalam hati. Nia angkat tubuhku lalu ku pautkan tangan di lehernya dekat dan rapat hingga aku terasa ada nafas yang menyapa wajahku. Pandangan tajam Nia ku pandang kosong, ku eratkan lagi pegangan di lehernya, perlahan-lahan Nia meminta aku menapak sebagai satu terapi untuk menguatkan semula kaki ku. Aku menurut dalam kesempatan yang ada, sempat lagi aku menarik purdah yang melindungi wajahnya. Terserlah wajah bujur sireh yang sempurna dengan bibir merah merekah dan hidung yang cantik terbentuk. Aku telan liur yang terasa berpasir, inikah Nia yang sebenarnya jauh dan lebih cantik dari yang terlihat semasa di kolam renang semalam. Dia tolak tubuhku hingga terlentang aku di lantai. Dada itu kelihatan turun naik menahan amarah.

“Tuan tak sepatutnya buat saya begini, saya tak suka diperlakukan oleh lelaki dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran saya!” dia berkata dalam suara lirih yang aku tahu hatinya sedang terluka. Salah ku juga bermain dan bergurau dengan orang yang tak sepatutnya seperti Nia.

“Nia, aku  mintak maaf aku tak buat lagi.” Gumam ku perlahan dia hanya diam tidak membalas.

“Kau dengar tak? Aku tak pernah mintak maaf pada perempuan sebelum ni, kalau kau buat tak dengar aku tarik balik apa yang aku cakap tadi!” ugutku kuat. Dia angkat wajah lantas mencubit lenganku kuat.

“Tuan memang tak ikhlas nak mintak maafkan! Tak ikhlas kan?” soalnya dua kali. Aku gosok lengan yang pedih, boleh tahan juga Nia ni.

“Habis tu? Kau nak suruh aku merayu bagai? Oh sorry, kalau nak tunggu aku mintak maaf better tunggu hari raya!” omelku sambil mencebik.

“Eii... teruknya! Sepatutnya kalau dah buat salah perlu mintak maaf bukan simpan untuk hari raya!” protesnya pula. Aku gigit bibir, berfikir sebentar apa modal yang sesuai untuk aku membalas hujahnya itu.

“Habis tu kalau dah mintak maaf awal-awal, masa raya dah tak ada point nak mintak maaf. So better simpan untuk stock raya,” aku ketawa sinis dengan jawapan ku sendiri.

“Ikutlah tuan nak kata apa pun!” balasnya pendek. “Ha kat mana sakitnya, sini urut urat yang degil mengada-ngada tu,” Nia kutuk urat ku pula. Aku pandang wajahnya tajam dan dia diam tidak berkutik.

“Sini,” tunjukku sambil mengangkat penumbuk dihadapan wajahnya.

“Lelaki yang pukul perempuan, lelaki dayus!” tuturnya sambil memukul kaki ku dengan bantal kecil. Aku senyum sinis.

“Perempuan pukul lelaki nak panggil apa pulak? Perempuan dayus?” selar ku melawan bicaranya.

“Mana ada perempuan dayus,  untuk perempuan panggil nusyuz!” Nia ketawa kecil entah betul entah tidak apa yang dikatakannya ketika itu.

“Dah-dah cepat urutkan aku, sakit dah pinggang aku kau tolak tadi,” rungutku sambil memicit-micit pinggang sebelah kanan dengan tangan.

“Baringlah cepat, kata nak urut!” dia tolak perlahan badan ku agar berbaring.

“Jangan nak buat bukan-bukan, kalau tidak ada mayat yang terapung dekat sungai Klang,” ugutnya lagi sambil aku pula menahan tawa. Lucu mendengar ugutan tidak masuk akal Nia, ah layankan saja.

“Sinilah,” kataku menunjukkan rasa sengal yang sedari tadi berdenyut-denyut. Dia alihkan jari jemarinya ke tempat yang ku tunjuk namun dek kerana geli diurut sebegitu lantas aku pusingkan badan menghadap dirinya yang sedang pelik memerhatikan aku.

"Kenapa?" soalnya sepatah!  Aku pamer senyuman menggoda ingin mengusiknya sekali lagi.

“Aku nak kau urutkan sini,” jari telunjuk ku letakkan di dada.

“Gatal, miang.....” Dia pukul dada ku sekali lantas aku tarik tangannya hingga tubuh itu hampir kepada ku. Jeritan kecil kedengaran lantas tidak semena-mena daun pintu terkuak.

Mama..papa!!!

drop comment ye :)

8 comments:

  1. Best sngt3! wajib ulang baca .. bleh x cepat2 masukkan entri ? :)

    ReplyDelete
  2. salam aulia,mkn lm mkn bst ctr ni,apa lh yg kn jd lps ni kt dorg,pepun jgnlh bt dorg brpsh,smbg lg

    ReplyDelete
  3. waaahhhh...mnrik.tpi x ckup penghayatan la. tidak menampkkan kematangan dalam ayat yg digunakan. nampk mcm tergesa2. jalan cerita da ok tapi blh diperbaiki dlm penggunaan ayat dan perkataan.

    >>k<<

    ReplyDelete
  4. best2..comel je diorang berdua nie..cepat2 sambung tau...xsabar nak tau sambunganye...heheehe...

    ReplyDelete
  5. makin best cite ni...suka baca cite ni...hope diorg still together

    ReplyDelete
  6. thanks yg sudi baca n komen.... segala komen anda akan diambil kira demi nak hasilkan yg terbaik.... hihi tqvm :)

    ReplyDelete
  7. Aik..dan2 trs stdy prvte cllge..

    ReplyDelete
  8. thank pada yg sudi komen... actually isu purdah n tempat study just sedikit gmbaran. yg writer tak boleh nak masukkan n terangkan dalam satu entry. sbenarnya story ni panjang lagi than, betul ke nia ni masih study? penulis nak kenalkan watak nia ni secara perlahan2 sbb masih ramai lagi yg x kenal dgn watak nia berbnding watak attar. anywr tq pada anda yg drop komen. semuanya penulis mabil kira untuk hasilkan jalan cerita yg baik. thanks again :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget