Tuesday, 15 May 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 6


“Nurse, what are you doing here?” mama menegur Nia yang tadinya masih melekat di dada ku. Aku tarik nafas perlahan sambil beriak selamba.

“I think you should knock my door first?” tuturku bersama senyuman sinis. Mama ketap bibir, mungkin terasa hati dengan cara percakapan ku yang agak biadab. Papa tiriku pula hanya berdiri di muka pintu sambil ditangan kirinya memegang satu tin minuman yang aku tahu sememangnya haram untuk diteguk.

“Attar, i dont ask you! Shut up,” pintas mama bersama keluhan. Datuk Sherry, mama ku masuk menapak ke dalam kamar, Nia ku tolak ke tepi lantas ku hulur tangan ku dan dia menyambut untuk membantu aku duduk tegak menghadap mama.

“How about his treatment?” soal mama pada Nia. Aku diam menanti jawapan dari gadis yang masih lagi duduk bersimpuh di birai katil.

“In progress Datuk, setakat ni ada perubahan sedikit!” jelas Nia berhati-hati mungkin takut dicemuh oleh mama yang berwajah agak bengis
itu. Aku lihat mama angguk kepalanya sedikit, bagai ,mengerti dengan apa yang dikatakan Nia. Mungkin juga puas hati dengan prestasi kesihatan ku, aku melihat mama mendekati Nia dan bahu Nia dipeluk kejap dan wajah itu sedikit menunduk merapati wajah Nia yang mengenakan niqab bewarna biru lembut.

“Kenapa you peluk Attar dalam keadaan macam ni? Surely dia tak tergoda, I rasa you perlu beli gaun yang agak seksi sikit. You kena daring dalam berpakaian sebab I know his taste,” mama berbisik di telinga Nia, aku yang sedari tadi duduk berhampiran Nia masih lagi sempat mencuri dengar. Wajah Nia ku kerling sekilas, gadis itu menunduk! Aku tahu berita pernikahan ku dan Nia tidak seorang pun tahu dan aku yakin mama memperkatakannya bukan atas dasar positif bahkan negative advise untuk memikat aku dengan pakaian yang seksi seperti mana pernah Shasha lakukan dahulu semuanya atas nasihat mama yang mengarut itu.

“Attar, kalau nak buat apa-apa sekalipun better lock your door!” mama berlalu setelah berkata-kata. Itulah mama ku, bukan setakat tidak melarang bahkan juga siap memberi cadangan. Hebat sungguh kehidupan aku satu keluarga!

“What everlah mama!” gumam ku setelah kelibat mama hilang dari pandangan mata lantas ku mengarahkan Nia mengunci pintu. Mama dan papa tiriku pasti sebentar lagi akan keluar seperti biasa meraikan kenalan mereka yang menyambut pelbagai sambutan antaranya seperti makan besar setelah berjaya meraih pelaburan bernilai puluhan juta ringgit dan dipenghujung majlis sudah pastilah pesta mabuk yang mengisi slot terakhir. Itu sudah lumrah dalam dunia zaman ini, aku sendiri sudah lali dengan semuanya.

“Nia, buat kali kedua aku mintak maaf pasal mama aku! Dia memang macam tu,” gumam ku lebih kepada memujuk. Aku sebenarnya tidak kisah jika mama katakan hal sebegitu di hadapan Shasha atau mana-mana gadis seperti Shasha namun jika perkara sebegitu dipertuturkan dihadapan Nia sudah pasti ianya seakan menghina gadis itu. Secara jujurnya pemakaian gadis itu sedikit sebanyak menjadikan aku hormat kepadanya. Hairan bukan?

“Erm.. tak apalah tuan. Maybe mama tuan tak sengaja,” tuturnya lembut. Aku bulatkan mata, mengapa mudah benar gadis bernama Nia ini memaaf dan melupakan? Tidakkah dia berasa sakit hati dengan kata-kata mama ku sebentar tadi. Huh, sungguh aku tak faham dengan dia ni!

“Suka hati kaulah, penat-penat je aku kesian pada kau! At last kau cakap tak apalah,” ajuk ku sekali. Nia ketawa kecil sambil membetulkan niqab yang longgar. Aku hanya memerhatikan tingkahnya, ingin bertanya namun dimanakah harus ku mulakan?

“Nia, betul ke 2012 tahun kiamat?” aku tanya soalan bodoh, ya itu memang soalan paling bodoh yang pernah keluar dari mulut ku. Namun aku relakan juga, agar sekurang-kurangnya aku dapat mencetuskan idea agar Nia terus berbual dengan ku.

“Mana tuan dapat dalil ni? Ada nas yang kata 2012 kiamat?” soalnya kembali. Aku rasa bagai tercekik pula namun ku sabarkan juga hati. Bantal dihujung kepala katil ku ambil lantas ku letakkan di peha, Nia pula sudah bergerak ke pintu luncur sambil menyelak langsir yang terlepas bebas ditiup angin petang.

“Tak adalah, aku dengar orang putih kata tahun 2012 bumi kita akan dihentam objek paling besar dari angkasa so effect nya mesti menyebabkan bumi kita hancur dan berkecai,” gumam ku yakin. Nia geleng kepalanya sambil memaling wajahnya ke arah ku.

“Kiamat tu rahsia Allah, semua tanda-tanda kiamat dah dinyatakan dalam al-Quran. Dari sekecil-kecil tanda hingga sebesar-besar tanda kiamat Allah dah jelaskan dalam Al-Quran.” Jawabnya penuh lembut di peluput pendengaranku.

“Apa tanda-tanda kecil dan apa tanda besarnya pulak?” soalku berminat ingin tahu. Ya aku memang tidak pernah menjejak kaki ke sekolah fardhu ain, kecil-kecil dahulu memang aku ada keinginan  ke sekolah itu dalam pakaian putih dan bersamping hijau namun mama menegah kerana bimbang suatu hari nanti aku aku akan terpesong jauh. Pada mama biarlah aku seperti apa yang diacunya bukan seperti acuan dari pihak lain yang belum tentu arah jalannya betul dan benar.

“Kalau tuan nak tahu, tanda kecil semua dah kita tengok contohnya wanita lebih ramai dari lelaki. Dan tanda besarnya seperti matahari terbit dari barat atau pun turun Nabi Isa ke bumi.” Jawabnya dengan susuanan ayat yang lembut dan tenang untuk didengar.

“Kau jangan nak bohong aku, setahu aku mana boleh matahari terbit dari barat! Matahari terbit dari timur, dah fakta sains kata macam tu.” Aku memprotes keras, belum pernah sekalipun aku mendengar akan fakta baru yang Nia keluarkan. Ah biar betul dia ni! Namun Nia masih tetap angguk  bahkan dia menepuk lenganku perlahan sambil berkata.

“Tuan, jika Allah mengkehendaki sesuatu, tak mustahil semuanya akan terjadi walau dalam sekali kerdipan mata.” Aku pegun, benarkah?

“Contohnya?” aku bertanya lagi. Nia hela nafas perlahan lantas kembali duduk berhadapan dengan ku.

“Contohnya dengan apa yang terjadi pada tuan, pada kita dan pada peristiwa beberapa minggu ni? Jika mengikut perkiraan logik mana mungkin tuan akan menikahi saya? Dan mana mungkin tuan boleh cedera begini, dan mana boleh tuan suka-suka hati letak tangan atas peha saya ni.” Aku angkat lengan ku laju setelah tersedar tatkala mendengar bait-bait terakhir  ayat yang Nia uatarakan.
Nia bingkas bangun lantas menarik tanganku agar turut bangun dar katil. Aku hela nafas dengan kasar tidak suka diperlakuakn sebegitu oleh Nia.

“Bangunlah, Nia nak bawak tuan melawat rumah Nia! Nak tak?” soalnya ceria aku pula masam mencuka. Dia ingat kaki aku berfungsi sama seperti diakah? Huh senang-senang je,” rungut ku dalam hati.

“Jomlah Tuan Muhammad Fiqri Attar, kita pergi sekali je. Lepas tu kalau dah tak nak pergi kali kedua dan seterusnya pun Nia dah tak kisah,” gumamnya seakan memujuk, aku pula masih berkeras hati tidak mahu turut serta.

“Jomlah,” gumamnya dalam nada gemersik merayu. Aku ketap bibir namun perlahan-lahan ku paksa kepala ini mengangguk juga. Dia tersenyum, walaupun aku tidak dapat melihat secara terus sekurang-kurangnya dari anak mata itu aku dapat meneka reaksi yang tersembunyi disebalik niqab itu.

Kerusi roda ku di sorong mendekati birai katil, perlahan-lahan aku pautkan tangan dibahunya dan dia juga berhati-hati meletakkan aku di situ.

 “Huh, penatnya! Kalau naik kereta rasa dekat je, bila jalan kaki terasa jauh pulak. Nak-nak jalan berbukit macam ni,” Nia mengomel sambil menolak kerusi roda ku mendaki bukit kecil di jalan menuju ke rumahnya. Aku ketap gigi, lucu membayangkan kerutan diwajah itu saat menolak aku yang menjangkau berat 65 kilogram.

 “Mana ruamah kau?” soalku pendek. Sudah lima buah rumah aku lewati namun masih belum bertemu dengan rumah Nia.

“Kau kata hari tu selang lima buah rumah je. Ni dah cukup lima, mana dia rumah kau?” soalku  mulai curiga. Nia yangmasih berada di belakang ku menepuk bahu ku sedikit lantas jari telunjuk itu menghala ke sebuah rumah mewah bewarna cokal lembut yang dihiasi ukiran kayu pada setiap jendela yang terbuka luas.
Pohon-pohon rhu yang merimbun dan pokok palma yang sudah setinggi pagar tiga meter itu melambai dari kejauhan tatkala dipuput angin petang. Aku sedikit kagum, tidak sabar rasanya mahu melihat sendiri susun atur rumah Nia yang sebatang kara ini.

“Ni rumah kau?” soal ku tatkala melewati pintu pagar dan Nia hanya mengangguk kecil menjawab soalan ku.

Di hujung kanan halaman rumah Nia kelihatan sebuah binaan seperti kotak kayu yang mempunyai lubang-lubang kecil sebesar buah sunkist dan ianya bertiang satu yang dibina untuk tempat burung merpati berteduh. Terdapat beberapa ekor burung merpati bewarna hitam dan putih bertenggek sambil mengeluarkan bunyinya. Aku lihat Nia taburkan sedikit makanan seperti bijirin ke tengah laman, tidak semena-mena burung itu turun ke tanah mengutip makanan yang ditabur tadi. Nia tolak sedikit kerusi roda ku ke tengah laman, diletakkan segenggam bertih jagung ke dalam tanganku pula. Aku lemparkan sedikit dan dalam sekelip mata burung-burung itu bermain dihujung kaki sambil memagut bertih jagung yang ku tabur.

 “Wah, kau ke yang bela burung ni?” soalku masih dalam mode teruja. Nia ketawa kecil mendengar soalan yang aku hamburkan tadi.

“Kenapa kau gelak?” aku tidak puas hati dengan Nia yang sengaja merendah-rendahkan aku melalui ketawanya itu.

“Taklah, saya ketawa tengok tu!” dia unjukkan jarinya ke arah aku.

“Apa dia?” aku semakin galak ingin tahu. Tidak gemar bermain tarik tali seperti ini.

“Tu, burung tu dah melepas pada tuan.” Aku bingkas pandang arah yang dimaksudkan Nia. Kurang asam punya burung, madu ku beri tuba yang kau balas. Memang tak kenang budi, aku menyumpah dalam hati.

“Sekejap Nia masuk ambil baju bersih untuk tuan ya.” Nia berlalu pergi belum sempat aku menghalang tubuh itu sudah berlalu ke dalam rumah.

Aku gerakkan sedikit kerusi roda ku menuju ke kolam renang yang tampak lebih besar dari kolam renang di rumah ku cuma bentuknya sahaja agak unik seperti bentuk seterika. Ya seterika, kalau tidak silap mata aku yang memandang. Dan di dasar kolam pula kelihatan tiles yang disusun dalam bentuk abstract.
Aku dekatkan sedikit kerusi roda ku hampir mengenai gigi air namun segera ku undur semula. Risau pula andai tergelincir ke dalam kolam sudah tentu aku sendiri tidak mampu untuk naik semula tanpa bantuan orang lain. Aku kalih pandangan ke tengah laman tatkala terdengar salakan anjing yang tiba-tiba berbunyi kuat. Jelas di mata ku seekor anjing bewarna perang berlari laju mendapatkan aku yang tadi masih lagi di sisi kolam. Hah sudah, ke mana pula aku nak lari?

Bumm!!! Bunyi sesuatu jatuh ke dalam air meyapa pendengaran Nia yang berada di tingkat dua. Laju sahaja langsir di jendela diseka memerhatikan apa yang sedang berlaku.

“Ya Allah, Attar!” sepantas kilat Nia berlari meninggalkan kerja yang dibuatnya tadi. Sampai sahaja di tepi kolam Attar keliahatan tenggelam timbul di permukaan air. Tanpa berlengah Nia menanggalkan tudung dan niqabnya lantas terjun menyelamatkan Attar yang hampir lemas ketika  itu.

“Ya Allah, apa yang jadi ni?” Nia hampir menangis setelah berjayaa menarik Attar hingga ke tepi kolam. Tubuh Attar sejuk membeku, nafasnya juga tidak kelihatan. Hanya satu cara yang ada sudah pasti bantuan pernafasan mulut ke mulut, ya ini satu-satunya cara menyelamatkan Attar yang sudah kelihatan sedikit biru di wajahnya.

Beberapa kali mencuba akhirnya Attar tersedak langsung air yang masuk ke dalam perut keluar melalui mulut, Nia hela nafasnya perlahan. Lega!
“Tuan, maafkan Nia!” celik sahaja mata aku mendengar esak tangis Nia yang sudah menyembamkan wajahnya ke dada ku. Dalam separa sedar itu, aku terasa bagai ada bulu-bulu kecil mencucuk ke serata wajah. Mata yang hampir terpejam tadi kini kembali bulat bercahaya dengan tiba-tiba. Aku perhatikan Nia yang masih lagi memeluk erat tubuhku dan kini tanpa niqab dan tudungnya. Rambut panjang separas pinggang itu mencuri pandangan mataku. aku telan liur, cantinya ciptaan Tuhan.

“Nia,” aku panggil namanya sekali. Dia angkat wajahnya mencari wajahku. Air mata kelihatan merembes menuruni lekuk pipi gebunya.

Dan aku pula terasa hampir pitam melihat Nia dalam keadaan sebegini dan aku ingin terus terusan melihat dia seperti itu. Seksi dan menggoda tanpa perlu memakai  pakaian tipis seperti gadis lain yang aku lihat diluar sana.

“Nia, aku dah nak mati.” Tuturku sambil menarik nafas dengan lebih laju. Dia kaget lantas wajahku didekatkan ke dadanya, aku yang tidak menyangka reaksi sebegitu diberikan oleh Nia sudah semakin hampir ingin pengsan dan pengsan dengan lebih lama lagi di situ, ya pengsan di dada Nia!

“Jangan tinggal Nia, siapa nak jaga Nia nanti.” Gumamnya dalam esak tangis. Aku ketap bibir ingin ketawa namun ku sabarkan hati untuk terus bertahan kerana aku suka keadaan ini, dipujuk rayu oleh wanita.

“Mak Mah kan boleh jaga kau,” aku perlahankan suara bagai orang yang benar-benar mahu putus nyawa lagaknya. Ah bukan Nia tahu pun, memang aku lemas tadi, kejang dalam air. Mujur juga Nia sempat selamatkan aku jika tidak sudah tentu ada kenduri tahlil di masjid.  

“Mak Mah dah tua, dia tak larat. Tuan janganlah mati lagi, Nia dah tak ada siapa-siapa dekat dunia ni,” esaknya bersama derai air mata. Aku pula bagai tidak sanggup untuk terus berlakon begitu.

“Nia boleh tunaikan satu permintaan terakhir aku?” aku sudah mula meminta sesuatu yang mengarut. Nia hanya mengangguk berkali-kali.

“Izinkan aku peluk kau sekejap,” gumam ku dalam nada berbisik seperti orang yang benar-benar nazak. Ah pedulikan, yang penting aku memang teringin nak peluk Nia. Dia mengangguk juga lantas meletakkan semula kepala ku ke lantai dan didekatkan wajahnya ke wajah ku da aku pula pautkan kedua lenganku menyentuh kepalanya yang masih basah ke dalam pelukan lama dan kejap.

“Ehem... Assalamualaikum!” serentak Nia angkat wajahnya mencari siapakah yang memberi salam dan aku juga memerhatikan ke arah pintu pagar yang terbuka separuh.

“Errr Waalaikumsalam, ya?” jawabku yang tidak jadi mati. Nia pandang aku dengan pandangan tajam lantas segera mencapai tudung dan niqabnya berlari ke dalam rumah.

“Aku bangkit lalu duduk dalam keadaan belunjur, lelaki beruniform biru itu meminta kebenaran untuk masuk. Aku angguk perlahan lantas beberapa ketika dia sudah semakin menghampiri ku, tangan ku dijabat erat lantas dia memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa majlis perbandaran yang ingin membuat pemeriksaan untuk memperbaharui maklumat cukai pintu. Aku sudah diam tidak terkata, malu usah dikata dilihat bermesraan di tepian kolam renang dan dalam diam aku termangu memikirkan tentang nasib ku kali ini. Apakah yang akan Nia lakukan pada aku sekejap lagi, habislah!

Drop komen ya :)

7 comments:

  1. hahahahaa..Attar ni selalu wat benda x pk. pastu bru tertnya2 hati Nia. Attat Attar

    >>k<<

    ReplyDelete
  2. hahahahaa..Attar ni selalu wat benda x pk. pastu bru tertnya2 hati Nia. Attat Attar

    >>k<<

    ReplyDelete
  3. asyik sengih jer bc n3 kl ni,2x dh dorg kantoi,comel sngt,smbg lg yer,x sbr dh ni

    ReplyDelete
  4. siyes, i makin tertarik dgn citer ni..

    ReplyDelete
  5. hope diorg kekal la smp bile2...n nia dapat ubah diri attar.

    ReplyDelete
  6. ehehehe... attar ni pun permintaan terakhir sungguh la comel ... Gud job writer!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget