Saturday, 30 June 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 32



“Kau nak apa Aiman? Bunyi macam tak puas hati?” soal ku tanpa memandang ke wajah itu. Dan waktu ini aku dengar tawa halusnya, tajam menyindir!

“Kalau aku tak puas hati? Apa yang kau boleh buat?” gumamnya tanpa nada. Aku palingkan wajah melihat riak lelaki yang sedang membahasakan dirinya ‘aku’ waktu ini.

“Apa masalah kau sekarang ni?” keras nada suara ku namun masih lagi perlahan terkawal. Dia yang sedang duduk di kerusi sambil merenung ke arah ku tadi segera bangkit lantas melangkah mendekati aku yang masih berendam di dalam air.

“Aku tak ada masalah dengan kau!” tuturnya menunduk sedikit wajah ke arah aku yang berada di dalam kolam renang sambil jungkit kening kanannya tinggi. Seketika kemudian, dia tegakkan semula tubuh dan mendongak wajah menatap dada langit. Kedua tangannya di depakan seketika!

“Habis, apa tujuan kau nak panggil buaya tembaga bagai?” soal ku sinis dan kali ini aku sudah duduk di birai kolam renang. Angin malam menyapa lembut menjadikan tubuh ku sedikit menggigil.

“Tapi kau yang bermasalah dengan aku!” tuturnya kembali tersenyum sinis.

Wednesday, 27 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 31

Semoga terubat rindu pada sesiapa yang merindu CDN ini....




 
CDN 31
“Nia, tidur dula ya sayang! Abang nak turun sekejap, dahaga. Nak apa-apa tak? Boleh abang ambilkan nanti?” ujar ku sambil menjatuhkan langsir yang tadinya kemas terikat. Usai menjatuhkan langsir, aku lurutkan sedikit kain itu agar kedut kesan terikat tadi hilang sedikit.

“Rasanya tak ada apa-apa, Nia tidur dulu ya! Kepala ni berat sangat,” balas Nia sambil menarik selimut hingga ke paras dada.

Tuesday, 19 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 30


“Neesa, kenapa ni? Boleh tak you respect sikit! Suka-suka hati you ceroboh bilik I!” marah ku saat tubuh Neesa sudah mula mendekati. Nia yang masih berada dipangkuan ku terkedu seketika, namun segera dia bangkit dan beralih kedudukan disebelah ku pula. Kedua tangan itu memaut erat leher ini menjadikan aku sedikit tersentak. Haishhh.... Nia pun dah pandai melakukan provokasi terhadap Neesa!

“You buat apa pada Attar? Lepaslah, I tak suka you sentuh Attar macam tu!” Jerit Neesa cuba merungkaikan pelukan erat tangan Nia ni leher ku saat ini.

Thursday, 14 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 29

Semoga terhibur



Usai bersolat aku perhatikan tubuh  Nia yang tersarung pijama milik ku sedang menyisir rambut dihadapan cermin solek. Aku hampiri tubuh itu lantas aku tundukkan sedikit tubuh yang tinggi lampai ini memaut erat leher jinjang itu mesra. Aku perhatikan rupa paras Nia yang terbias di cermin solek, rambut paras pinggang sedikit beralun itu ku sentuh dan ku usap perlahan dan lembut. Ubun-ubun yang masih lembab basah dengan wudhuk tadi ku kucup sekali dan Nia balas perbuatan ku dengan senyuman manisnya.

Wednesday, 13 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 28



“Umur Aiman berapa? Study di mana?” soal mama sambil memasukkan kitab al-Quran yang sudah di baca tadi ke dalam beg manakala Nia pula menolak kerusi roda mama menuju ke ruang tamu tempat aku sedang duduk membaca akhbar Harian Metro.

“Aiman baru 22 tahun, ada lagi setahun nak habiskan study. InsyaAllah hujung tahun depan Aiman habis. Oh ya, Aiman study sama tempat dengan Kak Nia,” balasnya sambil senyum pada Nia. Heh sesedap mulut dia panggil Nia aku, Kak Nia! senyum pulak tu, nak makan penumbuk apa????

“Jadi Nia kenallah dengan Aiman?

Monday, 11 June 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 27





Aku pusing ke kanan tak kena lantas ku pusingkan tubuh mengiring ke kiri pula, mata yang berat tadi bagai kembali segar lantas aku bangkit dari katil segera bangun menuju ke muka pintu. Daun pintu ku luaskan lantas dan ku jengulkan sedikit ke luar, memerhatikan kelibat Nia entah dimanalah isteri ku tidur malam ni. Suasana kelam buat aku segera menapak keluar, bergerak ke ruang menonton TV di tingkat tiga namun insan yang ku cari tidak juga ketemu langsung aku atur langkah kaki menuju ke tingkat dua, mungkin Nia ada bersama mama tetapi di situ juga tiada hanya desah nafas mama yang sedang lena menyapa pendengaran ku. Aku bingkas mengorak langkah turun ke tingkat bawah, pasti Nia ada di sana!

Ruang tamu ku lewati, meliar mata ke arah sofa yang kosong dan ruang dapur juga gelap gelita maka tak mungkin Nia berada di sana, buat seketika aku berhenti dan berfikir sejenak waktu-waktu begini apakah yang sering dilakukan oleh Nia selain melakukan tahajud? Ya mungkin Nia sedang melakukan solat sunat tahajud itulah kebiasaannya setiap kali hubungan yang baik kembali berantakan. Mengadu kepada sang Pencipta.

Bilik solat ditingkat bawah ku hampiri, ada cahaya terbias dari bawah daun pintu. Pasti Nia di dalam sana, wajarkah aku ganggu sahaja khusyuknya atau menunggu sahaja hari esok

Friday, 8 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 27 (MUNGKIN *****LAST)





Aku pusing ke kanan tak kena lantas ku pusingkan tubuh mengiring ke kiri pula, mata yang berat tadi bagai kembali segar. Itulah jika berbuat salah pada seseorang lantas aku bangkit dari katil segera bangun menuju ke muka pintu. Daun pintu ku luaskan lantas kepala ku jengulkan ke luar, memerhatikan kelibat Nia entah dimanalah isteri ku itu tidur malam ni. Suasana kelam buat aku segera menapak keluar, bergerak ke ruang menonton TV di tingkat tiga namun insan yang ku cari tidak juga ketemu langsung aku atur langkah kaki menuju ke tingkat dua, mungkin Nia ada bersama mama tetapi di situ juga tiada hanya desah nafas mama yang sedang lena menyapa pendengaran ku. Aku bingkas mengorak langkah turun ke tingkat bawah, pasti Nia ada di sana!

Thursday, 7 June 2012

TEASER <<<< CINTA DIHUJUNG NODA


CDN 27 teaser

“Nak panggil ustaz atau nak panggil nama?” soal mama penuh ceria menghadap lelaki berwajah kacak persis jejaka arab itu. Jangan mama jatuh cinta sudah, aku tengok budak lelaki tu bukan main seronok lagi bergelak ketawa dengan mama. Nia pun sama, seronok sangat melayan ‘ustaz’ muda tu. Kononya!

“Panggil nama rasanya lebih baik, lagipun Aiman tak habis belajar lagi!” tutur lelaki yang bahasakan dirinya Aiman. Oh Aiman nama budak ni, huh budget baguslah tu! Tak habis belajar ada hati nak digelar ustaz. Aku mencemik memerhatikan keterujaan mama dan Nia melayani guru al-Quran yang mama jemput datang kerumah.

“Umur Aiman berapa? Study di mana?” soal mama sambil memasukkan kitab al-Quran yang sudah di baca tadi ke dalam beg sambil Nia pula menolak kerusi roda mama menuju ke ruang tamu tempat aku sedang duduk membaca akhbar Harian Metro.

CINTA DIHUJUNG NODA 26


Cdn 26

“Nia ke tepi!” laung ku saat bilah pisau yang kemas dalam genggaman Neesa cuba dihunus ke arah tubuhnya. Wajah bengis Neesa yang kelihatan kemerah-merahan menahan amarah yang terbias di riak wajah itu tampak sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Kau kenapa? Tak puas hati,” pertanyaan Nia yang bersahaja buat Neesa mencerlung tajam. Pisau yang kemas dalam genggaman sekali lagi diacukan ke arah Nia tanpa teragak-agak dia mendekati tubuh yang berjubah biru dengan yakin.

“Aku benci kau Nia, aku benci kau!” jerit Neesa sambil cuba mendekati Nia yang bergerak sedikit menjauh.

“Aku tak buat apa-apa pada kau! Kenapa kau rosakkan hidup aku?” gumam Nia masih bersoal jawab. Aku pula semakin tidak keruan melihat keduanya bertikam lidah dan paling aku takutkan andai pisau tajam itu tertikam salah seorang daripada mereka.

“Aku benci tengok kau dengan Attar, dia boyfriend aku! Kau hasut dia lupakan aku! Kau kejam!” ujar Neesa sambil wajah putih itu merona merah menahan air mata yang mula gugur.

Tuesday, 5 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 25


“Neesa kau buat apa ni hah?” jerkahku saat mama ku lihat sudah terduduk di anak tangga terakhir sambil di pinggir bibir itu kelihatan cecair merah sedang mengalir perlahan.

“Kau buat apa pada mama aku? Kau buat apa ni Neesa?” bahunya ku goncang kuat namun reaksi Neesa sama sekali tidak membalas segala pertanyaan aku, hanya senyum sinis yang terpamer di riak wajahnya. Sedikit pun tiada rasa bersalah!

“Hei kau dah pekak ke? kau buat apa pada mama aku? Kau buat apa?” berulang kali aku menyoal namun dia masih enggan  membuka mulut. Amarah ku sudah sampai ke kemuncak bila wajah keruh mama yang berkerut menahan sakit singgah pada pandangan mata. Perempuan bernama An Neesa memang wajar mendapat penangan dari aku agaknya!

Saturday, 2 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 24


CDN 24


“Mama tidur ya ma, Attar nak tidur ni.... letih sangat ma. Kalau mama nak apa-apa mama call phone Attar ya.” Ucap ku sejurus tubuh mama aku selimutkan.

“Mama tidur ya ma,” aku kuntum senyum pada mama lantas langkah kaki ku atur keluar menuju ke bilik tidur ku pula. Neesa hanya menjadi pemerhati tingkah ku sedari tadi lagi, entah apa yang perempuan itu fikirkan aku sendiri tidak tahu sama sekali.

“I nak tidur dengan you, jangan nak mengelak pulak!” tutur Neesa aku pekakkan sahaja. Ah, letih kepala otak dan seluruh urat saraf ku hari ini. Sudah tiada daya upaya lagi untuk membuka mata.

Friday, 1 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 23



“Apa maksud doktor?” debar di dalam dada sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Ya Allah janganlah terjadi apa-apa yang tak baik pada Nia.

“Inevitable abortion, atau keguguran! Isteri encik terjatuh ke? Melalui pemeriksaan kami, ada kesan hentakan kuat pada pinggul yang menjadi punca kandungan isteri encik gugur,” bicara doktor itu buat aku tergamam. Kandungan? Gugur? Nia mengandung, tapi bila?

“Encik, dalam keadaan begini, sokongan dari encik amat diperlukan. Mungkin isteri encik akan mengalami kemurungan, bagaimanapun ia tidak lama. Cuma sokongan dan perhatian encik amat diperlukan dalam waktu-waktu begini,”ujar doktor itu sebelum berlalu pergi. Aku bungkam seketika cuba merencanakan kata-kata yang terluah dari bibir doktor itu.

There was an error in this gadget