Saturday, 30 June 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 32



“Kau nak apa Aiman? Bunyi macam tak puas hati?” soal ku tanpa memandang ke wajah itu. Dan waktu ini aku dengar tawa halusnya, tajam menyindir!

“Kalau aku tak puas hati? Apa yang kau boleh buat?” gumamnya tanpa nada. Aku palingkan wajah melihat riak lelaki yang sedang membahasakan dirinya ‘aku’ waktu ini.

“Apa masalah kau sekarang ni?” keras nada suara ku namun masih lagi perlahan terkawal. Dia yang sedang duduk di kerusi sambil merenung ke arah ku tadi segera bangkit lantas melangkah mendekati aku yang masih berendam di dalam air.

“Aku tak ada masalah dengan kau!” tuturnya menunduk sedikit wajah ke arah aku yang berada di dalam kolam renang sambil jungkit kening kanannya tinggi. Seketika kemudian, dia tegakkan semula tubuh dan mendongak wajah menatap dada langit. Kedua tangannya di depakan seketika!

“Habis, apa tujuan kau nak panggil buaya tembaga bagai?” soal ku sinis dan kali ini aku sudah duduk di birai kolam renang. Angin malam menyapa lembut menjadikan tubuh ku sedikit menggigil.

“Tapi kau yang bermasalah dengan aku!” tuturnya kembali tersenyum sinis.


“Kau buaya tembaga, satu KL kenal siapa itu Muhammad Fiqri Attar! Hebat...” leret suara Aiman berkata-kata. Aku telan liur, apa maksud yang cuba disampaikan oleh lelaki ini. Apa yang dia mahukan sebenarnya?

So what?” tutur ku tanpa nada sengaja mahu membakar hati itu. Dan dia tersenyum sekali. Tidak sedikit pun termakan provokasi yang aku lakukan tadi.

“Attar.... Attar.... jangan ingat semua salah kau dulu terampun seperti mana kotor yang kau bersihkan dengan air. Nampak bersih tapi tak suci!” tekannya dalam. Aku terkedu, entah apa pulak yang ingin disampaikan kali ini. Bahasa cukup berputar belit.

Straight to the point! Tak payah nak bermadah berhelah depan aku!” sekali lagi aku tekankan kehendak hati yang mahu dia terus sahaja berterus terang tanpa perlu berpusing ke sana ke sini. Cukup membuang masa aku!

“Kau tak layak berdamping dengan Nia!” tuturnya tegas. Aku yang sedang memerhatikan pintu pagar tersentak seketika. Laju sahaja pandangan ku kalihkan menatap wajah itu. Dia sedang berpeluk tubuh sambil memerhatikan aku dengan pandangan tajam.

“Apa maksud kau Aiman?” soal ku keras.

“Kau dah rampas hak aku!” tuturnya pendek namun cukup mendebarkan rasa hati yang semakin berombak ganas di dalam dada.

“Apa yang kau nak cakapkan ni Aiman, aku tak faham!” tekan ku lantas bangkit dan menapak mendekati meja. Tuala kering ku tekup ke muka, lama! Cuba meredakan rasa yang sedang berperang di dalam hati.

“Nia pernah jadi tunangan aku! Dan dia bakal isteri aku!” tuturnya buat aku terduduk ke kerusi yang diperbuat dari kayu jati. Lama hingga terasa jantung ini semakin kuat untuk berdetak.

“Ap...apa..apa maksud kau Aiman?” aku sudah tidak betah berlama-lama di situ. Ingin sahaja aku dapatkan Nia menuntut penjelasan dari wanita yang sudah sah menjadi isteri ku ini.

“Kau merampas hak aku Attar,” pendek bicaranya namun seakan mencarik-carik sekeping hati yang tersemat jauh di dalam tubuh.

“Hubungan aku dan Nia mendapat restui oleh kedua belah keluarga. Dan sepatutnya dia sudah menjadi isteri aku waktu ini. Kalau bukan kerana peristiwa khalwat dulu, dia sudah bahagia dengan aku!
Tapi kau, kau punca hubungan aku dan Nia putus di tengah jalan! Kau lelaki yang merosakkan semuanya!” gumam bibir itu kedengaran lirih.

“Bila?” pertanyaan ku disambut dengan tawa halusnya.

“Bila?” ulangnya sekali.

“Kau tanya pada diri kau sendiri Attar! Aku tak tahu kenapa kau sanggup perangkap Nia, dia tak sepatutnya berdamping dengan kau. Kau tak layak untuk dia, yang layak hanyalah Neesa! Itu perempuan yang sepatutnya berdamping dengan kau, bukan Nia!” gumam Aiman perlahan dalam nada yang cukup sinis.

“Boleh aku menuntut hak aku semula?” pertanyaannya menjadikan aku resah. Adakah Nia ingin diambil pergi dari aku? Ah tak mungkin, Nia isteri yang sah buat aku! Tiada siapa dapat memisahkan aku dan dia melainkan kuasa Tuhan.

“Kau bukan Tuhan untuk mengambil hak lelaki lain!” aku cuba bertegas dalam diam sedangkan hati ini sudah berkocak bagai tiada lagi ketenangan yang akan aku hadapai akan datang.

See... tunggu masanya Attar!” gumam Aiman seraya melangkah meninggalkan aku di situ. Sesekali dia menghentikan langkahnya dan berpaling semula ke arah aku. Ada senyuman yang dilempar menyapa aku yang sedang dipanah dengan perasaan debar menggila.

“Benarkah aku sudah merampas tunangan orang, benarkah dahulu Nia ini adalah bakal isteri kepada Aiman? Kenapa aku tak pernah bertanya pada Nia? Dan mengapa Nia sendiri tidak pernah membuka cerita berkaitan hal sepenting ini? Dan apa tujuan Nia membawa lelaki ini datang ke rumah lalu memperkenalkan ia kepada aku? Ya Allah, apa semua ini?” rambut yang basah ku ramas kasar dan wajah yang kusut ku raup berkali-kali.



Aku melangkah lesu menuju ke bilik tidur, perlahan tombol pintu ku pulas dan wajah Nia yang sedang terlena ku perhatikan lama. Langkah kaki ku atur menuju ke birai katil, ingin ku tatap wajah itu sepuasnya, andai suatu hari nanti jodoh yang tersurat tidak kekal berpanjangan, aku masih mampu berpuas hati dapat melihat seraut wajah yang cukup aku sayang dan kasihi.

“Nia, kenapa kau rahsiakan semuanya dari pengetahuan aku? Kenapa tidak kau berterus terang sahaja perkara yang sebenar, aku bersalah merampas hak lelaki lain. Sedangkan aku sendiri tidak tahu apa yang terjadi antara kau dan Aiman.

Mungkin Aiman turut merasa perit melihat kekasih sendiri sedang berada di dalam dakapan seorang lelaki lain. Aku juga pernah merasa luka kerana cinta dan luka itu tidaklah setanding luka yang terpaksa ditempuh oleh lelaki bernama Aiman.

Awal pagi itu aku turun lewat dari kebiasaan, dan seperti biasa mama menegur aku dengan suara cerianya.

“Monyok je Attar, tak sihat ke?” tanya mama sambil menyentuh dahi ku dengan belakang tangan.

“Sihat ma,” balas ku pedek. Aku tarik kerusi duduk berhadapan Nia. Seawal pagi tadi dia mengejutkan aku yang terlena di atas sejadah. Namun kepala yang berat dan hati yang gundah menjadikan aku kembali menyambung lena di atas katil pula.

“Abang,  nak minum air apa?” soalnya ceria dan aku pandang wajah itu sekilas sebelum kembali menekur sandwich di dalam piring. Kerutan di dahi itu bagai meminta penjelasan namun ku abaikan sahaja. Dan sesekali mata ini terarah tepat ke wajah Aiman yang sedang tersenyum. Aku tahu maksud disebalik senyuman itu, mungkinkah dia sedang berusaha mendapatkan haknya semula. Aku kembali resah dalam diam.

“Assalammualaikum, hai semua! Selamat pagi,” gumam satu suara dan serentak semua yang berada di meja makan menoleh ke arah muka pintu.

“Waalaikumussalam,” semua mereka menjawab salam yang diucapkan oleh abah seketika tadi.

“Morning papa,” gumam Aiman lantas bangkit dan mendapatkan abah yang sedang menapak masuk mendekati meja makan. Tangan Fakhrudin dijabat mesra dan bahu itu sekali lagi dipeluk erat.

“Papa? Siapa Aiman sebenarnya? Kenapa dia panggil abah aku dengan panggilan papa?” riak wajah yang cukup terkejut ini tidak mampu lagi disembunyikan.

“Papa, join us!” pelawanya pendek dan abah ketawa senang hati.

“Attar, kenapa buat muka terkejut tu?” soal mama dalam tawa halusnya. Aku masih senyap tidak berkutik.

“Aiman ni anak tiri abah, ingat tak dulu? Yang mama pernah syak abah ada perempuan lain? Attar ingat tak?” soal mama cuba menarik aku keluar dari khayalan yang sudah jauh entah ke mana.

“Err... tak ingat!” tutur ku menutup rasa canggung yang sedang menghimpit.

“Yang mama dengan abah bergaduh dulu, sebenarnya Aiman ni anak tiri abah! Nia pulak dah lama kenal dengan Aiman ni sejak di Mesir lagi!” tambah mama mengaitkan nama Nia waktu itu.

“Bukanlah mama, Nia kenal Aiman sejak sekolah menengah lagi. Aiman ni pelajar pintar, dapat masuk satu kelas dengan Nia. Tapi dia lambat sambung ke Mesir, tu yang tak habis study lagi.” Gumam Nia penuh ceria serentak mereka semua tertawa senang. Aku sorang yang dihambat rasa gelisah.

“Tapi Nia bukan tunang Aiman lagi, Nia dah jadi isteri abang Attar.” Sampuk abah buat aku terkedu. Abah selalu ada untuk menyelamatkan aku, sekurang-kurangnya biarlah Aiman sedar sedikit. Nia yang sedang mengunyah sandwich langsung tersedak mendengar tutur bicara abah! Mungkinkah abah pernah mengenali keluarga Nia satu masa dahulu.

“Mana abah tahu Nia pernah jadi tunang Aiman?” soal ku sekadar menduga. Wajah Aiman ku kerling melalui ekor mata. Dia masih seperti tadi, tersenyum bagai tiada apa yang merungsingkan.

“Dulu abah yang hantar rombongan meminang, masa tu Nia dekat Mesir. Abah tak kenal tambah-tambah Nia pakai purdah. Jadi bila berjumpa dekat butik tempoh hari, abah tak tahulah pulak yang Nia dah kawin dengan Attar. Ada juga rezeki abah nak bermenantukan Nia,” tutur abah membuatkan Nia dan Aiman tunduk menatap makanan masing-masing. Bagai keduanya terluka dalam keadaan terpaksa. Aku telan liur, terasa bagai sebiji-sebiji masuk menerobos melepasi kerongkong.

“Attar pergi dulu ma, bah!” dan Nia aku biarkan begitu sahaja. Hati ku sebal dan waktu aku ingin melangkah Neesa pula menuruni anak tangga sambil menggamit ke arah ku.

“Attar, I rasa I nak beranak!” tuturnya entah betul entah tidak. Sudah banyak kali aku dengar dia berkata begitu. Aku hampiri tubuhnya, dan aku sambut huluran tangan yang dihulurkan ke arah ku tadi. Serupa penguin sahaja Neesa melangkah. Aku ketawa dalam hati, terasa lucu memerhatikan tubuh yang sudah membulat itu.

You ni asyik nak beranak je, jangan main-main boleh tak?” tutur ku kedengaran merungut.

“Betul, kali ni I rasa nak beranak! Cuba you pegang perut I ni, lain macam!” ujarnya sambil menarik jari jemari ku langsung dilekapkan ke atas perut yang memboyot itu. wajahnya kelihatan serius bagai menyatakan kebenaran tutur katanya tadi.

“Ha, you rasa tak apa yang I rasa?” tanyanya lagi. Aku kerutkan wajah.

“Rasa apa?” soal ku tanpa perasaan.

“Ni rasalah betul-betul, you ni buta mata hati!” tempiknya tiba-tiba. Sesuka hati dia, mengatakan aku buta mata hati bila aku tidak dapat merasa apa yang dikatakannya tadi.

“Tak apalah, I nak makan. Lapar sangat ni, you nak pergi kerja ke?” soalnya dalam nada lembut. Sejuk sikit hati ku.

“Ha’a..” aku menjawab hendak tak hendak.

 “Drive carefully.” Ucapnya sambil tersenyum manis. Lain macam pulak sikap Neesa pagi-pagi begini. Buang tabiat agaknya?

“Abang...” panggil Nia saat aku sedang menyarung kasut kerja. Dan dia sedang bersandar di bingkai pintu memerhatikan aku sedari tadi lagi.

Yup,” jawab ku masih enggan melihat raut wajah itu.

“Hati-hati ya,” pesannya dan aku angguk sahaja.

You tiru ayat I,” omel Neesa dari meja makan. Aku tersenyum dan Nia juga, saat mendengar tutur bicara Neesa. Memang sejak semalam Neesa berkelakuan aneh. Hairan sungguh, kenapa ya?

“Maafkan Nia,” ucapnya lembut menyapa pendengaran ku.

“Abang dah lama maafkan Nia, abang pergi kerja dulu!” jawab ku sambil bergerak menuju ke kereta. Wajah Nia ku tatap seketika langsung aku teruskan langkah yang terhenti tadi.






p/s: okey saya dah update cinta dihujung noda & aku penilai cinta.
sekarang masa untuk saya study!!!!
esok ada paper.

ha seperti biasa da baca silalah komen, komen awak2 semua penting untuk saya memperbaiki jalan cerita ini. agak2 apa yang terjadi pada Neesa dan Aiman untuk next entry? cer teke...

tq anda ;)
update: tq menjadikan blog ini mencapai  100,010 pada pukul 7.55 am
hihi lebbiuuuu :)

sila la komen yer, sebab cik penulis dah boring nak baca cerita sendiri. so komen anda yg cik penulis nk baca lak, win win situation. ewah hihi... ;)

7 comments:

  1. Cik Aulia, sempat gak awak siapkan n3 baru tuk CDN ni. Thanks ya, tapi pendek tu yg x puas nk baca. Kalu dh abis paper, minta n3 baru boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah? pendek? hoho
      iAllah.... tapi saya habis 15hb
      dua hari pas tu da masuk office praktikal
      dlam tempoh praktikal nk kena inspect case study
      dekat Pangkor. (kembali semula ke tempat praktikal lama)
      herrrmm jadual yg padat.
      neway tq cik has, coz sudi membaca hihi...

      Delete
  2. cik Aulia Iman nanti panjangkan lagi eh ... antara semua novel saya minat yang ni 'Cinta Di Hujung Noda' ... tahniah ! novel ni best . nanti lepas exam sambung lagi eh ! good luck !!! :)

    ReplyDelete
  3. harap cik aulia jangan mainkan watak org2 yg tau agama macam tu sekali kerana mereka yg beriman percaya kepada qada`n qadar dari allah dan mereka takkan mengganggu rumah tangga org kalau kita yg berugama islam tak respek dgn mereka takkan kita nak menharapkan org agama lain

    ReplyDelete

There was an error in this gadget