Friday, 1 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 23



“Apa maksud doktor?” debar di dalam dada sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Ya Allah janganlah terjadi apa-apa yang tak baik pada Nia.

“Inevitable abortion, atau keguguran! Isteri encik terjatuh ke? Melalui pemeriksaan kami, ada kesan hentakan kuat pada pinggul yang menjadi punca kandungan isteri encik gugur,” bicara doktor itu buat aku tergamam. Kandungan? Gugur? Nia mengandung, tapi bila?

“Encik, dalam keadaan begini, sokongan dari encik amat diperlukan. Mungkin isteri encik akan mengalami kemurungan, bagaimanapun ia tidak lama. Cuma sokongan dan perhatian encik amat diperlukan dalam waktu-waktu begini,”ujar doktor itu sebelum berlalu pergi. Aku bungkam seketika cuba merencanakan kata-kata yang terluah dari bibir doktor itu.


“Bah, Nia mengandung? Tapi dah gugur....” aku bercakap dan bersoal jawab dengan diri sendiri serupa orang hilang arah. Abah hampiri aku yang masih terkaku dihadapan pintu bilik kecemasan itu, perlahan usapan lembut singgah dibelakang badan bagai menyalurkan semangat yang jauh melayang.

“Attar, anggaplah bukan rezeki nak. Dah, jom kita masuk lawat Nia,” bahu ku disentuh perlahan sambil abah bergerak mendahului aku terus menuju ke wad yang menempatkan Nia.
Aku renung bilik yang suatu masa dahulu pernah ku huni, suasana dan keadaanya tidak sedikit pun berubah. Tanpa ku duga hari ini aku kembali semula ke sini, bukan aku yang terlantar sakit tetapi Nia! Yang dahulunya pernah menjaga dan menemani ku saban malam sepanjang sebulan aku mendapatkan rawatan ketika lumpuh dahulu. Aku perhatikan wajah pucat Nia, mata itu masih terpejam!

“Sayang, hmm.. bangun pun.” Aku kuntum senyum saat mata Nia terbuka dan dia perhatikan aku lama tanpa berkelip.

“Nia,” sapa abah turut senyum ke arah isteri ku yang masih lagi terlantar di atas katil hospital.

“Nia dekat mana?” wajah pucat itu ke renung dalam sambil tubuh yang tampak lesu ku perhatikan hingga terbit rasa kasihan di benak.

“Dekat klinik sayang, sayang rehat ya! Abang tak nak sayang banyak berfikir,” ucap ku perlahan dan dia angguk sekali. Pandangan matanya dikalihkan ke sebelah kiri bagai tidak sudi lagi memandang ku yang berada di sebelah kananya ini.

“Attar, abah keluar dulu!” gumam abah memberi laluan untuk aku berbual bersama Nia. Kerusi kosong di sisi ku tarik perlahan lantas ku labuhkan duduk berhadapan Nia yang masih lagi membelakangi ku.

“Nia, pandang abang sayang...” panggil ku masih tidak bersahut. Bahunya ku sentuh perlahan.

“Maafkan Nia bang, Nia tak bagitahu abang pasal kandungan Nia.” Tuturnya lirih. Aku hela nafas yang terasa berat, pada mulanya benar rasa kecewa itu hadir saat mendapat perkhabaran dari doktor perempuan itu namun setelah sekian lama berfikir aku lepaskan sahaja rasa hati yang kecewa, keadaan Nia lebih utama dari melayan rasa kesal yang menjengah datang ke hati.

“Mungkin ini hukuman atas dosa Nia membelakangkan abang, Nia minta maaf bang!” ucapnya ku sambut gelengan kecil walau dia tidak melihat reaksi ku saat ini.

“Nia, abang tak salahkan Nia. Tak ada rezeki kita lagi, sayang...” panggil ku agar dia berpaling menghadap ku semula.

“Abang jangan marahkan Nia, Nia janji tak buat lagi!” sedu sedan Nia buat aku tersedar bahawasanya Nia berasa kecewa dan kesal yang amat sangat. Aku tidak marahkan dia jauh sekali untuk menghukum wanita kesayangan ku ini. Aku ingin dia tahu, apa yang terjadi sekalipun dia tetap cinta hati ku yang satu.

“Nia tak dapat beri zuriat pada abang, Nia isteri tak guna!” bentaknya sambil memukul-mukul tubuh yang sudah lesu itu. Melihat tindakan Nia yang semakin tidak terkawal, aku pegang erat kedua tangannya lantas wajah itu ke tarik hampir ke dada.

“Sayang, kenapa cakap macam ni? Abang tak salahkan sayang, rezeki kita belum sampai!” ujar ku masih cuba memujuk hati itu.

“Nia tak dapat beri zuriat pada abang, patutlah abang berkahwin dengan Neesa! dia dapat beri abang anak, dia boleh beri abang zuriat!” bicara Neesa bagai menjerut hati ku yang sedang terhiris ini. Ketahuilah Nia, aku tidak mengharapkan wanita lain di sisi selain dirimu.

“Sayang, jangan cakap macam tu, abang tak pernah fikir sejauh tu sayang!” wajah itu ke elus dengan jari jemari lantas air mata yang gugur ke pipi ku seka dengan hujung jari.

“Pergi pada Neesa, dia boleh beri zuriat pada abang! Pergilah bang,” tangan yang masih menyentuh wajah itu di tolak menjauh. Aku tahu Nia dalam keadaan tertekan kehilangan zuriat sulungnya. Emosional dan sensitif, pasti ini simptom baby blues yang biasa dihadapi ibu-ibu yang keguguran. Aku hela nafas sekali, waktu seumpama ini Nia perlu diberi lebih perhatian dan perasaan yang tidak menentu yang dialami oleh Nia perlu di hadapi bersama.

“Sayang, dengar sini....  Nabi Zakaria peroleh zuriat tunggal masa umur meningkat sembilan puluh tahun. Nabi tak pernah tinggalkan isteri dia untuk dapatkan zuriat dari perempuan lain. Jadi tak salah kalau abang bersama sayang,” ucap ku tenang sambil mengingati semula kisah nabi yang pernah disampaikan oleh ustazah di sekolah rendah dahulu.

“Abang, pergilah pada Neesa! dia boleh beri zuriat pada abang,” lirih suara Nia sekali lagi buat aku rasa bersalah. Di dalam hati ini, aku tidak inginkan Neesa mahupun wanita lain. Hati dan cinta ku semakin kuat untuknya namun bibir mungil itu sedang memaksa aku pergi jauh dari hatinya pula. Bagaimana untuk aku buang rasa cinta yang kuat ini hanya kerana satu kejadian yang tidak terduga ini.

“Nia, jangan paksa abang sayang..... abang takkan tinggal sayang! Sayang tidur ya,” gumam ku sambil meletakkan semula kepala itu ke bantal.

“Nia tak boleh beri zuriat pada abang,” tuturnya lagi dalam pandangan berkaca-kaca. Aku senyum dan elus wajah itu sekali lagi. Ingin ku nyatakan aku sama sekali tidak akan tinggalkan dirinya selagi rasa cinta ini masih kuat dan selagi takdir tertulis jalan hidupku hanya bersamanya.

“Shhh.... sayang tidur ya,” ucap ku sambil kepala yang berhijab ku sentuh dan ku usap penuh kasih. Pandangan ku tumpah pada seraut wajah yang tampak lesu dan pucat namun dari sinar mata itu aku tahu dirinya sedang berdepan dugaan paling hebat.

Nia yang sedang tidur ku perhatikan lama, nafas ku hela semula. Entah berapa kali aku mengeluh, satu persatu datang menimpa. Baru sahaja mama kembali ke rumah, kini Nia pula terlantar sakit. Selepas ini apa pula yang terjadi?

“Abah, apa yang perlu Attar buat sekarang ni bah?” gumam ku sambil menyambut kopi panas yang dihulurkan oleh abah.

“Sabar dan tenang, lepas Nia sihat kita bawa dia balik rumah! Tentang mama, abah minta tolong orang gaji abah uruskan sekejap.” Patah bicara abah yang duduk di kerusi kosong bersebelahan,  ku pandang sekilas.

“Attar dah penat bah, lepas satu... datang lagi satu masalah! Dengan Nia yang sakit, mama lagi.... Neesa jugak, masalah company lagi! Attar buntu, Attar letih dengan semua ni bah,” rungut ku dalam keluh yang panjang.

“Attar, mengeluh tu bukan satu penyelesaian!” aku duduk menekur lantai dan kini beban yang ku tanggung datang bertimpa-timpa ibarat sudah jatuh ditimpa pula dengan tangga.

“Attar, letih bah! Letih!” wajah yang kusut ku raup kasar hingga terdengar keluhan kasar dari bibir.

“Beginilah kalau beristeri dua Attar, tiada masa untuk diri sendiri. Dah, balik dulu! Nia pun tengah tidur lagi, rehat-rehatkan badan!” gesa abah ku angguk sahaja. Aku atur langkah masuk semula ke dlaam wad yang menempatkan Nia.

 Wajah itu ku perhatikan sebelum langkah kaki ku atur meninggalkan ruang itu buat sementara waktu.“Nurse, kalau ada apa-apa yang berkaitan isteri saya, tolong hubungi saya! Saya nak balik dulu,” pesan ku kepada jururawat berumur lingkungan 20-an itu.

“Baik encik,” balas jururawat yang memakai tag nama Shida perlahan sambil memeriksa denyutan nadi Nia dari masa ke semasa.

“Thanks, saya balik dulu.” Angguk ku meminta diri, wajah Nia ku jeling sekilas. Masih lena dalam tidur yang panjang.

Aku dan abah beriringan menuju ke kereta masing-masing lantas aku hidupkan enjin kereta memandu pulang menuju ke rumah mama. Jarum jam di tangan sudah sudah menunjukkan pukul lima pagi. Hari ini keletihan ku bagai berganda-ganda datang menimpa, tubuh yang lesu belum sempat lagi direhatkan di atas katil.

Sampai sahaja ke rumah mama, aku pulas tombol pintu. Hampir pengsan aku di sapa wajah Neesa yang sedang tersenyum dalam keadaan rambut yang menutupi wajahnya.

“Kau nak apa terconggok depan pintu pagi-pagi buta ni?” soal ku dalam rasa kejut yang masih hebat berkocak di dalam dada.

“I tunggu you,” gumam Neesa buat aku sedikit hairan. Biar betul perempuan ni, huh kalau aku layan dia ni tak tidur malam aku jawabnya.

“Aku nak tidurlah Neesa, kau nak apa lagi ni? Pergi masuk bilik kau,” arah ku sambil tunjuk tepat ke muka pintu bilik tamu yang dihuni oleh Neesa. Dia senyap sahaja tidak berpaling ke arah aku yang sudah berada jauh melepasinya.

“Pergilah tidur, dah lewat ni! Aku penatlah, jangan nak buat hal boleh tak?” bidas ku sambil atur langkah kaki naik ke tingkat atas. Neesa ku tinggalkan begitu sahaja, biarlah dia aku betul-betul dah tak larat nak layan karenah dia sepanjang hari ini.

“Attar, Attar....” baru sahaja aku mahu menapak naik ke tingkat tiga suara mama sayup-sayup kedengaran memanggil nama ku. Nada dan suara tu tidak berapa jelas seperti sebelum mama ditimpa musibah.
Aku berpaling semula menuju ke tingkat dua, anak tangga ku turuni berhati-hati.

“Ada apa ma,” usai memulas tombol pintu aku lihat mama sudah duduk berlunjur di atas katil

“Mama nak buang air ni, bawakkan mama ke tandas!” pinta mama buat aku kaku terdiam seketika.

“Cepatlah,” rungut mama sambil wajah itu sudah keruh menahan terkilannya barangkali.
Aku hampiri tubuh mama, cadar itu kelihatan sudah basah sedikit, aku duduk di birai katil melepaskan lelah perasaan ku saat ini.

“Kenapa mama tak panggil Neesa, kenapa mama buang air atas katil ni?” rungut ku tidak puas hati.

“Attar ke mana tinggal mama sorang-sorang,” kali ini mama sudah pandai merungut pula.

“Mama tak nak Neesa, mama nak Attar yang jaga mama!” ngada-ngada mama buat aku berang. Aku atau Neesa sama sahaja, apa lagi yang mama cerewetkan aku tidak faham sama sekali.

“Ma, kenapa degil sangat ni? Attar atau Neesa sama je mama,” sahut ku cuba alih tubuh mama ke atas kerusi roda.

“Mama kata tak nak, maksudnya tak naklah!” bentak mama yang tiba-tiba itu buat aku sakit hati. Rasa sebal mula hadir hingga tubuh mama ku jadikan alat pelepas rasa berang yang mula bersarang dalam hati.

“Kalau mama degil macam ni, Attar hantar ke hospital! Biar doktor yang jaga, Attar penat seharian ke sana ke sini! Boleh tak mama faham sikit,” tegas suara ku buat mama tertunduk dan perlahan ada air jernih menuruni lekuk pipi yang sedikit berkedut.

“Ma, Im so sorry! Attar tak ada niat nak sakitkan hati mama. Tapi mama tolonglah faham Attar ni ma,” rayu ku harap mama sudi bertolak ansur sedikit. Namun reaksi mama keras seperti kayu, sedikit pun tidak menunjukkan hati itu kembali pulih sedia kala.

“Neesa, sini sekejap!” aku tinggalkan mama langsung menghampiri penghadang kayu lalu mencari kelibat Neesa yang masih berdiri di ruang tamu. Dia angkat wajahnya mencari wajah ku seraya senyuman manis dihadiahkan pula pada ku. Hessyy... pelik-pelik pulak orang dalam rumah ni.

“Neesa sini sekejap, naik cepat!” arah ku kembali semula mendapatkan mama.

“Ada apa you panggil I ni Attar?” Neesa hampiri tubuh ku sambil mata itu menancap wajah mama yang muram.

“Kenapa dengan orang tua ni? Menyusahkan betul,” rungut Neesa sambil henyak tubuh ke hujung katil.

“Mama nak ke toilet, tolong tengokkan!” minta ku penuh berhemah agar Neesa membantu aku kali ini.

“Dia mama you, you yang sepatutnya uruskan dia!” Neesa peluk tubuhnya sambil menjeling ke arah aku 
sekilas. Haih budak ni memang betul-betul menguji sabar aku!

“Tolonglah!” aku bentak dan kali ini sudah tiada lembutnya lagi.

“Excuse me, I tak berminat nak tolong you! Jijik tahu tak,” selar wanita itu sambil menapak keluar dari kamar mama.

“Dia ni mama I tapi mak mertua you jugak Neesa,” aku peringatkan dia tentang hubungan dengan wanita yang dikatakan jijik ini.

“Just mother in law, bukan mak kandung I pun!” balas Neesa buat aku terkedu.

“Pleaselah Neesa, aku penat sangat ni! Boleh tak kau bertolak ansur sikit?” soal ku keras dan dia mencebik sebagai jawapan untuk pertanyaan ku kali ini.

“I kata tak nak, maksudnya tak nak! Yang you nak paksa I ni kenapa? Nia mana? Suruhlah dia buatkan untuk mama kesayangan you ni!” perli Neesa sambil senyum sinis langkah kaki kembali diatur mendekati birai katil.

“Nia dekat hospital, jatuh tangga tadi. Gugur, puas hati kau!” aku kuatkan suara geram padanya.

“Wow, berita gempar ni? Nia mengandung? Gugur? Huish.... hebat jugak you! I ingat you lekeh,” sahut Neesa sambil bergerak sedikit mendekati aku yang bersandar di daun pintu.

“Great, its okey Attar! I dengan baby dalam perut ni kan ada, so janganlah you sedih sangat ya! Lagi lima bulan baby ni mesti jumpa papa dia,” usapan lembut Neesa pada kandungannya buat aku panas hati tatkala bibir itu tanpa rasa bersalah bagai bersyukur dengan berita keguguran Nia.

“Jaga sikit mulut kau tu Neesa, tak lucu!” selar ku sambil dekati mama.

“Ini semua kerja bodoh tahu tak Neesa, I kahwin dengan you baru dua bulan macam mana pulak you boleh mengandung empat bulan?  Siapa bapak budak ni?” soal ku sambil tolak sedikit bahunya. Dia angkat wajah dengan pandangan bengis, tubuh ku ditolak sedikit.

“Bagi I semua ni kerja bijak, at least I dapat you dan lebih menguntungkan I dapat harta mama you! Ya kan Datuk Sherry?” Neesa sentuh wajah mama sambil dagu itu dipagut kasar.

“Kurang ajar kau Neesa! kurang ajar!” jerit ku saat dia ketawa sambil melepaskan pegangan di dagu mama dengan kasar.

“Relax okey, relax.... esok mama I akan datang ke sini, so as a happy family I ada buat makan-makan untuk kita semua. Pastikan you, abah you dengan perempuan tak guna yang dah gugur tu datang sekali. Ada kejutan yang I nak bagi pada you Attar,” ucap Neesa sambil ketawa mengekek.

“Pastikan Nia dan you datang okey, pengumuman tu penting untuk masa depan kita Attar,” ucap Neesa sambil ketawa kuat.

“Hei, ni rumah aku! Rumah aku, tak payah nak jemput bagai. Tak perlu!”aku ketap gigi kuat dan Neesa mencebik melihat reaksi ku sebegitu.

“Eiii.... takutnya,” provokasi Neesa buat aku terbakar hati.

 “Tak guna kau, berambus! Berambus!” ucap ku sambil tolak tubuh itu keluar dari bilik mama. Jika dibiarkan lama, pasti sudah mampus aku kerjakannya!

“Ma....  Attar hantar ke bilik air, mama buat sendiri ya!” gumam ku buat mama senyap tidak membalas.



 P/S: DROP KOMEN :) maaf atas kekurangan.

5 comments:

  1. isyhhh..geram btol neesa ni....

    ReplyDelete
  2. x sbar nak taw n3 strusnya..cik writer truskan smbungan yeh...crita dah makin menarik..truskan usaha writer..

    ReplyDelete
  3. sbar ye nia..de rzki mse dpn dpt bby gak..neesa nk umumkn pe la 2 nk umumkn harta mama sme bg pd dye la 2

    ReplyDelete
  4. sbar nia,nti de rzki dpt la bby ag..neesa nie mst nk umumkn psl harta datin sherry 2 kn

    ReplyDelete
  5. http://www.facebook.com/aulia.iman.7

    Fell free to add me at FB :) semua info akan update di sana. jumpa anda d situ ya!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget