Thursday, 7 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 26


Cdn 26

“Nia ke tepi!” laung ku saat bilah pisau yang kemas dalam genggaman Neesa cuba dihunus ke arah tubuhnya. Wajah bengis Neesa yang kelihatan kemerah-merahan menahan amarah yang terbias di riak wajah itu tampak sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Kau kenapa? Tak puas hati,” pertanyaan Nia yang bersahaja buat Neesa mencerlung tajam. Pisau yang kemas dalam genggaman sekali lagi diacukan ke arah Nia tanpa teragak-agak dia mendekati tubuh yang berjubah biru dengan yakin.

“Aku benci kau Nia, aku benci kau!” jerit Neesa sambil cuba mendekati Nia yang bergerak sedikit menjauh.

“Aku tak buat apa-apa pada kau! Kenapa kau rosakkan hidup aku?” gumam Nia masih bersoal jawab. Aku pula semakin tidak keruan melihat keduanya bertikam lidah dan paling aku takutkan andai pisau tajam itu tertikam salah seorang daripada mereka.

“Aku benci tengok kau dengan Attar, dia boyfriend aku! Kau hasut dia lupakan aku! Kau kejam!” ujar Neesa sambil wajah putih itu merona merah menahan air mata yang mula gugur.


“Aku tak pernah hasut dia Neesa, dia suami aku! Dia suami aku!” bentak Nia tidak mahu mengalah. Aku raup wajah, waktu ini apa tindakan yang harus aku buat. Ya Allah, bantulah aku!

“Aku jugak isteri dia yang sah, tapi kenapa dia benci aku? Kenapa dia sayangkan kau lebih dari dia sayangkan aku?” lirih suara Neesa menyapa perlahan.

“Dia tak pedulikan aku seperti dia pedulikan kau! Dia tak ambil kisah pasal sakit atau sihat aku. Dia tak pernah tahu aku gembira ke tidak, dia tak pernah ambil tahu. Semua perhatian hanya pada kau, dia tak adil!” ujar bibir mungil itu berbicara buat aku bungkam seribu bahasa, itukah punca mengapa Neesa sering kali mencari salah dan sering kali juga menyakitkan hati aku hanya semata-mata mahu meraih simpati dan perhatian dari aku?  Ya Allah apa yang sebenarnya hendak Kau tunjukkan pada aku? Sekali lagi rambut ku ramas kasar!

“Neesa, stop! Kita discuss baik-baik, ini bukan caranya!” aku masih cuba memujuk meredakan amarah Neesa yang dilihat sudah hilang siuman.

“Kau cakap apa ni Attar? Discuss apa lagi???” bentak Neesa mengalih pandangan ke arah aku. Nafasnya kelihatan turun naik, menahan rasa amuk dalam dada. Tajam pandangan mata itu juga bagai menyatakan dendam kesumat yang harus dilunaskan pada Nia, madunya itu.

Aku hampiri Neesa, takut? Ya memang aku takut jika ditikam oleh wanita itu tapi dalam rasa takut yang hadir aku yakin Neesa tidak akan apa-apa kan aku. Tambah pula dia mencintai aku sedang aku tidak pernah membalas cinta gilanya.

“Neesa, bak sini pisau tu sayang....” aku hulurkan tapak tangan sambil memujuk wanita itu agar menghentikan sahaja niat hati yang jahat itu.

“Kau jangan nak panggil aku sayang Attar kalau kau setakat berpura-pura, kalau aku tak dapat kau, dia pun jangan harap nak dapat kau.” Pekik Neesa buat aku tergamam. Nekadnya Neesa dalam mencapai hajat hatinya. Aku hela nafas sambil mencuri pandang ke arah mama dan papa Neesa yang nyata masih terkejut dan tidak menyangka Neesa berubah kelakuan dalam sekelip mata.

“Neesa, jangan macam ni nak! Kita bincang elok-elok,” pujuk Datin Azimah sambil cuba mendekati anak tunggalnya itu. Rasa keibuannya mendorong dia mendekati Neesa memujuk anak itu persis anak kecil yang dahagakan perhatian.

“Mama ke sana! Ni hal antara hidup mati Neesa!” pekiknya kuat sambil menolak rambut yang menutupi wajah. Aku tarik nafas kasar sambil berfikir bagaimana harus aku merampas senjata yang masih dalam pegangan kejap wanita itu.

“Neesa, aku janji akan jaga kau sama macam Nia! Tapi tolong letak pisau tu dulu. Kita bincang elok-elok!” pinta ku cuba berdamai, janji yang ku tabur buat Neesa sedikit tersenyum namun tidak lama dia kembali pamer riak bengis dan amarahnya serentak.

“Kau ingat aku bodoh? Kau ingat aku bodoh ke Attar?”

“Aku tak pernah kata kau bodoh!” selar ku yang sedikit hilang sabar.

“Jadi kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku pada kau?” rintih dia sedikit tunduk memerhatikan lantai beralas karpet tebal. Mama pula hanya diam membisu di sudut kanan sofa bewarna merah hati manakala mama dan papa Neesa pula sedang berteleku memerhatikan Neesa yang sedang dihambat perasaan gilanya itu.

“Kau tak ada salah apa pun, kau baik cuma aku tak boleh terima kau. Aku minta maaf Neesa,” kali ini aku berterus terang buat Neesa dan Nia pandang aku serentak.

“Tengok, hah tengok apa dia cakap! Ini semua kau yang hasut bukan????” Neesa hampiri Nia dalam langkah yang sedikit terhuyung hayang.

“Aku tak pernah hasut dia bencikan kau, aku tak pernah! Aku tak boleh paksa hati orang lain bencikan orang lain!” bela Nia berundur setapak.

“Neesa jangan macam ni, kau dah jadi isteri aku. Jadi tak cukup lagi ke?” soal ku buat dia bertambah berang.

“Kau ingat dengan jadi isteri tanpa tanggungjawab, semua tu dah cukup? Dah cukup? Hei Attar..... kau memang kejam! Kejam!” maki Neesa mula mendekati aku.

“Tak cukup! Kau tak layan aku macam isteri tapi kau layan aku macam sampah! Macam sampah!” ucap Neesa berulang kali sambil air mata tidak henti-henti mengalir lesu di wajah itu.

“Neesa, aku tak pernah anggap kau sampah! Cuma hati aku tak terbuka terima kau dalam keadaan macam ni!” tutur ku harap dia mengerti mengapa aku tidak mampu membuka hati menerima dia yang berbadan dua.

“Kau tak boleh terima sebab aku mengandung?” dia senyum sinis sambil meletakkan pisau tajam itu betul-betul di atas kandungan yang berusia lima bulan. Dan buat aku serta seisi rumah mulai gerun dengan tindakan bersahaja Neesa yang tampak sudah hilang akal.

“Nak, jangan buat bukan-bukan. Sabar, kita bincang elok-elok ya,” pujuk Datin Azimah cuba meredakan perasan marah Neesa yang tampak semakin tidak lagi terpujuk.

“Mama ketepi, biar hari ni menjadi ingatan semua orang yang benci pada Neesa! Neesa akan buat apa sahaja asalkan Attar sayangkan Neesa walau ada yang terkorban!” ucap Neesa sambil meletakkan pisau itu kembali di atas perutnya.

“Neesa, anak mama bukan macam ni! Dengar kata mama sayang, kali terakhir ini mama mohon Neesa dengar kata-kata mama,” pinta Datin Azimah melangkah mendekati Neesa sekali lagi.

“Mama ke sana, kalau tidak Neesa tikam  mama!” ugut Neesa agar Datin Azimah tidal lagi mendekatinya.

“Neesa, dengarlah cakap mama nak! Kita bincang elok-elok, mama tak nak Neesa jadi macam ni!” pujuk Datin Azimah bersama derai air mata. Tidak menyangka sama sekali Neesa tergamak mengungutnya namun naluri keibuannya menyatakan Neesa tidak tergamak sama sekali untuk lakukan itu semua ke atas dirinya.

“Hei Attar, kalau kau benci aku mengandung budak dalam perut ni, aku bunuh dia! Aku bunuh dia!” jerit Neesa mula mengangkat pisau tajam itu ke udara hendak dibenam bilah itu tepat ke arah perut yang sedang berisi janin itu.

“Neesa stop!” jerit ku saat melihat pisau itu sedang dilayang menuju ke perut. Serentak mata ku pejamkan 
tidak sanggup rasanya melihat kejadian ini berlaku dihadapan mata sendiri.
Suasana senyap seketika hanya rintih dari seseorang buat aku kembali tersedar dan membuka mata, aku perhatikan sekeliling. Nia sedang bercangkung melihat Neesa sudah terbaring di lantai beralas karpet manakala mama Neesa, Datin Azimah pula sedang menekan perut yang membuak-buak darah merah pekat, manakala papa Neesa juga turut berada dekat bersama isteri dan anak tunggalnya. Aku atur  langkah mendekati mereka, apa yang terjadi sebenarnya?

Ya Allah apa yang terjadi ni? Sekali lagi aku meraup wajah yang kusut!
“Abang, tolong panggilan ambulance..... tolong Datin Azimah bang...” aku dengar Nia bersuara cemas.

“Abang! Cepat!” jerit Nia sekali lagi buat aku tersedar langsung nombor telefon ambulance ku dail segera. Usai membuat panggilan telefon, aku bergegas mendekati Neesa, kepalanya ku pangku di atas riba melihat darah merah yang mula membasahi seluar yang dipakai. Dan mama Neesa pula sedang berusaha mendekati anaknya, dalam susah payah tubuh itu mengesot sedikit demi sedikit. Nia juga membantu tubuh itu mendekati Neesa yang terbaring kaku.

“Neesa, mama sayang Neesa! jaga diri elok-elok...” pesan Datin Azimah dalam nafas turun naiknya namun Neesa yang sudah tidak sedarkan diri hanya kaku tidak memberi sebarang respon. Dalam sakit yang menggigit Datin Azimah jatuhkan ciuman hangat seorang ibu di wajah pucat Neesa.

“Attar, jaga anak mama baik-baik.” Gumam suara itu buat aku sebak.

“Mama mintak maaf tak bimbing dia jadi anak yang baik dan mendengar kata. Maafkan mama,  sampaikan pesan yang mama sayangkan Neesa,” ucap Datin Azimah dalam nafas yang semakin tersangkut-sangkut manakala sebelah tangannya masih kemas memegang pisau yang sudah terbenam ke dalam perut.

“Insyallah ma, Attar janji!” ikrar ku buat Datin Azimah senyum dalam kepayahan. Aku perhatikan papa Neesa kini memangku Datin Azimah yang sudah lemah dan hanya air mata yang kelihatan mengalir lesu di wajah yang berkerut menahan sakit.

“Sakit bang,” tutur suara itu tatkala papa Neesa menyentuh wajah yang basah dengan air mata.

“Abang tahu, sabar sikit ya sayang. Kejap lagi kita ke hospital,” pujuk suara garau itu buat aku dan Nia kembali sebak.

“Maafkan Azi tak didik anak kita baik-baik,” ucapnya dalam kepayahan. Aku perhatikan kedua kaki Datin Azimah sudah menggigil menahan sakit. Ku sentuh keduanya perlahan, rasa sejuk sudah sampai ke betis.
Nafas mama Neesa juga semakin laju hingga dada itu kelihatan turun naik bagai udara tidak lagi mencukupi untuk dihirup. Kedua mata itu juga sudah kelihatan putih  memandang siling tanpa berkedip buat aku semakin gusar.

“Kenapa dengan mama Neesa?” soal ku dekat di pendengaran Nia yang sudah basah denagn air mata.

“Masanya untuk mama Neesa pergi dah sampai,” lembut bicara Nia buat aku kembali tersedar, sesuatu yang tak pernah aku alami seumur hidup kini berlaku dihadapan mataku. Menjadi saksi perginya seseorang dari dunia.

“Sakit bang,” gumam suara itu dalam kepayahan. Buat papa Neesa dekatkan wajah bertemu wajah milik isterinya menyatakan sesuatu.

“Datuk, ajarkan datin syahadah....” perlahan Nia bersuara mengingatkan lelaki itu agar segera menuturkan kalimah syahadah untuk isterinya.

Habis sahaja bibir itu bergerak mengikuti kalimah yang diajar oleh papa Neesa, tangan yang kejap memegang lengan suaminya itu jatuh terkulai perlahan-lahan buat aku yang berada dihadapannya bergenang air mata. Nia, dia juga sedang menyeka air mata yang bertakung di tubir mata. Dan mama juga sudah teresak di hujung sofa sana.

Ambulance sudah pergi bersama Neesa dan Datin Azimah juga sedang di bawa ke hospital untuk disahkan kematiannya. Aku terduduk sambil memerhatikan beberapa pegawai polis sedang merakam gambar kejadian, lantai yang bertakung darah merah itu juga ku perhatikan sekilas.

“Attar, mama takut! Nia mama takut!” gumam mama sambil cuba mendekati aku. Aku diam tidak berganjak, hanya Nia yang pergi mendapatkan mama.

“Mama takut Nia,” ucap mama sambil memeluk erat tubuh Nia yang terdapat kesan darah yang melekat.

“Mama jangan takut, Nia ada ni.” Pujuk Nia buat mama kembali selesa. Rasa takut itu juga sedikit terusir pergi.

“Encik, apa yang terjadi sebenarnya?” soal pegawai polis itu sambil mencatat sesuatu di atas buku kecilnya.

“Saya tak ingat,” ucap ku sambil meraup wajah yang kusut.

“Macam ni, saya faham encik mungkin dalam keadaan trauma lagi. Saya harap encik boleh datang bagi keterangan dekat pejabat polis dalam masa terdekat, kalau tak ada apa-apa kami gerak dulu. Terima kasih atas kerjasama encik semua,” huluran tangan ku sambut bersama anggukan kecil. Ya waktu ini aku tidak mampu berfikir dengan waras sama sekali.

Mata ku sorotkan memerhati perginya van forensik dan beberapa buah kenderaan polis yang tadinya memenuhi perkarangan banglo mewah tiga tingkat ini. Aku perhatikan muka pintu yang terbuka luas, sebelum aku sendiri menapak keluar menuju ke garaj. Ingin ku lawati Neesa dan ingin ku lihat apa yang terjadi pada wanita itu tambah pula aku sudah berjanji untuk menjaganya dihadapan arwah Datin Azimah tadi.

“Abang nak kemana?” soal Nia mendekati aku. Aku tenung wajahnya seketika sambil nafas ku hela perlahan.

“Abang nak ke hospital, nak tengok Neesa. Tolong jagakan mama abang, lagi satu bagitahu pasal hal ini pada abah ya. Abang pergi dulu sayang,” ucap ku sambil kucup dahi Nia sekali.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sudah hampir tiga bulan kejadian itu berlaku, dan kini Neesa kembali pulih cuma tekanan yang di alami oleh Neesa buat aku sedikit bersalah. Nyata Neesa tidak dapat menerima, Datin Azimah terbunuh di tangannya ketika pergelutan terjadi dan semua ini angkara aku yang tidak bersifat adil pada Neesa yang sudah menjadi isteri tanpa relaku.

“Neesa makan sikit, nanti baby tu lapar!” gumam ku sambil menyudu nasi ke arahnya. Kandungan berusia lapan bulan ku perhatikan sekilas. Begitu cepat masa berlalu hingga aku sendiri tidak sedar.

“Neesa makan sikit ya, nanti you sakit!” pujuk ku sambil elus tangannya perlahan.

“Mama mana?” soalnya entah ke barapa kali.

“Mama dekat hospital, mama kan sakit!” dan entah berapa kali juga aku sudah menipu Neesa tentang ibunya yang sudah meninggal dunia itu.

“I nak jumpa mama, hantar I ke sana.” Pinta Neesa sambil ambil sudu yang ku pegang tadi dan diletakkan semula ke dalam pinggan.

“You tak sihat lagi, mana boleh jumpa mama dalam keadaan macam ni. Dah sihat barulah doktor bagi masuk jumpa mama you,” sekali lagi aku berbohong kepadanya. Dan dia nampak sedikit terpujuk dengan kata-kata ku.

“Okey you makan sikit, lepas tu ambil ubat ni than tidur. You dah sihat, I janji bawa you jumpa mama you okey,” aku hela nafas perlahan. Mungkin mustahil untuk aku bawa Neesa bertemu kembali mamanya namun pusara tempat di mana Datin Azimah disemadikan mungkin akan menjelaskan semua yang berlaku tempoh hari.

“Janji!” ujarnya sambil tersenyum. Aku angguk sahaja sambil menyuapkan nasi pada Neesa. Usai sahaja menyuap Neesa aku bingkas keluar setelah Neesa kembali tertidur setelah mengambil beberapa pil yang dibekalkan oleh doktor.

Langkah kaki ku atur menuju ke dapur di mana mama dan Nia sedang berbual-bual. Senyumam mama menyapa pandangan mata saat aku bertembung pandang dengannya tadi.

“Attar, rasa kuih yang Nia buat ni! Sedap, mama tak pernah lagi rasa kuih sesedap ni,” puji mama pada masakan Nia. Dan aku juga turut duduk berhadapan mama cuba merasa kesedapan kuih yang dibuat oleh isteri ku Nia.

“Biasa-biasa je mama, dekat kedai lagi sedap!” Nia datang sambil meletakkan seteko teh panas di atas meja. Buat seketika aku lihat Nia menuang teh itu ke dalam cawan lalu diletakkan di hadapan aku serta mama.

“Neesa dah tidur,” soal Nia buat aku panggung wajah mencari wajahnya.

“Dah baru je, kenapa?” aku menyoal dia semula.

“Eh, tak ada apalah!” gumam Nia sambil tarik kerusi duduk bersebelahan dengan mama.

“Attar, mama takut dengan Neesa! menjerit malam-malam buta, seram mama!” aku lihat mama gosok kedua belah tangannya sambil pamer riak seseorang yang sedang ketakutan.

“Nak buat macam mana ma, doktor kata Neesa depress! So dalam keadaan macam ni, kita kena layan dia elok-elok jangan bagi dia bertambah tertekan!” ujar ku sambil capai sepotong lagi kuih seri muka.

“Layan dia pun jangan sampai abaikan Nia,” bicara mama buat aku sedikit tersentak. Benarkah aku abaikan Nia semata-mata lebihkan layanan pada Neesa. Aku telan liur, selama ini Nia tidak pernah bersuara tentang hal ini. Mengapa pula mama membuat andaian sebegitu. Ah mama ni pandai-pandai sahaja, aku tahulah mama dah berbaik dengan Nia tapi janganlah sampai membuat andaian yang bukan-bukan tentang rumah tangga aku dan Nia.

“Nia rasa abang abaikan Nia?” soal ku terus pada Nia. Dan dia angkat wajah bertentang melawan pandangan mataku namun beberapa saat kemudian dia berpaling melihat wajah mama pula.

“Ermmm... ada sikit!” jawabnya jujur. Aku hela nafas kasar.

“Apa lagi yang tak cukup?” soal ku sedikit tinggi dan mama cuba redakan perasaan marah yang tiba-tiba hadir.

“Apa ni Attar, tak boleh cakap elok-elok sikit?” tegur mama buat aku baran.

“Mama jangan masuk campur hal rumah tangga Attar, dan Nia jugak jangan sibuk-sibuk nak bercerita hal kita pada orang lain!” bentak ku langsung bangkit meninggalkan perkarangan dapur. Dari ekor mata aku lihat mama menggeleng perlahan dengan sikap baran ku yang datang tiba-tiba.



“Abang, kenapa tinggi suara dengan mama macam tu! Tak baik, berdosa bang,” ucap Nia sambil melipat telekung lalu disangkut ke penyidai kayu.

“Yang  Nia adu mcam-macam pada mama kenapa?” soal ku dengan hati yang membengkak. Pandai-pandai pula Nia mengadu itu ini pasal hal rumah tangga pada mama.

“Nia tak pernah mengadu pada mama, mama yang nampak macam tu. Bukan Nia yang bercerita,” balas Nia mempertahankan dirinya pula.

“Sudahlah Nia, abang dah mengantuk, esok nak kena uruskan Neesa lagi. Nak hantar dia buat check up lagi, nak buat itu nak buat ini. Abang letih tahu tak?” rungut ku dihamburkan kepada Nia yang sudah duduk dibirai katil.

“Pak Deris kan ada, suruhlah Pak Deris hantarkan,” Nia mencadangkan agar Neesa dihantar sahaja oleh Pak Deris. Aku yang sedang baring membelakanginya segera alih kedudukan bertentangan  mencari wajah itu.

“Nia ni kenapa?” soal ku kasar.

“Tak tahu Neesa sakit? Tak faham keadaan orang sakit? Pak Deris tu ada kerja lain nak kena hantar mama ke hospital, jadi biarlah abang yang hantar Neesa!” jawab ku membela Neesa yang sedang sarat membawa kandungannya itu.

“Mama nak ke hospital, Neesa nak ke hospital juga! Satu arah jadi kenapa pulak tak boleh pergi sekali?” Nia sekali lagi membantah. Aku ramas rambut dengan kasar. Dari berbaring aku segera duduk menghadap Nia yang sedari tadi memerhatikan aku.

“Yang Nia nak dengki sangat kenapa?” aku soal Nia dalam nada tinggi dan dia sedikit terhinjut menahan kejut tengkingan ku tadi.

“Nia bukan dengki, tapi masa untuk Nia mana bang? Sekarang ni tak ada langsung masa abang untuk Nia!” pertanyaan Nia buat aku baran. Perempuan ni kenapa pukak, nak menuntut masa bagai!

“Sekarang ni bukan masa untuk Nia ke?” tanya ku geram melihat Nia sudah pandai merungut itu ini.

“Macam ni yang abang kata masa untuk Nia? Abang sedar tak, seharian abang habiskan masa  untuk kerja dan untuk Neesa. Bila masa untuk tidur, abang datang sini! Jadi ini yang abang kata masa untuk Nia? Ini ke bang???” kali ini Nia memang semakin pandai merungut. Siapalah yang ajar agaknya?

“Habis Nia nak masa yang macam mana?” soal ku panas hati dengan rungutan demi rungutan dari Nia.

“Layan Nia macam abang layan Neesa!” dia balas pertanyaan ku laju. Dan aku semakin panas hati melihat Nia tidak habis-habis dengkikan Neesa yang sedang sakit itu.

“Kalau Nia nak abang layan Nia sama macam abang layan Neesa, tunggu Nia sakit! Abang akan layan Nia serupa  macam abang layan Neesa!” jawab ku selamba sambil segera pusing tubuh membelakangi Nia yang sedang teresak perlahan.

“Sampai hati abang,” perlahan suara Nia berkata-kata dan beberapa ketika aku dengar pintu bilik terbuka dan tertutup semula.

“Ah merajuklah tu,” rungut ku sambil berpaling ke muka pintu yang kembali tertutup rapat.



 p/s: maaf atas kekurangan. drop komen anda.
nantikan e3 seterusnya adakah Nia akan sakit???
sedang lidah lagi tergigit inikan lagi suami isteri...
entry seterusnya tentang pergolakan hubungan Nia dan Attar.
disebabkan apa & kenapa????? tunggu ya!


 ha jangan lupa like page fb aulia k. tq

14 comments:

  1. menyampah pulak kat attar ni...
    x reti bersyukur......
    nia dah cukup baik dah tapi apa yang nia dapat hanya kepedihan....

    ReplyDelete
  2. Sibukla si neesa tu,x abis2 dia jek..menyakitkn hati btl,Dh Sakit buat la cara sakit mengada2 btl..menyampahla org mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Huaa sedihnye.jahat attar tu. Xsuke xsuke. Huhu

    ReplyDelete
  4. apalagi la yang wat attar baran nie..huhuuu

    penuh konflik

    ReplyDelete
  5. best.. cpt2 sambung.... kenape attar still kejam dkt nia??..

    ReplyDelete
  6. sakit hati kat Attar...kesian Nia..kenapa Attar tak berlaku adil?...benci..benci..benci...

    ReplyDelete
  7. rse cm nk benam2 attar dlm tanah...biat pdn muke...pk baran die je...HAHAHA

    ReplyDelete
  8. Menyampah lah dengan attar tu .
    Rasa nak bagi pelempang ajee .

    ReplyDelete
  9. bagi larh nia ngandung mesti attar baik2x dgan nia..pas2 attar ceraikan neesa je..jadi x lah mnyusah kan attar..

    ReplyDelete
  10. Pulak dah, knp dgn Attar tu? kesian kat Nia, dh banyak dia berkorban. Apa Attar dh x sayang kat Nia lagi ke? sedih tul, terlampau banyak konflik dlm rumahtangga dia org. Next n3 please...

    ReplyDelete
  11. gram tol la ngn attar nie,nia sbar je slama nie dgn dye smpai ati dye ckp g2 kt nia tah2 nti dye jtuh skit tol2 bru nk mnyesal..sbab 2 kot cte nie pn tjuk dihujung noda jgn2 nia mti x..xnk2 sdih sgt la plak nti cte nie..

    ReplyDelete
  12. kalau ada yg mati tak bestlah. cite ni happy ending jagan risau ek :)

    ReplyDelete
  13. Mcm tu lah Aulia, akak nih x suka bila baca sad ending. lebih selesa membaca novel yg punya happy ending..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget