Friday, 8 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 27 (MUNGKIN *****LAST)





Aku pusing ke kanan tak kena lantas ku pusingkan tubuh mengiring ke kiri pula, mata yang berat tadi bagai kembali segar. Itulah jika berbuat salah pada seseorang lantas aku bangkit dari katil segera bangun menuju ke muka pintu. Daun pintu ku luaskan lantas kepala ku jengulkan ke luar, memerhatikan kelibat Nia entah dimanalah isteri ku itu tidur malam ni. Suasana kelam buat aku segera menapak keluar, bergerak ke ruang menonton TV di tingkat tiga namun insan yang ku cari tidak juga ketemu langsung aku atur langkah kaki menuju ke tingkat dua, mungkin Nia ada bersama mama tetapi di situ juga tiada hanya desah nafas mama yang sedang lena menyapa pendengaran ku. Aku bingkas mengorak langkah turun ke tingkat bawah, pasti Nia ada di sana!


Ruang tamu ku lewati, meliar mata ke arah sofa yang kosong dan ruang dapur juga gelap gelita maka tak mungkin Nia berada di sana, buat seketika aku berhenti dan berfikir sejenak waktu-waktu begini apakah yang sering dilakukan oleh Nia selain melakukan tahajud? Ya mungkin Nia sedang melakukan solat sunat tahajud.

Bilik solat ditingkat bawah ku hampiri, ada cahaya terbias dari bawah daun pintu. Pasti Nia di dalam sana, wajarkah aku ganggu sahaja khusyuknya atau menunggu sahaja hari esok untuk ku pujuk hati itu? sedang berkira-kira untuk masuk, teguran mama buat aku kalih pandangan ke wajah itu.

“Mama, buat apa ni? Kenapa tak tidur lagi?” tegur ku perlahan enggan didengari oleh Nia yang berada di dalam sana.

“Mama dahaga, freezer dekat atas sana dah kehabisan mineral! Jadi mama turunlah, yang Attar terhendap-hendap ni kenapa?” aku telan liur adakah mama memerhatikan tingkah aku sedari tadi lagi?

“Tak ada apa-apa ma, kenapa mama?” ucap ku dalam nada kalut-kalut.

“Mama ingat Attar buat apa, dari tadi terhendap-hendap! Sebagai lelaki kalau isteri merajuk, pujuklah. Rendahkan ego kalau nak bertahan dalam rumah tangga,” nasihat mama lantas berlalu pergi menuju ke ruang dapur. Aku telan liur, benarkah aku ego?

Ah nantilah, perlukah aku merendahkan ego sedang Nia sendiri tidak cuba memahami keadaan aku? Aku sudah berjanji dengan arwah mama Neesa untuk jaga dan lindungi Neesa hingga akhir nyawa ku.
Aku berpaling semula untuk naik segera ke tingkat atas, biarlah masa yang tentukan! Aku sudah patah hati, aku sudah terlalu penat berhadapan dugaan demi dugaan tanpa henti-henti. Di manakah silapnya hingga aku sukar menggapai bahagia? Apakah yang kurang lagi hingga aku sudah korbankan masa untuk diri sendiri demi insan lain, demi kebahagiaan jiwa yang lain? Sedang jiwa aku sudah luka, terhiris dan mungkin juga hancur ini siapa yang pedulikan? Ya Allah, aku tak mampu lagi diuji sebegini! Wajah ku raup dan nafas ku tarik sedalam-dalamnya agar bila ku hela nanti, biar ia berlalu pergi bersama beban dan resah dari hati.

“Abang,” satu suara panggilku sekali. Aku yang sedang berkira-kira mahu melangkah terpateri di situ sambil tubuh masih lagi ku kakukan dari berpaling mencari suara yang memanggil tadi.

“Abang,” serunya sekali lagi lantas ada pelukan kemas dari arah belakang. Aku pejamkan mata, tidak rela menatap wajah Nia waktu ini sedang hati ku sudah lemah untuk terus berjuang menamatkan permainan yang semakin jauh membawa aku dari rasa bahagia.

“Abang, maafkan Nia! Maafkan Nia menjadi seseorang yang pentingkan diri sendiri.” Ujarnya sambil air mata gugur membasahi belakang tubuh ku yang tersarung t-shirt.

“Abang maafkan Nia, tolong maafkan Nia!” ucapnya bersama sedu sedan. Aku hela nafas perlahan, terasa berat dan beban yang tergalas di bahu ini sudah tidak ada upaya untuk ku tanggung lagi.

“Nia, abang nak rehat! Abang letih sayang, maafkan abang!” gumam ku sambil pelukan erat Nia ku leraikan menjadikan esak tangis Nia kembali kuat bergema.

“Nia mintak maaf bang,” ucapnya terduduk di lantai beralas karpet. Biarlah kali ini Nia tahu beban perasaan aku yang sudah lama tidak diketahui oleh sesiapa pun hatta diri ini juga sudah terlalu lama menanggung perit sendirian.

Hari berganti hari dan Neesa juga sudah kembali pulih cuma diri itu tidak sekuat mana. Hari ini tibalah masa aku ceritakan hal yang sebenarnya tentang Arwah Datin Azimah. Tidak sanggup lagi untuk aku terus bohonginya sedang dia layak mengetahui hal yang sebenarnya!

“Neesa, I nak cakap sesuatu dan I harap you bersabar dan tabah untuk terima semua ini. I harap you tenang dan anggaplah semua ini ketentuan untuk hidup you.” Gumam ku menelan liur. Dia angkat wajah mencari kebenaran disebalik wajah aku dan Nia di sisi aku perhatikan sekilas.

“Apa dia Attar?” tanya Neesa sambil tunduk menekur lantai.

“Sebenarnya mama you dah lama meninggal, tiga bulan lepas!” tutur ku perlahan dan reaksi itu ku perhatikan lama.

“Kenapa you bergurau dengan I macam ni Attar? You nak buat I menangis ya?” gumam Neesa sambil kuntum senyum dan aku geleng kepala berharap dia percaya semua kata ku itu benar dan sahih.

“Nia, betul ke apa yang Attar katakan?” Neesa tanya pula Nia yang diam tidak berkutik. Hanya anggukan kecil buat Neesa tertunduk memandang lantai.

“Mama pergi mana?” soal Neesa dalam air mata yang mulai bertakung dibirai mata. Aku senyap, tidak sanggup untuk menyatakan kebenaran bahawasanya ibunya itu mati di tangannya sendiri.

“Mama kata nak jumpa Neesa bila Neesa dah bersalin nanti.” Ujar bibir itu sambil elus jari jemarinya perlahan. Selimut yang menutupi hingga paras peha ditolak jauh hingga ke pergelangan kaki.

“Mama kata, mama nak bawa Neesa jalan-jalan jauh dari sini. Tapi mama kena tunggu Neesa sampai baby ni lahir,” gumam Neesa sambil bercerita tentang mamanya yang sedang menunggu dia di suatu tempat.

“Neesa, janganlah macam ni!” aku lihat Nia memeluk erat Neesa yang sedang basah dengan air mata. Wajah itu kelihatan pucat menahan sakit dan pedih. Mungkin ini kesudahan hidup Neesa setelah bertahun lama bergelumang dalam noda.

“Nia, mama aku pergi mana? Kenapa dia tinggalkan aku?” ucap Neesa sambil teresak pelahan. Dagunya tersangkut di bahu Nia yang sedang menenangkan hati yang sedang kecewa dan luka dihiris.

“Dia tak tinggalkan kau, dia selalu perhatikan kau dari jauh!” gumam Nia memujuk dan Neesa enggan hentikan air matanya lantas dia bersuara lagi.

“Mama kata mama sayangkan aku, tapi kenapa mama tinggalkan aku Nia?” aku lihat Nia juga sudah gugur bersama air mata.

“Aku dah tak ada sesiapa lagi, Attar tak sayangkan aku. Mama pula dah pergi tinggalkan aku, papa juga entah ke mana. Dah tiada sesiapa lagi yang sayangkan aku,” rintih Neesa sambil seka air mata yang gugur dengan hujung jari.

“Aku sayangkan kau Neesa, percayalah!” ucap ku buat dia angkat wajah.

“Kau tak sayangkan aku, tapi kau kasihankan aku. Sayang dan kasihan tak sama,” tutur Neesa sambil memeluk lutut, dan wajahnya disembamkan ke lutut yang sedang bersatu itu.

“Aku sakit Nia, aku sakit.... mama dah mungkir janji! Mama dah mungkir janji yang dia akan jaga aku sampai aku mati. Kenapa mama yang mati, kenapa mama tak bawa aku sekali Nia?” aku tahan sebak bila pertanyaan demi pertanyaan Neesa merentap hati aku sebagai anak yang pernah berbuat salah kepada kedua ibu bapanya dahulu.

“Kenapa mama tinggalkan aku? Mama dah berjanji akan jaga aku sampai akhir nyawa. Mama tipu....” lirih suara Neesa sambil pandang aku dan Nia dalam pandangan berkaca.

“Mama tak tipu, tapi masa mama dah sampai dulu.” Ucap Nia kembali meraih Neesa dalam dakapannya.

“Kenapa mama tak jumpa aku sebelum dia pergi, kenapa mama pergi tanpa pesan?” soal Neesa tidak putus-putus.

“Neesa jangan macam ni, mari kita solat dulu!” ajak ku cuba melarikan diri Neesa dari rasa sedih yang hadir saat itu. Dia angguk seraya bingkas merapati Nia.

“Nia, kau tak jijik tengok aku macam ni?” soal suara itu buat aku tahan sebak sekali lagi. Aku tahu Neesa sedang berperang dengan rasa sakit dan pedih akibat penyakit yang tidak sembuh-sembuh itu walau pelbagai ubat sudah doktor bekalkan untuknya dan antibodi itu tidak mampu lagi melawan virus yang mula bersarang dalam tubuh. Dan ketahuilah aku dia menghidapai AIDS. Penyakit yang tiada ubatnya selain sabar dan berdoa memohon kekuatan dari Sang Pencipta!

“Aku tak pernah pandang jijik pada kau Neesa, kau kawan aku!” Nia peluk Neesa berulang kali. Biar Neesa tahu hatinya tetap sayangkan Neesa walau suatu ketika dahulu dirinya pernah dilukai sahabat sendiri.
“Attar, kau jijik pada aku?” tegur Neesa sambil perhatikan aku dalam pandangan beningnya!

“Tak Neesa, sekali pun tak!” jawab ku jujur.

“Ni semua balasan atas dosa aku pada kau, pada Nia, pada mama dan pada semua orang. Maafkan aku Nia, maafkan aku Attar!” ucap Neesa dalam rasa yang aku sendiri sukar tafsirkan. Jujur dan ikhlas ungkapan maaf itu buat aku terkedu, pertama kali Neesa memohon maaf dalam hening pagi Jumaat itu aku lihat dia kuntum senyum dalam kepayahan.

“Kita solat dulu, subuh dah nak berakhir!” ucap ku sambil bantu Nia mengambil air wuduk melalui besen kecil untuk Neesa.

Hari ini Jumaat aku imamkan solat buat kedua isteri ku, dalam rasa sedih dan sebak akhirnya aku dapat satukan mereka dibawah satu kiblat yang sama. Bersaksikan Allah, aku mohon semua yang diatur menjadikan aku redha dan terima ia dengan ikhlas hati.

Usai bersolat, aku selimutkan Neesa dan kali ini aku ingin bersama Nia, berbual dan berbicara dari hati ke hati.

“Sayang, abang sayangkan sayang walau apa terjadi pun percayalah abang tetap sayangkan Nia sampai akhir hayat abang!” aku ungkap perkataan sayang berulang kali biar Nia tahu rasa sayang ini sehebat dan setinggi rasa sayang yang Allah titipkan dalam hati ku buatnya.

“Nia sayangkan abang juga, baby kita pun sayangkan papa dia!” ungkap Nia sambil usap perut yang tampak kempis itu berulang kali.
Aku pandang dia sambil senyum, aku tahu dia mahukan zuriat.

“Belum tiba masanya sayang,” ucap ku harap dia mampu bersabar.

“Dah tiba masanya abang jadi papa dan Nia jadi mama untuk anak kita. Nia mengandung dua bulan bang.” Ucap suara itu penuh teruja.

Ya Allah terima kasih atas pemberian ini. Penantian yang cukup lama aku rasakan namun hari ini bagai satu keajaiban ia berlaku pada aku dan Nia. Dan tubuh itu ku raih dalam dakapan lama dan kejap.

“Jaga anak kita dan didik dia jadi anak yang soleh dan solehan. Jangan biarkan anak kita hidup dalam noda seperti mana ayah dia, didik dia jadi anak berguna dan berakhlak. Abang harapkan Nia sudi jaga zuriat abang walau abang dah tiada nanti,” ucap ku penuh mengharap dan Nia tekup mulut ku tidak mahu mendengar kata-kata yang terluah itu.

“Kita akan jaga sama-sama,” potong Nia sambil peluk ku erat. Aku tarik dia rapat ke arah ku ingin ku nyatakan dia insan yang ku sayang selepas mama dan abah.

Buat seketika, aku dan Nia segera melangkah keluar dari bilik tamu ditingkat bawah menuju ke ruang tamu dan mata ini sempat memerhatikan kelibat Neesa yang sedang berjalan perlahan menuju ke pintu pagar.

“Neesa, nak kemana?” soal ku dari jauh. Dia paling pada aku dan Neesa lantas kuntum senyuman tawar. Ya dia sudah terlalu lemah waktu ini, kandungan itu juga sudah terlalu sarat di dipandangan mata.

“Neesa nak jumpa mama, mama tunggu Neesa dekat depan sana!” ucapnya sambil teruskan semula langkah kaki menyeberangi jalan. Kicau burung juga sudah tidak kedengaran seperti biasa, cuaca diluar juga kelihatan mendung dan suram bagai hari ini hari yang cukup memilukan.

Bunyi hon dan geselan tayar kedengaran kuat menyapa dan aku segera berlari mendapatkan tubuh Neesa yang dari jauh sudah tertiarap  di atas jalan raya sambil bibir itu meyeru nama mamanya berulang kali. Aku lintasi jalan tanpa menoleh kiri dan kanan dan kini aku rasa aku juga sedang melayang ke udara. Dunia ku kelam dan sepi!

“Abang!!!!!!!!!” jangan tinggal Nia. Jangan tinggal Nia macam ni bang, jangan tinggal anak kita macam ni bang!” suara Nia buat aku kembali tersedar.

Aku perhatikan wajah Nia, mama dan abah silih berganti. Aiman juga turut serta bersama, dan kepala Neesa sedang dipangku oleh mama. Ya aku tidak bermimpi!

Darah yang membasahi seluruh tubuh dan luka yang menampakkan isinya tidak lagi aku rasai kesakitannya melainkan tangis itu yang membuatkan aku sakit terseksa.

 “Jangan tinggalkan Nia dengan anak kita,” esaknya sambil peluk tubuh ku kejap. Nia maafkan aku, aku sudah tiada upaya lagi untuk bertahan dan aku sudah tiada upaya lagi menatap wajah penuh kasih itu.

“Abang.... bangun! Bangun bang! Neesa bangun.... bangun.... kenapa semua tinggalkan aku...” rintih dan esak Nia kali terakhir singgah menyapa dan kali ini tiada lagi insan tersayang bersama aku, hanya suram dan sepi menemani aku saat ini.



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>TAMAT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



 p/s: harap terhibur la hendaknya ya. 

patut ke tak patut berakhir macam ni? nak sambungan ke tdak? pilih la..... :)


update: sebab ramai yg tak puas hati!!! cerita ni masih belum tamat sebenarnya. tapi untuk blog ni mungkin akan dihentikan buat smntara waktu sebab nak edit skrip yg tabur merata2 nih....

penulis tersebut sedang bertarung dengan final year project yg tak siap2 tu (padan muka) huh!

cerita ini akan tamat bila masa siapa itu Nia, siapa itu Aiman, dan anak siapa yg Neesa pregnant n last sekali lelaki yang bertgjwb pada kandungan Neesa. jangan mara2 ye. maafkan saya huhu ;)

8 comments:

  1. mne bleh abeh camtu,.cam tragis je

    ReplyDelete
  2. mesti la smbungan nye..pe punye ending cm ni ..lg satu x dedahkan lg neesa tu ngandung anak sape...sape nia sbnarnye...

    ReplyDelete
  3. nk smbungan....please...

    ReplyDelete
  4. Kena Ada sambungan...byk persoalan tak terjawab ni....sambung lagi ye cik writer ;)

    ReplyDelete
  5. Lah.. mcm tu rupanya. Ingat cite nih dah abis tanpa pembaca ketahui siapa Nia yg sebenarnya, siapa Aiman dan juga banyak lagi konflik belum terungkai. So, penulis bila nak siapkan manuskrip? x syok baca cite yg tergantung sekerat jalan. Kalu bole x suka ending yg menyedihkan, nanti x tido malam pula. :-)

    ReplyDelete
  6. sorry2 tadi nak tulis tamat di blog. tibe2 tertekan publish tanpa sempat edit. dah kuar gitu hoho.... maafkan patik whai tuanku hehhe....

    ReplyDelete
  7. x nak attar mati.. huhu sadis ending ni..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget