Thursday, 14 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 29

Semoga terhibur



Usai bersolat aku perhatikan tubuh  Nia yang tersarung pijama milik ku sedang menyisir rambut dihadapan cermin solek. Aku hampiri tubuh itu lantas aku tundukkan sedikit tubuh yang tinggi lampai ini memaut erat leher jinjang itu mesra. Aku perhatikan rupa paras Nia yang terbias di cermin solek, rambut paras pinggang sedikit beralun itu ku sentuh dan ku usap perlahan dan lembut. Ubun-ubun yang masih lembab basah dengan wudhuk tadi ku kucup sekali dan Nia balas perbuatan ku dengan senyuman manisnya.


“Sayang, kenapa hari ni sayang abang ni nampak pelik? Ada apa-apa ke?” soal ku sambil tarik dia menuju ke birai katil. Aku labuhkan punggung lantas ku tarik Nia duduk diribaan ku kali ini, tubuh itu ku peluk dari arah belakang penuh mesra dan penuh rasa kasih yang menggunung tinggi namun Nia masih kaku tidak memberi sebarang respon.

“Sayang, jangan kata sayang dah jatuh cinta pada ustaz Aiman tu... abang tak rela.” Resah dalam hati ku hamburkan jua saat jiwa ini mula berbicara tentang lelaki bernama Aiman yang ku lihat bagai menarik perhatian Nia sepanjang petang tadi.

Mungkin jua Aiman kisah silam Nia sebelum bertemu aku? Atau mungkin juga mereka pernah menjalinkan hubungan yang aku sendiri tidak tahu, dan kerana hubungan yang tidak sampai ke mana itu dia kembali hadir menagih cinta dari Nia hingga sanggup menggelar Nia sebagai kakak semata-mata untuk mengaburi mataku! Siapa tahu niat disebalik kebaikan yang dipertontonkan itu?

“Sayang, abang tak suka sayang berbual dengan Aiman! Please cari guru al-Quran yang lain untuk mama. Kalau perlu, biar abang sendiri yang cari.” Gumam ku lagi sambil erat dan ketatkan pelukan tadi.

“Abang, kenapa ni?” wajah ku disentuh dengan jari jemari runcingnya sedang dia masih lagi ku dakap erat. Lantas dagu ku sangkut di bahu itu menyatakan rasa tidak selesa ku saat lelaki bernama Aiman itu bagai merebut perhatian Nia sedang aku pula terpaksa bersaing mendapatkan perhatian dari Nia yang merupakan hak aku yang mutlak itu.

“Abang tak suka Aiman,” tutur ku pelahan. Nia hela nafasnya perlahan, seketika sentuhan jari jemari yang bermain diwajah ku tadi beralih jatuh ke tangan yang sedang melilit pinggangnya pula.

“Apa kesalahan yang dia buat, hingga abang tak sukakan dia?” Nia masih lembut melayan rasa tidak puas hati ku saat begini, hanya aku yang baran ini sahaja yang begitu sukar menyembunyikan rasa hati yang semakin parah diusik cemburu.

“Dia tak salah apa-apa, tapi abang tak sukakan dia! Nia faham tak, dengan apa yang abang maksudkan ni?” tutur ku lagi sambil renggangkan sedikit pelukan tadi. Nia bangkit lantas duduk bertentangan dengan ku. Kedua jari jemari ku diaraih dalam pegangan tangannya dan sesekali dia mengucup tanganku dan tersenyum seketika. Aku? Dan aku yang dipagut rasa terhiris cemburu ini hanya sekadar mampu tersenyum hambar membalas senyuman manisnya waktu ini.

“Nia tak faham bang,” manja nada suara itu buat aku terbuai seketika dan dia sentuh kedua wajah ku sekali lagi.

“Nia tak faham bang, kenapa dengan sayang Nia ni?” ucapnya memanggil aku dengan gelaran ‘sayang Nia’. Aku kelatkan wajah yang sudah hambar tadi, memperlihatkan ia dihadapan Nia yang bahawasanya  aku cukup terasa hati dan tidak selesa membicarakan tentang lelaki bernama Aiman. Sedangkan di dalam hati lelaki ku ini ada sekeping hati yang sudah luka berdarah melihat kemesraan yang tercipta diantara mama, Nia dan Aiman.

Sesungguhnya dari hati yang kecil ini aku sama sekali tidak dapat menerima kehadiran lelaki itu di dalam rasa bahagia yang mula ku cipta bersama Nia.

“Abang....” panggilnya sekali dan aku tundukkan wajah tidak mahu wajah yang sedang keruh ini diperlihatkan dihadapan Nia. biarlah rasa ini ku simpan sahaja, andai Nia mengerti.... mengertilah dia dan andai isteriku ini tidak memahami siapalah aku untuk menyekat kehendaknya itu.

“Abang kenapa ni?” soalnya sambil tarik kepala ku rapat ke wajahnya hingga dahi bertemu dahi dan hidung bertemu hidung! Aku telan liur yang terasa berpasir di kerongkong, beraninya Nia waktu ini?

“Abang.... Nia sayangkan abang! Nia sayangkan abang sangat-sangat,” ucapnya perlahan dan dalam hingga singgah ke dasar hati yang suatu masa dahulu  pernah diselami seseorang.

“Abang....” terhenti kata-kata ku saat ini. wajah Nia ku tatap dalam dan rasa kasih ini cukup tinggi hingga aku rasa sakit cemburu yang datang bagai menghiris-hiris rasa yang mula bertandang. Aku lekapkan tangan ke dada,menarik nafas sedalam mungkin dan menghelanya perlahan.

“Abang nak keluar,” ucap ku lantas bangkit dan berdiri mahu melangkah namun lengan ku disambar oleh Nia hingga aku terduduk kembali ke birai katil.

“Maafkan Nia,” ucapnya sambil berdiri berhadapan ku.

“Tentang Aiman biarlah kemudian Nia ceritakan pada abang. Tapi tolong maafkan Nia, andai perbuatan Nia melayan Aiman buat abang terasa hati!” ucapnya penuh merayu dan aku yang terasa hati ini kembali sejuk  saat Nia menyedari tentang apa yang cuba kusampaikan di awal-awal tadi.

“Maafkan Nia bang,” ucapnya sambil pandang wajah ku dengan pandangan redup merayu. Dan aku jatuhkan pandang ke arah tubuh yang tersarung pijama milik ku.

“Sayang kenapa pakai pijama abang?” pertanyaan ku dijawab dengan senyuman.

“Nia rindu bau abang! Hairanlah!” pengakuannya buat aku juga berasa hairan.

“Hishh.. pelik sayang abang ni!” dan dia senyum lantas mengeluarkan sesuatu dari poket seluar dan meletakkan di atas tapak tangannya. Seketika Nia unjukkan ia dihadapan mata ku.

“Apa ni sayang?” soal ku perlahan saat jari manis ku disarungkan sebentuk cincin platinum. Usai menyarungkan cincin itu dia seluk semula tangannya ke dalam poket pijama  sambil menanti reaksi aku saat ini.

“Apa ni sayang?” soal ku sedang aku sendiri tahu ia hanyalah sebentuk cincin platinium namun untuk apakah semuanya ini. Apakah simbolik disebaliknya? Aku tidak dapat menangkap sama sekali maksud yang ingin disampaikan oleh Nia.

“Sempena hari lahir abang semalam, Nia tak beri apa-apa hadiah. Jadi ini hadiah untuk abang sebagai tanda abang suami Nia dan lepas ni orang tengok jari abang mesti dapat hint yang abang bukan single tapi dah triple.” Ucapnya malu-malu.

“Triple?” sepatah perkataan keluar dari mulut ku saat ini.

“Seorang lagi siapa? Neesa?” soal ku naif. Dia muncung sambil sedikit menjauhkan diri dari aku yang sedang terpinga-pinga ini.

“Bukan,” ucapnya sudah memalingkan tubuh membelakangi ku. Aku bangkit dan melangkah menghampiri tubuh itu dan ku peluk dia dari arah belakang.

“Habis siapa sayang?” aku gemersikkan suara dekat ditelinga itu dan mata ku pejamkan merasai getar perasaan halus yang datang singgah di hati.

“Abang,” panggil Nia sambil tarik tangan ku yang sedang memeluk erat tubuhnya dibawa ke bahagian perut itu.

“Dalam sini ada satu nyawa yang sedang berkembang bersama kasih sayang abang pada Nia,” ucapnya penuh gemersik. Aku tergamam, benarkah apa yang aku dengari saat ini atau ia hanya satu mimpi?

“Abang...” Nia panggil aku sekali lagi.

“Abang tak suka?” soalnya sebaik tiada tindak balas yang ku berikan saat itu.

“Ya sayang... boleh sayang ulang sekali lagi? Jelas dan kuat!” pinta ku sambil tarik tubuh itu berhadapan melawan pandangan mata ku yang inginkan kepastian ini.

“Dalam tubuh Nia, ada buah cinta kita berdua! Ada bukti kasih sayang kita, ada rasa rindu dan cinta hangat dari abang,” ucapnya tersenyum manis. Aku bulatkan mata lantas ku tarik dia dekat hingga hidung ini hampir berlaga. Dia menolak dada ku denagn kedua tangannya sambil senyuman masih tidak lepas-lepas terhias di bibir mungik itu.

“Betul ke sayang? Serius ni????” tanya ku separuh menjerit. Dan Nia hanya angguk sedikit memberi jawapan untuk pertanyaan ku tadi.

“Ya Allah, seriously abang happy sangat sayang! Sayang abang, thanks! thanks sayang!” tubuh itu ku dakap erat tidak mahu lagi ku lepaskan. Wanita ini sedang mengandungkan zuriat ku, dan kali ini akan ku pastikan kandungan ini terus subur dan mekar hingga tiba waktu kelahirannya nanti.

“Sayang, abang happy! Tolong jangan sedarkan abang!” ucap ku buat Nia ketawa kecil. Dalam dakapan yang sedang erat itu, aku menyentuh perut yang sedikit membulat. Lantas ku tarik Nia mendekati birai katil dan aku labuhkan duduk ku kembali ke situ dan pijama yang tersarung tadi ku singkap sedikit, melihat tubuh yang sedang mengandungkan zuriat ku ini.

Ku usap kandungan itu perlahan dan Nia membiarkan sahaja, lantas ku kucup benih yang sedang berkembang di dalam.

Aku sayangkan kau Nia, aku sayangkan anak kita! Akan ku pertahankan dirimu walau apa pun terjadi! Itu janji ku pada mu, isteri yang banyak kali terluka dan kerap kali teruji ini.

“Papa sayangkan anak papa,” bisik ku perlahan hingga getar yang hadir menusuk halus ke dalam hati. Inikah perasaan yang dititipkan oleh Pencipta saat ada satu nyawa dicipta untuk aku yang bakal bergelar bapa ini? Indahnya perasaan ini? Alhamdulillah Ya Allah terima kasih. Sesungguhnya ini berita yang cukup menggembirakan aku sepanjang aku hidup di muka bumi ini, bahagiakah aku? Ya memang aku sedang meniti rasa bahagia ini!

Kandungan itu sekali lagi ku kucup,  buat Nia sedikit menolak wajah ku.

“Kenapa sayang?” soal ku hairan dan Nia hanya menggeleng kecil.

“Nia gelilah bang, jangan la cium-cium lagi ermm hihi...” ketawa Nia sudah kedengaran saat aku terus terusan mengucup perut yang sudah sedikit kelihatan membulat itu.

“Abang bukan cium Nia, abang cium baby kita!” alasan ku berikan pada Nia dan dia ku tarik duduk diribaan ku seperti tadi.

“Sayang, esok kita pergi beli baju baby eh? Abang nak renovate bilik baby kita lepas tu kita survey barang-barang baby dan hias sama-sama! Tak sabarnya abang nak kendong baby sendiri,” gumam ku sudah jauh membayangkan zuriat ku nanti sudah pastilah comel seperti Nia isteri ku ini.

“Awal lagi bang, baby kita baru dua bulan!” gumam Nia menyedarkan aku seketika.

“Dua bulan?” soal ku meminta kepastian.

“Ya cik abang buah hati Nia,” gumam isteriku sambil sentuh wajah aku sekali. Aku membalas senyumannya dan jika dikenang kembali dan jika peristiwa beberapa bulan lepas tidak terjadi, sudah pasti kandungan Nia juga sudah memasuki usia enam bulan. Namun takdir menentukan, aku kehilangan zuriat tanpa aku sendiri sedari bahawasanya Nia sedang mengandung. Kesal dan sebak silih ganti menerpa hati kerana cuai menjaga Nia ketika itu.

“Sayang, janji kali ni sayang kena jaga diri baik-baik! Abang tak nak peristiwa lepas terjadi lagi, please sayang jaga diri untuk abang, abang sanggup lakukan apa-apa sekalipun! Asalkan sayang jaga kandungan kita sebaik mungkin! Sayang janji dengan abang!” pinta ku penuh mengharap. Dan Nia angguk kepalanya perlahan, bagai berjanji menjaga anak ini hingga lahir bertemu aku dan Nia bila sudah tiba masanya nanti.

“InsyaAllah bang,” aku lega mendengar kata-kata Nia dan sekali lagi aku kucup pipi itu sekilas.

“Abang sayangkan Nia, terima kasih kerana sudi mengandungkan zuriat abang!” ucap ku sambil tidak melepaskan pelukan erat di tubuh itu.

“Terima kasih bang, memberi peluang Nia mengandung sekali lagi!” tuturnya perlahan. Aku senyum dalam rasa bahagia yang sarat ini.

“Attar apa yang you buat ni?” jerkah Neesa tiba-tiba setelah pintu bilik yang tidak berkunci itu dirempuh kasar. Lantas aku dan Nia palingkan wajah serentak memerhatikan riak wajah bengis Neesa kala itu.


p/s: maaf atas kekurangan. 

mungkin lepas ni jrg update. tata ~

22 comments:

  1. haish..ada lagi si neesa ni? boring betul. -.-'

    ReplyDelete
  2. Laaa asal mcm baik semacam jeee psgn bedua niiiii. Pelik. Nakal2 sikit tkda.

    ReplyDelete
  3. hesyyyy de je pengacau,.sebok r Neesa ni,.bru je nk manja2 ckit cehs

    ReplyDelete
  4. neesa ada lg ke

    ReplyDelete
  5. salam....citeni best tp nape sy rasa mcm berterabur eh? huhu...maaf ye ats tguran tu...

    ReplyDelete
  6. bgs la nia mgndung ag,npe ttbe neesa nie mncul cbuk tol la

    ReplyDelete
  7. oit..knp nnt jrang update??ni yg x puas ati neh


    >>k<<

    ReplyDelete
  8. eeee..menyampahnye tgk neesa...

    ReplyDelete
  9. bestttt!

    kenapa jarang update lepas ni?ni yang sedih ni :(

    ReplyDelete
  10. cerita memang dh best...tapi yg tak bestnya..kenapa lepas ni jarang update..jangan la...selalu la update baru best...tak sabar nk menunggunya...hihihi..

    ReplyDelete
  11. boleh tak buat neesa tu mati atau hilang??sibuk je dia.. tapi,tetap best!

    ReplyDelete
  12. ala... asal jarang2 ? tak best la , btw , citer ni best !

    ReplyDelete
  13. kerana penulis merajuk.... hehehe...
    bukan cenggitu...
    sebenarnya saya perlu jrg2 update untuk kualiti.
    kalau selalu update kualiti x okey... x menraik juga kn? tq sudi membaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no prob ... hahaha btw , kalau dah tak merajuk boleh tak updated ? *kidding ! ;) seriously cik writer , citer ni best

      Delete
  14. cik penulis jgn la merajuk.... update la selalu.. nnti rindu pd cdn ni nak buat g mana sih?

    ReplyDelete
  15. mungkin ada benarnya jalan cerita cdn ni tak la best mana. apasal semua puji best? hairan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori la nk tegur sikit..kalau dah tak best TOLONG JANGAN BACA ...yg kamu sakit hati sangat yg kitorang puji cerita ni apa kesss?????memang cerita ni BESTTTT SANGATTTT...

      Delete
    2. my dear, thanks kata ini punyer cerita best ;).mungkin pd org lain story ni x best. ;)

      Delete
  16. oh yeke. tq komen...
    seminggu sekali kot baru mampu ku update hoho... da~

    ReplyDelete

There was an error in this gadget