Thursday, 7 June 2012

TEASER <<<< CINTA DIHUJUNG NODA


CDN 27 teaser

“Nak panggil ustaz atau nak panggil nama?” soal mama penuh ceria menghadap lelaki berwajah kacak persis jejaka arab itu. Jangan mama jatuh cinta sudah, aku tengok budak lelaki tu bukan main seronok lagi bergelak ketawa dengan mama. Nia pun sama, seronok sangat melayan ‘ustaz’ muda tu. Kononya!

“Panggil nama rasanya lebih baik, lagipun Aiman tak habis belajar lagi!” tutur lelaki yang bahasakan dirinya Aiman. Oh Aiman nama budak ni, huh budget baguslah tu! Tak habis belajar ada hati nak digelar ustaz. Aku mencemik memerhatikan keterujaan mama dan Nia melayani guru al-Quran yang mama jemput datang kerumah.

“Umur Aiman berapa? Study di mana?” soal mama sambil memasukkan kitab al-Quran yang sudah di baca tadi ke dalam beg sambil Nia pula menolak kerusi roda mama menuju ke ruang tamu tempat aku sedang duduk membaca akhbar Harian Metro.


“Aiman baru 22 tahun, ada lagi setahun nak habiskan study. InsyaAllah hujung tahun depan Aiman habis. Oh ya, Aiman study sama tempat dengan Kak Nia,” balasnya sambil senyum pada Nia. Heh sesedap mulut dia panggil Nia aku, Kak Nia!

“Jadi Nia kenallah dengan Aiman? Kenapa tak beritahu awal-awal pasal Aiman dekat mama, kan senang tak payah mama nak cari ke sana ke sini orang mengajar mama al-Quran.” Gumam mama disambut tawa kecil Aiman dan Nia juga senyum. Hairan aku melihat Nia yang tidak berniqab kali ini. Memang dia sengaja nak membalas dendam sakitkan hati aku agaknya! Sengaja nak tayang kecantikan dia pada lelaki lain. Huh memang Nia sengaja cari pasal dengan aku. Siap kau Nia siap kau Aiman!

“Abang, sini Nia kenalkan abang dengan cikgu al-Quran mama.” Gumam Nia mendekati aku. Aku toleh dia sekilas sambil jeling tajam pada Aiman yang sedang tersenyum-senyum itu.

“Dia buat apa dekat sini?” bisik ku kasar di telinga Nia.

“Dia nak ajar mama baca al-Quran lah,” balas Nia turut berbisik sambil senyuman dihadiahkan kepada mama dan Aiman yang sedang memerhatikan tingkah aku dan Nia saat ini.

“Nia kan ada degree pangajian Al-Quran dan Sunnah! Kenapa bukan Nia je yang ajar mama?” soal ku tidak puas hati. Memang Nia dan mama bersubahat menjemput lelaki ini agaknya. Menggatal waktu aku tiada di rumah! Siapa tahu???

“Nia kerja, macam mana Nia nak ajar mama. Lagipun Nia perempuan, ada waktu uzur!” balas Nia tegas lalu mula menjauhi aku. Dia yang sedang menjarakkan dirinya ku hampiri lantas ku tarik lengan itu mendekat semula ke arah aku.

"Sakitlah!" rungut Nia menggosk-gosok lengannya. Ah peduli apa aku? 

“Yang tak pakai purdah ni kenapa? Nak tayang kecantikan pada lelaki lain? Huh baik bukak semua!” provok dari aku yang sudah dipagut api cemburu.

“Isteri abang yang satu lagi, seksi pakai baju paras peha.... dedah lengan dedah bahu dedah sana sini kenapa abang tak sekolahkan? Kenapa abang tak dakwah dia berubah! Jangan sebab Nia tak pakai purdah, abang nak tegur! Dia tak tutup aurat dengan sempurna abang bela! Nia yang buka niqab dan terang-terang tak salah di sisi agama abang persoalkan. Shame of you!”balas Nia sambil menepis pegangan kejap di lengannya!

“Shame of you,” berkali-kali perkataan itu terngiang-ngiang di telinga. Nampaknya Nia memang marahkan aku dan Neesa.

3 comments:

  1. xsbar nak bca n3 ne..cpat ye cik writer..

    ReplyDelete
  2. best2...cpt2 update ya...gram sgat ngan Attar ni...sepak kang!!! haish...go... Nia go...!!!

    ReplyDelete
  3. knp sikit aje? x best lar mcm ni. Nak lagi? padan muka si Attar, ingat Nia x jelous ke bila dia asyik duk layan si Neesa aje..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget