Sunday, 22 July 2012

cinta di hujung noda 34





Aku hela nafas yang terasa berat menghimpit dada, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hati ini semoga aku dapat terus bertahan sehingga sampai masa untuk aku kembali kepadaMu. Berikan aku kesempatan untuk aku melihat zuriat ku nanti kerana aku benar-benar rindukan kehadirannya dan aku amat ingin sekali mengendong darah dagingku sendiri.

Guruh masih berdentum di dada langit, aku perhatikan langit yang kelam. Hujan masih mencurah-curah membasahi bumi yang beberapa hari ini kering kontang, sesekali rindu terhadap insan yang pernah bersama ku dahulu datang menjengah. Apa khabar agaknya Nia dan buah cinta kami, Qalisya dan Neesa, mama juga abah. Semuanya insan yang amat ku rindu dan amat ku kasih hingga mendorong aku lakukan semua ini andai ditakdirkan aku pergi dahulu, harapan ku agar mereka tidak terlalu bersedih dan berduka berhadapan takdir itu.

Thursday, 12 July 2012

CERPEN: KU usir Debu-Debu Noda Semalam (antalogi orang berdosa ILHAM)


 


“Awas, calar kereta aku.. nahas kau!” suara ku tekankan kuat. Biar lelaki tua ini sedar dengan siapa sedang dia berurusan.

“Ya nak, pakcik buat elok-elok!” tutur dia lagi sambil menjinjing baldi biru yang sudah pudar warnanya manakala tangan kiri itu pula kemas memegang kain buruk untuk membersihkan Honda City pemberian mama tempoh hari.  Aku angguk sahaja tatkala mendengar patah bicaranya, dan sesekali mata ini liar memerhati seluruh susuk tubuh kurus kering itu. Fizikal serta penampilan itu ku analisa satu persatu! Cukup daif! Pasti dia dari golongan yang malas berusaha keras! Kesimpulan awal bermain-main di sudut hati.

Tuesday, 10 July 2012

CINTA DI HUJUNG NODA last entry


hai semua, rindu CDN tak? okey ni entry kemuncak plot cerita ni.
lepas tu saya tak update dah cerita ni . maaf ye ;)

Episod klimaks. eh ye ke? ye kot!

“Abang... dah subuh-subuh macam ni baru abang balik, abang kemana?” tanya Nia sebaik aku menapak masuk ke dalam bilik yang suram berteman cahaya lampu. Aku diamkan sahaja pertanyaan Nia, lantas langkah kaki ku atur mendekati almari. Tuala yang tersangkut kemas ku gapai laju, lalu ku pusingkan tubuh untuk bergerak ke bilik air namun Nia menahan. Pegangan lembutnya di lengan ini ku perhatikan sekilas sebelum ku kalihkan pandangan ke arah lain.

“Abang kemana ni?” tanya dia sekali lagi. Aku masih tetap diam.

“Abang.... Nia tanya abang ni. Abang kemana? Abang dah solat subuh?” sekali lagi dia masih lembut bersabar dengan karenah ku. Aku batukan diri, tidak tahu apa yang harus aku lakukan saat ini.

“Abang, tadi Erin ada call! Dia tanya abang dah sampai rumah atau belum? Abang dengan dia kemana?” pertanyaan itu berbaur curiga dan aku sedikit lega dengan keadaan sebegitu.

Wednesday, 4 July 2012

SINOPSIS CINTA DI HUJUNG NODA

Hai semua
hari ni tak update satu cerita pun...
just iklan untuk letakkan cover bagi e-novel CINTA DI HUJUNG NODA
asyik gambar bunga je kan.... 
Boring.... heh!
Tapi kalau saya hentikan e-novel ni camne ek?



okeylah saya sinopsiskan cerita ni sikit....
There was an error in this gadget