Sunday, 22 July 2012

cinta di hujung noda 34





Aku hela nafas yang terasa berat menghimpit dada, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hati ini semoga aku dapat terus bertahan sehingga sampai masa untuk aku kembali kepadaMu. Berikan aku kesempatan untuk aku melihat zuriat ku nanti kerana aku benar-benar rindukan kehadirannya dan aku amat ingin sekali mengendong darah dagingku sendiri.

Guruh masih berdentum di dada langit, aku perhatikan langit yang kelam. Hujan masih mencurah-curah membasahi bumi yang beberapa hari ini kering kontang, sesekali rindu terhadap insan yang pernah bersama ku dahulu datang menjengah. Apa khabar agaknya Nia dan buah cinta kami, Qalisya dan Neesa, mama juga abah. Semuanya insan yang amat ku rindu dan amat ku kasih hingga mendorong aku lakukan semua ini andai ditakdirkan aku pergi dahulu, harapan ku agar mereka tidak terlalu bersedih dan berduka berhadapan takdir itu.


Aku renung pada kesan bengkak di lengan, semalam sampel darah ku diambil lagi. Diuji dan dianalisis sekali lagi, pulang sahaja dari hospital aku singgah sebentar di masjid, beriktikad di sana sehingga subuh menjelma sebelum meminta Erin datang menjemput lalu menghantar aku pulang ke rumah.

Keputusan telah ku buat, sebaik Nia melahirkan zuriat aku nanti secara automatiknya akan jatuh talak yang ku lafaskan padanya. Ini yang terbaik buat Nia, aku mahukan anak ku nanti berayah dan Nia dijaga dan disayangi oleh seorang lelaki yang sudi dan ikhlas menerimanya setelah ketiadaan ku nanti. Dan Aiman mungkin dia lelaki yang terbaik buat Nia kerana lelaki itu cukup serba serbi. Ya dia sempurna pada perkiraan ku berbanding aku yang serba kekurangan ini.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.


“Encik Akhtar, kami memerlukan persetujuan encik untuk teruskan pembedahan mencegah penyakit yang encik tanggung sekarang ini. Apa yang pihak kami perlukan, encik harus memenuhi syarat yang ditetapkan. Jika tidak, pembedahan ini tidak dapat dilaksanakan dan kemungkinan risiko penyakit encik merebak akan bertambah tinggi, dan pada tahap ini kami berharap agar encik dapat berbincang dengan ahli keluarga tentang apa yang kami cadangkan. Kami hanya mampu bertindak jika encik bersetuju, jika tidak kami tidak mampu melakukannya sendirian.” Kata-kata doktor pakar itu terngiang-ngiang sekali lagi. Dari mana dan bagaimana mencari ia dalam masa terdekat ini? Pada siapa untuk aku bergantung harap? Pada mama? Semua itu tak mungkin, harta dan wang ringgit tak mampu mengembalikan kesihatan aku seperti sedia kala. Jika dahulu aku lumpuh, aku sakit dan kembali pulih kerana kekayaan yang membuatkan aku boleh lakukan apa sahaja, namun kali ini Allah membuka mata aku. Harta dan kekayaan melimpah ruah bukan jaminan sebuah kesihatan. Dan aku akur dengan ketetapan yang direncanakan untuk perjalanan hidup ku.


“Doktor ada tak cara lain? Tolonglah doktor, usahakan sesuatu untuk saya,” rayu ku lagi hingga terlupa doktor juga manusia biasa bukan tuhan yang mampu memberi segala apa yang ku pinta.

“Encik Attar, maafkan kami. Kami hanya mampu berusaha, selebihnya ia terpulang kepada ketentuan tuhan. Kami harap encik bersabar dan boleh memberi keputusan dalam masa yang terdekat. Berbincanglah dengan ahli keluarga, dan dapatkan sokongan mereka. Insyaallah encik lebih bersemangat meneruskan hidup,” gumam doktor itu lagi.

“Doktor, saya tahu ini jalan terakhir yang saya ada, tapi dari mana dan dari siapa untuk saya dapatkannya? Saya buntu doktor!” jawab ku terus terang dan doktor yang sudah berusia awal lima puluhan itu diam seketika. Aku tahu, dia juga buntu apatah lagi penyakit yang ku alami bukan penyakit yang akan sembuh hanya apabila aku memakan ubat. Hanya pembedahan sahaja mampu mengurangkan risiko dan kesan buruk penyakit ini.

“Maaf encik Attar, pihak kami hanya mampu menasihati pihak encik. Segala keputusan yang berkaitan adalah dibawah tanggungjawab encik sendiri. Macam ni, encik balik dan tenangkan fikiran dan bila encik ada jawapannya nanti, sila maklumkan kepada pihak kami. Dan kami akan bertindak secepat mungkin demi kesihatan pesakit dibawah kendalian pihak hospital kami.” Aku angguk kepala faham dengan patah bicara doktor itu dan aku juga tahu serta mengerti bahawasanya harapan aku untuk hidup sihat seperti sedia kala tipis.

“Baiklah doktor, kalau macam tu saya balik dulu!” ujar ku seraya bangkit dan berjabat dengan doktor itu.

“Banyakkan bersabar dan bedoalah kepada tuhan,” pesan doktor itu tenang sambil pamer segaris senyuman. Aku angguk dan tersenyum turut membalas senyuman ikhlas doktor pakar itu.

Sedang aku melangkah keluar dari bilik doktor itu, telefon bimbit yang terletak di dalam poket seluar bergetar beberapa kali. Laju sahaja aku seluk dan keluarkan ia melihat siapakah yang sedang menghubungi aku?

“Neesa???” aku tekan butang hijau lalu suara itu kedengaran sayup-sayup.

“Attar, you dekat mana ni? Tak nak balik ke? Qalisya rindukan you,” aku dengar suara Neesa jauh di sebelah sana. Qalisya? Aku juga rindukan anak kecil ku itu.

“Buat masa terdekat ni mungkin tidak Neesa, sampaikan peluk cium I pada Qalisya. Pesan pada dia yang papa sayangkan dia.” Gumam ku lagi sambil berbaring di tilam. Dada terasa sakit walau untuk ku lontarkan suara.

“Baliklah Attar, you tahu tak Nia sekarang sakit! Dia nak bersalin!” tutur Neesa buat hati ku berderau dan berdebar bercampur gusar. Semuanya bersatu!

“Bersalin?” soal ku pendek dan kedengaran cemas.

“Entahlah, dah berapa hari dia tak selera makan. Badan pun dah kurus sedikit, mungkin kena tahan dekat wad!” ucap Neesa buat aku tidak senang duduk. Ya Allah, selamatkan Nia isteriku.

“Siapa hantar ke hospital?” aku soal Neesa laju-laju, tidak mampu terus terusan sabar lagi tentang keadaan Nia. Ya aku memang tidak sabar mengetahui keadaan Nia.

“Abah baru hantar ke hospital! You tak nak tengok dia?” aku senyap, perlukan aku melihat Nia yang bakal menjadi ibu tunggal itu?

“Attar, Nia still isteri you lagi selagi dia belum lahirkan baby you. Pergilah jenguk dia, dia perlukan you waktu-waktu macam ni!” aku hanya pasang telinga mendengar nasihat Neesa agar aku sudi melawat Nia yang sedang sakit mahu melahirkan zuriat ku di hospital.

“Neesa, I nak ke sana. Tapi tolong I nanti,” pinta ku pada Neesa dan dia bersetuju membantu aku bertemu Nia.

Tiba sahaja di hospital, aku hubungi Neesa dan tidak lama kemudian dia muncul bersama Qalisya. Laju sahaja bayi kecil ini menyua tangan ke arah ku minta didukung. Aku kucup pipi montel itu bertalu-talu, melepaskan rindu setelah hampir tiga minggu tidak bersua.
“Qalisya rindu papa tak?” aku soal bayi itu bagai ia pandai berbicara sedangkan hanya rengek dan tawa halus sahaja yang kedengaran.

“Attar, cepatlah! Nia tengah tidur sekarang!” gumam Neesa mengingatkan aku.

“Siapa lagi yang ada?” aku bertanya tentang keadaan Nia di dalam bilik rawatan itu.

“Tak ada sesiapa, mama dan abah dah lama balik! Sekejap lagi diorang datang, I yang jaga Nia sekarang! Apa kata you jumpa dia dulu,” cadang Neesa ku angguk sahaja. Langkah kaki ku atur masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Nia. Isteri ku itu sedang terlena sambil sebelah tangannya menyentuh perut yang sudah memboyot besar.
Aku kucup dahi itu lama, kasih dan rindu ku tumpah buat Nia namun demi tidak menghancurkan hati itu aku terpaksa lakukan semua ini. Perpisahan ini bakal membuatkan aku dan Nia menderita dan aku yakin disebalik penderitaan ini pasti Nia akan bahagia dihujung cerita cinta ini.
“Attar, you mungkin berpeluang sentuh Nia selagi dia isteri you! Jadi gunakan kesempatan ini sebaiknya, I keluar dulu!” gumam Neesa sambil mendukung Qalisya yang sudah sedikit nakal itu.  Aku angguk lalu mata ku perhatikan pada Neesa yang sedang bergerak menuju ke muka pintu untuk keluar semata-mata memberi laluan buat aku dan Nia bersendirian walau isteri ku ini sedang terlena.
Aku kucup dahi, kening dan bibir itu perlahan agar Nia tidak terganggu lalu tersedar dari tidurnya.
“Nia, abang sayangkan Nia hingga hujung nyawa abang. Walau apa yang terjadi selepas ini, abang harap Nia akan tabah dan terima ketentuan ini dengan hati yang terbuka. Semua yang terjadi ada jalan ceritanya sayang, tak mungkin untuk abang sakiti Nia sedang abang sendiri terlalu cinta dan kasihkan Nia.
Sayang, abang pergi dulu! Doa dan harapan abang akan sentiasa iringi Nia sepanjang Nia hidup dan seluruh nafas abang. Abang cintakan Nia, semoga Nia selamat melahirkan zuriat abang!” aku kucup dahi itu sekali lagi lalu aku bangkit meninggalkan Nia sebelum dia kembali tersedar.

“Attar, mama dan abah dah sampai!” Neesa hampiri aku dan laju sahaja dia khabarkan tentang kedatangan mama serta abah kepada ku.

“You tunggu dekat situ, bila abah dan mama dah lepas nanti. You keluar perlahan-lahan ikut jalan sana!” cadang Neesa sambil meredakan rengek Qalisya yang mahu mengikut aku. Aku kucup pipi si kecil sekali lalu ku alih pula ciuman ke ubun yang ditumbuhi rambut nipis itu.

“I pergi dulu! Kalau ada apa-apa tentang Nia, jangan lupa bagitahu pada I!” aku pesan pada Neesa lalu aku gerak sedikit ke kanan sambil terus menyembunyikan diri di sana sehingga mama dan abah benar-benar masuk ke dalam bilik rawatan Nia, aku akan segera berlalu pergi.

“Abang mana ma? Nia rindukan abang.”baru sahaja aku ingin menapak keluar dari tempat persembunyian, suara Nia dalam sedu sedan kedengaran lirih bertanyakan tentang aku.
“Mama dah cari dia Nia, tapi tak jumpa! insyaAllah kalau mama jumpa mama bawak dia kemari jumpa Nia!” pujuk mama walau aku tahu mama tidak sekalipun mencari aku.

“Nia nak jumpa abang sebelum Nia bersalin ma, Nia nak minta ampun dan maaf! Nia nak peluk abang kuat-kuat dan Nia nak cakap yang Nia sayangkan abang ma. Nia tahu lepas Nia lahirkan baby ni, Nia bukan lagi isteri abang! Mama carikan abang untuk Nia.” suara itu kedengaran mencengkam erat ulu hati yang sudah sekian lama terhiris dek kerana keadaan yang memaksa.

“Nia, abang juga sayangkan Nia dan abang ampunkan segalanya tentang Nia. Abang akan doakan Nia hingga hujung nafas abang!” bisik hati ku sebak. Entah bila ada air jernih bergenang di tubir mata, sungguh hati ini sebak dengan keadaan sebegini.

“Ma, perut Nia sakit ma! Aduh, sakit sangat ma,” aku dengar suara Nia merintih kesakitan. Ya Allah selamatkanlah Nia, permudahkan segalanya tentang Nia! hati kecil ku berdoa berharap Nia lalui semuanya dengan mudah sekali.

Dari celehan tingkap kaca yang terbuka sedikit, aku lihat Nia disorong keluar dari bilik rawatan menuju ke bilik yang menempatkan para ibu yang mahu melahirkan anak. Mama dan abah turut ada, Neesa juga turut bersama mengiringi Nia, cuma aku.. ya aku yang masih di sini.

Aku ekori mereka dari arah belakang dan aku duduk sedikit jauh dari mama dan abah, sweater yang mempunyai hood ku sarung ke tubuh manakala hood yang terletak di belakang leher ku naikkan ke atas kepala agar mereka tidak menyedari aku juga turut berada di sini.

Tidak lama kemudian aku lihat mama dan abah bangkit dari tempat duduknya pergi entah kemana. Laju sahaja aku hampiri Neesa dan aku labuhkan duduk di situ.

“Mama dengan abah kemana?”soal ku sambil pangku Qalisya di atas riba.

“Mama dengan abah pergi solat zohor, dah pukul tiga. Nia pulak entah pukul berapa nak bersalinnya, biasalah anak sulung. Lambat sikit,” komen Neesa sambil tersenyum tipis.

“Nasib I solat awal-awal dekat surau sebelum datang ke bilik bersalin ni. Kiranya tak ramai orang masa tu, sekarang mungkin penuh!” ulas ku sambil kucup pipi Qalisya yang sudah pandai memasukkan apa sahaja barang yang dijumpai ke dalam mulut.

“Siapa suami puan Farhanatul Nadia?” soal seorang jururawat muda yang terjengul di sebalik daun pintu yang tertutup rapat.

“Saya,” aku bangkit lalu hampiri jururawat itu.

“Isteri encik dah bersalin, anak lelaki. Jadi bolehlah encik azan dan iqamatkan anak encik nanti. Oh ya, ini semua maklumat isteri encik, encik boleh dapatkan apa-apa maklumat tentang kesihatan isteri encik di sana ya.

“Alhamdulillah,” itu ayat pertama yang keluar dari dua ulas bibir ku ini. Dan aku tahu jururawat itu juga mengukir senyuman manis kepada ku setelah aku secara rasminya bergelar bapa ataupun ayah!

“Neesa, Nia dah bersalin. I dapat anak lelaki, so maknanya  I dah ada anak sepasang!” tutur ku teruja.

“I nak jumpa Nia dan anak I sekejap, nak azan dan iqamatkan baby boy.” Ucap ku teruja.

Dalam langkah yang perlahan dan tidak berbunyi itu, aku sentuh pipi montel yang sedang lena bersebelahan Nia yang sedang terlena. Mungkin kesan ubat bius yang digunakan ketika proses kelahiran tadi.
Aku angkat bayi kecil ini dan ku kucup berkali-kali. Wanginya bau syurga!




“Shhh... jangan menangis sayang! Papa ada ni,” ucap ku saat memangku bayi lelaki ini yang masih belum diberi nama.  Aku tahu mungkin dia kesedihan tatkala lahirnya dirinya ke dunia ini menjadikan ayah dan ibunya terputus hubungan. Aku kucup pipi itu bertalu, melepaskan rasa syukur dan syahdu dengan kesempatan paling indah ini.

“Sayang... shhh.. sayang anak papa!” aku pujuk dan ku tepuk sedikit anak kecil ku ini lalu ku kucup pipi itu sekali. Aku bawa tubuh kecil ini di dalam dukungan lalu ku dekati jendela menghadap kiblat, dan aku alunkan azan di telinga kecil.

Usai segalanya, aku letakkan satu-satunya zuriat ku ini disebelah Nia. Tidak sanggup rasanya mahu berjauhan dari satu-satunya buah cinta aku dan Nia. namun hakikat yang tersurat, hubungan aku dan Nia telah terputus dan hanya umur dan jodoh yang panjang sahaja akan pertemukan aku kembali.

“Nia, abang sayangkan Nia! bertabah dengan dugaan ini dan doa abang akan sentiasa iringi Nia dan bayi kita. Abang sayangkan Nia, abang sayangkan Nia seikhlas hati abang!” aku bisik kalimah ini di telinga Nia dan aku kucup ubun-ubun bayi kami sebelum aku berlalu pergi kerana aku tahu sebentar lagi mama dan abah akan datang ke sini. Aku juga tidak sanggup berhadapan dengan mama dan abah dalam keadaan aku yang sebegini pasti hati mereka akan hancur melihat aku yang semakin kurus dan cengkung ini.

“Nia, jaga diri baik-baik sayang!” ucap ku lirih lalu aku atur langkah bersama titis air mata yang gugur di lekuk pipi meninggalkan dua insan yang teramat aku cinta sepenuh hati.

14 comments:

  1. syg tp lepaskan..
    hello,fight 4 ur love la bro!!!
    bru anak jantan.
    awal2 lg dh mnyerah.

    ReplyDelete
  2. trm ksh ada entry baru
    tapi tak nak la attar terpisah dgn nia

    ReplyDelete
  3. Sedihnya...kenapa mesti Attar ceraikan Nia...

    ReplyDelete
  4. Aulia, sedihnyer. kenapa Attar xnak pulang semula kepangkuan Nia. Walau bagaimanpun, Nia patut diberitahu akan keadaan Attar yg semakin teruk. Kenapa Attar nak jauhkan dirinya dari orang-2 yang dia cintai.

    Pagi-2 lagi dh sedih.. yuhuuuu

    ReplyDelete
  5. chaiyok kak Aulia Iman . hahaha . nak lagi boleh ?

    ReplyDelete
  6. attar sakit apa sebenarnya?????????...... kesian Nia...... jadi mangsa keadaan...

    ReplyDelete
  7. tq untuk komen anda.
    sya sdg prktikal so masa byk habes kt office
    n internet problrm la pulak.. hehehe..

    tq ek... sya x boleh nak reply komen semua. ni pun melencong ke cc jap. da~ selamat berpuasa. tgkatkn amalan anda semua aminnn..

    ReplyDelete
  8. thank you for the entry

    ReplyDelete
  9. Aulia, tqvm sbb buka semula link CDHN ni, dpt juga akak baca. B4 ni bc 10 bab je kot kat novel melayu kreatif. Nk sgt tahu ending cerita ni. Is it going to be published soon? Klu ye insha Allah akan dibeli. Akak dh ada KBM dan DDAT =) All the best for your next karya.

    ReplyDelete
  10. Kan..br dpt bc smbngn kt cni..
    Akn kutunggu CDN ni publish...jln cte die lain..byk lg belum terungkai ni..xsbr nk taw

    ReplyDelete
  11. Kan..br dpt bc smbngn kt cni..
    Akn kutunggu CDN ni publish...jln cte die lain..byk lg belum terungkai ni..xsbr nk taw

    ReplyDelete
  12. Best!!!!.kenapa ada cerai2....harap2 Nia tak kawin lagi...walaupun Aiman menagih kasih kembali ke Nia...biarla Nia menjadi ibu tunggal yg penuh kasih sayang membesarkan anaknya dari waris Attar lelaki yg mendapat duduk dihati Nia buat selamanya...Amin-nhm

    ReplyDelete

There was an error in this gadget