Wednesday, 4 July 2012

SINOPSIS CINTA DI HUJUNG NODA

Hai semua
hari ni tak update satu cerita pun...
just iklan untuk letakkan cover bagi e-novel CINTA DI HUJUNG NODA
asyik gambar bunga je kan.... 
Boring.... heh!
Tapi kalau saya hentikan e-novel ni camne ek?



okeylah saya sinopsiskan cerita ni sikit....


Muhammad Fiqri Attar merupakan seorang anak tunggal kepada tokoh perniagaan yang cukup berjaya dan disegani.
Lantaran kesibukan kedua ibubapanya, kurangnya perhatian dan menjadi mangsa keruntuhan institusi kekeluargaan mendorong Muhammad Fiqri Attar yang lebih mesra disapa Attar terjebak dalam kehidupan sosial bertahun lamanya.

Tanpa disengajakan, parti liar yang sedang dianjurkan pada suatu malam menjadi punca semua itu berubah sekelip mata. Attar kehilangan upaya untuk berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan kewujudan Nur Farhanatul Nadia pula semakin merumitkan keadaan di mana gadis berpurdah itu disangkakan jururawat peribadi Muhammad Fiqri Attar.

Kerana terhutang budi dengan kebaikan Attar menyelamatkan maruah kegadisannya, Nur Farhanatul Nadia yang dipanggil Nia bertekad untuk menjaga kebajikan Attar hingga lelaki itu kembali pulih sepertimana yang dikatakan oleh doktor yang merawat.

malang datang bertimpa saat mereka pula ditangkap khalwat dan hubungan yang terjalin itu terpaksa disembunyikan dari pengetahuan pihak lain dan keadaan Nia yang berpurdah sama sekali tidak digemari oleh ibu kepada Attar yang mengambil keputusan menghalau gadis itu keluar dari rumah.

tidak sanggup melihat Nia diperlakukan sebegitu, Attar meminta isterinya segera meninggalkan rumah mewah itu dan berjanji akan mencari semula Nia sebaik dirinya kembali pulih.
dua tahun berlalu, perkhabaran tentang Nia tidak lagi dipedulikan oleh Attar bahkan dia kembali ke lembah hitam yang pernah suatu ketika dahulu ditinggalkan ketika kakinya didapati lumpuh.
takdir sekali lagi mempertemukan Nia dan Attar di dalam satu pertemuan yang tidak dijangkakan.

neesa yang sedang mengandung anak lelaki lain datang memerangkap Attar yang pernah suatu ketika dahulu bergelar kekasihnya.
perkahwinan itu terjadi dan disaksikan oleh Nia sendiri sebagai isteri yang tidak siapa pun ketahui hatta Neesa mahupun ibu kepada Attar, Datuk Sharifah.

dugaan semakin menghimpit bila mana di malam pernikahannya Neesa dan Attar, wanita itu jatuh pengsan sebaik majlis akad nikah berakhir dan doktor yang merawat wanita itu mengesahkan Neesa mengandung.

kerana harta, perkahwinan itu diteruskan hingga berlaku tragedi Neesa yang berusaha untuk menyingkirkan Nia dari hidup Attar.

satu persatu masalah timbul hingga Attar tersedar semua yang terjadi adalah khilaf masa lampaunya dan menyedari kesilapan lalu dia berusaha untuk berubah menjadi seorang lelaki yang menajalankan kehidupan seorang muslim yang sebenar.

di saat keinsafan dan rasa nikmat yang diberi, sekali lagi Attar di uji dengan sebuah peristiwa di mana Aiman bekas tunangan isterinya kembali semula.

apakah tindakan Attar untuk mempertahankan keluarganya sedangkan Nia mengidamkan seorang suami yang beriman dan bertaqwa persis lelaki seperti Aiman.

apakah yang terjadi pada Neesa dan kandungannya dan mengapa wanita itu masih enggan membuka mulut berkaitan anak yang sedang dikandungkan?

Mengapa Shark menjauhkan diri dari Attar?

Dan Nia di manakah kekuatan yang harus di paut saat Attar mahu melepaskan dirinya? dan apakah terjadi hingga mendorong Attar bertindak sedemikian?

dan masihkah ada sinar bahagia buat Attar dan Nia bersama kandungan buat kali kedua itu?_ yang ini biar penulis jawab. jawapannya ada, sebab ceritanya Happy Ending hehehe ;)


p/s: saya tak pasti cite ni menarik ke tidak. bg saya hurmmm biasa2 je pun!
ada seorang kakak cute dari publishing company nak nilaikan mmskri ni.
agak2 kalau dihantar untuk penilaian pass ke sangkut?
rasa tiada kekuatan untuk menyiapkan mmskrip CDN ni..
anda rasa layak ke tidak utk diterbitkan?
kalau layak tolong komen, kalau malas nak komen tekan butang 'cool'  dekat bawah ni pun dah oke.





10 comments:

  1. Nak entry mengusung rindu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo... ermm cite tu da submit kt publisher dear..
      kalau ada rezeki jumpa mereka dlm versi cetak.
      tapi saya x jamin dicetak or x dicetak... huhu

      Delete
    2. Harap2 nvl tu Cepat kuar..tak sabar2 sgt dhni nk baca..I'm addicted lol

      Delete
  2. sure tersangkut punya..tapi orang dah syiok baca and nak tau ending kisah ni .....

    ReplyDelete
  3. kalau cerita CDN diterbitkan..saya mesti beli..sebab bagi saya CDN lain2 drp yg lain..rasanya kalau kita baca betul2 banyak pengajaran yg boleh kita dapati dlam cerita ni...

    ReplyDelete
  4. Insyaalah, kalu ada rezeki CDN pasti diterima. Nak tanya pasal progress mengusung rindu. Masih xde feedback ke? rindu nk thi kisah selanjutnya apa jadi kat hubungan Haziq n Fatin a.k.a Nurul. Hopefully ending happy.

    ReplyDelete
  5. saya nak mengusung rindu dan cdn dua2 diterbitkan.kalau tak pass maknanya penulis kena letak kat sini sampai habis.nak tau endingggg.anta la cdn ni ke publisher.belum cuba belum tau.usaha...yang lain terserah pada Allah.

    ReplyDelete
  6. smga CDN dpt diterbitkn.....sgt menarik jln crtanye

    ReplyDelete
  7. hrap dpt diterbitkn...jln crta CDN sgt menarik insyaallah rmai yg akn bli novel tersebut apabila kuar kelak

    ReplyDelete
  8. hrp CDN cepat diterbitkn.....x sabar nak tau jln cerita seerusnya.....

    ReplyDelete

There was an error in this gadget