Tuesday, 11 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 13


“Amira, bangunlah.” Taufiq sentuh kedua pipi Amira lantas dibawa rapat ke wajahnya. Melihat keadaan Amira tidak bergerak walau sedikit pun, Taufiq bertambah bimbang lantas tubuh Amira di cempung lalu di bawa masuk ke dalam bilik. Perlahan-lahan tubuh Amira diletakkan di atas tilam. Sesekali Taufiq diam memikirkan sesuatu, kewajaran tindakannya saat ini. Perlukah atau tidak dia mengambil keputusan sebegini. Dalam benak yang berperang antara satu sama lain, Taufiq nekadkan diri. Dia tidak mahu Amira bertambah sakit kerana kesejukan yang dialami wanita itu. Perlahan-lahan sweater yang tersarung ditubuh itu ditanggalalkan, lalu dicampak ke lantai.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 12



“Girlfriend awak?” soal Amira pendek. Taufiq di yang duduk bertentangannya hanya mengangguk kecil sambil mata tidak lepas memerhatikan Adila dari kejauhan. Kekasih hatinya sedang rancak berbual bersama teman-teman sekampus yang datang ke Morib ini untuk menikmati makanan laut yang segar. Tidak ketinggalan dirinya juga meminati makanan laut lantaran dibesarkan di sebuah pulau peranginan dan mudah untuk mendapatkan makanan laut yang segar. Jadi tidak hairanlah saban minggu pasti Morib menjadi destinasi wajib makan malam bagi Taufiq yang gemarkan udang dan sotong bakar.

“Cantik!” puji Amira turut melihat gadis kesayangan hati Taufiq dengan sebuah senyuman.

Saturday, 8 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 11


“Letihnya...” Taufiq menggeliat sambil mendepakan kedua tangannya. Lesu dan memenatkan setelah sepetang berada di tapak projek memantau perkembangan terbaru projek pembinaan bangunan kediaman yang berkonsepkan gaya inggeris. Sejenak Taufiq tersedar, kelibat Amira dicari. Batang tubuh itu tidak kelihatan sejak lelapnya tersedar. Gusar akan  keadaan Amira, Taufiq bingkas menapak menuju ke dalam bilik. Pintu bilik yang tertutup rapat di tolak laju.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 10

Nasi di dalam pinggan dikuis-kuis, ingatannya masih menerawang ke suatu pertemuan tidak di duga tengahari itu. Kecewa dan sesal datang menikam hati yang semakin hilang rasa dan keindahannya.

 “Hai Amira, lama tak jumpa!” Amira menoleh sewaktu namanya ditegur seseorang. Wajah manis dihalakan kepada insan yang menegur, senyuman terpamerm indah. Namun saat mata menentang pandangan itu, Amira kaget. Senyuman layu dan mati dengan sendirinya! Insan yang sedang berdiri di hadapannya adalah insan yang sama sekali tidak mahu diingati apatah lagi untuk ditemui seperti ini.

Friday, 7 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 9


“Amira, tempat kau di sini! Bilik aku sebelah tu... jangan cuba nak lari!” pesan Taufiq lebih kepada mengungut wanita yang kemas berbaju kurung.

“Saya nak sebilik dengan awak, tak biasa la.....” omel Amira perlahan. Simpati Taufiq diraih berharap lelaki itu tidak pergi jauh dari ruang matanya. Sudahlah tidak biasa berhadapan situasi kerja, ini kan pula dibiar keseorangan menguruskan kerja yang entah apa-apa itu. Wajahnya murung!

Thursday, 6 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 8



“Waalaikumussalam, baru sampai petang tadi. Ada apa Dila telefon abang petang-petang ni?” Taufiq tersenyum menjawab panggilan telefon dari pemanggil yang di sapa Dila ketika ini. Lemah lembut dan sopan santun gaya bahasanya. Amira mencebik!

“Huh, kalau bercakap dengan awek! Lembut gigi dari lidah, kalau bercakap dengan aku serupa guruh mahu berdentum di langit. Ceit!” cemuh Amira tidak puas hati. Telekung dilipat dan sejadah di angkat kemudian diletakkan ke dalam almari di dalam bilik. Usai menyimpan sejadah dan telekung, Amira atur langkah kakinya ke tepi jendela yang terletak berdekatan ruang tamu di mana Taufiq sedang berada.

Wednesday, 5 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 7









Sebaik sahaja Taufiq melangkah keluar, Amira labuhkan punggungnya di lantai. Beg beroda di hadapan matanya di perhatikan lama, ada keluhan kecil kedengaran tika ini. Tubuh di rebahkan ke lantai beralas tikar getah sambil mata di hala ke siling rumah flat milik Taufiq, seingatnya flat yang di duduki waktu ini berada pada ketinggian tingkat ke 15 iaitu tingkat paling tinggi seperti yang dilihat pada papan tanda sebaik pintu lif terbuka tadi.

Kemudian matanya dikalih ke tilam yang kemas bersarung cadar bewarna putih dan di atasnya terdapat sebiji bantal bersama selimut tebal. “Mungkin milik Taufiq,” tebak hati kecil itu.

Tuesday, 4 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 6



~ jangan lupa ikuti en3 di bab 5 sebelum baca bab 6 okey mrs n mss darling  ~

“Selamat datang ke rumah aku! dan rumah kau juga.... itu pun kalau kau nak anggap yang rumah flat ni rumah! Kalau kau nak anggap reban ayam atau kandang kambing sekalipun, aku tak kisah. Terpulang,” ucap Taufiq sebaik menghempas beg pakaian Amira yang sarat dengan pakaian yang pelbagai. Berpeluh hingga basah belakang bajunya tatkala mengemas kesemua pakaian milik Amira sebaik tiba dari Lumut, Perak tengahari itu.

Monday, 3 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 5


“Kau buat apa ni Amira?” gemersik suara itu membuatkan tidurnya terganggu. Amira celikkan matanya seketika, wajah Taufiq berada hampir dan rapat ke wajah bujur sirehnya. Dalam keadaan terkejut, Amira bangkit lantas mengesot ke tepi dinding.

“Awak buat apa ni?” soal Amira cemas. Tubuhnya dipeluk erat, terasa dingin dan sejuk malam bagai menggigit permukaan kulitnya kali ini. Selimut yang terlondeh tadi kembali di tarik menutupi seluruh tubuh sambil anak mata tidak lepas dari memerhatikan raut wajah Taufiq yang tampak tegang menahan baran.

“Aku tanya kau! Kau buat apa dekat dapur ni? Sengaja nak buat aku marah?” tebak Taufiq hilang sabar dengan karenah Amira yang tidak mendengar kata.

Sunday, 2 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 4




“Baiklah, Mira setuju kalau itu yang ibu mahukan. Tapi Mira ada syarat....” Amira telan liurnya seketika. Hembusan nafas kedengaran perlahan sambil anak mata bewarna coklat itu masih tidak lari dari memerhatikan keduanya. Firdaus dan Salmah masih senyap membisu menanti patah bicara yang akan dilontar keluar oleh kedua ulas bibir merah merekah kepunyaan Amira.
There was an error in this gadget