Tuesday, 4 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 6



~ jangan lupa ikuti en3 di bab 5 sebelum baca bab 6 okey mrs n mss darling  ~

“Selamat datang ke rumah aku! dan rumah kau juga.... itu pun kalau kau nak anggap yang rumah flat ni rumah! Kalau kau nak anggap reban ayam atau kandang kambing sekalipun, aku tak kisah. Terpulang,” ucap Taufiq sebaik menghempas beg pakaian Amira yang sarat dengan pakaian yang pelbagai. Berpeluh hingga basah belakang bajunya tatkala mengemas kesemua pakaian milik Amira sebaik tiba dari Lumut, Perak tengahari itu.


Setelah memastikan Amira dari kejauhan sudah selamat menaiki bas, kereta dipecut laju menuju ke Cheras iaitu rumah ibu bapa isterinya. Kedatangannya di sambut mesra oleh pasangan itu lantas masa yang bersisa di habiskan untuk mengumpul dan menyusun pakaian isterinya ke dalam beg bagi memudahkan kesemua barang-barang milik Amira diangkut ke rumah sewanya nanti.

“Weh Mira, apasal kau pakai benda tu?” soal Taufiq menutup kembali pintu rumah. Langkah kaki di atur cermat menuju ke kusyen di  tengah ruang tamu. Lantas tubuhnya dihenyak ke kusyen yang sudah kelihatan nipis spannya. Alat kawalan jauh digapai, lantai punat-punat kecil ditekan laju-laju. Tiada rancangan yang menarik! Butang merah di picit geram. Amira enggan bersuara, bibir dikunci rapat! Membiarkan Taufiq menyoal itu ini sedang dia langsung tidak berminat untuk membalas bicara lelaki kasanova itu.

“Huh,” nafas di hela pelahan.

“Oit... yang kau termenung depan pintu tu apasal? Sini aku nak sampaikan tazkirah!” gumam Taufiq sejak tadi tidak berhenti membebel itu ini. kedua tangganya di letakkan di pemegang sisi kusyen tersebut sambil mata di hala ke arah Amira yang hanya mengenakan t-shirt hampir ke paras lutut dan berlegging hitam. Fesyen yang entah apa-apa!

Amira dekati Taufiq, hanya berdiri dan enggan turut serta duduk di sisi lelaki itu, apa yang pasti dia tidak berminat mendengar bicara Taufiq yang sudah berkomplot dengan kedua ibu bapanya. Mereka semua sama! Tidak adil dan kejam pada dia yang tidak mengerti apa-apa.

“Pertama sekali, rumah kita.. maaf!” Taufiq hentikan kata-katanya seketika sebelum kembali menyambung bicaranya. Amira pamer riak tidak mengertinya sedang dia mendengar Taufiq yang tersasul menutur bicara.

“Hermmm... Pertama sekali, dalam rumah ni ada peraturannya sendiri. Aku nak kau follow semua peraturan tu?” bibir dimuncungkan ke daun pintu yang tertutup rapat. Amira menoleh, membuntang matanya saat sekeping kertas bewarna putih dan dicetak dengan dakwat bewarna hitam kemas di dalam bingkai bercermin yang kemas tersangkut di situ.

Amira melangkah mendekati daun pintu, bingkai bercermin yang megandungi sekeping kertas di dalamnya di sentuh lalu di bawa rapat ke hadapan mata. Seketika dia terdiam, minda ligat berputar akan kemestian yang termaktub di dalam perihal peraturan yang dicipta oleh Taufiq. Mengarut!

Satu persatu peraturan ditelitinya hingga ke peraturan terakhir iaitu perihal peraturan ke 30. 30? Gila banyak!

“Jangan harap saya nak ikut peraturan mengarut awak ni!” bingkai itu disangkut kembali. Wajah Taufiq dikerling sekilas. Terlalu banyak peraturan mengarut dan tidak masuk akal di wujudkan lelaki itu. Dan ada diantaranya hanya menjaga kepentingan lelaki itu semata-mata.

“Amira, ingat....  kau berada di rumah aku. Jadi setiap rumah pasti ada peraturan tersendiri, dan mulai esok..” Taufiq bangkit kemudian tubuh Amira didekatinya. Memandang Amira atas bawah atas bawah hingga membuatkan wanita itu mengundur setapak kebelakang. Tidak selesa diperhati sebegitu oleh lelaki yang cukup asing dalam hidupnya sebelum ini.

“Dengar sini!” bahu Amira disentuh dengan hujung jari telunjuk lalu wajah itu sengaja dirapatkan ke wajah bujur sireh milik Amira.

“Mulai esok, kau mesti bangun pukul enam pagi! Sediakan sarapan untuk aku dan pukul lapan ikut aku ke pejabat! Jangan mimpi nak bersenang lenang dalam rumah ni!” gumam Taufiq kemudian menjatuhkan jari telunjuknya, berpusing lalu mehempas tubuhnya kembali ke atas kusyen.

“Awak jangan memandai-mandai mengatur hidup saya, saya bukan orang suruhan awak apatah lagi  hamba abdi awak!” bentak Amira marah diperlakukan sebegitu oleh Taufiq.

“Whatever Amira, perjanjian tetap perjanjian. Kau hidup bersama seorang lelaki yang berpegang pada janji dan peraturan. Maka kau harus menurut!” sinis nada suara Taufiq saat menghamburkan bicaranya. Ada tawa halus mengiringi ayat yang terluah.

“Terpulang! Sekarang kau pilih, kau nak duduk di bilik mana? Bilik aku atau bilik yang lagi dua dekat hujung sana tu. Yang sebelah kiri aku dah jadikan stor, dan di sebelah bilik tadi  aku jadikan zoo yang simpan binatang berbisa.

So, kau pilihlah bilik yang paling kau berkenan? Bilik aku..?  stor..?  .... atau kau nak rasa hidup di hutan rimba bersama flora dan fauna?” Taufiq tersengih kemudian dia berdiri sambil mendekati bilik yang dikatakan mempunyai aura hutan khatulistiwa itu.

“Aku cadangkan kau ambil bilik yang aku jadikan zoo, macam-macam binatang berbisa aku bela dan aku simpan di bilik ni.” Unjuk Taufiq dengan jari telunjuknya. Berniat mahu menyelak daun pintu itu namun kerutan di dahi Amira menjadikan Taufiq menghentikan tindakannya.

Taufiq tersenyum sinis kemudian dia dekati Amira sekali lagi.

“So, bilik yang mana paling kau suka?” tanya Taufiq bersama kening yang dijungkit tinggi.

“Semua bilik saya tak berkenan! Saya nak keluar, saya nak stay di hotel!” bahu Taufiq dilanggar kasar hingga tubuh itu sedikit bergerak ke belakang.

“Silakan Puan Amira, tapi Megat Taufiq sama sekali tidak akan menaja segala perbelanjaan Puan selama puan berada di hotel sana nanti. Hurm... mungkin puan belum jelas akan satu perkara ini,” bicara Taufiq menghentikan langkah Amira yang tadinya agak tergesa-gesa mahu pergi. Seketika dia berhenti lalu berpaling mencari wajah Taufiq yang kelihatan beriak selamba.

“Ehermmm,” Taufiq berdehem perlahan.

“Puan Amira, untuk pengetahuan puan..” Taufiq hentikan bicaranya lalu liur ditelan sekali.

“Segala kad kredit dan perbelanjaan Puan Amira berada di tangan saya, dan mulai esok puan perlu ikut saya ke pejabat. Ada kerja ada gaji. Tak ada kerja, tak ada duit! Mengerti!”  ujar Taufiq tegas.

“Apa lagi yang awak dan family saya komplotkan hah? Saya tak faham, apa tujuan awak semua menyekat hidup saya?  Kekang kebebasan saya dan kacau kehidupan saya! Saya tak faham!” jerit Amira hilang sabar dengan semua yang terjadi sejak dia dikahwinkan dengan lelaki yang tidak dikenali.

Jika dahulu perbelanjaan dan wang sakunya ditaja oleh ibu bapanya, namun kali ini disekat di tangan lelaki bernama Taufiq. Dan amat menjengkelkan, dia dikerah ke tempat kerja hanya semata-mata untuk mendapatkan wang!

Amira sakit hati, Taufiq pergunakan kedudukan sebagai peneraju Kristal Property untuk menyekat kebebasan hidupnya pula.  Perbuatan yang cukup melampau!

“Suka hati puan untuk katakan apa sahaja, jadi bersiap sedia untuk hari esok. Sarapan, ofis dan kerja!” gumam Taufiq lantas menuju masuk ke dalam biliknya. Amira ketap bibir, untuk melarikan diri mustahil sama sekali angkara pintu rumah yang sudah dimagga dari dalam oleh Taufiq. Untuk menginap di hotel dia kekurangan wang tunai, dan untuk meminta pertolongan rakan-rakannya, dia takut andai peristiwa hitam itu berulang lagi.

“Tidur di lantai!” arah Taufiq kasar saat Amira mengheret beg besar itu ke dalam bilik yang dihuni lelaki angkuh dan tidak berperikemanusiaan itu. Amira ketap bibir, marah namun dia terpaksa sambil mata liar memerhatikan ruang bilik yang agak kecil berbanding biliknya yang tiga kali lebih besar dari bilik yang sedang dilihat ketika ini.

“Apasal kau pandang aku?” soal Taufiq tanpa nada. Sekejap kasar dan seketika kemudian bagai tiada berperasaan lagak lelaki di hadapannya ini.  Amira jeling lelaki itu,  tidak puas hati dengan tingkah laku Taufiq.

“Mana katilnya?”  soal Amira pendek. Sedari tadi dia tidak melihat katil yang dimaksudkan oleh Taufiq.

“Bilik aku tak ada katil!” serentak itu Taufiq berlalu keluar dari kamarnya meninggalkan Amira terkulat-kulat dengan jawapan yang terhambur keluar dari bibir merah basah itu.

P/S: terima kasih :)
update: susahnya utk hasilkan jalan cerita yg serius. sbb sya lebih sukakan jln cerita yg santai n lucu. huhu...

14 comments:

  1. hehehe!!! i'm the first one..

    Taufiq kalau bercakap tak boleh ckp elok2 ker asyik nak marah jer...

    Cpt2 la diaorang berbaik...

    ReplyDelete
  2. suka baca kuntum buat kapten azdhan [kbka]
    awak memnag ada talent hasilkan karya yang kelakar romantik. best sangat cerita tu aulia. saya pun suka kan cerita tu.
    awak buat la cerita untuk along n angah pulak. cerita tu best tak ingat, baca pun senyum n gelak sorang2. kelakar!

    ReplyDelete
  3. cepat2 la berdamai.

    ReplyDelete
  4. wah..nampaknya E3 kali ni..kita melihat betapa Amira dan Taufik hidup bersama didalam sebuah perkawinan yg dicipta oleh keluarga Amira. Pertama kali kita melihat sisi Amira yg dalam keterpaksaan dan tanpa kerelaannya mengikut rentak cara hidup Taufik mengaturkan kehidupan Amira..Adakah kerana perjanjian Taufik dan keluarga Amira..yg membolehkan Taufik membuat segala bentuk undang undang dirumah itu dan tingkah lakunya pada Amira..adakah kerana dia mahu mengubah cara hidup Amira yg begitu degil dan lepas laku dan mahu mengajar Amira

    ReplyDelete
  5. ~~ sedih baca.. mengalir la jugak airmata...
    taufiq pn klu nk mendidik x boleh ke cakap lembut2.
    cian jadi pmpuan kan...suma org ada buat silap...

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn Azrina... Kalau cakap menengking dan cakap elok2, message yg nak disampaikan akan tetap didengari oleh Amira. Kenapalah Taufik kena menggunakan pendekatan yg negatif?

    ReplyDelete
  7. ckp kasar2 bt sakit ati jer....
    klu sya lah..buat pekak jer..
    amira g cri keja kat luar jelah..
    -miss A-

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang cara nak tegur setiap kesilapan bukan dengan menengking atau marah-marah...
    tapi lebih elok dengan cara lembut seperti ibu Taufik bercakap dengan Amira...
    Taufik diupah oleh ayah Amira untuk merubah cara pergaulan Amira ke arah kebaikan ..... mungkin...
    tapi Taufik cuba dengan cara lembut..... Insyallah...

    ReplyDelete
  9. taufiq jahattt/kejam dan x berhati perot..
    hiiikalo saya jadi amra saya pilih bilik stor hehe

    ReplyDelete
  10. Jahat gila taufiq ni,,,,,btw best sgt!!!!!! Nk lagiiiii

    ReplyDelete
  11. Ape sejarah silam amira nie sbnrnya....???
    Smpi taufik bnci sgt kt dia.....

    ReplyDelete
  12. akak agak lh ade agenda nape parent n Taufik wat Mira cam ne.good andai sume tu demi kebaikan Mira!kemewahan n kehidupan Mira yg agak sosial menjerumus kn Mira yg alpa akn dosa pahala n halal haram.good idea kalu sume tu leh merubah live Mira....tp akak tetap tk suke cara Taufik treat Mira,cam lh Mira tkde perasaan!u kena ingat lh Taufik maruah isteri bukan utk di hina n diperlekeh kn!!camne Mira nk teruskn hari2nye andai tiap ari ditengkin herdik di hina n 0 kasih sayang dr sorang suami.eeeee tul serius akak tk suke mamat poyo cam Taufik yg hipokrit tu!!!!still akak teremo lh dek hehe...

    ReplyDelete
  13. hahaha..bilik xde katil, means dua2 kena tidur atas lantai..aduiii

    ReplyDelete
  14. thanks semua sudi meninggalkan komen :) sory saya tak sempat reply semua komen anda. komen2 semua amat diperlukan utk idea pekembagan plot cerita ni. tq ea anda2 semua,,,,,, [ norihan, blink., ida, fika sue, azrinaz, novellas n anon. :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget