Wednesday, 5 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 7









Sebaik sahaja Taufiq melangkah keluar, Amira labuhkan punggungnya di lantai. Beg beroda di hadapan matanya di perhatikan lama, ada keluhan kecil kedengaran tika ini. Tubuh di rebahkan ke lantai beralas tikar getah sambil mata di hala ke siling rumah flat milik Taufiq, seingatnya flat yang di duduki waktu ini berada pada ketinggian tingkat ke 15 iaitu tingkat paling tinggi seperti yang dilihat pada papan tanda sebaik pintu lif terbuka tadi.

Kemudian matanya dikalih ke tilam yang kemas bersarung cadar bewarna putih dan di atasnya terdapat sebiji bantal bersama selimut tebal. “Mungkin milik Taufiq,” tebak hati kecil itu.


Merasakan dirinya tidak selesa lantaran peluh yang melekit, Amira tegakkan tubuh. Lambat dan malas sahaja tingkahnya ketika ini. Perjalanan yang jauh membuatkan Amira keletihan dan tubuhnya memerlukan rehat yang secukupnya lalu memaksa diri itu agar segera membersihkan diri sebelum berkira-kira untuk tidur.

Bilik mandi di luar bilik di hampiri, meliar matanya mencari kelibat Taufiq namun lelaki itu tidak pula kelihatan. Langkah kaki diteruskan bersama syampu serta mandian yang kemas dalam pelukan tangannya.

Sebaik langkah kaki mencecah lantai bilik air, Amira segera mengangkatnya kembali. Tidak semena-mena dia kegelian melihat ruang mandi yang sempit bersama lantai yang tidak bersih. Licin sahaja apabila dipijak!

“Eiiiuuuuwwww!”  berkerut dahinya.  Tubuh ditegakkan di hadapan bilik air, tangan pula menolak daun pintu agar dapat dilihat keseluruhan ruang bilik air yang sering digunakan oleh Taufiq.

“Pengotor sungguh budak ni!” cemuh Amira mahu berpusing tidak jadi meneruskan niat untuk mandi.

“Apa dia?” soal Taufiq yang sudah tegak berdiri di hadapan Amira. Amira telan liur, kemudian tertunduk tidak berani melawan pandangan Taufiq yang hanya mengenakan tuala separas pinggang dan t-shirt. Langakh kaki diundur setapak ke belakang.

“ Tiba-tiba je muncul!” omel hati kecil Amira bersama mulut yang terkumat kamit menutup rasa canggungnya kala ini.

“Masuk!” arah Taufiq pada Amira namun wanita yang sedang memeluk syampu dan mandian itu menggeleng laju lalu berundur ke tepi dinding. Taufiq juga tidak mahu beralah, mata dijengilkan sambil bibir di ketap rapat.

“Masuk!” sekali lagi Taufiq mengarahkan Amira masuk ke dalam bilik air.

“Tak mahu!” akhirnya keberanian Amira datang juga, dia tidak rela menjadi orang suruhan Taufiq apatah lagi di suruh itu dan ini. Siapa Taufiq dan apa hak yang ada pada dia hingga berlaku kasar pada dirinya. Amira tidak mengerti!


“Masuklah cepat!”

“Tak nak!”

“Masuk!”

“Tak nak!”

“Aku cakap masuk, baik kau masuk!”

“Tak nak!”

“Masuk!”

“Tak nak! Tak Nak! Tak nak!” tiga kali Amira melontarkan keengganannya membuatkan Taufiq mencerlung pandang ke arah wanita itu. Degil!


“Baik, kalau kau tak nak masuk tak apa!” syampu dan mandian milik Amira dirampas kasar lantas Taufiq menyusung langkah memasuki kamar lalu keduanya diletakkan di atas almari pakaian di dalam bilik yang dikongsi berdua. Terlopong Amira saat melihat syampu dan mandian miliknya berada tinggi di atas almari itu. Air mata mula bergenang, dengan apa untuk dia mandi jika syampu dan mandian kegemarannya tiada bersama.

“Jahat! Awak jahat!” Amira dekati Taufiq lantas dada lelaki itu dipukul kuat.

“Awak jahat!” ulang Amira sambil menahan air mata yang mahu gugur. Namun Taufiq masih beriak selamba tanpa sedikit pun cuba menghalang perbuatan Amira.

“Jahat!” Amira ungkap perkataan itu sedikit kendur lalu di palingkan wajahnya ke arah lain. Sebak pula datang menghimpit!

Melihat wajah itu keruh menahan perasaan,  Taufiq batukan dirinya. Seketika kemudian langkah kaki di atur meninggalkan Amira yang sedang berjauh hati.  Amira juga diam, menyangka mungkin sebentar lagi Taufiq akan memujuknya seperti teman-teman lelakinya sebelum ini sering lakukan. Masih menunggu dan terus menunggu lelaki itu datang merayu dan memujuk dia yang kesedihan.

“Amira!” sebaris nama itu terluah dari bibir Taufiq. Amira tersenyum sambil berpaling pada lelaki itu, akhirnya Taufiq mengalah juga lalu mengembalikan barang-barang miliknya semula. Namun senyuman yang terukir indah segera mati tatkala mata bundar miliknya menancap sebatang mop dan  pencuci lantai. Amira pandang Taufiq dengan pandangan tajam!

“Nah ambil ni!” gumam Taufiq pendek.

“Buat apa?” Amira berpura-pura tidak faham.

“Cuci bilik air!” tangan Amira ditarik lalu pencuci lantai diletakkan di atas kedua tapak tangan Amira yang sedang disentuh ketika ini. Lembut!

“Lembut, mesti tak pernah buat kerja!” selar hati kecil Taufiq .

“Cuci bersih-bersih!” arah Taufiq lagi.

“Tolonglah,” Cebik Amira enggan menurut.

“Nak mandi ke tak?” soal Taufiq. Amira angguk sekali.

“Kalau nak mandi, sila cuci dulu. Kalau tak nak mandi, jangan cuci!” ujar Taufiq berwajah garang.

“Awak yang kotorkan, awaklah cuci!” Amira membantah. Tidak kuasa mencuci lantai bilik air yang licin berlumut itu. Geli! Seumur hidupnya, ini bilik air yang agak kotor dan jijik yang pernah ditemuinya. Amira geleng kepala tidak sanggup membayangkan andai dia yang harus mencuci bilik air tersebut.

“Aku tak mandi dekat sini! Kalau kau nak mandi, kau cuci... kalau tak nak...” Taufiq siniskan semula senyumannya.

“....  mandi di sinki!” gumam Taufiq lantas berlalu pergi.

“Sinki????? Melampau!” jerit hati kecil Amira apabila Taufiq enggan mencuci bahkan memberi cadangan tidak masuk akal kepadanya pula. Melampau! Melampau! Melampu! Amira hentak kakinya lantas pencuci tandas di dalam pegangan tangan di buka penutup lalu dipicit ke seluruh lantai bilik air. Angkara rasa geram dan tidak puas hati, sebotol cucian itu habis dikerjakan!

“Kau memang nak bagi aku bankrup?” tegur Taufiq yang sedang bersandar di tepi dinding. Amira yang sudah berasa sedikit lega, diam tidak berkutik. Botol yang sudah kosong di perhatikan sekilas.

“Alamak, dah habis!” perasaan gentar tiba-tiba datang menghantui dirinya. Amira ketap bibir, matilah dia!

“Err... er...”  Amira tergagap.

“Apa er..er..er....?” tegang suara Taufiq menyoal Amira. Amira yang pada mulanya lembut hati, terasa panas tiba-tiba.

“Setakat satu botol pencuci ni, tak mungkin awak boleh bankrup! Esok saya ganti!” yakin patah bicara Amira melawan pandangan Taufiq. Lelaki itu senyum sinis!

“Okey, aku pegang kata-kata kau. Kita tengok esok, kau mampu atau tidak nak beli sebotol pencuci yang beharga tiga belas ringgit ni. Aku tunggu!” ujar Taufiq pelahan.

“Saya akan kotakan janji saya!” tekan Amira sinis melantunkan nada suaranya.

“Aku tunggu! Jangan kau menangis merayu sudahlah!” balas Taufiq senada. Amira mencebik lantas menggapai mop lalu dihempas ke lantai dan di tonyoh kasar. Panas hati pada Taufiq!

“Cuci bersih-bersih ya!”  kata-kata Taufiq membuatkan Amira bertambah sakit hati. Namun tangan masih lincah menarikan batang mop, mencuci dan membersihkan lantai bilik air itu hanya kerana dia tidak selesa menggunakan bilik air yang kotor dan berlumut. Sumpah seranah bermain di bibirnya saat kerja-kerja mencuci dilakukan. Selesai mencuci, Amira mendekati Taufiq.

“Saya dah cuci, pulangkan balik syampu dan mandian saya. Saya nak mandi!” Amira hulur tapak tangannya di hadapan Taufiq yang sedang duduk menonton TV. Lelaki itu sudah siap mandi dan santai dalam persalinan seluar bermuda serta t-shirt bewarna hitam.

“Ambillah sendiri!” balas Taufiq masih menancap kaca TV. Amira menoleh ke arah televisyen yang sedang ditonton oleh Taufiq, berkerut dahinya tatkala melihat rancangan yang tidak bersuara dan terganggu serta warna yang sekejap ada dan sekejap hilang itu ditonton penuh fokus oleh Taufiq.

“Tinggi, manalah saya sampai!” rungut Amira setelah kembali memerhatikan Taufiq.

“Jingkit!” sepatah perkataaan dilontar oleh Taufiq.

“Saya jingkit ke tak jingkit ke...  pakai kerusi atau tak pakai kerusi sekalipun. Tetap tak sampai!” tekan Amira menjelaskan kekurangan dirinya yang berketinggian sederhana itu.

“Huh,” Taufiq lepaskan keluhannya.

“Tolong bagi barang saya semula!” minta Amira tidak mahu bersabar lagi.

“Alasan!” gumam Taufiq enggan menurut.

“Bagi la balik!” gumam Amira berharap Taufiq akan menyerahkan semula syampu dan mandian yang diletakkan di atas almari tadi.

“Tu ha..... ada dekat sinki.” Ujar Taufiq selamba.

“Sinki? Awak buat apa pada barang saya?” soal Amira geram. Jangan-jangan Taufiq jadikan mandiannya sebagai pencuci pinggan mangkuk pula. Kalau itulah yang lelaki ini lakukan, memang dia sengaja menempah amukan Amira Amri.

“Aku ingatkan kau nak mandi di sinki! Kau kan pemalas!” Taufiq rebahkan dirinya ke kusyen lalu mata dipejam rapat. Amira mencebik sebaik patah bicara itu berakhir.

“Awak yang pemalas, dah la kotorkan bilik air... orang lain pulak yang kena cuci. Huh!” ungkit Amira melepaskan perasaan sebalnya.

“Aku pemalas ke, rajin ke... ini rumah aku!” balas Taufiq tidak mahu mengalah.

“Whateverlah Taufiq!” ujar Amira lantas berlalu ke sinki dan digapai barang-barang miliknya lalu menyusun langkah menuju ke bilik air. Ingin segera menyegarkan diri dengan air, biar hatinya juga sejuk .

Sesudah membersihkan diri dan lengkap berpakaian Amira masuk menuju ke kamar milik Taufiq. Lelaki itu sedang mengiring menghadap ke dinding. Wajah yang tersembunyi disebalik bantal, di intai berhati-hati.

“Dah tidur ke dia?” soal Amira pada diri sendiri.

Langkah di susun cermat, mendekati tubuh itu lalu dibongkokkan sedikit tubuh agar wajah Taufiq dapat dilihat jelas.

Amira perhatikan raut yang sedang terlena ketika ini, tiada riak bengis mahupun riak tegang di wajah itu. Tenang dan mendamaikan sahaja raut wajahnya. Namun disebalik ketenangan itu, Amira sedar Taufiq bukanlah sebarangan lelaki seperti yang pernah dikenali sebelum ini. Lelaki yang sedang terlena ini adalah lelaki yang cukup disenangi ahli keluarganya berbanding bekas tunang dan rakan-rakan lelakinya yang lain. Entah apa istimewanya Taufiq pada pandangan ibu serta ayahnya.  Lelaki ini bukanlah lelaki yang lembut dalam berbicara, tengking dan kasar patah bicara itu yang sering di dengarinya. Barangkali memang Taufiq pandai berlakon alim di hadapan keluarganya, apa motif sebenar Taufiq?

“ Mereka semua sudah tertipu,” keluh Amira perlahan, mata bundar miliknya masih menancap wajah lelaki itu walau hatinya sudah jauh mengelamun mengingatkan perihal Taufiq dan ibu bapanya.

“Kau tengok aku apasal?” Amira terkejut dengan sergahan Taufiq membuatkan dia segera tegakkan tubuh lalu menapak menjauhi tubuh Taufiq yang sedang tajam memerhatikan dirinya walau posisi lelaki itu masih tidak berubah malah masih berbaring seperti tadi.

“Kau tengok aku apasal?” tanya Taufiq sekali lagi.

“Eh, mana ada saya tengok awak! Perasan,” balas Amira menutup debar di hati. Taufiq bangkit lalu berdiri tegak menghadap Amira, seketika kemudian almari pakaian dihampirinya lalu mengeluarkan sesuatu dari situ.

“Nah ambik ni!” Amira sambut plastik yang di campak ke arahnya. Mujur cekap dia menangkap.

“Bersiap cepat!” arah Taufiq berlalu keluar. Amira kerutkan dahinya, hendak kemana Taufiq hingga mengarahkan dia bersiap-siap pula. Plastik yang dicampak tadi diselongkar rakus, sepasang telekung melurut jatuh. Amira terpempam.

“Cepat!” dari luar bilik, bicara Taufiq kedengaran kuat menerpa pendengarannya. Amira letakkan telekung itu lalu kembali semula ke bilik air untuk berwudhuk. Nafas dihela perlahan.

“Tangan dulu ke muka dulu?” soal Amira pada diri sendiri. Dia terlupa bahagian yang harus didahulukan dalam tertib berwudhuk. Dia mengeluh lagi. Air paip dibiarkan mengalir sambil dia cuba mengingati cara-cara berwuduk. Sekali lagi dia mengeluh, rasa was-was mula mengganggu.

“Awak, saya tak ingat!” akhirnya Amira bersuara lantas pintu bilik air di buka luas menjenguk Taufiq di luar sana.

“Apa hal?” soal Taufiq mendekati Amira. Amira pandang Taufiq atas bawah berkali-kali, penampilan Taufiq yang mengenakan baju melayu di renung lama. Sejuk hati!

“Tak ingat.... macam mana?” gumam Amira perlahan. Malu dan segan bersatu!

“Niat, basuh muka, basuh tangan, kepala, kaki dan tertib!” ujar Taufiq laju, Amira angguk kepalanya tanda faham dengan jawapan yang diberikan Taufiq.

Sesudah selesai berwudhuk, Amira kembali semula ke kamar milik Taufiq. Telekung pemberian Taufiq digapai lalu disarungkan ke kepala berhati-hati. Cermin bersaiz kertas A4 di dinding di dekati lantas raut wajahnya diperhatikan lama. Tiada rambut yang terkeluar! Usai membelek wajah, Amira atur langkah ke luar dari kamar mencari Taufiq. Di ruang tamu, lelaki itu sudah berdiri di atas sejadah!

“Solat dengan aku!” ucap Taufiq pendek disambut anggukan kecil dari Amira.

Solat didirikan dengan khusuk, pertama kali Taufiq mengimamkan solat bersama seornag isteri sebagai makmumnya. Sesudah salam diberi, Taufiq menoleh ke arah Amira. Wanita itu sudah duduk di kusyen, seketika sejadah milik Amira di perhatikan. Sudah elok berlipat kemas!

“Kau solat ke tidak?” soal Taufiq curiga. Jangan-jangan Amira curi tulang, tidak solat bersamanya.

“Saya solatlah!” pendek Amira menjawab.

“Kalau solat, apasal kau habis dulu? Aku yang imam, akulah habis dulu!” terang Taufiq bertambah kuat curiganya.

“Dah awak baca lambat, lambatlah awak habis! Saya baca pendek, sayalah habis dulu!” jawab Amira tanpa rasa bersalah.

“Apa?” soal Taufiq terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Amira.

“Apa yang apa?” pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

“Baik kau cakap betul-betul, kau solat ke tidak?” sekali lagi Taufiq menyoal.

“Solatlah! Saya ikut awak! Tapi awak lambat sangat! Baca surah panjang-panjang! Saya baca yang pendek. Cepat sikit habis!” jawab Amira bersungguh-sungguh.

Taufiq geleng kepala, sakit kepalanya datang menyerang tiba-tiba.

“Apasal awak geleng kepala?” tanya Amira ingin tahu.

“First time aku jumpa makmum mendahului imam!” gumam Taufiq mendatar nada suaranya. Tiada jerit pekik seperti tadi.

“ Tak menjerit! Dah penat agaknya!” bisik hati kecil Amira sedikit lega.

“So apa yang salahnya? Biasa je!” jawab Amira yakin. Taufiq pandang wajah itu bagai mahu ditelan hidup-hidup!

“Aku nak kau solat sekali lagi?” gumam Taufiq perlahan.

“Apasal pulak?” bentak Amira tidak puas hati. Dia sudah selesai bersolat jadi mengapa Taufiq menyuruh dia kembali mendirikannya lagi? Amira tidak faham dan tidak mahu faham! Taufiq memang sengaja mencari salahnya!

“Kau ikut imam, mana boleh mendahului imam. Faham?” tekan Taufiq perlahan bagai menahan rasa geram.

“Eh, takkan tak boleh?” soal Amira hairan.

“Itulah, orang suruh sekolah kau lari. Ponteng!” ungkit Taufiq bagai mengetahui sejarah silam zaman persekolahannya pula.

“Mana awak tahu?” Amira pandang Taufiq dengan pandangan tajam.

“Cepat!” arah Taufiq dan akhirnya Amira akur lalu menurut kata lelaki itu walau hatinya sebal.

“LEPas ni aku nak kau study balik cara-cara bersolat.” Ujar Taufiq mendatar nada suaranya.

“Yelah-yelah!” jawab Amira malas bertikam lidah. Taufiq lipat sejadahnya seraya berlalu ke kusyen sambil memerhatikan Amira yang sedang mengangkat takbir dari arah belakang. Ingin diperhatikan cara Amira mendirikan solat, entah betul entah tidak!  Jika tidak, dialah individu yang bertanggungjawab memperbetulkannya.





15 comments:

  1. Waaaahhhh best3,,,,,,,nk lagiiiii ....tetiba suka taufiq.hihi

    ReplyDelete
  2. “Solatlah! Saya ikut awak! Tapi awak lambat sangat! Baca surah panjang-panjang! Saya baca yang pendek. Cepat sikit habis!”

    Hahahaha.... Geli hati gak bila baca jawapan si Amira tu....

    ReplyDelete
  3. bagus cara taufiq ajar amira..hope diorg cpt bersatu..

    ReplyDelete
  4. Suke2 best sgt.....!!!

    ReplyDelete
  5. Suke2 best sgt.....!!!

    ReplyDelete
  6. taufiq ni sebenarnya nak mengubah cara hidup dan sikap amira kot. hm...

    ReplyDelete
  7. kali ne ade lawak lh plak dek!suke plak cara mira jawap pertanyaan Taufik,'awak lambat baca panjang2 sy baca yg pendek2 sy lh sudah dulu'good dek terselit adengan camtu!tegas cara Taufik treat Amira...mungkin itu je cara Taufik nak ubah anak manja cam Amira....akak rase ade sebab Taufik wat cam tu kt Amira....kali ne akak takrase nk marah kt Taufi n emosi akak pun k dek hehe.best3

    ReplyDelete
  8. pelik juga kan ..kat mana mamat tu mandi ek...adakah dirumah itu ada 2 bilik air..mungkinkah..bilik yg mamat poyo ti kata dia ada bela binatang tu..master bedroom mereka yg siap ngan bathroom..
    Adakah juga..kisah silamnya mmg telah diketahui oleh siTaufik ni..kelakar juga bila minah ni menjawab yg suaminya baca ayat ayat pjg pjg..dan dia baca ayat pendek..kesian kan hidup minah ni..punya lengkap kehidupannya tetapi kekurangan dari segi keagamaan..payah juga si Taufik hendak membentuk si minah ni..tapi suprisingly dia mengikut juga..apa yg disuruh oleh siTaufik tu..kan..
    Kemanakah agaknya perkawenan mereka ni..rasanya berat lagi rasa tanggungjawab yg hendak dipikul oleh si Taufik untuk mengajar seprg isteri yg bernama Amira ini..yg jauh terpesong..tapi adakah Amira sendiri hendak berubah kehidupannya...adakah dengan paksaan siTaufik akan menukarkan dirinya kepada yg lebih baik kerana kemungkinan besar dia akan dipengaruhi oleh kawan atau teman nya yg rtak mungkin akan melepaskan dirinya begitu sahaja..kan..dan apakah reaksi si mamat poyo tu untuk menyekat dia berkawan dengan kawan kawan yg tak eluk tu...
    Bagaimanakah abang Amira menerima Taufik setelah apa yg diadukan oleh Amira yg dirinya telah diceraikan oleh lelaki itu..

    ReplyDelete
  9. taufiq..... cikgu garang yg cuba memperbaiki amira yg telah hanyut kehidupan sosialnya.... moga taufiq boleh berlembut sikit dgn amira.... kesian dia...

    ReplyDelete
  10. Rasa macam baca Shakespear dalam versi Islamik. Dan akak lagi suka suka dan suka baca versi yang ini.... Congrates....

    - Kak Mina -

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mina shakerpear benda apa? cerita apa tu? boleh saya tahu if u dont mind.
      cerita ni best.

      Delete
  11. malu sungguh dengan umat islam sekarng kerana solat pun boleh dijadikan mainan. sungguh adakah orang yg sebegitu hinggakan solat pun tidak tahu...daif sungguh...salah siapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada... saya pernah berjumpa dgn individu seperti itu. ibu bkerja di luar negara. bapak dah kahwin lain n tinggalkan anak dia bersama org gaji. setiap bulan bagi allowance, tnpa jenguk tanpa ambik tahu khabar anak sndri. ini realiti hidup zaman skrg ni. saya berkawan dgn ramai n saya tahu bagaimana life keluarga yg pincang tanpa kasih sayang [bukan semua]. maaf andai komen ini keterlaluan.

      Delete
  12. baiknyer taufiq.... ingatkan jahat & kejam, bagus mcm nie la jadi seorang suami yang solehah...

    ReplyDelete
  13. Taufik hanya nak mengajar Amira sahaja ... tapi jangan keterlaluan sudah...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget