Thursday, 6 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 8



“Waalaikumussalam, baru sampai petang tadi. Ada apa Dila telefon abang petang-petang ni?” Taufiq tersenyum menjawab panggilan telefon dari pemanggil yang di sapa Dila ketika ini. Lemah lembut dan sopan santun gaya bahasanya. Amira mencebik!

“Huh, kalau bercakap dengan awek! Lembut gigi dari lidah, kalau bercakap dengan aku serupa guruh mahu berdentum di langit. Ceit!” cemuh Amira tidak puas hati. Telekung dilipat dan sejadah di angkat kemudian diletakkan ke dalam almari di dalam bilik. Usai menyimpan sejadah dan telekung, Amira atur langkah kakinya ke tepi jendela yang terletak berdekatan ruang tamu di mana Taufiq sedang berada.


“Nantilah... sabar dulu ya. Buat masa terdekat ni tak boleh, abang ada hal. Dila janganlah paksa-paksa macam ni, bersabar okey.” Gumam Taufiq memujuk buah hatinya.

“Yelah.... tapi Dila kena faham, kalau perkara kecil macam ni pun Dila nak ambil hati. Susahlah...” meleret sahaja suara Taufiq. Amira hanya diam, memasang telinga mendengar patah perbualan lelaki itu bersama kekasih hati yang bernama Adila. Gadis yang pernah ditemui semalam, cantik dan lemah lembut orangnya.

“Abang tahu... tapi boleh tak Dila bersabar dulu, umur Dila baru 23. Muda lagi, habiskan belajar tu dulu. Dah habis baru kita fikir pasal kahwin okey.” Pujuk Taufiq membuatkan Amira mencebik sekali lagi.

“Awek merajuklah tu!” bisik Amira meneka situasi Taufiq berdasarkan perbualan bersama pemanggil disebelah sana.

“Entah apa yang jadi pada aweknya nanti, kalau tahu buah hati pengarang jantung dah berumah tangga dengan perempuan lain? Kecewa atau mengamuk?” Amira mula membayangkan kemungkinan yang terjadi sekiranya perkahwinan tidak rela Taufiq dengan dirinya diketahui kekasih lelaki itu.

Pasti ada perang dunia ketiga meletus! Hatinya ketawa lucu mendengar bisikan hati yang nakal bersuara.

“Abang tahu, tapi....” Taufiq menjeling ke arah Amira yang sedang tersengih sendirian melayani perasaan. Lantas langkah kaki di atur menjauhi tubuh yang sedang berdiri menghadap keluar tingkap. Mencari ruang yang lebih privacy tanpa gangguan mana-mana pihak. Bilik itu dihampiri lalu pintu ditutup rapat.

“Dila... Dila! Dengar apa yang abang nak cakap ni. Abang faham tentang perasaan Dila, tapi abang tak selesa berkahwin dalam keadaan Dila masih belajar dan nanti-nanti Dila juga yang susah. Mana nak kejar kuliah, mana nak uruskan rumah... Dila faham tak dengan apa yang abang cakapkan ni?” suara Taufiq kedengaran tegas. Amira mula berminat ingin tahu selanjutnya mengenai perbualan lelaki itu, dengan langkah yang penuh berhati-hati, Amira dekati pintu bilik yang sedang tertutup rapat. Mahu melekapkan telinganya di situ, dan mengumpul maklumat mengenai kekasih Taufiq. Pasti sesuatu boleh dilakukan dengan maklumat seperti ini, agendanya hanya satu. Memutuskan hubungan yang baru sahaja mencecah seminggu! Tidak sanggup meneruskan hubungan yang dingin seperti ini sedangkan lelaki yang tinggal sebumbung dengannya sedang mengayam cinta bersama kekasih hati. Dia pula? Masih seperti dulu, tiada yang berubah!

“Dila....” kali ini Amira mendengar nada suara Taufiq bagai meleret dan merayu lenggok bunyinya.

“Bergaduh kut!” teka Amira masih fokus memasang telinga.

“Abang faham, tapi Dila kena faham keadaan abang. Abang sibuk, kerja.... macam mana nak hantar ke sana. Macam ni, apa kata Dila naik teksi, nanti duit belanja... abang masuk dalam akaun macam biasa. Kita jumpa hujung bulan nanti.” Kali ini Amira tersenyum senang. Apabila Taufiq menemui kekasih hatinya, mudah untuk meminta lelaki itu melepaskan dirinya dan seperti syarat yang telah dipersetujui bersama, mereka dilarang menjalin hubungan dengan mana-mana pihak samaada suka atau tidak. Amira tersenyum, masih ada sinar harapan untuk dia kembali meniti hari seperti zaman bujangnya. Kemenangan pasti berada dekat bersamanya. Huh tak sabar!

“Ya... abang okey dekat sini. Dila jaga diri baik-baik, study rajin-rajin eh.” Gumam Taufiq bagai mahu menamatkan panggilan lantas Amira menyusun langkah kembali ke jendela memerhatikan dada langit yang semakin kelam berpura-pura bagai tiada apa yang berlaku.Malam sudah melabuhkan tirainya. Buat seketika, engsel pintu bergesel perlahan dan wajah Taufiq yang agak murung terbias di ruang mata.

“ Apa pula masalah lelaki ini?” tadi lembut berbicara, ketawa, senyum dan akhirnya mendung seperti ini.

“Kalau kau nak makan, ada dekat dapur!” tutur kata itu kedengaran tinggi sahaja, Amira hanya diam menekur lantai. Bila agaknya Taufiq akan berlembut dalam menutur bicara. Dia masih dengar dan belum mengalami masalah pendengaran, tidak perlu menghabiskan tenaga dengan menuturkan patah bicara dalam keadaan suara yang tinggi. Bibir di cebik sekali!

“Lepas makan, masuk tidur!” arah Taufiq sekali lagi lalu menghilang disebalik kamar yang terbuka luas daun pintunya. Amira bergegas ke dapur, mencari bungkusan nasi yang ditinggalkan oleh Taufiq.  Nasi ayam di dalam polisterin diperhatikan lama, sedih tatkala menu malamnya hanya sebungkus nasi ayam. Tiada chiken chop mahupun KFC atau mana-mana fast food yang menjadi kegemarannya. Amira tahan sebak dalam dada sambil menyuap butir-butir nasi ke dalam mulut.

Sesudah menghabiskan makan malamnya, Amira mencuci garfu dan sudu lalu diletakkan semula ke tempat asalnya. Langkah di atur memasuki kamar bilik yang tertutup rapat. Tubuh direbahkan sambil mata masih dibiarkan meliar ke seluruh ruang bilik yang sudah kelam tidak bercahaya.

“Kau nak tidur dengan aku?” soal satu suara. Laju-laju Amira tegakkan tubuhnya, tidak sedar Taufiq sudah berbaring di situ lebih awal lagi.

“Saya nak tidur dengan tilam, bukan tidur dengan awak.” Gerutu Amira mencebik memandang Taufiq. Sesekali, pandangan tajam dilemparkan ke arah Taufiq yang juga sedang melawan pandang dengan dirinya.

“Arrghhh.... apa tu? Apa tu???” jerit Amira mengesot  lalu mendekati tubuh Taufiq yang beriak selamba.

“Apa tu?” Amira menyoal sambil lengan Taufiq dipeluk erat tanpa sedar. Taufiq tersenyum sinis, malas mahu melayan namun dibiarkan sahaja tingkah Amira ketika ini.

“Apa tu awak? Macam mana boleh ada dalam rumah awak?” soal Amira tidak puas hati bila mana objek bewarna hitam dan berbulu lebat itu sedang melintasi ruang bilik.

“Saya nak balik! Nak balik!” jerit Amira sedikit kuat. Taufiq mencebik dengan permintaan Amira. Tubuh ditegakkan melihat apa yang sedang dilihat oleh wanita yang sedang ketakutan di sisinya. Tiada apa yang kelihatan! Tikus konon!

“Setakat tikus mondok macam tu pun kau nak balik?” pertanyaan Taufiq dibiarkan berlalu. Apa yang pasti, Amira ingin tahu dari mana haiwan berkenaan datang hingga ke tingkat 15 flat yang sedang diduduki oleh mereka berdua ketika ini.

“Itu tikus bukan hamster! Tikus mondok pulak tu!” gerutu Amira masih enggan melepaskan pegangan di lengan Taufiq walau Taufiq sudah memberi isyarat minta lengan sasa itu dikembalikan segera.

“Tikus mondok tu haiwan peliharaan aku!” gumam Taufiq selamba. Amira ketap bibir, tidak takutkah Taufiq berkenaan virus kencing tikus? Jika sesuatu terjadi pada dirinya, persalahkan Taufiq kerana memelihara haiwan sebegitu di dalam rumah sendiri.

“Patutlah gemuk dan sihat tikus awak tu!” Amira lepaskan pautan tangan Taufiq.

“Dari mana dia datang?” tanya Amira ingin tahu. Membahasakan tikus yang dilihat dengan ganti nama ‘dia’.

“Manalah aku tahu, kau tanyalah pada dia sendiri!” jawab Taufiq selamba.

“Awak ni, saya tanya betul-betul, dari mana tikus tu datang?” Amira menyoal sekali lagi. Taufiq masih beriak selamba bagai tidak mengerti dengan pertanyaan Amira yang bersungguh-sungguh ingin tahu.

“Manalah aku tahu, aku bukan berkawan dengan dia.” Tutur Taufiq beri jawapan yang bukan jawapan. Amira ketap bibir, geram dengan tingkah Taufiq yang sedang bergurau tidak kena masa.

“Macam mana dia boleh ke sini?” sekali lagi Amira bertanya, masih tidak putus asa.

“Ikut suka dialah, kalau dia rasa malas dia naik lif. Kalau dia rajin dia naik tangga.” Amira tahan marah yang mula membakar hati. Sakit hati mendengar jawapan yang terlontar keluar dari bibir lelaki ini.

“Itu baru tikus, ada ular... lipas.... ada anakonda. Anak gajah pun ada!” ujar Taufiq menarik semula lengannya setelah Amira melepaskan pautan itu.

“Aku nak tidur, jangan kacau aku!” gumam Taufiq merebahkan semula tubuhnya ke tilam. Amira mencebik, dia tolak bahu Taufiq sedikit kuat. Geram dengan lelaki yang tidak langsung menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang pelindung wanita. Tahunya marah  dan beri jawapan yang bukan jawapan. Dia geram!

“Saya nak tidur juga...” gumam Amira berlembut, agar Taufiq sudi menumpangkan dia tidur di tilam itu walaupun tipis. Dia rela berkongsi asal tidak disuruh tidur di lantai.

“Tidurlah!” sepatah tutur bicara Taufiq memberi respon pada persoalan Amira.

“Di mana?” Amira pura-pura bertanya.

“Eh, ikut suka kau la nak tidur dekat mana pun. Kau ni....”

Gedebukkkk!!!!! Belum sempat Taufiq menghabiskan ayat yang ingin dilafazkan kepada Amira, dia menyeringai kesakitan. Tubuh Amira sudah jatuh ke atasnya, wanita itu sedang ketakutan.

“Oi.... bangunlah! Sakit tahu tak!” bentak Taufiq lalu menolak tubuh Amira menjauhi tubuh yang sedang  menghempap batang tubuhnya.

“Tikus....! dekat sana tu ada tikus! Nak balik rumah mama,” rayu Amira menyembunyikan wajah dari di pandang oleh Taufiq. Jari telunjuknya masih dihala ke arah hujung bilik. Decit tikus berlari menarik perhatian Taufiq,  nafas di hela panjang.

“Nak balik....” esak tangis Amira kedengaran serak menyapa pendengaran Taufiq. Buat seketika Taufiq bangkit lalu menapak keluar dari bilik. Amira juga bangkit, dia tidak rela andai tikus yang montel itu menampakkan diri sekali lagi di hadapan matanya. Dengan apa pula dia ingin menyelamatkan diri.

“Awak, saya nak balik.” Gumam Amira sambil kesat air mata. Taufiq diam tidak membalas.

“Takut tikus mondok!” ucap Amira meraih simpati Taufiq.

“Kau duduk dekat sini sekejap, jangan nak ikut aku! aku nak lawat haiwan peliharan aku, kalau kau nak tengok, dijemput dengan segala hormatnya!” gumam Taufiq sengaja menakutkan Amira.

“Saya tunggu di sini, awak kuncilah sangkar haiwan peliharaan awak tu. Jangan bagi terlepas lagi,” ungkap Amira memohon agar Taufiq mengunci sangkar yang menempatkan haiwan milik lelaki itu agar tidak terlepas lagi.

“Tak nak!” balas Taufiq enggan menunaikan permintaan Amira.

“Okey fine, esok saya report pada dewan bandaraya, biar mereka dakwa awak yang suka membela binatang dalam rumah!” Amira mengugut Taufiq namun lelaki itu tetap bersahaja bahkan tenang menyusun langkah menuju ke bilik yang dimaksudkan. Amira mencebik, tatkala ugutan yang diluahkan tidak menakutkan Taufiq. Huh! Nafas dihela kasar.

“Nah, ambil toto ni kau tidur dekat luar! Banyak tikus mondok lalu lalang dekat sini. Pandai-pandailah kau nanti!” gumam Taufiq sambil campak toto bewarna hijau ke lantai.

“Awak tidur di mana?” soal Amira risau andai ditinggalkan di ruang tamu yang menjadi laluan tikus-tius peliharan Taufiq. Seram, lengan digosok berkali.

“Aku tidur dengan haiwan-haiwan peliharan aku, apasal? Kau nak join sekali?” sakat Taufiq dalam raut wajah tegasnya.  Kening di jungkit tinggi bagai menanti jawapan dari Amira.






Amira ketap bibir, not sepuluh ringgit yang dihulur oleh Taufiq diperhatikan lama. Tidak puas hati dengan jumlah sebanyak itu.

“Ambillah!” arah Taufiq enggan tunggu lama.

“Ambillah, aku dah lambat ni.” Bebel Taufiq membuatkan Amira sambut wang bernilai sepuluh ringgit itu ke dalam pegangan tangan.

“Cepat ikut aku, aku perkenalkan kau dengan staf-staf dekat sini. Lagi satu, aku tak nak kau merungut itu ini. Datang dengan aku, balik dengan aku dan rehat dengan aku juga. Ingat kad pengenalan kau, ada dengan aku.” ujar Taufiq tegas. Amira mencebik, geram angkara Taufiq bagai tahu-tahu sahaja dengan rancangan yang diatur sejak semalam. Namun rancangan hanya tinggal rancangan, Taufiq lebih dahulu mengetahui. Kad pengenalan miliknya disimpan lelaki itu, ini bermakna dia tidak sewenang-wenangnya untuk keluar dan berjauhan dengan lelaki itu. Ah kejam!

“Sepuluh ringgit mana cukup.” Akhirnya Amira bersuara kerana merasakan jumlah wang sebanyak itu tidak mencukupi untuk perbelanjaannya sepanjang hari. Kurang-kurang sekalipun, seratus ringgit pasti melayang untuk tempoh sehari.

“Cukuplah, aku dah taja sarapan pagi kau. Dah la bersiap lambat, bangun pun lambat!” gerutu Taufiq tidak puas hati. Segalanya terlewat hari ini hingga tiba di pejabat juga terlambat lima belas minit.

“Awak ni kedekut! Mentang-mentang saya jatuh miskin! Awak berkira!” rungut Amira perlahan. Semalam dia tidak tidur angkara Taufiq yang sengaja meninggalkan dia sendirian di ruang tamu. Entah kemana lelaki itu pergi, ingin menjenguk ke dalam bilik dirinya gusar andai terlihat si tikus berbadan montel itu. Sudahnya dia tidak tidur semalaman, menjengah  subuh barulah matanya layu lalu tertidur. Dan tidur yang sepicing itu dikejutkan dengan sergahan Taufiq yang sudah bersiap untuk ke tempat kerja.

“Cepatlah sikit!” ucap Taufiq yang sudah jauh kehadapan.

“Sabarlah!” jawab Amira cuba mengejar langkah lelaki yang berkemeja biru lembut dan disinsing hingga ke paras siku.

Sebaik langkah kaki memasuki perkarangan bilik pejabat, kesemua mata tertumpu kepada keduanya. Amira menyembunyikan diri di belakang Taufiq, terasa kekok berada di situ walau hakikat sebenar syarikat  tempat dia berada kini adalah syarikat milik keluarganya yang tidak pernah dikunjungi walau sekali pun.

“Maaf saya terlambat, sebenarnya tiada apa yang penting berkenaan perjalanan syarikat kita. Cuma di sini saya perkenalkan, Puan Amira yang merupakan staf di bahagian pengurusan. Saya harap semua yang berada di sini, tidak kekok dan tidak segan-segan untuk memberi tunjuk ajar kepada beliau.” Gumam Taufiq tenang.

“Puan Amira sila beri sepatah dua kata pada kakitangan di sini,” ujar Taufiq mempersilakan Amira berucap. Amira telan liur, getar mula menguasai diri.

“Er... Er...” suara bagai tersangkut. Amira telan liur, nafas kembali tidak teratur.

“Okey, saya rasa tiada apa yang ingin diperkatakan oleh Puan Amira. Jadi ada siapa-siapa ingin bertanya?” Taufiq menyelamatkan keadaan Amira yang nyata tidak bersedia sama sekali.

“Encik Taufiq, errr... saya rasa bahagian pengurusan dah penuh. Jadi perlu ke kita ambil kakitangan baru?” gumam salah seorang yang berada di sudut hujung meja bujur itu.

Amira mencebik, tidak puas hati bila kehadirannya di persoal oleh salah seorang daripada mereka.

“Hei tak tahu ke ni syarikat bapak aku? suka hati akulah nak masuk bahagian mana pun!” gerutu hati kecil itu.

“Alisya, saya terlupa suatu perkara. Puan Amira akan diletakkan di bawah unit pengurusan walaubagaimanapun  saya sendiri yang akan pantau kerja beliau, jadi awak jangan risau sebab saya tak letak Puan Amira di bawah jagaan awak.” Gumam Taufiq lagi. Alisya menjeling tidak puas hati, mudah benar Taufiq meletakkan pekerja baru seperti Amira di bawah jagaannya.




8 comments:

  1. ade peningkatan hubungan diorg..taufiq..plis more getle kat amira la.

    ReplyDelete
  2. Wahhhhh best3,,,,nk lagiiiii....bila Amira ngn taufiq nk berbaik ni....

    ReplyDelete
  3. kesian amira.... $10 duit belanja..... memang kejam betul si taufiq ni.... nasib baiklah pergi balik kerja dan lunch dgn taufiq....

    ReplyDelete
  4. msti kna buli ngn Alisya nt...
    sian Pn mira..
    huhuhu
    -miss A-

    ReplyDelete
  5. Nape awek taufik 2 nk kawen cecepat....awat dh pregnant kah....???(speku yg jahat gile...huhu....)
    jahat laa taufik nie kesian kat amira......

    ReplyDelete
  6. Nape awek taufik 2 nk kawen cecepat....awat dh pregnant kah....???(speku yg jahat gile...huhu....)
    jahat laa taufik nie kesian kat amira......

    ReplyDelete
  7. pitty u Amira...kena lalui hidup tampa kemewahan.akak rase it's good for u to muhasabah diri,ape pun terjadi pasti bersebab.ubah sikap jd lh isteri yg soleha pasti Taufik bolih jd tempat mu berlindung dn di redhai ALLAH SAW.agar Taufik terbuka ati utk terima Amira n akan mula jatuh cinta pd isteri sendri yg ade depan mata,dari memuja kekasih ati.muga Taufik sedar bahwa perkhawinan tu ketentuan ilahi bukan perjudian utk di pertaruhkan,takut nanti makan diri n makan ati sendri.maap dek terlebih komen lak akak ne.cikit ade emo hehe.......

    ReplyDelete
  8. Bagaimana perasaan Taufik bila memperlakukan begitu pada Amira..Apakah besarnya dosa si Amira yg menyebabkan Taufik terpaksa menikahi wanita ini dan kemudian suka hati jiwa dia sahajakan...menuturkan kata kata yg menikam jiwa..bagi akak kalo nak menegur sang isteri mestilah berhemah..bukan dengan melontarkan perkataan yg sinis dan kata kata yg kesat..semua org ada sejarah masing masing..kadang kita tersasar sebentar kerana kita masih belum matang lagi..apatah lagi dengan Amira yg dimanjai oleh keluarganya...tak semuanya aktiviti anak anak dapat dipantau oleh ibu bapa.. Kalau sekali anak yg sisayangi telah tersasar..jangan dibuang anak itu dan tidak diambil peduli kerana anak akan menjadi rebellious dan semakin lari dari jalan yg ingin kita bentuk mereka..sepatutnya keluarganya esp. abangnya yg mengajarnya bukan memberinya pada org luar untuk mengajar dan mendidik anak itu..
    Jahat sangat ke Amira itu dik..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget