Friday, 30 November 2012

CERPEN: RINDU YANG BERSEMADI



~Rindu yang Bersemadi ~



AULIA IMAN


Runcing jari-jemari yang sedang menari-nari di papan kekunci direnung lama, cantik dan mulus kulit itu. Seketika kemudian, pandangan beralih pula ke arah kuku yang dipotong pendek. Bersih kemerah-merahan warnanya. Tidak puas memerhati, kali ini pandangan dikerah menghala wajah yang sedang tertunduk memerhatikan skrin komputer. Adam menelan liur, pertama kali gadis bertudung litup ini berjaya mengusik ketenangan di dalam hati kecilnya. Aneh dan menghairankan! Bukan seperti kebanyakan gadis-gadis yang pernah ditemui sebelum ini, namun entah mengapa yang tertutup dan berbungkus seperti ini juga berjaya menjentik tangkai hatinya. Tangan dibawa menongkat dagu, kaunter pertanyaan itu menjadi saksi dirinya sudah jatuh sayang kepada insan yang berbungkus tidak diketahui namanya!

Sunday, 18 November 2012

CORET2 E-NOVEL UNTUK JIKA MAWAR PUDAR WARNA

Asslammualaikum wtb

hai semua.... pembaca yang budiman :)

hari ni tak ada entry tentang Taufiq dan si lurus bendul Amira. juga tiada cerita tentang Umran dan Rose
dan sudah lama juga Cerita Encik Polis mahupun Penilai Cinta tidak di upload.


okey.. ini sedikit gambaran tentang cerita JMPW.

“Lebih baik jadi janda selepas berkahwin daripada memegang status janda sebelum bernikah!” _ Amira.

Fine! Semuanya bersyarat! Cukup setahun, kita bawa haluan sendiri!”_ Taufiq 

Alright!”_ Amira gembira.

Saturday, 17 November 2012

PUISI UNTUK SAUDARA KITA NUN DI GAZA (Diterbitkan dalam Buku kutipan tabung Gaza)

lupakan sebentar tentang secebis kesibukan duniawi....

lantaran nun jauh di sana 

ada air mata yang tumpah
ada esak tangis yang berlagu
ada derai air mata yang gugur..



Wednesday, 14 November 2012

DUNIA KITA BERBEZA 4


ASSALAMUALAIKUM....
terima kasih baca entry dari blog H.P.L.A.I
jangan lupa baca Jika Mawar Pudar Warna siri 44 C (hehe)...
dan layankan cerita baru tentang kisah Umran Hannan dan Rose Fannan pula. 
terima kasih daun keladi. lain kali jemput singgah lagi.




BILA DIHIMPIT SEBUAH KEPAHITAN YANG BUKAN  SEDIKIT. MAMPUKAN UMRAN MENERUSKAN SEBUAH KEHIDUPAN? 

“Umran...” sapa Fatimah lembut.

“Ya nek?” sahut Umran juga lembut menerpa halwa telinga. Wajah Fatimah yang sudah berkedut sana sini itu dipandang sekilas. Ada renek-renek peluh yang terlihat di sekitar dahi bergaris halus itu.

Sunday, 11 November 2012

DUNIA KITA BERBEZA 3 (CINTA YG TIDAK MUNGKIN BERSATU)



“Nek... kenapa dengan Pak Tam? Ada je yang tak kena!” soal Umran menyaingi langkah Nek Timah yang sudah ke hadapan. Dingin subuh pagi mula menggigit tubuh, namun tidak lagi dipedulikan apatah lagi hatinya sudah menggelegak panas bila layanan acuh tak acuh Pak Tam yang diterimanya. Sekali ditegur, hendak tidak hendak sahaja yang dibalasnya. Sudahnya Umran hanya diam, mendirikan solat di surau buruk itu seterusnya pulang bersama Nek Temah.  Panas hati, nampak benar solatnya tidak mampu menyejukkan hati yang kepanasan tadi.

“Dia buat apa pada Umran? Nenek tengok, dia tak buat apa-apa pun!” sahut Nek Temah yang sudah bongkok. Perlahan-lahan menapak menyusuri laluan bertar menuju ke rumah papan mereka. Bunyi unggas dan cengkerik berselang seli serta embun pagi sudah mula beransur pergi manalala matahari sudah menunjukkan sinarnya menjengah dan mula menerangi awal pagi. Kicau-kicau burung juga sudah berlagu riang sementelah jam baru sahaja menginjak tujuh pagi.

There was an error in this gadget