Wednesday, 14 November 2012

DUNIA KITA BERBEZA 4


ASSALAMUALAIKUM....
terima kasih baca entry dari blog H.P.L.A.I
jangan lupa baca Jika Mawar Pudar Warna siri 44 C (hehe)...
dan layankan cerita baru tentang kisah Umran Hannan dan Rose Fannan pula. 
terima kasih daun keladi. lain kali jemput singgah lagi.




BILA DIHIMPIT SEBUAH KEPAHITAN YANG BUKAN  SEDIKIT. MAMPUKAN UMRAN MENERUSKAN SEBUAH KEHIDUPAN? 

“Umran...” sapa Fatimah lembut.

“Ya nek?” sahut Umran juga lembut menerpa halwa telinga. Wajah Fatimah yang sudah berkedut sana sini itu dipandang sekilas. Ada renek-renek peluh yang terlihat di sekitar dahi bergaris halus itu.


“Buat apa Rose ke sini tadi?” Fatimah mendekati cucunya yang sedang duduk berehat di bawah pohon mempelam sambil mengibas-ngibas wajah dengan topi mengkuang yang dipakai tadi. Sesekali pandangan dilarikan ke arah batas sawah melihat kelibat Rose Fannan yang sudah menjauh meniti batas kecil untuk pulang ke rumah. Pak Tam pula hanya memerhati tajam sambil bercekak pinggang melihat Rose melangkah.

“Saje sembang-sembang nek!” tutur Umran pendek. Fatimah mengangguk perlahan namun jauh di sudut hati kecilnya, gusar andai hubungan itu berlarutan hingga membenihkan rasa sayang dan cinta pada keduanya sementalah jiran yang juga tok imam masjid kampung itu tidak gemarkan Umran. Payah pula andai sesuatu yang tidak diingin terjadi pada Umran.

“Kenapa nek?” soal Umran pula. Sesekali jari jemari menggapai ranting kering mempelam yang jatuh ke tanah. Dipatah-patahkan lalu dicampak ke dalam petak sawah yang digenangi air. Tenang permukaan air itu berkocak tiba-tiba membuatkan senyuman itu terukir tanpa sedar.

“Nenek bukan nak halang Umran berkawan dengan Rose! Nenek pun suka kalau Umran berkawan dengan Rose.... tapi Umran kena fikirkan juga tentang Pak Tam. Dia tak gemar tengok orang muda berbual-bual macam Umran buat tadi. Tak manis, lagipun tak elok bila ada mata yang memandang!” luah Fatimah berharap Umran mengerti dan memahami mengapa kelakuan  keduanya tadi tidak menyenangkan mereka yang sudah berusia.

“Ye nek, Umran faham!” sahut Umran menekur tanah sawah yang basah berselut.
“Baguslah kalau Umran faham, nenek bukannya apa Umran. Sejak dulu lagi Pak Tam dah tak berkenan pada Umran, jadi kalau boleh pandai-pandailah Umran jaga adab jaga tingkah laku jangan sampai orang tua tu membenci pula. Umran pun satu, bila sesekali balik ke kampung, tak pernah nak bertandang ke rumah dia. Manalah nak baiknya hubungan Umran dengan Pak Tam.” Tekan Fatimah lagi sedar Umran satu-satu cucunya yang enggan ke rumah orang tua itu. Entah kenapa? mungkin juga tidak biasa apatah lagi layanan Pak Tam sendiri yang dingin pada cucunya yang satu itu.

“Dah orang tua tu garang giler nek! Takkan  Umran nak terhegeh-hegeh tayang muka, takutlah nek!” ujar Umran bersama sengihan. Gigi yang tersusun rapi itu menyerlah dipandangan Fatimah. Sama seperti ibu kepada cucunya itu, Zulaikha. Bekas menantu yang sudah lama hilang dari pandangan mata.

“Ikut Umran la.. kalau boleh Umran berbaik-baiklah dengan Pak Tam tu. Dia orang tua Umran, sama macam nenek. Cepat terasa! Jaga kelakuan, jaga tingkah laku jangan ada yang jelek di pandangan mata orang kampung terutama hubungan Umran dengan Rose. Nenek tak nak ada yang buat cerita tak baik, malu kita nanti.” tokok Fatimah mengingatkan Umran.

“Insyallah nek! Umran ingat,” balas Umran mengerti mengapa neneknya kerap benar mengingatkan akan hal itu. Dirinya faham dan jelas dengan suasana perkampungan yang masih kekal dengan adab dan budaya yang terpelihara.

“Lega hati nenek bila Umran faham! Dah tengahari ni, jom balik! Petang nanti kita sambung kerja ni lagi.” gesa Fatimah sambil menepuk peha Umran agar bangkit dan mengekorinya pulang.

“Aik.... petang pun ada lagi?  Ala nek... petang tak boleh ke kita rehat-rehat?” adu Umran kepenatan. Sangkanya hanya disebelah pagi sahaja kerja-kerja di sawah dilakukan. Rupa-rupanya dihentikan seketika sebelum disambung pada sebelah petang pula. Lenguh dan sengal seluruh tubuh badannya semakin terasa!

“Tengahari panas, kita sambung sebelah petang. Redup sikit!” terang Fatimah melangkah perlahan menyusuri batas sawah. Sesekali mata menangkap anak-anak ikan bermain di permukaan air. Berudu juga menimbulkan diri bermain di sekitar kiambang yang subur terapung.

“Kalau hujan?” Umran meneka?

“Kalau hujan tak kebendang la kita, kalau cuaca elok baik kita siapkan kerja ni.”

“Harap- harap petang ni hujan!” tutur Umran tanpa sedar.

“Umran...” panggil Fatimah mengingatkan.

“Err.... sorry nek! Okey petang ni tak hujan!” tutur Umran sambil menunjuk muncung tajamnya. Berharap hujan pun salah! Jika hujan tidak ke bendanglah dia, dan dapat berehat-rehat di rumah. Oh seronoknya!

Waktu berlalu dan lembut angin petang mula menyapa. Saat ini Umran sudah termangu sendirian mengingatkan kota besar Kuala Lumpur yang baru tiga hari ditinggalkan. Entah bagaimana keadaan Mellinda yang mesra disapa Mell, kekasih hati yang telah jauh meninggalkannya sesudah keputusan untuk berhijrah ke kampung tidak dipersetujui gadis itu. Namun demi sebuah kelangsungan hidup, Umran tekadkan diri untuk meneruskan kata hati. Mungkin pelik pada pandangan ramai, namun hasratnya untuk pulang ke kampung bukan sekadar hasrat kosong. Dirinya mahu mempelajari ilmu bertani dan juga ingin menemani nenek yang sedang meniti usia senjanya sendirian tanpa belai kasih anak dan cucunya yang lain.

Buat seketika Umran tersedar, kembalinya dia ke perkampungan ini sedikit sebanyak menyingkap sebuah kehidupan yang pernah dilalui oleh ayahnya yang kini sudah bergelar ahli perniagaan yang berjaya. Cuma kesibukan itu, membataskan hubungan mereka anak beranak, tiada masa bersama apatah lagi untuk bersua muka. Kadang kala keluhan itu kedengaran juga, bukan kerana dia dia tidak bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh bapa kandungnya, namun jauh di sudut hati dirinya merasa terkilan dengan apa yang tidak pernah diperoleh. Tentang apa, biarlah menjadi rahsianya sahaja!

Lama mengimbau kisah kehidupan lalu, Umran kembali mengalih pandangan. Titis air hujan yang turun dari cucur atap semakin reda walau diluar sana seluruh kawasan sudah basah ditimpa hujan. Air parit juga hampir melimpah hingga membuatkan titi kecil yang menghubungkan jalan masuk ke rumah mereka turut ditenggelami sedikit.

“Apa yang dimenungkan tu Umran? Sini minum, nenek dah buat jemput-jemput!” tutur Fatimah sambil menatang dulang berisi jemput-jemput dan seteko air kopi buat minum petang mereka kali ini. Menyedari tubuh tua Fatimah yang sedang menapak keluar menuju ke pangkin di bawah rumah, Umran segera mengalihkan tubuh yang tadi disandarkan ke tiang kayu itu dan segera mengorak langkah mendapatkan neneknya. Mahu membantu wanita tua itu!

“Kenapa nenek susah-susah ni? kalau nenek nak makan, Umran boleh beli!” gerutu Umran risaukan kesihatan neneknya yang ligat melakukan pekerjaan tanpa tahu erti sebuah kepenatan. Sedangkan pulang sahaja dari bendang tadi, Umran sudah tertidur hingga ke petang tanpa  sempat menjamah makanan tengahari. Letih usah dikata, hingga ke saat ini sengal dan lenguh pinggang masih terasa.

“Hishh.... apa perlunya sampai beli di kedai Umran? Nenek boleh buat sendiri, lagipun pisang dekat luar tu dah masak ranum. Rugi kalau dibiar macam tu je. Sudah, mari kita minum!” pelawa Fatimah lagi. Punggungnya dilabuhkan ke pangkin kayu sambil tangan perlahan-lahan menggapai teko lalu dituang air kopi ke dalam cawan. Aroma kopi tanpa susu itu harum semerbak ditiup angin petang.

“Nek, malam nanti Umran ingat nak ke pekan! Teman Rose,” gumam Umran sambil mengunyah jemput-jemput yang dibuat tadi. Pulang dari bendang dirinya terus membuat panggilan ke nombor telefon Rose Fannan sebelum terlelap tidak sedarkan diri. Namun sebelum talian diputuskan, Rose menyampaikan hajat meminta dirinya ditemani ke pekan sana. Katanya ada sesuatu yang harus didapatkan di pekan tersebut.

“Umran, bukan nenek tak nak kasi. Tapi Umran tahu kan yang Pak Tam...” belum sempat bicara diteruskan Umran terlebih dahulu memintas.

“Umran faham nek, tapi takkan ke pekan pun dia nak marah? Umran bukan nak buat apa-apa pada cucu dia tu nek. Umran ni masih ada iman, masih ada agama!” luah Umran kecewa bila neneknya juga menegah setiap perilaku yang mengaitkan dia dan cucu perempuan Pak Tam.

“Umran.. ini bukan soal ke pekan atau tidak. Ini soal pandangan masyarakat cu, apa pula orang kata kalau Umran angkut cucu Pak Tam? Pak Tam tu pak imam, malu dia nanti Umran.” Balas Fatimah masih lagi berusaha memujuk.

“Payahlah dengan orang kampung ni nek, sikit-sikit tak boleh! Bukannya Umran nak buat perkara tak senonoh!” tekan Umran lagi. Cawan berisi kopi digapai lalu dibawa rapat ke bibir namun belum sempat air beraroma itu dihirup, Umran meletakkan kembali ke dalam dulang. Panas!

“Umran, lelaki dengan perempuan bukan macam apa yang kita tengok. Perempuan ni lain sikit Umran, dia pakai sopan pun lelaki dah jatuh suka. Kalau dia perempuan macam Rose, bergaya... ada rupa.. putih gebu.... nenek bimbang Umran jatuh iman. Jangan duga iman Umran!” nasihat Fatimah membuatkan Umran terbakar. Apa buruk sangatkan perangainya hingga Rose juga mahu disambar! Apa teruk sangatkah tahap imannya hingga boleh dikalahkan dengan figura dari susuk tubuh Rose? Nenek terlalu prejudis!

“Umran, nenek harap Umran fikirkan baik-baik. Rose tu cantik, putih.... menawan! Dia bukan macam gadis-gadis kampung ni Umran. Nenek takut Umran jatuh suka pada Rose!” luah Fatimah lagi sambil memandang wajah Umran yang tidak lagi mahu menentang pandangannya. Lihat sahaja tingkah Umran, seaakan-akan sebal dengan apa yang dikatakan tadi.

“Umran.... Umran cucu nenek! Satu-satunya cucu yang sanggup duduk teman nenek. Kalau boleh nenek nak Umran jadi macam arwah Tokwan! Pandai jaga diri, jaga maruah.... jaga tingkah laku dan baik dengan semua orang. Cucu nenek yang lain, bila dah besar...” Fatimah tidak meneruskan kata. Hanya gelengan sahaja yang terlihat. Sungguh dia kesal!

“..... Nak jenguk nenek pun dah tak ada masa! Anak-anak nenek pula, bila dah berjaya nak singgah ke rumah nenek pun dah tak sempat! Sudahnya nenek ni dah jadi sebatang kara walau anak-anak semua berjaya!” luah Fatimah terkilan dengan sikap anak menantu dan juga cucunya yang lain. Mujur Umran kembali ke sini, menemaninya meniti usia senja. Buat seketika, tubir mata terasa berat dengan genangan air mata yang tiba-tiba jatuh merembes.

“Nek...” panggil Umran rasa bersalah bila melihat Fatimah mengesat air mata dengan belakang tapak tangannya.

“Umran minta maaf nek!” tubuh tua Fatimah diraih ke dalam pelukan. Kesal kerana dirinya telah membuatkan air mata nenek yang satu-satunya dimiliki di dunia ini gugur tanpa sedar.

“Maafkan Umran nek, Umran janji akan jaga tingkah laku Umran. Nenek jangan risau, Umran akan jaga nenek. Teman nenek dekat sini!” sayu Umran melafaz janji. Janji untuk membahagiakan hati tua nenek yang sedang bersendirian menghabiskan masa tuanya.

“Sudah la nek! Nanti Umran telefon papa dengan uncle suruh balik jenguk nenek!” cadang Umran sambil berusaha meredakan sedih terkilan hati neneknya.

“Tak usah Umran, biarkan mereka. Kalau semua ingat nenek, mesti tak berat hati datang melawat. Nenek tak harap apa-apa, cukuplah mereka dah berjaya!” sahut Fatimah berjauh hati.

“Nek, janganlah macam tu. Sudah ya nek, kita makan dulu! Jemput-jemput ni dah sejuk!” gesa Umran mengubah topik, Fatimah mengangguk perlahan. Minum petang kembali disambung semula dan keduanya sudah mesra seperti awal-awal tadi.  Sedang menu petang itu dinikmati, suara seseorang menyapa pendengaran.

“Nek Timah... oh Nek Timah!” laungan kecil seseorang di jalan yang menghubungkan laluan masuk ke dalam kampung itu berjaya mengalih perhatian keduanya. Rose Fannan ada di situ!

“Rose nak apa tu nek?” tegur Umran sambil mata tidak lepas memerhatikan susuk tubuh gadis berbaju biru dan berkain kembang dengan selendang yang menutupi kepala.

“Entah, Umran pergi tengok! Dia tak boleh nak masuk la tu. Titi dah tenggelam dengan air parit!” sahut Fatimah mencadangkan agar Umran sahaja pergi melihat Rose yang sedang tercegat sambil di tangan itu terlihat mangkuk tingkat. Apa pula yang dihantarnya?

“Rose... ada apa datang petang-petang ni?” soal Umran sambil melangkah mendekati titi kayu yang sebahagiannya sudah ditenggelami air. Keretanya pula ada di bahu jalan. Diparkir di situ lantaran tiada laluan untuk dibawa kenderaannya itu masuk ke halaman luas neneknya.

“Rose nak hantar kuih ni, tadi nenek suruh Rose hantar untuk abang Umran dengan Nek Timah!” terang Rose Fannan tersneyum.

“Marilah jumpa nenek dulu.” Pelawa Umran lagi.

“Macam mana Rose nak lalu? Tengok titi ni macam reput! Takutlah!” Rose tayang wajah penuh ketakutanya. Jika tergelincir ke dalam parit, pasti dia akan dijadikan umpan untuk lintah-lintah itu menghisap darah. Ngeri!

“Sini, pegang abang!” Umran mendekati titi kayu lalu menghulur tangan kepada Rose Fannan untuk membenarkan gadis itu melangkah meniti titi yang sudah usang. Perlu diperbaiki dan diganti baru!

“Abang pegang kuat-kuat! Nanti Rose jatuh!” peringat Rose Fannan sambil menyelak kainnya hingga ke paras lutut, enggan dibiarkan basah terkena air parit.

“Okey, hati-hati.” Gumam Umran bila melihat Rose Fannan semakin mendekati. Pegangan gadis itu dicengkam erat sebolehnya tidak mahu dilepaskan bimbang tubuh langsing Rose jatuh tergelincir ke dalam parit yang agak dalam itu.  Rose melangkah dan terus melangkah dan akhirnya langkah terakhir itu dirinya berjaya meniti dengan selamat. Nafas dihela dan senyuman diukir.

Thanks abang!”

Welcome! Pergilah jumpa nenek!” arah Umran dalam senyuman.

Alright!” sahut Rose pula. Langkah terus diatur menuju ke rumah papan dua tingkat mencari kelibat Nek Timah! Umran pula ditinggalkan begitu sahaja.

“Nek... oh Nek!” laung Rose senang. Ceria dan bersahaja bunyi lantunan suaranya. Umran hanya memerhati dari jauh melihat susuk tubuh Rose yang sudah mendekati pangkin dibawah bahagian rumah. Buat seketika wajah dilarikan ke tengah sawah yang menghijau! Cuaca dan keadaan selepas hujan cukup mendamaikan apatah lagi matahari kembali menyinar cahaya sebelum jatuh terbenam diufuk barat. Manakala Rose Fannan pula sudah bertemu nenek Umran untuk menyerahkan mangkuk tingkat berisi kuih yang dibuat bersama neneknya di rumah tadi.

“Rose bawakan kuih untuk nenek dengan abang Umran. Nenek rasalah! Rose buat sendiri,” ujar Rose Fannan teruja.

“Yeke, Rose buat kuih apa ni cu? Sini nenek tengok,” Fatimah melayani sahaja karenah Rose yang mungkin baru belajar memasak dengan neneknya yang juga sahabat sekampungnya.

“Kuih keria nek, yang macam donut ada gula tapi bukan donut!” tutur Rose lagi.

“Bagi nenek rasa dulu,” Fatimah mencubit sedikit keria yang tampak gebu dan sedap dimakan itu. Perlahan-lahan dibawa ke mulut dan dikunyah berhati-hati. Sedap juga kuih buatan air tangan Rose.

“Sedap, pandai Rose masak!” puji Fatimah senang.

“Yeke nek? Terima kasih, nanti nenek suruh abang Umran makan ya. Yang kecil ni untuk abang Umran, yang besar tu untuk nenek!” terang Rose sambil mengunjuk kuih keria yang pelbagai saiz itu. Fatimah tersenyum, lucu dengan bentuk-bentuk yang dibuat. Buat seketika, fokus mereka beralih arah tatkala Umran Hannan datang menghampiri dalam keadaan tergesa-gesa.

“Rose, Pak Tam datang tu... pergilah balik dulu.” Ujar Umran laju mendekati keduanya sebelum mengatakan tentang Pak Tam yang dilihat sedang tercari-cari seseorang. Pasti mencari cucunya Rose Fannan.

“Pak Tam? Tokwan Rose?” soal Rose tidak percaya.

“Ya, Pak Tam tu tokwan Rose. Dia tengah cari Rose!” balas Umran yakin. Dan ketika pandangan di hala ke arah jalan, tubuh Pak Tam sedang dilihat meniti titian usang menuju ke halaman rumah neneknya, Fatimah. Umran menelan liur, kecut perut tatkala wajah tegang Pak Tam singgah ke bebola matanya.

“Rose.... balik Rose! Tokwan tak suka Rose merayap kemana-mana. Balik sekarang,” garau suara Pak Tam menerpa pendengaran. Umran terdiam, Rose pula sudah terasa hati bila tinggi suara tokwannya menyapa diri.

“Rose hantar kuih ni je tokwan! Bukan Rose buat apa-apa pun!” bela Rose Fannan.

“Kuih tak kuih, tokwan tak kira! Sekarang balik, yang duk bertandang ke rumah jantan ni kenapa? Dah gatal nak menikah?” kasar sungguh bicara Pak Tam hingga Umran yang tidak ada kena mengena juga mula rasa terbakar.

“Pak Tam, takkan datang ke rumah nenek pun dikatakan gatal? Elok-elok sikit Pak Tam, jangan suka menuduh.” Pangkas Umran sudah hilang sabar dengan karenah Pak Tam.

“Kamu tahu apa? Jangan pandai nak mengajar orang tua macam aku. Diri sendiri pun tak betul lagi,” selar Pak Tam kasar.

“Sudahlah tu, jangan bergaduh di sini. Umran, pergi masuk. Rose balik dulu ya cu,” pujuk Fatimah meredakan keadaan.

“Rose baru je sampai sini, bukan Rose buat apa pun tokwan! Rose hantar kuih je,” gumam Rose Fannan masih mahu berada di sini berbual bersama Umran.

“Aku cakap balik, balik! Balik sekarang!” melenting sudah Pak Tam.

“Dah gatal nak menikah? Aku nikahkan habis cerita!” ugut Pak Tam lagi.

“Apa ni Pak Tam! Takkan datang bersembang pun dikatakan gatal nak menikah! Agak-agaklah!” marah Umran pula.

“Kamu diam Umran! Kamu dengan bapak kamu sama je! Menconteng arang pada keluarga aku! Rose ikut aku balik! Balik!” bentaknya lagi. Kali ini Pak Tam sudah ber’aku-aku dan pergelangan tangan Rose Fannan digenggam erat dan ditarik mengikut langkahnya yang laju diatur.

“Rose balik dulu nek!” ucap Rose Fannan sempat lagi bersuara sambil kaki dihayun laju mengekori langkah Tokwan yang sudah jauh ke hadapan. Umran lepaskan helaan nafas, buat seketika dirinya menggeleng kesal dengan tingkah Pak Tam yang nyata dan terang-terangan tidak menyukai dirinya. Entah kenapa? Dan apa makna disebalik bicara terakhir orang tua itu tadi? Apa pula kaitan ayah dan Pak Tam? Dirinya mahukan sebuah penjelasan dan sejurus itu Umran mengalih pandangan menatap wajah murung neneknya, Fatimah!

“Nek... apa maksud Pak Tam tadi?” soal Umran keliru dalam menagih sebuah kebenaran. Fatimah lepaskan keluhannya dan sesekali dia menggeleng kesal.

“Umran, sudah la tu cu. Kalau Pak Tam dah tak suka, Umran jangan berdegil biarkan dia nak kata apa, orang yang marah memang akan hamburkan kata-kata yang mereka sendiri tak sedar. Sudah ya cu, mari masuk. Matahari pun dah merah!” Fatimah mengelus lembut bahu Umran yang masih tegak memerhatikan ke arah jalan sambil menjeling Rose dan Pak Tam yang laju menapak.

“Umran rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Pak Tam dan ayah! Kenapa sampai libatkan ayah dalam urusan Umran dengan Rose? Umran nak tahu nek,” tutur Umran lagi.

“Umran.... jangan macam ni cu. Nenek tak nak ingat lagi hal lama, biarlah ayah Umran sendiri yang cerita.  Hal ni melibatkan maruah dan aib cu. Nenek kalau boleh tak nak buka mulut! Biar ayah Umran sendiri yang cerita!” gumam Fatimah enggan menurut permintaan Umran.

“Nek, tolonglah cerita pada Umran! Umran nak tahu nek.” Pujuk Umran lagi.

“Umran! Jangan paksa nenek cu. Sudah masuk ke dalam, bersiap ke surau!” arah Fatimah langsung menuju ke dalam rumah meninggalkan Umran yang termangu-mangu sendirian. Ada rahsia disebalik semuanya dan Umran yakin rahsia itu akan terbongkar nanti! Dia tekad untuk mencari apa yang telah disembunyikan dahulu!

*****  

Baju-baju yang bergelimpangan di atas katil diperhatikan kosong, hati dan mindanya resah tatkala mengingatkan kembali peristiwa lewat petang tadi. Bicara Pak Tam sungguh menikam hati, benarkah ayahnya pernah menconteng arang ke wajah Pak Tam? Tentang apa? Umran gagal meneka!

“Umran mari makan cu, nenek dah masak.” Panggil Fatimah diluar bilik. Umran menoleh ke arah muka pintu yang tertutup rapat! Rasa kasihan jatuh buat neneknya yang satu, menghabiskan masa sendirian sebelum kepulangannya ke kampung itu. pasti wanita tua itu kesunyian sebelum ini!

“Sekejap nek! Umran nak kemas baju!” tutur Umran menyahut dari dalam. Dengan pantas, Umran mengumpul satu persatu baju yang disepahkan ke atas tilam.  Sesudah semuanya dikutip dan dikumpul, Umran mendekati almari pakaian. Perlahan-lahan daun pintu diselak dan serentak itu juga alahannya pada habuk bertandang. Pakaian yang kemas di dalam pelukan dilepaskan ke lantai dan serentak itu Umran bersin berkali-kali.

“Hishh... habuk!” omelnya sesudah keadaan kembali pulih. Bilik lama yang dipilih sebagai bilik tidurnya sudah lama tidak dijejaki apatah lagi rumah papan yang dihuni mudah benar dihinggapi habuk dan perlukan penjagaan rapi. Dan mana mungkin neneknya yang sudah tua itu larat untuk membersihakn bilik yang tidak berpenghuni.
“Kenapa Umran?” tegur Fatimah dari luar bilik. Hairan mendengar Umran berkali-kali bersin.

“Tak ada apa nek! Ni ha.... habuk banyak sangat! Umran nak kemas sekejap!” sahut Umran dari dalam.

“Nenek suruh guna bilik belakang Umran tak nak! Bilik tu dah lama nenek tak kemas! Tak ada siapa yang nak duduk pun!” ucap Fatimah lagi. Umran hanya diam mendengar sambil sebelah tangan menekup hidung manakala sebelah tangan pula sedang mengeluarkan beberapa keping kertas dan dokumen lama yang hampir kuning warnanya.

“Umran!” panggil Fatimah tatkala Umran tidak bersuara.

“Ya.. ya! Umran tengah kemas ni nek. Takpe, Umran suka bilik ni! ada tingkap... tepi bendang! Banyak angin masuk!” sahut Umran memberi alasan.

“Kalau macam tu takpelah! Nenek ke dapur! Nanti dah sudah, turun kita makan sama-sama.” Ucap Fatimah lalu menapak menuruni anak tangga menuju ke dapur di bahagian bawah.

“Apa ni?” bisik hati kecil Umran tatkala dokumen yang sudah pudar warnanya terbias di pandangan mata. Sesekali jari jemari dibawa menyentuh kertas yang bertulis Certificate of Birth. Helaian yang sudah berkedut dan dicemari garisan kuning akibat lama terlipat ditarik keluar dari beberapa helaian kertas yang lain. Hati tertanya-tanya, milik siapakah sijil lahir ini.

“Umran Hannan Bin Abdullah!” sebaris ayat disebut perlahan sambil mata tidak lepas memerhatikan tulisan dari dakwat bewarna hitam basah itu. “Macam nama aku tapi siapa punya ni?” bisik hati kecil bersoal jawab.

“Nama ibu... Zulaikha Binti  Arifin!” Umran meneruskan bacaannya.  Macam nama ibu! Getus hati kecil itu kembali menyambung semual bacaan yang terhenti.

“Nama bapa... Abdullah! Abdullah bin apa?” Umran kehairanan bila nama lelaki tersebut tiada berbin.

Umran membawa tubuh melurut ke bawah sambil belakangh tubuh disandarkan ke kaki katil. Mahu membaca butiran sijil lahir yang terbentang di hadapan mata. Milik siapa agaknya!

“Nama aku Umran Hannan Bin Abdullah. Nama papa pula Abdullah Arwa.” Umran memadan-madankan namanya dengan nama ayah kandungnya, Abdullah Arwa!

“Oh, ishhhh macam mana boleh lupa? Ni kan aku punya!” Umran menjentik helaian kertas itu bebrapa kali sambil mengangguk perlahan. Buat seketika dirinya terlupa bahawa ayahnya pernah berkata, nama di dalam sijil lahir itu berlaku sedikit kesilapan. Perkataan Arwa tidak tertulis sekali! Pasti pendaftar yang mendaftarkan namanya ketika masih bayi itu tersalah menulis.

“Hishhh.... aku punya rupanya! Ingatkan siapa tadi!” ujar Umran tersenyum sambil meletakkan kertas itu di sisi pehanya. Namun senyuman yang indah tersungging mati dengan tiba-tiba dan kertas itu disentuh semula dan dibawa dekat ke pandangan mata. Terasa aneh dan menghairankan!

“Umran Hannan Bin Abdullah dan Umran Hannan Bin Abdullah Arwa?” Umran mula membanding-bandingkan namanya sekali lagi. Seperti ada yang tidak kena. Apa agaknya!

Wajah dijatuhkan semula ke helaian kertas yang bertabur ke lantai, digapai satu persatu. Dibawa dan dibelek teliti, pasti ada petunjuk disebalik kekeliruan ini. Umran yakin, pasti ada jawapan disebalik kesilapan yang diperkatakan bapanya ketika dia mempersoalkan kesilapan tersebut suatu masa dahulu.

Kali ini dalam sibuk menyelak satu persatu kertas yang dikumpul, mata Umran terarah kepada sehelai kertas yang menunjukkan paparan jelas perkataan ‘Sijil Perkahwinan’ dan di helaian seterusnya pula terlihat surat akuan penceraian. Siapa punya? Umran bingkas melepaskan helaian sijil lahir tadi lalu sijil nikah dan helaian kertas akuan itu digapai. Dibaca dan difahami satu persatu.

Zulaikha Binti Arifin  dan Abdullah Arwa Bin Mohamed! Tarikh pernikahan pada 6 Disember 1985. Umran menjatuhkan kertas yang sedang dibaca, mata dilarikan ke siling cuba mencongak sesuatu.
“Aku lahir 10 Mei 1986. Dan sepatutnya sembilan bulan dalam perut baru dilahirkan! Tapi kenapa awal empat bulan?” Umran mula dipagut curiga. Benarkah dirinya dilahirkan tidak cukup bulan seperti yang diperkatakan oleh ayahnya? Umran keliru sekali lagi.

“Umran, buat apa lama sangat ni? Mari makan!” Fatimah menolak daun pintu perlahan-lahan dan akhirnya pandangan mata bertaut dengan pandangan mata Umran yang tampak agak keliru.

“Umran buat apa ni cu?” Fatimah mula merasa tidak sedap hati bila melihat kertas-kertas lama kepunyaan anak bonsungnya yang bernama Abdullah Arwa sedang kemas di dalam pegangan Umran. Pasti rahsia akan terbongkar, mampukah dirinya merahsiakan lagi.

“Nek... betul ke Umran dilahirkan tak cukup bulan? Atau memang cukup bulan tapi keluar awal?” sinis tetapi pahit dilontar oleh bibir Umran. Pahit menanti sebuah kebenaran yang sudah pasti jawapannya.

“Umran.... sudah tu. Simpan semua kertas ni, jangan diusik lagi.” elak Fatimah cuba membawa diri keluar dari kamar lama itu.

“Umran anak luar nikah? Betulkan!” tebak Umran pedih menyayat sekeping hati itu. Langkah yang baru ingin diatur, mati dengan tiba-tiba saat sebaris ayat dilafaz oleh bibir Umran. Langkahnya terhenti dengan sendiri. Sedih dan sebak datang menerpa, Umran juga pasti kecewa bila semuanya sudah jelas nanti.

“Umran... jangan cakap macam ni cu.” Pujuk Fatimah menenangkan keadaan Umran yang tajam memerhatikannya. Namun pandangan mata itu merah dan tampak berkaca-kaca. Bibir merah Umran pula kelihatan bergetar perlahan dan kertas yang kemas digenggam jatuh melayang ke lantai.

“Betulkan nek! Umran anak luar nikah?” sekali lagi Umran menyoal. Fatimah diam kaku, tiada kudrat meneruskan kata. Kisah silam yang  selama ini hampir 26 tahun disisip kemas akhirnya terbongkar jua. Umran sudah dapat meneka! Fatimah pula dipagut duka saat melihat Umran meraup wajah dan membawa lutut rapat ke dada dan dipeluk erat keduanya.

“Umran... jangan macam ni cu. Semua ni cerita lama, nenek tak nak Umran sedih-sedih macam ni.” pujuk Fatimah pilu melihat keadaan Umran yang diam membisu namun wajah itu disembunyikan dari dijamah oleh mata tuanya.

“Tinggalkan Umran nek,” pinta Umran dalam nada yang bergetar. Lirih dan penuh kesedihan nada yang dilontar. Fatimah akui, pasti sukar untuk Umran menerima ketentuan ini dengan terbuka. Rahsia yang disimpul kemas akhirnya terlerai ikatan dan kini keadaan yang cukup ditakuti sudah terbentang di hadapan mata. Umran sudah mengetahuinya!

“Tinggalkan Umran... tolong tinggalkan Umran!” patah bicara itu kedengaran kasar bagai menghalau namun Fatimah sedar Umran tidak berniat sebegitu rupa. Cucunya sedang mengalami tekanan  yang bukan sedikit dan payah untuk ditelan pahit untuk dijamah dan perit untuk diluah.

“Umran kata keluar. Keluarlah! Tinggakan Umran! Keluar!” pekik Umran bila permintaannya tidak diendahkan. Fatimah tersentak, kali ini air matanya merembes menuruni pipi tua yang sudah berkedut. Terasa hatinya bila diherdik dan dijerkah sebegitu! Perlahan-lahan hayunan kaki diarah menapak menuju ke luar kamar. Membiarkan hati Umran kembali sejuk.

“Maafkan Umran nek!” bisik Umran perlahan. Tidak semena-mena air matanya tumpah! Wajarlah dia menjalani hidup yang sukar di muka bumi ini, hadirnya di dunia tidak dialu-alukan!  Lahirnya dia di dunia menjadikan hati insan-insan lain terluka, wujudnya dirinya di dunia ini juga, menjadikan maruah mereka semua tercalar. Semuanya kerana dia ditakdirkan lahir tanpa ikatan yang sah! Tanpa restu dan doa insan-insan tersayang!

“Kenapa aku? kenapa aku yang terpilih menjadi anak luar nikah! Kenapa aku!” jerit Umran kuat bersama tumbukan padu di lantai papan. Wajah yang basah dengan air mata disembamkan ke lutut! Pilu dan sayu sudah melatari seluruh hati, kecewa dan terkilan juga bagai menjerut seluruh urat nadi.

“Ya Allah... apa semua ni? Apa semua ni?” ulang Umran berkali. Air mata yang merembes ke pipi dibiarkan jatuh tanpa diseka!


tq for reading :)

3 comments:

  1. best.. smbg lg ye :)

    ReplyDelete
  2. sedihnya..ade kisah duka di sebalik apa yang berlaku..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget