Sunday, 18 November 2012

CORET2 E-NOVEL UNTUK JIKA MAWAR PUDAR WARNA

Asslammualaikum wtb

hai semua.... pembaca yang budiman :)

hari ni tak ada entry tentang Taufiq dan si lurus bendul Amira. juga tiada cerita tentang Umran dan Rose
dan sudah lama juga Cerita Encik Polis mahupun Penilai Cinta tidak di upload.


okey.. ini sedikit gambaran tentang cerita JMPW.

“Lebih baik jadi janda selepas berkahwin daripada memegang status janda sebelum bernikah!” _ Amira.

Fine! Semuanya bersyarat! Cukup setahun, kita bawa haluan sendiri!”_ Taufiq 

Alright!”_ Amira gembira.


Kerana ehsan dan belas dalam hati terhadap keluarga yang banyak membantu, dan juga pemegang amanah terhadap segala aset milik kedua ibu bapanya yang terkorban dahulu, Taufiq akhirnya bersetuju menerima Amira gadis polos yang sukar memahami bahasa kiasan.

Kerana sikap lurus itu, Amira telah kehilangan sebuah mahkota teratas milik seorang wanita. Mahkota yang direnggut ketika pertemuannya bersama Edrian, kekasih hati yang kemudiannya lari meninggalkan dirinya tanpa sebuah pembelaan!

Keadaan Amira yang terlebih dahulu diketahui oleh Taufiq nyata tidak memberi masalah kepada lelaki itu, lantaran kehadirannya dalam hidup Amira hanyalah sekadar memenuhi ruang dan membantu wanita itu mencapai hajatnya menjadi janda dalam makna kata yang sebenar.

“Kau dah buat gangguan seksual pada aku! Aku report polis!”_ ugut Taufiq berpura-pura marah.
“Tolonglah jangan! Saya tak sengaja!”_ Amira.
““Huh... semua pakej-pakej  yang aku tak mahu, semua ada pada dia! Lengkap pulak tu...”_ Taufiq
“Saya lapar.... nanti saya mati karang!”_ Amira
“Perbuatan kau dah cabar kesabaran aku Amira! Kau dah melampau!” bisik Taufiq sambil menahan perasaan amarahnya saat Amira terlihat di hadapan mata. Wajah dipalingkan, tahu hatinya tidak kuat menatap apa yang dilihat!

Apakah yang terjadi antara Amira dan lima orang lelaki dalam cubaan memperkosa dan kemana perginya Edrian ketika itu? Dan apakah yang terjadi pada Amira hingga dia dijumpai di dalam bilik hotel bersama Edrian.

Masihkah ada bahagia buat mereka? ........................................................................... cer teka?







Jadi...?
apa tujuan entry ini di wujudkan?

sebenarnya AULIA cuma mahu mendapatkan pandangan para pembaca yang budiman
tentang 
  1. Keseluruhan cerita JIKA MAWAR PUDAR WARNA
  2. Jalan cerita? Mengarut, tidal logik atau mengandungi gejala2 serta unsur 18sx?
  3. Gaya bahasa dan Penulisan
  4. Terlampau panjang dan meloyakan?
  5. boring dan apa2 sahaja tentang cerita ini.
SILA LA TINGGALKAN PENDAPAT ANDA. menarikkah? tidakkah? melampaukah? biasa-biasa sahajakah? atau apakah yang anda rasa bila membaca cerita ini?

buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan...
hamba budak baru belajar... kalau salah tolong tunjukkan!  :)

 update 10.04.2014

ini JMPW yang dikeluarkan bulan February 2014

47 comments:

  1. Bagi saya cik penulis, JMPW nie best! Belum pernah baca yang macam ni! Terima kasih kerana telah menulis cerita seperti ini. Saya betul-betul terhibur. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

    ReplyDelete
  2. saya rsa smua nya ok..gaya penulisan awk pn ok...x mboringkn..lg saya xsbr nk taw ksudahan cite adalah..

    gud luck utk awk.. jgn ptus smgat bla dkritik oleh mulut pedas lg bbisa...:)

    ReplyDelete
  3. Salam dik..

    So far..akak mmg tidak nampak ada apa apa masalah dalam garapan novel adik ini..

    Semakin kita membaca E3 yg baru..yg adik uploadkan..akak dan juga yg die hard fan kat sini..rasa tak sabar nak tahu kesinambungannya..cinta yg mungkin telah berputik buat Taufik pada Amira..

    Perjalanan kehidupan Taufik bagaimana ia bernikah dengan amira..sejarah cintanya bersama Adila ..kisah putus tunang..kehilangan ibu angkatnya..bagaimana bermulanya penerimaan nya pada Amira dan kisah kisah mereka berdua yg mencuit perasaan kita..yg telah adik garapkan dengan begitu baik sekali..

    Watak Amira yg polos..manja ..keanak anakan...panas baran ...degil...spoil brat ..diawal cerita ..membuat kita merasa menyampah dengan karakter Amira..tetapi selepas membaca dan mengenali dirinya...baru kita terasa..betapa malangnya hidup gadis ini..perkenalannya dengan seorg jejaka yg bernama Edrian telah memusnahkan masa hidupnya sebagai pelajar dan dipaksa menerima ijab dan qabul dari Taufik oleh familinya untuk melindungi maruah keluarga dari dinjak injak dan dimalukan dengan kisah silamnya.

    Kita melihat disetiap E3 Amira menjadi dewasa dan matang dalam tindak tanduknya apabila berdepan dengan masalah ...baik datangnya dari Edrian..Taufik..Adila..Puteri.

    Amira seakan telah dapat menerima takdirnya sebagai seorg isteri pada Taufik..walaupun pada permulaan nya dia menolak Taufik ..tapi mungkin kini Taufik adalah sebahgian dari hidupnya..Taufik yg mengajar dia pengisian sebuah perkawenan ..erti tanggung jawab ..erti membina sebuah rumahtangga yg berbekalkan dengan setia dan kasih sayang....

    Akak harap komen akak membantu dan plz nak upah..E3 baru ..he..he..kesinambungan bab 44E..

    ReplyDelete
  4. serius...mmg best..Bravo
    sentiasa menanti2 entry baru :)

    ReplyDelete
  5. Ok ,memang best sangat cepatlah sambung

    ReplyDelete
  6. jalan cerita sudah ok,gaya penulisan juga ok tp agak panjang sebab da smpai episod 40 +++ pon masih tak nampak lg hala tuju hubungan dorg...

    ReplyDelete
  7. bagi saya biasa-biasa saje...
    lebih kurang jalan cerita novel2 yg lain...
    ker.. penulis tiada idea untuk sambung plot cerita?
    jangan beri pembaca harapan dengan karya tergantung sebegini.

    ReplyDelete
  8. cerita ni best...tp skrg dh ep 44E still xnmpk hala tuju hubungan taufiq dan amira...sy hrp cik writer akn mempercepatkn prjlnan rmh tngga taufiq dan amira...gud luck...

    ReplyDelete
  9. saya harap cerita ini dinovelkan segera. rasanya writer bagi siri2 supaya reader tak terlalu cepat tahu kisah rumah tangga mereka. mungkin writer tsbut mempunyai sebab dat y siri2 ini diadakan!!! n btw siri2 itu eluk untuk kita tahu kisah mereka. tidak terus lompat n x tahu hala tuju yg terjadi - sequence dari cerita ni ada perlunya.-==

    ReplyDelete
  10. salam dek..wat akak JMPW amat menarik tk sesabar akak nk tunggu diterbit kn dek..memacam emosi setiap kali akak baca n3 baru JMPW.tk menjemu kn,suke sngt ngan keletah amira yg polos n taufik yg amanah.yg penting JMPW sentiasa menarik pd akak dek...tak sesabar dek aulia akak nk ikuti kisah hubby n wife yg kekadang mencuit ati akak dek.muge u sukses selalu dek.

    ReplyDelete
  11. Salam... pada akak cerita JMPW best... jarang ada orang buat cerita macam ni.... Kalau boleh nak Taufik terima Amira seikhlas hati bukan kerana wasiat sahaja... dan tugas Taufik berat juga ya bila nak buat Amira yang polos tu tahu isi hati Taufik... apakata Taufik ajak pi pantai dan berterus terang ... so sweetttt Taufik dan AMira ni...

    ReplyDelete
  12. JMPW amat menarik jln cerita tidak boring
    amira yg lurus bendul membuat saya senyum selalu
    taufiq yg tegas dan ego
    kisah suami istri yg cute
    semoga terus menulis n success always good luck

    ReplyDelete
  13. JMPW memang best!!
    I Like(12334x)
    hehehe

    ReplyDelete
  14. e-novel yg menarik..harap dapat perhatian drp mana2 syarikat penerbitan untuk di terbitkan...cuma saya rasa sudah terlalu lama sehingga bab 40....hubungan Taufiq dan Amira masih tidak nampak lagi hala tujunya..good luck kepada Cik Writer..dan harap terus berkarya...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Aulia.
    Pertamanya tahniah. Jalan cerita yang mantap dan masih boleh diperbaiki. Biasalah, kitakan orang baru. Belajar dari kesilapan itu adalah yang terbaik.
    Teruskan berkarya. Sudahkan e-novel ini. Buat kerja jangan separuh (macam akak, ngee).
    Selamat berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasaalm sorry baru sedar x reply komen akak ni... tq so much :)

      Delete
  16. JMPW...... jln cite yg sgt menarik......
    heroin yg digambarkan sgt polos, kurang matang, tak pandai serba serbi dan bertindak agak terburu2 namun boleh menerima nasihat dan kelemahan dirinya.... tak pandai memasak, tak pandai menguruskan rumahtangga namun sanggup belajar agar adik iparnya sanggup menerimanya.... bukannya seorg yg rupawan yg mempunyai potongan badan yg menawan namun itulah kelebihan amira seorg yg sederhana.....
    taufiq..... jejaka idaman malaya..... cukup pakej.... namun sanggup menerima diri amira yg kekurangan serba serbi dan punya sejarah hitam ....sanggup meninggalkan kekasih hati yg setia menanti.... mendidik amira dlm caranya yg tersendiri.... itulah sebenarnya yg digambarkan dlm JMPW.....
    itulah yg menariknya tentang JMPW...... membuat hati sentiasa tertanya2 apakah akan terjadi seterusnya....
    cik writer,teruskan usaha anda, jgn mudah berputus asa..... harap cite ni boleh diterbitkan dan berada dipasaran dgn segera....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aida, thanks eh :)
      terima kasih coz support karya saya :)

      Delete
  17. Best..ske cite ni...ari2 on9 coz nk check ad new n3 or not.hope abis dkt blog je.if nk publish takut dh lupa dgn jln cerita n xsurprise sngtla kot..chaiyok2 kak aulia..mmg ske dgn karya akk..:)

    ReplyDelete
  18. tq everyone... komen dan pendapat anda mmag saya hargai. sebenarnya cerita ni mmg dah dapat tawaran untuk di terbitkan. tapi mmskrip x siap dan saya pun malas. okey, memnag kenyataan berani mati yang lahir dari hati yang tulus. sekali lagi, saya nyatakan saya memang malas. bila ada sesetangh pihak cuba memberi provoksai terhadap kerya saya yg x seadanya ini. malas tapi mahu. last bt not least, terima kasih sudi membaca meluangkan masa. ada rezeki dan kesempatan saya akan update lagi. sayonara... astalavista.... assalammualaikum.

    ReplyDelete
  19. AULIA, JMPW secara jujurnya sgt menarik..awak patut teruskan...

    ReplyDelete
  20. besh sgt2.....10 bintang

    ReplyDelete
  21. TQ EVERYONE.... SANGAT MEMGHARGAINYA :)

    ReplyDelete
  22. besh sangat2...

    ReplyDelete
  23. Maksudnya entry yang lain telah di block ker? Bakal dibukukan ker? Baru baca sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm maaf ye.. saya dah tutup link untuk bab 10- 50. tngh edit n insyallah akan submit hujung bulan ni utk penilaian. kalau ada rezeki adalah dia dicetak, kalau xde, saya akan publish di sini :) tq reading, jemput baca sekadar hiasan dunia. ")

      Delete
  24. hai writer suke sgt2 ngn cite ne..
    gud job writer!!!!!!!!!
    mcm ne cite ne dpt x dibukukan???
    xsbr ne nk tau kisah slanjutnya.....
    mula2 sy xtertarik nk bc cite ne sbb tjk dia mcm bosan tp bila bc bab 13 kat penulisan2u terus jatuh cinta ngn cite ne smpi kat ofis pn online tgu cite ne...
    gud job for nice story and cara penulisan xmemboringkan.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awak..

      thanks coz sukakan cerita ni hehe
      yup tajuknya mmboringkan sikit tapi ada kaitan dgn jalan cerita yg saya buat tq so much support saya dlm next karya ek :)

      Delete
  25. Olahan cerita ini menarik. Good job. Kalau x dibuku novel, saya berminat nak dpt e-book.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tq asna asan... btw... boleh terang x macam mana e-book tu? dengar org cakap but x pernah try guna pun :)

      Delete
  26. Salam.... saya nak tya mana entri 'jmpw' dah tutp ke..saya xsempat nak bace...sedih...

    ReplyDelete
  27. Hii Kak Aulia.. Bila JWPW akan dinovelkan?? any news abt that?? eager 2 know abt that.. anyway, cerita ni mmg sgt best... one of the best story that i have ever read.. Good job. gbu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti kalau ada, akak war2 kan ek... tq so much... terharu bila ada yg suka :)

      Delete
  28. Lama giler tunggu..xkuar2 lg.still tergantung

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menunggu.. insyallah dlm masaa terdekat ni :)

      Delete
  29. Apakah yang terjadi akhirnya? Hukhukhuk.

    ReplyDelete
  30. insyallah dalam sebula dua lagi.. terima kasih sudi singah membaca kisah ini :)

    ReplyDelete
  31. nak tau cerita selanjutnya... best gilerrr novel ni.. x sabar betol nak tunggu cita selajutnya... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik... tq... novel ni dah ada di pasaran :)

      Delete
  32. saya dah khatam baca novel ni 7 kali. best sangat.tahniah Aulia.

    ReplyDelete

There was an error in this gadget