Tuesday, 11 December 2012

CERPEN: CURANG (Diterbitkan di Antalogi ILHAM.. Hujan Turun Lagi)





~ CURANG ~

AULIA IMAN

Dulu aku pernah menyangka, tanpa cinta isteri ku... aku akan tetap bahagia, gembira dan hidup seperti biasa. Namun setelah kau pergi, segalanya berubah kini! Aku kehilangan punca, aku juga kelukaan begini! Dan aku melalui kepedihan yang berpanjangan! Aku kecewa kerana perbuatan aku, aku terkilan kerana kebodohan diri.


“Siapa dia bang?” Ima bersuara pagi itu. Aku hanya diam dan tidak sedikit pun mahu ku ulas pertanyaannya. Air mata itu berderai lagi, namun hati ini sudah keras dan jiwa ini sudah hilang rasa kasih padanya. Bukan aku tak cinta, namun sebahagian hati ini telah menjadi milik seorang wanita lain. Bila dan bagaimana, aku sendiri tidak menyedarinya! Perasaan itu datang tanpa aku sedari dan dengan perasaan itu juga mengheret aku sejauh ini. Tegar menduakan kasih seorang isteri! Jauh dari perhatian terhadap keluarga dan jauh dari tanggungjawab sebagai seorang ketua rumah tangga.

Pernah dulu aku lupakan Ima dan dua perwira yang sedang membesar, aku bohongi diri itu dan aku gadaikan kepercayaan seorang isteri demi tuntutan kasih yang menular jauh ke dasar hati. Ima menerimanya penuh sabar dan terbuka walau aku tahu hati wanitanya remuk dan hancur berderai.

“Ima... abang,” aku lepaskan keluhan ini. Sukar sebenarnya untuk mengungkap sebaris kata yang bakal menusuk dan mencederakan hati itu. Namun selagi aku bertahan, selagi itu Delia mendesak dan sehabis itu juga dia mempersoalkan! Lantaran kasih untuk Delia ku anggap kasih tulus ikhlas! Ingin ku jadikan dirinya suri untuk istana yang bakal ku bina nanti, walau hati Ima terpaksa ku tikam dan ku toreh sedalamnya! Namun aku tiada pilihan, lantaran hati ini sudah menjadi sebahagian milik Delia, insan yang ku kasih sepenuh hati. Sepenuh jiwa dan raga melebihi rasa kasih pada Ima yang hampir lima tahun berdampingan dengan diri ini.

“Abang... Ima cuma mahu tahu, siapa dia bang?” soal Ima tidak memandang wajah ini. Sedari tadi lagi, air mata itu merembes namun cuba ditahan dari gugur di hadapan mata ini. Aku telan liur, keadaan ini sudah ku jangkakan dan ini reaksi dari Ima, namun bila aku berhadapan dengan realiti... aku akui keadaan Ima yang terluka, menyentuh sedikit rasa hati yang keras. Derai air mata itu sedikit sebanyak menerbitkan rasa sayu dan kasihan padanya! Tapi apa daya ku lagi, kasih kepada Delia adalah kasih yang aku sendiri tidak dapat nafikan dari hati ini. Dan rasa cinta buat Delia melebihi rasa ehsan ku pada Ima.

“Dia... dia...” begitu payah untuk aku luahkan namun aku harus dan perlu ungkapkan juga. Demi bukti cinta ini terhadap Delia.

“Delia!” sepatah ucap ku buat Ima terkedu. Semakin lebat pula air mata yang gugur. Sungguh aku tidak keruan melihat deras air mata Ima. Aku tahu hatinya kecewa bersalut duka, namun apa lagi yang harus aku lakukan! Lantaran poligami itu dibenarkan dalam Islam. Jadi siapa Ima untuk menghalang andai segalanya dapat aku tunaikan nanti?

“Delia bang?” soal Ima perlahan hampir tidak kedengaran suara itu akibat disulam esak sendu yang berlagu.

“Ya,  Delia orangnya!” Sahut ku jujur.

“Delia... sepupu Ima?” soalnya memohon kepastian. Aku mengangguk lemah, ya aku berhasrat mengahwini Delia sepupu kepada isteri ku sendiri. Delia yang suatu ketika dahulu pernah menginap di rumah ini dan pernah juga melayani aku persis aku ini suaminya!

“Kenapa dia bang? Sejak bila?” pertanyaan Ima ku biarkan sepi seketika. Lantas ingatan ini terarah ke peristiwa enam bulan lalu di mana kali pertama Delia di bawa ke rumah ini.

-ENAM BULAN LALU-

“Abang Haikal.... Delia dah masak! Abang makanlah,” gumam Delia sambil berdiri di sisi meja makan. Senyuman ku ukir untuk membalas bicaranya, lalu langkah kaki ku bawa mendekati meja makan. Kerusi dari jenis kayu jati itu, ku tarik cermat lalu punggung ku labuhkan berhati-hati.

“Delia ke yang masak semua ni?” soal ku bagaikan tidak mempercayai, apatah lagi pelbagai jenis menu masakan terhidang dan penuh menyelerakan! Masih hangat dan pasti sedap dijamah ketika panas-panas begini.

“Delia lah yang masak, siapa lagi.” sahut Delia gembira dengan reaksi dari ku. Senyuman itu mekar tersungging menyapa pandangan ini! Manis!

“Marilah makan sekali,” pelawa ku buat Delia mengangguk laju. Aku lihat dia mengatur langkah menuju ke kerusi berhadapan lalu melabuhkan duduknya bertentangan.

“Dah lama abang tak makan di rumah, biasanya hujung minggu baru abang berkesempatan makan! Itupun kalau Kak Ima cuti, kalau dia kerja memang abang makan di kedailah jawabnya!” canda ku sekadar berbahasa basi.

“Oh yeke, takpelah! Lepas ni biar Delia yang masak okey, lagipun Delia tak ada kerja lagi.” luah Delia yang baru tiba ke rumah ini seminggu lepas. Gadis ini masih mentah dan hadirnya di sini hanyalah sekadar mahu mencari sebuah pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan.

“Eh, tak bolehlah macam tu! Delia datang sini nak kerja kan? So takkan nak jadi tukang masak dalam rumah abang?” luah ku menolak cadangan Delia. Mana mungkin sepupu kepada isteri ku ini dijadikan tukang masak dalam rumah sederhana besar ini! Tak mungkinlah, nanti apa pula kata ibu bapa Delia? Sudah tentunya mereka memandang serong kepada kami sekeluarga!

“Habis tu, Delia nak buat apa bang? Lagipun Delia tak tahu selok belok bandar ni, nak keluar pun takut!” ujar Delia berterus terang. Aku mengiyakan kata-kata Delia, dia masih  baru di bandar besar ini. Dan masih belum jelas dengan selok belok tempat yang ku huni. Untuk melepaskan dirinya pergi bekerja diluar, bimbang pula andai berlaku apa-apa yang tidak diingini!  Pasti aku dan Ima yang akan dipersalahkan oleh kedua orang tuanya nanti.

“Macam ni... apa kata Delia  bekerja di pejabat abang! Tapi setakat buat kerja-kerja kerani, ganti pekerja abang yang sedang bercuti. Macam mana?” cadang ku bila terkenangkan Shazi yang baru sahaja bersalin. Sementara menunggu staf yang telah sepuluh tahun itu berkhidmat kembali menyambung kerjanya, ada baiknya aku menggajikan Delia buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya Delia mendapat kerja, dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Shazi dapat diuruskan segera.

“Boleh! Bila Delia boleh start kerja?” aku lihat anak gadis ini begitu teruja sahaja tingkahnya.

“Esok pun boleh!” ucap ku sambil menyambung suapan nasi ke dalam mulut. Delia mengangguk gembira dan turut sama meneruskan suapannya.

Seiring waktu yang berlalu, aku akui hampir setiap masa ini ku habiskan bersama Delia. Di pejabat hinggalah sampai ke rumah, dan bila dirumah pula Delia terlebih dahulu menyediakan makan malam buat aku sekeluarga! Manakala Ima yang bekerja di Seremban terpaksa pulang lewat lantaran tuntutan kerjanya yang memaksa! Manakala si kembar kami, Danial dan Danish juga akan tiba ke rumah ini bersama mamanya. Jadi sepanjang hari-hari yang ku lalui, Delia sentiasa berada di sisi. Bergelak ketawa dan bergurau senda hingga tidak sedar hubungan itu semakin akrab dari hari ke hari.

“Delia jom makan sekali,” panggil ku bila melihat Delia tidak bersama setiap kali Ima juga berada di rumah dan dekat di sisi ku.

“Delia kenapa bang?” soal Ima yang pulang awal hari ini. Dan kelapangan yang ada, isteri ku yang bernama Shasyima akan menyediakan menu makan malam buat aku sekeluarga. Dan masakan Ima ku akui lebih sedap dan lebih menyelerakan jika dibandingkan dengan masakan Delia. Cuma isteri ku ini jarang-jarang sekali memasak melainkan jika dirinya pulang awal dari tempat kerja.

“Entah, sekejap abang tengok!” ujar ku buat Ima tersenyum kecil lalu meneruskan  kerjanya mencedok nasi ke dalam pinggan.

“Delia, tak makan ke?” soal ku sambil mengetuk pintu bilik yang tertutup rapat. Ketika dia melintasi meja makan seketika tadi, Delia bagai cuba menjauhkan diri. Teguran ku juga tidak bersahut bahkan detik ini Delia memencilkan diri di dalam kamarnya.

“Tak ada seleralah, abang dengan Kak Ima makanlah dulu. Nanti Delia lapar, Delia turun!” jawab Delia tanpa membuka pintu. Aku angguk sahaja walau Delia tidak melihatnya! Sesudah itu, aku atur langkah untuk kembali semula ke meja makan.

“Delia mana bang?” Ima menyoal bila melihat aku keseorangan menuruni anak tangga.

“Dia kata tak lapar lagi! Kalau lapar nanti, dia turunlah!’ jawab ku tenang.

“Jom makan, abang dah lapar!” luah ku sambil menyambut huluran pinggan yang disua oleh Ima.

“Makan banyak-banyak ya, nanti cepat besar!” ucap Ima buat aku ketawa kecil. Pesanannya persis aku anak kecil seperti perwira ku yang berdua ini.

Akhir-akhir ini ku akui hubungan aku dan Delia berubah dingin setiap kali Ima berada di rumah! Dan setiap kali isteri ku pulang dan setiap itu juga Delia akan mengurung diri di dalam bilik hingga menimbulkan riak tidak puas hati Ima terhadap sikap Delia yang sebegitu. Namun ku pujuk hati Ima dan ku katakan mungkin Delia kepenatan bekerja di pejabat. Namun Ima menyangkal, dirinya lebih letih dan memenatkan dengan menjaga anak di malam hari, juga bekerja di pejabat seharian kemudian pulang pula harus menyelesaikan segala urusan rumah tangga. Jadi dimanakan kelelahan yang Delia maksudkan!

“Ima.... janganlah macam tu. Biarkanlah Delia.” Pujuk ku bila Ima mula terasa hati dengan sikap Delia yang mula berubah laku! Pandai pula menarik muka bila bersua.

“Ima tak faham bang, apa yang tak kena dengan Ima ni? Nak kata Ima paksa dia buat kerja dalam rumah ni. Tak pernah sekalipun, nak kata Ima tak sediakan makan minum! Mustahil,” luah Ima petang itu. Aku hanya diam, senyap dan cuba menjadi pendengar setia. Sedang dalam hati ini, ku akui perubahan Delia hanyalah kerana rasa cemburunya terhadap aku dan Ima.

“Ima ni kejam ke bang?” tanya Ima tiba-tiba.

“Kejam yang macam mana Ima maksudkan?” soal ku buat-buat bertanya. Agar perubahan aku tidak dapat dihidu oleh Ima yang sudah lima tahun menjadi isteri ku.

“Taklah.. Ima rasa Ima dah beri segala yang terbaik untuk Delia. Sediakan semuanya apa yang diperlukan, jadi kenapa setiap kali Ima bertembung dia melarikan diri. Bila setiap kali Ima habiskan masa dengan abang dia tarik muka, takkan Ima nak bermanja dengan suami Ima sendiri boleh buat dia jengkel pada Ima bang?” bertubi-tubi Ima menyoal. Aku bungkam! Alasan apakah yang harus ku hamburkan untuk membalas segala pertanyaan Ima?

“Ima...” panggil ku lantas memeluk erat bahunya. Kaca TV bukan lagi fokus ku tetapi kini fokus ku hanyalah pada Ima juga Delia kekasih yang cuba ku rahsiakan!

“Hurmm?” Ima membalas sambil memeluk sebelah tangan ku yang bebas.

“Mungkin dia malu tengok kita macam ni, so next time kita tak boleh peluk-peluk macam ni! Tambah-tambah depan Delia. Mungkin dia tak selesa!” ucap ku penuh teratur. Ima pada mulanya menolak, namun akhirnya diri itu mula menerimanya dengan terbuka! Mungkin juga Delia tidak berapa menyukai situasi mesra aku dan Ima sedang  hakikat sebenarnya, Delia kecewa dan terluka melihat kemesraan ini. Maafkan aku Delia dan maafkan aku juga Shasyima.

Hari itu Delia masuk ke dalam bilik pejabat ku dalam raut wajah yang kelat! Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

“Kenapa ni sayang?” soal ku memanggilnya dengan panggilan sayang! Panggilan bila aku berdua bersama dengannya!


“Delia dah tak tahan! Bila lagi abang nak cakap pada Kak Ima? Sampai bila Delia kena berpura-pura bahagia depan abang dan Kak Ima?” soal Delia petang itu.

“Delia sabarlah sekejap... abang nak buat macam mana lagi? Kalau abang ceraikan Ima, apa pula kata mak mertua abang, mak saudara Delia juga!” luah ku berharap Delia sanggup bersabar untuk seketika.

“Delia tak peduli, kalau abang tak nak cakap! Biar Delia yang cakap! Delia sanggup berdepan dengan Kak Ima!” ucap Delia berani namun aku menegah! Ini bukan masanya! Tambahan pula Ima sedang berbadan dua, menunggu masa untuk melahirkan anak ketiga ku. Hasil perkongsian hidup yang masih baru dan masih lagi hijau usianya!

“Delia.. sabarlah sayang! Tak lama pun, sebulan dua lagi kita beritahu semua orang ya.” Pujuk ku mencuba agar Delia bertahan untuk seketika.

“Sebulan dua tu lama bang? Sampai bila abang nak simpan Delia ni macam Delia ni perempuan simpanan abang?” luah Delia kedengaran kesal!

“Delia.... abang tak pernah anggap Delia perempuan simpanan abang! Abang akan jadikan Delia isteri abang yang sah! Sabar ya sayang,” pujuk ku lagi. Delia mendiamkan diri, bungkam untuk terus melawan bicara ini.

“Kita balik dulu ya, Kak Ima tengah tunggu kita dekat rumah!”

“Lagi-lagi Kak Ima.... lagi-lagi Kak Ima! Delia meluatlah... Delia menyampah balik ke rumah tu lagi! Abang pun satu, nak tunjuk mesra depan Delia? Agak-agaklah!” bentak Delia marahkan aku bermesra dengan Ima. Aku menggeleng lemah, bagaimana harus ku pujuk hati Delia yang merimaskan dengan sikap cemburu butanya itu.

“Delia.... sabar sikit boleh tak?” aku masih lembut menyusun bicara.

“Abang nak Delia bersabar macam mana lagi? Delia dah habis sabar tahu tak!” jawab Delia enggan mengalah.

“Okey, esok Delia pindah dan tinggal dekat apartment abang! Tapi abang tak boleh ke sana setiap hari.” Luah ku harap ini menjadi penyelesaikan terhadap masalah kami yang sering kali berlarutan sejak seminggu dua ini.

“Betul ni? Delia tinggal di apartment abang?” kali ini nada suara itu kembali ceria dan pandangan itu juga tampak bercahaya.

“Ya, sayang! Tapi abang tak boleh datang selalu tapi abang janji akan jenguk Delia setiap kali ada masa terluang,” sahut ku tenang!

“Sungguh?” soal Delia memohon kepastian. Aku hanya mengangguk dan senyuman ku ukir. Lega bila melihat Delia tidak lagi menarik muka seperti awal-awal tadi. Sedikit sebanyak, ku akui hati ini kembali tenang bila dapat mengembalikan Delia yang asal!


*** **** ****

“Sejak tiga bulan lepas!” satu suara mencelah dan kali ini aku benar-benar rasa terjerat! Delia berada di ruang tamu rumah sederhana besar ini menjawab pertanyaan Ima tentang hubungan cinta antara kami.

“Delia!” seru Ima sekali. Aku pula sudah meraup wajah meramas rambut yang tadinya kemas tersisir.

“Delia cintakan abang Haikal! Tolong tanda tangan borang ni, Delia mahu berkahwin dengan abang Haikal.” Ungkap Delia kedengaran bersahaja namun sudah cukup membuatkan Ima semakin kesedihan dipagut duka. Borang kebenaran poligami itu diletakkan di atas meja kopi benar-benar di hadapan wajah Ima. Dan ku lihat, jari jemari Ima bagai terketar-ketar menyentuh helaian putih yang bertinta dakwat hitam

“Delia.... abang Haikal ni suami Kak Ima. Ayah kepada  Danial dan Danish. Juga ayah kepada anak dalam perut Kak Ima ni. Delia tak kesiankan kak Ima?” soal Ima dalam sendu dan air mata yang semakin galak menuruni lekuk pipi. Deras air mata itu dibiarkan tidak berseka. Basah berjuraian ke pipi hingga menitis jatuh ke ribaannya! Aku raup wajah ini, rasa sebak mula hinggap ke hati namun aku tiada upaya untuk menafikan rasa cinta yang kian membara terhadap Delia. Sebahagian cinta dan hati ini telah ku berikan kepada Delia, sepupu isteri ku sendiri!

“Abang, kenapa buat Ima macam ni bang? Abang tak sayangkan Ima? Tak sayangkan rumah tangga kita? Tak sayangkan anak-anak kita?” soal Ima dalam esak tangisnya. Aku hanya diam, sesungguhnya lidah ku kelu untuk berbicara.

Sesungguhnya aku menyayangi mereka namun sayangku pada Delia mengatasi segalanya hingga hati Ima tergamak aku lukakan sebegini sekali.

“Ima, abang sayangkan Delia.” Ucap ku perlahan namun aku sedar Ima kesakitan dengan sebaris ayat  yang ku lafazkan tadi.

“Kenapa abang buat Ima macam ni? Kenapa bang? Apa salah Ima? Apa dosa yang Ima dan buat pada abang! Cakap bang? Ima akan perbetulkan tapi jangan mintak sesuatu yang tak mampu Ima beri! Tolonglah bang, kasihankan Ima! Tolonglah kasihan Ima,” rayu Ima yang duduk melutut di hujung kakiku. Ketika ini Ima pandang wajah ku dengan mata berkaca-kaca. Jernih salju yang menuruni lekuk pipinya ku pandang sekilas.

“Abang cintakan Delia! Izinkan abang kahwini Delia.” Kata-kata keramat itu ku lafaz lagi walau hati Ima sudah remuk dan sudah hancur.

“Sampai hati abang! Sampai hati abang!” tangis Ima berlagu pilu.

“Sekarang, Kak Ima tolong tanda tangan borang ni!” Delia pula bersuara memecah esak tangis Ima yang rancak berlagu.

“Delia, tolonglah kasihannya Kak Ima! Jangan buat Kak Ima macam ni, apa salah Kak Ima pada Delia. Kasihankan Kak Ima, Delia. Tolonglah jangan kejam pada Kak Ima.” Rayu Ima sambil memeluk kaki Delia.

“Sebab Delia kesiankan Kak Ima, Delia minta Kak Ima tanda tangan borang ni. Kalau Delia tak kesiankan Kak Ima, dah lama Delia minta abang Haikal ceraikan Kak Ima.” Jawab Delia celupar. Pautan Ima dikaki Delia hanya dibutakan sahaja oleh gadis yang menjadi kesayangan ku, dan wajah Ima langsung tidak dipandang! Delia benar-benar tegar melukai hati itu. Dan aku juga sanggup mengguris hati isteri ku sendiri!


“Abang, jangan tinggalkan Ima. Ima mengandung anak abang! Tolong kesiankan Ima,” rayu Ima dalam pandangan berkaca-kaca. Aku ramas rambut yang semakin kusut, Ima tidak mungkin aku tinggalkan dan Delia pula tidak mungkin ku lepaskan!

“Sampai hati abang!” luah Ima bersama esak tangis.

“Apa kurangnya Ima bang? Apa kurangnya Ima? Ima beri abang zuriat, Ima jaga rumah tangga, jaga hati mak ayah abang... adik beradik abang lagi.  Dan korbankan masa sendiri untuk beri semuanya pada abang! Apa lagi yang kurangnya!” soal Ima bertalu. Aku bungkam sekali lagi! Apa kurangnya Ima? Sejenak aku berfikir, Ima tiada kurangnya, segala urusan rumah tangga diuruskan sebaiknya, cuma layanan dan masa untuk ku sahaja yang tiada!

“Sudahlah Kak Ima, kalau Kak Ima jenis mamahami... pasti kak Ima sedar, kalau benar-benar abang Haikal sayang pada Kak Ima,  dan  benar-benar cintakan Kak Ima, tak mungkin hati abang Haikal boleh berubah arah!” gumam Delia menambah luka di hati Ima.

“Apa yang Delia maksudkan ni?” soal Ima mengesat air matanya dengan belakang tapak tangan. Wajah Delia yang beriak selamba di tatap dalam, dan tajam!

“Abang Haikal dah tak sayangkan Kak Ima, kalau abang Haikal sayang.... sudah tentu dia tak menduakan Kak Ima dan tak pasang skandal dengan seppupu kak Ima sendiri! Dah tiga bulan lebih Delia bercinta dengan abang Haikal!” Delia pula sengaja mengeruhkan keadaan.

“Abang! Sampai hati abang buat Ima macam ni!” luah Ima bangkit dari terus melutut di hadapan ku dan Delia. Air mata itu merembes lagi.

“Ima...” seru ku cuba meredakan keadaan.

“Abang Haikal.. sekarang ni Delia nak abang bertanggungjawab pada Delia. Delia pregnant!” ungkap Delia buat dunia ku kelam dan gelap gelita. Ima terpempam dan aku juga sudah melurut jatuh ke sofa, benarkah ketelanjuran sekali itu membuatkan Delia mengandungkan benih aku? Ah.... apa semua ni.  sedangkan aku hanyalah terbuai pada nafsu yang dihambat oleh bisikan syaitan! Ya Tuhan, apa yang sudah aku lakukan!

“Ima...” aku mula menyedari Ima yang sedang merenung ku dalam pandangan berkaca dan penuh hampa. Kesedihan di raut wajah itu tidak dapat disembunyikan lagi.

“Pergi! Pergi! Ima benci abang! Pergi!” jerit Ima memecah hening. Borang poligami itu dicapai lalu dikoyak dan dilempar tepat ke wajah ku!

“Pergi! Pergi dari sini! Ima benci abang! Pergi!” jerit Ima sambil menekup kedua telinga. Enggan mendengar apa jua alasan yang ku luahkan selepas itu. Tubuh itu sudah terduduk dan aku lihat Ima memeluk erat kedua lututnya bersama air mata yang semakin deras.

“Pergi! Pergi! Tolong pergi dari sini! Tolong pergi!” Ima sudah hilang rasa, jeritannya semakin perlahan disusuli sendu! Nyata kecewa Ima bukan sedikit hingga aku lihat anak mata itu sudah kemerahan dan tangis itu sudah berlarutann.

“Ima....maafkan abang! Maafkan abang, Ima! Maafkan abang!” ujar ku memohon sebuah kemaafan dari Ima. Diri itu ingin ku sentuh dan kemaafan ingin ku ungkap namun Ima mengelak! Ternyata, hati Ima sudah hancur dan berderai!

“Cukup! Ima jijik dengan abang! Ima jijik! Jijik!!!!” jerit Ima bersulam esak, dari lantang nada suara itu bertukar hiba disulami esak tangis yang tidak mampu disembunyikan lagi. Danial dan Danish hanya memerhati, dan perlahan-lahan aku lihat mereka mendekati Ima lalu memeluk ibunya yang kesedihan! Diusap bahu itu persis memujuk Ima yang telah ku lukakan sekeping hatinya!

“Haikal...” satu suara menyeru nama ku dan serentak itu juga satu tumbukan padu hinggap ke wajah.

“Aku dah dengar semuanya! Tak guna kau! Tak guna!” tubuh ini dilayak dan dibantai bertubi-tubi oleh abang ipar ku juga abang kepada Ima serta abang sepupu kepada Delia.

“Kau buat apa pada adik aku hah? Kau buat apa?” kali ini tumbukan Saiful ku biarkan sahaja. Memang aku yang bersalah! Memang aku yang menduakan dan mencurangi Ima.

“Hei, Haikal! Kau memang kurang ajar!” kali ini tamparan Saiful buat aku jatuh tersungkur ke lantai. “Kurang ajar!” jerkahnya sekali. Perlahan-lahan aku rasakan cengkaman Saiful di kolar  baju ku terlerai sebelum aku lihat Saiful mendekati Delia yang mula berundur menjahui aku.

“Delia! Saudara jenis apa kau ni? Jual maruah! Rampas suami orang, runtuhkan rumah tangga orang! Mengadung anak haram pulak tu! Perempuan jenis apa ni?” amarah Saiful tidak dapat dibendung lagi. Satu tamparan sudah melekap di pipi itu!

Aku yang sudah luka berdarah dibelasah oleh Saiful cuba bangkit dan wajah Ima ku renung Iama, sedikit pun rasa kasihan Ima tiada pada ku saat ini, hanya renungan tanpa kasih yang ku lihat, benarlah perbuatan ini menjadikan kasih sayang Ima terhapus buat ku.

***

“Sekarang aku nak kau bertanggungjawab pada anak aku! Kahwin dengan dia!” aku tertunduk mendengar hukuman yang dijatuhkan atas perbuatan hina ku terhadap Delia. Ima hanya mendengar, syarat yang diberi cukup sudah membuatkan aku berada dalam keadaan dilema yang bukan sedikit!

Ima tidak sudi berkongsi dan tidak rela dilepaskan! Tetapi jika aku memilih Delia bermakna ikatan lima tahun yang disimpul rapi akan terlerai ikatannya. Sedangkan aku tiada pilihan selain bertanggungjwab pada kebodohan sendiri.

“Saya minta maaf pak cik! Saya minta maaf!” aju ku memohon kemaafan bapa Delia.

“Aku tak peduli, kau nak minta maaf ke apa ke... yang aku tahu, kau dah buntingkan anak dara aku! Sekarang bertanggungjawab!” arah bapa Delia membuatkan air mata Ima kembali gugur, tiada apa yang mampu ku lakukan kini. Sedangkan Ima yang sarat mengandungkan zuriat ketiga ku sekadar mendengar. Wajah itu murung dan riak itu keruh tidak bercahaya seperti dahulu. Sesungguhnya dalam keadaan terpaksa memilih sebegini, aku akui bahawasanya aku tidak mampu melepaskan Ima jauh dari hidup ku! Satu persatu wajah Danial dan Danish ku renung, mereka juga melihat ku dalam pandangan yang sukar ku mengertikan.

Pulang sahaja dari dijatuhi hukuman oleh orang tua Delia, aku memandu menuju ke suatu tempat. Mencari Ima yang menghilangkan diri, mungkin Ima berada  di situ! Tempat yang menjadi pilihannya setiap kali hati itu aku lukai!

“Sekarang, abang lepaskan Ima.” Pinta Ima sambil mengesat air mata yang gugur,

“Ima... tolonglah jangan buat abang macam ni. Abang minta ampun dan minta maaf! Abang tak mampu lepaskan Ima pergi dari hidup abang! Tolong jangan beri pilihan yang abang tak mampu pilih.” Luah ku kesal namun hati Ima lebih kesal bersuamikan aku yang tidak menjaga maruah dan air mukanya sebagai seorang isteri.

“Abang pilih Delia... abang perlu lepaskan Ima. Pernah abang berjanji abang akan sehidup semati dengan Ima.... tapi semuanya janji kosong!  Luah Ima kembali menyeka air mata yang gugur, pandangan itu masih terarah ke pandangan kota Kuala Lumpur dari bukit yang sering dikunjungi Ima setiap kali hati itu terluka.

“Abang minta maaf Ima.” Pinta ku namun tiada reaksi dari wanita yang ku sayang.

“Andai abang sayang.... tolong lepaskan Ima. Mungkin dengan cara ini, Ima lebih bahagia!” pinta Ima buat aku sebak. Melepaskan sebuah cinta yang bersimpul hampir sedekat lamanya.

“Ima bencikan abang... sumpah Ima akan bencikan abang sampai mati!” luah Ima melontarkan rasa hatinya, cuba membunuh rasa cintaku padanya.

“Ima,” seru ku agar dia berpaling dan melihat wajah ku untuk seketika.

“Lupakan Ima.... Ima mahu bina hidup baru bersama anak-anak Ima. Tolong jangan pisahkan Ima dengan anak-anak Ima. Hanya mereka yang Ima ada.” Rayu Ima dalam sendu. Aku hampiri tubuh itu, lalu kedua tangannya ku sentuh! Dia membiarkan namun seketika kemudian, lembut tolakan tangan itu buat aku dipagut sebak. Ima menolak sentuhan ini! Maafkan aku Ima, kerana mencipta luka di hatimu.

“Ima... Tolong maafkan abang! Abang curang pada Ima.” Luah ku dalam kesal menggunung. Bodoh kerana membiarkan sekeping hati jatuh dan terpalit dengan dosa zina bersama Delia.


“Ima akan tetap maafkan abang walau sebesar mana salah abang....” gumam Ima tanpa sedikit pun menoleh ke arah ku. Aku terluka dengan penolakan Ima. Renunglah wajah ku Ima, tataplah aku untuk seketika.

“Abang... Ima minta halal dan minta ampun dan maaf atas segala kekurangan Ima dan kesalahan Ima sepanjang bergelar seorang isteri kepada lelaki seperti abang. Mungkin kekurangan Ima mendorong abang ke arah itu. Maafkan Ima,” luah Ima kesedihan dan aku adalah insan yang dirundung sebuah kepiluan mendengar bicaranya itu.  Sesungguhnya aku yang bersalah kerana tidak bijak menangani nafsu yang bertuankan syaitan! Hingga yang halal tidak ku manfaatkan dan yang haram itu ku puja dan ku cinta!

“Ima pergi dulu.... dan lepaskan Ima. Dan Ima janji dan sumpah takkan ingat dan kenang semula walau secebis ingatan terhadap abang selepas ni.” gumam Ima tekad untuk minta dirinya dilepaskan pergi dari ikatan yang menjerat hati itu. Maafkan aku Ima!

sambungan nya di ilham antolagi cerpen.... :)


p/s: terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ni :)Untuk pengetahuan, cerpen ini akan diterbitkan di dalam antologi ilham :)

26 comments:

  1. sedeh nye nasib seorang isteri bile suami curang ngan sepupu sendiri plak tu...andai dapat ku ubah kn takdir...akn ku pinta dari mu ya ilahi hapus kn segala rase cinta buat suami yg tk menghargai pengorbanan isteri pabila maruah nye di injak2 olih suami yg suatu tika dulu menghulur kn cinta buat ku...namun ALLAH maha adil...atas dunia telah ALLAH redha doa hamba mu..maka hapus lh segala rase tu wat sorang suami yg curang!sedeh dek aulia n dh banyak jd cam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la doa orang teraniaya ni tak da hijab.... terus sampai ke atas sana :) walaupun benci, dia tak minta yang buruk2 untuk suami dia. tengok perempuan hati lembut :)

      Delete
  2. Dik, sadis dan sedih. Tapi memang itulah hakikatnya, lelaki yang bergelar suami perlukan perhatian dari isteri. Bila si isteri terleka atau terkhilaf, dengan mudah si suami mencari penggantinya. Tapi bila si suami khilaf, si isteri sedaya upaya mempertahankan rumahtangga yang mereka bina biarpun bertemankan airmata. Tahniah dik, cerita yang penuh dengan pengajaran untuk suami dan isteri diluar sana. Kadang-kadang kita terlupa, kasih sayang bukan barangan dagangan. Hargailah ia sebelum terlambat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak has... dari statistik dan pembacaan tentang kes penceraian, kebanyakan sebab pasangan tak bersedia dari sudut ekonomi, dan lagi satu disebabkan curang bermain kayu tiga. lelaki pula cepat rasa jemu bila tak dipedulikan, sedangkan wife sendiri berhempas pulas uruskan rumah kerja n anak2 ..... hurmmmm harap2 lelaki sedar pengorbanan isterinya.

      Delete
  3. Ingatan, jangan bagi sepupu perempuan
    kita tinggal menumpang dirumah, nanti
    di goda suami. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh jangan bawa sapa2 k huhuhu :) just ada suami isteri anak-anak :)

      Delete
  4. misza....2x5 ja tu. klu bertepuk sblh tangan ja tak akan berbunyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejutu sgt. Kalau si perempuan x goda, laki kita tak tergodanya. Tapi kalu laki kita kuat imannya, tahu mana halal dan haram. Dia takkan curang pada perkahwinan yg dia bina.

      Delete
    2. beringatlah syaitan ada di mana sahaja untuk menyesatkan.

      sebagai contoh selalu kita dengar ayat begini "NAMA JE SEKOLAH AGAMA, PERANGAI MACAM HAMPEH' tahu tak, budak2 baik macam tu la... dugaan paling hebat! jangan salahkan mereka.

      dan kalau boleh elakkan membawa individu lain ke rumah anda hatta orang gaji sekalipun hahaha.... peace :)

      Delete
  5. salam dik..

    E3 yg betul betul membuat kita terfikir nasib seorg wanita yg begelar isteri..sebaik mana ..kita menjalankan tanggung jawab kita sebagai seorg isteri ..ibu..kepada anak anak dan juga berkerjaya ..kita mampu melakukannya kerana erti sebuah cinta yg kita telah perjuangkan bila ijab dan qabul dilafazkan oleh jejaka yg mengusik jiwa kita..untuk memberikan yg terbaik dan mencipta syurga rumahtangga untuk suami ..dalam lelah nya waktu mengejar masa untuk menyempurnakan tanggungjawab harian..kita kadang kadang terleka untuk mewarnakan semula kisah cinta kita bersama suami..menyebabkan diri mereka terasa terpinggir dan jiwa mereka kosong..dan kerana itu mereka mencari sebab dan ruang untuk mengulam cinta baru tanpa memikirkan perasaan dan hati isteri yg berkorban untuk membahgiakan sebuah rumahtangga sehingga tiada ruang masa untuk diri kita berjimba jimba ..kan..
    Akak suka plot citer ini..menyedarkan kita ..bahawa cinta ada musim pasang surutnya..dan perkawenan mestilah ada tolak ansurnya diantara pasangan..memberi dan menerima dan bukan dikhianati pasangan kita yg telus sayangi diri kita seadanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salama....


      betul kak ida... dari pembacaan dan kes penceraian sekarang ni memang kebanyakan melibatkan individu ketiga. ermmmm dan kebanyakan komen pasangan ni firstly dikatakan tak serasi, kenapa tak serasi? sebab tak pernah luangkan masa bersama... macam mula2 bercinta dulu. tapi lelaki sepatutnya sedar dan faham kenapa perempuan sibuk. tangan ada dua je pun, nak buat semua benda! SO TOLONGLAH... ni tak, sedap2 je curang! cehhh... emosional! haha :)

      Delete
  6. best..sedih...menitis air mata saya.buat lh lagi cerpen tentang suami curang nie...saya suka baca...

    ReplyDelete
  7. tq reading :)nak buat cite sedih kena amik mood sedih! haha btw tq sekali lagi :)

    ReplyDelete
  8. satu fenomena masa kini....... curang pada pasangan...... seorg suami punya ego yg tinggi hingga kesibukan si isteri dan kepercayaan isteri telah dikhianati... andai suami dpt menerima kekurangan isteri dan setia bersama isterinya tak mungkin dia sanggup berlaku curang bila memikirkan betapa banyak pengorbanan seorg isteri padanya....

    ReplyDelete
  9. Kak bila nak sambung mawar pudar warnanya rindu la.

    ReplyDelete
  10. heeee... dihentikan la dik... fokus on mmskrip :)

    ReplyDelete
  11. dah menagis......tp x puaslah...mcm trgntung...nk thu apa jd lpa 2......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... sambungannya ? panjang sangatlah kalau buat smabunga. mean dia dah tak dapat cinta asal isteri dia macam dulu lagi. :)

      Delete
    2. ha ah kan...smbglah...

      Delete
  12. meleleh laju airmata baca cite ni.. kalau jadi ima x tahu lah macamana.. kira sabar jugaklah si ima tue.. hurm,, ada hikmah juga Allah tarik ingatan dia.. tak adalah die ingat perkara yang menyedihkan tu.. kalau tak macamanalah dia nak teruskan hidup tengok sepupunya berbahagia bersama suaminya.. tetibe emosional pulakkan..hehe

    ReplyDelete
  13. Mana sambungannya..tolonglah...tak dpt cari lah sambungannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. DALAM ANTOLOGI HUJAN TURUN LAGI SIS :)

      Delete
  14. mna smbunganya nie tak jmpa pn

    ReplyDelete

There was an error in this gadget