Saturday, 15 December 2012

CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART III




Aku palingkan wajah menatap Intan yang mendekati, untuk apa dia ke sini?

“Abang Is, dah siap makan?” aku angguk sekali.

“Jom ikut Intan sekejap!” pintanya lalu menunduk sedikit kepala ke arah along, memberi hormat barangkali.  Ala along ni tak payah nak hormat sangat, kat depan je baik!


“Kemana?” soal ku sepatah. Tisu ku tarik dari kotak lantas tangan yang basah ku keringkan segera. Along di sisi tersengih-sengih dari tadi, entah kenapa. Sesekali aku jeling pengantin di atas pelamin, amboi bahagia sungguh! Tersenyum sana sini, dan seketika kemudian aku panahkan jelingan tajam buat DJ yang memutarkan lagu Pelamin Anganku Musnah! Hesss ikutkan rasa, aku mahu mereka juga merasa kepedihan ini!  Arghh semuanya salah aku, mendambakan rasa cinta melebihi cinta pada Tuhan. Sudahnya bila aku kecewa, hati ini hancur dan jiwa ini parah. Jika dahulu aku kuatkan hati dan tidak sewenang-wenangnya meletakkan cinta manusia melebihi cinta pada Tuhan sudah tentunya aku tidak kesakitan begini! Tapi apa lagi yang boleh dibuat, jodoh aku tak ada bersama Rosliza. Dan diri itu sudah pun menjadi milik lelaki lain! Sabarlah Iskandar Hafif. Aku pujuk diri sendiri!

“Intan nak bawa abang Is ke syurga dunia! Jomlah!” luahnya buat aku berkerut! Dekat dunia ni ada syurga ke? Haih tak percayalah aku!

“Syurga? Abang tak percayalah!” sahut ku selamba. Tubuh ku sandarkan ke kerusi dan wajah Intan yang tidak mengenakan sebarang solekan ku perhatikan. Sebiji jerawat pun tiada, tak macam Iza yang suka bersolek sampai kadang kala aku tak kenal! Pernah sekali tu, aku hampir-hampir aku jatuh pengsan dek kerana terkejut dengan wajah Iza yang berubah, menakutka pulak! Hess seram! seram!

“Jomlah abang Is!” Intan tidak mengalah! Malas-malas aku bangkit dari kerusi, dan Intan ku turuti langkahnya dari arah belakang menyusup disebalik tetamu majlis persandingan Iza.

“Aku ikut misi pendek ni kejap!” sebelum berlalu aku pesan pada along dan dia mengangguk sahaja. Baguslah tu! Bukan nak mengahalang ke apa? Buat selamba je! Lambat-lambat aku ekori Intan yang sudah mencacak ke hadapan.

“Kemana ni Intan?” soal ku masih tidak dapat menangkap syurga dunia yang dimaksudkan.

“Sekejap la abang Is. Ikut je....” Intan masih mahu berahsia. Aku ekori sahaja langkah itu. Dalam hati jujur aku menyoal macam-macam. Jangan-jangan Intan mahu merompak aku? Takpun nak apa-apakan aku ke? Hishh risaulah pulak! Tapi bila difikir-fikir balik, apa gunanya aku menjadi polis masuk akademi bertahun-tahun dengan perempuan seperti Intan pun aku boleh tewas? Oh itu tidak mungkin! Jatuh kredibiliti inpsektor polis seperti aku!

“Abang Is... cantik tak?” soal Intan tersenyum girang. Aku panggung wajah dan aku lihat apa yang dikatakan cantik oleh Intan sebentar tadi.

“Apa yang cantik?” aku soal Intan macamlah aku ni buta tak nampak apa-apa. Tak cantik pun!

“Takkan tak cantik!” rungut Intan bila aku pura-pura tak memahaminya.

“Tak!” luah ku selama dan kerana mulut aku yang lantang menghambur kata, Intan pijak kaki aku. Sikit doh!

“Apa pijak-pijak ni?” soal ku mengangkat kaki yang kepedihan ditikam tumit tajam kasut Intan. Selalu aku tengok dia pakai kasut sekolah warna putih dan uniform jururawat yang juga bewarna putih. Hari ini lain pula penampilan dia, siap pakai jubah ala-ala arab lagi! Buang tabiat ke apa? Tengah-tengah panas pun nak berangan jadi minah arab! Huh!

“Penat-penat je Intan rias kereta ni cantik-cantik! Abang IS selamba je kata yang kereta Intan tak cantik! Penat tahu!” luah Intan bernada rajuk. Aku mencebik, alah perempuan! Benda macam ni pun nak ambil hati.

“Yelah cantik!” aku ambil hati dia. Tak ikhlas pun nak cakap macam tu.

“Ikhlas ke tak?” Intan menyoal.

“Ikhlas! Aku tipu dia.

“Okey, jom Intan nak bawa abang ke syurga dunia!” ucap Intan tersenyum-senyum.

“Syurga dunia? Ingatkan benda ni yang syurga dunia!” ujar ku sambil meluruskan jari telunjuk ke kereta milik Intan. Kereta barulah kut, nombor pendaftaran pun nombor baru! Boleh jadi jugak! Warna pink pula tu, warna yang paling aku tak berkenan!

“Taklah! Ini bukan syurga dunia, ini kereta!” jawab Intan selamba.

“Pakai seatbelt tahu, nanti kena saman pulak!” arah Intan sambil membelit hadapan tubuhnya dengan tali pinggang keledar. Aku hanya menurut, malas mahu berkata apa.

“Abang Is, kenapa muka abang IS sedih je?” soal Intan yang tenang memandu. Alahai perlahannya, bila nak sampai macam ni? Lori telur pun lagi laju dari kereta yang dipandu Intan! Cukup berhati-hati dan penuh berhemah!


“Mana ada sedih, abang okey je! Tak sihat,” alasan ku beri. Sedih dan terkilan masih melatari hati, cuma aku harus bijak menyembunyikan keadaan diri ini agar segala duka tidak dikesan orang.

“Yeke? Kalau macam tu takpelah... abang Is tidurlah dulu! Lambat lagi  nak sampai!”gumam Intan memberi petanda bagai perjalanan yang harus ditempuh ketika ini begitu panjang. Kemana agaknya ya? Aku bersoal jawab sendiri!

“Kita nak kemana ni Intan?” soal ku curiga.

“Ada la abang Is, abang tidur dulu ya! Dah sampai nanti, Intan kejut abang!” luah Intan tersenyum sengaja berahsia barangkali. Aku lihat senyuman itu menawan dan terserlah susunan gigi yang teratur, putih dan bersih!

Aku sandarkan kepala lalu mata ke alihkan ke luar dari tingkap kereta dan serentak itu aku dengar DJ radio memutarkan lagu ‘Tergamak Kau’ dari kumpulan Ukays. Apalah nasib aku, hari ni semua lagu yang aku dengar bagai ditujukan kepada aku, sedih dan berunsur rasa kesal terhadap rasa cinta yang tidak kesampaian. Atau aku yang terasa sendiri?

“Alamak!” Intan bersuara lantas mengejutkan aku yang hampir tertidur. Laju wajah ini ku palingkan ke arahnya.

“Kenapa” sepatah kata meluncur laju.

“Intan tertinggal beg duit dalam beg tangan yang lagi satu. Hari ni Intan pakai handbag lain, so macam mana ni? Kalau polis tahan Intan nak buat apa?” luah Intan gusar. Aku mencemik seketika, tidakkah Intan sedar aku juga seorang polis?

“Ala.... macam mana ni abang Is?” soal Intan memerhatikan aku dalam pandangan meraih simpati.

“Bawa je, kalau polis tahan! Kena saman! Bukan susah pun,” sahut ku bersahaja.

“Abang Is banyak duit takpelah! Intan ni gaji kecil, takkan nak dihabiskan untuk bayar saman.” Adu Intan lirih.

“Intan sendiri cuai, jangan takut manghadap salah sendiri Intan!” tegur ku agar Intan faham, setiap kesalahan yang dilakukan harus dipertanggungjawabkan pada diri sendiri. Jika terlepas di sini, di akhirat sana masih ada!

“Kalau polis tahan?” teka Intan.

“Samanlah!” jawab ku sekali.

“Ala... takkan tak ada maaf?” soal Intan lagi.

“Tengok pada budi bicara....” luah ku pula.

“Takutlah kena saman!” wajah dihambat gusar itu buat aku tersneyum ekcil. Intan benar-benar lupa agaknya!

“Intan,” panggil ku sekali.

“Ya abang!” jawabnya pendek.

“Abang Is ni polis,” tutur ku tersenyum lantas membuang pandang ke luar tingkap kereta. Aku tahu Intan tersentak dan mungkin baru menyedari akan hal itu.

“Jangalah saman Intan! Pleaseeeee.....” ujar Intan memandang wajah ku dalam raut wajah yang keruh bagai mahu menghamburkan hujan air mata.

***

Entah apa yang Intan buat pada aku, sedar-sedar je aku dah terconggok dekat sofa dalam rumah dia. Hesss aku kena pukau ke tadi? Macam mana agaknya aku boleh sampai sini, Intan! Eh mana Intan ni? jangan-jangan dia nak perangkap aku!

“Abang Is....” aku dengar satu suara menggoda menyeru nama aku. Sah aku dah terperangkap! Janganlah aku diapa-apakan!

“Intan apa ni?” soal ku cemas bercampur gerun tapi sebahagian hati aku rasa suka melihat Intan ringkas dengan persalinan t-shirt dan skrit paras buku lali. Ayu la pulak minah ni! Rasa miang seorang lelaki mula berkata-kata di dalam hati!

“Apa yang apa abang Is?” soal Intan mendekati. Aku lihat dia pandang aku dengan pandangan lembut menggoda dan tidak semena-mena dia duduk rapat dan dekat pada aku.

“Eh, jangalah!” ucap ku bila aku lihat jari jemari itu bagai mahu menyentuh rambut yang ku salutkan dengan gel cream!

“Eh abang ingat Intan ni apa? Intan bukan nak apa-apakan abang! Intan nak ambil ni,”  aku keraskan tubuh hanya pandangan ini yang ku halakan ke arah Intan, dan dengan tawa halus aku lihat Intan sentuh cebisan kertas yang terselit di antara rambut yang pacak-pacak ini. Pasti ketika dimajlis kenduri kahwin Rosliza tadi cebisan ini jatuh pada rambut aku.

“Cantik rambut abang Is,” tegur Intan memuji.

“Sekali sekala,” jawab ku tenang cuba menjarakkan diri, aku ni lelaki datang yang satu tu nanti, Intan ku baham pula. Astaghfirullahhal’azim! Aku istighfar di dalam hati, cuba mengawal diri.

“Jarang tengok abang Is buat gaya macam ni.” tokok Intan lagi.

Aku tersenyum sekadar membalas pertanyaan itu. Hanya di waktu cuti sahaja aku boleh manggayakan rambut serupa ini, di dalam waktu kerja sama sekali gaya rambut seperti ini cuba aku elakkan! Tak formal dan kurang sesuai dengan suasana kerja!

“Intan... mana orangnya?” aku terpempam! Suara siapa pulak tu?

“Ni orangnya yah! Mak mana? Intan nak perkenalkan bakal menantu mak dan ayah ni.” ucap Intan buat aku telan liur. Ya Allah biar betul Intan ni, kalau nak kenalkan aku pada mak dan ayah dia sekalipun tunggulah aku bersedia ke apa. Ni tidak, pakai macam ni lagi... jeans dengan t-shirt tak ada kolar. Sekurang-kurangnya kalau Intan bercakap terlebih dahulu, mudah sedikit aku bersedia. Bolehlah beli kopiah putih, tak pun jubah ala-ala Ustaz Don barulah nampak seperti lelaki baik dan warak!

“Bakal menantu?” ulang lelaki tua lingkungan enam ke tujuh puluh tahun itu bagai terkejut! Aku pun sama-sama terkejut!

“Yelah bakal menantu ayah,” ucap Intan kepada lelaki yang baru datang dan melabuhkan duduknya bertentangan dengan aku. Intan siku aku yang masih terpinga-pinga. Dengan pandangan mata itu aku lihat Intan isyaratkan agar aku bersalaman dengan bapanya. Haih tua betul bapak Intan ni!

“Assalamualikum pakcik! Sihat?” soal ku tiada idea untuk berkata apa. Dan dengan senyuman salam yang ku hulur bersambut dan berjawab.

“Intan, kenapa tak cakap nak bawa balik ke rumah? Ni apa pulak mengaku abang ni bakal menantu mak ayah Intan?’ bisik ku geram. Intan tersneyum sahaja, bagai tak ada salah apa. Melihat reaksi Intan sebegitu, aku kalihkan pandangan menancap wajah tua ayah Intan. Senyuman ku ukir sekali lagi.

“Siapa namanya Intan!”

“Iskandar Hafif yah, dia ni inspektor polis! Hebatkan yah,” puji Intan sekali dan bagi aku tidaklah sehebat mana.

“Inspektor?” soal lelaki itu ku angguk sahaja.

“Baguslah kerja macam ni kerja tolong masyarakat! Kalau tak ada polis susah negara kita ni.” celah seorang perempuan tua datang menatang dulang. Ai Intan ni, duduk melepap je! Tak tolong ke mak dia? Dalam pada itu aku sempat menjeling ke arah Intan, pemalas jugak budak ni!

“Berapa ramai dah kena tembak?” ayah Intan menyoal. Aku telan liur, pertama kali soalan seumpama itu ku terima.

“Seingat saya, belum pernah lagi saya tembak orang pakcik! Lagipun tak boleh tembak orang sesuka hati selagi mereka tak menggunakan senjata dan tidak membahayakan!” terangku disambut anggukan kecil lelaki itu. Mungkin ada yang bakal saya tembak nanti!” ucap ku sambil jeling pada Intan. Dalam hati aku hanya mahu menembak Intan, geram pula dengan minah ni! Selamba dia je perkenalkan aku sebagai menantu keluarga dia! Dah tu biarkan aku kena soal siasat sampai macam ni sekali. Hessy...

“Berapa banyak kes berprofile tinggi?” soalan kedua menyusul. Aku diam, belum pernah rasanya aku uruskan kes berprofile tinggi. Kes bunuh dan kes mati bunuh diri adalah, itu pun seminggu aku hilang selera makan bila terpaksa berhadapan mayat reput dan sudah membusuk! Hish ngeri rasanya!

“Belum lagi pakcik, setakat ni kes jenayah biasa-biasa je pakcik!” sahut ku sopan dan hormat.

“Oh, berapa lama dah jadi polis ni?”

“Baru empat tahun pakcik, habis belajar saya masuk training! Kira saya ni masih orang barulah!” ucap ku jujur. Untuk apa aku bohong orang tua ni? Entah siapa-siapa dia ni, tapi macam banyak perkara yang dia tahu tentang kerjaya sebagai seorang polis seperti aku. Jangan-jangan orang tua ni perisik tak?

“Samalah dengan Intan ya? Habis belajar masuk pula latihan kejururawatan! Yelah susah nak dapat kerja sekarang ni. Apa yang ada, kita terima ajelah!” ucap ibu kepada  Intan pula, aku hanya mengangguk dan kadang kala minda ini sibuk memikirkan mengapa aku berada di sini sebenarnya?

“Intan, tuangkan air untuk Iskandar! Dahaga dari tadi tak minum apa,” suruh wanita tua itu kepada Intan. Aku kerling Intan, perlahan-lahan dia mendekati meja kopi lalu air teh dituang cermat!

“Abang Is minumlah,” sua Intan ku sambut cermat. “Jangan sampai tumpah Is, buat malu muka kau je nanti!” pesan ku pada diri sendiri.

“Iskandar, minumlah dulu ya. Makcik masuk ke dalam sekejap, sembang-sembanglah dengan pakcik!” gumam ibu Intan ku anggukkan sahaja. Mesra mereka sekeluarga, rasa terharu ini terbit di hati.

“Dah Isyak, kita berjemaah bersama. Lepas tu kita balik KL eh.” Gumam Intan memecah hening.

“Tidur sini ajelah Iskandar.... Intan, ayah pun tak berani nak lepas kamu berdua balik malam-malam. Bahaya, macam-macam boleh jadi.” Gumam lelaki yang juga ayah kepada Intan. Aku telan liur, mak ai takkan bermalam di sini pula? Hussss.... takkan kut!

“Ayah, abang Is kan polis! Intan selamat Insyaallah! Lagipun esok abang Is kerja, Intan takpelah kerja shif malam.” gumam Intan mungkin tidak memahami maksud sebenar bicara ayahnya itu. Yelah lelaki dan perempuan, macam-macam boleh jadi tambah-tambah hanya berdua malam-malam pula tu. Mengelak itu lebih baik daripada mencegah!

“Takpelah Intan, esok abang pun kerja sebelah malam. Its okey, abang tak kisah!” tutur ku meredakan keadaan. Intan pandang aku tidak berkelip lalu anggukan kecil ku pamerkan padanya.

“Kalau macam tu takpelah, abang Is masuk bilik Intan ya. Intan tidur dekat bilik satu lagi.” ucap Intan mesra melayani aku.


Sudah lama aku tidak merasakan suasana harmoni seperti ini. Sejak aku bersekolah menengah arwah abah dan mama telah pergi dulu. Meneruskan hidup tiga beradik dengan along yang ketika itu berusia 19 tahun sebagai ayah dan ibu manakala aku pula baru sahaja mencecah usia 17 tahun. Manakala Kuntum pula baru menginjak 12 tahun. Sedih dan kerinduan pada kedua ibu bapa yang pergi 10 tahun lepas datang menghimpit dan Allah itu Maha Besar dan ketika aku kerinduan seperti ini, aku diberi kesempatan untuk merasakan kehidupan berkeluarga melalui keluarga Intan. Ada ayah dan ibu, ada rasa kasih dan sayang!

Sesudah melaksanakan solat isyak berjemaah, aku dipelawa menikmati makan malam dan selesai sahaja menjamu selera aku menghabiskan masa berbual kosong di anjung rumah papan yang sudah di ubahsuai seperti keadaan chalet penginapan. Menarik dan penuh berseni ukiran di tangga dan jendelanya. Hampir mencecah angka 11 malam, rasa kantuk menjelma dan letih seharian di dalam kereta menuju ke Kedah membuatkan mata ini semakin berat dan akhirnya aku berlalu masuk ke dalam bilik untuk merehatkan diri.

**

Awal pagi itu, Intan mempelawa aku ke kedai bersamanya. Katanya untuk membeli sarapan pagi, dan aku yang sememangnya tidak gemar tidur hingga ke lewat tengahari hanya menurut.

“Abang nak makan apa?” soal Intan sejurus kami tiba di gerai kecil di tepi jalan.

“Nasi lemak, sambal ikan bilis.” Jawab ku pendek.

“Itu je?” soal Intan ku anggukkan sahaja.

“Okey bungkuskan yang tu tiga ya, yang lain saya nak kuih cucur udang dan satu lagi kuih donut.” Ujar Intan pada jurujual manis berbaju kurung. Aku hanya melihat, begini rupanya gaya hidup masyarakat di kampung. Menarik juga, awal-awal pagi lagi sudah keluar bekerja. Ada yang ke sawah dan ada juga yang ke kilang berhampiran. Tidak terlalu bekejar dan tiada pula kesesakan lalu lintas. Semuanya bagai teratur mudah.

“Abang Is,” panggil Intan ketika aku dan dia sedang menikmati sarapan pagi di meja kecil dibawah rumah. Ibu bapa Intan tiada, dan tidak manis andai aku berdua bersama Intan di dalam rumah.

“Herrmm..” sahut ku sambil mengunyah nasi lemak yang dibeli awal tadi.

“Sebenarnya Intan nak cakap sesuatu.” Luah Intan lambat-lambat. Apa agaknya yang Intan nak katakan?

“Tentang apa?”

“Sebenarnya, Intan sukakan abang Is.” Luah Intan lancar dan aku panggung wajah menancap wajah itu.  Nasi lemak yang ku hadap bagai sudah tidak mendapat tempat di hati ku lagi bila pengakuan Intan mengocak tenang rasa hati ini.

“Intan sukakan abang IS. Sejak mula-mula Intan kenal abang IS.” Terang Intan lagi, lalu sudu yang ku pegang  aku letakkan di sisi pinggan. Cawan yang masih penuh dengan air kopi ku capai dan ku teguk sekali hingga habis.

“Kalau abang Is tak terima, Intan faham! Intan tak cantik dan Intan tak...

“Shhhh....” aku lekapkan jari telunjuk ini di bibir sendiri memberi isyarat agar Intan tidak meneruskan bicaranya.

“Mulai hari ni, Intan girlfriend abang.” Ucap ku tenang membuatkan Intan tersentak tiba-tiba.

“Itu je?” soal Intan tidak percaya.

“Hurmmm itu je.” Jawab ku lantas menyambung kembali suapan nasi lemak. Wajah ku tundukkan, walau aku tahu rona wajah ini sudah berubah merah.


 P/S: semoga terhibur.... maaf atas kekurangan entry kali ini :)


7 comments:

  1. AMBOI SENANG YE ABG IS NIE. DULU2 CAKAP LAIN... HEHEHE

    ReplyDelete
  2. tq rasa macam entry kali ni terkurang perasa pulak kan :)

    ReplyDelete
  3. best dek aulia...sepenuh ati ker abg is terima intan?

    ReplyDelete
  4. Akhirnya nak juga Is dengan Intan.
    Pendek pun kecantikannya ori, tak
    perlu tepek make up tebal.

    Memang kurang perasa ckit, agak kurang lemak, tapi ok
    la buat santapan hujung minggu, menu sihat. hi³

    ReplyDelete
  5. Hahahhaha lawak AAAA citer ni! Sweeet kut! Intan gf abang..... LOL

    ReplyDelete
  6. alaaa lagi la cik aulia... mcm hanging jer... please next entry please...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget