Tuesday, 18 December 2012

CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART IV




“Pukul berapa ayah Intan balik?” soal ku sengaja menutup rasa hening yang bertamu setelah pengakuan Intan ku sambut dengan sebuah persetujuan. Wajah ini sengaja ku tundukkan namun ekor mata ini mencuri pandang Intan yang sedang mengelus jari jemarinya sesama sendiri.

“Err kalau tak silap Intan biasanya pukul sepuluh ayah dah sampai, sekarang baru pukul sembilan.” Ujar Intan mengerling jam di pergelangan tangan. Aku masih seperti tadi, menikmati nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, aroma yang terhasil dari tindak balas nasi berlemak dan daun pisang ini sudah cukup membuat selera pagi ku terbuka luas.


“Sekejap lagi ayah Intan balik lah tu, kenapa abang? Dah nak balik KL ya?” teka Intan berserta sebuah senyuman. Aku jatuhkan kepala beberapa kali, mengiyakan tekaan Intan namun disebalik senyuman ini tersisip sebuah kegugupan dan debaran untuk aku menyuarakan rasa hati. Andai Intan sudah memberi laluan, apa salahnya andai aku meneruskan langkah ke destinasi yang lebih jauh. Tambahan pula, aku tiada halangan dan Intan pula sudah melamar. Jadi untung badan, aku terima lamaran Intan walaupun kedengaran agak pelik, namun aku gembira! Bukan senang seorang lelaki dilamar oleh seorang perempuan! Sedangkan Nabi Muhammad SAW juga begitu, jadi mengapa aku takut untuk mencontohi Nabi di dalam urusan baik seperti ini. dan jika umur ku panjang dan punyai anak-anak yang berderet nanti, pasti akan aku hikayatkan tentang cerita istimewa ini kepada mereka semua.

“Errr... Intan,” nama itu ku seru dan seraya itu juga Intan memerhatikan aku. Aku telan liur, bagaimana harus aku meneruskan bicara.

“Ada apa abang Is? Nak nasi lagi?” soalnya sambil unjuk sebungkus nasi lemak yang masih berbungkus. Amboi budak ni, perli nampak! Mentang-mentang aku dah baham dua bungkus, dia ingat aku ni apa? Amboi... amboi....

“Bukanlah!” tutur ku melarikan wajah ke arah lain. Segan dengan tiba-tiba. Hessy!

“Habis tu apa dia?” soal Intan meletakkan kembali nasi lemak ke dalam pinggan. Wajah ku direnung lagi oleh sepasang anak mata yang bening, terasa bagai mahu tercabut keluar segala organ yang sedang beroperasi di dalam tubuh. Redup pandangan mata Intan buat aku terleka seketika, pasti ini yang aku dapat bila mana Intan menjadi milik ku suatu hari nanti. Indahnya!

“Apa dia?” ulang Intan tidak sabar. Hampir-hampir aku melompat tekejut, hessyy dia ni..... tak menyempat!

“Intan, kenapa sergah abang macam ni? kalau abang mati terkejut tadi macam mana?” rungut ku berpura-pura terasa hati.

“Sorry abang IS, Intan tak sengaja!” luah Intan memohon maaf atas ketelanjuran tingkah lakunya.

“Abang nak beritahu Intan, hujung bulan ni kita kahwin!” luah ku laju seraya pamer riak masam mencuka angkara tidak berpuas hati dengan sergahan Intan sebentar tadi.

“Abang lamar Intan ke?” soal Intan bagai berbisik, dan dia sedang mendekati aku ketika ini. Aku panggung wajah, menancap wajah yang sedang menanti jawapan dari ku.

“Yelah....” jawab ku sepatah. Kan aku tengah lamar dia. Dia ni.... takkan tak dengar kot!

“Sungguh ke?” sekali lagi dia bertanya dan semakin mendekatkan diri itu pada aku yang cuba menginjak menjauhinya.

“Ya Allah, selamatkan aku dari syaitan yang direjam!” bisik hati kecil ini bila aku merasa keadaan Intan dan aku bakal mengundang gejala negatif dan maksiat yang sukar ditangani jika dibiarkan begitu sahaja.

“Intan err.... kita kahwin hujung bulan ni. Buat masa ni, lebih baik kita duduk jauh-jauh! Bahaya ada orang ke tiga!”

“Orang ketiga?” ulang Intan lagi.
“Ya orang ke tiga, syaitan yang direjam! Bahaya, nanti boleh jadi maksiat!” terang ku lagi.

“Ohhh.... ingatkan siapa tadi.” jawab Intan tersenyum.

“So hujung bulan ni kita kahwin ya!” gumam ku menutup hening yang bertamu.  Aku bangkit sesudah mengucapkan sebuah kehendak. Kehendak yang aku mahukan pertama kali melihat Intan sewaktu Kuntum melahirkan anak saudara ku dahulu.

“Tapi... kenapa cepat sangat?”

“Intan tak suka?” tebak ku pula.

“Bukan!” Intan menggeleng laju.

“Bukan itu maksud Intan! Tapi Intan betul-betul keliru, kenapa terlalu cepat? Tak boleh ke, kalau kita kenal-kenal dulu?” gumam Intan bagai tidak bersetuju perkahwinan ini dilangsungkan dalam waktu terdekat.

“Abang dah serik untuk bercinta!” jawab ku ringkas dan padat! Sebenarnya aku lelah dengan cinta yang tidak kesampaian! Dahulu pernah aku menyulam cinta dengan seorang anggota polis satu pangkat sama seperti aku namun putus di tengah jalan angkara dia kuat melawan kata ku, kemudian rasa cinta membawa aku bertemu seorang eksekutif muda syarikat pengiklanan, juga tidak kekal lama kerana dia merasakan perbezaan sumber pendapatan membawa hubungan ini tidak sehaluan! Sebelum aku menyambung pula ikatan cinta bersama pelajar kolej iaitu Iza, setelah habis aku dikikisnya aku ditinggalkan begitu sahaja! Habis madu, sepah dibuang!  Kesemua mereka berjaya meninggalkan kesan derita dan pedih di hati aku, tetapi ianya tidak lama bertahan! Mudah pula aku melupakan dan mudah juga aku mendapat pengganti yang lain! Aneh sungguh putaran hidup ini!

“Tapi.... Nanti ayah dan mak Intan terkejut pula! Intan gusar andai tiba-tiba keinginan untuk mendirikan rumah tangga bakal membuatkan kedua ibu bapanya tidak bersetuju.

“Abang akan explain pada mereka, Intan jangan risau! Nanti, tahulah abang nak ayat mak ayah Intan! Jangan risau, apa yang Intan perlu buat senang je!” gumam ku bersahaja. Wajah Intan tidak ku pandang, entah mengapa rasa malu mula memenuhi segenap hati.

“Apa dia?” soal Intan bagai tidak sabar!

“Intan hanya perlu siapkan badan! Semua kos kahwin abang tanggung, Intan cuma perlu letak harga untuk majlis dan mas kahwin! Tapi jangan letak tinggi-tinggi, sengkek abang!” aku ingatkan dia tentang kos perkahwinan yang hari ini sudah mencecah puluhan ribu ringgit. Jika Intan meletakkan harga setinggi harga selebriti tanah air, pasti aku batalkan sahaja pernikahan ini. Mana aku nak cekau duit sebanyak itu, meminja Ahlong atau membuat loan di bank? Huh payah hidup aku lepas berumah tangga nanti, hutang belum langsai... bebanan pula semakin bertambah. Tak mahu aku!

“So macam mana?” soal ku pada Intan. Dia Tersenyum sahaja, sebelum meneruskan kata.

“Okey, Intan serahkan semuanya pada abang!” Intan juga tenang menyambut permintaan ku. Aku angguk sekali lantas meneguk kopi yang masih bersisa di dalam cawan dan sejurus itu aku habiskan masa di anjung rumah menanti kedua orang tua Intan pulang dari berkebun. Ingin ku luahkan keinginan hati untuk memperisterikan Intan seterusnya membawa gadis itu  hidup berdua bersama aku selepas ini.

***

“Pakcik, Makcik... saya rasa dah sampai masanya saya ambil Intan sebagai isteri. Dan kalau boleh hujung bulan ni saya nak langsungkan majlis pernikahan kami. Saya harap, pakcik dan makcik tak ada halangan tentang niat saya memperisterikan Intan.” Luah ku tenang walau dada sudah berkocak ganas, gelisah dan debar bersatu walau selama ini aku punya pengalaman bercinta dengan beberapa gadis namun belum pernah lagi kedua ibu bapa mereka aku hadap begini. Berterus terang dan memperjelaskan keinginan hati.

“Hujung bulan?” kedua mereka mengulangi kata ku serentak. Nampak benar terkejutnya!

“Ya pakcik, kalau boleh hujung bulan ni! saya dah tak sabar!” entah bagaimana ayat itu yang terkeluar. Segera aku menekup mulut! Dan serentak itu aku lihat ayah dan ibu kepada Intan tersenyum kecil. Ai malu-malu, mulut kau ni Is.... tak ada insurans!

“Sabar Iskandar, sabar itu separuh daripada iman,” tegur ayah Intan bersama senyuman yang semakin lebar. Huh malunya aku!

“Err... maksud saya tadi, saya tak sabar nak....” belum sempat aku meneruskan kata, ayah Intan memintas laju.

“Pakcik faham, orang muda! Eloklah tu dipercepatkan, risau juga pakcik nak biarkan Intan sorang-sorang dekat KL tu. Macam-macam boleh jadi,” gumam ayah Intan buat aku bagai mahu tercekik. Bukan itu maksud aku, aduh salah faham pula pakcik ni.

“Tentang hantaran dan mas kahwin macam mana pakcik?” soal ku sambil menyandarkan tubuh ke sofa setelah hati tidak berdebar seperti tadi. Wajah keduanya ku renung menanti jawapan yang bakal memberi gambaran jelas tentang harga hantaran untuk Intan.

“Pakcik tak letak, ikut kemampuan kamu.... tapi berpada-pada jugalah.” Terang lelaki ini memberi peluang aku menetapkan harga hantaran mengikut kemampuan sebagai pengantin yang bakal menyunting sekuntum bunga di taman mereka.

“Saya tak tahu nak letak berapa  banyak, pakcik! Kalau setakat lima belas ribu, saya mampulah pakcik.” Jawab ku jujur, aku tidak tahu berapa yang seharusnya aku letakkan untuk membiayai kos majlis perkahwinan disebelah keluarga Intan. Disebelah aku, itu tidak menjadi masalah, kerana aku tidak punyai saudara mara yang ramai dan yang ada hanyalah along, Kuntum dan rakan-rakan ku yang lain. Itu sahaja, kos untuk majlis di sebelah aku pastilah rendah kerana aku hanya mahu melakukan secara kecil kecilan. Tidak perlu bersanding bagai, cukup kenduri kesyukuran! Itu sudah memadai pada aku!

“Tak perlulah hantaran, cukup Iskandar sediakan mas kahwin untuk Intan. Tentang hantaran, pakcik rasa tak perlu. Dan semuanya akan pakcik tanggung, sebagai satu-satunya hadiah untuk Intan. Cucu tunggal kami,” luah ayah Intan membuatkan aku tersentak, terkedu dan tergamam seketika. Tanpa hantaran, dan yang perlu mas kahwin dan cucu tunggal. Apa semua ini, minda ini bagai tepu untuk memproses data-data yang masuk. Wajah keduanya ku renung tidak berkelip.

“Iskandar,” seru wanita tua disebelah lelaki itu.

“Errr... ye?” jawab ku gugup!

“Boleh?” soal mereka lagi. Aku tundukkan  pandangan, berfikir sejenak. Susudah berfikir masak-masak, aku hamburkan rasa di hati.

“Pakcik, saya rasa tak selesa kalau saya kahwin percuma.” Aku enggan meneruskan niat ini andai ini yang harus ku tempuh, perkahwinan tanpa sebarang hantaran! Mana letaknya maruah aku sebagai seorang lelaki? Tak sanggup aku di cerca dan di cemuh orang!

“Bukan percuma, ini satu-satunya hadiah untuk cucu kami. Intan tu cucu tunggal kami,  dulu arwah ayah Intan juga seorang anggota polis. Tapi, anak pakcik terkorban semasa bertugas, ibunya pula lima tahun lepas meninggal kerana kanser, jadi bila ada yang sudi mengambil alih tugas menjaga Intan. Pakcik bersyukur sangat, tambahan pula Iskandar memenuhi ciri-ciri pilihan pakcik. Beragama, dan pandai membawa diri!” Luah lelaki itu buat aku terkedu dan tersenyum selepas itu. Pujian kut! Rupanya Intan juga tiada ibu bapa sama seperti aku, cuma diri itu lebih beruntung kerana memiliki datuk dan nenek yang menyayangi.

إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ خُلُقَهُ وَدِينَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ
Maksudnya;
          “Apabila datang kepada kamu orang yang kamu suka akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia, jika tidak, kamu telah membiarkan berlakunya fitnah di bumi dan kerosakan yang terbentang” (Sunan Ibni Majah : 1957)

“Pakcik akan tanggung kos hantaran, kamu sediakan mas kahwin untuk Intan. Itu sudah memadai!” luah lelaki itu menetapkan kata-katanya tadi.

“Jadi?” aku soal mereka dengan tiba-tiba. Haiya.... Iskandar, kalau tak sabar sekalipun! Please behave! Pesan ku setiap kali bibir ini telanjur menutur kata.

Jadi... hujung bulan ni jadilah kamu bernikah! Pakcik akan uruskan borang-borang di pejabat agama, tentang urusan pemeriksaan darah dan yang lain-lain tu kamu berdua uruskan sendiri ya.” Luah datuk merangkap bapa kepada Intan. Aku hela nafas lega, alhamdulillah segalanya mudah dan benarlah segalanya akan menjadi mudah jika kita ingin melakukan sesuatu ke arah kebaikan.

***

“Abang Is, kenapa Intan kena duduk dekat belakang?” soal Intan becok bertanya itu ini bila aku arahkan dia duduk di tempat duduk penumpang di bahagian belakang.

“Abang IS tak selesa drive kalau Intan ada dekat sebelah!” luah ku jujur.

“Kenapa pula? Kalau dah kahwin nanti takkan macam ni jugak?” soal Intan tidak berpuas hati.

“Dah kahwin lain la... sekarang tak kahwin lagi! bahaya! Abang ni ada dua tangan, nanti tangan ni merayap Intan juga yang susah!” gumam ku mahu Intan faham. Entah kenapa, bila aku bersetuju sahaja menjadi kekasihnya dan juga bakal suaminya, serentak itu juga aku punyai perasaan lain setiap kali memandang wajah itu. Huh ini pasti hasutan insan ketiga! Siapa lagi jika pihak yang mahu menyesatkan kehidupan manusia.

“Abang IS kenalah sabar,” pesan Intan mudah. Kalau mudah begitu, senang la hidup aku. tapi hakikatnya payah, aku pandang Intan serentak itu satu perasaan lain menyusup sama. Hushhh... bimbang andai aku mengapa-apakan Intan. Kesian dia nanti! Lunyai pulak budak kecil ni!  silap langkah, polis macam aku ditangkap polis kerana perbuatan jenayah! Huh buat malu je!

“Abang Is.... Intan nak duduk depan.” Rayu Intan berharap aku sudi membenarkan dirinya duduk dihadapan.

“Intan jangan duga abang, abang ni manusia yang ada sembilan akal satu nafsu!” peringat ku buat Intan terdiam. Haha.... tahu takut!




 P/S: TQ FOR READING :)

26 comments:

  1. hahahahaha..tau takut Intan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dpt mcm iskandar......intan jgn pulak goda lebih lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau tergoda pun Is kuat iman.... tapi x tahu la pulak kalau2 intan goda apa jadi pada mamat tu kan :)

      Delete
  3. sabar Is sabar.....hehe..

    ReplyDelete
  4. sweet sangat...

    ReplyDelete
  5. best. ada sambung lagi tak?

    ReplyDelete
  6. btull sweet sgt. Mmg Allah akan mempermudahkan suatu kerja yang kearah kebaikan.

    ReplyDelete
  7. best gler!!!kak, smbng....hehe...

    ReplyDelete
  8. cpat da plan nk khwin bgus xda la byk dosa kmpul

    ReplyDelete
  9. akak iman cpat lah smbg milik encik polis nie x sbar nk bca

    ReplyDelete
  10. rupa2nya intan pun dah xde parent lagi senasib dgn abg is... next entry please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan tapi dia lebih bernasib baik dari is yang just ada sibling je :)

      Delete
  11. huhuhu..... memang express...... bercinta selepas kahwin, lebih indah rasanya...... dpt pahala dan elakkan maksiat....... moga is berbahagia dgn intan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dia berbahagia huhu.... asyik frust bercinta je kan. :)

      Delete
  12. nak tanye sikit..syurga dunia tu kampung inta yee??

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul macam anon kat bawah teka,.... rumah ku syurga ku.... so intan bawak is ke kampung jumpa mak ayah beliau :)

      Delete
  13. bagi akak kan, aulia nak state yg rumah ku syurga ku then writer said yg syurga dunia is rumah beliau di kampung. jumpa parents n lamar is... maybe!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget