Saturday, 8 December 2012

DUNIA KITA BERBEZA 6 [ TAMAT]



“Rose sepatutnya kita ke KL bukan ke sini.” Umran meluahkan rasa tidak keruannya ketika ini. Mereka sedang menghampiri sempadan tanah air. Sebentar lagi mereka akan keluar dari sempadan Malaysia menuju ke Songkhla Thailand.

“Rose tahu tapi Rose tak mungkin dapat tentang perjodohan yang Tokwan tetapkan, Rose tak cintakan lelaki tu sebab Rose sukakan abang Umran. Cuma dengan cara ini je Rose dapat halang kehendak Tokwan!” Luahan Rose Fannan buat Umran Hanna semakin rasa bersalah. Dirinya juga mencintai Rose namun ini bukan cara yang sepatutnya walaupun mereka tiada pilihan lain.


“Abang faham, tapi cara kita tak kena Rose!” gumam Umran cuba merasionalkan hati sendiri juga hati Rose yang sudah tidak nampak jalan keluar pada permasalahan mereka. Mencintai satu sama lain, tetapi orang tua pula menjadi penghalang! Dan orang tua tersebut amat-amat tidak menyukai dirinya, siapa lagi jika bukan Pak Tam!

“Abang sayang Rose ke tidak?” pertanyaan Rose Fannan buat Umran terkedu seketika. Di dalam hati ini, memang hatinya sudah jatuh sayang dan terpikat pada gadis bernama Rose namun jika diturutkan akalnya pula dia tidak mampu memilih untuk memalukan dan memiliki Rose secara kotor begini! Memiliki tanpa restu juga mendapatkan gadis itu tanpa adab! Itu bukan cara dan prinsip hidupnya!

“Abang sayangkan Rose atau tidak? Kalau abang sayangkan Rose, tolong nikahi Rose! Please!” rayu Rose Fannan sambil memerhatikan raut wajah Umran yang sedang sesak dengan tindakan yang seharusnya diambil.

“Rose jangan macam ni Rose! Jangan bagi pilihan yang abang tak sendiri tak mampu nak pilih!” ucap Umran harap Rose tidak terlalu memaksa dirinya hingga sebegini sekali.

“Tapi.... Kita tak ada pilihan lain! Rose tak nak kahwin dengan lelaki yang Rose tak kenal! Rose tak percaya pada cinta macam tu!” luah Rose Fannan bersungguh. Umran kematian kata-kata! “Please nikahi Rose! Dan lepas tu kita pergi jauh dari sini,” luah Rose Fannan masih memujuk.

“Kemana Rose? Kemana lagi kita boleh pergi?” Umran berbelah bahagi.

“Kemana-mana je bang! Tolonglah Rose, Rose cintakan abang! Rose sayangkan abang, Rose tak tahu bila Rose sukakan abang, tapi dalam hati ni Rose betul-betul sayangkan abang Umran! Tolong jangan tinggalkan Rose!” pinta Rose Fannan meluahkan isi hati yang sarat dengan rasa kasih pada Umran.

“Abang pun cintakan Rose! Sangat-sangat! Tapi....” Umran harus bijak memilih cara yang sewajarnya.

“Kita balik, kita mintak restu mereka semua! Boleh ya,” pujuk Umran. Itu mungkin yang terbaik buat mereka berdua. Tidak manis melarikan anak dara orang sesuka hati tambahan pula Rose masih punyai ayah dan ibu. Juga miliki datuk dan nenek!

“Tak... Rose tak nak! Selagi majlis mereka tak dihentikan, Rose takkan sekali-kali balik!” tegas Rose Fannan menyatakan kehendak dan tekad dari hatinya.

“Rose..” seru Umran berharap Rose melembutkan sedikit hatinya. Emosional dan rasiaonal seharusnya diletakkan di tempat yang berbeza!

“Tolonglah abang Umran, selamatkan Rose dari pilihan Tokwan! Rose tak nak kahwin dengan lelaki tu, tolonglah faham kehendak Rose! Tokwan tak mahu dengar langsung apa yang Rose kata, mama dan papa pula menurut je! Habis apa lagi yang Rose nak katakan? Bila Rose kata Rose dah ada pilihan sendiri, mereka tak nak peracaya dan tuduh Rose reka-reka cerita!” luahan itu kedengaran lagi. Lirih bercampur sendu!

“Tolonglah Rose, bawa Rose dari sini! Dan jadkan Rose isteri abang,” pinta Rose Fannan bersulam air mata. Rasa sebak dan luka tidak mampu disembunyikan lagi, keputusan untuk pulang bercuti di tanahair ternyata satu keputusan yang salah namun disebalik itu, hatinya disapa pula cinta seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah Umran Hannan. Berbeza enam tahun dari usianya!

“Rose.... abang tak nak jadi lelaki pengecut! Melarikan anak  orang! Itu bukan abang, kita tak ada restu orang tua Rose! Dan keputusan untuk menikah di sempadan ni banyak masalahnya, tambahan pula kalau apa-apa jadi nanti. kita sama-sama susah!” ucap Umran menerangkan baik buruk memilih untuk menikah di sempadan. Namun Rose Fannan enggan mendengar! Hati itu tekad dan kehendak itu disatukan, hingga Umran terpaksa menurut walau sebahagian dari hatinya di pagut kesal kerana membiarkan hatinya juga jatuh cinta pada gadis ini. Lembut namun hati itu sekeras batu!

***

Bersaksikan wali hakim dan jauh dari keluarga juga jauh dari restu orang tua ijab dan qabul terlafaz dari bibir Umran mengikat Rose Fannan menjadi isterinya. Dengan mas kahwin seribu ringgit, dan dengan sekali lafaz, secara sahnya gadis berselendang putih juga berbaju kurung putih bersih sudah menjadi milik seorang lelaki bernama Umran.

“Terima kasih abang,” luah Rose lalu menyalami tangan Umran dan dikucup sekali. Umran hanya mengukir senyuman, namun hambar dan pahit terasa. Sudah tentunya kerana dia memalit arang diwajah tua neneknya yang bernama Fatimah. Sedangkan janji dan ikrar sudah dilafaz namun kini dia meruntuhkan tembok janji yang dirinya sendiri tegakkan dahulu!

“Kita balik ya, beritahu hal kita! Lepas tu kita pergi dari sini!” gumam Umran menyentuh dagu Rose membawa pandangan mereka bertaut seketika.

“Abang sedih?” soal Rose pendek.

Umran larikan wajah, ternyata pernikahan ini membuatkan dirinya kesedihan dan pilu dengan tiba-tiba. Tiada bahagia bila memikirkan semula ketelanjuran tingkahnya hari ini dan kebodohannya menurut kehendak Rose! Pasti ada hati terluka mendengar khabar serupa ini! Dan sudah tentunya akan merobekkan hati orang tua kedua-dua belah pihak!

“Maafkan Rose, kalau permintaan Rose bagai memaksa abang! Tapi Rose tak ada pilihan lagi,” gumam Rose Fannan turut sebak. Sangkanya bila pernikahan ini berjalan lancar, mereka akan gembira namun rasa gembira itu seakan pergi jauh! Jauh entah kemana!

“Takpelah Rose, kita pun dah bernikah! Sekarang kita balik ya, beritahu hal ni dan lepas tu kita pindah dari kampung. Rose ikut abang,” ucap Umran tenang. Memujuk hati sendiri! Namun resah sudah bertamu terlebih dahulu bila membayangkan wajah-wjajah Fatimah, nenek dan juga tokwan kepada Rose. Pasti mereka kecewa dan terkilan dengan perbuatan dirinya!

Setelah semuanya selesai, Rose dan Umran seiringan menuju ke kereta. Perlahan-lahan pemegang pintu kereta ditarik dari luar dan wajah dipalingkan ke arah Rose yang tampak murung ketika ini.

“Kenapa ni?” soal Umran bersahaja. “Masukklah kita sembang dekat dalam,” arahnya pula.

“Abang, Rose takut nak balik!” gumam Rose memaut erat lengan Umran.

“Kita dah terlanjur sampai ke sini, dah bernikah pun Rose! Benda dah jadi,” luah Umran menyedapkan hati sendiri juga hati Rose yang diagut gusar akibat ketelanjuran memilih jalan melepaskan diri dari perkahwinan yang diatur Tokwannya, Pak Tam!

“Tapi.. kalau Tokwan pukul abang macam mana?” duga Rose membayangkan tindakan yang akan dikenakan terhadap suaminya Umran.

“Takpelah Rose, apa lagi yang abang boleh buat! Salah abang jugak sebab menikah cara ni.” sahut Umran sambil menghidupkan enjin kereta. Dengan berhati-hati pedal minyak ditekan dan kereta meluncur laju di atas jalan raya.

“Maafkan Rose ya abang.” Ucap Rose dalam rasa kesal kerana mengheret Umran jauh ke dalam masalahnya!

“Its okey Rose, kita balik ya. Tidurlah dulu, jauh lagi nak sampai!” sambut Umran mengukir sebaris senyuman ke arah Rose isteri yang baru dinikahi.


****

“Umran tahu tak perbuatan Umran betul-betul buat abah kesal! Kenapa sampai macam ni tindakan Umran!” keras nada Abdullah Arwa menusuk masuk menyapa gegendang telinga. Sungguh dia kesal bila mendapat tahu Umran  melarikan cucu kepada Pak Tam bekas bapa mertuanya dahulu. Bagaimana harus dirinya bertanggungjawab pada perbuatan anak lelakinya itu.

“Umran! Dengar sini, tindakan Umran ni buat abah malu!” ucap Abdulah Arwa tegas. Fatimah yang mendengar menggeleng kepala kesal, apatah lagi mendapat tahu Umran telah pun menikahi cucu kepada jirannya itu.

“Abdullah, sudahlah tu!” celah Fatimah meredakan amukan anak bongsunya terhadap cucunya Umran.

“Mak, semua ni salah Abdullah! Biarkan Umran sampai ke tahap ni! Melampau!” tekan Abdullah lagi. dahulu dirinya pernah memalukan ibu bapanya kini anaknya pula memutar kisah silamnya kembali memberi rasa agar dirinya juga merasa aib yang dititipkan oleh anak kandungnya sendiri.

“Umran, pergi masuk ke dalam. Bawa Rose sekali,” ujar Fatimah enggan membiarkan Umran dihambur amukan anaknya Abdullah! Wajah Umran dan Rose yang baru tiba direnung sekali, keduanya kelihatan murung dan tidak seceria seperti pengantin baru yang lain.

“Mak,  Abdullah belum selesai dengan Umran!” Abdullah Arwa membantah.

“Sudahlah Abdullah! Umran dah bernikah pun! Biarkan la, apa kita nak buat? Nak suruh mereka bercerai?” tanya Fatimah keras.

“Tak payah bercerai! Memang pernikahan mereka tak sah! Rose balik!” Pak Tam muncul dimuka pintu bersama isterinya dan juga seorang wanita lingkungan lima puluhan, masih anggun dan menarik dan raut wajah itu persis wajah Rose Fannan isterinya.

“Zulaikha!” sepatah perkataan itu terpacul dari bibir Fatimah juga Abdullah. Kehadiran wanita yang tidak diketahui latar belakang itu menimbulkan pertanyaan di benak hati Umran. Siapa agaknya?

“Mama,” Rose Fannan yang berteleku di sisi Umran bangkit dan mendekati wanita yang punya pesonanya sendiri.

“Mama.... Rose dah kahwin! Bukan niat nak membelakangi mama tapi Rose cintakan abang Umran!” terang Rose Fannan tanpa berselindung. Dan serentak itu juga Abdullah rasa nafasnya sesak, Zulaikha juga tertunduk. Hiba dan sendu menyerang hati!

“Zulaikha, siapa Rose?” soal Abdullah perlahan namun ada getar dihujung nada suaranya. Umran hanya memerhati begitu juga Fatimah yang tidak sabar ingin tahu.

“Rose anak Zu dengan suami Zu.” Tutur wanita yang disapa mama oleh Rose Fannan seketika tadi.

“Jadi...” Abdullah menoleh ke arah Umran sebelum dikalihkan pula pandangan ke arah Rose Fannan. Ya Allah apa semua ini? Kenapa hingga begini jadinya?

“Mereka adik beradik?” tebak Abdullah membuatkan Umran dan juga Rose terpempam seketika. Zulaikha hanya mengangguk tanpa bersuara! Dunia bagai berhenti berputar dan alam bagai diam membisu! Kenyataan apakah ini?

“Apa ni bah? Umran tak fahamlah!” dari duduk Umran bingkas bangun berdiri menentang pandangan bapanya Abdullah Arwa dan juga wanita persis wajah Rose Fannan, Zulaikha!

“Umran... ini Umran ke?” wanita itu mendekati. Umran hanya diam, pandangan penuh tanda tanya dilempar ke arah wanita yang sedang mengorak langkah mendekati dirinya.

“Umran?” soalan itu dilontar lagi. Kini kedua belah pipinya disentuh dan tidak semena-mena wajahnya ditarik mendekati wajah wanita itu. Lama mereka bertentangan, dan kali ini mata bundar Umran menangkap jernih kilau air mata yang bergenang di tubir itu.

“Saya tak kenal!” Umran meleraikan sentuhan itu lantas kaki dibawa mengundur jauh dari kedudukan asalnya.

“Umran.. ini mama Umran!” ucap Zulaikha buat Umran tersenyum sinis. Entah siapa-siapa, kemudian datang dan mengakui diri itu adalah ibunya. Mengarut! Sudah 27 tahun dia hidup tanpa ibu, dan kenapa pula dengan tiba-tiba dia memiliki ibu.

“Ariffin, cuba cerita perkara sebenar! Aku tak faham!” Fatimah menyoal bila melihat adegan yang dipaparkan oleh Zulaikha dan Umran. Rose Fannan pula sudah teresak, dia terlebih dahulu sudah menangkap maksud disebalik tindakan mamanya ketika itu.

“Rose ni anak Zulaikha dengan menantu baru aku dan Umran juga anak Zulaikha dengan Abdullah! Mereka berdua ni adik beradik, lain bapak! Ha, sebab tu aku tak bagi depa ni berkawan! Aku dah tahu jadi macam ni! Tambah-tambah Abdullah dulu yang mahu pisahkan Umran dengan Zulaikha! Tak ingat?” tebak Ariffin yang biasanya digelar Pak Tam.

“Ya Allah kenapa sampai jadi macam ni? kenapa aku tak tahu yang Rose ni anak Zulaikha, kalau mereka tahu, tak ada sampai bercinta macam ni! YA Allah!” Fatimah menggeleng kesal, Abdullah juga sama kerana tidak pernah sekalipun membuka cerita tentang Zulaikha kepada Umran. Membiarkan Umran hidup tanpa mengetahui siapa ibu kandunganya dan semua ini atas tindakan marahnya pada Pak Tam yang tidak dapat menerima berita anak perempuannya dihamilkan sebelum bernikah. Itu silap dan salahnya dahulu! Dia sudah insaf dan dia juga sudah bertaubat, namun penerimaan orang tua itu masih dingin hingga terpaksa merobohkan mahligai yang dibina dan seterusnya dia dan Zulaikha memilih haluan sendiri dan hidup bersama pasangan masing-masing.

“Jadi macam mana ni? Kes berat dah ni, sampai bernikah pulak!” Pak Tam bersuara memecah hening yang sepi tanpa bicara dari sesiapa pun.

“Yang aku tahu kita rujuk pada mahkamah, mereka ni tak sah! Bernikah pun tak sah!” ucap Fatimah pula. Umran terkedu, Rose juga termangu. Hanya esak dan tangis sahaja yang berlagu dari Zulaikha manakala kesal yang menggunung sudah lama bertamu di hati Abdullah Arwa.

“Macam mana sekalipun, pertunangan Rose akan tetap berjalan! Kita dah janji! Dan Umran, kamu ada sentuh Rose?” soal Pak Tam mahu memastikan. Umran panggung wajahnya, keluhan terlepas juga. Perlahan-lahan kepala digeleng, dia belum pernah menyentuh Rose! Mujur juga, jika tidak dia sudah terlebih perbuatan andai itu yang terjadi. Mana mungkin dia memaafkan dirinya andai berbuat demikian kepada adik kandungnya sendiri!

“Umran, mama minta maaf! Sekalipun mama tak pernah jumpa Umran! Walau mama sudah berkahwin lain, mama tetap rindukan Umran dan mama letak nama Rose hampir-hampir dengan nama Umran untuk pastikan mama rasa yang Umran masih anak kepada mama walau kita sudah terpisah dan tak pernah berjumpa lagi!

“Cukuplah! Umran tak nak dengar apa-apa lagi. Cukup!” ujar Umran lalu menggapai kunci keretanya dan berlalu dari tengah kelompok manusia yang sedang membicarakan tentang dirinya.

“Rose, take care of yourself! Kita bukan suami isteri tapi kita adik beradik! Abang minta maaf, Nek Umran minta maaf. Dan semua yang ada dekat sini, Umran minta maaf! Assalammualaikum!” serentak itu Umran terus meredah hujan lebat menyusuri titi kecil penghubung jalan masuk sebelum menuju ke arah keretanya.

“Maafkan Umran nek, maafkan Umran!” luah Umran lantas membolosi perut kereta dan memecut semahunya meninggalkan kawasan yang baru mencipta luka dan meninggalkan seribu kepahitan dan kebenaran yang sukar untuk diterima oleh hatinya lagi! perlahan-lahan air mata yang gugur diseka, sungguh sukar bahagia itu untuk diperoleh. Ampunkan aku Ya Allah, kasihani aku dan sayangi aku!
 Hanya itu tempat dirinya mengadu kini! Semoga esok masih ada sinar bahagia untuk dirinya!

~UMRAN HANNAN + ROSE FANNAN~



P/S: semoga terhibur. maaf atas kekurangan :)



14 comments:

  1. Phew ... nasib baik belum jauh terlanjur... Kalau tak, jadi sumbang mahram pulak! Aisy.... mintak dijauhkan.....

    ReplyDelete
  2. hope ade penyambung kisah umran dgn jodoh die plk..sian umran..

    ReplyDelete
  3. uish!!!
    berat betul kes ni...
    tragis..sadis..sedih..

    ReplyDelete
  4. hehe... mmg xada kisah Umran lepas ni... tamat sudah huhu :) tq reading :)

    ReplyDelete
  5. x brpa suka la ending mcm ni..sedihnyaaaa

    ReplyDelete
  6. ala yeke? tapi xsemua yg kita plan berakhir dgn happy ending, maybe sedih2 dulu then baru happy ending. bukan jodoh mereka ;)

    ReplyDelete
  7. kesiannya pd anak2 kan.....?????

    ReplyDelete
  8. yup.. hope bila ada yang berkahwin lebih dari satu terutaamnya yang berpoligami jangan sembunyikan perkahwinan ini. bak kata dr fadzilah kamsar :)

    ReplyDelete
  9. kesilapan ibubapa... anak2 yg terpaksa menanggungnya.... sepatutnya masyrakat tidak memandang serong pada anak yg tidak sah taraf mahupun lahir dari hasil penzinaan kerana mereka tidak bersalah sebaliknya ibubapa mereka.... namun bukan mudah utk membersihkan kembali keturunan yg telah tercemar..... kebaikan mudah dilupakan tetapi keburukan akan sentiasa diingati walaupun ditelan masa ia tetap tersirna....

    ReplyDelete
  10. sangat best, cite cengini ada yg real, harap jadi pengajaran,
    syabas buat writer..... I like....

    ReplyDelete
  11. aulia....anda telah membuat saya menangis.....tahniah....sebak ni....membawa hati pergi bersama umran......

    ReplyDelete

There was an error in this gadget