Sunday, 2 December 2012

DUNIA KITA BERBEZA 5



“Kalau Umran anak luar nikah sekalipun nek, takkanlah Umran ni langsung tak layak dapat layanan baik dari Pak Tam? Apa hina sangat ke anak luar nikah macam Umran ni?” gumam Umran lalu menyandarkan belakang tubuhnya ke pohon mempelam. Wajah tua Fatimah yang sudah berkedut di pandang  tidak berkelip. Geram benar dengan sikap Pak Tam yang langsung tidak dapat menerimanya, apatah lagi untuk melayan mesra akan hadirnya tadi. Benci!


“Nenek tak tahu nak cakap macam mana lagi! Lagipun Pak Tam tu memang tak berkenan pada Umran.” Luah Fatimah bila setiap kali perilaku jirannya itu diadu oleh Umran satu-satunya cucu yang disayangi.

“Yelah nek, Umran bukan mintak dia sembah Umran ke apa ke... yang Umran mahu cuma Pak Tam tak layan Umran macam ni. Dah serupa macam anak tiri dia pulak!” hambur Umran dalam kerut wajah yang tidak dapat disembunyikan lagi. Geram benar pada tingkah Pak Tam! Bukan setakat mahu bertegur sapa, memaniskan wajah juga tiada. Inikah adab melayani tetamu? Huh bencinya!

“Umran nak tumbuk Pak Tam!” luah Umran mengepal-ngepal genggaman tangannya. Fatimah yang melihat tersentak apa pula yang ingin dilakukan cucunya itu. Umran pun satu, tidak mahu mengalah!

“Jangan nak buat perangai Umran, pening kepala nenek karang!” ujar Fatimah yang sudah serabut dengan masalah yang menimpa cucunya itu. Umran bersahaja, kali ini riak wajah itu tampak benar-benar mahu menumbuk jiran sekampunganya, Fatimah gusar! Janganlah Umran lakukan sesuatu diluar dugaan. Kecoh sekampung, mana pula wajahnya hendak disembunyikan lagi. Dahulu ayah si Umran membuat onar, jangan kini Umran pula sengaja mengulang aib perilaku bapanya dahulu. Serik menjadi bahan umpat keji masyarakat!

“Umran nak ajar Pak Tam!” ucap Umran tegas.

“Nak ajar apa pulak ni Umran? Tak payah nak ajar orang tua tu.... dia dah tua tak payah belajar lagi.” celah Fatimah memujuk Umran agar hentikan sahaja niat hatinya mahu mengajar Pak Tam.

“Ada la nek... lepas ni baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah! Jangan tahu nak hina orang macam Umran ni.... ingat golongan tidak bernasib baik macam Umran ni tak ada hati? Tak ada perasaan? Senang-senang masyarakat nak pinggirkan? Tolonglah nek, semua ni bukan salah Umran! Semua ni salah orang tua Umran! Bukan Umran!” adu Umran keras. Keras menzahirkan rasa hatinya yang benar-benar terkilan dengan masyarakat! Hingga tegar dirinya dipandang serong dan dianggap jelek!

“Umran, mengucap cu! Jangan ikutkan sangat kata hati yang tengah marah!” nasihat Fatimah lalu menuang kopi ke dalam cawan. Petang-petang begini nikmat sungguh bila mengenakan roti kering di cicah air kopi. Tambah-tambah keadaan petang redup dan berangin sebegini, menambahkan lagi tenang yang bertamu. Namun tenang itu terhapus bila Umran sekali lagi mengadu tentang layanan Pak Tam. Dan cucunya pun satu, masih enggan mengalah! Suka mencari gaduh dengan Pak Tam.

“Umran geram nek! apa yang dibencikan pada Umran ni! hairan!” luah Umran dalam nada tinggi. Sabar juga hilang bila mengenang kembali layanan Pak Tam tadi.  Berbulu sahaja hati orang tua itu melihatnya!

“Umran! Jangan nak buat hal! Tolonglah nenek,” rayu Fatimah agar Umran tidak meneruskan niatnya. Sedikit sebanyak perilaku Abdullah Arwa bapa kepada cucunya itu terlihat dari tingkah yang tegas dan agak degil tidak menurut kata itu. Benar-benar serupa!

“Tahulah Umran macam mana nak ajar orang tua tu,” ucap Umran perlahan lalu mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Fatimah tersentak, dari gerak geri Umran, dirinya merasakan ada sesuatu yang akan dilakukan oleh cucunya itu. Ya Allah Umran, jangan buat hal! Malu nenek nanti! Fatimah serabut mengenangkan perihal cucunya Umran.

“Dia benci pada Umran nek, tanpa sebab! Once dia benci, janganlah salahkan Umran kalau Umran capaikan hajat dia untuk terus bencikan Umran!” laung Umran dari dalam. Fatimah mengetap bibir, menggeleng kesal dengan sikap Umran. Sama-sama keras hati dan sama-sama degil tidak mahu beralah.





***

“Rose...! Cantik hari ni!” luah Umran menguntum senyum pada si gadis yang ayu mengenakan baju kurung berbunga kecil.

“Yeke?” Rose Fannan menyambut kata Umran dalam senyuman simpul. Rambut panjang menguruai itu dipintal-pintal dengan hujung jari.


“Iya.. comel je abang tengok! Rose nak kemana?” soal Umran lembut menyusun bicara. Sesekali wajah bening Rose Fannan yang tidak bertudung di perhatikan. Cantik dan ayu!

“Tak kemana, saje jalan-jalan ambil angin petang! Lagipun dah seminggu hujan, mujur petang ni cuaca cerah! Bolehlah Rose bersiar-siar! Abang pula nak kemana?” kali ini Rose Fannan menyoal Umran yang tampak kemas dalam persalinan t-shirt tanpa kolar juga seluar jeans gelap. Tidak berselut dan berlumpur seperti yang sering kali dilihat oleh sepasang matanya!

“Abang?” Umran mengulangi panggilan yang digunakan oleh Rose Fannan. Sejak diawal perkenalan mereka, gadis itu sduah memanggilnya dengan panggilan abang. Kedengaran merdu sahaja bila di sebut bibir merah merekah itu. Belum pernah lagi, mana-mana gadis menyapa dirinya dengan panggilan abang, hanya Rose seorang yang berbuat sedemikian.

“Ya, abang pula nak kemana?” persoalannya diulang semula.

“Abang tak tahu nak kemana? Bosan.. kalau abang join Rose boleh?” Umran meminta kebenaran. Senyuman diukir dan kedua tangan diseluk ke dalam poket menanti reaksi gadis itu.

“Boleh je.... jomlah! Rose ingat nak ke tali air hujung sana tu? Macam best je tengok budak-budak kecil main parit!” sahut Rose Fannan lalu mengunjuk jari telunjuk ke arah hujung jalan. Di sana ada tali air yang besar dan menjadi tempat kanak-kanak kecil bermandi manda.

“Jom!” ucap Umran lantas beriringan bersama Rose Fannan menuju ke hujung jalan.


“Rose... abang tanya sikit boleh?” soal Umran membiarkan sebahagian kakinya terendam ke dalam parit. Titi kecil merentasi parit menjadi pilihan untuk melepaskan lelah buat seketika.


“Abang nak tanya apa?” Rose bersuara lalu menguntum senyum pada jejaka yang semakin mesra melayaninya. Jika di awal-awal dahulu, Umran kelihatan malu-malu tetapi seiring waktu yang berlalu, hubungan mereka semakin erat. Mungkin kerana sama-sama pendatang baru di kampung itu. Jadi mudah benarlah mereka berkongsi rasa dan cerita.

“Kenapa Pak Tam tak suka abang eh?” luah Umran perlahan. Wajah masih dihala ke permukaan air, di situ bayang wajahnya dan juga Rose Fannan terbias. Sekali air berkocak, sekali itu bayangan mereka lenyap dan pabila permukaan itu kembali tenang, sekali lagi wajah mereka terlihat semula.

“Entah la... Rose pernah tanya pada nenek! Tapi nenek tak mahu cakap! Pelikkan!” ujar Rose Fannan juga hairan mengapa datuk dan neneknya enggan membuka cerita tentang kebencian yang sarat pada lelaki itu. Entah apa sebabnya!

“Abang lagi pelik, sampai sekarang abang tak ada jawapan! Sudah la orang kampung pandang hina... Pak Tam pula membenci! Entah apa nasib abang.” Kesal itu dihambur perlahan. Sesungguhnya Rose menjadi pendengar setia  setelah satu rahsia besar dikongsi bersama. Dan semenjak itu jugalah hubungan mereka kembali bertambah mesra dan erat! Dan kemesraan itu ternyata membibitkan sebuah perasaan halus yang semakin diantara keduanya.

“Rose tak tahu nak komen apa, tapi memang komuniti kita macam tu bang... yang salah akan terus bersalah walaupun Tuhan memberi peluang untuk berubah. Cuma manusia yang enggan memaafkan! Tapi semua ni bukan salah abang!” pujuk Rose lembut mengusir kedukaan Umran yang dihimpit keresahan apatah lagi kenyataan yang baru diketahui cukup memeritkan.

“Memang semua ni bukan salah abang, tapi abang dibebankan dengan perbuatan orang tua abang sendiri! Patutlah ayah abang buang abang, ibu abang pula tak pernah sekalipun datang jenguk bertanya khabar! Mungkin malu nak mengaku abang ni zuriat dari darah daging sendiri!” tutur Umran sambil tertunduk menyembunyikan wajah yang dipagut duka dari dijamah pandangan mata Rose yang setia di sisi.

“Abang janganlah cakap macam tu! Mungkin ada sebab mengapa ibu abang tinggalkan abang.” Sekali lagi Rose Fannan memujuk.

“Abang dah 27 Rose? Sekalipun abang tak pernah jumpa ibu abang. Bila abang tanya pada ayah abang.... dia kata ibu abang dah tak ada. Bila abang tanya mana kuburnya, dia diam! Abang sendiri tak tahu mana satu kebenarannya! Entah apa yang diorang sembunyikan! Abang hidup dalam tanda tanya!” tangan dibawa meraup wajah yang kusut. Entah mengapa kali ini, segala rasa dan beban perasaan dilontar pada Rose, berkongsi rasa dan penderitaan yang lama ditanggung sendirian!

“Abang...” panggil Rose mahu meredakan rasa terkilan dan kecewa Umran.

“Once abang anak luar nikah sekalipun? Tak layak ke abang dapat hidup macam orang lain?” soal Umran lirih.

“Patutlah selama ni, susah abang nak survive untuk teruskan hidup.  Bila bekerja, orang membenci! Bila bergaul dan bercampur dengan masyarakat, mereka pinggirkan abang. Bila ke masjid, orang jauhi abang! Apa ni Rose? Abang tak faham? Kenapa abang susah nak teruskan kehidupan?

Abang tahu, semuanya kerana abang lahir bukan diiringi doa dan harapan! Tapi abang lahir membuatkan kedua ibu bapa abang kecewa dan terasa aib! Dan kelahiran abang juga membuatkan orang-orang yang ibu bapa abang sayang membenci mereka. Jadi memang patutlah abang hidup susah sengsara macam ni.” hambur Umran menahan sebak yang beraja dihati. Sesekali wajah Rose Fannan yang diam mendengar luahan hati darinya dipandang. Hanya gadis itu sahaja yang setia menemaninya mendengar keluh kesah yang ditanggung lama.

“Abang... janganlah macam ni!” Rose kehabisan kata untuk mematikan luahan kesal dari lelaki itu.

“Abang dah dapat jawapan untuk semua kesusahan yang abang hadap selama ni. Rose tahu tak....  abang terpaksa bersusah payah untuk sesuatu yang senang! Nasib abang tak serupa macam orang lain! Dan ini semuanya jawapan yang selama ini abang cari! Abang anak luar nikah, anak yang tak diperlukan! Anak yang tak sah taraf! Anak yang diragui tarafnya! Mereka buang abang, dari kehidupan mereka! Dan abang teruskan hidup tanpa doa restu ibu dan ayah abang... mereka tak perlukan abang!” Umran menekup wajah.

“Abang... jangalah macam ni.” Rose menarik tangan yang menutupi wajah Umran. Tidak mahu Umran melayani rasa hibanya sendiri! Kasihannya tumpah, derita Umran bukan sedikit!

“Abang... jangan macam ni. Rose ada, Rose akan teman abang!” luah Rose Fannan seraya menarik jari jemari Umran dari terus terusan menekup wajahnya dengan tapak tangan.

“Rose!” laung satu suara mengejutkan keduanya. Dan serentak itu juga mereka berpaling.

“Hei Umran! Kau buat apa pada cucu Pak Tam? Kau buat apa hah? Nak conteng arang pada muka Pak Iman kita ke?” tebak lelaki itu bercekak pinggang.

“Jangan memfitnah!” tekan Umran bangkit. Rose Fannan juga bangkit dari duduknya! Wajah garang pemuda kampung itu ditatap dalam-dalam. Jika tidak salah perkiraannya, lelaki itu yang datang bertemu datuknya semalam.

“Fitnah apanya? Kau tahu tak, cucu Pak Tam ni bakal isteri aku! Jangan nak buat perkara tak senonoh!” ujar pemuda itu membuatkan Rose Fannan tersentak. Wajah Umran diperhatikan, memohon pengertian, begitu juga Umran yang tergamam seketika. Benarkah Rose bakal menjadi milik pemuda itu?  Umran berasa tidak keruan! Perkhabaran apakah ini! satu persatu merentap bahagianya!

“ Rose! Balik!” suara itu bergema lagi. Namun tegang nada suaranya sedikit kendur tidak seperti di awal tadi.

“Awak jangan nak pandai-pandai arah saya itu ini... saya tak kenal awak!’ ucap Rose mahu lelaki itu sedar tentang siapa diri itu pada dirinya!

“Pak Tam sudah terima pinangan abang. Dan tak lama lagi, Rose akan jadi milik abang. Jadi tolong jaga tingkah laku untuk suami Rose! Jangan terbawa-bawa kehidupan kota ke kampung ni, tak manis!” tegur lelaki itu membuatkan Rose Fannan tergamam bercampur rasa kecewa. Datuknya membuat keputusan yang agak besar tentang percaturan hidup matinya!

“Abang...” panggil Rose Fannan dalam pandangan berkaca momohon Umran membantu dirinya keluar dari masalah itu.

“Tolong Rose.... Rose tak nak kahwin dengan dia.” Ucap Rose Fannan. Perlahan-lahan air mata itu merembes gugur!  Umran sebak, bagaimana dengan hatinya yang mula menyayangi gadis itu? Sedangkan  gadis itu akan menjadi milik lelaki lain? Bukan dirinya!

“Sudah la Rose! Pulanglah! Jangan buat perkara yang boleh memalukan orang tua tu.” Ucap pemuda yang merujuk kepada datuknya Pak Tam.

“Abang.... tolonglah Rose!” gumam Rose Fannan sebelum lengannya ditarik lembut oleh pemuda yang bakal menikahinya nanti. Mujur juga lengan baju kurung yang dipakai menutupi  pergelangan tangan.

“Mari balik, dah senja! Jangan buat sesuatu yang memalukan diri sendiri!” pujuk lelaki itu memohon Rose Fannan mengikut jejaknya pulang. Sementalah petang akan berlalu pergi dan senja pula semakin menghampiri!

“Rose tak nak! Rose nak balik dengan abang Umran.” Ucap Rose Fannan cuba meleraikan pegangan tangan itu namun pegangan erat jejaka yang tidak diketahui asal usulnya itu kemas melelar. Dirinya tiada kudrat untuk melawan!

“Abang...” panggil Rose Fannan. Perlahan-lahan Umran mengangkat wajah! Mencari wajah gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. esak tangis Rose semakin kuat menyapa pendengaran, Umran kaku dan kelu. Pertama kali berhadapan dengan seorang gadis yang sedang menghamburkan tangisnya!

“Tolong Rose bang... Rose sayangkan abang! Bawa Rose dari sini!” luah Rose Fannan walaupun diri itu sudah menjauh.  Umran lepaskan keluhan! Kesedihan buat seketika!

Dirinya juga menyayangi gadis itu namun apa yang mampu Umran lakukan hanyalah sekadar  melihat. Siapa dirinya untuk menghalang lelaki yang telah meminang gadis idamannya itu. dirinya terlambat dalam merebut hati Rose dan jika benar dia mahu memiliki sekalipun, masih ada halangan besar yang menanti dirinya di hadapan!

****

Umran tiada selera untuk menjamah makan malamnya, surau juga tidak dikunjungi lagi. Kedai runcit juga tidak lagi dijejaki! Untuk apa hadirnya di situ jika sekadar menambah sakit di hati bila perihal Rose dan juga dirinya tempoh hari hangat diperkatakan. Pandangan sinis dan tawa mengejek, juga jelingan jijik senantiasa menemaninya sejak seminggu lalu. Kelibat Rose juga sudah tidak kelihatan setelah Pak Tam bersetuju menerima pinangan pemuda kampung yang baru pulang dari universiti di Timur tengah itu. Pasti punyai latar pendidikan agama yang kukuh dan yang paling penting, lelaki itu bersih dan suci! Tidak sepertinya yang lahir tanpa ikatan sah! Jijik dan hina!

“Umran.... makan dulu cu. Apa yang dimenungkan?” Fatimah mendekati Umran yang termangu di tepi pintu.

“Tak selera la nek!” luah Umran mendatar.

“Makanlah dulu,” pujuk Fatimah enggan mengalah.

“Tak mahu.” Umran pula berdegil.

“Umran..... “ panggil Fatimah. Ada sesuatu yang mahu di khabarkan kepada cucunya itu.

“Apa nek?” sahut Umran lalu mengerling Fatimah buat seketika.

“Ayah Umran kata nak balik, katanya ada hal penting nak bagitahu Umran!” luah Fatimah melabuhkna duduknya di kerusi panjang berdekatan muka pintu. Umran yang kembali membawa pandangan ke tengah halaman yang semakin  kelam itu diperhatikan dari belakang.  Serupa seperti anak kandungnya, Abdullah Arwa.

“Buat apa dia nak balik?” soal Umran bersahaja.

“Umran... kalau marah pada ayah tu, jangan sampai bahasa yang tak elok Umran gunakan.” Nasihat Fatimah mahu hati Umran lembut kembali.

“Yela... Umran malas nak ambil tahu lagi pasal ayah, nek! Dia dah buang Umran! Sama macam ibu, entah hidup entah mati!” hambur Umran tidak lagi mahu menjaga bahasa yang diguna. Padanya segala kesulitan menempuh kehidupan di atas muka bumi ini berpunca dari sikap kedua orang tuanya yang langsung tidak mahu bertanggungjawab. Membiarkan dirinya membesar tanpa kasih sayang juga dibiarkan hidup terkontang kanting sendirian!

“Umran..” Fatimah masih lagi berlembut.

“Biarlah nek, dia nak balik ke... nak apa ke? Umran dah tak peduli? Untuk apa lagi? nenek cakap untuk apa? Umran takde kena mengena dengan dia lagi!  Bertahun dia sisihkan Umran! ” ucap Umran keras.

Fatimah kehabisan kata, ada benarnya apa yang diperkatakan cucunya itu. Kedua-duanya langsung tidak menghiraukan akan perihal Umran. Dan kini, mahu meraih semula perhatian anak yang sudah lama diabaikan. Pasti Umran enggan menurut!

“Hujung minggu ni nenek dengar cerita yang Rose nak bertunang!” ucap Fatimah lambat-lambat. Tasbih masih melekat di celah jari jemarinya. Dan sebaik bicaranya terlontar, Umran berpaling lalu mendekati dia yang sedang duduk di kerus panjang itu.

“Betul ke nek?” soal Umran memohon pengertian.

“Ya cu,” sahut Fatimah perlahan.

“Nek, Umran sukakan Rose! Tolong pinangkan Rose untuk Umran.” Pinta Umran tanpa di duga. Kali ini Umran sudah berteleku di hadapan matanya. Melutut memohon pertolongan  untuk meminang gadis yang terlebih dahulu dipinang lelaki lain. Dan sesungguhnya permintaan itu membuatkan Fatimah terkedu.

“Tolonglah Umran nek,” pinta Umran merayu. Fatimah lepaskan keluhannya.

“Umran... bukan nenek tak mahu tolong! Tapi Pak Tam tak suka Umran... lagi satu dia dah terima pinangan lelaki tu. Takkan dia nak terima pinangan Umran pula. Tak baik cu,  merampas tunangan orang.” Nasihat di dihambur berhemat agar Umran tabah menerima.

“Belum bertunang lagi nek! baru merisik, Umran masih ada peluang!” keadaan sebenar tentang hubunganRose dan pemuda yang tidak diketahui namanya itu diperjelaskan kepada Fatimah agar wanita tua itu mengerti akan kehendakknya yang mahu memiliki Rose.

 “Umran... kenapa ni?” Fatimah tidak tahu dengan apa lagi mahu melembutkan hati cucunya agar meneriam sahaja ketentuan yang sudah tersurat itu. Rose bukan gadis yang tercipta untuk dirinya. Dan kenyataan itu harus diterima dengan hati terbuka!

“Takpelah nek, Umran masuk bilik dulu.” Tutur Umran bernada kecewa bila permintaannya tidak mendapat sambutan. Perlahan-lahan tubuh ditegakkan dan kaki diatur memasuki perkarangan bilik ditingkat atas rumah papan yang sudah hampir sebulan didiami.

Fatimah hanya mampu melihat, rasa kasihannya tumpah namun dengan apa lagi hati Umran yang rawan dapat dipujuk? Semuanya salah anaknya Abdullah!

Hening malam yang merangkak pergi terganggu dengan satu suara yang sayup-sayup menyeru namanya. Umran membuka mata, cuba mengamati dari suara yang datang.

“Shhhh.... abang Umran! Abang Umran!”  bisik Rose dekat di jendela bilik tidur Umran yang tertutup rapat.

“Abang Umran.” Panggil Rose Fannan masih mencuba. Tidak berapa lama kemudian, daun tingkap terkuak. Umran menoleh ke kiri dan ke kanan tiada siapa yang kelihatan. Mata dipisat lagi, agar pandangan jelas! Tidurnya yang sepicing terganggu oleh suara itu.

“Abang Umran!” panggil Rose Fannan berbisik. Umran jatuhkan pandangan ke tanah. Di situ Rose Fannan sedang berdiri bersama beg pakaian yang tersangkut di bahu. Dan gadis itu mengisyaratkan agar dirinya tidak bercakap.

“Rose nak lari.. tolong bawa Rose jauh dari sini. Tolong bawa Rose keluar dari sini!’ gumam bibir itu memohon belas ehsan Umran.

“Rose!” Umran terkdedu dengan permintaan serupa itu.

“Shhh.... cepat abang! Rose dah tak ada masa ni,’ luah Rose Fannan sambil menegrling jam di pergelangan tangan. Sudah memasuki angka tiga pagi.

“Sekejap!” sahut Umran lalu menhhilangkan dirinya ke dalam bilik mendapatkan barang-barang yang ingin dibawa bersama, untuk apa dia sendiri tidak pasti.

“Nak kemana?” soal Umran perlahan berbisik. Dengan berhati-hati dia menuruni tingkap kayu dan melompat ke tanah. Mujur juga ketinggian rumah papan itu tidaklah setinggi rumah teres di bandar. Mudah sedikit dia melepaskan diri.

“Rose nak lari. Hantarkan Rose ke KL. Please!” rayu Rose Fannan dalam riak simpati. Umran serba salah, menurut atau menegah!

 P/S: tq kerana sudi meluangkan masa membaca karya picisan ini. :) insyallah akan habis di blog.



3 comments:

  1. erm,sian nyer dkt umran..pak tam kn imam cbe la jge hati umran skit..terima je la knyataan..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Yeahyyyy best3,,,apa la Pak tam tu....pftttttt nnt umran lari ngn rose ke ? Omg!!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget