Wednesday, 23 January 2013

IKATAN BERSIMPUL MATI 1





Pagi lagi suara mak kedengaran sayup-sayup menyapa peluput telinga semakin lama semakin kuat dan kuat hinggalah mata yang terpejam erat terpaksa ku buka sedikit demi mencuri lihat keadaan ketika ini.

“Khalisa bangun! Kata ada interview hari ni?” kelibat mak yang sudah bercekak pinggang menerpa sepasang anak mata ini. Serentak itu juga kelopak mata ku buka luas!


 “Dah pukul berapa ni mak?” kelam kabut aku bangun bila perkataan interview terluah dari bibir mak. Ya Allah macam mana aku boleh lupa? Hisshh... dah pukul berapa sekarang. Tanpa memperdulikan mak di muka pintu, wajah ku toleh ke kanan dan ke kiri mencari kemana perginya jam loceng yang selalu berada di atas meja.

“Cari apa?” sergah mak pendek. Aku panggung wajah mencari wajah ibunda kesayangan. Dia melihat penuh kehairanan manakala aku pula pamer riak wajah kekeliruan. Oh aku terlupa yang aku tengah mencari jam loceng.

“Jam loceng!” ujar ku sepatah. Rambut yang menutupi wajah ku selak ke belakang.

“Tu ha... ada tepi bantal! Sudah tu, siap cepat! Nanti boleh suruh ayah hantarkan!” aku angguk sekali sambil meraba-raba ke arah bantal. Oh di sini rupanya jam loceng aku! Jam berbentuk empat segi itu ku tenung lama, baru menghampiri angka lapan pagi. Aku angguk sekali baru pukul lapan rupanya! Hah? Pukul lapan! Kali ini aku benar-benar terkejut bila angka lapan mula berada di dalam minda sedar ku. Ini bermakna, tinggal setengah jam sahaja untuk aku sampai ke tempat temuduga yang dimaksudkan! Alamak, apasal boleh careless ni! memang aku marahkan diriku sendiri!

Setelah bersiap serapi mungkin, ayah menghantar aku ke sebuah bangunan pejabat berketinggian 15 tingkat, jika tak silap aku diluar bangunan tadi tertera perkataan Wisma Mustapha. Siapa Mustapha itu, aku tak pasti. Yang nyata, pemilik bangunan ini mestilah seorang yang kaya raya hingga mampu menubuhkan wismanya sendiri.

Dalam langkah penuh debaran, aku memasuki perut lif menuju ke tingkat tujuh dimana sesi temuduga akan berlangsung. Setibanya aku di sana, beberapa calon temuduga yang lain telah tiba lebih awal. Entah pukul berapa mereka bangun namun aku yakin mereka lebih bersedia dari segi mental dan fizikal berbanding aku yang terpaksa terjah setelah mendapat tahu tentang panggilan temuduga ini lewat petang semalam. Itu pun tidak disengajakan aku terbuka kotak email.

“Hai.. you all semua. Dah breakfast?” soal seorang gadis. Cantik dan anggun, putih dan langsing! Itu pandangan dari mata yang memerhati. Mungkin setiausaha mungkin juga pembantu peribadi. Aku pun tak tahu, maklumlah ini pertama kali aku menjejaki alam pekerjaan dan sudah tentunya aku tiada pengalaman serupa ini.

“Sebentar nanti awak semua akan ditemuduga oleh Encik Fikri dan Puan Dania. Dan mungkin mengambil masa yang agak panjang, jadi saya cadangkan pada sesiapa yang belum bersarapan. Awak semua boleh pergi sarapan dulu, pukul sembilan boleh kemari. Sesiapa yang dah sarapan, boleh terus ambil nombor giliran di meja saya!” ujar gadis manis itu bersama senyuman yang sememangnya manis bergula!

Aku kakukan diri sambil memikirkan cadangan yang diberi, memang aku belum bersarapan! Jadi lebih baik andainya perut ku isi dulu sambil membuat persediaan seketika.

“Cik, saya rasa saya nak keluar sekejap! Nanti saya masuk balik.” Gumam ku pada gadis yang memberi penerangannya tadi.

“Pukul sembilan datang ke sini semula ya! Jangan lambat!” ucapnya ku sambut anggukan kecil.

“Terima kasih!”

“Sama-sama!” gadis itu menyahut ucapan terima kasih ku bersama senyuman manisnya sekali lagi.

****


Dua minggu berlalu dan semalam aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari syarikat yang menemuduga aku tempoh hari. Entah apa ke nama syarikat tu! Aku pun dah lupa! Katanya hari ini aku akan mula bekerja dan benarlah aku sudah terconggok di atas bas Rapid menuju ke Wisma Mustapha.

Dalam langkah longlai, aku menapak menuju ke lobi bangunan sebelum menuju ke deretan lif. Di sana beberapa pekerja syarikat tersebut sudah siap sedia menunggu pintu lif terbuka. Fuh, ramai giler! Takpelah, bagi mereka naik dulu! Aku lambat-lambat pun takpe!

Aku masih diam memerhatikan karenah mereka-mereka yang berebut menggunakan lif hinggalah keadaan menjadi lengang seketika barulah aku berdiri betul-betul di hadapan pintu lif menunggu pintu lif terbuka dengan sabar. Ni high speed ke apa? Bangunan dah cantik, lif terkedek-kedek! Tanpa sedar aku menyelar keadaan lif yang bakal membawa aku  ke tingkat 12.

Sebaik pintu lif berdenting, aku boloskan diri ke dalam perut lif! Dan butang bernombor 12 ku tekan pantas dan serentak itu juga aku lihat daun pintu lif tertutup perlahan-lahan.

Satu persatu tingkat di daki oleh lif yang nampak naif! Dalam menunggu dan sabar menunggu itu lif terasa terhinjut seketika dan lampu di dalamnya terpadam sesaat dua sebelum kembali terang membuatkan perut ku bergelojak seketika. Ya Allah, aku betul-betul mual bila keadaan ini yang harus ku tempuh. Dalam rasa pening yang datang tiba-tiba, aku melangkah keluar dari perut lif tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan hingga bahu seseorang ku langgar tanpa sedar.

“Hei! Mata tu letak dekat mana? Lutut!” sergahnya buat aku terkedu. Suara itu seperti pernah ku dengar suatu ketika dahulu. Tapi siapa, aku pun ingat-ingat lupa. Siapa agaknya ya! Aku meneka dan memanggung wajah mencari jawapan untuk persoalan hati.

“Hah?” aku tekup mulut lalu wajah ku tundukkan kembali. Ddi... dia! Dia buat apa dekat sini? Hishh... takkanlah kerja satu tempat dengan aku?

“ Hei young lady!” sergah dia buat aku mencemik seketika. Perangai tak pernah berubah! macam manalah orang nak suka!

“I’m so sorry Encik Adlan, saya tak nampak tadi.” gumam ku masih menyembunyikan wajah dari dijamah sepasang pandangan tajam itu.

“How do you know my name?” soalnya curiga. Aku tekup mulut, YA Allah macam mana aku boleh terlepas kata. Eh, dia tak kenal aku? Atau dia telah hilang ingatan? Ah apa aku nak jawab ni! Jari jemari ku elus satu persatu.

“How do you know my name?” soalnya perlahan tapi tegas. Aku telan liur, sikap garang seperti singa bukan sikap lelaki itu sebelum ini. Mungkinkah dia berubah laku setelah aku simbah dirinya dengan air panas suatu ketika dulu? Ah banyaknya soalan! Mana satu nak jawab! Aku marahkan diri sendiri.

“Maaf encik, saya... saya... saya teka je. Ya, saya main teka!” ujar ku gugup berserta sebuah jawapan kurang cerdik. Huh lantaklah! Asalkan semuanya nampak beralasan, itu lebih bagus!

“Teka? Huh..” dia bercekak pinggang lalu tergelak sinis. Seraya menentang pandangan mata ku tajam dan penuh mengejek. Tiba-tiba dia hampirkan tubuhnya ke tubuh ku, dan aku berganjak sedikit tapi dia masih cuba mendekat!

“Jangan bagi alasan bodoh! Sebab alasan bodoh akan menampakkan tahap kebodohan awak!” bisikknya perlahan namun perit untuk gegendang telinga ku menerimanya. Sejurus itu dia berlalu pergi tanpa menoleh ke arah aku lagi. Hairannya! Dia tak ingat aku ke? Ke dia dah lupa bekas isteri dia ni? Huh... baguslah! Aku pun tak ingin nak kenal apatah lagi nak ingatkan kau  Encik Adlan!

“Khalisa, it’s you?” soal seseorang buat aku tersentak lalu wajah ku palingkan ke arah suara yang menegur.

“Yup, Khalisa here! Encik Fikri... saya terlambat ke?” soal ku berbahasa.

“Eh, taklah! Awal lagi ni.” sambutnya beserta sebuah senyuman mesra.

Aku senyum dan mengangguk sekali seraya mendekati tubuh itu, lelaki ini yang menemuduga aku tempoh hari dan dalam keadaan tergesa-gesa aku dipanggil bekerja. Hairan tapi itulah hakikat, aku yang tidak punya pengalaman dan tidak punya keputusan yang bagus juga boleh diterima masuk bekerja di syarikat korporat seperti ini.

“Mari kita masuk ke bilik saya! Saya nak bagi offer letter dan awak boleh tanda tangan kontrak.”

“Baiklah, terima kasih Encik Fikri sudi terima saya bekerja di syarikat ni.” ucap ku luhur dari hati.

“Saya cuma mengikut arahan, selebihnya terpulang pada pihak atasan.” Gumam Encik Fikri buat dahi ku berkerut. Dia mempersilakan aku duduk di kerusi beroda sebelum dia ku lihat mengeluarkan beberapa set dokumen.

“Maksud Encik?” soal ku sepatah.

“Tak ada apalah, nah.. ambil baca dan tanda tangan!” kontrak disua ke arah ku. Dan dengan rasa yang masih keliru huluran itu ku sambut tenang. Ku baca dan ku fahaminya dengan jelas lalu tandatangan ku jatuhkan dia atas kertas bertinta dakwat hitam.

“Encik Fikri.. boleh saya tanya sesuatu.” Dokumen yang selesai ku tanda tangan kini bertukar tangan dan dia ku tatap lagi.

“Ya, apa dia?” kening Encik Fikri terjungkit tinggi dan aku balas dengan senyuman sebelum pertanyaan itu ku lontar.

“Yang tadi tu siapa ya?” soal ku sekadar menduga Encik Fikri.

“Oh yang tu Encik Adlan, dia senior kita!” Encik Fikri senyum pada ku. Aku angguk sekali lagi sambil sebelah tangan memperkemaskan lilitan selendang yang sedikit senget.

“Senior kita bermakna dia lebih lama bekerja dari Encik Fikri?’ soal ku pendek.

“Ya, dah bertahun Encik Adlan bekerja dekat sini! Maklumlah anak bos!” ujar Fikri tertawa kecil membuatkan aku yang mendengar bicaranya menelan liur. Jangan cakap yang aku bekerja di syarikat bekas keluarga mertua aku! Ah... apa semua ni! Aku tak tahu pun bekas suami aku tu anak orang kaya, ada syarikat besar lagi. Kenapa aku tak tahu ni? Kenapa? Kenapa? tanpa sedar hati menjerit kuat! Mereka cuba ku jauhi tapi semakin hampir pula aku pada kehidupan keluarga itu.  Oh mungkin kau terlupa, aku memang tak pernah kenal siapa itu Adlan sebelum aku berkahwin dengan dirinya dahulu. Waktu tu, aku baru menamatkan zaman persekolahan. Masih mentah dan masih muda remaja! Dan kini aku jauh lebih matang berbanding dulu! Lima tahun berlalu, dan lima tahun itu pasti menyimpan seribu kenangan yang tidak manis pada aku dan mungkin juga pada Adlan.

“Encik Fikri... boleh saya tanya lagi.” mohon ku agar lelaki ini tidak jemu melayani karenah aku.

“Ya, silakan Khalisa!” ucapnya tenang dalam senyuman. Lega sedikit hati aku!

“Encik Fikri panggil saya Kay, itu lebih selesa pada saya.” Gumam ku sebelum meneruskan bicara.

“Kay? Hurmmm nice name!” dia ketawa halus.

“So nak tanya apa tadi?” dokumen kerja yang ku tanda tangani sebentar tadi dibelek-belek. Sesekali mata itu terarah ke raut wajah yang ku tempel dengan solekan nipis.

“Tak... err macam ni sebenarnya tentang Encik Adlan tadi.”

“Kenapa dah jatuh cinta?” tebak Encik Fikri memintas bicaranya ku langsung membuatkan aku bagaikan tercekik seketika. Memang aku akui, Adlan kacak, tapi tak semudah itu untuk aku jatuh cinta pada lelaki itu.

“Encik Adlan tu ada penyakit amnesia ke?” soalan ku buat dahi Encik Fikri berkerut-kerut. Mungkin pelik dengan soalan yang ku lontar.

“Kenapa awak tanya macam tu?” Encik Fikri menyoal aku tanpa menjawab persoalan ku tadi.

“Err... tak ada apa-apalah! Saja saya tanya!” aku tergelak kecil menutup canggung pada tingkah yang aneh.

“Oh ya... satu lagi soalan! Encik Adlan tu dah kahwin?” soalan ini tanpa sengaja membuatkan Encik Fikri ketawa halus.

“Awak ni Kay...  bukan awak seorang tapi ramai yang tanya soalan ni pada saya. Tapi awak lebih berani sebab awak terus tanya soalan tu pada hari pertama awak bekerja! Bagus!” aku tak tahu sama ada Encik Fikri memuji atau memerli. Ah aku tak peduli! Aku nak tahu!

“Tak silap sayalah, rasanya Encik Adlan tu pernah kahwin! Tapi ramai yang tak tahu, awak jangan kecoh-kecohkan hal ni pulak! Kalau ada yang tahu, saya cari awak sampai lubang cacing!” ugutan itu bersulam senyuman namun aku tahu Encik Fikri benar-benar maksudkan bicaranya. Hurmm... tahulah aku, bekas isteri Encik Adlan adalah aku! Ini bermakna, sejak lima tahun lepas dia belum pernah berkahwin untuk kali ke dua. Takkanlah dia setia pada aku yang keji ni? Atau dia serik untuk berkahwin lagi, manalah tahu kalau-kalau tersangkut pada perempuan satu spesis seperti aku? Huh kesianya Encik Adlan!

“Miss Kay,” sapa Encik Fikri buat aku terkejut. Terhapus lamunan ku dengan tiba-tiba. Jangkal bila gelaran dipangkal nama itu disebut oleh seorang lelaki walau hakikatnya aku sudah berstatus puan dan kembali menjadi cik puan sebulan kemudiannya.

“Bilik awak dekat sebelah sana! Bersebelahn dengan bilik kerja Encik Adlan! Bolehlah awak tengok dia selalu,” usik Encik Fikri buat aku tidak senang duduk. Kenapa pula aku ditempatkan di situ? Ah sudah, kalau dia tahu siapa aku yang sebenarnya! Matilah aku nanti, mesti dia akan balas dendam pada perbuatan aku dulu! Aduh takutnya!

“Cik Khalisa, kenapa ni? Awak macam tak selesa je!” tebak Encik Fikri bagai dapat meneka rasa hati ku.

“Kenapa saya ditempatkan di sana ya?” soal ku pendek.

“Awak akan menggantikan pembantu Encik Adlan buat sementara waku. Lepas tiga bulan, awak akan dipindahkan ke unit lain!” guamamnya menerangkan tugas dan bahagian kerja yang harus ku pikul.

“Saya takutlah!” luah ku tidak semana. Dan serentak itu juga Encik Fikri tayang wajah cemberutnya.

“Apa yang awak nak takutkan Kay? Encik Adlan tu tak makan orang! Dia makan nasi,” gelak lelaki itu sedikit pun tidak meredakan rasa takut ku pada Adlan. Aku benar-benar bimbang andai Adlan mengenali aku seterusnya membalas dendam pada perbuatan ku dahulu hingga aku dan dia bercerai talak satu! Cerai tanpa sengaja, tanpa sempat menikmati alam rumah tangga yang sebenar.

 P/S: ini buah tangan terbaru.. kerana sekadar hiasan dunia akan tamat tak lama lagi,. enjoy reading :) drop komen untuk pendpat anda. dan tajuk belum officially lagi. mungkin akan diubah nanti.

29 comments:

  1. Wahhhhhh best3....sambung lagi plissss........Macam mana diorg boleh kawin ek? Suspen betulla

    ReplyDelete
  2. best2...yg ni nk bt novel ke mini novel mcm SHD??...amboi! cpt je sy tnyakan...sorry kak aulia...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan tu soalan cepumas :) tiada jawapan :)

      Delete
  3. Pemulaan yg baik.x saba nk tggu...

    ReplyDelete
  4. Salam dik..

    One word dari akak..It's awesome...!! teruja nya nak tahu..adakah Kay ni umurnya 22 tahun..maknanya dia berkawen masa umurnya 17 tahun..!!! apa sebenarnya yg berlaku dalam rumahtangga mereka sehingga dia diceraikan dengan talak satu oleh bekas suami dia tu..Adakah mereka berkawen kerana cinta..kawen atas paksaan keluarga..akak harap ada sambungan pada E3 ni.. nampak gayanya watak perempuan ini nampaknya ganas giler..kan..sebab boleh simbah air panas kat muka suami..apa yg berlaku menyebabkan tercetus perbuatan yg agak melampau itu..adakah disebabkan gurauwan yg tidak bertempat atau disebabkan Adlan tu kaki pukul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak,

      tq komen akak. yup dia kahwin lepas habis spm. mereka kahwin x kenal tapi hubby dia suka pada pilihan keluarga. but kay pulak budak2 x faham apa mksud kawen yg sebenar2nya n sifat si adlan ni kuat bergurau. so itulah punca kena simbah air panas.

      Delete
    2. alahai kesiannya ..dia..mudah mudahan pertemuan ini akan membuahkan cinta buat mereka berdua kerana sudah pasti peristiwa lalu telah mematangkan mereka berdua..hopefully adalah E3 baru..rasa tak sabar pulak nak tahu ..bila mereka bertemu buat kali kedua..apa perasaan mamat tu pulak..adakah dia akan cuba memikat bekas isterinya yg masih bergelar janda berhias tu..
      Adakah kehadirannya telah diketahui dan ditunggu oleh bekas suaminya ..dan adakah keluarga mereka mengetahui dan cuba menyatukan mereka kembali..

      Delete
    3. nantikan e3 baru ya kak ida :) tq for komen :)

      Delete
  5. erm menarik,cepat2 sambung ye.....

    ReplyDelete
  6. makin best cite kat blog ni..like2222

    ReplyDelete
  7. permulaan yang menarik

    ReplyDelete
  8. Warghh..best2..nk lg..

    ReplyDelete
  9. best nampaknya teruskan usaha tapi kita rindu dengan Amira....Dan Fiq...Kak Sari

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sari...

      saya still otq siapkan jmpw hihi... susahnya mncri jalan penutup untuk cerita tu :) tq reading selamat menyelami dunia IKATAN BERSIMPUL MATI.

      Delete
  10. Replies
    1. TQ KAK NORIHAN... JANGN LUPA SINGGAH SINI LAGI YA! :)

      Delete
  11. double wow.. gud & awesome...

    ReplyDelete
  12. Best, percubaan yg baik mugkin boleh sambung lagi...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget