Lepas
makan tadi, Encik Adlan terus sahaja pandu keretanya pulang ke rumah. Dan aku
pula dibawa balik bersama, bermakna aku wajib bermalam dengan Encik Adlan bila
dia kata aku isteri dia dan tak boleh melawan macam dulu lagi.
“Encik,
saya nak tidur dekat bilik hari tu.” Gumam ku sambil pandang Encik Adlan
sekilas.
“Kenapa
tak tidur sini?” dia soal aku. Dan berpura-pura seperti tak faham apa-apa.
“Bilik
Encik bersepah, saya tak boleh tidur dalam keadaan semak samun macam ni.” aju
ku bersahaja.
“Kalau
dah tahu semak, tolonglah kemas!” gumam Encik Adlan seperti marah bila aku
kutuk bilik tidur dia. Tengok hujung sana, bergulung selimut jatuh ke bawah
katil. Dekat sebelah sini pula, buku-buku kerja Encik Adlan bertabur di atas
lantai. Dan berdekatan almari pakaian di sebelah sana, bakul sampah sudah penuh
hingga kertas-kertas yang tidak digunakan bersepah di sekelilingnya.
“Dulu
Encik tak macam ni pun, sejak bila Encik jadi pemalas?” aku soal dia seraya
menapak mendekati birai katil lalu aku labuhkan punggung di situ. Encik Adlan
pula sedang tukar pakaian dia, memang tak tahu malu macam dulu. Bersahaja bagai
aku tidak wujud di dalam biliknya ketika ini!
“Entahlah!
Jom tidur,” gumam Encik Adlan lalu melabuhkan punggungnya di sisi aku. Aku
menginjak sedikit, memberi dia ruang untuk duduk bersama.
“Encik,
saya rasa saya belum sedialah! Lagipun kita baru je kenal,” tutur ku bila
merasakan aku belum bersedia menggalas tugas sebagai isteri kepada Encik Adlan.
Tambah-tambah bila aku tahu sikap kaki perempuan yang dikhabarkan oleh nenek
masih menjadi tabiat dan kegemarannya.
“Baru
kenal?” ulang Encik Adlan ku sambut dengan senyuman lalu ku angguk sekali.
“Kita
kenal sebulan tambah dua minggu, bermakna tempoh perkenalan kita setakat enam
minggu.” Luah ku tentang usia perkenalan kami.
“Enam
minggu kita kenal, tapi hubungan kita dah masuk lima tahun.” Ucap Encik Adlan
buat aku senyum segaris.
“Macam
tak percaya je, selama ni saya ingat saya ni janda berhias.” Tutur ku malu-malu
bila Encik Adlan pandang aku tanpa berkelip.
“Kalau
awak janda berhias, saya pula duda berhias! Wahhhh tak mahu!” aku dengar Encik
Adlan terjerit kecil. Ngeri benar bila perkatan duda berhias menjadi statusnya.
“Apalah
Encik ni,” aku tolak bahu dia sekali dan dia hanya tersenyum hingga menampakkan
gusi. Suka sangatlah tu!
“Tidur
sini ya, Lisa.” Dia sentuh tangan aku namun aku segera mahu mengelak. Tapi
setiap kali dia jegilkan matanya, hendak atau tidak, aku terpaksa
membenarkannya.
“Tidurlah
sini, tapi jangan dera saya!” pohon Encik Adlan buat aku sedih. Kesian pula
pada Encik Adlan, takut benar dia pada aku. Pada perbuatan lampau aku!
“Mak
dengan ayah macam mana?” soal ku inginkan kepastian.
“Tadi
dah call, ayah dah izinkan! Ayah pesan apa tahu?” Aku jungkit kening
bila Encik Adlan menyoal, aku mahu agar dia teruskan sahaja bicaranya.
“Ayah
cakap, jaga-jaga dengan Lisa.” Tutur Encik Adlan buat aku tertunduk malu.
“Takkan
ayah pesan macam tu?” soal ku tidak percaya.
“Betullah,
ayah kenal siapa anak dia?” sahut Encik Adlan lalu tarik tangan ku dan sentuh
dagu ku agar melawan pandangan matanya.
“Tidur
sini ya,” gemersik suara Encik Adlan buat aku terkaku seketika.
“Satu
malam je, esok kalau nak balik rumah ayah. Pergilah!” ucap Encik Adlan
kedengaran lembut menutur bicara. Lambat-lambat, akhirnya aku angguk juga. Bersetuju
dengan kehendak Encik Adlan.
“Encik
Adlan, boleh saya tanya sikit?” soal ku pendek.
“Nak
tanya apa?” dia menyoal.
“Kenapa
Encik tak ceraikan saya? Kenapa Encik simpan isteri yang degil dan kuat
melawan?” soal ku hairan. Aku lihat Encik Adlan tersenyum kecil sebelum bibir
itu kelihatan bergerak untuk melafazkan bicara. Namun belum sempat Encik Adlan
berkata-kata, pintu bilik kedengaran diketuk seseorang.
Tokk..Tokk...
“Alan, buka pintu ni! Mama dah balik!” suara itu buat aku telan liur. Mama
Encik Adlankah?
“Mama!”
aku dengar sepatah bicara Encik Adlan terlontar dari bibir itu. Raut wajah
Encik Adlan kelihatan cemas seketika.
“Mama
dari mana?” soal ku pada Encik Adlan. Memandangkan sepanjang dua minggu ini,
aku belum bertemu dengan mama.
“Mama
baru balik dari program persatuan!” ucap Encik Adlan seraya menyentuh kembali
lengan ku lalu menepuk perlahan.
“Lisa,
tunggu dekat sini ya. Saya pergi jumpa mama sekejap!” ucap Encik Adlan
kelihatan kelam kabut bangkit dari duduknya.
“Takutlah
Encik Adlan,” aku lelar pergengan tangannya. Tidak mahu dia jauh dari diriku
lantaran ibu kepada Encik Adlan sudah berada di hadapan pintu bilik.
“Jangan
risau, tak ada apa-apa. Awak duduk sini baik-baik! Pasal mama, biar saya
uruskan!” ujar Encik Adlan berbisik
perlahan.
“Encik,”
seru kepada pada Encik Adlan bila dia sudah bergerak ke muka pintu.
“Shh...
duduk diam-diam! Jangan keluar dari bilik,” pesan Encik Adlan sambil meluruskan
jari telunjuknya di bibir. Aku hanya mampu menurut, sejujurnya dalam hati ini
aku risaukan mama kepada Encik Adlan.
Dulu wanita itu cukup marahkan aku terhadap semua perbuatan aku kepada
anaknya, Encik Adlan.
“Diam-diam
tahu!” pesan Encik Adlan sebelum dia memulas tombol pintu dan menapak keluar
dari kamar ini.
Sebaik
sahaja pintu tertutup kembali, aku bangkit lalu mengorak langkah untuk memasang
telinga mendengar perbualan kedua beranak itu.
“Bila
mama balik?” aku dengar Encik Adlan menyoal ibunya yang tidak ku ambil tahu
siapa namanya.
“Baru
je Alan, ni ada ole-ole mama beli untuk anak mama ni.” ujar mama Encik Adlan
lagi. Aku pun tak tahu barang apa yang dimaksudkan maklumlah mama baru pulang
dari program persatuannya. Barang apalah yang dimaksudkan ibu mertua aku tu.
“Thanks
mama!” aku dengar Encik Adlan sahut tanpa rasa teruja. Hessy dapat hadiah pun
tak suka!
“Oh
ya, mama dan bincang dengan kawan mama tu. Alan setujua ya,” tiba-tiba hati ini
berdetak bila bicara mama Encik Adlan menerpa halwa telinga aku, persetujuan
tentang apa ya?
“Mama,
Alan tak sesuai dengan Fea tu. Lagipun Alan ni bukannya baik manapun, kaki
perempuan. Kaki gaduh, kaki clubbing. Takkan nak kahwin dengan anak kawan mama
tu! Ustzah kut, tak baik aniaya anak orang tahu mama. Berdosa! Lagipun Alan tak
berkenan!!” aku dengar Encik Adlan buruk-burukkan dirinya sendiri.
“Habis
tu Alan nak cari perempuan macam Kay tu? Hessy.. mama tak suka! Kali ni ikut
cakap mama! Dulu Alan pilih sendiri, tengok apa jadi. Sekarang nak tak nak,
Alan kena ikut cakap mama!” aku dengar suara tegas mama Encik Adlan nyaring
bergema hingga bilik yang berdinding tebal ini juga mampu ditembusi oleh
frekuensi nada suaranya itu.
“Ma,
jangan paksa Alan! Dulu pilihan Alan, sekarang ni masa depan Alan. Biar Alan
yang tentukan! Mama tak perlu risau!” ujar Encik Adlan kedengaran bagai memujuk
mamanya. Mungkinkah mama juga tidak tahu status hubungan aku dengan Encik Adlan
sepertimana aku juga tidak tahu dahulu.
“Mama
tak mahu Alan menyesal, tengok apa yang perempuan tu buat pada anak mama.
Tengok berparut kaki tu,” aku dengan rungutan itu. Tidak semena-mena hati ku
dipagut rasa bersalah bila wanita bergelar ibu mertua ku mengomel tentang parut
di kaki Encik Adlan kerana perbuatan aku dahulu. Bukan aku sengaja, semuanya
kerana aku terkejut hingga pinggan yang aku pegang pecah berderai ke lantai dan
Encik Adlan pula terpijak tanpa sengaja. Lalu tapak kaki itu luka berdarah dan
meninggalkan parut kesan dari jahitan sepanjang dua inci.
“Ma,
benda dah lepas! Mama jangan ungkit lagi ma.” Kali ini aku dengar Encik Adlan
kendurkan suaranya bagaikan merayu wanita itu.
“No
Alan, mama tak nak pisang berbuah dua kali!” sekali lagi halwa telinga ku
mendengar ulas bicara ibu mertua ku.
“Untunglah
mama, bukan senang pisang nak berbuah dua kali!” dalam bersungguh itu aku
dengar Encik Adlan menyuarakan rasa hatinya.
“Adlan
Zakuan, mama serius!” terus sahaja suasana kembali hening. Dan aku pula semakin
mendekatkan telinga kanan ke permukaan pintu. Mungkinkan mereka sedang bergaduh
atau apa? Aku tak tahu, tapi aku nak tahu!
“Ma,”
panggil Encik Adlan. Suara itu buat aku hela nafas dengan sedikit lega.
“Herrm?”
sahut mama senada.
“Alan
tak mahu Fea, Alan ada pilihan hati.” Lambat-lambat Encik Adlan tuturkan
bicaranya.
“Siapa
dia? Perkenalkan pada mama! Mama tak mahu perempuan yang Alan minat tu berperangai
macam Kay. Kasar, kuat melawan! Tak reti hormat orang tua! Biadab!” satu
persatu kata-kata kejian dihamburkan. Itukah aku di mata mama? Entah bagaimana
hati yang keras ini kembali rapuh bila mama hamburkan rasa tidak puas hatinya.
“Ma,
janganlah cakap macam tu. Tak baik ma,” aku dengar Encik Adlan cuba
mententeramkan mamanya. Dan aku yakin, pasti mama tidak tahu hubungan aku dan
Encik Adlan. Adakah papa dan nenek menyembunyikan hal ini dari pengetahuan
mama? Aku yakin, mama dan aku adalah individu yang dirahsiakan dari hal sebesar
ini.
“Dah
memang betulkan Alan? Sudah, esok bawa bakal menantu mama tu. Mama buat dinner,
jemput dia. Kalau mama tak berkenan, Alan kena terima. Ingat tu, kali ni biar
mama yang buat keputusan!” aku dengar mama tegaskan kehendakknya.
“Ma,”
seru Encik Adlan bagaikan merayu.
“Mama
yakin Fea yang terbaik untuk Alan! Jangan tolak jodoh dari orang yang
baik-baik!” ucap mama tidak lama selepas tu.
“Tapi
Alan bukannya baik ma, Alan ni hantu jembalang!” aku dengar Encik Adlan ulang
semula gelaran yang pernah aku beri padanya suatu ketika dahulu. Sedikit
sebanyak hati aku tercuit hingga senyuman kecil ini menguntum dengan
sendirinya.
“Mama
kenal siapa anak mama!” sahut itu kedenagran sayup-sayup. Mungkinkah mama sudah
berlalu pergi? Encik Adlan pula tidak
bersuara, pasti perbualan mereka sudah berakhir dan aku harus kembali ke katil.
Belum
sempat aku melangkah, daun pintu terkuak dan serentak itu juga pandangan bening Encik Adlan menerpa sepasang anak mata
ku.
“Dengar
ke?” soal Encik Adlan pendek.
“Err..
tak, eh ya! Saya dengar, maaf Encik Adlan!” aku tertunduk seketika.
“Sorry,”
gumam Encik Adlan perlahan.
“Takpelah
Encik Adlan, hal kecil je!” luah ku buat Encik Adlan terdiam.
“Err..
Encik Adlan siapa Fea tu?” soal ku lambat-lambat. Untuk seketika aku dengar
suami ku mendengus perlahan. Riak itu tampak muram dan tidak bercahaya. Kenapa
entah!
“It’s
okay. Nevermind, just forget it!” ujar ku cuba mematikan perbualan berkisar
siapa itu Fea di sisi Encik Adlan.
“Actually,
Fea is my future wife! But... huh!” aku dengar Encik Adlan mendengus lagi. Kali
ini dia bercekak pinggang manakala sebelah tangannya pula memicit dahi.
“Tapi
saya tak minat untuk kahwin dengan dia! Yelah macam saya cakap tadi, dia tu
baik dan tak sepadan dengan saya yang awak gelar hantu jembalang!” aju Encik
Adlan lalu tersenyum tipis.
“Fea
tu siapa Encik Adlan?’ soal ku ingin
tahu bila Encik Adlan sendiri mulai selesa bercakap berkenaan gadis yang mama
cadangkan untuk dirinya. Sejurus itu, aku lihat Encik Adlan picit lagi dahinya.
“Anak
kawan mama, entahlah saya pun tak kenal!” mendatar bunyi nada suara Encik
Adlan.
“Yang
peliknya, dia mahu pulak dengan saya! Sedangkan saya dah buat pengakuan yang
saya ni bukan lelaki baik. Kaki perempuan, kaki kelab, kaki payung, kaki
bangku... semua jenis kaki saya dah beritahu! Dia buat tak tahu je, katanya
ikut kata mak ayah! Tak mahu melawan, nanti jadi anak derhaka!” tambah Encik
Adlan tentang bakal isterinya. Aku pula angguk sekali, dari pandangan mata ku.
Sedikit sebanyak aku dapat rasakan Encik Adlan bagaikan tidak minat untuk
meneruskan hubungan dengan gadis itu. Mungkin di antara ramai-ramai koleksi
kekasih Encik Adlan, pasti salah seorang daripadanya menjadi kesayangan lelaki
itu. Siapa tahukan? Hati orang kita tak dapat duga dan teka!
“Cantik
tak?” tanpa diduga, aku tertanya soalan itu.
“Kalau
ikutkan rupa, memanglah dia cantik! Tapi nak buat macam mana, hati tak
berkenan!” luah Encik Adlan lalu labuhkan punggunnya di sisi aku.
“Kenapa
Encik tak berkenan? Ni mesti Encik dah jatuh hati pada someone?” tebak ku dalam
senyuman namun Encik Adlan segera menggeleng lemah.
“Saya
pernah bercinta ke?” satu soalan dilontar pada ku.
“Manalah
saya tahu Encik, kita kenal sebulan dua minggu. Saya tak kenal Encik!” terang
ku agar Encik Adlan mengerti aku tidak mengenali dirinya sebelum ini walau
ikatan perkahwinan ini sudah menjangkau usia lima tahun.
“Forget
it! Jom tidur,” aju Encik Adlan lalu menghampirkan tubuhnya ke tubuh ku.
“Sekarang?”
soal ku cuba melengah-lengahkan waktu.
“Aha..
sekarang!” sahut Encik Adlan perlahan.
“Encik
Adlan, mama Encik marahkan saya lagi ke?” aku ungkap pertanyaan itu dalam mimik
wajah muram. Encik Adlan yang sedang tersengih-sengih segera mematikan
sengihannya.
“Mestilah mama
marah! Cuma marah mama tu tak reda-reda, susah nak pujuk mama tu.” Terang Encik
Adlan lagi.
“Habis
tu mama masih tak tahu yang kita ni still husband and wife?” soal ku
gusar. Tiba-tiba hati rasa gelisah dan perasaan mulai gundah. Bagaimana harus
aku berhadapan dengan mama yang tidak boleh menerima diri ku lagi.
“Tak!
Lagipun papa tak nak mama tahu! Papa kata, susah nanti!” ujar Encik Adlan
bersahaja. Rupa-rupanya ini rancangan papa, mahu rahsia sebesar ini
disembunyikan daripada mama. Tapi aku tahu, rahsia seperti ini akan menyusahkan
aku nanti!
“Alan,
oh Alan! Buka pintu kejap! Cepat!” aku dengar suara mama sayup-sayup dari luar
kamar Encik Adlan. Terkocoh-kocoh Encik Adlan bangun dan menghampiri daun pintu
dan menjengul kepalanya ke luar.
“Alan
bercakap dengan sapa?” soal mama kedengaran curiga.
“Dengan
Lisa err I mean, Alan tengah call!” gugup benar Encik Adlan melafaz kata.
“Lisa?
Lisa mana?” soal mama semakin curiga.
“Err..”
“Yang
Alan suka tu?” soal mama buat Encik Adlan terdiam seketika.
“Errr
a’ha mama. Betullah tu!” angguk Encik Adlan berkali-kali.
“Kalau
macam tu, Alan bawa datang ke rumah esok! Ingat, kalau perangai dia macam Kay.
Mama tak akan terima! Ingat tu Alan.” Ancam mama buat aku telan liur.
“Oh
ya, ni yang terjengul-jengul ni kenapa? Alan bawa perempuan balik ke rumah ya?”
tebak mama buat Encik Adlan menggeleng laju manakala aku pula terkedu seketika.
Adakah Encik Adlan gemar membawa kekasih pulang ke rumah? Ya Allah, aku tak
boleh terima kalau perangai Encik Adlan macam tu. Aku tak suka penzina apatah
suami sendiri melakukan hal itu. Sungguh aku tak boleh menerimanya!
“Eh
taklah mama! Haram bersekedudukan mama! Berdosa besar, la takrrabul zina!” aku
dengar Encik Adlan ulas bicara mama dia dengan penggunaan bahasa arab. Amboi,
boleh tahan juga Encik Adlan ni.
“Tahu
pun, kalau Alan buat benda tak senonoh! Mama piat telinga tu,” ucap mama buat
Encik Adlan tersenyum tipis.
“Ma,
Alan nak tidur ni! Dah pukul satu ni ma.” Encik Adlan hamburkan alasannya.
“Yelah,
tidurlah dulu! Esok kita sembang lagi.” ujar mama buat Encik Adlan senyum dan
menutup daun pintu tidak lama selepas itu.
“Huh,
lega!” Encik Adlan hela nafas panjangnya lalu dia kembali menapak ke arah ku
bersama senyuman.
“Jom
tidur, esok saya hantar awak balik!” gumammnya lalu bergerak ke sebelah kanan
katil. Aku di kedudukan asal hanya mengangguk dan menurut kehendak lelaki itu
tanpa ada rasa mahu membantah.
***
“Encik
Adlan, dah pukul lima ni! Saya nak balik,” aju ku pada lelaki yang sedang
mengiring ke kiri sambil memeluk erat bantal peluk bewarna biru lembut.
“Eii
jangan kacaulah!” Encik Adlan bersuara dakam keadaan matanya yang masih lagi
terpejam. Sebahagian tubuh Encik Adlan yang tidak berbaju ku renung sekilas.
“Encik,
semalam Encik dah janji nak hantar saya pagi-pagi. Saya nak balik. Lepas tu nak
bersiap ke tempat kerja!” gumam ku sambil menyentuh lengan Encik Adlan yang
susah benar untuk bangkit dari tidurnya.
“Naiklah
teksi! Mengantuk, penat, letih!” aku dengar dia hamburkan segala beban lelahnya
pada aku.
“Encik,
janganlah macam ni! Semalam Encik dah janji dengan ayah, yang Encik nak hantar
saya balik!” ulang ku lagi. Mahu Encik Adlan sedar janji yang dilafaz pada ayah
dan juga pada aku, sebelum aku bersetuju untuk bermalam bersamanya.
“Saya
nak tidur, tolong jangan buat bising!” suara itu kedengaran tidak berpuas hati
dan sedikit merungut. Seraya itu juga aku lihat Encik Adlan gapai sebiji bantal
lalu ditekupkan ke telinga kanannya. Serentak itu juga hati ini mula dipagut
sebak angkara perbuatan Encik Adlan yang mula tidak ambil kisah setelah apa
yang dihajati tercapai dengan mudah.
“Saya
balik dulu,” aju ku sebaik melihat Encik Adlan bagaikan tidak mahu bangun dari
tidurnya. Pakaian sudah ku kenakan, beg tangan sudah ku sangkut di bahu manakala
tudung pula telah ku sarungkan kemas. Dalam langkah longlai dan rasa terkilan,
aku gagahkan juga kaki ini untuk terus melangkah keluar dari kamar Encik Adlan
lalu menapak berhati-hati menuruni anak tangga, seterusnya bergerak ke pintu
utama sebelum meloloskan diri keluar dari rumah ibu dan bapa mertua ku tanpa
pengetahuan sesiapa.
Tiba
di bahu jalan, aku lajukan langkah menuju ke hentian bas yang terletak 500
meter dari simpang ke rumah Encik Adlan. Tidak lama kemudian aku nampak kelibat
teksi dan tanpa membuang masa teksi ku tahan dan kepada lelaki yang kemas
memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam itu. aku khabarkan bahawasanya
aku mahu ke Kota Damansara, mahu pulang untuk bersiap-siap ke tempat kerja awal
pagi nanti.
Hanya
25 minit, kenderaan merah putih ini selamat tiba di hadapan pintu pagar yang
tertutup rapat. Tanpa berlengah, aku atur langkah masuk ke dalam perkarangan
rumah yang sedikit kelam. Pasti mak dan ayah sedang tidur, dan ada baiknya aku
segera ke kamar. Susah andai pulang ku tidak dihantar oleh Encik Adlan. Pasti
mak dan ayah bertambah risau.
***
“Tahu
buat kerja ke tak? Fail ni, kenapa bercampur dengan laporan audit! Saya nak
awak asingkan semula, jangan buat kerja sambil lewa macam ni. kerja yang awak
buat ni, tak susah mana. Tapi... yang simple macam ni pun awak boleh salah buat!”
hambur Encik Adlan serius bagai aku langsung tidak mengenali siapa dia dan apa
yang telah kami lakukan bersama malam tadi.
“Encik,
hari tu Encik yang suruh saya masukkan sekali.” Aju ku menerangkan perkara
sebenar.
“Jangan
melawan! Do you work!” hambur bibir itu buat aku terkedu. Lain benar Encik Adlan
pagi-pagi begini, ada masalah ke apa?
“Sebelum
tu, buat kopi untuk saya! Eh no, nescafe! Buat nescafe, lepas tu pukul 10.30
nanti ikut saya!” arah Encik Adlan tanpa menoleh ke arah ku yang masih lagi
tegak berdiri di hadapannya.
p/s: maaf lambat upload :) enjoy reading... :)



best :)
ReplyDeletebest..best..apsal la lak Adlan tu meroyan pepagi tu????..merajuk lisa balik awal?? :)
ReplyDeleteEeeeeee....gramnya ... ...Dah dpt apa dia nk sesuka hti je menbuli...sis nvel ni hbis lam blog or dterbitkan?
ReplyDeleteBest sangat2.
ReplyDeletebest2..adlan ni pendendam..
ReplyDeleteble lisa nk pregnant
ReplyDeleteErrrkkkkko... nape alan sentap..... adessss... lagi cik writer.... aduhhhhhh ....x sabo nk tau ni...
ReplyDeletepatutnya lisa yg sentap...ehhhhh terbalik pulak,ish..ish.en alan ni perangai 1mcm doh...pleasss smbung lg kasi cpt skit mizz writer..sbb sntiasa tertunggu2..
ReplyDeletesampai hati adlah biarkan lisa balik awal2 pagi sendiri....tak patut sungguh, mujur lah pemamdu teksi tu orang yang jujur. Sekarang nie kita tidak boleh memandang remeh soal keselamatan diri.
ReplyDeleteadlan tensen sebab mak dia suruh perkenalkan pilihan hati mungkin dia risau lisa tak lulus penilaian mama dia. Tapi lisa sekarang dah lemah lembut sopan santun mungkin mama adlan pun tak cam kutttt.
--za--
Sian kat lisa..sedih lisa..ke alan mamai ni.
ReplyDeletemasa lisa kejutkn.pas2 si alan ni sentap sbb lisa blk x g tau..
Xpe pelan2 la bebaik
-miss A-
Hehehehe kesian dekat Lisa...inche dalam oh inche adlan hehe
ReplyDeleteeiii.. Alan tak rasa bersalah langsung biarkan Lisa balik sendiri
ReplyDelete