Pages

dilarang copy

Protected by Copyscape Original Content Check

Tuesday, 12 February 2013

IKATAN BERSIMPUL MATI 12



“Nescafe Encik!” aku letak nescafe permintaan Encik Adlan betul-betul di depan fail kerjanya. Untuk seketika, dia tatap mug yang mengeluarkan asap tipis dan sesudah itu dia panggung wajah menancap wajah ku pula. Bibir itu kelihatan di gigit seketika sebelum aku lihat Encik Adlan tutup failnya lalu menyentuh tangkai mug.

“Duduklah!” pelawa Encik Adlan ku sambut dengan anggukan.


“Terima Kasih Encik!” tutur ku lalu melabuhkan punggung di kerusi berhadapan bos yang segak memakai pakaian kemeja putih berjalur halus.

“Sedap ke tidak?” Encik Adlan soal aku tanpa nada. Aku pula geleng kepala, manalah tahu sedap ke tidak. Tak rasa pun, tapi dari aroma dan buih-buih halus dipermukaan nescafe itu. Aku yakin, kali ini hasil air tangan ku mesti sedap dan lazat.

“Nah, rasa dulu!” dia sua mug itu ke arah ku.

“Eh, takpelah Encik! Encik minumlah, saya buat untuk Encik!” aku tolak pelawaan Encik Adlan dalam senyuman. Namun Encik Adlan tidak juga tersenyum, wajah itu kelat dan tampak serius. Marah ke apa?

“Minumlah, ini bukan pelawaan tapi arahan!” Encik Adlan tegaskan nada suaranya. Hendak tak hendak, aku sambut huluran itu lambat-lambat. Nanti tak ambil, apa pula yang Encik bos ni amukkan. Dah la datang ke pejabat lambat, nampak je muka ku terus je nak marah-marah. Tak cukup tidur ke apa?

“Minum cepat!” dia arahkan lagi.

“Yelah, saya menurut!” aju ku seraya merapatkan mug ke pinggir bibir lalu nescafe yang sudah bertukar suam ku hirup sedikit. Ermmmm sedap!

“Rasa apa?” soal Encik Adlan perlahan. Aku kalihkan pandangan ke arah Encik Adlan yang mula membuka fail kerjanya kembali.

“Rasa nescafe,” jawab ku mudah.

“Tahulah nescafe, maksud saya rasa apa? Sedap ke tak?” luah Encik Adlan sambil pandang aku dengan wajah garangnya.

“Mestilah sedap, saya yang buat!” tutur ku geram namun nada suara ini cuba ku kawal sebaik mungkin. Dalam rasa geram, sempat lagi aku puji diri sendiri. Daripada tunggu Encik Adlan puji, baik aku puji diri aku sendiri.

“Dah habis?” dia soal aku lagi.

“Err tak habis lagi! Tak apa,  saya buat yang lain untuk Encik iya!” tutur ku kelam kabut.

No, habiskan air awak tu! Sekejap lagi ikut saya!” arah Encik Adlan tanpa melihat aku. Habis tu, apa motif dia suruh aku buat air tadi? Kalau nak suruh aku minum, baik tak payah. Aku dah minum awal-awal tadi. Heee... dia ni makin peliklah!

“Baiklah Encik, saya keluar dulu!” aju ku seraya bangkit untuk berlalu ke luar.

“Nak pergi mana pulak? Minum dekat sini,” arah Encik Adlan semakin membuatkan aku dipagut kehairanan. Nak minum pun perlu depan mata dia! Sah nak balas dendamlah tu!

“Minum cepat, lepas ni terus kita gerak!” tanpa banyak soal aku turuti kehendak Encik Adlan kerana  aku tahu pasti aku akan dibawa ke salah sebuah syarikat yang berurusan dengan syarikat Encik Adlan sekejap nanti.

***

“Kita nak kemana ni Encik?” aku soal Encik Adlan bila kereta yang dipandu Encik Adlan sudah memasuki perkarangan pusat membeli belah. Takkanlah nak jumpa klien dalam pasaraya macam ni? Hessy peliklah.

“Ikut je, saya nak awak tukar gaya awak! Saya tak suka cara pemakaian awak sekarang ni!” Encik Adlan suarakan kehendaknya. Untuk seketika, aku pandang penampilan diri aku dari atas ke ke bawah silih berganti. Okey je, baju kebaya sedikit sendat dengan selendang tipis. Tak cantik ke?

“Kenapa Encik? Yang penting saya tutup aurat!” tutur ku mempertahankan penampilan diri yang anggun seperti muslimah sejati.

“Banyaklah tutup aurat, yang ni bukan tutup aurat! Yang ni namanya balut aurat!” luah Encik Adlan tidak senang dengan penampilan aku.

“Yeke?” soal ku kehabisan idea untuk mempertahankan diri.

“Yelah, dengan kain belah sampai ke peha! Pakai selendang tapi nampak rambut! Tak elok macam ni, saya tak suka dan saya tak setuju!” gumam Encik Adlan tegas.

“Oh okey!” sahut ku seraya mengangguk sekali. Rupa-rupanya ini yang menyebabkan Encik Adlan naik angin pada ku pagi tadi. Kalau cakap awal-awal kan senang! Tak adalah aku fikir bukan-bukan tadi.

“Sudahlah tinggalkan saya macam tu aje! Tak bertimbang rasa, tak ada hati perut!” kali ini aku tersedak kecil dengan bicara yang baru sahaja terlontar dari bibir Encik Adlan. Rika wajah itu tegang dan cukup serius. Ni mesti tak puas hati pasal pagi tadi.

"Habis madu sepah dibuang!" rungut Encik Adlan lagi.

“Saya tak tinggalkan Encik, saya dah kejut tapi Encik tak mahu bangun. Encik suruh saya balik sendiri!” aju ku tentang keadaan sebenar.

“Bila pulak?”soal Encik Adlan sedikit keras. Sah, dia ni mamai semalam! Beriya-iya suruh aku balik, tup -tup kata aku memandai balik tinggalkan dia tanpa pesan. Tak apalah, mengaku je! Senang, habis cerita!

“Ya, saya mengaku saya salah! Saya minta maaf! Saya tak buat lagi.” akui ku sekadar mahu meredakan rasa tidak senang Encik Alan.

“Dah dapat, dah puas, tinggalkan saya macam tu aje!” Encik Adlan masih belum puas membebel. Ai, Encik Adlan ni buat tuduhan tidak berasas pula.

"Cakaplah, takkan senyap aje!" gumam Encik Adlan, dia suruh aku cakap. Tapi nak cakap apa? Tak tahulah nak cakap apa, nak ulas apa eh!

"Awak tu tak berhati perut!" sekali lagi aku dituduh dengan tuduhan berat serupa itu. Siapa yang tak berhati perut sebenarnya, sudahlah suruh aku balik sendiri. Lepas tu tuduh aku yang tinggalkan dia. Heeee... payah betul!


"Encik, saya minta maaf! lain kali saya tak buat lagi." ucap ku agar Encik Adlan tenang kembali.

"Lain kali nak balik tu, bagitahu dulu! Jangan balik macam tu, saya ni suami awak!" gumam Encik Adlan lagi. Hai, ikutkan hati aku ni.... nak je aku cepuk-cepuk Encik Adlan ni. Dia yang mamai, lepas tu nak tuduh aku tak beritahu apa-apa pada dia.

"Ya, Encik! saya minta maaf!" ujar ku sedikit geram. "Maafkan saya," aku kerling wajah itu sekilas. Riak tegang sudah berlalu, kini Encik Adlan mula tersenyum kecil.

"Macam itulah kalau nak jadi isteri saya!" sahutnya lalu tarik sebelah tangan ku agar sama-sama menyentuh stereng kereta.

“Malam nanti nak jumpa mama tak? Dinner sekali,” aju Encik Adlan buat aku terbatuk kecil. Hilang satu masalah, datang lagi satu masalah.

“Kenapa batuk-batuk?” soal Encik Adlan sambil pandang wajah ku sekilas. Kereta pula sudah dipandu  menghala ke basement mencari kotak parking yang masih lagi kosong.

“Encik, saya bukan tak mahu jumpa. Tapi saya tak sedia, tambah-tambah mama tak boleh terima saya!” gumam ku cuba menolak secara lembut. Sejarah silam ku pada keluarga Encik Adlan adalah sejarah hitam dan kelam. Mana mungkin hati seorang ibu merelakan anak lelakinya beristerikan wanita kejam seperti aku.

“Cubalah dulu, malam nanti saya jemput awak!” tutur Encik Adlan sebaik sahaja kereta dihentikan di salah sebuah kotak parking bersebelahan dinding konkrit. Sejurus itu, enjin kereta dimatikan.

“Tapi...” bicara ku dipintas oleh Encik Adlan.

“Tak ada tapi-tapi! Mama nak jumpa pilihan hati saya, sekarang awak isteri saya! Hendak atau tidak, awak kena jumpa mama!” tegas Encik Adlan buat aku tertunduk. Tiada pilihan yang membenarkan aku memilih jalan yang harus ku lalui.

“Jom kita keluar!” suruh Encik Adlan lalu menolak pintu kereta dari dalam, aku pula masih senyap dan diam tidak berkutik sehinggalah kelibat Encik Adlan menerpan sepasang anak mata ini. Senyuman itu mekar dan dia mendapatkan aku di sebelah tempat duduk penumpang lalu pintu kereta dibukakan.

“Jomlah!” pelawa Encik Adlan lalu ku angguk sekali dan mengekori langkahnya dan beriringan masuk ke dalam bangunan pasaraya.

“Encik, kalau mama Encik tak terima saya macam mana?” aku dengar Encik Adlan mendengus bila soalan itu aku hamburkan di pendengarannya.

“Terima atau tidak, mama tak ada pilihan! Awak tu milik saya, tak siapa pun boleh nafikan lagi.” tegas sungguh bicara bos aku kali ini.

“Jomlah, pilih baju yang sopan-sopan sikit! Saya belanja,” bicara Encik Adlan buat aku gembira yang amat  sangat! Lega sangat bila ada yang sudi mengeluarkan budget untuk aku membeli belah. Syukur alhamdulillah!

“Ni yang tersengih-sengih ni kenapa?” dalam rasa gembira yang bukan kepalang, bicara Encik Adlan kembali menarik diri ku ke alam realiti.

“Terima kasih Encik, dah lama saya tak shopping! Yelah, pengangur macam saya ni manalah ada duit nak shopping!” aju ku dalam riak sedih. Encik Adlan pandang aku tanpa berkelip, mesti dia sedih dengar cerita aku.

“Kalau macam tu, ambillah apa yang awak nak! Upah untuk malam tadi,” ujar Encik Adlan sambil memintas aku, dan diri itu ku lihat sudah maju kehadapan. Mai ai, malunya! Tanpa berlengah, aku kejar Encik Adlan yang semakin menjauh lalu beriringan dengannya menuju ke salah satu butik pakaian.

“Terima kasih Encik! First time ada yang sudi belanja,” aju ku sebaik kami mendekati butik pakaian yang memperagakan pelbagai jenis fesyen pakaian wanita, serba serbi mewah dan tampak menarik.

“Pilihlah yang kena dengan adab seorang muslim!” pesanan Encik Adlan ku aggukkan sahaja. Tanpa berlengah, satu persatu pakaian yang digantung ku hampiri dan ku belek tanpa memperdulikan Encik Adlan yang sedang duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan.

Pelbagai jenis pakaian ku sentuh dan ku lihat tanpa jemu, kesemuanya cantik dan menarik minat ku. Pembantu butik yang bertugas pula, tidak jemu-jemu melayani karenah ku yang pelbagai. Dalam aku dipagut dilema memilih pakaian, aku hampiri Encik Adlan yang sibuk dengan Ipadnya.

“Encik, antara warna-warna ni.... yang mana paling cantik?” aku tunjuk tiga jenis pakaian yang sama corak dan reka bentuknya. Ada merah, ada biru lembut dan juga hijau pucuk pisang. Encik Adlan tidak memandang, namun bibirnya melontar pendapat.
“ Saya rasa kelabu!” serentak itu juga aku kerutkan dahi. Antara merah, biru dan hijau... kelabu tidak tersenarai. Ni macam mana pulak? Tak faham aku!

“Kenapa?” soal Encik Adlan bila aku senyap tidak membalas bicaranya. Sejurus itu aku lihat Encik Adlan panggung wajah.

“Sorry!  Sorry! I mean warna biru!”  Yes blue!” ujar Encik Adlan sebaik menyedari kesilapannya.

“Biru ke?” soal ku menginginkan kepastian.

Yup, biru nampak lembut!” tuturnya penuh yakin.

Thanks Encik!” ucap ku bersulam senyuman mahu kembali semula ke dalam sana.

“Hemmm... Lisa,” Encik Adlan seru nama ku sekali.

“Ya,” sahut ku sepatah seraya menoleh ke arah Encik Adlan.

“Dah berapa helai?” soal Encik Adlan pendek. Sesekali aku lihat dia kerling jam di pergelangan tangannya.

“Baru yang ni!” jawab ku bersahaja. Aku belum puas shopping, takkan nak balik?

“Baru satu?” soal lelaki ini tidak percaya.

“Ya, baru satu Encik!” sahut ku mengiyakan pertanyaannya tadi.

“Dah setengah jam, baru dapat satu?” dia menyoal lagi.

“Ya, Encik! Susah nak pilih!” gumam ku tentang kesulitan yang aku tanggung! Susah sebenarnya, perempuan seperti aku mahu memilih pakaian. Aku tak mahu menyesal dikemudian hari angkara keputusan terburu-buru. Tak cantik ke apa ke... aku juga yang menyesal nanti.

“Macamnilah,” Encik Adlan dekati aku lalu menggamit pembantu butik ke mari.

“Cik, tolong beri semua jenis baju dalam butik ni ikut saiz dan potongan isteri saya. Kalau boleh, saya tak mahu yang ketat dan seksi.” Ujar Encik Adlan buat aku terkejut seketika.

“Err..  tak boleh Encik. Kami tak mahu ada masalah nanti, apa kata Encik yang pilih dan kami carikan saiz dan potongan yang sesuai untuk isteri Encik!” sahut pembantu butik itu agak ramah.

“Oh, okey! Kalau macam tu awak ikut saya!” aku lihat Encik Adlan sudah masuk ke dalam sana sambil diiringi pembantu butik seramai tiga orang.

“Bagi yang ni, warna putih! Yang tu pula, saya rasa sesuai untuk isteri saya. Hermmm yang tu awak bagi warna maroonlah!” dari jauh aku lihat Encik Adlan menyentuh dagu sambil sesekali mengangguk kepalanya.

 “Yang ni apa?” soal Encik Adlan tiba-tiba.

“Ni baju tidur Encik!” sahut pembantu butik malu-malu. Aku dekati Encik Adlan sambil perhatikan apa yang sedang diperhatikan majikan aku ketika ini. Mai ai, seksi gila! Dah la jarang, ada renda-renda pulak tu! Hessy dia ni nak buat apa pulak dengan baju tidur macam ni. Buat malu aku depan budak-budak ni aje!

“Sayang,” seru Encik Adlan tiba-tiba panggil aku sayang. Eiii geli la pulak, teringat zaman dia panjat katil semata-mata mahu takutkan aku dulu. Dia panggil aku ‘sayang’ masa tu.

“Sayang, tengok ni! Nak tak?” soal Encik Adlan tanpa lepas memerhatikan fabrik aneh yang sedang tersarung di tubuh patung wanita itu. Ni mesti tengah membayangkan aku yang pakai baju tu? Hessyyy malunya aku!


“Nak tak?” Encik Adlan soal aku sekali lagi.

“Err...” aku tiada jawapan selain garu kepala yang tidak gatal. Untuk seketika, aku lihat Encik Adlan menundukkan kepalanya sedikit lalu merapatkan kepalanya ke kepala ku. Rasa seperti dia mahu cakapkan sesuatu.

“Ambillah, seksi kut!” bicara Encik Adlan buat aku terbatuk lagi. Dan dia jarakkan tubuhnya sambil pamer senyuman menggoda dan sempat pula mengenyitkan mata ke arah ku.  Aku pula, sudah terasa membahang seluruh wajah ini bila gadis-gadis ini memerhatikan aku sambil tersenyum-senyum.

“Cik, bagi gaun ni tujuh helai.  Design ni bagi dua, design yang tu pulak bagi dua..  lepas tu yang hujung sana tu awak bagi tiga.” aju Encik Adlan pada gadis yang bekerja sebagai pembantu butik ini. Dan aku hanya mampu memerhatikan bila, gaun tidur sesingkat paras peha menjadi pilihan Encik Adlan. Aku tak pernah pakai macam tu, ni apa pula beli fesyen macam gini. Nak pakai pun malu! Eiii..... macam mana ni, tiba-tiba kepala aku rasa serabut!

“Baiklah Encik, oh ya... nak warna apa ya Encik?” salah seorang daripada mereka menyoal penuh sopan.

“Awak rasa?” Encik Adlan main teka teki pula waktu-waktu macam ni.

“Biasanya, customer kami pilih warna yang garang ,cuma segelintir je yang suka warna lembut.” Aju pembantu butik itu buat aku telan liur. Dia  ni pun sama melayan Encik Adlan yang semakin mengada-ngada. Warna garanglah, lembutlah... hessy!

“Saya pun suka wife saya pakai warna garang! Awesome!” Astaghfirullahhalazim! Astaghfirullahalazim! Makin bertambah-tambah malu bila aku dengar Encik Adlan cakap macam tu. Terasa membahang seluruh kulit muka aku waktu ni.

“Kalau macam tu saya cadangkan Encik ambil warna merah terang, purple pun okey! Tapi paling menarik kalau wife Encik pakai warna hitam! Lagipun kulit isteri Encik cerah, memang menarik bila pakai warna ni.” gumam pembantu butik itu panjang lebar dan Encik Adlan pula hanya mengangguk-angguk tanda faham. Apalah yang difahamkan sangat!

“Okeylah, bagi tujuh helai semuanya Hermm... yang tadi tu dah ambil? Bungkuskan ya, saya nak cepat ni!” aju Encik Adlan disambut anggukan pembantu butik.

“Jangan risau Encik, semuanya sudah diuruskan pembantu saya. Encik nak apa-apa lagi?” gadis manis mengenakan skirt paras lutut itu menyoal lagi. Encik Adlan pandang ke arah ku, manakala kening kanannya terjungkit tinggi. Sebagai membalas persoalan melalui bahasa  tubuh itu, aku hanya menggeleng lemah. Sudah terlalu banyak, pakaian yang dipilih oleh Encik Adlan untuk aku. Sangka ku, dia hanya mahu membelanja  sepasang dua sahaja. Rupa-rupanya. Tekaan ku salah belaka. Banyak juga yang dipilihnya!

“Isteri saya kata tak ada, so... tak adalah!” gumam Encik Adlan bersahaja.

“Baiklah, kalau macam tu kita ke kaunter!” aku dan Encik Adlan mengangguk lalu mengekori langkah gadis manis itu dari arah belakang.

Sesudah membayar harga pakaian yang hampir mencecah lima ribu ringgit itu, aku dan Encik Adlan menuju ke salah sebuah outlet yang menjual kasut dari jenama Padini. Sesudah itu dia bawa aku ke outlet yang mempamerkan beg tangan dan eksesori dari jenama Louis Vuitton.

Dari sandal, kasut bertapak rata hinggalah bertumit tinggi kesemuanya mendapat nasihat dan pandangan dari Encik Adlan. Ternyata, lelaki bergelar suami ku mengambil tahu dunia fesyen seorang wanita, sedangkan aku pula tidaklah sehebat Encik Adlan. Pakaian pun biasa-biasa sahaja, tidak berjenama tetapi selesa untuk dikenakan! Beg tangan juga made from Jalan Masjid India. Cermin mata hitam juga dari pasar malam dekat-dekat rumah! Student macam aku mana ada duit nak bergaya macam orang dah kerja, ayah pun kerja juruteknik. Cukup  sekadar memberikan duit belanja bulanan. Itupun dah kira bersyukur sangat, berbanding segelintir kawan-kawan aku yang mengharapkan duit pinjaman PTPTN untuk menyara hidup di kampus tanpa bantuan keluarga di kampung.

“Nak beli apa-apa lagi tak?” soalan Encik Adlan ku geleng lemah. Sesungguhnya, aku tidak selesa dimewahkan hingga sebegini rupa. Ya, pada mulanya aku gembira namun bila sampai ke tahap ini. kegembiraan aku pupus dengan tiba-tiba.

“Kenapa ni? Macam tak suka je?” soal Encik Adlan sebaik melihat riak murung ku barangkali.

“Bukan tak suka, cuma saya rasa Encik dah membazir terlalu banyak!” adu ku tentang keadaan kami ketika ini.

“Saya beli untuk wife saya, bukan untuk sesiapa pun!” gumam Encik Adlan sambil ku lihat di tangan itu penuh dengan barangan yang dibeli seketika tadi.

“Terima kasih Encik,” ucap ku pendek.

“Lisa, kenapa ni? Tak suka ke?” Encik Adlan matikan langkah, dan aku juga terpaksa hentikan niat untuk berlalu jauh dari ruang pasaraya ini.

“Saya bukan nak kikis harta Encik!” luah ku perlahan.

“Siapa kata awak kikis harta saya?” soal Encik Adlan semula.

“Nanti bila orang tengok, orang salah sangka!” terang ku tanpa memandang raut wajahnya.

“Siapa orang yang awak maksudkan tu. Kalau mereka tanya, awak katalah suami awak yang belikan! Kan mudah!” ujar Encik Adlan lalu mengalihkan barang yang dijinjing disebelah kiri tangannya ke sebelah kanan lalu bahu ku dipeluk erat dengan tangan yang bebas tanpa barangan.

“Lagipun, untuk apa saya kerja kalau bukan untuk dihabiskan isteri sendiri?” soalan itu buat aku senyum segaris. Mujur guna debit card! Kalau kredit card, sungguh aku tidak setuju!

“Jomlah, kita makan! Lepas tu kita balik office. Malam nanti, saya jemput awak!” tutur Encik Adlan membuatkan aku tiada pilihan untuk menolak.


***


Waktu yang dinanti telah tiba, dengan persalinan gaun malam bewarna maroon pilihan Encik Adlan, aku melangkah cermat ke dalam rumah papa. Kedatangan ku disambut  senyuman nenek dan papa yang sudah sedia di ruang tamu manakala kelibat mama tidak pula kelihatan.

“Masuklah Lisa, jangan malu-malu!” gumam nenek ramah. Aku angguk sekali lalu menyalami tangan itu sebelum beralih kepada papa yang duduk di sebelah nenek.

“Mama mana pa?” soal Encik Adlan sambil ku lihat diri itu sedang meninjau-ninjau ke dalam rumah.

“Mama dekat sini, Alan dah balik ya!” bicara itu kedengaran dari arah dalam. Pasti mama datang dari dapur.

“Ma, ni Lisa. Mama kenalkan?” soal Encik Adlan pada mama.

“Lisa? Mama kenal?” ulang mama namun nada suaranya kedengaran bagai  menyoal Encik Adlan. Pandangan mama pula  silih berganti memerhatikan aku dan Encik Adlan.

“Khalisa, alah takkan tak ingat? Dulu awak panggil dia Kay!” celah papa langsung membuatkan raut manis mama bertukar kelat dengan tiba-tiba.

“Khalisa, Kay!” ucap mama kedengaran curiga. Aku angguk lalu menghampiri tubuh mama, mahu menyalami ibu mertua ku. Harap ku satu, agar kehadiran ku dalam keluarga ini diterima semula.

“Jangan sentuh aku!” huluran ku ditepis kasar dan mama berganjak menjauhi aku lalu mengalih pandangannya ke arah Encik Adlan. Pandangan itu cukup tajam dan tampak berapi-api kemarahannya. Pasti mama tidak sudi menerima diri ku kembali setelah apa yang telah aku lakukan dahulul.

“Yang Alan bawa dia ke rumah ni kenapa? Mama dah warning awal-awal, mama tak suka Alan bawa perempuan yang perangai sama macam perempuan tu. Ni, terang-teranf Alan bawa balik orang yang mama tak suka! Alan ni kenapa? Ingat mama nak terima dia semula? Sejak bila Alan jadi macam ni? Dah pandai menipu mama?” soal mama bertali arus. Aku ketap bibir, penerimaan ini sudah ku jangkakan!


“Ma, dengarlah dulu!” aku dengar Encik Adlan bagaikan merayu.

“Nak dengar apa lagi? Mama tak suka, bawa dia keluar dari sini!” mama palingklan wajah dan jari telunjuk itu tepat terarah ke muka pintu.

“Ma, Lisa dah berubah ma! Tak macam dulu lagi,” bersungguh benar Encik Adlan membela diriku. Sedikit sebanyak, tingkah itu buat aku rasa terharu. Aku yang berdiri di antara mama, Encik Adlan dan papa hanya mendiamkan diri. Aku tidak tahu, apa yang harus aku lakukan saat ini!

“Berubah? Mama tak percaya, jangan ingat dia pakai macam ni. Mama buta-buta percaya dan tertipu macam dulu?” soal mama sedikit keras.

“Ma, please dengar dulu!” rayu Encik Adlan lalu mendekati mama dan menyentuh bahu itu. Mungkin mahu meredakan rasa sakit di hati ibunya.

“Mama kecewa dengan Alan! Dalam banyak-banyak perempuan di muka bumi ni, Alan pilih budak ni juga! Tak cukup-cukup lagi ke Adlan Zakuan?” soal mama kedengaran lirih.

“Ma, tolonglah terima pilhan Alan. Alan yakin, Lisa dah berubah ma! Percayalah, mama tengoklah sendiri!” ujar Encik Adlan sambil memerhatikan aku sekilas.

“Mama tak mahu, Alan tinggalkan dia! Kahwin dengan Fea!’ ucap mama dalam nada agak tinggi. Aku lihat Encik Adlan bergerak menjauhi mama sambil tangan itu ku lihat memicit-micit dahinya.

“Tolonglah ma, jangan paksa Alan!” Encik Adlan masih lembut menutur kata.

“No, kahwin dengan Fea!” tegas mama sedikit kuat.

“Ma, Alan tak suka Fea! Jawapan Alan tetap serupa dan sama! Alan tak suka Fea dan tak mungkin suka pada Fea!” gumam Encik Adlan dalam keadaan tertahan-tahan nada suaranya. Mungkin bimbang andai lontaran suara itu bakal mengguris hati tua ibu mertua ku yang sedang dihimpit rasa kecewa angkara berita  tentang hubungan aku dan anaknya.

Mama tak peduli, kahwin dengan Fea!” ucap mama tidak mahu beralah.


“Tolonglah jangan masuk campur urusan Alan!” ucap Encik Adlan dalam nada suara yang agak tinggi.

“Kerana pertahankan perempuan ni, Alan berani tinggikan suara pada mama. Hei apa kau dah buat pada anak aku hah?” mama meluru ke arah ku dan cuba menolak tubuh ini dengan kudratnya.

“Maafkan Lisa ma,” ucap ku memohon kemaafannya.

“Jangan berani-bernai panggil aku mama!” berang mama bila aku gelar dirinya dengan panggilan mama.

“Apa kau dah buat pada anak aku!” soal mama sambil merampas beg tangan ku lalu dilibas ke tubuh ku. Sakit dan perit mula menyentuh permukaan kulit hingga aku mula mengaduh kesakitan. Untuk melawan, aku masih ada rasa hormat. Cukuplah dulu, aku jadi menantu yang tidak reti hormatkan orang tua. Cukuplah dulu, aku tidak menjaga percakapan dan bahasa yang pernah aku tuturkan. Namun untuk sekian kalinya, cukuplah aku berdiam dan menerima semuanya tanpa melawan lagi.

“Lisa minta maaf!” tutur ku memohon simpati mama agar tidak menyakiti tubuh ku lagi. Esak dan tangis ini mula merenggut tenang yang pernah ada di hati. Namun untuk kali ini, penerimaan mama buat aku sebak! Aku tidak dialu-alukan untuk kembali semula ke dalam keluarga Encik Adlan.


“Ma, apa ni! Stop!” jerkah Encik Adlan lalu menarik aku yang hampir terduduk di tepi dinding ke belakang tubuhnya. Melindungi aku dari dicederakan mama.


“Alan, sanggup Alan marahkan mama kerana dia! Sanggup Alan!” aku lihat beg tangan ku sudah melurut lalu jatuh terdampar ke lantai dan mama pula sudah mengelap tubir matanya dengan belakang tapak tangan. Kesal dengan tingkah Encik Adlan hingga air jernih itu mengalir dari  tubir matanya.

“Sampai hati Alan!” ulang mama sebak.

“Sampai hati Alan buat mama macam ni! Sampainya hati Alan!” ucap mama sedih dan terkilan dengan tingkah Encik Adlan membela diri ku tanpa menjaga adab dan hormat kepada ibu kandungnya sendiri.

“Encik saya minta maaf! Saya nak balik, saya tak patut ke sini!” tutur ku sebak bagai akulah punca keributan yang sedang melanda keluarga ini.

“No, jangan!” tegah Encik Adlan tidak membenarkan aku pergi dari sini. Dari rumah yang menyaksikan air mata ku tumpah buat kali kedua sejak lima tahun lalu.

“Saya nak balik Encik, saya tak patut datang ke sini! Lepaskan saya, kita memang tiada jodoh!” ucap ku perlahan sambil menyeka air mata yang semakin deras mengalir di lekuk pipi.

“No, jangan cakap macam tu!” protes Encik Adlan juga perlahan memujuk hati ku tanpa didengari sesiapa pun.


“Ma, Alan minta maaf ma! Alan tak sengaja!” Encik Adlan dekati mama cuba meredakan mama yang dipagut rasa duka.

“Sudah, pergilah!” ucap mama menepis sentuhan Encik Adlan tanpa memerhatikan suami ku ketika ini. Semuanya berpunca dari aku! Ya, semuanya salah aku! Hingga Encik Adlan berani melawan bicara ibunya!

“Maria, sudahlah tu! Yang dulu, hal lama. Jangan diungkit, lagipun Lisa ni isteri Alan. Menantu kita!” celah papa mententeramkan keadaan yang semakin panas.

“Apa bang” Mama menyoal papa. Wajah yang basah dengan air mata dipanggung menancap wajah papa. Sedih di hati mama buat luka di hati ku bertambah parah. Aku tak sepatutnya berada di sini. Berada di tengah-tengah keluarga yang bahagia.

“Lisa ni masih menantu kita!” ulang papa dengan lebih jelas lagi.

“Saya tak percaya! Sejak bila mereka rujuk?” soalan mama buat aku semakin bersalah, pasti mama tidak mengharapkan berita seumpama ini.

“Mereka tak pernah bercerai!” sahut papa menjelaskan keadaan sebenar.

“Jangan tipu saya bang! Saya tak suka!” aku lihat mama pandang papa dengan pandangan yang berkaca.

“Sungguh ma, Alan dan Lisa masih suami isteri. Maafkan Alan, rahsiakan semuanya dari mama.” Ucap Encik Adlan lalu mendekati mama. Dan cuba menyentuh bahu mama, namun tolakan itu buat Encik Adlan keccewa. Anak mata itu menceritakan segalanya, pandangan bening itu menggambarkan segala rasa yang bermukim di hati itu. Aku tahu, pasti Encik Adlan tertekan dengan penerimaan mama!

“Sampai hati Alan tipu mama, sampai hati Alan belakangi mama.” Ucap mama sebak dan suara itu kedengaran serak menahan rasa pedih dibelakangi anak tungalnya.

“Ma, Alan tak ada niat sembunyikan hal ini ma. Alan sayagkan Lisa,” ucap Encik Adlan buat aku tersentak dan buat mama semakin deras mengalirkan air mata.

“Selama ni, mama ditipu anak sendiri! Sampai hati Alan. Mama tak redha perbuatan Alan!” ucap mama lalu bangkit dan menapak perlahan masuk ke dalam sana.

“Ma.” Panggil Encik Adlan tidak dihiraukan.

“Mama, tak redha perbutan Alan!” sekali lagi perkataan redha meniti di pinggir bibir itu dan aku lihat Encik Adlan sudah terduduk meratapi keadaan yang meruncing ketika ini.

“Alan, sudah tu! Bangun, nanti nenek pujuk mama tu. Sabarlah ya, mama terkejut tu.” Gumam nenek yang sedari senyap tidak masuk campur, cuba mententeramkan Encik Adlan.

“Bangun cu,” seru nenek lagi dan Encik Adlan menurut.

“Nenek, tolonglah Alan nek! Pa, tolong Alan pa.” Rayu Encik Adlan pada papa dan nenek. Raut wajah itu keruh dan tampak mendung tiada seri ceria yang biasa menemani air muka Encik Adlan.

“Iya, papa tolong. Tapi Alan tahukan, yang mama keras hati orangnya. Lisa,” seru papa ku sambut dengan pandangan kosong.

“Maafkan mama tu, pandai-pandailah Lisa ambil hati mama nanti.” Ucap papa buat ku angguk sekali. Tubir yang sarat dengan air mata ku seka laju. Aku tidak mahu tangis ini bakal mengeruhkan keadaan yang sudah sedia keruh.

“Encik, saya balik dulu!” aju ku bila merasakan aku tidak seharusnya berada di sini. Mungkin hadir ku bakal menambahkan kebencian mama kepada anak tunggalnya. Aku tidak rela, membiarkan hubungan ibu dan anak berantakan jika hadir ku membuat keduanya terpisah dari rasa bahagia.

No, jangan  tinggalkan saya seorang dalam keadaan macam ni.” rayu Encik Adlan dalam pandangan penuh mengharap.

p/s: enjoy reading.... maaf atas kekurangan, jangan lupa komen n jgn serik datang ke sini lagi :)

24 comments:

  1. Adussss lagi sentap... cian alan tersepit antara ibu n istreri tersayang... hurmmmmmm AI..... sedih ni....... lagi plzzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, alan tersepit antara isteri n ibu :)

      Delete
  2. kesian alan..minta2 hati mama alan akan lembut dan dapat menerima alan n lisa..bykkan sbr ye alan..lisa pun jgn la cpt mengalah..kenalah berusaha utk mengmbil hati mama alan..semoga semuanya baik2.. -eil-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi perjalaan lisa susah sikit coz dia ada rekod buruk pada family alan tu. nenek n bapak alan dah okey, cuma mama beliau yg kurang bersetuju. terkejut kot! :)

      Delete
  3. mengandung la cepat2.confirm elok balik.heeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum mengandung mestilah ada dugaan sikit kikiki :)

      Delete
  4. tul ngandung pas tu elok balik tapi klise tak mcm crta2 yg ln, buatla ln skit..baru best...tul tak mizz writer....pleassss truskn lg dn lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kna lain sikit . kalau sama macm x best kan :)

      Delete
  5. ahaha... biasanya perempuan yg guna ayat habis madu sepah dibuang... ni lelaki pulak..ekeke XD lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. alan budget dia bunga, si lisa tu kumbang huhuhu

      Delete
  6. Sian alan tersepit..
    Tgh2 sedih lisa nk tinggalkn pulak..
    Suruh je lisa tinggal kat umh si alan ni.ambil hati mak dia...

    Tp jgn la smpai kna dera ngn mak si alan..menangis nt si alan ni..
    - miss A-

    ReplyDelete
    Replies
    1. mis A..

      si lisa risau kot2 kalau dia ada dkt situ buat mama dia kuciwa huhuhu ;)

      Delete
  7. minta2 mama alan blh trima lisa..
    hehe.. amik hati mama alan tu.. orng tua2 klau marah pon, sat sat je.. bukan lma pon.. hehe
    jnji amik hati MAMA ALAN.. xmau pompuan lain duk kacau alan.. x suka
    yg blh kcau ALAN 1 je.. iaitu LISA
    hehe.. xpenah comment pnjg2 nih.. tapi ari ni, terlajak pulak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruunna qizbal..

      yup perasan2 komen kali ni panjang huhu.
      btw tq so much.. mmg alan n lisa teruji lagi lepas ni,hihi :)

      Delete
  8. adoi ksian plak kt alan n lisa.sjrah lma kna ungkit plak mmang kne amik ati mama alan yela spe x sdih n mrah bila anak sorang kna dera dgn isteri..huhuhuhuh..jgn ptus asa lisa truskan disisi alan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi mama dia sedih bila ank tunggl kne dera dgn wife dia
      hihi xpe2 lmbt laun mama dia terima juga :)

      Delete
  9. Don't put limits on what you eat as much as you do how much you are eating. According to experts, water and juices from various kinds of fruit are essential part of good diet. Most of us love it; going to Mac - Donald or Burger King from time to time.

    Here is my website; fitness tips and workouts

    ReplyDelete
  10. Yes! Finally someone writes about web based project management software.


    My web page :: Biotechnology Today

    ReplyDelete
  11. This text is worth everyone's attention. Where can one garner more information?

    Here is my homepage; http://mpcnetwork.mp-source.net

    ReplyDelete
  12. Hello, its nice paragraph on the topic of media print,
    we all be familiar with media is a impressive source of
    facts.

    my webpage dongguan.my

    ReplyDelete
  13. Anyone who needs a new idea to stay motivated should definitely try this.
    Blowing off some steam with a quick round of solo travel fitness
    in the morning can make your whole day brighter. If the answer is I''''''ll do whatever takes''''''''.


    Feel free to surf to my page: http://ishow.co/blogs/entry/Simplifying-Quick-Methods-For-fitness-tips

    ReplyDelete
  14. The final step toward making your funny picture or video
    popular is to find the right distribution.
    Funny Sports Moments would be create in every field of life.
    Laughter is the finest medication, and we need to
    partake in it as typically as we are ready to do so.


    My webpage www.thepressreleases.info

    ReplyDelete

Sign In

tengok-TENGOK