Tuesday, 5 February 2013

IKATAN BERSIMPUL MATI 7 & 8



“Buatkan air,” Encik Adlan bersuara sebaik sahaja langkah kaki ku mendekati pintu dapur. Lambat-lambat aku berpaling ke arah dia yang sedang membelek-belek risalah destinasi menarik sekitar negeri Sabah ini. Untuk apa, aku pun tak pasti kerana pagi-pagi esok kami semua akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

“Air panas eh,” tambah Encik Adlan lagi.

“Encik nak air apa?” soal ku acuh tak acuh. Mungkin dia tidak tahu, yang aku sudah tahu aku dengan dia masih lagi suami isteri. Isshh macam manalah boleh jadi macam ni? Macam manalah aku boleh terikat dengan Encik Adlan? Hessy.... tidak sedar aku mendengus panjang.

“Kalau tak ikhlas, tak perlu buat!” ujar Encik Adlan buat aku terkesima. Nada suara itu mendatar tanpa intonasi.

“Err... bukan macam tu Encik, saya cuma buat senaman nafas tadi.” ujar ku bagi alasan entah apa-apa. Ah lantaklah, asalkan ada jawapan menepis bicara Encik Adlan tadi itu sudah cukup baik.

“Encik nak minum air apa?” aku menyoal dia. Tubuh ku sandarkan ke tepi dinding, sambil menanti dia bersuara.

“Teh ‘O’ laici!” sahut Encik Adlan buat aku terpempam seketika. Eh, dia ni ingat ni kedai makan ke apa? Mana nak cari laici tengah-tengah malam buta macam ni? Mengada-ngada!

“Encik,” seru ku sekali.

“Hermm..” dia menyahut lalu mengalih pandangan ke arah ku seketika. Kening itu ku lihat terangkat sebelah, menanti aku meneruskan bicara. Dengan langkah longlai, aku dekati dirinya. Kali ini aku tidak takut lagi, lantaran aku dan dia masih halal dan tiada apa harus aku takutkan lagi.

“Rumah ni tak ada laici, yang ada peket kopi je!” ujar ku sebaris.

“Habis tu, kenapa tanya tadi?” soal dia bersahaja dan diri itu ku lihat bangkit berhadapan aku yang sedang berdiri di sisi sofa.

“Errr..” apa aku nak jawab ek. Aku juga yang menggatal tanya nak minum apa? Padahal dekat dapur tu cuma ada peket kopi je pun!

“Siaplah, kita keluar sekejap!” tutur Encik Adlan memberikan aku kata putus antara sebuah permintaan dan juga sebuah arahan.

“Nak kemana Encik? Dah malam ni, tak elok keluar lewat-lewat macam ni.” aku hamburkan bicara mahu mengelak dari berdua-duaan dengan Encik Adlan. Tak mahu aku, nanti jadi macam semalam pulak. Tak mahulah!

“Kita keluarlah, bukan boleh buat apa pun dalam rumah ni! Boring,” Encik Adlan bersuara lagi.

“Boring?” ulang ku sepatah.

“Hermmm boring! Siaplah, tunggu dekat luar! Jangan lambat!” ujar Encik Adlan seraya mendekati pintu utama lalu menarik tombol pintu dan beberapa saat kemudian, Encik Adlan sudah hilang dari pandangan mata. Aku pula bergegas ke bilik menukar pakaian lalu  menggapai tudung yang terdampar di atas katil. Penampilan ku rapikan di hadapan cermin solek, sejurus itu kaki ku bawa menuju ke arah Encik Adlan yang sudah sedia menunggu di luar apartment.

“Nak kemana ni Encik?” soal ku sambil beriringan dengan lelaki yang sedang memeluk tubuhnya ketika ini.

“Ikut je,” suruh dia tidak mahu aku terlalu banyak menyoal jawab lalu kereta yang terletak di kotak parking dihampiri. Sebaik sahaja tubuh diboloskan ke dalam perut kereta, Encik Adlan terus sahaja memandu hingga ke suatu tempat! Aku hanya menurut dan memerhati.

**

“Encik Adlan, saya sejuklah! Jomlah balik,” gumam ku memohon Encik Adlan bertimbang rasa sedikit. Buat apa tengah malam-malam buta dekat ladang teh ni? Hisss... buang tabiat ke apa Encik Adlan ni?

“Encik Adlan, jomlah balik! Nyamuk, seram lagi. Jomlah balik!” aku sentuh lengan dia kemudian aku goncang sedikit agar dia sedar perbuatannya ketika ini.

“Shhh...” Encik Adlan suruh aku senyap. Dia masih terkondok-kondok bersembunyi di sebalik pohon teh separas dada kami.

“Encik tengok apa?” aku berbisik dekat di telinga dia.

“Kelip-kelip!” sahut dia perlahan.

“Mana? Mana?” aku dekati Encik Adlan lalu turut sama mengintip apa yang sedang menjadi intipannya ketika ini.

“Tu,” Encik Adlan perhatikan aku sejenak sebelum memuncung ke arah hujung daun teh yang menjadi persinggahan kelip-kelip.

“Nampak tak?” soal dia gemersik.

“Tak,” aku geleng kepala sekali sambil cuba memerhatikan apa yang diperhatikan Encik Adlan.

“Dekat sana tu,” tidak semena-mena bahu ku dipeluk dan tubuh kami menunduk sedikit melihat ke arah hadapan sana.

“Nampak?”

“Herrmmm nampak! Cantiknya!” ujar ku teruja.

“Cantikkan!” sahut Encik Adlan bersama senyuman yang sukar aku mengertikan. Di sana sepasang kelip-kelip sedang berterbangan dari satu daun ke satu daun yang lain. Terbang berpasangan di dalam suasana kelam tidak bercahaya.

“Kelip-kelip ni cantik bila tiba waktu malam, waktu siang kita takkan dapat nampak cahayanya.” Gumam Encik Adlan perlahan.

“Oh,” aku angguk sekali dan cuba menjarakkan tubuh bila Encik Adlan semakin mengeratkan pelukan di bahu ku. Dalam tingkah berhati-hati itu, aku mengundur setapak ke belakang dan sentuhan bahu yang erat terlerai dengan sendirinya.


“Kita balik iya, saya sejuk!” ujar ku mohon simpatinya.

“Marilah!” dia tegakkan tubuhnya kembali lalu berpusing menghadap aku yang sudah berdiri di belakangnya.

“Nah, ambil ni.” jaket yang tersarung di tubuh ditanggalkan lalu diserahkan kepada aku yang sedang menggosok lengan di antara satu sama lain!

“Ambillah!” sua dia bila aku enggan menyambut.

“Jangan degil Kay,” tiba-tiba aku tersentak bila mana panggilan itu menerpa pendengaran ini.

“Err...” aku kehabisan bicara. Dan tanpa disedari Encik Adlan sendiri meletakkan jaket tersebut di belakang tubuh ini.

“Jom balik, kita singgah ke restoran! Pukul 10 esok, kita nak fly ke KL.” Beritahu dia buat aku angguk sekali. Aku bungkam seketika, bagai tiada patah perkataan yang mampu ku luahkan saat ini bila  jari jemari ku digenggam erat mengikuti langkahnya menyusuri lorong kecil di tengah-tengah ladang teh yang kelam tidak bercahaya.


***


Encik Adlan tak ada hari ni.  Katanya mahu ke Seremban bersama Felina kerana ada sedikit urusan kerja. Dan aku, sudah tentunya tidak dibawa ikut bersama lantaran tiada keperluan untuk aku bersama mereka. Maka aku harus menguruskan segala kerja-kerja yang bersangkut paut dipejabat, menguruskan temujanji juga merencanakan jadual kerjanya sepanjang minggu ini.

Sedang aku duduk termangu di meja kerja, telefon di sudut kanan meja ini berdering lagi. Tidak semena-mena aku menghela nafas. Malas sebenarnya mahu menjawab panggilan yang tiada kena mengena dengan urusan kerja.

“Good morning, AZ Bizz Management, may I help you miss?” ujar ku memberi kata-kata selamat kepada pemanggil di sebelah sana.

“Pass my phone call to Adlan Zakuan!” suara disebelah sana kedengaran kasar dan tidak sabar-sabar.

“Sorry miss, he is not in office.” Ujar ku masih lagi berbudi bahasa.

“What?” aku dengar dia membentak siap pakej jeritan menjerit lagi. Apalah dia ni, dah Encik Adlan tak ada. Nak marah-marah aku pulak! “Bila dia balik?” kali ini dia menyoal lagi. Keras sungguh nada suara yang terlafaz.

“Mungkin petang ni,” sahut ku pendek. Malas sebenarnya melayani orang yang tak reti menghormati orang lain.

“Pukul berapa?” dia masih menyoal ingin tahu.

“Saya tak pasti, kalau ada urusan penting Cik boleh tinggalkan pesanan kepada saya! InsyaAllah bila bos saya sampai ke office, saya akan sampaikan pesanan Cik kepada Encik Adlan!” cadang ku agar dia di sebelah sana tidak lagi berapi-api dan menghamburkan api amarahnya kepada aku.

“Hey, you ni siapa ha? This is my personal affairs, perlu ke beritahu you?” ejek dia memperlekehkan aku.


“I’m so sorry Miss.” ujar ku sudah mula terasa malas melayani panggilan dari pemanggil yang tiada adab dan budi bahasa dalam berbicara.

“Herrmm... nanti kalau dia balik, inform dia yang I nak jumpa dia! Oh lupa nak beritahu you, my name is Wanda. Called me Wanda or Wan.” Beritahu dia tanpa aku yang bertanya.

“Okey...” belum sempat kau meneruskan bicara dia sudah memutuskan talian. Hessyy dia ni kan sengaja buat aku naik angin ke apa? Huh!

“Siapa call tadi?” Puan Dania yang menemuduga aku tempoh hari datang mendekati.

“Wanda,” ujar ku pendek.

“Dia nak apa?” soal Puan Dania lagi.

“Entahlah Puan, saya pun tak tahu! Katanya ada urusan dengan Encik Adlan!” gumam ku buat Puan Dania  tersenyum segaris.

“Janganlah panggil Puan, panggil Kak Dania je! Lebih selesa dan lebih mesra!” ujar Puan Dania yang mahu aku menyapa dirinya dengan panggilan Kak Dania. Syukur, mereka semua baik pada aku yang masih baru di sini.

“Yang call tadi Wanda ek?” soal Kak Dania berwajah serius.

“Hermm, betullah tu!” angguk ku sekali.

“Kenapa kak?” aku soal Kak Dania hairan dengan riak wajahnya ketika ini.

“Tak ada apa-apalah!” dia senyum kembali.

“Wanda, sedapkan nama tu.” Ujar ku memuji nama pemanggil tadi.

“Kalau nama sedap, tapi perangai tak elok... tak kemana juga Lisa.” Ucap Kak Dania buat aku ketap bibir. Mengata aku ku ke apa? Nama aku bukan ke sedap, tapi perangai aku boleh juga  dikira hampeh! Tapi itu dulu kut, sekarang aku cukup bersopan santun! Kagum mak dan ayah!

“Lisa,” seru Kak Dania buat aku tersentak. Mujur tidak terlepas pen yang melekat di celah jari.

“Kak Dania,” sahut ku sambil tekap tapak tangan ke dada.

“Apalah Lisa ni, terkejut pulak. Termenung jauh, jelous dengan buah hati Encik Adlan ke?” tebak Kak Dania pada aku yang sememangnya terkejut kini bertambah-tambah terkejut.

“Buah hati Encik Adlan?” soal ku pendek. Di dalam hati ini, aku sudah merasakan aku sememangnya telah terkahwin dengan orang yang salah.

“Iyalah buah hati Encik Adlan,” sahut Kak Dania ketawa lucu.

“Habis tu Felina tu siapa pulak?’ soal ku hairan. Sekali lihat, persis mereka pasangan bercinta. Kemana-mana bagai belangkas yang tidak boleh dipisahkan lagi.

“Felina? Yang putih melepak tu? Herrmmm dia pun girlfriend Encik Adlan!” gumam Kak Dania buat aku garu kepala.

“Girlfriend Encik Adlan? Banyaknya!” ulas ku kedengaran antara percaya dan tidak.

“Orang kacak, banyak duit... ada harta pula tu! Siapa yang  tak mahu,” soal Kak Dania buat aku tersenyum kecil. Jika ditanya, siapa yang tak mahu pada Encik Adlan, aku ada jawapan untuk persoalan itu. Akulah orang yang tak mahukan Encik Adlan! Dan aku yang tak mahu ini, sudah pun terperangkap dalam kehidupan Encik Adlan. Huh tak sukanya aku!

“Lisa, ada parcel untuk Encik Adlan. Tolong tanda tangan untuk dia,” salah seorang staf yang bekerja di reception di tingkat bawah datang mendekat.

“Parcel apa ni?” soal ku hairan bila sekotak bungkusan berbalut dengan kertas berbunga kecil sampai ke atas meja.

“Alah benda biasa bila Encik Adlan ada krisis dengan buah hati yang berderet-deret tu.” Tutur Kak Dania bagi pihak staf yang memakai tag nama Haila.

“Oh,” sahut ku bersama anggukan kecil.

“Cepatlah tanda tangan, lepas tu boleh Haila pas pada budak penghantar  dekat bawah tu.” Suruh Kak Dania ku anggukan sekali lagi. Dengan pantas aku gapai pen yang terdampar di atas meja lalu ku jatuhkan tanda tangan di resit yang tertera.

“Terima kasih iya Haila,” sua ku bersama ucapan penghargaan. Dan tanpa berlengah, gadis itu berlalu pergi. Sesudah itu aku tebarkan pandangan ke arah Kak Dania, sambil senyuman ku ukir segaris.

“Ha Lisa, Kak Dania buat kerja dululah! Dah banyak sangat kita bualkan!” ucap Kak Dania lalu meminta izin kembali semula ke meja kerjanya.

“Okey, nanti tengahari kita lunch sama-sama eh! Bolehkan?” gumam ku sedikit kuat.

“Okey, no problem!” Kak Dania menyahut sambil memberi isyaratkan untuk kembali semula ke meja kerjanya.

***

“Encik Adlan, ni bungkusan untuk Encik! Dan tadi Wanda telefon, dia pesan dia nak jumpa Encik!” ucap ku bersahaja. Bungkusan tertera  perkataan ‘Special for My Love Alan Zack’ di tengah-tengah kad kecil itu menerpa penglihatan ini untuk entah keberapa kali.

“Wanda?” soal Encik Adlan sibuk benar dengan kertas kerja yang bertaburan di atas meja.

“Dia kata nama dia Wanda!” ulang ku semula.

“Herrmm..” dia menyahut namun masih leka menancap kertas laporan tadi.

“Kotak ni nak letak kemana?” soal ku bila dia bagaikan hanyut dengan kerja yang bertimbun.

“Kotak?” dia panggung wajah menancap wajah ku sekali.

“Ha, kotak ni! Nak letak ke mana?” soal aku tanpa riak. Kotak besar tapi bila dipegang, terasa ringan. Apa yang ada di dalam ni ya?

“Awak ambillah! Kalau awak tak nak, buang je!”  suruh Encik Adlan kembali menyambung kerja-kerjanya. Amboi merajuk sakan nampaknya Encik Adlan ni, susah juga hendak di pujuk!

“Saya ambil?” ulang ku memohon kepastian.

“Ambillah!” ucap dia perlahan.

“Thanks Encik Adlan.” Aku ucap terima kasih kepada suami yang bukan suami kepada aku.

“Ehem..!” aku dengar Encik Adlan berdehem kecil. Dengan rasa ingin tahu, aku  berpaling ke arahnya.

“Encik Adlan nak cakap apa-apa ke?” soal ku perlahan sambil jungkit kening ku tinggi.

“Sebelum balik, ikut saya sekejap!” arah dia. Aku kerutkan dahi, pukul lima bermakna waktu kerja aku dah tamat! Ni kenapa pulak aku kena ikut dia? Mana adil? Overtime ke apa?

“Saya nak beli barang sikit!” gumam dia tentang hasrat hatinya.

“Oh, kalau macam tu takpelah! Nanti saya tunggu Encik dekat meja kerja saya.” Tutur ku bersahaja.

***


“Kenapa bawa kotak tu?” Encik Adlan bersuara bila kotak sebesar saiz kertas A4 menyapa pandangan matanya, sesekali aku kerling dia yang segak mengenakan Ray Ban bewarna hitam. Tali leher sudah dirungkaikan sedikit dari lehernya, manakala lengan baju disinsing hingga ke paras siku. Kacak!

“Saya tak buka lagi,” ujar ku pendek.

“Bukalah, nak tahu juga apa yang ada dalam kotak tu.” Gumam Encik Adlan. Dari kaca mata itu, aku lihat dia kerling kotak yang berada di atas riba ku. Tadi bukan dia yang tak mahu ke? Ni sibuk pulak nak tengok. Nak buka ke tak? Nak buka ke tak? Aku tak pasti.

“Bukalah, saya pun nak tengok juga hadiah apa yang orang tu kasi!” tutur Encik Adlan memutuskan rasa berbelah bahagi di hati aku ketika ini.

“Sekarang?” soal ku perlahan.

“Yup!” sahut dia dan aku angguk sekali dan dia tersenyum segaris sebelum mengalih semula pandangan matanya ke arah hadapan.

Tanpa berlengah, aku koyak sedikit pembalut hadiah yang kemas melekat. Dari sudut kanan ku alihkan pula ke sebelah kiri dan seterusnya aku tarik balutan tadi hingga terlerai. Nah, kini kotak bewarna hitam itu tertera di hadapan mata ku.

“Bukalah!” suruh Encik Adlan bila aku merenung kosong.

“Hermm!” aku angguk lalu membuka kotak yang tertutup kemas. Senyuman ku ukir segaris, mesti hadiah mahal dan paling tidak pun pasti gajed-gajed terkini. Hurmmm apa lagi hadiah yang boleh diberikan kepada lelaki jika bukan barangan serupa itu. Sebaik sahaja, aku tarik kotak yang tertutup mata ini membuntang luas.

“Homagad!” tekejut aku dibuatnya. Oleh kerana terlampau terkejut ,  aku baling kotak itu kepada Encik Adlan yang sedang memandu membuatkan dia juga terkejut dan memberhentikan kereta dengan tiba-tiba.

“Kenapa ni?” soal Encik Adlan cemas. Dia pandang aku dan aku pandang dia. Pandangannya ku balas dengan gelengan kecil.

“Apa?” soal dia ku geleng lagi. Tanpa berlengah, dia mula membongkokkan tubuh dan memanjangkan tangan untuk menggapai isi kotak yang bertaburan jatuh ke lantai pemijak.

“Kenapa dengan benda ni?” soal dia tanpa melihat apa yang sedang dipegangnya ketika ini. Aku geleng kepala ku lagi, segan untuk melihat apa yang sedang dipegang oleh Encik Adlan.

“Encik Adlan err... saya rasa, lebih baik Encik simpan takkpun Encik ambil je! Saya rasa saya tak minat dan saya tak perlukannya!” aku tolak baik-baik. Sambil cuba mengalih pandangan ke arah lain. Namun ekor mata ini masih terarah ke raut wajahnya. Menanti reaksi empunya diri.

“Kenapa?” soal dia sambil jungkit kening kirinya bagai tidak mengerti dengan bicara aku sebentar tadi. Perlahan-lahan aku lihat dia menoleh ke arah benda yang sedang dipegang kemas.

“Omak!” dia juga terkejut dan tidak semena-mena aku lihat benda itu berterbangan pula ke arah  aku.

“Apa ni Encik Adlan, ni encik punya!” aku campak semula hingga mendarat ke muka kacak Encik Adlan lalu dia gapai laju-laju lantas melempar ianya ke arah aku kembali.

“Bukan! Bukan saya punya!”  dia gugup dan aku bingkas menyentuh lalu meletakkan ke atas pehanya dan dia pula terus sahaja menggapai lalu menghulurkan kembali kepada aku! Dan aku yang meihat terus sahaja geleng tak mahu.

“Ambillah!” suruh dia dan aku lihat wajah dia sudah merona merah.

“Tak nak! Saya tak pakai benda ni!” luah ku lalu ku tolak tangannya menjauhi aku.

“Habis tu nak buat apa ni?” soal dia buntu.

“Encik ambillah!” aku cadangkan hal itu kepada dia.

“Tak mahulah!” dia campak semua tu ke tempat duduk belakang.

“Bagi hadiah entah apa-apa!” gerutu bibir itu buat aku tersenyum sendiri. Aneh betul hadiah pemberian buah hati Encik Adlan. Tak senonoh pun ada, pakaian dalam? Hessyy gelilah!

“Siapa yang bagi?” soalan Encik Adlan buat aku terkedu. Garang sungguh! Lambat-lambat, aku kutip pembalut yang jatuh melurut ke kaki. Kad yang masih melekat di atasnya ku leraikan. Dan mata ku larikan ke arah kad yang bertinta dakwat hitam.

“Wanda yang kasi.” Gumam ku pada Encik Adlan.

“Dia lagi, tak habis-habis!” aku dengar Encik Adlan membebel. Tanpa aku duga dia hentak stereng kereta agak kuat hingga membuatkan aku kecut perut! Huh boleh tahan garang encik bos ni!


***


“Encik Adlan kita nak kemana ni?” soal ku mengikuti langkahnya dari arah belakang.

“Ikut je!” ujar Encik Adlan tanpa menoleh ke arah aku yang terpaksa melangkah besar-besar mengejar langkahnya yang jauh ke hadapan.

“Oh KLCC, ingatkan nak kemana tadi?” aku kuntum senyuman sebaik sahaja kami tiba di dalam ruang yang serba mewah ini.

“Awak ingat kita nak kemana tadi?” soal Encik Adlan bersahaja. Aku hanya geleng kepala ku sekali sambil leka memerhatikan persekitaran ruang KLCC yang sedikit lengang.

“Jom ke sana!” jari telunjuk Encik Adlan lurus ke arah butik pakaian lelaki. Butik itu menjadi sasaran langkah kaki kami ketika ini.

Wah tinggi juga citarasa Encik Adlan. Boleh tahan high class! Sedang aku sibuk melihat-lihat design dan corak tali leher yang pelbagai itu, aku kerling Encik Adlan yang sedang membawa beberapa helai suit hitam ke fitting room berhampiran. Mahu menyuai padan dengan tubuhnya sendiri, agaknya! Sebaik sahaja Encik Adlan berlalu, aku alihkan pemerhatian ku ke arah design pakaian yang bergayutan di stand besi.

“Lisa,” nama ku diseru sekali.

“Ya,” aku menyahut dan cuba mencari dirinya.

“Okey tak?” Dengan pantas aku toleh ke arah Encik Adlan yang berdiri di belakang tubuh ku. Terpempam aku seketika melihat susuk tubuh yang tegap bersama tuxedo yang kena dan sepadan  pada tubuhnya.

“Lisa! Okey tak?” soal dia sekali lagi.

“Errr.... hurrmmm!” aku angguk sahaja kerana terlalu gugup meluah perkataan. Memang lebih daripada okey! Kacak dan smart! Itu jawapan yang tak mampu aku ungkapkan!

“So, yang ni okey ke?” soal dia lagi.

“Okey. Sesuai!” ulas ku pendek dan dia tersenyum lagi.

“Kalau macam tu, bagi I yang ni! Dua warna, saiz yang sama cuma warna tu bagi black and dark grey!” ucap Encik Adlan kepada pembantu butik itu. 

“Okey,” sahut pembantu butik itu dengan senyuman manisnya. Sesudah itu aku lihat Encik Adlan menapak mendekati aku.

“Nak beli apa-apa ke?” Encik Adlan menyoal aku yang masih termangu.

“Err tak!” ucap ku sekali. Lalu dia ukir senyumannya dan kembali semula ke fitting room mendapatkan pakaian yang ditanggalkan tadi. Lima minit kemudian, lelaki itu kembali semula mendekati aku.

“Adlan, oh ini kerja you eh?” satu suara buat keterujaan aku pupus dengan sendirinya. Tanpa berlenggah, aku palingkan wajah ke arah Encik Adlan yang berada di sisi.

“Kerja apa?” Encik Adlan menjawab bersahaja.

“Jangan pura-pura tak tahu! I call you tak jawab, bila I text you, you buat tak tahu! Bila I tinggalkan pesanan, you buat tak dengar! So what? Apa yang you nak elakkan sangat dari I ni?” soal gadis itu buat aku terkaku seketika. Garang betul!

“I busylah!” mudah sahaja Encik Adlan menjawab.

“Busy kata you? Macam ni busy, busy berdating ke apa?” kali ini gadis itu sudah menyorot pandangan matanya ke arah aku yang sedang memegang beg kerja milik Encik Adlan.

“Wanda, you jangan nak curigakan I! Kita bukannya ada apa-apa pun!” ujar Encik Adlan berwajah tegang ketika ini. Aku hanya memerhati, langsung tidak berminat untuk masuk campur. Pandai-pandailah kau Encik Adlan! Dah pandai menggatal, pandai-pandailah tanggung penyakit sendiri! Malas mahu masuk campur, aku bergerak menuju ke rak pameran. Di situ, pakaian yang tersusun lebih menarik minat aku berbanding menadah telinga mendengar mereka berdua bergaduh sesama sendiri. Dan kehadiran pembantu butik bersama tuxedo milik Encik Adlan ku sambut dengan senang hati.

“Cik, ni barangnya tadi. Dan yang ni kad suami Encik!” gumam pembantu butik itu sambil menyerahkan beg kertas berisi pakaian Encik Adlan dan juga kad debit lelaki itu. Di dalam hati, aku tertanya-tanya sendiri, bagaimana pembantu butik itu tahu bahawasanya Encik Adlan itu adalah suami aku!

“Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu!” dia memohon untuk berlalu.

“Hermm tak ada. Okey... thanks ya!” ucap ku menutup rasa tidak selesa ku ketika ini. Encik Adlan pula masih lagi bertikam lidah. Hiss bilalah nak habis ni!

“Macam mana I tak curiga? You kata you busy dengan kerja, now apa yang I nampak? You sedang berfoya-foya! Apa semua ni Adlan! Apa semua ni, you jangan ingat I tak tahu dan I tak perasankan perubahan you tu.” Gerutu gadis yang disapa Wanda oleh Encik Adlan agak panjang lebar. Riak wajah itu tegang dan alis itu berubah kemerah-merahan. Pasti mehanan sebak dan mungkin juga menahan rasa kesedihan diabaikan kekasih sendiri.

“You jangan nak tuduh I bukan-bukan Wanda! I tak suka,” aju Encik Adlan masih lagi perlahan menutur bicaranya. Lalu aku lihat dia mendekati aku yang berdiri di hujung sudut rak pameran.

“Sudah ke?” Encik Adlan menyoal aku. Aku angguk kemudian tidak lama kemudian aku geleng semula. Apa maksud ‘sudah’ yang ditanya Encik Adlan tadi. Bukan aku yang membeli belah, tapi dia yang berbelanja. Aku hanya menemani!

“Takpelah, next time kita cari lagi!” gumam dia lalu menarik tangan ku untuk meninggalkan ruang pakaian berjenama mewah itu juga meninggalkan pertanyaan di hati aku sendiri.

“Adlan, siapa dia ni?” Wanda hamburkan kecurigaanya bila Encik Adlan dengan selamba memaut lengan agar aku segera mengikut langkah kakinya.

“Perlu ke you tahu siapa dia ni?” Encik Adlan palingkan wajahnya ke sudut lain.

“Patutlah you buat tak tahu dengan I, rupanya budak ni dah gantikan tempat I di hati you tu?” Wanda meneka lagi.  Aku geleng kepala ini sekali, sungguh tidak pernah sekalipun aku dan Encik Adlan menyimpan sebuah rasa cinta di sudut hati kami. Kami berkahwin tanpa rasa cinta, dan sepanjang lima tahun lalu sedikit pun tidak ku simpan sebaris nama Adlan Zakuan di lubuk hati ini. Apatah lagi menyulam kembali hubungan yang sudah lama bersemadi. Dia bukan pilihan hati ku, apatah harapan untuk aku jadikan dirinya putera pemerintah di singgahsana rasa cinta ini.

“I tak puas hati, I tak puas hati! Kenapa you sanggup bohong I? Kenapa you tipu I? Kenapa you curang dengan I?” ketika ini aku lihat Wanda sudah menangisi nasibnya manakala Encik Adlan pula sedaya upaya untuk membawa dirinya keluar dari situasi yang aku sendiri tidak jangkakan. Seperti di dalam drama pula!

“I tak pernah bohong you,” gumam Encik Adlan bersahaja. Aku ketap bibir, memang dasar kasanova. Huh dengan Felina pun masih manja-manja, sekarang ni dengan Wanda pula. Hessy... apalah maknanya jadi playboy! Best sangat ke dipuja dan dicintai ramai wanita? Hurmmm... apa ek? Tidak semena-mena minda aku ligat memikirkan motif mereka-mereka yang pernah dan masih bergelar playboy.

“No, you bohong I!” tegas Wanda lagi. Suara itu mengembalikan aku ke alam realiti.

“Eh, suka hati youlah Wanda! I cakap you tak mahu dengar, so sekarang.. up to you!” Encik Adlan menegaskan lalu menarik lengan ku kembali agar menjauhi Wanda yang sudah membentak-bentak. Orang ramai yang lalu lalang tidak dihiraukan. Aku malu, kalau mereka tak malu itu aku tak mahu ambil tahu.

“Habis tu, siapa dia ni?” soal Wanda mengejar aku dan Encik Adlan yang semakin menjauh semata-mata kerana rasa ingin tahunya. Menagih sebuah kepastian siapa aku di sisi Encik Adlan.

“No, I takkan lepaskan you selagi I tak tahu siapa dia di hati you!” gumam Wanda bertegas ingin tahu. Encik Adlan matikan langkah dan aku yang tidak sempat berhenti terus sahaja terpeluk tubuh itu dari arah belakang.

“Oh no!” gumam ku hampir tidak kedengaran bila tubuh Encik Adlan erat di dalam pelukan aku. Hingga haruman tubuhnya menyapa deria bau! Perlahan-lahan aku mendongak ke arahnya. Dia sedang memerhatikan aku tanpa berkelip.

“So..so..sorry Encik Adlan!” aku gugup namun tangan ini pantas menolak tubuhnya menjauhi.

“Hei, you ni siapa? Peluk-peluk boyfriend I!” marah Wanda langsung menarik tangan ku berhadapan dengan dirinya. Encik Adlan pula ku lihat menghela nafasnya agak kasar bila kelakuan Wanda sukar ditangani.

“Wanda, listen! Listen!” sergah Encik Adlan namun Wanda tidak memperdulikannya. Dan aku pula menjadi objek kecurigaan diri itu.

“Who are you?” soal dia dalam pandangan tajam. Encik Adlan memandang ke arah lain sambil aku lihat kedua tangannya sudah dimasukkan ke dalam poket seluar dan rahang itu ku lihat bergerak-gerak perlahan.

“Hei, Adlan, who is she?” Wanda mengalih pula soalan itu kepada Encik Adlan bila aku senyap tidak bersuara.

“Hei, you all ni dah bisu ke apa?” bentak Wanda lantas memukul dada Encik Adlan berkali-kali.

“Hei, Wanda! Stop to be like this! Be matured, please!” ujar Encik Adlan bersuara tegas.

“My name Khalisa, Personal Asistance for Encik Adlan Zakuan!” akui ku seraya menghulur tangan untuk berjabat. Raut wajahnya ku tatap tanpa berkelip dan aku lihat dia menjarakkan tubuh dari Encik Adlan lalu beralih mendekati aku di sisi lelaki ini. Jelingan itu masih tajam  dan riak curiga itu masih terbias di raut wajahnya.

“Yang jawab call I tengahari tadi?” soal dia pendek.

“Ya, saya yang jawab panggilan Cik Wanda.” Ucap ku bersahaja.

“Hanya PA bukan? Tak lebih dan tak kurang?” soal dia lagi. Curiga itu masih kedengaran melalui bicara yang terluah.

“Ya, hanya PA. Sekadar PA!” tegas ku sekali lagi.

“Okey, I’m Wanda! Encik Adlan’s girlfriend!” perkenal Wanda buat aku tersenyum segaris. Tangan itu ku sambut dan ku jabat mesra. Kalaulah Wanda tahu siapa aku yang sebenarnya, dan tahu tentang Felina serta beberapa lagi  gadis yang berdampingan dengan majikan aku. Sudah tentunya perang dunia bakal meletus hebat!

“Dah puas hati?” soal Encik Adlan sambil melepaskan keluhan.

“Sorry sayang, I tak sengaja! I bukan apa, I risaukan you! I tak boleh terima kalau-kalau you ada affair dengan perempuan lain.” Gumam Wanda seraya mengelus-ngelus tali leher Encik Adlan. Tingkah itu buat aku mencemik. Gedik!

“So, apa lagi?” soal Encik Adlan, lagak gaya itu seperti malas mahu melayan.

“Boleh kita pergi makan? I rindukan you!” rengek Wanda buat aku semakin geli untuk terus  mendengar. Tadi terjerit-jerit kini merengek-rengek manja pula. Isshh gelinya!

“Tak boleh, I nak hantar PA I balik!” Kali ini Encik Adlan gunakan nama aku pula. Mana boleh, senang-senang je petik nama aku untuk selamatkan diri sendiri.

“Teksi kan banyak? Kenapa pula you yang kena hantar?” soal Wanda tidak puas hati.

“I yang paksa dia temankan I ke sini, sekarang ni dah lewat! Kalau I tak hantar, apa pula kata mak ayah dia.” Ujar Encik Adlan buat aku semakin hairan. Kali ini, Encik Adlan gunakan nama mak dan ayah aku pula.

“Huh, dasar gadis kampung! Dah besar panjang pun dikongkong dengan mak bapak lagi.” bibir itu terkumat kamit mempelekehkan aku dan serentak itu juga aku lihat dia menjeling ke arah ku sekali.

“Cik Wanda jangan nak biadab! Kalau saya tak usik cik Wanda, saya tak ganggu hidup Cik Wanda! Saya nasihatkan agar Cik Wanda  jauhi urusan peribadi saya, lebih-lebih lagi hal yang melibatkan mak dan ayah saya! Faham!” aku tegaskan suara ku di hadapan dia yang terkebil-kebil.

“Encik Adlan Zakuan, terima kasih banyak-banyak! Saya boleh balik sendiri, jagalah buah hati Encik Adlan ni! Jangan nak menyusahkan hidup orang lain pulak!” gumam ku seraya menghempas briefcase dan beg kertas yang ku pegang tadi ke atas kaki Wanda. Puas hati aku! Nak main kasar sangat! Hei ni KAY okey, KAY!


**

“Kay, keluarlah!” mak ketuk pintu bilik. Mahu memujuk aku keluar makan malam bersama.

“Kay,” panggil mak lagi aku diamkan diri.

“Kay, bukalah pintu ni!” gumam mak lagi.

“Kay, mari keluar makan!” pujuk mak lagi.

“Malaslah mak, tak ada selera!” ketukan berakhir bila mak tidak lagi bersuara. Sejurus itu bantal peluk ku gapai lalu aku rebahkan tubuh ke tilam. Namun tidak lama selepas tu, pintu bilik kedengaran diketuk lagi.  Mak ni kenapa, selalunya bila dah menyahut mak pasti takkan ketuk lagi. Pasti membiarkan rajuk aku beransur pulih dengan sendirinya. Ni kenapa pula, ketuk-ketuk dari tadi. Nak tidur pun tak senang.

“Mak nak apa?” aku pulas tombol pintu seraya melemparkan sebuah pertanyaan kepadanya.

“Mak...” bicara ku mati bila wajah itu yang ku lihat. Bukan mak, bukan juga ayah!

“Lisa,” seru dia sekali.

“Oh, Encik Adlan. Saya nak berehat, lagipun waktu kerja dah habis!” gumam ku pendek. Masih berada di muka pintu! Dan masih lagi terkejut dengan kehadiran Encik Adlan di hadapan pintu bilik aku malam-malam begini.

“Lisa, I’m so sorry!” gumam dia pendek.

“Saya tak rasa apa-apa pun!” luah ku bersahaja.

“Kita cakap dekat luar.” Pinta Encik Adlan lagi.

“Malas, saya malas nak keluar!” beritahu ku bahawasanya aku sememang malas nak keluar.

“Kalau malas, kita cakap dalam bilik ni je!” ujar dia mencadangkan.

“No, nanti apa pula kata mak dan ayah saya!” ucap ku akan hal itu. Pasti Encik Adlan menyangka aku masih tidak tahu yang aku sudah tahu bahawasanya aku ini masih lagi bergelar isterinya. Nenek sendiri yang mengkhabarkan dan berpesan agar aku tidak memperbesarkan hal ini di hadapan Encik Adlan. Apa motif sebenar Encik Adlan merahsiakan hal ini dari pengetahuan aku, aku sendiri tidak pasti.

“Saya tak peduli apa mak dan ayah mertua saya nak kata!” gumam Encik Adlan terus sahaja menapak masuk lalu menolak daun pintu yang ku tahan dengan kaki. Sebaik sahaja tubuh itu lolos ke dalam ruang bilik, dengan pantas daun pintu ditutup rapat dan tombol itu ditekan laju.

“Saya tak mahu bersekedudukan!” ucap ku sekadar menduga sejauh mana dia mahu berterus terang dan menjelaskan status sebenar diri ku padanya. Aku mahu dengar semua itu dari mulutnya sendiri! Dan aku mahukan sebuah penjelasan mengapa aku harus terikat dengan dirinya hingga ke saat ini!

“I don’t care!” ucap dia mudah lalu melabuhkan punggungnya di birai katil bujang milik ku.

 p/s: maaf atas kekurangan. :) enjoy reading :)

41 comments:

  1. Erk,alaaa cik Aulia knapa gantung cite nya... Nak lagiiiiiiiiiii.. ^_____^
    ..JW..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada tergantung.... ada je dear hihi cuma x letak dlm ni sekali. nanti panjang sgt huhuhu....:)

      Delete
    2. Macam gantung lah,.. Hihi.. Alan nak ape tuuuuuw..
      Jgan lah lama y cik Aulia next n3 .. Thanks .. B-)

      Delete
  2. huk aloh abih daa.aa..... lagi plz....

    ReplyDelete
    Replies
    1. to b advice....

      insyaallah ada nanti k :)

      Delete
  3. terus terang ajelah alan.apa lembab sgt ni?

    ReplyDelete
  4. cepat lah bersatu semula..bezzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bersatu tamatlah cerita ni. x adventure la hidup mereka :)

      Delete
  5. Best!!! hehehe.. padan muka adlan kan dah kena dgn kay... Next entry please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. azrina azuz

      tq komen... insyallah ada nanti :)

      Delete
  6. mana perubahan adlan kalau perempuan masih mengejar dirinya. semua dilayan dengan ayat manis bergula atau perempuan - perempuan tu yang tidak faham?

    kenapa dia masih nak main sorok2 dengan lisa akan ikatan bersimpul mati mereka?????

    ada kah dalam masa lima tahun tu mereka tidak pernah berjumpa tapi adlan memantau perkembangan lisa dari jauh ? lisa kerja di situ pun ada kah telah dirancang oleh kedua2 keluarga????

    sila jawab cik penulis.....

    p/s....dah agak dah titipan wanda tu bila lisa rasa benda tu ringan jer ...hish sungguh kurang sopan si PANDA nieooooopppsss sori tersilap nama ...hihihi wat malu kaum jer lah ...aduhai...

    --za--

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlam tempoh lima tahun tu Adlan still pantau si lisa... w/p dari jauh melalui mak n ayah mertua dia. :) oh wanda pula biasalah gadis urban yg selamba... *tpi x semua gadis urban selamba* cuma gambaran watak semata2 :)

      Delete
  7. Nak lagi (y)

    ReplyDelete
  8. Hahahha best giler!!!!!! Nk lagiiiii

    ReplyDelete
  9. Alamak nak lagi baru nak feeling..he..he.....Kak Sari..best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sari..

      haaaa jgn feeling lebih2 ya ':)

      Delete
  10. haha.. ade gak tagline ''listen, listen'' tu ea...
    best.. nk lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, betul2... masa baca part listen listen tu kelakar, teringat yang isu listen~~ :D

      Delete
    2. sAYA pun gelak2 time letak ayat ni hehehe.... LISTEN..LISTEn.... ELEPHANT GOT PROBLeM... bla...bla... listen!

      Delete
  11. tunggu adlan ngaku status mereka dlm next n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah untuk entry ni? sama2 la nantikan ek :)

      Delete
  12. huhuhu....... padan muka kau wanda, kan dh kena dgn kay....... alan, bilalah nak berterus terang yea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanda silap besar kalau cari pasal dgn Lisa aka kay! alan? hurmmm dia tu, rasa sakit hati masih menebal pada Lisa.:)

      Delete
  13. suka baca e-novel awak Aulia sbb hero semuanya sweet and romantik, even En Adlan macam ego tapi rasanya dia pun romantik, kalau tak dia mesti ceraikan Lisa... hehe
    lagi satu takde watak antagonis yang melebih-lebih and konflik yang berat, so ringan and senang je hati bila baca... thumbs up!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq iffah... mmg sya buat watak jahat2 tu x terlampau jahat kecuali watak Remy dalam SEKDAR HIASAN DUNIA, n Neesa dalam CINTA DIHUJUNG NODA... tapi pengakhirannya mereka mesti kembli kpd fitrah asal... suci dari dosa.

      tq so much :)

      Delete
  14. Nape adlan xnk ngaku yg die suami lisa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak baca dari mula mereka ni kahwin paksa, alan syok sendiri n budget lisa akan terima dia yg sememangnya budget kacak. then bila dah kawin, lisa x boleh terima n dera si alan ni mental fizikal so hendak x hndk. mereka dipisahkan sementara n Lisa xtahu yg alan n dia still suami isteri. tujuan alan ni nak berdendam dgn si lisa atas satu sebab yg agak berat juga. lisa pun tak tahu. tapi adakah dendam terlerai? so bila lisa xtahu yg diorg husband n wife boleh la si alan ni susahkan hdup si lisa dgn snang hati. dia nak buat serabutkan kepala si Lisa.

      Delete
  15. nak lagi!nak lagi!

    ReplyDelete
  16. smbg lg aulia,mkn mnrk ctr ni

    ReplyDelete
  17. Aulia.... Cepat smbg.... 😄 Tak sbr nak baca N3 seterusnyaaa.... Suspen jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertabah la... saya baru je balik dri berpeleseran kikiki... malam ni or esok kalau xde apa2 problem :)

      Delete
  18. Thnks for this n3.
    Panjg..best
    Suka kay jd garang
    -miss A-

    ReplyDelete
    Replies
    1. mis A..

      u suka? i pun suka kay dgn watak tomboy dia heheh..

      Delete

There was an error in this gadget