Wednesday, 6 February 2013

IKATAN BERSIMPUL MATI 9



“Nice,” dalam aku sedang bertanya itu ini Encik Adlan melontar sebuah bicara. Aku hentikan bebelan, lalu pandangan ku fokus ke arahnya.

“Cantik bilik ni, decorate sendiri ke?” soal dia perlahan sambil memerhatikan seluruh ruang bilik sederhana besar ini dengan penuh minat.


“Iyalah, rumah saya ni tak ada orang gaji macam rumah Encik!” ujar ku sebaris.

“Kalau ada orang gaji pun, belum tentu dapat hias bilik macam ni! Ni, nak sambut pengantin ke apa?” aku telan liur bila perkataan pengantin meniti di pinggir bibir Encik Adlan.  Bagi aku, bilik yang berhias ringkas ini hanya biasa-biasa sahaja!

“Taklah,” sahut ku pendek.    

“Hermm.. nevermind! Pasal tadi, I’m so sorry!  Libatkan awak dalam personal matter saya!” gumam dia sambil menegakkan tubuh. Sesekali wajah ku menjadi santapan anak matanya yang hitam pekat! Tiada senyuman mahupun apa-apa reaksi di wajah itu melainkan pandangan bening yang sukar aku mengertikan.

It’s okay Encik Adlan, saya tak ambil hati!” aku luahkan rasa yang ikhlas datang dari hati yang memang tidak terasa apa-apa.

Thanks,” balasnya pendek.

“Errr.. saya nak cakap something!” ujarnya lambat-lambat.

“Encik nak cakap apa?” soal ku laju. Mungkihkah Encik Adlan mahu membuat pengakuan berani matinya? Mengakui aku masih lagi isteri dia?

“Saya rasa awak perlu tahu tentang hal ni,” aku lihat dia bergerak ke cermin solek ku pula. Aku yang masih berdiri di belakangnya tetap setia menanti bicara itu.

“Tentang apa?” soal ku sekadar berbahasa. Sedangkan di dalam hati ini, aku sudah menjangkakan apa yang ingin diperkatakannya sekejap lagi. Namun apa yang aku nantikan tetap tidak kedengaran, lelaki itu hanya diam membisu lalu memaksa aku mendekati dirinya.

“Encik nak cakap apa?” soal ku sebaris. Intonasi ku pula kedengaran mendatar sahaja.

“Tak ada apa!” sahut dia dalam suara tegang. Aik tadi nak cakap, ni tak sampai seminit dah tukar fikiran. Aneh betul!

“Saya nak balik!” Encik Adlan berpusing lalu menapak mendekati pintu yang tertutup rapat.

“Err... kenapa pula ni Encik?” soal ku hairan. Aku pandang meja solek dan Encik Adlan silih berganti. Sebahagian hati aku ligat meneka perubahan Encik Adlan yang tiba-tiba.

“Tak ada apa!” pendek namun tegas bicaranya. Aku ketap bibir apa yang tak kena ya? Aku teliti satu persatu ruang kamar ini, dari katil singgah ke almari lalu terfokus ke arah cermin solek.

“Oh no! Macam mana boleh tak perasaan frame gambar tu!” aku menjerit dalam hati. Gambar aku bersama seorang lelaki, teman sekampus ku dulu menancap pandangan mata. Lelaki yang pernah bergelar kekasih hati ku buat tempoh satu jam, namun hubungan itu terhalang angkara mak dan ayah tidak merestuinya. Dan gambar itu bukanlah memberi apa-apa makna pada ku melainkan sekadar hiasan untuk almari solek yang kelihatan kosong. Takkanlah aku nak letak gambar Encik Adlan yang sememangnya aku benci! Hilanglah mood aku nanti!  Tambahan pula, sudah bertahun bingkai gambar itu berada di sana. Gambar ketika zaman kanak-kanak rebina!

“Saya nak balik! Datang ke sini pun just nak say sorry!” ujarnya lalu memulas tombol pintu dan menapak keluar dari kamar ku.

“Encik Adlan,” panggil ku sekali bila dia terus terusan menapak tanpa menoleh ke arah ku lagi.

“Encik Adlan,” seru ku lagi bila dia enggan memperdulikan.

“Encik Adlan, tunggulah!” rayu ku bila dia semakin menjauh menuju ke luar rumah.

“Awak nak apa? Dah malam ni,” gumam dia seraya menghentikan langkah namun tubuh itu masih tegak memerhatikan jalan yang terbentang di hadapan mata.

“Encik Adlan, nantilah kejap!” seru ku seraya mempercepatkan langkah mendekati dia  di hadapan sana.

“Saya nak balik!” tegas lelaki itu sekali lagi.

No, tak boleh!” sahut ku juga dalam nada tegas. “Mak dan ayah saya macam mana? Takkan Encik nak balik macam tu je, takkan tak cakap apa-apa?” soal ku sedikit geram bila dia berlalu dengan mudah tanpa memperdulikan mak dan ayah aku yang masih berada di dalam rumah.

So?” soal dia lalu memusingkan tubuh menghadap aku di belakangnya tadi.

“Mak dan ayah saya hidup lagi, ada terpacak dekat dalam tu! Takkan Encik nak anggap mereka macam tunggul kayu? Buat-buat tak nampak!” jerit ku sedikit kuat angkara rasa geram yang tidak terkawal.

Fine,” dia bersuara lalu kembali semula menuju ke dalam rumah meninggalkan aku terkulat-kulat di bahu jalan.

Waits!” seru ku bila menyedari lelaki itu sudah hampir menuju ke rumah yang terletak di lot tepi.

“Nak apa lagi?” Encik Adlan bersuara tegang. Langkah dihentikan seraya anak mata itu tajam menikam raut wajah ku tika ini.

“Tak ada apa-apa!” aku geleng kepala sekali . Tidak semena-mena aku dengar dia menghembus nafasnya sedikit kuat lalu kembali menapak masuk ke dalam rumah. Dan aku? Hanya mengekori Encik Adlan dari arah belakang.



“Mak, ayah... Alan nak balik!” aku lihat dia dekati mak dan ayah yang duduk di sofa.

“Tak tidur sini ke Alan?” pelawa ayah buat aku geleng kepala ku. Aku tak selesa kalau-kalau Encik Adlan tidur di sini. Balik dari Kundasang semalam, segala apa yang dikatakan oleh nenek ku khabarkan kepada mak dan ayah. Ketika itu dan detik itu juga hati ku luluh bila ayah lafazkan kata-kata maaf kerana merahsiakan hal itu dari pengetahuan aku sebegitu lama. Kasihan ayah, pasti berasa amat bersalah pada aku kerana menyimpah rahsia itu terlalu lama dan aku pula mengetahuinya dari orang lain, bukan dari mulut mereka sendiri. Berkali-kali ayah lafazkan kata maaf, namun sebagai anak! Aku faham mereka sudah melakukan yang terbaik untuk aku yang bergelar anak tunggalnya.

“Alan jangan risau, kalau tak mahu ke bilik sana tu. Banyak lagi bilik kosong dalam rumah ni!” tokok ayah mencadangkan bilik yang lain.

“Takpelah yah, Alan rasa Alan nak balik!” gumam Encik Adlan kedengaran bersopan menutur bicara. Tadi marah yang amat, kini pandai pula bersopan santun.

“Kalau Alan dah kata macam tu, ayah tak paksa. Kalau nak tidur sini, bila-bila masa Alan lapang Alan datanglah!” pelawa ayah dianggukkan sahaja Encik Adlan. Aku lihat dia tersenyum hambar sebelum menyambung kembali bicaranya tadi.

“Alan nak minta izin ayah, nak bawa Lisa keluar sekejap!” tiba-tiba Encik Adlan bersuara meminta kebenaran ayah untuk bawa aku keluar dari rumah. Ayah pandang aku, mahukan perdapat aku barangkali.

“Err... Kay  rasa mengantuk! Uarghhh.” aku pura-pura menguap. Namun jelingan maut mak terus sahaja memanah anak mata ku. Serentak itu juga, kantuk yang ku buat-buat hilang begitu sahaja.

“Pergilah Kay, jangan melawan kata suami!” mak dekati aku lalu berbisik perlahan sebelum menuju ke dapur untuk membancuh air katanya.

“Kay, pergilah bersiap!” suruh ayah pula dan aku lihat Encik Adlan sembunyikan senyumannya. Menanglah tu, bila mak dan ayah sebelahkan dia.

Dengan langkah malas, aku hampiri kamar lalu pintu yang terbuka ku tolak sedikit sebelum ku loloskan tubuh ke dalamnya. Sesudah itu aku rapatkan kembali daun pintu untuk menukar pakaian! Sedang aku berkira-kira menanggalkan baju yang tersarung di tubuh, pintu bilik terkuak dari  luar! Hampir-hampir aku menjerit bila wajah Encik Adlan terjengul di muka pintu.

“Encik Adlan, saya nak tukar baju! Boleh Encik keluar sekejap!” pinta ku penuh hormat.

“Tukar ajelah! Bukan tak pernah tengok pun!” sahut dia bersahaja seraya merebahkan tubuh di katil bujang ku.

“Saya tak selesa!” gumam ku tentang sebuah rasa ketidak selesaan ini.

“Malam tu okey je!” dia sebut lagi peristiwa beberapa hari lepas.

“Encik Adlan jangan sebut hal tu lagi! Saya tak mahu ingat!” tegas ku buat Encik Adlan bangkit dari baringannya lalu memerhatikan aku di meja solek.

“Kenapa tak mahu ingat?” soal dia ku balas dengan gelengan. Aku tak mahu membincangkan sesuatu yang tidak au sukai. Lantaran lelaki ini tidak sekalipun mengakui aku adalah isterinya. Sengaja membiarkan aku menyangka, bahawasanya aku dan dia sudah tiada apa-apa hubungan.

“Kalau Encik macam ni.... makin lambatlah kita keluar!” beritahu ku sengaja mengubah topik perbualan.  Encik Adlan pandang aku tanpa riak. Entah apa yang sedang difikirkan oleh Encik Adlan agaknya?

“Lambat pun takpe!” tutur dia bersahaja.

“Encik Adlan, jangan macam ni. Saya nak tidur, esok saya kerja! Nak berebut bas lagi, kereta yang Dato Fadli bagi tu, dah tertinggal dekat basement! Kalaulah saya tak ikut Encik siang tadi, tak adanya saya susah hati macam ni.” rungut ku sedikit tidak puas hati. Kerana mengikut lelaki itu, aku terpaksa berhadapan dengan Wanda yang cukup gedik! Kerana mengikut lelaki itu, aku terpaksa balik sendiri! Meredah  titis hujan di celah-celah orang ramai yang menapak perlahan menuju ke stesen KTM. Berpenat lelah menunggu giliran beratur menaiki KTM sebelum selamat tiba di rumah. Banyak sungguh halangan dan dugaan yang harus ku tempuh seketika tadi!

“Terpulang pada awak, kalau awak lambat... lambatlah kita balik!” dia beri kata putus kepada aku. Dia enggan keluar dan aku pula diberi pilihan sama ada memakin pakaian di hadapannya atau hanya menunggu hingga dia sendiri beredar.

“Tutup mata!” aku arahkan dia berbuat begitu.

“Perlu ke?”Soal dia selamba.

“Nampak ni?” aku tunjukkan penumbuk yang ku kepal erat.

“Hai, tak habis-habis lagi ke nak mendera saya?” bicara itu buat aku terkedu seketika. Perlahan-lahan tangan yang gagah terhala ke arahnya jatuh lemah ke sisi. Aku? Aku ke yang pernah dera dia dulu? Tidak semena-mena keluhan panjang ku lepaskan tanpa sedar.

“Kenapa?” soal Encik  Adlan sebaik sahaja keluha ku menerjah ke gegendang telinganya.

“Tak ada apa!” aku geleng kepala ku sekali.

“Saya nak pakai baju! Pandang sana,” aku suruh Encik Adlan dan perlahan-lahan dia mengalih wajah ke arah lain. Lalu aku mengambil kesempatan ini untuk keluar untuk menukar pakaian di dalam bilik air yang terletak di luar bilik tidur.

**

“Gosok semua baju yang ada dalam almari tu!” suruh Encik Adlan sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik tidurnya. Nenek dan papa tidak pula kelihatan, mungkin sudah tidur di kamar masing-masing lantaran jam di tangan sudah menunjukkan angka 11 malam. Sudah cukup lewat bagi golongan lanjut usia berjaga waktu-waktu begini.

“Encik Adlan, saya ni PA encik di pejabat! Hal dan urusan encik di rumah, bukan tugas saya dan semua ni diluar bidang kerja saya! Saya tak dibayar gaji untuk buat semua kerja-kerja ni!” luah ku seraya memerhatikan dia yang sedang sibuk dengan permainan PS3 nya. Sedap-sedap je suruh aku buat itu ini, dia pula elok berlingkar di depan TV.

“Buat je! Tak payah banyak tanya, saya up gaji awak seribu!” tutur dia perlahan sambil leka memerhatikan kaca TV. Aku kerling ke arah skrin TV, entah games apa yang sedang dilayaninya!

“Kalau gaji beribu pun, hati tak tenang nak buat apa Encik Adlan?” soal ku sebaris. Geram pula dengan sikap Encik Adlan yang menyangka wang mampu membeli segalanya! Tak patut aku yang bekerja di pejabat dibawa pulang ke rumah dan diminta menguruskan pakaiannya pula.

“Saya up lagi seribu! Tiga ribu gaji di office, dua ribu lagi gaji menguruskan saya!” gumam dia tanpa menoleh aku yang memandang tajam ke arahnya.

“Dua ribu untuk uruskan Encik Adlan?’ soal ku antara percaya dan tidak. Dah buang tabiat ke apa? Dia bukannya sakit pun, kenapa perlu diuruskan bagai?

“Yup! Dua ribu,” ulang Encik Adlan bersungguh.

“Kerja apa yang boleh saya buat untuk Encik?” soal ku sekadar ingin tahu namun aku belum memutuskan untuk menerima atau menolak tawaran pelik darinya.

“Buat apa yang saya suruh! Mudahkan!” dia berpaling pada aku dengan riak selambanya seperti tadi.

“Tak mahulah Encik Adlan, kerja di pejabat pun saya tak larat nak buat! Ni kan pulak nak tambah kerja-kerja yang lain!” aku tolak mentah-mentah.

It’s okey, fine! Empat jam buat kerja pejabat, empat jam lagi buat kerja yang saya suruh!” putus Encik Adlan betul-betul buat aku sakit hati. Dia ku tatap dengan pandangan mata yang sedikit mengecil. Geram!

“Sudah, tolong gosok baju kerja saya! Selagi tak habis satu almari, jangan harap boleh balik!” dia perintahkan aku sesedap mulut. Mahu sahaja aku cilikan mulut Encik Adlan yang selamba menutur bicara. Langsung tak menjaga hati aku!

“Iron ada atas kabinet!” tokok dia lagi. Aku pandang seterika yang dimaksudkan, kemas terletak di dalam rak  di atas sana. Ingin sahaja aku ambil dan tekap pada muka Encik Adlan. Harap je muka kacak, perangai tak pernah berubah.

“Apa pandang-pandang? Buatlah cepat! Kalau rasa nak tidur sebilik, tak payah buat! Tak payah siapkan!” dia ugut aku dan aku jeling dia lagi. Ingat aku nak sangat tidur dengan dia ke apa? Perasan!

“Jeling-jeling, pergi buat cepat! Sekarang dah pukul sebelas! Dalam almari tu ada 23 helai baju kemeja! Gosok semua!” arah dia lagi.

“Blazer, seluar dengan t-shirt sekali!” tambah Encik Adlan penuh tegas. Aku ketap bibir sambil menancap batang tubuh lelaki yang masih leka dengan PS3 nya.

“Jangan sampai berkedut! Kalau berkedut, gosok sampai hilang!” aku ketap bibir bila dia mengarah itu ini. Memang lelaki ni dah lama tak rasa susah hati agaknya.

“Encik Adlan, maaf ya! Saya tak minat nak turut kehendak Encik!” aku atur langkah lalu bergerak menuju ke pintu namun dia hanya tersenyum sinis sambil mencemik sekali. Ah pedulikan, langkah kaki  ku atur laju mendekati muka pintu lalu tombol ku pulas. Mahu segera meninggalkan Encik Adlan yang sudah menyalah gunakan  kuasa yang dia ada.

“Tak boleh buka ke?” soal Encik Adlan dalam senyuman. Tersengih-sengih dia ketika ini, dan waktu serta detik ini aku lihat kepala Encik Adlan bagaikan bertanduk lima. Nampak semua kejahatan yang pernah dia lakukan pada aku dulu.

“Kenapa kunci?” soal ku pendek bila tombol yang ku sentuh tidak dapat digerakkan.

“Siapkan semua kerja-kerja ni dulu! Kalau tak siap, tak boleh keluar.” Dia senyum seketika dan sejurus itu kembali menancap kaca TV.

“Encik Adlan, behave yourself!” aku sudah panas hati dengan tingkah dan perbuatannya.

“What?” soal dia sepatah.

“Saya nak jumpa boyfriend saya! So, let me go!” aju ku mencari alasan untuk dilepaskan.

“Boyfriend?” ulang Encik Adlan sekali.

“Yup!” sahut ku menyakinkan lelaki itu.

“Yang dalam gambar tadi?” tokok Encik Adlan dalam nada suara mendatar.

“Handsomekan?” sahut ku selamba. Huh dia ingat, dia je ada girlfriend, aku pun ada boyfriend tahu!

“Lelaki macam tu, awak kata handsome! Dah rabun ke apa?” ejek Encik Adlan buat aku naik angin!

“Suka hatilah, habis tu Wanda yang tergedik-gedik tu Encik Adlan ingat cantik sangat ke?” aku kutuk awek Encik Adlan. Padan muka dia! Sudahlah perasaan cantik, merengek tak kena tempat! Cemburu buta lagi! hessy sanggup pula Encik Adlan jadikan awek! Kalau akulah jadi lelaki, jangan harap perempuan spesis Wanda menjadi pilihan hati aku. Mujur aku dicipta sebagai seorang perempuan!

“Saya nak balik! Dah lewat,” gumam ku pendek.

“Sorry! Selagi tak gosok semua baju dalam almari tu, jangan harap saya lepaskan awak balik! Bila dah siap semuanya, jangan lupa lipat baju dalam bakul dekat hujung sana!” ucap dia dalam nada suara yang agak keras. Aku pandang sudut yang dimaksudkan, alamak ai... sebeban baju tidak berlipat menerpa anak mata. Heh sudah kenapa pulak dengan dia ni? Macamlah tak ada orang gaji dalam rumah ni?

“Mana orang gaji Encik Adlan, saya bukan orang gaji di sini!” aku masih bersopan santun melayani dia yang sudah naik angin. Ah, nasib ni Lisa bukan Kay. Walaupun individu yang sama, namun keduanya punya karakter yang berbeza. Kalau beginilah cara Encik Adlan bercakap dengan aku dulu, entah apa-apa lagi kekejaman yang mampu aku lakukan pada dia. Nauzubillah!

“I don’t care, lepas siap gosok baju! Lipat baju, kemas cadar ni! Tukar alas yang baru. Vakum lantai dan cuci bilik air!” dia senaraikan tugasan yang harus ku pikul malam ini. Amboi banyak betul, agak-agaklah kan!

“Ha, sebelum buat kerja tu! Tolong buat air!” suruh dia lalu bangkit dari sofa dan melabuhkan pula punggungnya di kerusi rotan berdekatan kepala katil. Aku yang mendengar sudah panas telinga, nak kena ke apa Encik Adlan ni. Melebih-lebih pulak, mentang-mentang aku dah insaf dan berubah jadi sopan santun.  Macam ni pulak dia layan aku.

“Tak payah nak jeling-jeling! Pergi buat cepat!” arah dia selamba.

“Air apa?” soal ku sepatah.

“Apa-apalah!” gumam dia buat aku ketap bibir, geram benar dengan sikap kuat memerintah Encik Adlan. Dah lama agaknya lelaki bernama Adlan Zakuan ini tak merasa kesengsaraannya dulu! Tungu kau Encik Adlan, tunggu dekat situ! Langkah ku atur menuju ke muka pintu mahu membancuh air yang bakal menjadi ingatan dan igauan ngeri buat Encik Adlan. Tapi, pintu berkunci! Dia ni betul ke tak!

 “Jangan nak menganiaya saya pulak, rumah ni ada CCTV!” dia gumam sambil ketawa mengejek. Ah sakitnya hati aku. Mana dia tahu aku nak apa-apakan dia? Dia ada bela apa-apa ke? Hesss.... jangan percaya benda macam tu Khalisa, tahyul semua tu! Astaghfirullahalazim, Ya Allah ampunkan aku!

“Yelah! Pintu ni kunci, macam mana saya nak keluar?” soal ku bersahaja. Cuba menahan rasa geram yang membukit di hati.

“Hermm... tak payahlah! Pergi buat kerja awak tu!” Encik Adlan sanggup menahan dahaga semata-mata enggan melepaskan aku pergi. Pasti dia sudah arif tentang sikap aku yang gemar melarikan diri sebaik sahaja ada peluang yang terhidang.

Perlahan-lahan aku menapak menuju ke almari pakaian. Helaian demi helaian kemeja ku campak ke atas katil. Sejurus itu, aku gapai seterika dan papan penggosok baju lalu ku bawa mendekati soket. Mahu segera menyudahkan kerja-kerja yang di arahkan oleh majikan yang menjalankan pemerintahan kuku besi.

“Encik Adlan jangan nak buli saya,” peringat ku bila dia tidak sudah-sudah mencari salah ku. Ada sahaja yang tak kena di pandangan matanya. Berkedut sedikit pun berkira-kira! Mengomel itu, mengomel ini. Persis dialah raja besar yang harus mendapat penghormatan tertinggi dari aku. Eh, kalau tak sabar... dah lama aku tangan-tangankan Encik Adlan ni. Ke dia dah lupa segala perit kesengsaraan yang dilalui dulu hingga dia berani-berani menyuruh aku melakukan itu ini. Yang aku pun satu, mengikut semua telunjuk dia ni kenapa pulak? Heran.. heran!

“Buat kerja tu biar semenggah sikit, ni apa? Gantung pun tak betul, belakang leher ni masih lagi berkedut. Hujung lengan berlipat! Macam ni awak buat kerja?” soal dia pada aku yang sudah sakit pinggang setelah hampir sejam lebih menggosok pakaian kerjanya. Sebaik sahaja bicaranya berakhir, aku pamerkan tindak balas ku melalui jelingan tajam! Geram betul dengan dia ni!

“Ikut Enciklah, saya tak larat nak layan!” gumam ku perlahan. Sejurus itu aku hamparkan kain tebal di atas lantai lalu seterika ku bawa ke bawah. Mahu menggosok baju dalam keadaan bersila pula. Kaki sudah tidak mampu menampung berat badan terlalu lama. Harap-harap kaki ku tak lenguh dan pinggang pula tak sengal!

“Buat kerja tu biar ikhlas,” perli Encik Adlan bila merasakan kerja yang aku lakukan tidak menepati citarasanya. Aku panggung wajah ku menatap batang tubuh Encik Adlan yang duduk di birai katil. Aku semakin mengantuk, bibir lelaki ini pula semakin kuat membebel. Hessy rimasnya!

“Ikhlas tu tak boleh dipaksa!” luah ku sambil menekup mulut akibat kuap yang sudah berkali-kali terhambur. Tangan masih ku kerah untuk menggosok baju kemeja Encik Adlan walau aku sedar pandangan mata ini semakin berpinar-pinar dan akhirnya suasana kelam membuai aku ke alam indah.


Angkara rasa sejuk yang menggigit tubuh, bantal peluk ku gapai lalu ku dakap seeratnya.Wangian yang terbit dari fabrik membuai-buai lena ini. Seraya itu juga, aku dekatkan wajah lalu ku gesel hidung yang dianugerahkan sedikit mancung ini ke permukaan bantal peluk. Harum dan menyegarkan! Aku selesa dan hangat, lalu ku paut bantal peluk itu seerat mungkin! Rasa kantuk ini mengheret aku untuk terus terbuai di dalam mimpi yang indah namun sebaik sahaja sepasang telinga ini mendengar bicara seseorang, mata yang tertutup rapat ku buka sedikit!

“What?” Encik Adlan bersuara sebaik sahaja pandangan mata ku berlaga dengan pandangan bening darinya. Encik Adlan? Dia buat apa dalam bilik aku ni?

“Errr!” aku kehabisan bicara. Macam mana aku boleh tidur dengan dia ni? Sekatil pulak tu! Ah... sudah!

“Dah puas mencabul?” soal dia buat aku terkedu. Aku pandang diri ku, serentak itu juga aku telan liur. Kedua tangan ku sedang memaut belakang leher Encik Adlan. Manakala sebekah kaki  ku pula berada  di atas perut Encik Adlan yang sedang berbaring. Dan wajah ini sedang melekap di dada dia yang tidak berbaju!

“Oh no!” aku jerit sekuat hati dan serentak itu juga aku bangkit menjauhi Encik Adlan.

“Errr... I’m so sorry Encik Adlan! Saya tak sengaja!” tutur ku kedengaran sedikit gugup. Dia ku pandang takut-takut!

"Encik Adlan saya mintak maaf!" ujar ku bersungguh.  Aku lihat, Encik Adlan bangkit  dari  berbaring lalu duduk berlunjur di atas katil sambil sepasang anak mata itu liar menjamah raut wajah ku.

“Sorry?” soal dia bersama kening yang dijungkit tinggi. Aku hanya mengangguk sekali, mengiyakan bicaranya.


“Ya! Sorry... Encik Adlan. Saya tak sengaja.” Tutur ku seraya menarik rambut menutupi seluruh wajah. Aku malu tambah-tambah bila Encik Adlan kata aku telah mencabul dirinya!

“Tunggu dekat situ sekejap!” gumam Encik Adlan bersama arahan barunya. Aku angguk sekali lalu kakukan diri di sudut katil. Encik Adlan pula sudah bangkit dan bergerak ke jendela kaca yang sedikit terbuka. Di tangan kanan lelaki itu kulihat telefon bimbit sedang dipegang erat!

p/s: maaf atas kekurangan. :)

45 comments:

  1. Hahaha!
    They're both funny.
    What happened at the end? I don't get it...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much. what happened at the end???? hihi jz follow da nex n3 k :)

      Delete
  2. best..teruskan....chaiyokk2

    ReplyDelete
  3. kelakar dan awesome, haha...
    apalah yang adlan plan nak kenakan si Lisa ni,
    makin tak sabar, nak lagiiii... hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedikit petikan :

      “Encik Adlan, saya nak balik!” gumam ku bila dia menapak mendekati. Dan aku pula mengesot menjauhi.

      “Nak balik? Takkan semudah tu?” soal dia bersahaja.

      “Apa maksud Encik ni? Saya nak balik, dah lewat sangat!” tutur ku menghambur alasan. Ngeri bila pandangan aneh Encik Adlan menerpa sepasang anak mata ini.

      Delete
    2. bab seterusnya confirm Lisa tak boleh balik malam tu...heheheee

      Delete
    3. hihi.... yeke kak? amboi kak has... Speed macam mana kak? dah hantar ke?

      Delete
    4. haha, jaga2 lisa nanti adlan terkam... :D

      Delete
    5. alan terkam, nahaslah alan... bini dia gengster kikiki ;)

      Delete
  4. Ape yg adlan nk wat kat lisa..

    ReplyDelete
  5. Tak puas..kak sari

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak puas? nnati sya upload lagi ek.. :)

      Delete
  6. alo kak... dah tujuh pages ni hihihi :)
    da edit semuanya 16 pages tau kkikiki... thanks for reading :)

    ReplyDelete
  7. Hikhikhik. ?..... aaaaa x tau.. kay cabul alan..... hahahahha so sweeet... ap lagi yg alan nk buat... x sabo nk tau.....lagi plzzzzzzzz...... awesome....

    ReplyDelete
  8. Hahaaha.kelakar la lisa ni
    Alan pn satu..nk mgenakan org je
    -miss A-

    ReplyDelete
  9. Dik Aulia sayang...

    cerita yang menarik dan akak suka sgt. What happen to JMPW dan Sekadar Hiasan Dunia? rindu kat Amira dgn Taufiq serta apa jd kat Firdaus dan Reen semuanya masih tergantung.

    Macam biasa, nak lagi dan lagi dan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JMPW baru je submit kat publihser..
      sekadar hiasan dunia, otw tuju jalan penamat.

      nak lagi ek kak? wah kikiki.. akak punya macam mana?

      susahlah nak buat watak serius... acane ni?

      Delete
  10. sweet dn nkl jer dorg ni,mmg lisa kn dnda lh ngn alan lps tu krn mncbul,lawak sngt2,smbg lg aulia

    ReplyDelete
  11. untuk meraih cinta kenapa dendam jadi galasnya sebagai penebus.....suka dengan cerita ni mampu membolak-balikkan perasaan saya. Teruskan dgn sambungannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dendam tu cuma alasan je Kalam Cinta :)

      Delete
  12. main tarik tali jer mereka berdua nie. misi balas dendam OTW. Bila agak nya alan akan berpuas hati dengan misi balas dendam terhadap lisa. Sabar sungguh lisa melayani kesengalan alan itu......

    tunggu lah skit masa lagi bila perut lisa dah berisi ....jeng2....

    siapa pula yang talipon itu....err waktu tu pukul berapa ek...dah pagi ker? kalau si Wanda berasap kay nanti ....hihihi

    --za--

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo waktu awal lagi... sejam kemudian hihi

      Delete
  13. Lol ! Lawak gila kut.haha macam2 la encik dalam ni....

    ReplyDelete
  14. nak sambungan lagi.... best....

    ReplyDelete
  15. suspen.... apa je si Alan tu nak buat pada si Lisa ni....

    ReplyDelete
  16. makin lama makin best blog cite ni..santai..suka layannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks blink... antara followers2x terawal blog ni :)

      Delete
  17. salam aulia..best citer ni..apa status citer cinta dihujung noda?

    ReplyDelete
  18. best citer ni..nk tau apa status citer cinta dihujung noda?

    ReplyDelete
  19. salam dik..
    akak baru baca bab 7,8 dan hari ini bab 9 sekali rap..apa yg akak dapati plotnya semakin hari semakin menarik..akak dapat bayangkan pertelegahan mereka berdua yg akak rasa masih terbiasa 5 tahun dahulu..nampak gayanya mereka ini masih belum matang lagi..dan akak rasa adlan cuba memikat lisa @ kay dengan caranya yg macam samseng ..dan adakan adlan akan menggunakan kuasa vetonya sebagai suami untuk menyuruh kay bermalam disitu ..yg kelakarnya..apa di kisahkan oleh si Kay tu..kan..Terujanya nak tahu..adakah malam itu mereka akan merasai seperti malam pertama mereka dahulu dan adakah yg membuat panggilan itu ibu dan ayah Kay yg hanya menanya khabar yg anak mereka akan bermalam disana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.

      thanks kak ida... mmg adlan masih nak cari pasal dgn si lisa.. tambah2 bila dia tengok frame gambar lisa dgn seorang lelaki.


      tentang panggilan telefon tu, heheh sama2 nantikan ek :)

      Delete
  20. Waaaaaa.... Sukaaaa, sian Lisa Kena buli, hihi

    ReplyDelete
  21. Menunggu yang ke 10

    Adlan masih lagi dengan misi membalas dendam
    Kay@Lisa pula jadi penurut pula :) aura melawan masih lagi tersimpan...
    Apa Adlan buat dengan talipon tu, dia nak ambil gambar Lisa ke?

    Moga acara buli membuli tidak mencapai tahap maksima
    bimbang Lisa akan lari lebih jauh...

    ReplyDelete
  22. HEHE TQ MAYA... LAMA X NAMPAK KOMEN MAYA :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget