Friday, 8 February 2013

IKATAN BERSIMPUL MATI BAB 10




“Harmi, you call I esok aje! I dah mengantuk ni!” aku dengar Encik Adlan bersuara.

“Eh, you ni kenapa? I mengantuk! Tolonglah faham!” gumam lelaki itu bagaikan sedang bertelingkah dengan pemanggil yang disapa Hermi. Siapa pula Hermi ni? Aku pun tak tahu, barangkali salah seorang koleksi kekasih Encik Adlan! Mungkin ada betulnya, siapa tahukan!
  

“ Up to you,  ok bye!”  Encik Adlan putuskan talian. Amboi tak bagi salam, tak bagi apa, main putuskan panggilan macam tu je! Seketika kemudian, aku nampak Encik Adlan masukkan telefon bimbit ke dalam poket seluar.  Sejurus itu, dia panggung wajah menancap aku di atas katil.  Dia senyum, tapi bukan senyum untuk bersedekah...  tapi senyuman itu, senyuman yang boleh membuatkan aku terkujat dan bakal melompat keluar dari tingkap. Ishh takutnya!

“Encik Adlan, saya nak balik!” gumam ku bila dia menapak mendekati. Dan aku pula mengesot menjauhi.
  
“Nak balik? Takkan semudah tu?” soal dia bersahaja. Dia bersuara sambil mengetap bibir!

“Apa maksud Encik ni? Saya nak balik, dah lewat sangat!” tutur ku menghambur alasan. Ngeri bila pandangan aneh Encik Adlan menerpa sepasang anak mata ini.

“Dah panaskan orang, pastu nak balik macam tu je?” tadi aku lihat dia ketap bibir, kali ini aku nampak dia mengecilkan sedikit anak matanya itu.

“Kenapa Encik pandang saya macam tu?” aku soal tanpa nada. Risau pulak bila Encik Adlan buat perangai gatal macam tu. Miang ke apa?

“Awak rasa kenapa?” dia soal aku balik. Main-main pulak dia ni! Aku dah mengantuk faham tak! Nak tidur!

“Entahlah, Encik tak sihat kut!” tutur ku seraya bangkit dari katil. Dan dia mengekori aku yang sudah bergerak ke sisi katil.

“Encik ni, nak apa?” aku hairan dan pelik dengan sikap Encik Adlan yang menggedik tiba-tiba. Raut wajah itu ku tatap sekilas, dia pandang aku macam tak pernah pandang perempuan. Kenapa entah!

“Saya nak awak!” ucap dia sepatah.

“Saya tak nak Encik! Saya nak balik, lagipun semua kerja saya dah buat! Yang tak siap tu Encik buat tak nampak ajelah ya!” beritahu ku segera mahu berlalu. Panas pula bila berdua dengan Encik Adlan yang berubah laku dengan tiba-tiba.

“Ai... takkan nak balik macam tu je? Tu,” dia menjuih ke arah baju yang berlonggok.

“Saya dah buat kerja saya, cuma belum siap. Esok saya sambung lagi!” bohong ku harap-harap dia percayalah. Bolehlah aku balik dan berehat di rumah!

“No, tak payahlah balik!” nada suara Encik Adlan kedengaran perlahan merayu.

“Kenapa? Saya nak balik ni Encik Adlan. Lagipun tak elok bersekedudukan!” ujar ku bersahaja.

“Bersekedudukan?” ulang dia sepatah.

“Iyalah! Berdua-duaan dengan bukan mahram!” aju ku biar Encik Adlan terus menyangka aku masih belum mengetahui status aku pada dirinya.

“Hermmm nice!” sambut Encik Adlan terus sahaja menapak mendekati aku. Ya Allah, kenapalah Encik Adlan ni tak pernah berubah?

“Encik,  esok saya nak pergi kerja! Kalau masuk lambat, nanti bos saya marah.” Tutur ku buat dia senyum segaris lalu aku lihat dia menggeleng kepala sambil tertunduk menekur lantai.

“Bos awak marah?” Encik Adlan menyoal sambil terus dekati aku di sisi kepala katil.

“Hermm ya, nanti dia marah!” ujar ku lagi.

“Kirim salam pada bos awak tu, tapi saya tak peduli sama ada dia nak marah ke.. nak naik angin ke.. atau apa-apalah! Selagi awak tak siapkan kerja-kerja ni, jangan bermimpi awak boleh balik ke rumah!” gumam Encik Adlan tegas.

“Encik Adlan, bos saya tu bapa mertua saya merangkap papa Encik Adlan sendiri!” aku peringatkan dia siapa bos aku! Encik Adlan ni dah lupa ke apa?

“I don’t care!” gumam Encik Adlan selamba.

“Encik, tolonglah kasihankan saya yang serba kekurangan ni! Saya nak balik, mengantuk lagi! saya nak berehat!” tutur ku dalam keadaan separa merungut. Dia ketap bibir seraya menggeleng sekali.

“Kalau awak penat, rehat dekat situ!” dia suruh aku rehat atas katil dia. Ni mesti berniat buruk pada kaum hawa yang lemah seperti aku! Aku perlu berjaga-jaga dan berwasda. Air yang tenang jangan disangka tak ada buaya. Dan lagi satu, jangan jadi seperti ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Encik Adlan ni boleh dikategorikan pagar dan aku pula pokok padinya. Kalau dia tumbang, nahaslah aku!

“Takpelah Encik, saya tak layak berbaring di atas tilam empuk Encik tu.” Gumam ku menolak dengan lemah lembut persis aku ini seorang yang merendah diri. Sedangkan hakikatnya, aku mahu mengelak dari gangguan Encik Adlan. Lihatlah tadi, dalam dia kata aku mencabul dia... tidur tanpa sedar memeluk dia. Tapi dalam masa yang sama dia tengah bergayut dengan koleksi girlfriend dia tu. Apalah!

“Saya tak suruh awak baring atas tilam saya! Saya suruh awak siapkan kerja tu!” dia pandang kain yang berlonggok sekilas pandang, sebelum mengalih pandangannya ke arah aku semula. Ai, tadi bukan ke dia yang suruh aku berehat dekat situ. Tadi cakap lain, ni cakap lain!

“Encik Adlan, saya dah mengantuk! Nak balik, nanti mak dan ayah risau.” Ucap ku baik-baik. Mengharapkan simpati yang ada di dalam diri Encik Adlan. Tapi aku tak pasti, sejauh mana Encik Adlan sudi melepaskan aku pergi.


“Mak dengan ayah risau?” dia ulang semula patah bicara ku tadi. Sambil tayang senyumannya, cukup berbeza dengan lima tahun lalu. Sudah tampak matang, dan tubuh tidak berbaju itu ku renung tanpa berkelip. Tegap dan cukup sempurna!

“Kenapa?” Encik Adlan soal aku bila aku diam tidak berkutik. Alahai mata ni pun satu, tak baik renung-renung Encik Adlan sampai macam tu sekali. Nanti tergoda!

“Bagi sebab kenapa mak dan ayah awak nak risaukan awak?” dia menyoal aku. Aku jatuhkan pandangan ini, segan melihat susuk tubuh Encik Adlan dan dalam masa yang sama aku sedang memikirkan alasan untuk menangkis segala pertanyaan itu.

“Ya, saya ni anak tunggal dia! Encik kenalah faham,” gumam ku lagi.

“Baiklah kalau macam tu,” dia angguk sekali lalu aku lihat dia keluarkan telefon bimbit dan menapak menjauhi aku. Sejurus itu, aku lihat dia terus sahaja menghubungi seseorang.

“Assalammualaikum yah, ni Alan!” aku dengan dia berkata-kata. Encik Adlan ni tefefon ayah aku ke apa? Hessy apa lagi yang Encik Adlan nak buat ni. Janganlah dia buat bukan-bukan, susah hati aku nanti!

“Lisa ada dekat sini, Alan bermalam dengan dia!” tutur Encik Adlan sambil jeling ke arah aku sekilas. Mak ai, senang-senang je dia cakap macam tu pada ayah? Tak malu ke apa? Eii malunya!

“Insyaallah nanti Alan hantar dia balik, maybe pagi esok!” ucap Encik Adlan lagi. Ni mesti ayah dah bersetuju dan benarkan Encik Adlan  ‘bermalam’ dengan aku. Huh sakitnya hati! Aku tak nak!

“Baiklah, thanks ayah! Assalammualaikum.” senyuman itu mengakhiri perbualan Encik Adlan bersama ayah.

“Ayah awak dah bagi green light!” dia unjuk telefon bimbit lalu digoyangkan sedikit. Wajah itu ku lihat sungguh menyakitkan hati ini.

“Sudahlah, jom kita makan dulu! Ayah ada bagitahu tadi, yang awak tak makan lagi.” Encik Adlan letak telefon bimbit dia di atas meja kerja lalu dekati aku semula.

“Jomlah,” dia tarik tangan aku dan tanpa mampu menolak aku turuti juga langkah kakinya.

“Nak makan apa?” Encik Adlan soal aku.

“Tak tahulah Encik,” jawab ku pendek. Aku tak ada selera tambah-tambah Encik Adlan tak mahu lepaskan pegangan tangan aku.

“Kita makan dekat luar ya,” usul Encik Adlan ku anggukkan sahaja.

“Betulkan tudung tu, dan senget benget! Nanti orang fikir kita buat bukan-bukan pulak!” ujar Encik Adlan seraya mengenyitkan matanya. Hesss... tak sukanya aku!

*****

Sudah berkali-kali aku menahan kuap, mata pula semakin layu dan minda juga sudah terasa berada di awang-awangan. Bilalah nak sampai, dekat-dekat sejam juga Encik Adlan ni memandu. Restoran yang dituju tetap juga tidak kelihatan!

“Kenapa?” soal Encik Adlan sepatah.

“Mengantuk!” sahut ku seraya mengalih pandangan ke sebelah kiri jalan raya. Lengang dan tidak terlalu banyak kenderaan.

“Tahanlah sekejap! Ada perkara penting saya nak cakapkan!” luah Encik Adlan. Mengikut firasat aku, mesti Encik Adlan nak berterus terang tentang status kami yang masih lagi suami isteri. Hermmm kebarangkalian itu ada, tambah-tambah bila aku lihat air muka Encik Adlan yang berubah tegang dengan tiba-tiba. Kenapa agaknya?

“Tentang apa Encik Adlan?” aku menyoal sambil renung wajah itu sekilas lalu.

“Nanti saya cakap! Sekarang ni belum sesuai, tak cukup udara!” luah Encik Adlan buat aku hairan. Apa kaitan udara dengan perkara yang yang ingin disampaikan? Mungkinkah perkara itu bakal membuatkan aku sesak untuk bernafas? Hessyy...  berdebarnya!

“Kita makan dulu, kemudian baru saya cakap! Awak nak tidur ke?” Encik Adlan pandang aku seketika sebelum menancap jalan raya. Aku lihat wajah itu serius namun cukup bersahaja.

“Saya dah mengantuk!” luah ku seraya mengangguk sekali.

“Dah nak sampai, takkan nak tidur lagi.” gumam Encik Adlan buat aku pandang ke hadapan. Deretan restoran yang membiaskan cahaya berwarna warni singgah ke pandangan mata. Jam di pergelangan tangan sudah menginjak angka satu pagi tapi keadaan restoran masih lagi sesak dengan orang ramai. Makan lewat malam, salah satu tabiat yang tidak wajar diamalkan!

“Jom,” seru Encik Adlan sebaik sahaja enjin kereta dimatikan.

“Hermm!” angguk ku sekali seraya melepaskan tali pinggang keselamatan yang sedang membelit tubuh. Sesudah itu aku bergandingan bersama Encik Adlan menapak masuk ke sebuah restoran yang dibina di sebuah tanah lot.

“Duduklah, nak makan apa?” Encik Adlan mempersilakan aku duduk lalu aku lihat dia juga melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi sambil membelek-belek menu yang sudah berada di atas meja makan.

“Selamat datang, order bang!” sapa pelayan lelaki itu buat Encik Adlan panggung wajahnya seketika.

“Sekejap ya!” gumam Encik Adlan pada pelayan restoran itu. Sesudah  itu dia kalihkan pandangan ke arah ku.

“Nak makan apa?” soalan pendek itu buat aku yang sedang leka memerhatikan suasana restoran ini sedikit tersentak.

“Tak kisah, apa pun boleh!” sahut ku bersama sebuah senyuman.

“Okey, kalau macam tu. Bagi yang ni.. yang ni.... dengan yang ni!” aku lihat jari telunjuk Encik Adlan mengunjuk ke arah gambar di buku menu, manakala pelayan itu ligat mengambil pesanan yang dimahukan oleh Encik Adlan.

“Itu je bang?” soal pelayan itu disambut dengan anggukan kecil Encik Adlan.

“Okey, saya ulang semula!” lantas aku lihat pelayan tadi menyebut satu persatu menu yang dipesan sambil sempat lagi memerhatikan aku secara curi-curi.

“Nasi putih dua, tomyam campur satu, kailan ikan masin satu, pari bakar satu, ayam bakar satu, sambal sotong satu, honey dew ais dua dan air kosong satu. Ada yang tertinggal?” ulang pelayan lelaki yang kemas dalam persalinan kemeja putih.

“Okey, cukup!” sahut Encik Adlan pendek.

“Sekejap lagi saya hantar. Err... bang,” panggil pelayan itu perlahan. Aku lihat Encik Adlan panggungkan wajahnya sambil kening itu menjungkit tinggi.

“Adik abang ke? Kirim salam ya!” bisik pelayan itu perlahan namun masih dapat ku dengar dengan jelas. Sesekali aku lihat diri itu menyimpul senyuman.

“Dah depan mata, kenapa tak cakap sendiri?” soal Encik Adlan dingin. Lalu menjatuhkan semula pandangan ke arah senarai menu makanan yang berada di atas meja.

“Sorry bang, errr... awak!” pelayan itu panggil aku. Dan aku toleh ke arahnya seketika.

“Nak nombor telefon boleh?” soal pelayan itu sambil buat isyarat tangan kepada aku. Aku hanya geleng sekali, malu dan segan bila diperhatikan orang tambah-tambah Encik Adlan ada terconggok depan mata aku ni.

“Ala... takkan tak boleh?  Kalau macam tu, awak ambil nombor telefon saya!” aku hanya senyum dan seketika kemudian aku nampak dia tulis sesuatu pada kertas.

“Nah, ni nombor celcom! Awak miscall je, nanti saya terus je call awak!” gumam pelayan itu masih lagi tersenyum-senyum. Aku tahan senyuman dengan keletahnya yang mencuit hati. Huluran kertas itu ku sambut perlahan lalu ku letakkan di atas meja.

“Abang, terima kasih! Cun adik abang,” sebelum berlalu sempat lagi dia katakan sesuatu pada Encik Adlan.

“Awak, jangan lupa miscall okey!” ujar pelayan itu sebelum berlalu meninggalkan kami di sini.

“Perempuan zaman sekarang ni susah dipercayai! Depan nampak baik, di belakang macam-macam boleh jadi!” tiba-tiba Encik Adlan bersuara seperti menyindir aku. Aku jeling dia sekilas, dia ni nak cari gaduh ke apa? Hessy!

“Bukan belakang je, depan-depan pun dah berani buat perangai!” tokoknya lagi. Ai, dah lebih-lebih ni Encik Adlan! Tak baik menfitnah! Berdosa!

“Encik Adlan tujukan ayat tu pada siapa ya? Setahu saya, dekat sini cuma ada saya dengan Encik Adlan je. Tak tahulah pulak, kalau-kalau ada perempuan lain dengan kita” Tutur ku turut menyindir Encik Adlan.

“Bagi sini kertas tu!” Encik Adlan minta dengan cara sedikit kasar.

“Bak sini kertas tu!” kali ini Encik Adlan hulurkan tangannya dan aku menggeleng sekali.
“Nak buat apa? Ni saya punya, dia kasi saya! So saya punyalah!” gerutu ku menyembunyikan tangan di bawah meja.

“Saya minta baik-baik, so lebih baik kalau awak beri pada saya secara baik!” ugut Encik Adlan kedengaran aneh.

“Dia tak beri pada Encik Adlan, dia beri pada saya! Dia beri pada ‘adik’ Encik!” terangku hakikat sebenar. So, mengapa Encik Adlan nak menyibuk pula. Suka hati akulah! Dia berfoya-foya, bergayut di telefon berjam-jam, dating sana sini. Aku tak pernah ambil kisah pun, mengapa bila giliran aku. Bila tiba masa aku, dia nak marah-marah pulak!

“Sebab awak, ‘adik’ sayalah, saya tak suka!” Gumam dia persis dia adalah abang aku! Huh please!

“Maaf Encik Adlan, ini urusan peribadi saya. Jangan libatkan personal matter dengan urusan kita. Urusan kita hanya tertakluk sebagai pekerja dan juga majikan. Itu sahaja!” ujar ku mahu menguji sejauh mana dia mahu menyembunyikan status kami yang sebenarnya.

“Fine, okey saya nak awak tahu yang awak tu isteri saya. Masih lagi isteri saya!” tutur dia buat aku terperanjat. Hessy Kay, cubalah semenggah sikit. Kan awal-awal kau dah tahu yang kau tu isteri dia, ni nak terkejut pulak kenapa? Behave! Behave!

“Ehem!” aku berdehem seketika menutup rasa canggung ku ketika ini. kertas tadi ku sumbat ke dalam poket seluar jeans. Sejurus itu aku letakkan kedua tangan di atas meja lalu ku sulam di antara satu sama lain. Sesekali wajah Encik Adlan ku renung, dan pandangan ku jatuhkan semula ke permukaan meja makan.

“Encik Adlan, saya rasa Encik Adlan sedang bermimipi!” uji ku sekali. Dan sebaik sahaja bicara ku berakhir, Encik Adlan sandarkan tubuhnya ke kerusi  lalu dia biaskan sebuah senyum sinis. Wajah pula dipalingkan ke arah luar restoran yang semakin lengang bila pengunjung mulai beredar pulang.

“Antara kita dah lama berakhir!” tutur ku lagi. Dia kembali tersenyum. Sinis dan cukup menyakitkan hati.

“Siapa kata?” soal dia pendek. Aku telan liur, kali ini riak wajah Encik Adlan tampak tegang.

“Semua orang kata yang kita dah tak ada apa-apa!” ucap ku bernada tegas. Cuba menyakinkan diri sambil mahu melihat sejauh mana Encik Adlan mahu bermain tarik tali.

“Sepuluh juta! Ada sepuluh juta, saya benarkan awak say good by to me!” dengan angkuh Encik Adlan lafazkan bicaranya sambil terangkat-angkat kening itu ketika membicarakan perkataan sepuluh juta. Sepuluh juta untuk proses tebus talak, itupun jika aku sudah tidak mahukan dia lagi. Kalau dah 10 juta, macam mana aku nak cari. Payah kut! Gaji tiga ribu macam ni... sepuluh tahun lagi pun belum tentu aku dapat bayar harga tebusan. Ermm..  inilah salah satu penganiayaan pada insan selemah aku.

“Kalau tak ada 10 juta, lebih baik awak bersabar dan bertabah untuk terus jadi isteri saya!” tambah Encik Adlan buat aku sesak dada.

“Tapi kenapa? Mahal sangat 10 juta tu, bagilah diskaun!” aku minta sedikit potongan harga. Harap-harap Encik Adlan bertimbang rasa.

“10 juta tu tak mampu tampung segala penderitaan yang saya hadap selama sebulan, 10 juta tu juga tak boleh tanggung segala trauma dan tekanan perasaan yang saya alami dulu! Dan 10 juta tu juga, sebagai jaminan masa depan, andai awak apa-apakan saya dalam tempoh kita beri’idah! Siapa nak jaga saya lagi? Jadi, sebagai jaminan lebih baik saya ambil langkah berjaga-jaga.” Gumam Encik Adlan bersahaja. Tapi aku tahu dia hanya ambil kesempatan!

“Amboi Encik Adlan, macamlah saya jahat sangat!” hambur ku perlahan.

“Jahat tak jahat, kalau boleh buat saya macam-macam. Tak mustahil awak boleh cederakan saya lagi.” ujarnya buat aku sedih. Ya Allah, teruknya perangai aku! Sampai Encik Adlan boleh berasa takut macam tu sekali!

“Saya minta maaf Encik Adlan, saya tak buat lagi.” tutur ku lirih menahan rasa bersalah.

“Saya tak mahu perkara lama berulang lagi, saya dah tak sanggup nak hadap semua tu!” tokoknya lagi langsung membuatkan aku bertambah-tambah rasa bersalah.

“Habis tu macam mana dengan hubungan kita, saya tak rasa yang kita boleh bertahan dan berbaik!” ujar ku yakin hal itu lantaran sikap Encik Adlan bagaikan tidak pernah berubah walau aku cuba bertabah walaupun payah.

“Beri masa untuk diri kita sendiri! Selepas tempoh percubaan nanti, awak bebas kemana sahaja asalkan ada 10 juta!” ujar dia buat aku ketap bibir. Tak habis-habis dengan 10 juta dia tu! Tengoklah nanti, kalau dapat 10 juta tahulah aku nak buat apa.

“Berapa lama tempoh percubaan tu Encik Adlan?” soal ku sekadar bertanya.

“Sampai saya puas hati!” tutur Encik Adlan buat aku pandang dia dengan pandangan tajam. Memang Encik Adlan ni nak balas dendam agaknya! Mana boleh, aku tak sepatutnya menurut! Tapi kalau tak menurut, mana aku nak dapat 10 juta yang dia minta tu? Husihhh... rungsingnya! Jari jemari ku elus satu persatu, dalam berfikir aku tatap wajah Encik Adlan. Tersenyum memanjang!

“Jadi?” aku soal dia.

“Jadi, bersedialah jadi isteri saya semula. Pesanan saya, bertabahlah!” dia lafazkan bicara itu, takut pula aku mendengarnya. Jangan-jangan memang Encik Adlan dah bertekad mahu buat aku kecewa sepertimana dia kecewa dulu.

“Encik Adlan, saya tak mampu jadi isteri Encik yang mendengar kata! Saya tak mampu jadi isteri yang taat kepada suaminya, saya tak mampu melayani Encik seperti mana seorang isteri melayani suaminya. Tolonglah Encik faham, saya tak mampu!” tutur ku berharap Encik Adlan sedar akan hal itu. Hal yang sedari dulu harus Encik Adlan ketahuinya.

“Kenapa? Awak sudah berpunya?” soalan itu buat aku tertunduk.

“Bukan!” jawapan ku mudah.

“Habis tu? Sebab saya tak kaya? Tak kacak? Tak ada wang berjuta?” dia soal aku dan aku geleng lagi.

“Bukan!” aku geleng sekali.

“Berapa ramai yang kata saya ni kacak, handsome! Kaya, macho, so what? Apa lagi yang tak cukup?” Dia mengakui hal itu. Aku pula ketap bibir, ai Encik Adlan ni puji diri sendiri ke apa? Bersungguh-sungguh benar dia berkata-kata.

“Saya bukan ahli muzik, bukan juga lawyer ataupun majistret, tapi saya ni businessman! Kaya apa? Bagi seribu sebab kenapa awak rasa hubungan kita tak kemana? Tak ada seribu, jangan bermimpi untuk jauhkan diri awak dari saya.” soal Encik Adlan buat aku pelik. Minta seribu alasan pula. Tak pernah minta sikit-sikit, semuanya main ribu-ribu sampailah ke juta-juta!

“Sebabnya, saya tak yakin boleh tahan dengan perangai Encik Adlan tu! Perangai Encik dah serupa macam hantu jembalang! Saya tak suka!” aku jujurkan sebuah pengakuan. Dia pandang aku, senyap tanpa suara. Alamak, aku salah cakap ke?

“Maaf Encik, saya terlepas kata.” Ucap ku dalam nada perlahan.

“It’s okay,” sahutnya sepatah. Suasana kembali hening tanpa bicara, melainkan bunyi alunan gamelan yang masih terpasang di dalam restoran sederhana mewah ini. Dalam aku tercari-cari patah bicara untuk di lafazkan kepada Encik Adlan yang sedang diam membisu, kelibat pelayan lelaki itu muncul kembali bersama menu yang dipesan.

“Terima kasih,” ucap ku sebaik sahaja menu yang dipesan tadi diletakkan di atas meja.

“Sama-sama, jangan lupa miscall ya!” pesan dia buat aku senyum sambil menggeleng kepala sekali.

“Tak baik kacau anak dara orang!” tiba-tiba Encik Adlan bersuara. Mendatar tanpa intonasi.

“Bang, saya minat dengan adik abang ni! cantik!” puji lelaki bersama pengakuan berani matinya. Serentak  itu juga,  aku terbatuk kecil. Gila ke apa?

“Kalau setakat cantik, baik lupakan je! Carilah yang baik budi pekerti, lemah lembut dan yang paling penting, ada  pegangan agama!” ujar Encik Adlan sambil jeling ke arah ku sekali. Tahu sangat dia tengah perli aku yang kasar seperti gengster, dia pun apa kurangnya? Samseng!

“Takpe bang, saya boleh didik adik abang jadi isteri solehah!” ucap pemuda ini buat aku tersipu. Sengaja mempamerkan sebuah kelembutan di hadapan lelaki ini, biar Encik Adlan tahu aku hari ini sudah jauh berbeza dengan yang dulu. Tak kasar dan paling penting, lemah lembut!

“Takpelah, abang tak minat! Lagipun adik abang ni bukannya baik sangat!” tutur Encik Adlan cuba bakar line aku! Memburuk-burukkan aku pula. Aku buntangkan mata ke arahnya namun seperti biasa Encik Adlan buat-buat tak faham isyarat tubuh ku.

“Degil, tak dengar cakap! Kuat melawan, kuat mendera...semua yang buruk tu ada pada dia!” tokok Encik Adlan bersungguh-sungguh seperti aku tak wujud di hadapan matanya. Nak kena ni! Hah ambik kau! Kaki Encik Adlan aku pijak dengan kasut tumit tinggi, lalu aku tenyeh sedikit,

“Arghhhh!”  Encik Adlan terjerit kecil manakala aku pula pamer senyum mekar bila jelingan Encik Adlan menerpa pandangan mata.  Berkerut-kerut dahi itu menahan sakit!

“Kenapa ni Encik?” pemuda itu bimbang.

“Err... tak hurmmm ada kucing. Hah, ada kucing gigit!” aku lihat Encik Adlan tergugup melontar bicara akibat rasa sakit yang tertanggung.

“Oh kucing, takpelah! Saya buat kerja saya dulu! Nanti bos marah,” gumamnya mahu berlalu pergi.

“Ha, eloklah tu!” sambut Encik Adlan perlahan.

“Apa dia?” pemuda yang baru menapak selangkah kembali berpaling.

“Eh, tak ada apa-apa!” Encik Adlan panggung wajahnya seketika sebelum geleng kepala sambil menggosok kakinya yang pedih.

“Saya pergi dulu!” gumam anak muda yang bekerja di restoran ini. Aku hanya angguk seraya melepaskan sebuah senyuman, bila dia juga pamerkan senyumannya. Sesudah itu, aku kalihkan pandangan ke arah Encik Adlan.

“Sakit ke Encik?” aku soal dia bila wajah itu masih berkerut-kerut menahan sakit. Rasa bersalah terbit di hati ini.

“Tak, tak sakit! Sikit pun tak sakit!” ucap Encik Adlan buat aku telan liur. Tambah-tambah jelingan Encik Adlan tampak cukup menakutkan. Matilah aku kali ni!



 P/S: maaf atas kekurangan cerita ni. selamat membaca... terlebih terkurang dalam penyusunan dan penggunaan bahasa, saya mohon maaf. ada sesetengah penggunaan bahasa, tidak boleh diterima oleh sesetengah individu. saya mohon maaf, dan kalau boleh tegurlah mana yg tidak menyenangkan  anda. insyallah saya akan perbaiki  :) 

sekian <3

40 comments:

  1. ini semua poyo...
    hahaha ayat zizan razak dah keluaq....
    best kak....next2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for drop komen anda.

      ini semua poyo! hihi tq again :)

      Delete
  2. best2..nak lagi.. -eilsya

    ReplyDelete
    Replies
    1. eilsya..

      tq so much coz sudi drop komen n reading kt sini :)

      Delete
  3. best... haha, patutlah mata ni tak ngantuk rupanya ada bab 10 pagi ni... akhirnya alan mengaku jugak lisa ni still wife dia
    nak sambungannya lagi hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho orite thanks for reading iffah :)

      Delete
  4. alan ...singa yg tidur jgn diusik kan dah kena.lisa pun tak baik buat kat suami mcm tu..derhaka namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lisa selalu lupa yg dia ni dah kahwin dgn alan hihi... tq for komen :)

      Delete
  5. X sabo nak lagi

    ReplyDelete
  6. hahahahaah... next plzzzzzz...

    ReplyDelete
  7. “Duduklah, nak makan apa?” Encik Adlan mempersilakan aku tidur lalu aku lihat

    hahaha...duduk pun boleh tertaip tidur sebab ngantok sesangat yer cik penulis....hihihi

    lisa ngan adlah ni betul lah sepadan seorg gangster lagi seorg samseng...

    lisa tak sedar kah dirimu yang adlan memang tak akan melepaskan kau pergi dari sisinyer....jadi belajar lah memahami yang sebenar nya abang adlan tu CINTA KAMU.....

    tengok bukan senang2 dia nk lepas kan lisa dengan alasan yang beribu dan duit berjuta2....fokus2 lisa...

    --za--

    ReplyDelete
    Replies
    1. za~

      thanks beritahu..
      terlepas pandang.. menaip dalam gelap n penuh nyamuk kiki... ini mesti kes bercakap dgn orang sambil menaip laju2 huhuhu...

      mmg syarat yg alan letak 'syarat spt [uteri gunung ledang letak utk sultan melaka' susah nk dapat :)

      mean dia x mahu lepas si lisa ni.

      Delete
  8. Lol ! Lawakla encik Aldlan ni....hahahaha best3

    ReplyDelete
  9. Part 10 juta tu mmg kelakar! Their antics are fun to read. :)

    ReplyDelete
  10. Dah ada yang mengurat baru nak mengaku Lisa isterinya. cemburu kot...

    ReplyDelete
  11. Hahaha... Sama je dua2 tu sorang suka membuli n sorg lg degil...
    Haaa kau.. Br nak ngaku isteri bila Lisa kena ngorat dpn mata ...
    Hahaha.... Alan.. Alan... Buang laa ego tu skit... Suka katakan suka
    Jgn laa layan camtu, sian Lisa.. Lisa kan dah insaf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alan nak buli lisa utk puaskan hati dia. n lisa pula bertabah coz dia rasa bersalah pd alan dulu.

      Delete
  12. lama dh x bc novel..cerita ni best..bhs pun ok XD smbg lagi.. =D

    ReplyDelete
  13. akhir nya ngaku jgak..huhuhu...saya suka saya suka...

    ReplyDelete
  14. Lisa melawan ckp pas ni..Alan slalu kna igtkn la...awk 2 isteri sy...bedosa tinggikn suara...
    abis la lisa...
    best...
    -miss A-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. lisa selalu lupa n alan kena ingatkan lah :)

      Delete
  15. salam,ala..tomei2...malu tapi mahu tapi 2 2 brutal best.nak lagi.

    ReplyDelete
  16. haaa..tauu..jealous.trus ngaku bini,22 brutal tu la jadinya,best nak lagi...pleassss.

    ReplyDelete
  17. Bestla ur story iman... Da few days maraton all ur story.... Jln cite sume mnrik...
    -ms sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awak.... cerita lama ni :) hope enjoy ya :)

      Delete
  18. Replies
    1. buku ni ada di pasaran. tqsm sudi baca :)

      Delete
  19. Hi Aulia... Novel ni dah ad dpasaran??? Under publisher mn? Tajuk sama ka?

    ReplyDelete
  20. Tajuknya kasih bersimpul mati. Boleh dptkn di karystos creative (fb/ website)
    ☺☺😄

    ReplyDelete

There was an error in this gadget