“Mama tak suka saya,”
ujar ku pada Encik Adlan. Aku mahu dia mengerti bahawasaya kehadiran aku tidak
di alu-alukan di dalam keluarga ini.
“Lisa, please
jangan macam ni!” Encik Adlan mendekati aku lalu menarik tangan ku mendekati
dirinya.
“Apa lagi yang boleh
saya buat? Saya tak ada pilihan, mama tak suka saya! Saya tahu semuanya salah
saya, semuanya berpunca daripada saya
sendiri! Saya minta maaf, tapi masa tu saya tak matang dan saya tak
harapkan perkahwinan pada usia muda.” Luah ku tentang hakikat sebenar yang
seharusnya mereka semua sedari mengapa aku terlalu membenci ikatan perkahwinan
ini suatu ketika dahulu.
“Tak payah ungkit
cerita lama, saya sendiri dah lupa! Dah lima tahun, jadi tak perlu ungkit
cerita yang dah basi!” tegas Encik Adlan seraya melepaskan pegangan tangan ku
mengalih jari jemari ke dahi lalu ku lelaki itu menggeleng lemah.
“Tapi mama tak terima
saya, saya tak boleh buat tak tahu dan buat tak faham?” aju ku pada Encik Adlan
yang sedang memicit kepalanya.
“Alan, Lisa... jangans
sebab perkara ni, kamu berdua bertelagah pula. Sudah tu, pergi makan! Biar papa
tengok mama,” ungkap papa mencelah ketika keributan aku dan Encik Adlan baru
bermula.
“Betul tu Alan, bawa
Lisa makan dulu. Nenek nak solat isyak!” nenek juga bangkit dan berlalu meninggalkan
aku dan Encik Adlan bersendirian.
“Makan dulu,” ucap
Encik Adlan ku sambut dengan gelengan kecil.
“Tak mahulah Encik,
saya nak balik!” sahut ku dalam nada mendatar. Sejujurnya, selera ku punah bila
mengenangkan kembali penerimaan mama seketika tadi. Mama tidak boleh menerima
aku bahkan meminta agar Encik Adlan menerima pilihan hatinya. Fea ke Peah
ke.... aku tak pasti. Namun apa yang nyata, pilihan mama sudah semestinya
pilihan yang terbaik dan kena pada anak lelaki tunggalnya.
“Kalau macam tu, saya
hantar awak balik! Nanti sebelum sampai ke rumah, kita singgah makan dekat
mana-mana kedai makan or restaurant!” gumam Encik Adlan lalu mengorak
langkah mendekati muka pintu.
“Tak nak balik?” soal
Encik Adlan lalu menoleh ke arah ku yang masih statik di tengah-tengah ruang
tamu.
“Encik,” aku panggil
nama Encik Adlan.
“Dah, nanti kita
sembang dalam bilik!” ucap Encik Adlan buat aku terbantut untuk rasa sedih. Bilik? Bilik mana pula ni? Ai takkanlah, ni
mesti ada apa-apa.
“Kita balik okey,”
Encik Adlan sentuh jari jemari ku lalu ditarik mengekori langkahnya menuju ke
kereta.
“Betul ni tak nak makan
dulu?” soal Encik Adlan sebaik sahaja aku memboloskan diri ke dalam perut
kereta. Wajah bening Encik Adlan ku pandang sekilas, dia senyum namun senyuman
itu hambar dan tidak berseri.
“Saya tak selera
Encik!” adu ku perlahan. Pintu kereta yang masih terbuka, ku rapatkan kembali.
“Ni mesti sebab mama
tadi!” tebak Encik Adlan buat aku jatuhkan kepala ku sekali. Dalam dia sibuk
berbicara, aku lihat Encik Adlan hidupkan enjin keretanya lalu brek tangan
dilepaskan sebelum ku lihat kenderaan ini meluncur perlahan keluar dari halaman
rumah.
“Jangan risau, marah
mama sekejap je! Lagipun, mungkin mama masih rasa terkejut!” aku tahu Encik
Adlan hanya mahu menyedapkan hati aku agar tidak terlalu gundah dan risau akan
penerimaan mama.
“Peah tu macam mana
Encik?” soal ku tanpa sengaja. Oppps terlepas!
“Peah? Peah mana?”
Encik Adlan ulang soalan ku dan untuk sekian kalinya, aku renung wajah Encik
Adlan sekali lagi. Dia bersahaja namun siapa sangka dalam pada dia berlagak
tenang, dia juga kuat melawan ibunya.
“Yang mama suka tu!”
aju ku pendek.
“Oh Fea?” soal Encik
Adlan lalu pandang aku sekilas sebelum mengalih pandangan ke arah jalan.
“Yelah, Encik punya
kekasih hati!” ucap ku sedikit sebak.
“Alalolo... dia bukan
kekasih saya! Saya tak suka dia! Dia baik sangat, alim lagi. Marah pun serupa
tak marah! Tak feel!” tukas Encik Adlan sambil ketawa kecil.
“Orang bagi yang baik,
tak nak!” sindir ku dalam senyuman.
“Nak buat macam mana, yang
gengster dan kasar tu juga hati ni berkenan tak ingat!” luah Encik Adlan seraya
menguntun senyum.
“Kita pergi makan dulu,
lepas tu saya hantar awak balik okey!” ucap Encik Adlan ku sambut dengan
anggukan kecil.
***
“Wah, bestnya!”
Encik Adlan rebahkan tubuh seraya melepaskan nafas panjangnya. Aku pandang
Encik Adlan melalui ekor mata, bos aku sedang terlentang memandang siling.
Apalah yang Encik Adlan fikirkan ketika ini. Kesian pada dia, namun aku
seharusnya lebih wajar dikasihani. Aku mangsa keadaan, manakala Encik Adlan
pula hanyalah mangsa yang tersepit di antara wanita bergelar ibu dan isteri.
“Lisa, meh la sini!”
gamit Encik Adlan pada ku. Aku jungkit kening, dia panggilah! Nak pergi ke tak
nak?
“Sinilah sayang,” seru
Encik Adlan kedengaran lembut menggoda. Mengada-mengada pula Encik bos ni!
“Meh sini,” Encik Adlan
bangun lalu bersandar di kepala katil bujang ku lalu menepuk tilam meminta agar
aku duduk dekat di sisinya. Tanpa banyak soal, aku menurut kehendak suami. Langkah ku bawa mendekati Encik Adlan lalu
punggung ku labuhkan berdekatan Encik Adlan yang sedang bersandar dan
melunjurkan kakinya.
“Lisa,’ panggil Encik
Adlan ku dengar mendayu nada suaranya.
“Nape Encik?” soal ku
perlahan. Merasakan jari jemari Encik Adlan mula merayap menyentuh pinggang ku.
Aku keraskan tubuh, tak tahu nak beri respon yang sepatutnya.
“Sayang sedih?” soal
Encik Adlan memaut dagunya di bahu ku. Sebelah tanganya dibawa menyentuh jari
jemari ku pula.
“Tipulah kalau saya
kata, saya tak sedih!” sahut ku perlahan sambil membalas sentuhan Encik Adlan.
Sesungguhnya aku sedih dengan perkara yang baru berlaku, hubungan Encik Adlan
dan mama tidak sekata seperti sebelum aku kembali ke dalam keluarga itu. Pasti
mama menyalahkah diri ku, kerana anak tunggalnya tergamak meninggikan suara hanya
kerana membela diri ku. Ah sedihnya!
“Sayang janganlah
sedih, Que lagi sedih bila isteri dengan mama tak sependapat. Susah Que nak
hadap semua ni,” aku dengar Encik Adlan bersuara dengan menggelar namanya
dengan panggilan Que. Que mana pulak ni? Que Haidar ke?
“Que tu Encik ke?” aku
potong bicara Encik Adlan.
“Yelah, suami awak ni
namanya Adlan Zakuan. For special, called me Que.. lagipun dekat luar
member-member panggil Kuan. Nak glamour panggilah Que.” Aku dengar Encik
Adlan ketawa kecil sebaik bicaranya berakhir.
“Encik!” panggil ku
sekali.
“No, Que.. or
abang ke? Kan sedap didengar,” cantas Encik Adlan buat aku tersenyum.
Bagaimanalah keadaan aku bila terpaksa panggil Encik Adlan dengan panggilan
abang. Eii meremang bulu roma.
“Tadi nak cakap apa?”
bisik Encik Adlan dekat di telinga aku. Kadanga kala dapat aku rasakan Encik
Adlan mengucup cuping telinga ku secara sembunyi-sembunyi. Mulalah tu nak
mengada-ngada!
“Encik ni playboykan!”
entah bagaimana, aku lontarkan sesuatu yang menjadi kerisauan yang mula bermukin
di dalam dada. Iya, aku bimbang andai terpaksa berhadapan karenah Encik Adlan
yang kaki perempuan. Felina, Wanda... Fea dan malam tu siapa lagi. Ya, Harmi!
Baru aku teringat, gadis yang disapa Harmi ketika suami aku bercakap di telefon,
malam semalam!
“Yeke? Awak rasa?” soal
Encik Adlan main teka teki pula. Aku tak sukalah, soalan aku dijawab dengan
soalan. Aku pandang wajah Encik Adlan menanti bicara darinya. Namun hanya
gelengan itu yang ku terima, diri itu tersenyum sebelum memberi isyarat mata
agar aku meneruskan bicara.
“Encik cakaplah,
manalah saya tahu!” getus ku seraya cuba meleraikan pelukan erat Encik Adlan di
pinggang ini. Semakin aku cuba meleraikan semakin ketat pula pelukan yang Encik
Adlan pautkan. Sah, sifat sebenar dia seperti dulu mula kembali meresap ke
dalam jasad.
“Apa Encik-Encik? Tadi
suruh panggil apa?” soal Encik Adlan tidak putus asa cuba menyekat sentuhan
dari tangan ku. Pertanyaan ku tadi tidak pula diendahkan! Ni mesti nak ubah
topik!
“Tadi suruh panggil
apa?” Encik Adlan ulang semula pertanyaannya. Aku gigit bibir, terasa berat
lidah ini mahu menutur sebaris perkataan yang cukup besar maknanya.
“Err..” aku tidak mampu mengungkapkannya. Encik Adlan kucup pipi ku seketika lalu dia pamer senyumannya lagi.
“Say it!” tutur
Encik Adlan buat ku angguk sekali. Dia kenyit matanya lalu mengucup bahu ku
tanpa lepas.
“Panggil abang!” sahut
ku sepatah.
“So, panggilah
abang!” luah Encik Adlan lagi. Dari ekor mata aku lihat Encik Adlan menguntum
senyum mekar. Mungkin gembira bila aku memanggil dirinya dengan gelaran abang.
Tapi aku tak mampu, aku rasa pelik! Tak mahulah!
“Tak boleh- tak boleh!
Saya geli Encik!” tutur ku berterus terang. Sejurus bicara ku berakhir,
senyuman Encik Adlan juga mati dengan sendirinya.
“Kenapa pula nak geli?
Orang lain siap panggil hubby dia dengan panggilan bie, dear...
sayang .. or darling! Okey je! Yang awak ni, nak panggil abang pun geli!
Nasib suruh panggil abang, kalau saya suruh awak panggil baby macam
mana?” soalan Encik Adlan ku geleng laju. Tak sanggup aku nak gelar Encik Adlan
yang besar macam gajah ni dengan panggilan baby. Eiiiiuuuwww... tak
mahu!
“Kenapa buat muka macam
tu?” soal Encik Adlan lalu pandang aku tanpa berkelip.
“Err sebenarnya tak
sanggup nak panggil Encik dengan panggilan baby. Baby kan kecik, encik ni besar! Dah
boleh jadi bapak baby! Saya tak sanggup!” adu ku perlahan. Pasti dahi
aku berkerut-kerut menuturkan rasa hati ini sebentar tadi.
“Saya pun tak sanggup!
Hehehe,” sengih Encik Adlan lagi.
“Shhhh.... diam, mak
dengan ayah tengah tidur! Nanti mereka jaga, siaplah Encik!” ucap ku seraya
melekapkan jari telunjuk ke bibir Encik Adlan.
“Kita ni dah macam
pasangan terlarangkan?” gumam Encik Adlan menarik jari jemari ku lalu menolak
tubuh aku ke katil. Aku pandang dia, dan dia tenung aku. Ha sudah, kenapa pula
dengan Encik Adlan ni.
“Tapi kita halal,”
tambah Encik Adlan tanpa lepas memerhatikan seluruh raut wajah ku.
“Memanglah halal, tapi
tak ada restu!” aku cuba bangkit setelah ayat terakhir ku ungkap penuh dramatis.
Namun Encik Adlan lebih pantas bertindak, bahu ku ditolak semula ke tilam.
Enggan membenarkan aku bangkit dari baringan.
“Encik, tak baik buat
macam ni!” aju ku sebaik sahaja Encik Adlan pamer riak tidak sabarnya. Cuba
menakut-nakutkan aku seperti dulu.
“Apa yang tak baik? Tell
me,” aku nampak Encik Adlan ketap bibir dia penuh perasaan. Eii kenapa
dengan dia ni. Takutlah!
“Encik, saya takutlah!”
aku cuba menginjak tubuh ke tepi dinding. Encik Adlan juga bergerak sama hingga
kedua lengannya mula mendapatkan tangan ku lalu dicengkam agar pergerakan ku
terkunci. Dia senyum, tapi senyuman itu buat aku gelisah. Janganlah dia minta
yang bukan waktu-waktu macam ni! Dengan kepala serabut, dengan perut tiba-tiba
rasa lapar... dan Encik Adlan ni pula, sibuk buat perangai pelik dia.
“Nak takut apa? Takut
mak dengan ayah marah ke?” bisik Encik Adlan ketika dia cuba menghampirkan
wajahnya ke wajah ku. Senyuman itu masih seperti tadi, ngeri!
“A pious wife treats her husband
like a king, and loves him like a prince... It’s right?” soal Encik
Adlan buat aku kaku seketika.
“Betul tak sayang?” bisik Encik
Adlan seraya mengucup pipi ku sekali.
“Err... tapi,” bicara ku dicantas.
“Seorang suami yang baik melayani
isterinya seperti ratu dan mencintai isterinya seperti seorang puteri dan
memanjakan cinta hatinya seumpama bayi.” Tambah Encik Adlan lagi. Aku hanya
diam, tiada bicara mampu ku katakan lagi.
“Tapi, ratu ini ratu yang terbuang!
Ratu yang tak diharapkan,” luah ku perlahan. Tidak semena-mena rasa sebak ini
hadir. Ya, aku tidak diharapkan oleh mama untuk berdampingan dengan anak
tunggalnya.
“Cukuplah andai saya sentiasa
menyayangi dan mencintai awak sepertimana lima tahun lepas.” Ucap Encik Adlan
antara dengar dan tidak dengar.
“Lima tahun berlalu, dalam hati ni
tak pernah padam nama seorang gadis bernama Khalisa Khairani. Selama lima tahun
ini juga, belum ada nama yang mampu menggantikan sebaris nama yang sudah berada
lama di dalam hati saya. Tak pernah ada, dan tak mungkin pernah ada!” ucap
Encik Adlan buat aku terharu. Mengapa dahulu aku tak pernah tahu dan ambil tahu
betapa Encik Adlan sayangkan aku. Betapa dia cintakan aku hingga sanggup
menunggu aku sehingga lima tahun! Satu jangka masa yang cukup panjang! Namun, bila
aku mula menerima dirinya kembali, halangan itu muncul tanpa diduga!
“Saya sayangkan awak Khalisa
Khairani!” tutur Encik Adlan tanpa berselindung.
“Saya cintakan awak!” tambahnya lagi
sambil membelai wajah ku dengan jari jemarinya.
“Saya sukakan awak sejak pertama
kali saya tengok awak berpeleseran di shopping complex. Saya sayang awak sejak
pertama kali awak pecahkan cermin kereta saya. Saya rindukan awak sejak pertama
kali awak buat saya jatuh tangga. Saya cintakan awak sejak pertama kali saya
lihat awak menangis dulu!” ucap Encik Adlan buat aku terkedu.
“Jangan salah mengerti dengan
pengakuan saya. Saya cintakan semua kekurangan awak, kerana kekurangan awak... membuatkan
saya jadi rindu! Sejujurnya saya jadi sedih dan saya juga terkilan kerana
terpaksa melepaskan awak dalam tempoh yang agak panjang!
“Encik,” panggil ku lalu aku bangkit
dan memeluk batang tubuhnya. Rasa sebak ini mula hadir, sungguh aku tak pernah
menyangka sebegitu tulus hati Encik Adlan menerima segala kekurangan diri aku.
Insan yang kasar, kuat melawan dan suka membuli suami sendiri.
“Kita hanya merancang, sekarang biar
Tuhan yang menentukan hala tuju hidup kita. Perjalanan hidup kita makin sukar,
mungkin mama bertegas mungkin juga mama mengalah! Atau mungkin sebagai anak,
saya terpaksa bekorban sesuatu! Dan mungkin juga saya terpaksa melepaskan
sesuatu yang tak pernah saya fikirkan. Semuanya masih kabur dan masih terlalu
jauh untuk saya rencanakan!” tutur Encik Adlan buat aku semakin sebak. Ya aku
tahu, hubungan aku bakal dilanda badai tidak lama lagi bila mendung dan langit
cinta ku semakin kelam dengan penerimaan restu seorang ibu.
“Bersabarlah, mungkin ini dugaan
pertama kita!” pujuk Encik Adlan lalu membelai rambut ku penuh kemesraan.
Pandangan itu bercahaya walaupun aku tahu dirinya mula dihimpit resah!
“Saya minta maaf Encik, saya janji
saya tak buat lagi! Saya tak dera Encik dan saya takkan sakitkan hati Encik!”
gumam ku berharap segala kejahatan dahulu diampunkan dan dimaafkan oleh suami
ku sendiri lantaran terlalu banyak dosa ku pada dirinya sebelum ini.
“Saya dah maafkan awak, dah lama
saya maafkan awak!” gumam Encik Adlan lalu tunduk memerhatikan aku yang masih
lagi berada di dalam pelukannya.
“I love you!” bisik Encik
Adlan tidak lama selepas itu, dan aku lihat Encik Adlan merapatkan wajahnya ke
wajah ku lalu aku membuntangkan mata enggan menerima ‘pemberiannya’ seketika
nanti.
“I love you!” gumam Encik
Adlan lalu tutup kedua belah mata ku dengan tapak tangannya sebelum hangat
kucupan itu menyentuh bibir ini.
Tokk... tokkk! Dalam keadaan terbuai
dalam perasaan indah bersama bos yang kacak, ketukan di muka pintu membuatkan
aku hampir-hampir melompat kerana terkejut! Dan Encik Adlan pula ketawa lepas
melihat tindakan spontan aku yang sudah berdiri di atas katil berdekatan
dinding.
“Encik, shhhh diam kejap!” aku suruh
Encik Adlan senyap seketika.
“Pergilah buka pintu!” ucap Encik
Adlan menyuruh aku membuka pintu. Tawa itu masih lagi bersisa! Suka sangat
Encik Adlan ni.
“Pergilah cepat,” suruh Encik Adlan
lalu tarik tangan ku agar segera turun dari katil. Dan dia pula masih berada di
kedudukan asalnya. Duduk berlunjur dekat di kepala katil.
“Ya, nak pergi la ni.” sahut ku
perlahan. Encik Adlan masih lagi ketawa sambil aku lihat dia menggeleng
kepalanya beberapa kali.
Ni mesti mak atau ayah. Tanpa
berlengah lagi, aku menapak sebelum melangkah untuk turun dari katil. Namun nasib
ku hari ini sememangnya kurang baik, tanpa diduga kaki katil yang diperbuat
dari kayu patah hingga membuatkan aku jatuh terduduk ke atas tubuh Encik Adlan.
“Mai aih, beratnya!” omel Encik
Adlan lalu tolak tubuh ku yang sudah menghempap batang tubuhnya ke tepi. Bantal
dan patung beruang sudah bertabur di lantai manakala comforter yang berada di
hujung katil jatuh melurut ke bawah.
Manakala Encik Adlan pula sudah berkerut-kerut menahan sakit dihempab oleh ku
seketika tadi!
“Sorry- sorry! Tak
sengaja!Encik!” ucap ku sambil berusaha untuk bangkit.
“It’s okay! Buka pintu tu
dulu!” arah Encik Adlan juga berusaha untuk bangkit dari katil yang sudah
separuh runtuh!
“Kay, kenapa ni?” suara mak
kedengaran cemas di luar bilik.
“Err tak ada apa-apa mak!” sahut ku
pendek.
“Buka pintu ni,” sapa ayah pula.
“Kejap!” aku bangkit lalu mendekati
pintu lalu tombol ku pulas dan daun
pintu ku luaskan.
“Astaghfirullahhalazim,” keduanya
beristighfar panjang bila melihat keadaan bilik aku yang bersepah.
“Kay pukul Alan lagi ke?” soal Mak
kedengaran cemas.
“Eh, mana ada mak! Betul, Kay tak
pukul Encik Adlan!” aku angkat kedua tangan ke sisi. Sungguh aku tak pukul
Encik Adlan. Dia kan bos aku! Nak cari nahas kalau cari pasal dengan majikan
sendiri?
“Alan, Kay pukul Alan ke?” soal ayah
pula.
“Eh, tak adalah yah! Kami bual-bual,
tak sangka pula kaki katil ni boleh patah!” aju Encik Adlan buat wajah mak dan
ayah berkerut seketika.
“Bual-bual?” ulang mak perlahan. Aku
nampak mak garu kepalanya sekali dan ayah pula sudah tersenyum-senyum seorang
diri.
“Nah, jomlah! Jangan kacau mereka
berdua ni!” panggil ayah serentak itu juga aku lihat ayah lelar pergelangan
tangan mak dan menarik tangan mak agar mengekori langkah ayah keluar dari bilik
tidur aku.
“Kay, guna bilik belakang! Esok ayah
belikan katil baru!” dalam pada itu sempat lagi ayah bersuara. Ah malunya, ni
mesti ayah fikir bukan-bukan. Sesudah itu daun pintu aku rapatkan dan anak mata
ini ku tebarkan ke seluruh ruang bilik. Sesudah itu aku alih pandangan ke arah
Encik Adlan! Aku pandang dia dan dia renung wajah ku seketika lalu pamer sebuah senyuman beserta kenyitan matanya.
p/s: tq for your comment.
maaf atas kekurangan, enjoy reading n love you. assalammualaikum n fon non-muslim, salam sejahtera :)


akhirnye Alan dah mengakuuu :) hopefully lpas ni lisa try ubah pgln kat suami die..
ReplyDeletetunggu next entry ya... insyallah ada untuk itu :)
Deletesyokkkkk....
ReplyDeletethanks serojabiru :)
Deletecian alan tersepit..mudah-mudahan hati mama alan akan lembut n dpt menerima lisa..lisa pun kena la perbnykkn strategi n melipat gndakn usaha utk memenangi hati mama alan yg keras tue..buat alan n lisa bykkn bersbr sbb ni br permulaan ujian buat mereka..
ReplyDelete-eil-
eil
Deleteyup alan tersepit dan lisa pulak terpksa hadap salah yg pernah dia buat dulu... masih banyak dugaan yg perlu ditempuh. :)
Sweet talker.... pandai alan pujuk lisa...... lagi plzzzzzzz AI.....
ReplyDeletealan ni ada ciri2 playboy... masihkan anda ingat pada wanda, felina, harmi... n fea hihi mereka ini rencah dalam hidup alan .
Deletesweetnyaaaaaaaa.... BESTnyaaaaaaaaa...
ReplyDeletesambnggggggg lgiiii yaaaa... haaaaaaaaa
Best Best Best
ruunna qizbal.
Deletetq for reading okey :)
sorry for not giving any comment for the last two entry bcoz baru jer baca pagi nie..(hehehe, kat umah takde internet...) Sangat best!!! keep up the good work ms. writer. Up la next entry plak...
ReplyDeleteazrina azuz....
Deletetq for comment... xpe2 saya x marah tapi sya suka jika nada tinggalkan komen.
tq so much :)
lisa jangan lah nak geli-geli pulak nak panggil yang lebih mesra untuk suami tue. alan dah luah kan apa yang lama terpendam buat buah hati dia. mungkin ini langkah pertama untuk meraih kasih sayang emak mentua yang 'terdera' akibat perbuatan lisa dulu.
ReplyDeletebila lisa layan alan dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang mesra akan menarik kepercayaan emak mentua yang dia telah berubah daripada 'sikap kejam' yang tak matang dulu. memang tidak mudah tetapi untuk langkah yang seterus nya harus lah dimulai dengan yang pertama.
--za--
za..
Deletelisa geli coz dulu ber 'aku dan ber 'angkau... kni nak panggil cik abang dia dengan panggilan 'abang' sedangkan sekrg mereka ber'saya dan ber'awak huhuhu
hubungan diorg baru masuk ke fasa yg baru.. fea akan akan jadi dugaan terbesar coz mama sokong fea... dan watak rencah buah hati alan yg lain akan bg maslah pada lisa.
kalau macam tue lisa dan alan mesti berjuang untuk membuktikan ketelusan dan keikhlasan cinta mereka yang telah berkembang segar bugar :-) jadi mama pun tak sampai hati melihat kekeciwaan anak menantu mama kan..kan..kan
Delete--za--
tu la diorg punya instint msti kuat n mesti sabar layan karenah mama yg busy nak kenenkan anak lelakinya dgn fea :)
Deletebetul ke adlan ni berubah..atau still nk buli lisa lg?..
ReplyDeletealan dah berubah kdg2 dia ni sewel sikit so nantikan next entry yah!
Deleteapa yg alan buat, apa pula fea n mama dia rancnagkan...
macam mana tanggapan gf alan tentang alan yg dah kawen so adakaha lisa kembali menjadi kay? nantikan ek :)
Bestnya.............tak puas..Kak Sari
ReplyDeletekak sari
Deletetq for reading :)
sweet n kelakar la pulak que n lisa ni smpai patah katil kah..kah..kah.. malunya,hope dorang kuat n sabar mnghdpi kemarahan mamanya ,pleasss..lg n lg..
ReplyDeletehoho tq dear.. mmg nasib si kay x berapa baik hari tu huhuuhu :)
Deletehahaha sampai hati aulia kata adlan ni sewel ....tapi memang pun alan nie sewel wal sengal juge ....tapi kay tetap sabar jer sebab tak mau lagi kejam pada alan ....( rasa kelakar bila alan kata 'habis madu sepah di buang....aulia kata alan baget dia bunga...aduhaiiii alan...kih kih..kih...)
ReplyDelete--za--
huhu mmg alan budget dia bungan n lisa yg ganas tu kumbang huhuhu
Delete:)
Sweet n kelakar.
ReplyDeleteBg lisa pulak mgorat alan..
- miss A-
huhuhuhu....
Deleteidea yg bagus kan :)
BOLEH LA.. lawak kampung.
ReplyDeletethank for giving me ur comment...
Deletehanya gadis kampung, insyallah akan perbaiki penulisan saya :)
Best..next entry cepat2 kan lah yer, fea 2 jahat ker baik yg sbnrnyer?
ReplyDeletefea? watak tu suprise :)
Deletenext entry? mungkin lambat lagi :)
kesian dgn Lisa kan? mama Alan tak mau terima dia sebagai
ReplyDeletemenantu. semuga lembutlah hendaknya hati mama Alan dpt menerima
kembali Lisa yg betul sudah berubah utk kebahagiaan si anak
tunggal dn jgnlah pula Alan mempermainkan perasaan Lisa bila
Lisa sudah menyayangi Alan dn tabahlah hendaknya menhadapi
dugaan yg akan mendtgkan...
susah nak lembutkan sesuatu yg dah keras
Deleteteruatama pd apa yg lisa dah buat.. :)
akak sya x tau nk komen apa...tapi citer ni mmg TERBAIK.....nk lagi2......hahaha =)
ReplyDeletenak lagi? mungkin entry akan lambt di update :)
Deletelambat sampai bila? sampai ada rezeki untuk berjumpa lagi :)
kat ofis ramai tak tahu Lisa dah kahwin dengan Adlan.
ReplyDeletejika Adlah dicop 'playboy'..
agaknya apa perasaan dia bila ada yang cuba-cuba usya Lisa yang kini bagai perempuan melayu terakhir...
yup dekat ofis ramai yg xtahu diorg ni dah kawen...
Deletemklumlah baru ketemu huhu..
perasaan alan? mungkin anda akan tahu nanti...
tunggu la next entry tapi x tahu bila lagi akan di update :)
suka!!! akhirnya alan mengaku jugak dia cintakan lisa and hope lisa terima alan. bukan senang nak dapat husband setia mcm alan tau. hehehe ;)
ReplyDeletetq iffah...
Deletelove ur comment :)