Pages

dilarang copy

Protected by Copyscape Original Content Check

Saturday, 2 March 2013

PLASTER CINTA BUAT BIG BOS 1

Karya ni dari kesinambungan kisah DUNIA KITA BERBEZA.. 
Kepada pengikut e-novel  DKB anda pasti tahu dan ingat serba sedikit kisah Umran Hannan yang terkahwin dengan adik kandungnya Rose Fannan!
 Dan e-novel ini memaparkan kisah Umran Hannan bertemu seorang gadis bernama Fiona.
Kerana pahit masa lampau, sekeping hati Umran menjadi keras dan sukar sekali untuk ditakluki..

Layankan kisah mereka dalam PCBBB 
( PLASTER CINTA BUAT BIG BOS)



PLASTER CINTA BUAT BIG BOS

Aku? Umran Hannan? Masih ingat pada aku? Cinta tak kesampaian pada Rose Fannan? Siapa sangka, dalam aku tak tahu apa-apa, Rose Fannan rupa-rupanya adik kandung aku. Ingatkan pulang kampung mampu membawa aku lari dari segala keserabutan yang timbul sewaktu aku hidup di kota metropolitan, Kuala Lumpur. Tetapi sebaliknya terjadi, di kampung satu rahsia besar tersingkap hingga aku jatuh terduduk seketika. Sekarang, aku sudah tabah dan sudah bangkit dari kesakitan yang maha hebat. Tentang Rose Fannan, dia terpaksa aku anggap sebagai adik kandung walaupun hati membantah keras, jiwa memberontak hebat, namun hakikat telah menyatakan hubungan aku dan dia hubungan berpaksi darah. Walau tidak sebapa, namun aku dan dia dilahirkan dari rahim yang serupa. Dibelai dari jari jemari yang sama dan dikendong dari dukungan hangat seorang insan bergelar ibu.

Sedar tak sedar, lima tahun berlalu! Aku kembali semula membina sebuah kekuatan dan keutuhan hati untuk meneruskan hidup. Aku tidak dihiraukan bapa ku sendiri, aku juga dibuang datuk kandung ku. Yang tinggal hanyalah kasih seorang nenek dan cinta seorang ibu yang lama terpisah. Dan kerana rasa kasih itu, dan sedikit kekuatan mereka... telah membawa diri ku kembali semula ke suatu kehidupan yang hebat duri dan ranjaunya.

Setelah sekian lama menjeruk rasa, hidup dalam kekesalan dan kesedihan yang bukan sedikit. Akhirnya kesakitan yang menimpa mengundur diri memberi ruang kepada aku untuk membina hidup ku kembali. Berbekalkan ilmu di dada, kebolehan yang tidak seberapa, aku mula membina landasan sebuah kerjaya.

Dan kini, aku sudah berjaya! Siapa sangka, pemuda yang pernah jatuh dan tersungkur dahulu, telah bangkit dan meraih kejayaan demi kejayaan. Sehinggalah membawa sebuah kehidupan yang baharu, melainkan sebuah cinta yang pasti ku tepis dari mendekati pintu hati ini. Apatah lagi hadir memberi salam untuk menjengah ke dalamnya. Sejujurnya, rasa cinta itu sudah mati dan sudah terkubur tanpa nisannya.

***

“Encik Umran, saya perkenalkan staf baru kita. Fiona!” Laili setiausaha syarikat memperkenalkan kakitangan yang baru sahaja dipanggil bekerja di syarikat U-Han Creative.

“Herrmm!” Umran masih sibuk dengan working drawingnya.

“Encik Umran, tengoklah staf baru kita ni. Comelkan!” ujar Laili lagi. Dalam sibuk merangka rekabentuk haisan dalaman, Umran memanggung wajah lalu mengerah anak matanya menancap seraut wajah itu. Dari atas hingga ke bawah, dan dari bawah bawa ke atas anak mata Umran memerhatikan segenap inci penampilan pekerja yang dikatakan baru sahaja dilantik untuk berkhidmat di syarikatnya. Inikah calon yang berjaya ditemuduga tempoh hari.  Bibir diketap perlahan!

“Laili, you bawa dia keluar dulu! Kemudian masuk semula ke bilik saya!” arah Umran mendatar nada suaranya. Ada sesuatu yang harus diperkatakan kepada Laili. Sudah tentunya, berkaitan staf yang baru sahaja diperkenalkan tadi.

“Cik, Fiona. Kita keluar dulu ya, sekejap lagi saya akan briefing cik berkenaan syarikat ni.” Laili menunjuk jalan ke arah gadis yang disapa Fiona. “Terima kasih,” ucap gadis itu bersopan. Dan serentak itu juga Laili hilang di sebalik daun pintu.

Lima minit kemudian, kelibat Laili kembali terlihat semula. Ada senyuman di wajah ayu gadis berambut panjang itu.

“Encik Umran, ada apa encik panggil saya tadi?” soal Laili tanpa menunggu lama. Umran yang sedang tekun memperkemaskan reka bentuk lukisannya menghentikan goresan di kertas putih. Untuk seketika, wajah Laili dijeling sekilas sebelum meletakkan pensil dan menyandarkan tubuh ke kerusi. Kini raut wajah Laili diperhatikan tanpa berkelip.

“Kenapa Encik?” soal Laili lagi. Risau dengan tindak balas Umran yang tampak tidak senang.

“Siapa yang appoint pekerja baru tu?” bibir Umran laju melontar rasa hairannya. Sesudah itu, nafas dihela panjang.

“Kamil, Encik!” sahut Laili pendek.

“Dah tak ada calon lain ke Laili? Company kita, company hiasan dalaman. Interior Design! ID!” luah Umran perlahan.

“So, takkan pekerja yang macam tu awak nak suruh bekerja di syarikat kita. Kalau saya bawa dia pergi design rumah klien kita, for sure klien saya kata saya ni sewel. Pekerja sendiri selekeh, tak terurus! Bagaimana boleh menghias rumah mereka pula. So, jangan sebab perkara ni... kepercayaan klien akan berubah dan hilang macam tu aje!” jelas Umran mengeluh panjang. Kamil pun satu hal, dalam banyak-banyak calon yang datang untuk memohon pekerjaan.. bagaimana gadis bernama Fiona tadi yang berjaya terpilih. Hairan dibuatnya!

“Saya tak pasti Encik, lagipun Kamil yang lantik dan uruskan surat tawaran.” Terang Laili serba salah.

“Tak apalah Laili, kalau kita dah ambil dia jadi sebahagian dari syarikat ni, nak buat macam mana lagi. Kita beri peluang pada dia. Pastikan awak pantau kerja dia untuk sementara waktu. Lagi satu, kalau awak rasa dia tak boleh bekerja... inform pada saya. Saya akan tamatkan kontrak dia.” Ujar Umran Hannan serius.

“Baiklah Encik!” sambut Laili seraya mengangguk kepalanya sekali.



“Laili, panggilkan Kamil sekejap!” Umran Hannan terjengul di muka pintu. Laili yang sedang menempel bedak di muka segera menutup bedak kompak itu lalu menoleh ke arah ketuanya. Terkejut seketika bila disergah dengan tiba-tiba.

“Baik bos!” sahut Laili lalu bangkit dan mula mengatur langkah menuju ke bilik kerja Kamil. Salah seorang pereka dalaman yang cukup kreatif dan berseni. Manakala Umran Hannan pula kembali semula ke dalam kamar kerjanya. Menggapai beberapa kertas kerja dan designe yang sudah disiapkan. Sebentar lagi, rumah klien yang terletak di Kota Damansara harus di lawati.

Sesudah menggapai segala apa yang diperlukan untuk tugasan barunya, Umran mengorak langkah keluar dari kamar menunggu kelibat Kamil di sofa berdekatan kaunter pertanyaan di tepi pintu masuk. Punggung dilabuhkan dan kertas lakaran dibelek lagi.

“Encik Umran, Kamil dah keluar! Katanya dia tak sihat, mungkin tak masuk ke ofis lepas ni!” ujar Laili sewaktu dirinya menghampiri Umran Hannan.

“Yeke... so siapa yang nak ikut saya ke sana? Kalau pergi sorang-sorang karang,  tinggal saya dengan isteri tuan rumah berdua... takut pula kena tangkap khalwat.” Ujar Umran lebih kepada bimbangkan keadaan dirinya.

“Rose... dan Syikin dah lama keluar Encik! Katanya buat inspection ke kondo anak dato mana entah! Linda dan Mail ke Cheras... Man dengan Ali ke Seri Kembangan. Jadi yang tinggal.. saya, Mamat office boy kita tu, mila receptionist dengan budak baru tadi. Fiona!” terang Laili panjang lebar.

“Saya nak bawa siapa ya?” gumam Umran perlahan seakan-akan tidak kedengaran. Mungkin ligat memikirkan individu yang sesuai dibawa untuk melakukan lawatan kedua di rumah kliennya itu.

“Encik bawalah Fiona, budak baru tu! Lagipun encik kata, bila buat inspection mesti datang berdua, tak boleh pergi sorang-sorang, bahaya!” tegas Laili tersenyum-senyum. Sudah faham benar dengan peraturan yang ditetapkan oleh bosnya sendiri. Ternyata Umran benar-benar menitik beratkan keselamatan para pekerjanya. Bimbang kejadian tidak diingini berlaku nanti. Orang zaman sekarang bukan semuanya, baik dan jujur!  Justeru itu langkah berjaga-jaga harus diamalkan!

“Fiona?” ulang Umran sepatah.

“Ya, Fiona!” jelas Laili pamer senyuman mesranya.

“Budak tu?” tekan Umran tidak percaya.

“Ya, dia kan pekerja syarikat encik juga!” pujuk Laili lagi.

Actually saya tak... errmmm takpelah!” Umran tidak jadi menghabiskan bicaranya. Tidak elok andai rasa hati yang tidak berkenan pada penampilan gadis bernama Fiona diperkatakan di hadapan Laili. Walaupun selekeh dan cukup menyakitkan pandangan matanya, Umran juga harus menjaga air muka itu.

“Macamnilah, apa kata awak panggilkan dia sekejap.” Suruh Umran tenang.

“Baiklah Encik, sekejap saya panggilkan Fiona!” Laili bingkas menuju ke meja kerja gadis yang baru sahaja berkhidmat di syarikat ini pagi tadi. Umran pula sekadar memerhatikan kelibat Laili hingga hilang dipandangan matanya. Sesudah itu, kepala disandarkan dan keluhan kecil dihela perlahan. Masih tertanya-tanya mengapa Kamil memilih gadis itu sebagai sebahagian daripada pekerja syarikat ini.

“Encik,” seru satu suara. Umran memanggung wajah, lantas pandangan ditebarkan ke serata raut wajah Fiona. Namak halus mulus, namun rambut itu sedikit kering dan tidak terurus kerana dibiarkan lepas tanpa bersanggul.

“Awak piano? Errr sorry! Sorry!” Umran tersasul menyebut sepatah nama itu. Kelihatan Fiona seakan tersentak seketika. Laili pula sudah tersenyum-senyum!

“I mean Fiona...” Umran hela nafas panjang sebelum menyambung semula bicaranya.

“Ya, Encik!” sahut bibir mungil itu buat Umran jatuhkan semula pandangannya. Suara itu seperti suara Rose Fannan. “Ah tak perlu ungkit dan diingati perkara lama! Buat menambah luka di hati!” getus hati kecil memujuk diri.

“Awak ikut saya, kita ke rumah klien.” Aju Umran lalu bangkit dari duduknya. Wajah Fiona dipandang sekilas, manakala Laili yang setia di sisi masih lagi tersneyum-senyum.

“Baiklah,” Fiona mengangguk lalu mengekori langkah Umran dari arah belakang.

***

“Kerja di syarikat saya, ada peraturan macam kerja di syarikat lain juga. Tapi perkara paling penting sudah tentunya keselamatan. Kalau boleh saya mahu awak pakai kasut bersarung. Bukan apa, kerja kita nanti bukan setakat design dan reka susan atur rumah klien kita. Kadang-kadang, kalau klien minta cepat... kita juga terpaksa turun padang dan buat kerja-kerja mengecat dan sebagainya. So keselamatan memang perlu diutamakan, kasut kerja.. syarikat akan sediakan. Awak cuma perlu pakai setiap kali ada kerja di luar!” Terang Umran panjang lebar.

“Ada apa-apa yang awak nak tanya?” soal Umran masih fokus memandu. Fiona disebelah, sedikit pun tidak dipandang.

“Kasut kerja tu kena bayar ke... atau percuma Encik?” tanya Fiona lembut menyusun bicara.

“Err... tak perlu!” sahut Umran pendek.

“Terima kasih Encik!” balas Fiona tersenyum segaris.

“Awak tinggal di mana?”  Umran ingin tahu tentang serba sedikit latar belakang pekerja barunya itu. Jika ada apa-apa masalah yang berlaku dikemudian hari, dirinya tahu dimana mahu mendapatkan Fiona.

“Errr... saya tinggal dekat Shah Alam.” Luah Fiona teragak-agak.

“Jangan risau, saya bukan nak masuk meminang awak.” Terang Umran pantas.

“Bukan itu maksud saya Encik,” Fiona mahu jelaskan perkara yang sebenarnya.

“Oh okey, saya salah faham.” Tutur Umran mengakui kesilapannya. Stereng kereta diketuk-ketuk dengan hujung jari telunjuk sebelah kiri. Pandangan pula masih terarah tepat ke jalan raya, manakala tangan kanan sudah diletakkan di sisi cermin kereta yang sudah direndahkan.

“Eh, bukan-bukan! Saya tak kata Encik salah faham,” Fiona takut andai majikannya tersalah anggap ke atas dirinya. Sedangkan dirinya segan untuk memaklumkan dimana dirinya tinggal! Kehidupannya biasa-biasa sahaja!

“Nevermind, forget it Piano! Oh....” Umran tersasul lagi. Mulut ditekup pantas, sudah kali kedua dia tersasul menyebut nama Fiona kepada Piano.

Sorry... sorry! Saya tersasul!” ujar Umran pohon kemaafan dari gadis yang sedang sembunyi wajah. Pasti merasa marah dengan dirinya yang sering kali tersalah menyebut!

“Senyap aje, awak marahkan saya ke?” soal Umran tidak sedap hati. Wajah Fiona dipandang dari ekor mata. Sipi-sipi sahaja yang terlihat.

“Tak patut saya marah bos saya, lagipun.. saya tahu Encik tak sengaja!” luah Fiona dalam intonasi mendatar. Wajah itu tertunduk kembali.

“Oh okey, tq ya!” gumam Umran senang hati kembali.

“Kita dah nak sampai ni, tolong bawa kertas drawing saya!” arah Umran sudah membelok keretanya masuk ke kawasan perumahan dua tingkat ini. Cantik dan tampak indah dengan kehadiran pokok-pokok yang melatari laluan di kanan dan kiri.

**

“Jom,” pelawa Umran sebaik sahaja tuan rumah sudah memberi izin kepada mereka untuk masuk ke dalam rumah.

“Umran Hannan!” perkenal Umran Hannan sambil berjabat dengan pemilik rumah. Jika tidak salah tanggapannya, pemilik rumah ini masih lagi bujang dan belum berumah tangga. Dari keadaan ruang dalaman yang tampak sedikit tidak terurus dan kelihatan bersepah-sepah itu, dirinya sudah dapat mengagak status kliennya. Namun ada juga klien yang sememangnya pembersih dan cukup menjaga kebersihan ruang rumah mereka walaupun masih bujang. Namun hari ini, nasibnya kurang baik kerana perlu mereka hiasan dalaman dalam keadaan ruang yang tidak selesa.

“Zarif Rizki,” sahut pemilik rumah memperkenalkan dirinya pula.

“Masuklah tengok apa yang you nak tengok, last week I dah confirm dengan you tentang design yang I mahu. So now, up to you... I serahkan rumah I pada you untuk seminggu ni. Make sure boleh siap sebelum hujung bulan, I nak kahwin!” tutur lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Zarif Rizki.

“For sure... Insyallah! By the way, congrates!” aju Umran tersenyum menumpang gembira klien yang cukup manis dengan senyumannya. Pasti sudah tidak sabar bergelar raja sehari!

“Fiona, marilah!” panggil Umran bila menyedari Fiona masih berdiri di muka pintu.

“Fiona?” Zarif Rizki mengulangi bicara Umran.

“Yup,. Fiona... staf I!” terang Umran bersahaja.

“Mana dia? Nak tengok juga staf you tu.” Zarif menjengul wajah ke arah muka pintu.

“Tu,” tunjuk Umran dengan ibu jarinya.

“Oh I see...” Zarif menapak mendekati Fiona. Umran pula hanya memerhati. Adakah keduanya mengenali di antara satu sama lain.

“As usual... you tetap selekeh!” bicara Zarif benar-benar buat Umran terperanjat. Dia yang sememangnya tidak berkenan kepada Fiona juga tidak terang-terangan mempersendakan penampilan itu. Lain pula Zarif, mungkinkah keduanya sudah lama berkenalan? Begitu kasar dan tidak manis lontaran bicara itu diperdengarkan!

“Perempuan macam you, tak siapa pun sudi buat jadi girlfriend apatah lagi nak ambil you sebagai wife diorang! You ni kenapa, tak pernah bercampur dengan masyarakat? Ke you dah tak ada duit nak beli pakaian?” sinis pertanyaan itu buat Umran tidak senang.

“I’m so sorry Mr Zalif! Kalau penampilan I buat you sakit mata... I minta maaf!” luah Fiona membuatkan Umran dipagut rasa ingin tahu.

“You memang buat I sakit dari dulu sampai sekarang!” tegas Zarif kuat.

“I’m so sorry Mr Zarif!” tekan Fiona perlahan.

“Nevermind, keputusan I untuk tinggalkan you memang berbaloi. See... next two weeks.. I kahwin! Cantik, menawan, manis dan permbersih! Bukan macam you, selekeh!” senda Zarif tersenyum sinis.

“Yup, I sedar I dengan you memang tak layak.” Aju Fiona masih lagi lembut menutur bicara walau senda Zarif kelihatan semakin menjadi-jadi. Namun tidak pada Umran yang mula merasakan perbualan kedua-duanya cukup menyesakkan dia yang sememangnya sedang bekejar masa. Andai dibiarkan, pasti akan melarat! Maka, ada baiknya jika dia mencelah untuk menghentikan pertikaman lidah yang sedang berlangsung.

“Actually, sorry for disturbing both of you... but... I think, I need to talk about our project first. Shall we...”

“Sorry, okay... lets continue our discussion!” Zarif pemilik rumah terus sahaja berpusing lalu bergerak menuju ke ruang dalam. Menunjukkan satu persatu ruang yang mahu direka semula. Semuanya melibatkan minor renovation termasuklah menukar lantai dari tile kepada terrazzo, dan mengubah dekorasi hiasan dinding serta penambahan lampu dinding yang bersesuai dengan gaya Inggeris seperti yang dikehendaki oleh tuan rumah.

Sesekali Umran memerhatikan Fiona yang sibuk mencatat segala kehendak Zarif ke atas sehelai kertas. Pantas tanpa perlu disuruh-suruh!



(sambungan cerita DUNIA KITA BERBEZA)

41 comments:

  1. episod pengenalan ni okeylah...teruskan...

    ReplyDelete
  2. ingatkan dah update IBM 21 pagi ni...tapi takpe okay juga cerita baru ni...

    ReplyDelete
  3. best,smbg cpt ye lau blh..x sbr nak tau ape yg jd....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. menarik wat akk teruja dek...rajin2 up n3 baru yer dek...tk sabar ngan fiona or piano heeheee cam ade kisah silam ngan zarif rizki.penampilan fiona yg selekeh but for sure comei n cute sudah pasti...tk pe dek up2 or touch up plak fiona biar ramai jejaka gigit jari bile tengok fiona yg selekeh tuh...heeheee akk dh mula melalut dek....

    ReplyDelete
  6. Salam, rasanya Fiona ni saje berpenampilan begitu bagi mengelakkan buaya2 ye tak hehehe :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam... yup fiona ni ada sesuatu utk dsmebunyikan :)

      Delete
  7. best jalan cite nie....xsabar nk tggu n3 seterusnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... hope sudi singgah lagi :)

      Delete
  8. Not bad..teruskan yer..

    ReplyDelete
  9. sy blh bayangkan fiona ni mesti cantikkan sbnarnya...wlaupun selekeh...maybe fiona sengaja bt mcm tu kot...nmpk mcm best cter ni...kak aulia cpt smbng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tq semua.... fiona mmg cantik.. cuma penampilan dia kurang sikit

      Delete
  10. SEPERTI BIASA, KARYA AULIA X PENAH MENGECEWAKAN..BEZZZZZ

    ReplyDelete
  11. permulaan yg menarik.......membuat hati tertarik utk mengikuti kisah Umran n Fiona.......

    ReplyDelete
  12. menarik..teruskn sambungan.
    -miss A-

    ReplyDelete
  13. kesian nya fiona

    ReplyDelete
  14. sambung cepat.. x sabar.. ngeee..(^_^)

    ReplyDelete
  15. Hi there, I found your site by way of Google even as looking for a comparable subject, your web
    site got here up, it appears to be like good. I have bookmarked it in my google bookmarks.

    Hello there, just changed into aware of your blog
    via Google, and found that it is really informative. I am going to watch out for
    brussels. I'll be grateful should you proceed this in future. Numerous folks can be benefited from your writing. Cheers!

    Feel free to surf to my web page Air Max One

    ReplyDelete
  16. This article is actually a nice one it assists new the web viewers, who are wishing
    for blogging.

    my blog: Sac Louis Vuitton

    ReplyDelete
  17. Great website. Lots of helpful info here. I'm sending it to several friends ans also sharing in delicious. And naturally, thank you on your effort!

    Take a look at my website; Teamshoppenguins.Com

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Hello my loved one! I want to say that this article is
    awesome, great written and come with almost all important infos.
    I would like to look more posts like this .

    my homepage; Michael Kors Bags

    ReplyDelete
  20. When I originally commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and now each time a comment is added I
    get four emails with the same comment. Is there any way you can remove people from that service?
    Bless you!

    Have a look at my weblog: Learn More Here

    ReplyDelete
  21. Hello! This post couldn't be written any better! Reading through this post reminds me of my old room mate! He always kept talking about this. I will forward this post to him. Pretty sure he will have a good read. Thanks for sharing!

    My homepage ... Recommended Site

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Sign In

tengok-TENGOK