“Encik Umran, saya minta maaf pasal tadi.” aju Fiona lambat-lambat. Sedar akan salahnya kerana bertikam lidah dengan klien kepada majikan sendiri. Umran yang mendengar sekadar mendengar, sejujurnya dia tiada idea untuk berkata-kata lewat tengahari begini. Tambahan pula, mindanya sarat dengan memikirkan pelbagai kehendak pelanggan yang bernama Zarif Rizkin. Daripada bersahaja, lelaki itu bertukar menjadi cerewet dengan tiba-tiba. Hampir keseluruhan reka bentuk dan susun atur yang telah dipersetujui, kini bertukar seratus peratus. Pening kepalanya memikirkan kehendak Zarif Rizkin.
“Encik Umran, saya minta maaf! Mungkin semuanya
disebabkan saya, kalau saya tak bertekak dengan dia tadi... mungkin hal ni tak
jadi!” ujar Fiona masih merasakan dirinya yang harus dipersalahkan! Umran hanya
diam, namun pandangan matanya tidak statik di kertas rekaan. Perlahan-lahan
anak mata ditebarkan ke arah raut wajah itu, redup pandangan mata Fiona
diperhatikan lama.
“Saya minta maaf Encik!” gumam Fiona sambil tunduk
menekur lantai kereta. Enjin kenderaan ini telah dimatikan, namun mereka berdua
masih lagi berada di dalam kereta. untuk keluar, Fiona takut andai Umran hanya
berhenti untuk seketika.
“Tak mengapalah Fiona, lupakan hal ni. Kita pergi
makan dulu,” luah Umran seraya keluar dari perut kereta. Fiona menghela nafas,
terasa lega! Bila Umran langsung tidak mempersalahkan dirinya bahkan, sanggup
pula membawa dirinya ke restoran. Untuk menikmati makan tengahari setelah
beberapa jam dihabiskan di rumah Zarif Rizkin. Lelaki yang suka mencari pasal
dan mengganggu kehidupannya dari hari ke sehari.
“Jomlah, kenapa tercegat lagi?” tegur Umran sebaik
sahaja melihat Fiona masih statik tidak berganjak!
“Iya, maaf Encik!” aju Fiona setelah menyedari
khilafnya. Kaki menapak perlahan-lahan sambil mengekori langkah Umran yang
sudah jauh ke hadapan. Lelaki di hadapannya itu, seorang lelaki yang cukup
menjaga penampilan, kemas dan cukup bergaya. Tubuh itu juga harum dengan
wangian yang tidak terlalu kuat bahkan mampu menggetar naluri kewanitaan
sesiapa sahaja yang berada dekat di sisi tubuh itu.
“Fiona,” seru Umran buat Fiona yang mengelamun jauh
tersedar dari dunia khayalannya.
“Are you okay?” soal Umran yang sudah
menghentikan langkahnya dan berpusing menghadap dirinya yang masih lagi tercegat
di tengah panas. Hitam karang, naya aje!
“Err.. okey!”
Fiona angguk kepalanya lalu terus sahaja mengorak langkah mendekati majikan
yang diakui punya pesonanya yang tersendiri.
“Jauh termenung? Fikirkan apa?” ujar Umran sebaik sahaja Fiona sudah berjalan
beriringan.
“Tak ada apa-apalah Encik!” aju Fiona seraya
tersenyum kecil. Umran mengangguk perlahan, dari ekor mata itu sempat lagi
dirinya menganalisa penampilan Fiona. Rasa kasihannya tumpah, mungkinkah Fiona
tidak berkemampuan untuk memiliki pakaian yang lebih sesuai dan nampak kemas?
Melihat kemeja bersaiz besar, bersama
seluar jeans yang koyak di hujung kaki seluar, buat hati Umran meneka-neka
sendirian.
“Kenapa Encik pandang saya?” soal Fiona takut-takut.
Menyedari pertanyaan itu bernada curiga, pantas sahaja mata dikalihkan ke arah
lain!
“Err... tak ada apa-apa!” sahut Umran melajukan
langkah kaki menuju ke ruang dalam restoran. Fiona pula mengekori dari arah
belakang! Mindanya bagaikan tertanya-tanya,apakah perkara yang menjadi mainan
di hati lelaki ini, hingga dirinya bagai dapat merasakan sesuatu yang tidak
kena.
“Fiona, duduklah dulu.” Arah Umran sebaik sahaja
mereka tiba di salah sebuah meja kosong di tengah-tengah ruang restoran.
“Duduk dulu ya,” ujar Umran sambil tersenyum lalu
diri itu berlalu ke suatu tempat yang tidak diketahui oleh Fiona. Dalam
menunggu kedatangan Umran, Fiona memerhatikan persekitaran restoran. Nampak
elegan dengan dekorasi yang cukup indah dan sejuk mata memandang. Di kanan kiri
dinding terdapat hasil lukisan, manakala di ruang halaman restoran pula
dilatari rumput karpet yang subur menghijau, dan gazebo-gazebo kecil yang
terdapat di tengah halaman itu pula dilengkapi dengan atap rumbia. Cukup unik
dan epik! Persis berada dalam suasana kampung!
“Fiona, awak nak makan apa? Pilihlah...” Umran yang
baru tiba segera melabuhkan punggung lalu melontarkan bicara, langsung
membuatkan Fiona yang sedang leka tersentak seketika. Laju sahaja senyuman
menguntum di bibir, menutup canggung tingkahnya yang berkhayal.
“Encik tak makan ke?” soal Fiona perlahan. Masih
tidak punya kekuatan untuk menatap sepasang anak mata majikannya sendiri.
“Awak ambil dulu, kemudian saya menyusul.” Beritahu
Umran yang sedang fokus membelek kertas lakarannya. Dan Fiona terus sahaja
bangun lalu bergerak ke sudut hujung restoran yang menempatkan hidangan bufet.
Pelbagai menu masakan yang menyelerakan, singgah ke hati. Namun, untuk
mengambil yang pelbagai, dia takut tidak mampu membayar harganya nanti.
Sudahnya, dia mengambil keputusan untuk mengambil kari daging sebagai lauk
untuk menu tengaharinya. Sesudah selesai membuat pilihan, Fiona kembali semula
ke meja makan. Pinggan diletakkan berhati-hati dan punggung dilabuhkan cermat.
“Encik, saya dah ambil. Encik pergilah pula,” gumam
Fiona seraya meletakkan sudu dan garfu di sisi pinggan.
“Baiklah, sekejap.... saya nak gulung drawing
paper ni!” ujar Umran seraya mengangkat wajah lalu menggulung kertas
lakarannya, namun anak mata itu masih sempat menancap lauk pauk yang berada di
dalam pinggan Fiona. Sekali lagi, hatinya kembali terusik. Rasa kasihan mudah
sahaja menjemput datang! “Fiona, patutlah badan awak kurus!” gumam Umran
perlahan.
“Ya, Encik kata apa tadi?” Fiona menyoal sambil
memanggung wajah.
“Err.. tak ada apa-apa!” geleng Umran tersenyum
sumbing. “Macam mana dia boleh dengar nih?” bisik hati kecil marahkan diri
sendiri.
“Saya pergi ambil nasi saya!” Tukas Umran seraya
bangkit dari duduknya.
“Baiklah!” angguk Fiona lalu mengangguk sekali.
Matanya menyorot pemergian Umran dari jauh. Sejuk hatinya melihat tingkah Umran
yang menghormati wanita seperti dirinya.
Dengan langkah berhati-hati, Umran menyusuri ruang
restoran lalu bergerak menuju ke sudut bufet. Beberapa lauk pauk dan makanan
yang berkhasiat dipilih. Dia mahu Fiona menjaga pemakanan agar gadis ini tidak
jatuh sakit angkara pemakanan yang kurang berzat. Beberapa menu yang
menyelerakan dan berorganik dipilih. Biar pun ringkas, namun cukup memenuhi
diet seimbang yang diperlukan oleh tubuh badan.
“Makan ni,” sua Umran sambil meletakkan ikan tiga
rasa bersama ulam-ulaman. Tidak ketinggalan juga, buah-buahan serta pencuci
mulut untuk mereka seketika nanti.
“Err... banyaknya Encik!” luah Fiona sambil
mempamekan riak tidak selesanya.
“Jangan takut, saya belanja! Awak kena makan semua
ni...” aju Umran lalu melabuhkan punggungnya. Sesekali, raut wajah Fiona yang
cengkung diperhatikan sekilas.
“Semua ni?” ulang Fiona terkejut.
“Ya, semua ni!” tegas Umran.
“Tapi... banyak sangat ni Encik!” tolak Fiona
hati-hati.
“Makan je, jangan risau! Kalau saya bawa awak makan,
bermakna saya yang belanja! Bukan awak seorang, pekerja-pekerja saya yang lain
pun, saya layan sama seperti awak.” Terang Umran berharap Fiona tidak bersalah
sangka.
“Makan iya,” suruh Umran lalu menyentuh garfu dan
sudu. Dan Fiona, hanya menurut. Menikmati makan tengahari bersama majikan pada
hari pertama dirinya memulakan kerja.
“Fiona, can I ask you something?” dalam pada
menimati makan tengahari yang cukup menyelerakan, Umran mula mengatur bicara.
Rasa ingin tahunya, mendorong lidah menuturkan sebaris pertanyaan.
“Yes, of course!” sahut Fiona lalu meletakkan
sudu dan garfu. Straw di dalam gelas di sisip perlahan membawa jus buah-buahan
tropika ke deria rasa.
“Who is Zarif Rizkin?” lancar pertanyaan itu
terhambur dari bibir. Fiona sandarkan tubuhnya, lalu nafas dihela panjang.
Umran pula mengangkat wajah, raut gelisah Fiona diperhatikan. Pasti gadis ini
tidak selesa bila ditebak dengan persoalan yang menyentuh soal peribadinya.
“I’m so sorry! Saya tak patut bertanya!”
Umran kembali tertunduk menghadap pinggannya. Namun Fiona yang mendengar,
menggeleng perlahan. Baginya, tiada apa yang menjadi rahsia antara kisah dirinya
dan juga lelaki yang dimaksudkan oleh majikannya tadi.
“It’s okay! Honestly... saya dan Zarif pernah
ada kisah silam. Kisah yang tak kesampaian!” aju Fiona perlahan. Sesekali, jari
jemari itu memperkemaskan rambut yang menutupi sebahagian wajah. Diselak rambut
yang jatuh terjuntai ke dahi lalu diselitkan di belakang telinga.
“Then?” sambung Umran mahu Fiona meneruskan
bicara.
“Kemudian, hubungan kami tak dapat diteruskan
sebabnya terlalu banyak! Salah satunya, dia tak dapat terima penampilan saya
yang selekeh! Kedua, kami tak setaraf dan yang ketiga, saya dan dia memang tak
ada keserasian.” Aju Fiona bersahaja. Tiada riak sedih mahupun kecewa di raut
wajah itu. “Lagipun, saya tak mampu anggap Zarif lebih daripada sekadar kawan!”
tokok Fiona tidak lama selepas itu.
“So, kenapa dia marahkan awak?” soal Umran
hairan. Jika sudah tiada apa-apa, mengapa perlu lelaki merangkap kliennya tadi
menunjukkan diri itu terlalu membenci Fiona? Hairan! Mungkinkah ada sesuatu
yang belum selesai di antara keduanya.
“Entahlah Encik, saya tak tahu menilai hati orang.”
Sahut Fiona lambat-lambat.
“Tak mengapalah, saya harap awak dan dia nanti tak
timbulkan sebarang masalah. Saya tak mahu hal peribadi dicampur adukkan dalam
soal kerja. Lagipun, tak elok kalau hal macam ni menjadi isu dan mengganggu
kerja awak nanti.” terang Umran menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Tidak mahu
Fiona terbawa-bawa masalah peribadinya hingga mengganggu fokur terhadap kerja.
“Baiklah Encik, terima kasih!” sahut Fiona seraya
tersenyum kecil.
**
“Waktu-waktu macam ni la kau nak rosak eh?” gerutu
Fiona sebaik sahaja enjin motosikalnya tidak lagi berfungsi seperti biasa.
Terhenti sebaik sahaja tiba di lampu isyarat! Bunyi hon kenderaan lain tidak
putus-putus kedengaran hingga memaksa dirinya menggunakan kudrat yang ada untuk
menolak skuter berjenama Lambretta ke bahu jalan.
“Hoi, buanglah moto lama tu! Dah layak masuk
muzium!” hambur salah seorang penumpang kereta Mitsubishi Lancer bersama
rakan-rakannya yang lain. Tawa sinis itu benar-benar membakar hati gadisnya
kala ini.
“Hey.... setakat kereta je lawa.. perangai hodoh!
Pirrahhhhh!” balas Fiona terjerit akibat rasa sakit hati yang bermaharajalela
di dalam hati. Sudahlah panas, asap kereta asyik membelai wajah mulusnya, ditambah
dengan bunyi hon kenderaan yang tidak henti-henti, betul-betul membuatkan
hatinya sebal. Apa yang menyebabkan dirinya bertambah sakit hati apabila ada
segelintir pengguna jalan raya mengeluarkan telefon bimbit lalu merakam keadaan
dirinya yang sedang menolak skuter bewarna merah ke bahu jalan. Sikap apakah
itu? Dirinya sendiri gagal meneka!
Pin...Pinnnnnnn!!!!
“Hey tak guna betul! Apasal hon-hon aku ni! Aku jalan
dekat tepi, bukan tengah jalan!” hambur Fiona marahkan pemandu kenderaan yang
masih lagi membunyikan hon kenderaan mereka.
Pinnn.... Pinnnnnn....pinnnnnnnnnnn!!!! semakin
panjang pula bunyi hon yang ditekan! Dengan perasaan sebal, Fiona menoleh ke balakang!
Sebuah kereta bewarna biru sedang mengekorinya dari arah belakang.
“Siapa pula yang tak faham bahasa ni?” rungut Fiona
kembali menoleh ke arah hadapan. Lantaran anak matanya tidak dapat melihat
individu yang sedang memandu apatah lagi cermin kereta itu gelap dan
pandangannya tidak tembus ke dalam.
“Hei perempuan, tolak moto cabuk ni? Tak panas ke?”
soalan itu terhambur bersama tawa sinis. Fiona menoleh ke sisi, wajah lelaki
yang sering kali mempersendakan dirinya muncul lagi. Zarif Rizkin! Lelaki yang
amat-amat cuba dijauhi!
“Zarif, you nak apa lagi? Tolong pergi dari sini,”
ujar Fiona malas mengeruhkan keadaan yang sedia keruh.
“Hey, suka hati I’lah! Nak pergi ke tidak.. macamlah
jalan ni jalan bapak you!” hambur Zarif enggan berganjak. Padanya, dengan
menyakitkan hati Fiona... segala kesakitan hatinya akan terbalas dengan
sendirinya! Dia belum puas menyakitkan hati perempuan yang sudi menolak cinta
palsunya mentah-mentah! Terasa tewas bila dia gagal mendapatkan Fiona seperti
yang dipertaruhkan rakan-rakannya yang lain. Bukan dia tidak tahu siapa Fiona
sebenarnya, dia yakin Fiona juga tidak tahu dirinya sudah mengetahui latar
belakang gadis yang berpenampilan selekeh ini.
“Pergilah Zarif, jangan ganggu I!” aju Fiona merayu.
Dia malu bila, dirinya menjadi tontonan umum di tengah sinaran matahari petang
sebegini. Dia segan bila, banyak mata yang memerhatikan gelagatnya kali ini.
“I takkan berhenti ganggu hidup you hingga hati I
puas Fiona!” tawa Zarif meletus dan akhirnya kereta yang dipandu perlahan terus
dipecut laju meninggalkan Fiona terkebil-kebil sendirian.
“Aku tak tahu, apa sebenarnya yang kau mahu Zarif?
Aku tak ada rupa, tak ada harta... selekeh! Tapi kenapa sampai sekarang kau
masih berdendam bila aku kata aku tak mampu menerima diri kau? Aku tak faham!”
getus hati kecil Fiona menagih jawapan di sebalik apa yang terjadi. Zarif tidak
henti-henti membuat onar, kemana sahaja dia pergi pasti Zarif akan muncul.
Kemana sahaja dia melangkah, pasti Zarif turut ke sana. Bagaikan hidupnya
dipenuhi misteri yang dicipta oleh lelaki bergelar anak seorang kenamaan itu.
Ah bencinya!
Melihat dada langit yang bertukar kelam dan awan
hitam yang berarak perlahan bagaikan memberi isyarat sebentar nanti bumi ini
bakal dingin dengan titis-titis air hujan! Dengan kudrat yang masih bersisa,
Fiona menolak motosikalnya menyusuri laluan kecemasan. Dan dalam dia masih
bertabah untuk menolak motosikal yang menjadi kesayangannya itu, rintik-rintik
hujan akhirnya gugur hingga membasahi pipi dan seluruh pakaian yang tersarung hingga
menampakkan sebahagian tubuh yang berbalut kemeja putih.
“Ya, Allah... baju aku!” bisik hati kecil sebaik
sahaja mata menancap bahagian tubuh yang jelas kelihatan. Kemeja yang
tersarung, tidak mampu lagi menyembunyikan bahagian tubuh yang terkesan oleh
mata kasar. Perlahan-lahan, skuter ditongkat dan kedua tangan memeluk tubuh di
dalam hujan yang semakin lebat menggila.
Mata pula sekadar memerhatikan kenderaan yang lalu
lalang, berharap ada seseorang yang sudi membantunya kala ini. Menunggu dan menunggu,
namun keinginannya hatinya tidak tercapai. Tiada satu pun kenderaan yang sudi
berhenti dan membantu dirinya.
“Fiona, It’s you?”jerit satu suara melaung
namanya. Dengan pantas, wajah dikalihkan ke arah datangnya satu suara. “Umran!
Bos aku!” terjerit bibirnya sebaik sahaja wajah lelaki berstatus bujang itu
datang mendekatinya.
“Sejuk ni, apasal awak main hujan!” soal Umran yang
datang bersama sekaki payung lalu membalutkan tubuh Fiona menggunakan jaket
tebal yang sentiasa berada di dalam kereta.
“Pakai jaket ni, nanti ada pulak yang accident
tertengok awak macam ni.” gumam Umran bersahaja. Nada suara itu mendatar namun
Fiona sedar lelaki ini sedang risaukan pengguna jalan raya yang lain lantaran
keadaan tubuhnya yang cukup jelas hingga menampakkan pakaian di sebelah dalam.
Seksi mungkin!
“Terima kasih Encik!” aju Fiona lalu mengekori tubuh
Umran masuk ke dalam kereta yang di letakkan di bahu jalan.
“Saya nak hantar awak kemana?” soal Umran masih
fokus memandang lebuh raya yang sudah diterangi lampu di sepanjang jalan. Fiona
di sebelahnya, hanya dikerling melalui ekor mata, kelihatan tubuh itu menggigil
kesejukan. Melihat keadaan Fiona yang kesejukan, laju sahaja suhu penghawa
dingin diperlahankan.
“Encik, turunkan saya di hentian bas. Nanti, saya
naik bas balik ke rumah!” ucap Fiona perlahan.
“Saya hantar awak ke rumah!” tegas Umran buat Fiona
menelan liur. Kecut perut pula dengan majikan yang baru sahaja di kenali.
“Rumah awak di mana?” tanya Umran lagi.
“Shah Alam, seksyen 13!” terang Fiona bersama bibir
yang pucat lesi angkara rasa sejuk yang sudah sampai ke tahap maksimum. Tanpa
disedari, dengan tiba-tiba dia bersin. Hidung pula terasa gatal dengan
tiba-tiba!
“See.. you got a flu!” ulas Umran sebaik
sahaja melihat hidung Fiona bertukar merah.
“Don’t worry Encik, sikit aje!” senyum Fiona
disambut anggukan kecil Umran.
**
“Umran, you dengan siapa ni?” seorang gadis berbaju
kurung moden bersama kain terbelah hingga ke peha datang mendekati.
“My staff!
Fiona!” perkenal Umran pada gadis yang cukup mempersona.
“Staff?” ulang gadis itu bagaikan tidak
mempercayai tutur kata Umran. Fiona di sisi Umran sekadar mengangguk,
mengiyakan kata-kata ketuanya itu.
“Fiona,” gumam Fiona sambil menghulur tangan untuk
berjabat.
“I suspicious about something!” sinis nada
suara itu buat Fiona tidak sedap hati. Jangan-jangan dia sedang berhadapan
kekasih majikannya sendiri. “Oh no! Janganlah aku manjadi mangsa drama sebabak dua
makhluk sedang bercinta ini!” doa Fiona dalam hati.
“About what Syaza?” soal Umran sebaris, nada
suaranya kedengaran mendatar tanpa intonasi yang sukar dimengertikan Fiona. “ Gaya
macam pasangan kekasih, tapi kenapa Encik Umran buat tak reti aje?” bidas hati
kecilnya perlahan.
“She wearing your jacket?” bibir mungil itu
melontar bicara. Fiona menelan liur, dan Umran pula menghela nafas.
“So, what’s the problem?” Umran menyoal gadis
bernama Syaza dengan soalan. Pertanyaan berbalas pertanyaan.
“The problem is...” Syaza mendengus kuat.
Wajah dipalingkan dari menancap keduanya.
“.... You are my boyfriend, Umran! Did you know
about my feeling? My heart? I’m hurt when you spend more time with another girl!”
terang Syaza bersungguh-sungguh hingga getar di hujung bicaranya masih sempat
ditangkap oleh pendengaran Umran dan juga Fiona.
“She is my staff, Syaza!” terang Umran sekali
lagi. Fiona pula sekadar mendengar, tersepit di antara dua individu yang sedang
berperang dengan bicara masing-masing.
“But... I’am jealous when you are going out with
her!”
“Nonsense Syaza!” tukas Umran sepatah.
“What? Apa selama ni, tak cukup lagi I
tunjukkan kesungguhan I pada you? Bertahun I tunggu you, sabar dengan karenah
you dan setia dengan you. But.. huh!” ada air jernih bertakung di juring
mata bundar itu. Fiona pula sudah merasa bersalah dalam keadaan ini! Sungguh
dia yang bersalah namun seharusnya dia tidak boleh sepenuhnya dipersalahkan atas
segala masalah ini! Dia hanya bekerja, mencari rezeki untuk menyara hidup
keluarga di kampung. Itu sahaja bukannya apa-apa!
“Cik..Encik.. saya balik dulu! Saya minta maaf kalau
wujudnya saya dalam syarikat Encik buat semua orang rasa tidak selesa.
Sebenarnya, saya jujur untuk bekerja! Saya datang ke sini untuk cari rezeki
yang halal dan bantu keluarga saya di kampung! Tak pernah terlintas di hati
saya untuk ganggu hubungan Encik dan Cik berdua, atau buat perkara yang tak
sepatutnya.” Gumam Fiona panjang lebar. Dia yakin, dan dia sedar dia harus
berterus terang tentang niat murninya itu agar tiada individu lain bersalah
sangka!
p/s: terima kasih sudi baca n jgan lupa baca IKATAN BERSIMPUL MATI BAB 24
boleh klik dekat situ :)


cian nya fiona
ReplyDeletefiona ni hidup susah :)
Deletesedih pulak bila baca pasal fiona ni..biar miskin harta dik tapi kaya budi bahasa...
ReplyDeleteyup.... cuma dia kaya budi bahasa itu je yg ada :)
Deletemmg mamat poyo betui zarif nih!!cian kat fiona...mmg nyesal nyer ape yg zarif buat kat fiona tuh one day....setiap perbuatan ade karma nyer.....
ReplyDeletezarif ni ada agenda dia kak... :)
Deleteapa masalah si zarif tu..ek..bukannya dia sukakan fiona ni pun..dan mengapa masih menganggu kehidupannya..
ReplyDeletefiona ni satu kepentingan... cuma fiona je yg x tahu dia tu siapa huhuhu
Deleteida akk rase zarif tuh mamat sengal n senteng kot,kena reject nk dendam tk tentu pasal!!!dh lh tackle pn bab sahut cabaran dr kenkawan die...mmg jenis parasit hah geram tuh!!!emo lh plk,tu yg malas nk komen...heeheeeeeeeee...
ReplyDeleteamboi kak... benci ek kt zarif tu... haha... dia mmg sengal kak...
DeleteNak pagi lehhh. .
ReplyDeletenak pagi ke nak lagi? insyallah ada nanti :)
DeleteOpssssss nak lagi hahhahah tuu ler mata dah tionggg nak juga membaca so mnaip pun toooongggg juga hahhaha soriii
Deletenak lagi...best...
ReplyDeletetq momo :)
Deletenak lg best sangat-2.
ReplyDeletetq baby mio.... yg awal2 ni kurnag sikit kut sebab baru masuk intro :)
Delete