Pages

dilarang copy

Protected by Copyscape Original Content Check

Wednesday, 13 March 2013

PLASTER CINTA BUAT BIG BOS 3





“Saya akan hantar awak balik,” tegas Umran sebaik sahaja melihat Fiona sudah mengorak langkah meninggalkan tempat meletak kenderaan yang hampir penuh.

“Tak perlu Encik Umran, saya boleh balik sendiri! Lagipun, saya tak patut ganggu Encik!” sahut Fiona sebaik sahaja menghentikan langkah. Perlahan-lahan wajah dikalih ke arah keduanya, riak cemburu di raut wajah Syaza tidak terbendung lagi. Namun berbeza pada Umran, tenang dan bersahaja.


No, Fiona! Saya hantar awak balik!” tegas Umran lalu mendekati tubuh yang bersarung jaket kulit miliknya. Wajah pucat Fiona diperhatikan sekilas, sekali lagi rasa simpatinya tumpah! Apatah lagi melihat kawasan perumahan yang di duduki Fiona, benar-benar meruntun belas ehsannya.

“Maaf Encik, tadi saya bohong Encik.” Akui Fiona tertunduk tidak berani melawan pandangan bening milik lelaki yang bergaya maskulin seperti majikannya ini. Rasa malu dan segannya bersatu sebaik sahaja kereta yang dipandu pengarah urusan U-Han Creative menyusuri lorong kecil di sebuah perkampungan kecil yang terletak di Padang Jawa.

“Awak malu?” soal Umran perlahan. Syaza yang masih berdiri dekat di keretanya tidak dipedulikan lagi. Niatnya hanya satu, menghantar Fiona hingga tiba di muka pintu sebelum kembali semula ke kereta dan menguruskan perihal Syaza sejurus selesai semua ini.

“Saya segan!” luah Fiona memandang wajah Umran untuk seketika sebelum pandangan dilempar jauh-jauh. Terasa perit tekaknya kala ini bila anak mata itu menikam tepat ke raut wajahnya.

“Tak perlu segan-segan, mana rumah awak? Tunjuklah pada saya,” nada suara dilunakkan agar Fiona tidak berasa rendah diri. Sesekali Umran memerhatikan persekitaran perkampungan yang dihuni oleh pekerja barunya. Cukup daif dan benar-benar membuatkan hatinya terusik dengan sendirinya.

“Sini... ikutlah saya.” Ucap Fiona lambat-lambat. Namun langkah kaki tetap di atur satu persatu menuju ke deretan bangunan kecil yang terletak memanjang ke belakang.

“Ni rumah saya,” aju Fiona sebaik sahaja tiba di hadapan pintu rumah. Umran yang mendengar sekadar mengangguk lalu meninjau-ninjau bahagian luar rumah yang disewa pekerja syarikatnya itu.

“Awak selesa?” soalan itu meluncur laju dari kedua ulas bibirnya bila melihat rumah bersaiz seperti kotak menerpa pandangan matanya.

“Err...  herrm!” angguk Fiona tanpa bicara.

Sorry kalau saya busy body!”terang Umran sedar pertanyaannya mungkin mengundang ketidak selesaan gadis yang berketinggian separas bahunya.

“Tak apa, oh ya... Encik duduk sini sekejap! Saya buat air,” ucap Fiona seraya menguntum senyum. Mahu menguji, adakah Umran sudi singgah atau segera ingin berlalu bila dipelawa minum. Dia mahu tahu, hati lelaki ini. Dan ada baiknya, andai dia menguji sahaja.

“Tak susahkan awak ke Fiona?” soal Umran tanpa riak.

“Eh.. taklah!” sahutnya menguntum senyuman mekar. “Duduk sekejap ya,” luahnya lagi disambut anggukan kecil Umran. Pemergian gadis ini dihantar melalui pandangan matanya sebelum Umran mengalih wajah lalu terpandangkan kerusi kosong berdekatan pintu masuk rumah kecil kepunyaan Fiona. Tanpa berlengah, Umran melabuhkan duduknya dan menebarkan pandangan ke seluruh kawasan perkampungan yang terletak di tengah kawasan membangun ini.

“Maaf Encik, buat Encik tertunggu-tunggu.” gumam Fiona menghalau pergi khayalan Umran yang sudah jauh melayang. “Minumlah Encik,” pelawa Fiona seraya menuang kopi hitam pekat ke dalam cawan bertangkai.

“Terima kasih,” balas Umran lalu menyentuh cawan dan diangkat dekat kepadanya.

“Awak tinggal dengan siapa dekat sini?” soal Umran sebelum meneguk kopi buatan air tangan Fiona.

“Saya tinggal dengan dua orang lagi. Mereka tak ada, kerja shift malam!” terang Fiona masih berdiri di muka pintu. Untuk duduk, kerusi panjang itu sudah di kuasai oleh Umran seorang. Rasanya tidak perlu dia menyempit di kerusi tersebut. Fiona sabarkan diri.

“Err... Fiona.. sorry kalau saya tanya sikit!” gumam Umran berkerut-kerut dahinya seketika.

“Ya.... tentang apa tu Encik?” laju sahaja Fiona menyahut. Ada debar dalam hati. Fiona senyapkan diri, menunggu Umran meneruskan kata.

“Kenapa kopi awak rasa pahit ya?” soalan Umran keluar juga. Hendak tak hendak, dia harus bersuara juga. Sesekali wajah terkejut Fiona dipandang silih berganti dengan cawan kopi yang masih berada di dalam pegangan.

“Yeke Encik?” tanya Fiona inginkan kepastian. “Sini saya rasa,” cawan di dalam pegangan Umran digapai lalu diteguk tanpa sempat Umran menahan perbuatan itu. “Ha sudah.. silap haribulan dia duk ikut semua telunjuk aku. Kes naya ni!” bisik hati Umran hanya mampu melihat kopi yang berbaki di teguk oleh Fiona.

“Herrmm rasa pahit!” komen Fiona sebaik sahaja air kopi ditelan masuk ke dalam kerongkong. Cukup payah, namun dia harus bertabah! Benar, kopi buatan air tangannya rasa pahit.

“Kenapa pahit? Awak tak letak gula ke?” pertanyaan Umran akhirnya dijawab dengan anggukan kecil.

“Maaf Encik, saya bukan nak aniaya Encik! Tapi, saya cuma letak sedikit aje gula. Lagipun, gula berlebihan tak baik untuk kesihatan!” terang Fiona cuba menyakinkan majikannya. Sedangkan gula di rumah sudah kehabisan, dan hanya berbaki sedikit di dalam balang kaca.

“Oh, macam tu eh? Hermm okeylah, saya dah minum. So rasanya saya nak balik,” gumam Umran lalu bangkit dari duduknya. Wajah Fiona yang masih pucat diperhatikan lagi. Ada sesuatu yang harus diperkatakan!

“Encik nak kata apa-apa ke?” tebak Fiona sebaik melihat riak Umran yang tidak senang.

“Esok saya jemput awak! Lagipun skuter awak rosak,” beritahu Umran. Niatnya hanya satu, mempermudahkan Fiona ke tempat kerja. Untuk mendapatkan perkhidmatan awam pasti melibatkan kos dan Umran sedar bahawasanya Fiona tersepit dengan masalah kewangan. Jika tidak, masakan sedaif ini kehidupan yang harus dilalui gadis berpenampilan selekeh ini?

“Tak perlu Encik!” tolak Fiona laju.

“Habis tu, awak nak ke kerja naik apa?”

“Saya tumpang orang!”

“Orang?” ulang Umran sepatah. “Siapa?” laju sahaja bibir menyoal hairan.

“Err kawan!” tipu Fiona.

“Saya ambil awak, lagipun kita sehala!”

“Err...” belum sempat Fiona melontar bicara Umran terus sahaja memotong.

“Siaplah, esok saya jemput. Dah lewat ni, saya balik dulu!” Umran terus sahaja melambai lalu menapak menuju ke keretanya kembali. Fiona pula hanya melihat, terasa lega. Fiona hela nafas sebelum kaki di kerah masuk ke dalam rumah.

***


“Kenapa dengan you ni Umran, siapa dia ni? Semalam I tengok you hantar dia balik, now you dengan dia naik satu kereta.” hambur Syaza sebaik sahaja Umran keluar dari perut kereta. fiona di dalam sana hanya mampu membatukan diri, dia takut berhadapan gadis segarang Syaza. Entah tak tahu kenapa.

“Syaza, what is wrong with you?” soal Umran lembut. Fiona dengar, nada suara itu mendatar tanpa intonasi keras.

Nothing!” sepatah Syaza membalas. Namun hatinya kuat menyatakan Umran punyai hubungan dengan gadis selekeh yang langsung tidak setanding dengan dirinya yang punya pesona dan anggun dalam berfesyen.

“I nak pergi kerja, tolong alih kereta you. Please..” gumam Umran melontar pandangan ke arah jalan raya yang semakin sibuk dengan kenderaan bertali arus. Sesungguhnya, dia enggan bertelagah dengan Syaza. Dia tidak perlukan kasih seorang perempuan apatah lagi cinta dari gadis bernama Syaza. Hatinya telah mati dari rasa cinta yang suatu ketika dahulu subur dan mekar untuk insan yang tidak sepatutnya. Umran hampa! Kisah lalu benar-benar membuatkan rasa cintanya mati di dalam hati!

“Umran, I really.. really love you! Give me one more chance..  I akan buktikan cinta I hanya untuk you. Terimalah diri I, I ikhlas sukakan you.” Bisik Syaza mendekati Umran yang sedang bersandar di bonet kereta.

“Syaza, perasaan I dan hati I.. tak mampu dipaksa. I tak perlukan cinta, hidup I lebih bahagia seperti apa yang I lalui hari ni.” aju Umran perlahan namun membawa makna yang besar. Sungguh, Syaza tewas untuk mencairkan hati lelaki yang sudah keras, sekeras kerikil di jalanan. Dia tewas walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menakluk hati Umran, namun usahanya tetap menemui jalan buntu. Syaza ketap bibir, tanpa sedar juring matanya kembali hangat dengan air mata.

“Syaza, tolong jangan menangis lagi. I tak boleh paksa hati I.” Putus Umran sebaik sahaja anak matanya mula menangkap pandangan berkaca-kaca gadis berkebaya biru ini.

“Tolonglah beri I peluang Umran, I janji... I akan cinta dan kasihkan you melebihi rasa cinta dan sayang I pada diri sendiri.” Rintih Syaza mengharapkan Umran sudi memberi peluang kepadanya walaupun seketika. Dia rela, asalkan Umran sudi menjadi kekasihnya yang satu.

“Jangan Syaza, sayangkan diri you dulu! Then, baru you boleh sayangkan orang lain.” Umran luah rasa, namun di dalam dada dia akui rasa simpatinya kepada Syaza tidak dapat di nafikan lagi. Umran hela nafas, lemah bila air mata wanita gugur lagi.

“I nak pergi kerja,” terangnya pendek.

“Umran, you janji jangan buang I dari hidup you.. I akan tunggu you sampai bila-bila..” ucap Syaza bersungguh. Fiona di dalam kereta diam dan hanya memasang telinga. Begitu ekstrem gadis ini di pandangan matanya, betapa bersungguh benar dia menagih cinta dari seorang lelaki seperti Umran. Dan yang menghairankan, tidakkah gadis secantik Syaza mampu menyentuh hati Umran? Anggun! Itu satu kata yang dapat digunakan untuk menggambangkan karakter gadis bernama Syaza.

“Syaza... jangan macam ni... kita tak tahu kesudahan hidup kita bagaimana...” balas Umran tanpa menoleh raut wajah penuh mengharap Syaza. Pasti hatinya rapuh lagi, bila air mata itu tersapa di pandangan matanya.

“I akan tunggu you.. tunggu hingga hujung nyawa I.”tegas Syaza di dalam sendu.

“Jangan Syaza,” larang Umran mula mengatur langkah menuju ke kereta.

“I akan tunggu you, Umran! Hanya you yang I mahukan!” tangis Syaza sebaik sahaja Umran berlalu masuk ke dalam perut kereta. Fiona ketap bibir, rasa simpatinya tumpah buat Syaza yang benar-benar mengharap.

“Encik, boleh saya tanya sesuatu?” gumam Fiona berhati-hati.

“Herrmm.” Balas Umran tanpa suara. Fiona lihat, Umran sedang mengenakan kaca mata hitam yang cukup ranggi sebelum menekan pedak minyal meninggalkan kawasan hentian R&R ini.

“Syaza tu kekasih Encik?” soal Fiona lambat-lambat.

“Tak.. dia isteri orang!” ucap Umran buat Fiona tersentak. Berkerut-kerut dahinya memikirkan fakta yang dihamburkan oleh bibir merah sensual Umran.

“Isteri orang? Macam mana boleh jadi macam tu?” soal Fiona hampir tidak kedengaran.

“Apa dia?”

“Err... maksud saya, macam mana dia jadi macam gitu?”

“Entah la.. mungkin wedding dia dulu diatur keluarga!”

“Saya tanya lagi boleh?”

“Boleh!”

“Dah lama Encik kenal dia?”

“Lama juga, zaman study..”

“Oh... macam mana dia boleh sukakan Encik?”

“Dulu dia bekas teman wanita saya, bila saya ambil keputusan untuk balik dan kerja di kampung. Hubungan kami terputus, dan sekarang saya dah kembali ke KL. Jadi, dia datang cari saya semula.” Ucap Umran berterus terang. Namun tentang kisah percintaan yang terlarang antara dia dan adik kandungnya Rose Fannan tidak pula diceritakan. Umran rasa tidak perlu kisah dulu-dulu diungkit lagi, buat merana badannya sahaja!

“Oh..” angguk Fiona sekali.

“Dia sayangkan Encik, saya nampak dia betul-betul sayangkan Encik!”

“Sayang pada orang yang salah, takkan kemana rasa sayang macam tu.”

“Maksudnya?”

“Dia dah ada suami, sayang dia harus pada suami dia. Bukan pada saya,” luah Umran bersama nada kesalnya.



 p/s: maaf atas kekurangan.. terima kasih sudi drop komen n tegur saya... i love uolls :)


18 comments:

  1. Assalammualaikum. Im new here. Anw best sngat lah story kak aulia ne.. and im waiting ep IBM yg slanjutnye. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUMUSSALAM...

      hai tq.. terima kasih sudi menjadi reader baru di sini :)

      Delete
  2. thanks... akak suka baca ceita di sini

    ReplyDelete
  3. cerita semakin menarik. kesian fiona sungguh daif hidup dia.

    ReplyDelete
  4. apa yg umran buat dengan meninggalkan gadis yg bernama syaza adalah satu tindakan yg betul bagi akak ..kenapakah gadis itu meninggalkannya satu masa dahulu..adakah disebabkan kemiskinan?
    Melihat kehidupan fiona..simpati akak kepada dirinya..dan melihat antara perhubungan umran dan fiona selepas peristiwa hujan itu ..nampaknya semakin baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syaza tinggalkan umran kerana umran memilih untuk hidup di kampung setelah rasa bosan dengan suasana hiruk pikuk bandar besar.. tapi syaza tak boleh terima than putuskan hubungan .. dlm lima tahun Umran kecewa, Syaza rupanya sudah berkahwin dan bila jumpa Umran dia kembali untuk dekati umran semula.

      Delete
  5. tiba2 nak suruh penulis buat cerita pasal syaza dan suami beliau pulak lepas ni.mesti ada konflik ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup konflik di mana syaza dapat suami kaki pukul n now dia mahu kembali pada Umran yg sejuta kali baik :) walau tak sekaya mana.

      Delete
  6. budak fiona ni duduk kat mana ye ? teringin juga nak ngantar barang dapur sikit. daif bebenor sampai gula pun bercatu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat padang jawa dik..
      boleh hantar bantuan makanan pada dia heheh :-D
      just kidding dear :)

      Delete
  7. hidup daif memang memeritkan...... lebih ramai yg memandang sinis dari menghulurkan bantuan..... jika diberi pilihan, semua org tak mahu hidup dlm keadaan daif dan menderita... semuanya akan memilih utk hidup mewah n bahagia....
    kesian sungguh nasib fiona..... sekurang-kurangnya dia mencari rezeki yg halal dan bukannya melakukan pekerjaan yg salah utk memperbaiki hidupnya.... bertuah sungguh dpt bos macam umran tu.... amat memahami......
    syaza, bilalah nak sedar status diri awak sbg isteri org... buat apa nak dikejar lelaki lain, lebih baik balik rumah jadi isteri yg baik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... hidup fiona daif,,, cuba mambawa kelainan sedikit. kali ni heroin dia kurang cantik but otak cerdik.. tapi
      daif pula... tengoklah macam mana fiona yng daif handle kehidpan dia. :)

      Delete
  8. macam2 kerenah hidup...sudah punyai suami tp masih melakar dosa yg di laknat ALLAH SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kesal semakin kesal... bila hati menurut kata nafsu.. :) jadilah seperti syaza :)

      Delete

Sign In

tengok-TENGOK