Pages

dilarang copy

Protected by Copyscape Original Content Check

Sunday, 17 March 2013

PLASTER CINTA BUAT BIG BOS 4




“Encik, macam mana dengan skuter saya tu eh?” bibir mungil milik Fiona melontar bicara. Sesekali, wajah bening lelaki yang sedang memandu dengan kelajuan 90 kilometer sejam dikerling sekilas. Fiona ketap bibir bila Umran tidak membalas bicaranya. “Sabarlah Fiona,” pujuk hati kecil dalam diam.



“Oh... a’ha.. boleh-boleh!” sahut Umran tiba-tiba.


“Aik... cakap dengan aku ke?” soal Fiona perlahan. Wajah Umran yang kacak dengan kaca mata hitam itu di kerling lagi.


“Encik cakap dengan saya ke?” soal Fiona berhati-hati. Umran masih tegak memandang ke arah jalan raya.


“Jangan nak perasan! Hahaha...” bibir itu ketawa pula. Fiona tundukkan wajah, Umran mengata dirinya pula. Dari ekor mata, wajah Umran yang sudah bertukar kemerah-merahan angkara tawa yang melampau itu mencuri pandangan matanya.


“Bukan akulah, ada la.. nanti aku bawa dia.” Sesudah tawa itu reda, Umran menyambung bicaranya. Fiona mula tersedar sesuatu, dia sudah salah faham mungkin.


“Yup... bukan awek... ada la.. kau tunggu je!” sambung Umran lagi. “Oh, dia cakap dekat telefon tadi, ingatkan cakap dengan aku!” getus hati kecil Fiona bersama senyuman kecil. Termalu sendiri kerana tersalah sangka pada bos sebaik Umran.


“Okeylah weh, aku tengah drive ni! Petang nanti aku datang office kau!” aju Umran mahu menamatkan panggilan. Sesudah itu telefon bimbit bewarna hitam metalik diletakkan di atas dashboard kereta. Earphone ditanggalkan lalu dibiarkan terjuntai ke leher. “Oh, pakai earphone, kenapa aku tak nampak tadi eh?” bisik Fiona dalam diam.


“Awak kenapa? pandang –pandang saya dari tadi?” tutur Umran tanpa memandang Fiona yang sedang tersenyum-senyum.


“Eh, mana ada!” nafi Fiona akibat tersentak dengan teguran Umran.


“Awak nak cakap apa-apa ke?” Umran menyoal lagi.


“Iya, sebenarnya.... saya nak tanya tentang skuter saya tu.” Aju Fiona lambat-lambat. Segan sebenarnya, tambah-tambah bila Umran pandang wajah dia yang kosong tanpa sebarang solekan.


“Moto awak tu? Saya minta tolong kawan saya uruskan!” luah Umran mendatar nada suaranya.


“Err.. apa yang rosaknya dengan skuter saya tu  Encik?” Fiona masih tidak puas hati. Ingin tahu keadaan sebenar skuter Lambretta kesayangannya.


“Semalam dia call saya, katanya kena overhaul engine!” bicara Umran buat Fiona tersentak hingga hampir melompat dibuatnya. “Biar betul? Aduh masalah.. masalah!” getus hati kecil mula rungsing dengan kos membaiki motosikal itu.


“Agak... agaknya kan... berapa ratus saya kena bayar pada kawan Encik tu?” ucap Fiona lambat-lambat.


“Dia kata dalam tiga atau empat ratus! Tengok pada kerosakannya!”


“Ha? Banyaknya!” lemah lutut Fiona kali ini. Rasa macam nak baring di lantai kereta.


“Awak kenapa? Tak sihat?” soal Umran bila melihat Fiona berwajah pucat tanpa bicara. Senyap dan diam membisu!


“Saya rungsing, sekarang ni tengah fikir macam mana saya nak bayar kos repair tu nanti?” gumam Fiona mengelus jari jemarinya satu persatu. Umran pandang sekilas, errmm memang benar, Fiona nampak resah gelisah.


“Saya bayarkan dulu. Nanti bila awak ada duit, awak bayarlah mana yang awak termampu!” tutur Umran mahu hati dan jiwa pekerjanya kembali tenang.


“Betul ke Encik?” Fiona pandang Umran, rasa terharu mula mengambil tempat di sudut atas carta hatinya.


“Yes!” jawab Umran sambil kerling Fiona. Gadis ini tidak boleh dipandang lama-lama. Bahaya, dan mungkin akan mengganggu kesihatan mata nanti.


“Terima kasih Encik!” ucap Fiona bersama senyuman mekar hingga menampakkan barisan gigi yang tidak sekata itu.


“Tolong jangan senyum,” luah Umran buat senyuman Fiona mati.


“Kenapa?”


“Errr...” Umran tak sampai hati nak sebut.


“Kenapa Encik? Saya dah gosok gigi pagi tadi...”


“Errkk.. bukan sebab tu!”


“Jadi... Errr..  nafas saya berbau ke?” tebak Fiona segera buang perasaan malu.


“Bukan!”


“So?”


“Awak tak cantik bila senyum macam ni.” Huh lega!  Umran hela nafas panjang! Tak sangka dia berani sebut kenyataan itu di hadapan Fiona. Harap-harap Fiona tak kecil hati.


“Maksudnya?” Fiona masih gagal menangkap.


“Nanti saya bawa awak jumpa kawan saya! Dia doktor gigi, Insyaallah gigi awak akan cantik macam orang lain.” Ucap Umran pamer senyuman ikhlas.


“Kenapa dengan gigi saya?” soal Fiona perlahan. Tercari-cari cermin, ingin segera tatap gigi sendiri.


“Gigi awak dah okey cuma....” Umran tak jadi meneruskan kata. Nanti apa pula kata Fiona andai dia berterus terang tentang keadaan gigi Fiona yang nampak seperti gigi ikan pirana. Tajam-tajam dan nampak tidak sekata!


“Cuma apa Encik?” soal Fiona polos.


“Tak ada apa-apalah,” senyum Umran mengakhiri bicara mereka. Kelajuan kereta ditingkatkan dan Mini Cooper terus sahaja dipecut laju.  Sedang mereka melayani perasaan, deringan telefon Fiona mengusik ketenangan pemanduan Umran.


“Excuse me, saya jawab telefon sekejap.” Ucap Fiona meminta izin. Umran sekadar mengangguk perlahan lalu jari jemari bingkas mendekati punat radio. Volume radio di perlahankan.


“Ya pak cik, nanti Fiona dapat gaji Fiona hantar ke kampung!” bisikan itu menerpa peluput telinga Umran. Walaupun perlahan, Umran masih dapat mendengarnya dengan jelas.



“Iya, Fiona janji!” ucap Fiona sambil mencuri pandang ke arah Umran. Bimbang perbualannya didengari majikan sendiri. Sudahlah kacak, bergaya.. baik hati pula tu! Memang lengkap pakej fizikal untuk dijadikan bakal suami. Dari sudut rohani dan jasmani, Fiona masih gagal meneka.


“Fiona tak gaji lagi pak cik, hujung bulan baru masuk. Lagipun Fiona baru mula kerja!” tukas Fiona masih lagi memperlahankan nada suaranya. Sesekali dia tersenyum bila pandangan bos muda itu menikam wajah.   Laju sahaja anak mata dilarikan ke bahu jalan raya yang terbentang luas.


“Tolonglah pakcik, Fiona tak ada duit.” Rintihan itu buat hati Umran terkesan. Mungkinkah Fiona mengalami masalah kewangan hingga sayu benar nada suaranya melontarkan patah bicara kepada pemanggil di sebelah sana.


“Fiona janji, hujung bulan Fiona hantar ke kampung!”


“Ya, Fiona janji!” tekan Fiona lagi. Umran pasang telinga mencuri dengar. “Apalah agaknya krisis yang ditanggung budak pendek ni?” getus hati kecil Umran tertanya-tanya tanpa jawapan pasti.


“Baiklah, terima kasih pak cik! Assalammulaikum.” Talian diputuskan dan telefon bimbit di masukkan ke dalam beg sandang. Umran hanya membatukan diri, namun hati dan mindanya seakan-akan sibuk memaksa bibir meluah sebuah pertanyaan. Namun kehendak hati disabarkan sahaja! Umran, tak baik masuk campur hal orang. Pujuk Umran pada diri sendiri!


“Encik, saya minta maaf kalau suara saya ganggu Encik tadi.” ucap Fiona lambat-lambat.

“Eh, mana ada! Biasa je,” sambut Umran perlahan.

“Encik, saya minta maaf!”

“Untuk apa?” soal Umran bersama kerut di wajah.

“Saya sebenarnya....”

“Err.. Fiona, let me know something about you? Can I?” pintas Umran mahu mengubah topik perbualan mereka ketika ini. Bosan bila Fiona tidak habis-habis mohon maaf.

“What?” soal Fiona pantas.

“Marah ke?” Umran meneka bila Fiona menyahut pertanyaannya dengan nada suara yang agak tinggi.

“Eh, taklah! So Encik nak tanya apa tadi?”

“Macam ni... err sebenarnya umur awak ni berapa?”

“Umur saya? Errmm baru masuk 21! Encik pula?” soal Fiona terlebih bercakap.

“Umur saya?” Umran tersenyum tanpa menoleh ke arah Fiona.

“Hmm...!”

“Umur saya baru 31!”

“Eiiyerr.. dah tua juga Encik ni ek?” Fiona senyum-senyum.

“Tua ke?” Umran menyoal namun nadanya kedengaran bersahaja. Tiada riak asing yang terbias di raut wajah itu.

“Taklah, kertu....” Aju Fiona membuatkan Umran ketawa besar.

“Sorry Encik, saya gurau aje!” Fiona bersuara sebaik sahaja tawa berakhir.

“Nevermind, saya okey...” luah Umran menguntum senyum. Rasanya, sudah terlalu lama dia tidak ketawa seperti ini. Ternyata, gadis yang selekeh di pandangan matanya mampu membuat dia tersenyum gembira di awal pagi. Awesome!


SAMPAI sahaja di pejabat, Fiona menuju ke bahagian unit lakaran manakala Umran pula terus sahaja bergerak ke bilik yang sudah lima tahun dijadikan bilik kerjanya. Tugas harian dimulakan tanpa berlengah lagi, masih banyak kerja-kerja lakaran harus disiapkan segera lantaran terlalu ramai klien menggunakan khidmat nasihatnya dalam urusan mengubah susun atur dan hiasan dalaman. Dalam kesibukan itu, Umran dikejutkan dengan ketukan di muka pintu.

“Masuk,” ucapnya memberi respon terhadap bunyi ketukan yang bertalu itu.

“Encik, saya minta maaf ganggu kerja Encik!” luah Fiona sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kamar kerja Umran.

“Oh Fiona, ada apa ni?” Umran panggung wajah lalu tatap raut wajah Fiona yang nampak gelisah.


“Sebenarnya, tadi saya baru dapat call dari kampung! Pak cik saya kata, dia terlibat dengan kemalangan. Saya nak balik,” aju Fiona penuh tertib.

“Pak cik awak accident? Bila? Teruk ke?” soal Umran menghentikan kerja melakar. Pensil yang dikepit di celah jari diletakkan di atas meja.

“Saya tak pasti, tapi... saya mesti balik ke kampung sekarang.” Luah Fiona merasa cemas dengan berita yang baru dikhabarkan oleh mak cik Hasnah, isteri kepada pak cik-nya itu.

“Awak nak balik naik apa?” Umran menyandarkan tubuh di kerusi. Wajah Fiona ditatap dalam-dalam.

“Naik bas,” sahut Fiona pendek.

“Kalau macam tu, saya hantarkan awak ke stesen bas.” Tawar Umran disambut anggukan Fiona. Bukan mahu mengambil kesempatan, namun dia terpaksa menerimanya tanpa banyak soal lantaran skuter kesayangannya pula sedang sakit tenat dan masih mendapat rawatan di bengkel memperbaiki motosikal.

Sejurus menggapai kunci kereta, Umran dan Fiona beriringan keluar dari pejabat urusan U-Han Creative. Dan Mini Cooper bewarna hitam merah dipandu menuju ke Hentian Puduraya. Satu persatu kaunter tiket disusuri namun hampir kesemua tiket perjalanan menuju ke Tapah Perak telah habis.

“Macam mana nak balik ni?” bibir menyoal perlahan.

“Saya hantarkan awak?” tawar Umran buat Fiona menoleh perlahan-lahan. Raut wajah Umran diperhatikan memohon sebuah pengertian.

“Ya, saya hantarkan!” tutur Umran sekali lagi.

“Eh, tak payahlah Encik! Dah banyak sangat saya susahkan Encik hari ni.” Tolak Fiona enggan terhutang budi pada lelaki budiman seperti Umran.

“Saya tak kisah, jom saya hantarkan awak balik.” Ucap Umran bersungguh-sungguh. Dan melihat kesungguhan yang dipamerkan Umran, Fiona rasa sebak dan terharu. Tidak menyangka masih lagi wujud lelaki budiman di dunia yang fana ini!

**

“Pak cik!” jerit Fiona sebaik sahaja turun keluar perut kereta. Umran menoleh, ada tiga beranak sedang duduk di pangkin di bawah pohon jambu.

“Balik pun engkau!” gerutu suara garau itu buat Umran tersentak. Perlahan-lahan langkah kaki diatur mengekori Fiona yang sudah jauh ke hadapan.

“Pak cik kata, pak cik accident! Betul ke?” soal Fiona inginkan kepastian. Ada riak curiga di biaskan untuk tatapan lelaki lewat lima puluhan itu. Umran juga ingin tahu, sejauh manakah kesan kemalangan yang melibatkan pak cik kepada pekerjanya itu. Teruk benarkah, atau hanya cedera ringan!

“Betullah! Kau ingat, aku dah mampus? Atau... kau fikir tulang belulang aku ni dah patah riuk?” soalan kasar dihambur membalas pertanyaan Fiona. Fiona ketap bibir, untuk kali ini dia mula merasakan dirinya ditipu dan dipermain-mainkan oleh keluarga ini.

“Hah, jantan mana pula kau angkut bawa balik ni, Fiona? Kurang ajar, sengaja nak malukan aku!” satu tamparan melekat di pipi kanan Fiona hingga membuatkan kulit yang menjadi mangsa terasa pijar seketika.

“Pak cik, Fiona minta maaf! Ini..” belum sempat Fiona meneruskan bicara, sekali lagi tamparan singgah ke wajah! Dengan pantas, tangan menggosok permukaan yang terasa pedih. Kecewa dan terkilan mula bersatu, Fiona tahan rasa agar tidak menangis di hadapan lelaki sebaik Umran.

“Dah pandai melawan!” jerkah lelaki tua ini buat Umran rasa sakit hati. Entah mengapa, dia turut merasa pedih bila tamparan itu mengenai pipi mulus Fiona. Sesuatu harus dilakukan, Fiona harus dibela.

“Excuse me.. err maaf pak cik! Sebenarnya, saya ni bekerja satu tempat dengan Fiona.” Umran terpaksa mencelah tatkala keributan ini berlaku di hadapan matanya. Rasa kasihan tumpah untuk gadis yang tidak diberi peluang untuk berterus terang.

“Dia kerja apa dekat Kuala Lumpur tu? Ha... kau ni, siapa pula? Baik betul nak mengantar si Fiona ni balik! Apasal? Umran ditebak soalan yang cukup kasar. Perlahan-lahan, jari dibawa ke telinga lalu pelipis itu diurut perlahan. Bagai cuba meredakan rasa amarah yang mula hinggap ke hati.

“Saya bekerja satu tempat dengan dia pak cik, kebetulan dia nak balik dan tiket bas pula habis. Jadi saya tolong hantarkan. Yang pak cik ni nak naik angin tak tentu hala kenapa?” soal Umran bersahaja. Riaknya nampak polos seperti tiada apa yang terjadi. Namun berlainan pula dengan Fiona, perasaan takutnya mula menghantui diri.

“Kurang ajar!” lelaki itu tarik tali pinggang yang melekat di seluar sebelum dihayun tinggi. Namun Umran masih sempat mengelak, Fiona juga dibawa ketepi.

“Pak cik, saya datang secara terhormat, boleh pak cik layan saya secara baik dan berbudi bahasa?” Umran mula bertegas.

“Kau siapa nak masuk campur urusan aku? kau siapa?” jerkah lelaki tua ini mula marah. Isterinya pula hanya memerhati, sesekali dia tersenyum sinis. Manakala seorang gadis sebaya Fiona sekadar menjeling tajam. Persis Umran punyai rekod kesalahan silam dengannya pula.

“Saya bakal suami Fiona!” jawab Umran buat Fiona hampir terlompat kerana terlalu terkejut. Lelaki tua itu turut terpempam dan isterinya juga terdiam. Masing-masing menghala pandangan ke arah Umran.

“Jadi, saya tak suka kalau-kalau pak cik pukul bakal isteri saya.” Luah Umran kedengaran bersungguh namun dia sempat mengenyit mata ke arah Fiona yang memerhati menanti pengertian darinya.

“Siapa yang izinkan Fiona kahwin? Siapa? Sampai ke tua pun aku takkan lepas Fiona ni kahwin! Jangan berharap!” ucap lelaki tua ini kedengaran sinis.

“Bertahun-tahun aku jaga, aku bagi dia makan! Sekarang dah tiba masanya, dia kerja dan tanggung hidup aku anak beranak!” tokok bibir yang sudah berkedut itu. Umran menggeleng kesal, rasa kasihannya tumpah buat Fiona yang menjadi mangsa kezaliman lelaki tua ini.

“Pak cik, Fiona bebas untuk berkahwin dengan siapa sahaja yang di mahu. Saya harap pak cik jangan terlalu mengawal kehidupan Fiona. Dia ada kehidupan dia sendiri,” ucap Umran memandang sekilas ke arah lelaki berjambang itu. Sekali pandang, Umran bagai dapat meneka personaliti lelaki ini. Dengan jambang yang tidak terurus, kemeja lengan pendek yang tidak berbutang dan seluar yang sedikit menggeleber serta ditambah pula rambut yang panjang tidak disisir. Lelaki ini kelihatan seperti lelaki yang gemar berpeleseran.

“Aku dah cakap pada kau, aku takkan benarkan dia berkahwin! Kecuali kalau kau bagi aku duit lima puluh ribu.” Lelaki ini ketawa berdekah lalu disambut senyuman mengejek isteri dan anak gadisnya.

“Pak cik nak buat apa dengan duit tu? Berjudi lagi?” tebak Fiona setelah agak lama berdiam diri.

“Habis, apa lagi orang tua macam aku boleh buat selain berjudi?” soalan Fiona dibalas dengan soalan. Umran perhatikan lelaki yang disapa pak cik oleh pekerjanya itu. Sungguh tidak semenggah dipandangan matanya.

“Pak cik, kenapa cakap macam tu. Pak cik nak jual Fiona semata-mata untuk dapatkan duit dan berjudi?” soal Fiona sebak.

“Buat apa aku simpan kau lama-lama? Kalau ada orang nak beli, aku jual!” dia kembali menyambung tawa. Umran ketap bibir, terasa geram bila melihat Fiona dilayan begitu hina oleh keluarga ini.

“Pak cik, Fiona ni anak saudara pak cik!” ucapan Fiona benar-benar meruntun rasa simpati Umran, namun dia tidak terdaya untuk masuk campur dalam urusan melibatkan keluarga ini. tambahan pula, dia hanya orang luar yang tidak tahu pokok pangkal cerita yang sedang hangat dibahaskan!

“Ah, aku peduli apa? Selama ni, kau betul-betul menyusahkan aku! Setiap bulan berapa sen sahaja kau bagi pada aku? Berapa sen?” jerkah lelaki tua itu seraya menarik rambut Fiona hingga membuatkan wajah itu terdongak ke atas.

“Sakit pak cik,” rintih Fiona cuba mencari tangan lelaki yang mencengkam erat rambutnya ketika ini. Rasa pedih di kulit kepala tidak dapat dinafikan lagi.

“Stop it! Kita bincang!” pintas Umran cuba menenangkan lelaki yang sudah hilang akal. Untuk mendekati Fiona, Umran tidak berani apatah lagi lelaki tua ini memandang tajam ke arahnya. Dan tali pinggang pula masih tersemat di sisinya.

“Bincang? Tentang apa?” suara itu dikendurkan namun ada senyum sinis di pinggir bibir itu.

“Duit!” ucap Umran pendek. Berharap proses tawar menawar ini dapat mengurangkan penderitaan Fiona.

“Kau nak bagi duit?” tebak lelaki ini disambut anggukan kecil Umran.

“Lima puluh ribu?” soalnya lagi.

“Ya,” jawab Umran kedengaran yakin.

“Bagus, aku lepaskan dia!” perlahan-lahan rambut Fiona dilepaskan. Membiarkan gadis itu berlalu menjauhinya.

“Apa jaminan untuk pertukaran lima puluh ribu tu?” soal Umran mula berurus niaga.


“Jangan! Jangan buat Fiona macam ni pak cik, Encik!” ucap Fiona mula terasa dirinya adalah barang dagangan. “Sampai hati encik,” rintihan di hati tak siapa yang mendengarnya lagi.

“Kau diam!” gumam lelaki tua itu buat Fiona terkedu. Tiada gunanya lagi berharap pada lelaki yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur selama ini. Mungkin Umran sahaja mampu mengembalikan harga dirinya yang sering kali diperkotak katikkan.

“Encik, tolong jangan buat saya macam ni Encik,” pohon Fiona mendekati Umran dan cuba menarik perhatian Umran dari terus termakan kata-kata lelaki tua yang telah dianggap seperti darah dagingnya itu.

“Ini untuk kebaikan awak Fiona!” tegas Umran berbisik perlahan.

“Tolonglah jangan,” rayu Fiona mula sebak. Ada titis-titis air mata yang mengalir lesu dari tubir yang sedia memberat.

“Jangan risau, semuanya akan baik-baik belaka!” ucap Umran menyakinkan gadis yang mula dipagut sebak dan hiba.

“Dia bukan seperti apa yang Encik fikirkan!” tegas Fiona dalam sendu.

“Tolong jangan percaya kata-kata seorang penipu dan kaki judi!” tambah Fiona bersama derai air mata.

p/s: maaf andai cerita ni tidak menepati citarasa anda :) enjoy reading... sayang anda semua... hanya satu, mohon turunkan komen membina untuk saya memperbaiki penulisan saya :) (tiada unsur paksaan)

24 comments:

  1. biasalah... hidup ni sentiasa bertuankan nafsu dan duit....kesian fiona. moga hidupnya akan lebih berbahagia selepas ini. Cik penulis, jgan tutup blog ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah kalau ada kesempatan blog ni akan terus dibuka... kalau ada sebab yg xdpaat dielakkan, saya terpaksa tutup blog ni

      Delete
  2. Jhtnye pakck fiona.semoga ape yg umran lakukan tak di salah anggap oleh fiona.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nantikan next entry... berdebar2 tak..

      Delete
  3. kesiannya fiona....umran,kau bagi duit tapi mesti sign surat perjanjian baru tiada dakwa dakwi nanti.

    ReplyDelete
  4. cian nyer kat fiona,hidup yg penuh ngan kesedehan...agar satu tika nnti bahgia akn jadik milik fiona...

    ReplyDelete
  5. salam dik..cerita semangat menarik dan semakin panas..perilaku org tua tu yg bergelar pakcik pada fiona ..siapakah dia..y berani mendera dan membuli serta memeras kehidupan fiona selama ini.. dan adakah umran akan masuk ke perangkap bapa saudaranya dengan memberi wang sebanyak itu kepada bapa saudaranya dan apakah gerenti yg dia tidak akan mengacau lagi kehidupan fiona setelah wang bertukar tangan..dan dimanakah ibu bapa sifiona ni..adakah mereka telah meninggal dunia dan hak penjagaan membesarkan fiona telah terjatuh ketangan bapa saudaranya..dan adakah fiona akan dijual oleh bapa saudaranya kerana hutang kalah judi yg perlu dibayarnya dan bagaimana pula nasib fiona selepas ini..adakah umran begitu baek akan menjaga dan menjadikan fiona sebagai isterinya dan adakah fiona akan merelakan dirinya diperisterikan oleh umran...wah dik..terujanya akak nak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.... sebenarnya Fiona dan pak cik dia tu langsung xde kaitan melainkan sebab dia di jaga oleh lelaki tua tu. as anak yg mendengar kata, fiona rasa terhutang budi bila setiap kali jasa membesarkan dirinya di ungkit2 ...

      Delete
  6. Teruknya pak sedara Fiona nih. Suruh sain surat perjanjian tak boleh kacau Fiona slps dpt Rm50K tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks eifa... hope sudi baca kisah ni lagi :)

      Delete
  7. 50K? Lebih tinggi daripada hantaran anak datuk? Teringin nak tahu apa kisah di sebalik Fiona & bapa saudaranya yang tak semenggah tu! Mengapalah Fiona ini takut sangat? Sampai sayang sangat kat bapa saudara dia padahal dia tahu yang duit diberikan untuk berjudi..
    Cik penulis nak tutup blog? Janganlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org dah terdesak... 50 k harga untuk tempoh membesarkan si fiona sampai umur 21 tahun... :)

      Delete
  8. bestnya ceta ne nk lg!!!
    hehehe..
    ye la writer jgn la ttp blog ne..
    kesian kat ktaorng xdpt bc lg cite2 yg menarik dri writer... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke dik... hope menepati citarasa adik ek... tq so much coz sudi dtg baca n tulis komen :)

      Delete
  9. semakin menarik....... moga nasib fiona terbela selepas ini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.... dgn umran nasib fiona akan lebih terbela :)

      Delete

Sign In

tengok-TENGOK