Pages

dilarang copy

Protected by Copyscape Original Content Check

Wednesday, 20 March 2013

PLASTER CINTA BUAT BIG BOS 5




“50 ribu? Macam mana? Kalau ada, aku nak sekarang!” angkuh bicara lelaki tua ini buat Umran rasa kesal. “Sabar Umran, jangan disimbah api pada minyak, sejukkan api dengan air!” bisik hati kecilnya melihat tingkah lelaki yang mengakui sudah membesarkan Fiona selama ini.


“Pak cik, jangan macam ni pak cik!” rayu Fiona mula meratap pilu dengan ketegaran lelaki yang dianggap sebagai darah dagingnya itu. Tekad menetapkan harga 50 ribu sebagai nilai pertukaran. Fiona menangis lagi, kecewa dan pilu bersatu tanpa diundang. Umran hanya memandang, namun hatinya tekad untuk membawa Fiona jauh dari sini. Dari ceruk hutan yang dpenuhi nyamuk juga dihuni sepasang suami isteri yang tidak berhati perut.

“Pak cik, tolonglah tarik balik kehendak pak cik tu. Fiona ni anak sedara pak cik.” Rayu Fiona masih memasang harap.

“Ah, aku peduli apa!” jerkah lelaki itu lagi.

“Pak cik, Fiona sanggup  beri duit asalkan jangan buat Fiona macam ni. Fiona sanggup kerja asalkan dapat cari duit untuk rawatan Aidil!” bicara Fiona meruntun simpati Umran.

“Pergi mampus dengan Aidil tu! Dari kecik, sampai ke besar! Tak habis-habis menyusahkan aku! Kalau dia mampus, senang hidup aku ni!” gumam lelaki yang cukup diatkuti Fiona.

“Pak cik, tak baik cakap macam tu.” Pintas Fiona sedih bila ayah kandung Aidil berkata sedemikian. Simpatinya tumpah pada Aidil yang sedang menderita sakit buah pinggang.

“Tak baik apanya? Kalau aku tahu dia sakit macam ni, dari kecik-kecik dulu aku dah pijak bagi mampus!” kasar sungguh lontaran kata yang disuarakan oleh lelaki separuh abad ini sekali lagi menyapa pendengaran. Fiona sebak, Umran pula rasa bengang! Angkuh benar lelaki di hadapannya ini! sampai bila dia mampu menongkat langit!

“Kesiankan Aidil, pak cik! Fiona cari duit untuk rawatan Aidil, tapi jangan buat syarat macam ni pada Fiona.” Rayu Fiona bersama derai air mata.

“Ah, persetankan! Peduli apa aku! Kau orang berdua memang tak habis-habis menyusahkan aku! Menyusahkan hidup aku!” bentak lelaki ini. Umran hilang sabar lalu Fiona didekati.

“Sudah tu Fiona, ikut saya!” Umran mencelah disebalik keributan ini. Dia harus membawa Fiona jauh dari sini. Jauh dari suasana kusut seperti ini.

“Eh, kau nak bawa budak tu kemana? Bagi dia pada aku!” marah lelaki tu itu tidak lagi Umran pedulikan. Lengan Fiona terus dicengkam dan ditarik mengikuti langkahnya meninggalkan perkarangan rumah buruk itu tanpa menoleh ke belakang lagi, walaupun Umran sedar lelaki tua itu sedang mengorak langkah mengejar langkahnya dari arah belakang.




**


“Fiona, stop crying!” Umran memujuk gadis yang sedang dirundung kesedihan.

“Macam mana saya tak menangis Encik, saya tak tahu nak buat apa lagi.” sedu sedan Fiona kembali tersapa di pendengaran Umran.

“Awak rasa saya perlu buat apa?” kali ini Umran meminta pendapat Fiona. Untuk memandai-mandai, dia tidak berani mengambil risiko. Tangan diletakkan di stereng kereta, sesudah itu wajah Fiona dikerling sekilas sebelum Umran mengalih pandangan ke arah rumah papan dua tingkat di sebelah kanannya.

“Saya tak tahu, yang saya tahu.... “ bicara itu disulami sedu sedan yang semakin berpanjangan. Umran tidak selesa, tersentuh hatinya melihat kesedihan yang ditanggung oleh gadis yang dikenali kurang 48 jam.

“.... Saya perlu kerja dan cari duit untuk rawatan Aidil! Pak cik tak nak tanggung kos rawatan Aidil, mak cik pula dah malas nak bekerja! Mereka sanggup tengok Aidil sakit daripada bersusah payah cari duit!” adu Fiona perlahan. Umran ketap bibir, terasa hampa dengan sikap kedua orang tua yang membesarkan Fiona.

“Aidil tu anak siapa?” soal Umran sesudah itu.

“Aidil tu anak pak cik dan mak cik! Adik kepada Laila,” ujar Fiona lagi.

“Kenapa mereka layan Aidil macam tu?”

“Sebab, mereka dah penat! Dah tak larat nak tanggung kos rawatan dialisis Aidil.”

“Jadi, awak bekerja selama ni semata-mata untuk bantu Aidil?” tebak Umran ingin tahu. Fiona mengangguk sekali, wajahnya masih terselindung dengan juraian rambut yang lepas bebas.

“Awak tak perlu susahkan hidup untuk orang yang tak reti bersyukur Fiona!”

“Saya terpaksa, Aidil sakit! Saya tak mampu bawa Aidil ke sini, dan satu-satunya cara.. saya harus kirim duit dan biarkan mereka menguruskan Aidil di kampung.”

“Cara awak tak betul, jangan terlalu bekorban hingga diri awak turut terkorban sama!” ulas Umran bersahaja. Pengalaman dan masa silam mengajar dirinya menjadi seorang insan yang mementingkan diri sendiri terutama dalam hal seumpama ini. Agartidak terlalu menurut kehendak alam yang menekan.

“Saya tak ada pilihan Encik, mereka dah besarkan saya! Mereka dah beri makan minum sampai saya besar, dan sekarang giliran saya untuk balas budi mereka!” balas Fiona bersungguh.

“Awak terlalu baik, hingga tak dapat beza antara membalas budi dengan terbeban  menurut kehendak manusia yang tak berhati perut!” ucap Umran kedengaran tegas. Sejujurnya, dia membenci sikap manusia seperti Fiona. Terlalu berserah dan terlalu baik hingga mudah dipijak serta dibuli.

“Saya terpaksa Encik,” sahut Fiona dalam esak.

“Sudahlah Fiona, ikut saya! Saya perkenalkan awak dengan nenek saya!” ujar Umran lalu menolak pintu kereta dari dalam. Tubuh ditegakkan dan nafas dihela. Pemandangan sawah yang sedang menghijau diperhatikan tanpa lepas. Hampir lima tahun tidak pulang ke sini, akhirnya hari ini dia sendiri melanggar pantang. Tambahan pula dia ke Tapah, rumah orang tua Fiona sebelum mengambil keputusan singgah ke Teluk Intan sebelum memandu pulang menuju ke Kuala Lumpur.

“Kesat air mata awak tu,” arah Umran setelah menyedari Fiona sudah keluar dari perut kereta.

“Baik Encik,” Fiona menurut. Sisa air mata diseka dengan belakang tapak tangan. Sejurus itu, wajah Umran dicari oleh kedua anak matanya.

“Jomlah, saya perkenalkan awak dengan nenek saya!” ucap Umran lalu mengatur langkah menuju ke titi kayu yang menyeberangi parit besar.

“Malulah Encik,” gumam Fiona mula terasa segan. Tambahan pula, pemakaiannya kurang bersesuaian. Dengan jeans dan kemeja kotak-kotak serta topi yang menutupi kepala, Fiona rasa dia telah salah mengenakan pakaian.

“Janganlah malu, nenek saya sempoi orangnya!” gumam Umran membalas lontaran kata Fiona. Tanpa berlengah, Umran mengorak langkah menuju ke halaman rumah papan dua tingkat seterusnya menuju ke muka pintu.

“Assaalammualaikum, nek! Oh nek... Umran balik ni!” sapa Umran sambil terjengul-jengul ke dalam rumah.

“Kosong je, tak ada orang ke?” bibir mengomel sendirian.

“Assalammualaikum nek, Umran balik ni.” sekali lagi Umran mencuba.

“Waalaikumussalam, Umran! Bila sampai, sekejap nenek buka pintu!” dengan bertelekung Fatimah membuka pintu kayu membenarkan Umran masuk.

“Nenek sihat?” soal Umran sebaik sahaja menyalami tangan yang sudah berkedut dimamah usia. Ada senyuman yang terbit di pinggir bibir itu.

“Alhamdulillah sihat, cucu nenek ni semakin kacak! Lama sungguh Umran tak balik,” ucap nenek tersenyum gembira.

“Kebetulan lalu tadi, Umran singgah kejap!”

“Kalau tak kebetulan, tak tahulah sampai bila Umran nak datang jenguk nenek!” rajuk itu kedengaran dari bibir tua nenek. Umran ketawa halus, bukan dia tak mahu melawat nenek tetapi dia enggan  bertembung dengan Pak Tam merangkap datuk sebelah ibunya. Lelaki itu cukup membenci dirinya dahulu, dan benci itu memang bersebab. Sebabnya hanya satu, tidak mahu dia dan Rose Fannan terlalu rapat. Namun kebencian itu lambat ditafsir oleh Umran sendiri. Akhirnya mereka terlanjur bercinta! “Sudah Umran, jangan dikenang lagi cerita yang dah lama berlalu.” Pujuk hati sendiri.

“Oh ya, yang ni siapa Umran? Buah hati ke?” bisik nenek di telinga cucunya itu membuatkan Umran tersentak. Hilang sudah lamunan yang bertamu seketika tadi.

“Hessy... bukanlah nek!”

“Habis tu?”

“Nanti Umran cerita, harap nenek tak terkejut!”


**

“Nek, Umran buntu!” aju Umran ketika duduk di anak tangga terakhir di anjung rumah papan itu. Fiona yang sudah tertidur di biliknya, dibiarkan seketika.

“Kenapa ni cu?” Fatimah juga turut duduk di sisi cucu yang kehilangan kasih ibu dari kecil dan tidak juga merasa kasih sayang seorang bapa dengan kata sebenarnya!

“Fiona!” sepatah kata Umran buat Fatimah tersenyum.

“Kenapa dengan Fiona?” nenek masih sama seperti dahulu. Mengambil berat dan cukup prihatin.

“Dia tu nek...” Umran lepaskan keluhan.

“Kenapa dengan dia?” nenek tersenyum lagi.

“Pak cik dia minta 50 ribu untuk lepaskan Fiona. Tapi...” sekali lagi Umran menghentikan bicara. Pandangan ditebarkan ke dada langit yang dipenuhi butir-butir bintang yang bersinar. Bulan sabit juga bersama kumpulan bintang-bintang itu, cukup indah dan mengasyikkan!

“Umran, Umran suka Fiona?” nenek mencantas. Umran tersentak lalu menoleh ke arah nenek yang sedang tersenyum. Riaknya bersahaja, cuma Umran yang tidak dapat menyembunyikan rasa yang bermain di hatinya kala ini. Benar, dia terkejut!

“Umran suka Fiona?” ulang nenek buat Umran menggeleng perlahan.

“Kenapa Umran tak suka dia?” satu soalan meluncur lagi. Umran tersenyum nipis mendengar soalan yang dilontar oleh wanita yang satu-satunya menjadi kesayangannya selama ini.

“Hati Umran ni nek.... dah kecewa!” ucap Umran perlahan. Namun terselit getar di hujung bicaranya. Fatimah mendengar, seperti biasa dia tetap setia di sisi cucu yang sering dirundung duka silih berganti.

“Hati Umran ni nek, sakit!” Umran tekap tapak tangan di dada. Lalu wajah dipanggung melawan pandangan bening dari nenek yang banyak berkongsi rasa. “Hati ni dah serik... Hati ni juga, dah tertutup untuk bercinta lagi nek!”

“Umran, yang dulu bukan kesilapan... yang dulu tu pengajaran! Pengalaman! Umran bangunlah, cari bahagia sendiri,” pujuk nenek lembut.

“Tak boleh nek, hati Umran ni dah mati!” ucap Umran membalas bicara neneknya.

“Jangan macam tu Umran, tak baik! Kahwin tu sunnah nabi.. berkahwinlah Umran, sesungguhnya separuh agama kita akan lengkap. Perkahwinan akan beri ketenangan dan kembalikan bahagia Umran.” Gumam nenek lagi. Umran hembus nafas, terasa berat sungguh dadanya bila diasak persoalan berkenaan alam perkahwinan.

Sejujurnya, hati lelakinya telah mati untuk menyulam cinta pada mana-mana gadis setelah perginya Syaza dan juga Rose Fannan! Dia serik, dan dia enggan kesilapan lalu berulang kembali.

“Umran suka Fiona?” sekali lagi nenek menyoal. Dan sekali itu jugalah, dia menggeleng enggan!

“Kenapa?”

“Dia bukan pilihan hati Umran nek!”

“Sebab dia tak cantik dan tak setanding Rose?” tebak nenek tidak disambut oleh Umran. Dengan kebisuan itu, nenek dapat meneka... hati Umran masih kuat pada Rose Fannan.

“Umran Hannan, dengar ni cu.” Nenek mula memasang bicara. Menyusun kata agar tiada hati yang terluka kala ini.

“Umran, cucu nenek...” nenek senyum dan Umran memandang sekilas sebelum melontar pandangan ke tengah halaman.

“Rose Fannan memang cantik, menawan dan bijak! Tapi... takdir dan kehendak Allah tak boleh dinafikan lagi. Dia adik Umran walaupun berlainan ayah, dia tetap adik Umran.” Tegas nenek bersama sebuah senyuman.

“Memang semuanya salah ayah Umran dan salah ibu Umran juga, berpisah lalu bawa haluan  dan bina keluarga masing-masing hingga tak sedar Umran wujud dan bercinta dengan adik sendiri.” Tokok nenek panjang lebar. Umran hela nafas, kedua tangan disilangkan ke tubuh lalu dia berdiri dan bersandar di penghadang tangga.

“Tapi Umran kena terima hakikat, dia adik Umran. Buang rasa cinta tu... lagipun, Rose dah bekeluarga dan dah ada anak. Umran pula, jangan seksa diri! Jangan hidup kecewa dan rasa bersalah seumur hidup. Buka ruang untuk bahagia! Nenek tak sanggup tengok Umran begini.” Tutur nenek perlahan. Tanpa sedar, ada usapan lembut di bahu itu. Umran pejam mata! Benarkah dia telah menyeksa dirinya sendiri?

“Apa yang Umran kena buat sekarang nek?” akhirnya Umran bersuara.

“Kahwinlah Umran, mungkin dengan berkahwin... nenek dapat jumpa Umran nenek yang dulu. Ceria dan suka bergurau, bukan kayu dan keras macam batu!” ulas nenek tentang perubahan sikap Umran. Umran diam, sesekali wajah berkedut itu direnung dalam-dalam.

“Dengan siapa nek?” Umran menyoal persis ketiadaan calon sesuai untuk dirinya.

“Fiona!”

“Fiona?” ulang Umran tersentak seketika.

“Kenapa?” soal nenek pada respon Umran yang sebegitu.

“Err... bukan Umran tak mahu... tapi..”

“Umran, jangan terlalu memandang paras rupa! Cinta pada kecantikan, cantik itu akan layu. Cinta pada harta, harta itu akan lupus.” Ujar nenek bersahaja. Umran jeling wajah nenek, seperti biasa nenek tersenyum lagi.

“Fiona budaknya baik, berakhlak dan lemah lembut. Mungkin dia tidak secantik Rose, mungkin tak setanding Syaza... tapi nenek nak Umran sedar.  Cukuplah andai dia dapat jadi isteri yang solehah! Itu dah memadai untuk Umran! Fikirkanlah Umran,” gumam nenek lalu Umran lihat tubuh itu berlalu masuk ke dalam rumah. Umran hela nafas, masih memikirkan kata-kata yang terbit dari neneknya seketika tadi.

***

“Fiona, awak rasa 50 ribu tu berbaloi untuk lepaskan awak dari pak cik awak?” tanya Umran awal pagi itu. Fiona kalih pandangannya ke arah Umran, lidahnya bagaikan kelu untuk berbicara.

“Fiona, saya rasa saya sedang bercakap dengan awak. Awak dengar ke...? ke saya tengah bercakap sorang-sorang?” tanya Umran lagi.

“Errk... eh bukan! Bukan macam tu Encik, saya dengar cuma tadi saya terleka sekejap!” sangkal Fiona kelam kabut. Umran sembunyi senyuman bila lihat keletah tidak diduga dari Fiona. Serabut sungguh!

“Tentang 50 ribu tu, saya tak ada duit nak bayar. Jadi Encik, simpan duit Encik tu dalam tabung haji. Tahun ni dengar cerita dividen tabung haji dekat-dekat lapan peratus. Untung Encik menyimpan tahu,” ucap Fiona bersahaja.

“Saya tak minta awak bayar,” balas Umran buat Fiona yang sedang mengenakan tali pinggang keselamatan menghentikan tingkah. Lambat-lambat raut wajah Umran dipandang dan ditatap menanti bicara seterusnya.

“Saya tak minta awak bayar, cuma saya minta awak tunaikan syarat saya.” Aju Umran bersama sebuah senyuman nipis.

“Syarat apa tu Encik?” Fiona ingin tahu.

“Mudah aje, awak kena...” Umran tersenyum mekar dan wajah Fiona dipandang penuh bercahaya. Namun senyuman mekar menguntum itu segera dimatikan bila melihat Fiona juga tersenyum. Persis Pirana yang kelaparan! Arghh.... menakutkan!

P/S: terima kasih kepada pengkut cerita ni... hope sudi turunkan komen membina untuk saya memperbaiki mutu penulisan yang tak seberapa ni. untuk anda yang terlepas baca episode sebelum ni, boleh click pada sini untuk episode 4 dan seterusnya. episode 1 episode 2 dan episode 3

maaf untuk sebarang kekurangan, teguran membina amat2 saya harapkan :) terima kasih.

32 comments:

  1. best..jln cerita yg bersahaja dan ada daya tarikan tersendiri...hope cik penulis dapat memberi kelainan sket pada kisah umran dengan fiona ni...pe pun all the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen membina awak... insyallah saya akan bawa kelainan... :)

      thanks sekali lagi eh :)
      jemput singgah lagi :)

      Delete
  2. alahai kenapalah umran cakap gitu ..yg senyuman fiona mengerikan dia..apakata..bawa saja minah ni ke dentist dan suruh pakar Dr gigi melakukan sesuatu keatas giginya..tak baik tahu ..ngutuk gads yg sebaik itu..dia mmg tak punya wang untuk dirinya sendiri kerana kesemua hasil yg dikerjakan selama ini telah diserah bulat bulat kat bapa sedaranya..
    Hendak ke fiona menerima lamaran Umran tu..untuk melepaskan diri dari bapa sedaranya..dan bagaimana pula aidil ..adakah bapa sedaranya akan membenarkan dia memelihara anak sedaranya itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup akan dibawa.. umran dah bincang dgn kawan dia masa otw tumpangkan Fiona ke tempat kerja,....

      hehe.. watak Umran ni seorang yang hampir perfect tapi cuma dia ada masalah jiwa raga.... serik untuk bercinta dan takut untuk memulakan satu2 hubungan ke fasa yg lebih serius..

      hendak atau tidak Fiona terima lamaran Umran, sama2 kita nantikan next entry ea kak ida :)

      Delete
  3. teruk sgt ke struktur gigi fiona sampai disamakan dgn pirana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rata n mungkin pandangan Umran nampak terlalu extreme huhuhu

      Delete
  4. ADA PULAK PIRANA KELAKAR UMRAN NI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib pirana... kalau flowerhon macam mana la pulak kan? :-D

      Delete
  5. ooo aloh...pirana yer umran...tp lg baik kot dari dr ikan belut...licin licik...hehehe kecantikan cuma satu hiasan dunia yg bolih perdaya kn mata yg mengenen{lihat}yg penting hati nurani...ingt lh umran cantik tu pasti tk kekal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ida, lebih baik daripada belut licin dan licik...

      umran ni jenis jaga penampilan n si fiona ni jenis bersahaja... memang berlaga angin n nampak x sekufu di sudut itu... hehe... tapi xpe, kelaianan itu akan bawa mereka jadi rapat n erat :)

      Delete
  6. Replies
    1. Hahhaah lepas hodoh cam ikan nti cantik cam apa lak dek non hehehe

      Delete
    2. kekeke.... lepas ni cun melecun macam ...... rahsia... nantikan ea :)

      Delete
  7. nak tengok pic fiona? buruk sangat ke kalau senyum sampai macam pirana?hehehe...cian dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak buruk,... cuma Umran yg lebih extreme menyamakan keadaan gigi fiona tu :)

      Delete
  8. jangan terlalu berkorban sehingga diri terkorban sama... suka dengan statement ini; patut dijadikan panduan kepada mereka yang suka sangat berkorban tanpa berfikir panjang..

    erk.. RM50,000.00 banyak. jika nak buat rawatan utk Aidil; buat temu janji dulu dengan doktor.. jika diserahkan kpd. bapa saudara dia yang menyusahkan itu, bimbang duit entah ke mana; sakit Aidil bertambah teruk..

    cerita yang bagus, teruskan menulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull.. jgan terlalu bekorban hingga diri terkorban sama..

      50 k untuk tebus Fiona.. atau untuk rawat aidil.. umran masih belum putuskan semua tu :)

      Delete
  9. Adoi umran..skrg cm pirana lame2 jd ikn talipia tau.comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan talipia dalam akuarium sendiri... mean dalam rumah dia.. habislah Umran yang pembersih tu.:)

      Delete
  10. betul kata nenek tu umran..... lupakan perkara lama yg menyakitkan itu... binalah hidup baru..... tunjukkan kpd mereka semua yg umran juga boleh bahagia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kesedihan dulu2 boleh bawa sesorang tu jadi serik n takut untuk mulakan kehidupan.. ini yg berlaku pada Umran but semua tu akan jadi plaster yg ubat hati Umran yang dulu luka berdarah :) hihi

      Delete
  11. Replies
    1. thanks syafika... tunggu next entry ek. :)

      Delete
  12. amboi amboi pak cik nak pijak2 yer anak dia yang sakit tue.sampai nya hati tak berhati perut langsung tau. dia yang menyusahkan hidup orang tu apa pula citer nya....gelek ngan stemroll mau ka....gerammmm

    --za--

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa stemroll tu kak za...
      oo mmg pakcik si fiona ni org yg x fikirkan org lain..
      kalau dia nak senang... dia x pedulikan org lain lagi.. biar la org tu susah ke apa ke.. :)

      Delete
  13. umran bagi rm10 ribu saja untuk kat pak cik fiona utk belanja besarkan fiona. hendak ambik tak hendak sudah. rasanya berbaloi kut upah jaga fiona. fiona tukar no. telefon jangan ada apa hubungan lagi ngan org macam tu. tentang anak dia yang sakit tue boleh diurskan dari jauh tak perlu balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 ribu x cukup untuk kaki judi macam pak cik fiona.. nnatikan sama ada umran bawa lari fiona or dia beri duit utk tebus,.... tunggu next entry ea :)

      Delete

Sign In

tengok-TENGOK