Saturday, 18 January 2014

KERANJANG BAB 16

“Fitrah...” Danny bersuara lewat malam itu.
“Danny, you baru balik? Kemana you pergi sejak dua hari lepas?” Bibir merah tanpa lipstik itu pantas menyoal.

“Yup.. baru balik! I settlekan masalah I, Fitrah.” Luah Danny perlahan, tidak lama selepas itu kaki dihayun mendekati kerusi rotan di sudut ruang tamu. Wajah Fitrah direnung lagi, lama dan penuh pengharapan.
“Kenapa you pandang I macam tu, Danny?” kerana rasa curiga, Fitrah menyoal sambil melangkah mendekati Danny yang sudah silang panggung.
“I nak beri sesuatu pada you.” luahnya perlahan dan berhati-hati.
“Sesuatu? Apa?”
“I rasa, I patut belikan kereta untuk you, Fitrah. Mudah untuk you bergerak, kalau-kalau I tak sempat jemput you.”
“Alhamdulillah, syukur. Akhirnya you nampak juga tahap kesusahan yang terpaksa I tanggung. Actually, kenapa tiba-tiba saja? You ada buat salah pada I? Betulkan?” Fitrah menebak dan Danny yang mengakui hakikat itu hanya mampu mendengar. Tidak bersuara, cukuplah sekadar halkumnya yang bergerak menelan liur sendiri. Jangan terkantoi sudah!
“Danny, listern carefully.. Kalau I tahu you buat sesuatu yang boleh menyakitkan hati I, ingat ya yang I takkan teragak-agak untuk blender you hidup-hidup! Beware okay!” Ugut Fitrah seakan-akan dapat menghidu sikap ‘mulia’ Danny yang agak pelik ketika ini.
“Fitrah.. you tak habis-habis bersangka buruk pada I. Tak boleh ke, dalam sehari you berfikiran positif. Ini tidak, ada saja yang you curigakan! Tensionlah,” Danny pura-pura berkecil hati agar Fitrah yang melihat segera sedar, dirinya kini sudah berubah dan lebih baik dari dahulu.
“Well.. sejarah silam you buruk Danny. Mana mungkin I akan percayakan you bulat-bulat!” Tukas bibir mungil itu mencemik seketika. Danny yang masih duduk direnung lagi dan bibir pantas menyambung.
“So.. betul  ni you sudi belikan kereta untuk I?” Fitrah menyoal lagi.
“Of course itu pun kalau you tak buat perangai!”
“Maksud you?”
“Iyalah.. you kan suka buat darah I naik! You juga, suka tengok I mengamuk...  So, kalau you tunjuk prestasi sikap you yang macam tu, I tak jadi belikan kereta untuk you. Kalau you baik dan mendengar kata, semuanya I sanggup beri.”
“I marah bersebab!” pertahan Fitrah tentang sikapnya yang sering kali membangkitkan isu Mikhail dan juga Wahida.
“I tak suka dimarahi! Dan I juga tak suka you cemburu buta! Kalau you tak berubah, I pun malas berhabis duit untuk you. Better I berhabis untuk skandal I di luar sana.” Hambur Danny turut memberi ugutan di dalam senyumannya.
“Mulut you kan...” Fitrah tidak menghabiskan kata lalu tangan yang diunjuk ke muka Danny segera dijatuhkan. Cuba bersabar dan bertabah melayani lelaki nakal seperti suaminya.
“So.. you perlukan kereta apa?” Danny ubah topik. Masih menyusun strategi terbaik.
“Elegance and comfortable!”
“Yelah kereta apa?”
“Kereta you!”
“Ranger?” Danny menyoal lalu tidak lama kemudian dia menggeleng bersama tawa halus.
“No! Ranger tak sesuai untuk you! Apa kata, I belikan Vios. Okey tak?”
“You kan kaya! Fasal apa belikan I Vios? Duit you yang berkepuk tu buat apa?” Fitrah membentak geram.
“Ranger I pun, bukannya mahal sangat! You ingat, duit gaji I hanya untuk bayar hutang saja ke? Banyak lagi komitmen I, tahu!” Kerana rungutan Fitrah, Danny juga turut membentak.
“You bayar apa lagi Danny?” Fitrah mahu tahu perbelanjaan suaminya yang berpendapatan dua belas ribu ringgit sebulan.
“Kad kredit, rumah, kereta, insurans, saving I lagi, you ingat, I kaya raya? Yang kaya tu datuk I, bukannya I! Faham tak?” soalnya lantang. Sakit hati apabila ramai menyangka dia lelaki kaya raya. Sedangkan hakikat yang sebenar, dia hanya lelaki biasa menumpang kesenangan keluarga dengan bekerja di syarikat milik kerabat sendiri.
“Vios? Nak ke tak nak?”
“Ermm.. bolehlah!” Fitrah terpaksa redha.
“Nah, sain semua ni! Cepat sikit!” Satu set dokumen diletakkan di atas meja lalu ditolak sedikit ke hadapan agar Fitrah segera menyambut.
“Sain semua.. cepat sikit, nanti I suruh member I tolong proceed loan!” Gumamnya seraya memandang tingkah Fitrah yang ragu-ragu.
“Cepatlah! Kejap lagi dia nak datang...”
“Tak boleh sabar? I nak baca dulu!”
“No need! Just put your sign and go!” Tukas Danny memberi arahan.
“You ni kelam kabut sangat kenapa?”
“Cepatlah! Banyak pula you bertanya, ikutkan saja arahan I kan senang!” Danny berpura-pura marah seraya memberi tekanan kepada Fitrah agar terus sahaja menjatuhkan tanda tangan di setiap helaian dokumen yang dikepilkan bersama.
Ketika Fitrah sedang ragu-ragu, loceng kedengaran dan dengan segera wajah dipanggung.
“Cepatnya friend you datang!” ucapnya dalam nada terkejut tambahan pula dia tidak sesempurna berpakaian. Short pants bersama baby-T.
“Ha.. kawan I memang ekspress! Cepatlah sign lepas tu tukar baju you.. I nak buka pintu!” Dengan bersahaja Danny bangkit dan menapak ke muka pintu. dari jauh dapat dilihat Fitrah tergesa-gesa menyelak helaian itu lalu menjatuhkan tanda tangannya.
“Sudah ke?” Danny menyoal.
“Kejap.. Sikit lagi.”
“I nak buka pintu.. cepatlah sikit!”
“Okey.. okey nak siap dah!” ucapnya lalu bangkit dan berlalu ke tingkat atas untuk menukar pakaian. Danny hela nafas, tiba-tiba sahaja apa yang ditakutkan seketika tadi kini hilang dengan tiba-tiba. Dengan perlahan-lahan dia bangkit dan mendekati pintu uatma. Daun pintu diluaskan  dan tetamu yang berkunjung disambut dengan senyuman mesra.
“Hoi.. lama gila aku tunggu depan ni!”
“Oppps... kau ke Die. Aku ingatkan siapalah tadi?” Danny menyapa sepupunya Megat Danial.
“Ha.. apasal? Kau tunggu orang lain ke?”
“Eh.. taklah!”
“So.. tak nak jemput aku masuk?” Danial merangkap sepupunya bertanya lanjut. Hairan melihat riak Danny yang terperanjat.
“Oh, lupa! Jemputlah masuklah ke dalam teratak buruk aku! hihi..”
“Buruk lagi teratak aku.” komen Megat Danial bersama senyuman nipis.
“Takpelah, sekarang ni kau susah. Mana tahu, berkat sabar kau, keadaan kembali pulih. Siapa tahukan?” Kerana kisah percitaan terhalang Megat Danial, sepupunya itu terhukum sebegitu.
“Nak buat macam lagi, Danny. Aku sayangkan Misha, tapi restu dah tak ada!” gumam bibir itu kedengaran pilu menyapa halwa telinga.
“Sabar okey, Insyallah semuanya okey!” Megat Danial angguk kepala seraya melangkah masuk menuju ke sofa.
“Kau sorang je?”
“Hermm.. dengan siapa lagi aku nak datang?”
“Misha?”
“Kau dah lupa ke..?”
“Opss sorry bro! Aku lupa lagi.”
“Bini kau mana? Aku dengar cerita kau tengah dilamun cinta dengan someone!” Megat Danial menyoal ingin tahu kebenaran disebalik berita yang didengarinya.
“Eh, mana kau tahu ni Die? Ke.. ada informer yang buat-buat cerita?” kerana silap sendiri, Danny gelabah dengan tiba-tiba.
“Jangan rahsia dengan akulah Danny.. semua tentang kau aku tahu! So.. Mikha tu macam mana? Confirm ke dia anak kau?”
“Entahlah.. aku tak tau! Tapi apa yang pasti aku sayangkan dia beb! Dari umur tiga bulan aku jaga dia...  dah hampir-hampir tiga bulan juga dia bersama aku, tiba-tiba Fitrah buat hal. Sakit hati aku beb! Takkan aku nak lepaskan dia macam tu aje. Lagipun, aku tak tahu siapa ibu kandung Mikhail. Aku cuma tahu nama, yang lain-lain aku tak pasti.”
“Pergilah cari dekat jabatan pendaftaran!”
“Diorang mana boleh bocorkan maklumat peribadi orang lain. Kalau aku nak tahu, aku kena buat report polis dan dari situ majukan tindakan. Tapi aku tak sanggup.. kalau aku report polis Mikha mesti diserahkan ke JKM.


6 comments:

  1. Mesti borg kebenaran poligami yg dannu suruh fitrah sign. Bagitau ajela. Terus terang lagi baik dr berahsia macam tu. Typical man danny ni. Tak suka

    ReplyDelete
  2. kalau terus terang sure kena parang hihihihi...
    typical man..
    danny xde pilihan dah :)

    ReplyDelete
  3. Lama benar tunggu sambungan cerita ni.. Ape pun tak sabar menanti cerita selanjutnya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih miss syafiqah.. almaklumlah kemalasan mengganggu diri hihihi

      Delete
  4. bersarang akk tunggu smbungn cite ni AI..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.... tu la kak.. bila dah malas mmg bersawang la jawabnya.. sekali rajin, masukkan 4 entry terus huhuhu

      Delete

Sign In