Thursday, 2 January 2014

PLASTER CINTA UNTUK BOS BAB 2 & 3



BAB 2
PLASTER CINTA UNTUK BOS



“Kerja di syarikat saya, ada peraturan macam kerja di syarikat lain juga. Tapi perkara paling penting sudah tentunya keselamatan. Kalau boleh saya mahu awak pakai kasut bersarung. Bukan apa, kerja kita nanti bukan setakat design dan reka susun atur rumah klien kita. Kadang-kadang, kalau klien minta cepat... kita juga terpaksa turun padang dan buat kerja-kerja mengecat dan sebagainya. So keselamatan memang perlu diutamakan, kasut kerja.. syarikat akan sediakan. Awak cuma perlu pakai setiap kali ada kerja di luar!” Terang Umran panjang lebar. 


“Tapi, kalau tiada kerja luar, awak bebas untuk berfesyen! Saya tak kenakan sebarang syarat asalkan fesyen awak sopan dan sesuai dengan citarasa awak sendiri. Itu hak masing-masing,” aju Umran tenang. Sesekali dia hela nafas dalam pada masa yang sama menyusun bicaranya berhati-hati.
            “Awak faham tak?” Soal bibir itu ingin tahu.

            Dengan segera Fiona menyahut. “Ya, saya faham encik!”
“Okay, so far... Ada apa-apa lagi yang belum jelas?” soal Umran masih fokus memandu. Fiona disebelah, sedikit pun tidak dipandang.

“Saya nak tanya tentang kasut kerja yang Encik cakapkan tadi.” Aju Fiona berhati-hati.
“Kasut kerja?” Umran jongket kening kanan lantas menyambung semula. “Silakan, saya dengar.”
Fiona mengangguk senang lantas meluah pertanyaan yang bermain di segenap mindanya ketika ini.
“Kasut kerja tu kena bayar ke... atau percuma Encik?” tanya Fiona lembut menyusun bicara.
“Err setakat ni memang company sediakan! Tak perlu bayar!” sahut Umran pendek.
“Terima kasih Encik!” balas Fiona tersenyum segaris.

“Awak tinggal di mana?”  Umran ingin tahu tentang serba sedikit latar belakang pekerja barunya itu. Jika ada apa-apa masalah yang berlaku dikemudian hari, dirinya tahu dimana mahu mendapatkan Fiona.
“Errr... saya tinggal dekat Shah Alam.” Luah Fiona teragak-agak.

“Jangan risau, saya bukan nak masuk meminang awak.” Terang Umran pantas.   
“Bukan itu maksud saya Encik,” Fiona mahu jelaskan perkara yang sebenarnya.
“Oh okey, saya salah faham.” Tutur Umran mengakui kesilapannya. Stereng kereta diketuk-ketuk dengan hujung jari telunjuk sebelah kiri. Pandangan pula masih terarah tepat ke jalan raya, manakala tangan kanan sudah diletakkan di sisi cermin kereta yang sudah direndahkan.   

“Eh, bukan-bukan! Saya tak kata Encik salah faham,” Bimbang Umran tersalah sangka pada bicaranya, bibir terus sahaja berbicara memperbetulkan keadaan. Fiona risau andai majikannya tersalah anggap ke atas dirinya. Sedangkan dia segan untuk memaklumkan dimana dirinya tinggal! Kehidupannya biasa-biasa sahaja!

“Nevermind, forget it Piano! Oh....” Umran tersasul lagi. Mulut ditekup pantas, sudah kali kedua dia tersasul menyebut nama Fiona kepada Piano.

Sorry... sorry! Saya tersasul!” ujar Umran pohon kemaafan dari gadis yang sedang sembunyi wajah. Pasti merasa marah dengan dirinya yang sering kali tersalah menyebut! Fiona dengan piano, kan jauh bunyinya!
“Senyap aje, awak marahkan saya ke?” soal Umran tidak sedap hati. Wajah Fiona dipandang dari ekor mata. Sipi-sipi sahaja yang terlihat.

“Tak patut saya marah bos saya, lagipun.. saya tahu Encik tak sengaja!” luah Fiona dalam intonasi mendatar. Wajah itu tertunduk kembali.

“Oh okey, tq ya!” gumam Umran senang hati kembali.
“Kita dah nak sampai, tolong bawa kertas drawing saya!” arah Umran sudah membelok keretanya masuk ke kawasan perumahan dua tingkat ini. Cantik dan tampak indah dengan kehadiran pokok-pokok yang melatari laluan di kanan dan kiri.

Mini Cooper terus sahaja dipandu memasuki perkarangan garaj rumah bernombor 15. Di sana, sudut landskapnya kelihatan cukup mendamaikan dengan pancuran air terjun dan juga kolam ikan koi yang sederhana besar. Pada fikiran Umran, dia dapat meneka bahawasanya pemilik rumah ini, amat gemarkan keindahan alam semulajadi.

“Kita dah sampai, jom turun!” pelawa Umran sebaik sahaja enjin dimatikan. Sejurus itu, kedua-duanya menapak mendekati pintu rumah yang tertutup rapat. Dari luar, Umran yakin pemilik rumah dua tingkat ini masih berada di dalam lantaran pintu pagar tidak berkunci dan dia juga sudah dimaklumkan agar terus sahaja masuk ke perkarangan rumah sekiranya telah tiba.

“Biasanya klien kita akan tunggu untuk first appointment. So, untuk yang pertama ni kita mesti yakinkan mereka tentang kredibiliti syarikat kita! Kalau boleh, served mereka sebaik mungkin. Insyallah, ada job untuk kita.” Ucap Umran menerangkan sedikit sebanyak tips yang sering diamalkan.

“Ready?” Soal Umran kepada Fiona yang banyak mendiamkan diri.
“Yes, ready.” Sahut Fiona perlahan.
“Okey, let’s go!” Tuturnya lantas menekan loceng.
Beberapa saat kemudian, pintu utama dibuka dan senyuman seorang lelaki menyambut kehadirannya.

“Umran Hannan!” perkenal Umran sambil berjabat dengan pemilik rumah.
“Zarif Rizkin,” sahut pemilik rumah memperkenalkan dirinya pula.
“Masuklah tengok apa yang you nak tengok, last week I dah confirm dengan your staff tentang design yang I mahu. So now, up to you... I serahkan rumah I pada you untuk proses ubahsuai. Harap-harap lebih cantik dan lebih selesa dari yang sedia ada!” tuturnya sambil menapak masuk ke dalam rumah. Umran juga lakukan hal yang serupa!

“I ada beberapa design dan layout. You boleh pilih,” Terang Umran lagi.
 Jika tidak salah tanggapannya, pemilik rumah ini masih lagi bujang dan belum berumah tangga. Dari keadaan ruang dalaman yang tampak sedikit tidak terurus dan kelihatan bersepah-sepah itu, dirinya sudah dapat mengagak status kliennya. Namun ada juga klien yang sememangnya pembersih dan cukup menjaga kebersihan ruang rumah mereka walaupun masih bujang. Namun hari ini, nasibnya kurang baik kerana perlu mereka hiasan dalaman dalam keadaan ruang yang tidak selesa.

“Oh ya, make sure you siapkan kerja you sebelum hujung bulan ni. Actually, I nak kahwin!” tutur lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Zarif Rizki. Ada senyuman yang tersungging di pinggir bibir itu.

“Congratulation! I happy for you. For sure... Insyallah I try my best untuk decorates rumah you.” angguk Umran bersama senyuman mesra.
“Thank you,” balas Zarif tenang.

“Fiona, marilah!” panggil Umran bila menyedari Fiona masih berdiri di muka pintu.
“Fiona? Siapa tu?” Zarif Rizki mengulangi bicara Umran. Ada kerutan di dahi lelaki itu.
“Yup,. Fiona... my new staff !” terang Umran bersahaja.
“Mana dia? Nak tengok juga staf you tu.” Zarif menjengul wajah ke arah muka pintu.
“Tu,” tunjuk Umran dengan ibu jarinya.
“Oh I see...” Zarif menapak mendekati Fiona. Umran pula hanya memerhati. Adakah keduanya mengenali di antara satu sama lain.

As usual... you tetap selekeh!” bicara Zarif benar-benar membuatkan Umran terperanjat besar. Dia yang sememangnya tidak berkenan kepada Fiona juga tidak terang-terangan mempersendakan penampilan itu. Lain pula Zarif, mungkinkah keduanya sudah lama berkenalan? Begitu kasar dan tidak manis lontaran bicara itu diperdengarkan!

“Perempuan macam you, tak siapa pun sudi jadikan girlfriend apatah lagi nak ambil you sebagai wife diorang! You ni kenapa, tak pernah bercampur dengan masyarakat? Atau you dah tak ada duit nak beli pakaian?” sinis pertanyaan itu buat Umran tidak senang.

I’m so sorry Mr Zarif! Kalau penampilan I buat you sakit mata... I minta maaf!” luah Fiona membuatkan Umran dipagut rasa ingin tahu. 

“You memang buat I sakit dari dulu sampai sekarang!” nada Zarif sedikit tinggi.
“I’m so sorry Mr Zarif!” tekan Fiona perlahan.
Nevermind, memang berbaloi kita tak jadi bercinta. See... next two weeks.. I kahwin! Dengan someone yang cantik, menawan, manis dan permbersih! Bukan macam you, selekeh dan pengotor !” Senda Zarif tersenyum sinis.

“Yup, I sedar kita memang tak layak!” Aju Fiona masih lagi lembut menutur bicara walau senda Zarif kelihatan semakin menjadi-jadi. Namun tidak pada Umran yang mula merasakan perbualan kedua-duanya cukup menyesakkan dia yang sememangnya sedang bekejar masa. Andai dibiarkan, pasti akan melarat! Maka, ada baiknya jika dia mencelah untuk menghentikan pertikaman lidah yang sedang berlangsung.
Actually, sorry for disturbing both of you... but... I think, I need to talk about our project first. Shall we...”

“Sorry, okay-okay... lets continue our discussion!” Zarif pemilik rumah terus sahaja berpusing lalu bergerak menuju ke ruang dalam. Meninggalkan Fiona terkulat-kulat bersendirian dan lelaki itu pula sedang khusuk menunjukkan satu persatu ruang yang mahu direka semula. Semuanya melibatkan minor renovation termasuklah menukar lantai dari tile kepada terrazzo, dan mengubah dekorasi hiasan dinding serta penambahan lampu dinding yang bersesuai dengan gaya Inggeris seperti yang dikehendaki oleh tuan rumah.
Sesekali Umran memerhatikan Fiona yang sibuk mencatat segala kehendak Zarif ke atas sehelai kertas. Pantas tanpa perlu disuruh-suruh




  

BAB 3
PLASTER CINTA UNTUK BOS
 

“Encik Umran, saya minta maaf pasal tadi.” aju Fiona lambat-lambat. Sedar akan salahnya kerana bertikam lidah dengan klien kepada majikan sendiri. Umran yang mendengar sekadar mendengar, sejujurnya dia tiada idea untuk berkata-kata lewat tengahari begini. Tambahan pula, mindanya sarat dengan memikirkan pelbagai kehendak pelanggan yang bernama Zarif Rizkin. Daripada bersahaja, lelaki itu bertukar menjadi cerewet dengan tiba-tiba. Hampir keseluruhan reka bentuk dan susun atur yang telah dipersetujui, kini bertukar seratus peratus. Pening kepalanya memikirkan kehendak Zarif Rizkin.

“Encik Umran, saya minta maaf! Mungkin semuanya disebabkan saya, kalau saya tak bertekak dengan dia tadi... mungkin hal ni tak jadi!” ujar Fiona masih merasakan dirinya yang harus dipersalahkan! Umran hanya diam, namun pandangan matanya tidak statik di kertas rekaan. Perlahan-lahan anak mata ditebarkan ke arah raut wajah itu, redup pandangan mata Fiona diperhatikan lama.

“Saya minta maaf Encik!” gumam Fiona sambil tunduk menekur lantai kereta. Enjin kenderaan merah hitam itu telah dimatikan, namun mereka berdua masih lagi berada di dalam kereta. Untuk keluar, Fiona takut andai Umran tidak mengizinkan.

“Tak mengapalah Fiona, lupakan hal ni. Kita pergi makan dulu,” luah Umran seraya melipat kertas lakaran lalu diletakkan di tempat duduk berlakang. Kemudian, wajah Fiona diperhatikan lagi.

“Jom,” pelawanya sambil menolak pintu kereta dari dalam. Sejurus itu, Umran keluar dari perut kereta lalu merenggangkan urat-urat yang sengal.

Fiona yang diam memerhati akhirnya menghela nafas, terasa lega! Bila Umran langsung tidak mempersalahkan dirinya bahkan, sanggup pula membawa dirinya ke restoran. Untuk menikmati makan tengahari setelah beberapa jam dihabiskan di rumah Zarif Rizkin. Lelaki yang suka mencari pasal dan mengganggu kehidupannya dari hari ke sehari.

“Fiona,” seru Umran dari luar.

“Yes?” Sahut bibir tanpa bergincu itu sepatah. Dari dalam kereta, dia melihat Umran sedang tertunduk memerhatikan dirinya yang berada di dalam.

“Jomlah, kenapa tak keluar lagi?” tegur Umran sebaik sahaja melihat Fiona masih statik tidak berganjak!

“Iya, maaf Encik!” aju Fiona setelah menyedari khilafnya. Dengan segera pintu kereta dibuka dan dia memperbetulkan keadaan diri sebelum menapak perlahan-lahan  mengekori langkah Umran yang sudah jauh ke hadapan.

Dari pandangan matanya seorang perempuan sepertinya, Fiona yakin lelaki bergelar majikannya itu adalah salah seorang lelaki yang cukup menjaga penampilannya. Kemas dan cukup bergaya. Tubuh itu juga harum dengan wangian maskulin bahkan mampu menggoyah naluri seorang perempuan sepertinya.

“Fiona,” seru Umran buat Fiona yang mengelamun jauh tersedar dari dunia khayalannya.

Are you okay?” soal Umran yang sudah menghentikan langkahnya dan berpusing menghadap Fiona yang masih lagi tercegat di tengah panas. Hitam karang, naya aje!

“Err..  okey!” Fiona angguk kepalanya lalu terus sahaja mengorak langkah mendekati majikan yang diakui punya pesonanya yang tersendiri.

“Jauh termenung? Fikirkan apa?”  ujar Umran sebaik sahaja Fiona sudah berjalan beriringan.

“Tak ada apa-apalah Encik!” aju Fiona seraya tersenyum kecil. Umran mengangguk perlahan, dari ekor mata itu sempat lagi dirinya menganalisa penampilan Fiona. Rasa kasihannya tumpah, mungkinkah Fiona tidak berkemampuan untuk memiliki pakaian yang lebih sesuai dan nampak kemas? Melihat kemeja bersaiz besar,  bersama seluar jeans yang koyak di hujung kaki seluar, buat hati Umran meneka-neka sendirian.

“Kenapa Encik pandang saya?” soal Fiona takut-takut. Menyedari pertanyaan itu bernada curiga, pantas sahaja mata dikalihkan ke arah lain!

“Err... tak ada apa-apa!” sahut Umran melajukan langkah kaki menuju ke ruang dalam restoran. Fiona pula mengekori dari arah belakang! Mindanya bagaikan tertanya-tanya,apakah perkara yang menjadi mainan di hati lelaki ini, hingga dirinya bagai dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.

“Fiona, duduklah dulu.” Arah Umran sebaik sahaja mereka tiba di salah sebuah meja kosong di tengah-tengah ruang restoran.

“Duduk dulu ya,” ujar Umran sambil tersenyum lalu diri itu berlalu ke suatu tempat yang tidak diketahui oleh Fiona. Dalam menunggu kedatangan Umran, Fiona memerhatikan persekitaran restoran. Nampak elegan dengan dekorasi yang cukup indah dan sejuk mata memandang. Di kanan kiri dinding terdapat hasil lukisan, manakala di ruang halaman restoran pula dilatari rumput karpet yang subur menghijau, dan gazebo-gazebo kecil yang terdapat di tengah halaman itu pula dilengkapi dengan atap rumbia. Cukup unik dan epik! Persis berada di dalam suasana kampung!

“Fiona, awak nak makan apa? Pilihlah...” Umran yang baru tiba segera melabuhkan punggung lalu melontarkan bicara, langsung membuatkan Fiona yang sedang leka tersentak seketika. Laju sahaja senyuman menguntum di bibir, menutup canggung tingkahnya yang berkhayal.

“Encik tak makan ke?” soal Fiona perlahan. Masih tidak punya kekuatan untuk menatap sepasang anak mata majikannya sendiri.

“Awak ambil dulu, kemudian saya menyusul.” Beritahu Umran yang sedang fokus membelek kertas lakaran yang diambil seketika tadi.

“Cepat, lepas ni saya pulak.” Arah Umran bersama senyuman. Fiona mengganguk perlahan!  Dan terus sahaja bangun lalu bergerak ke sudut hujung restoran yang menempatkan hidangan bufet. Pelbagai menu masakan yang menyelerakan, singgah ke hati. Namun, untuk mengambil yang pelbagai, dia takut tidak mampu membayar harganya nanti. Sudahnya, dia mengambil keputusan untuk mengambil kari daging sebagai lauk untuk menu tengaharinya bersama sedikit ulam-ulaman. Itu sudah memadai pada dirinya yang sederhana itu!

 Sesudah selesai membuat pilihan, Fiona kembali semula ke meja makan. Pinggan diletakkan berhati-hati dan punggung dilabuhkan cermat.
“Encik, saya dah ambil. Encik pergilah pula,” gumam Fiona seraya meletakkan sudu dan garfu di sisi pinggan.

“Baiklah, sekejap.... saya nak gulung drawing paper ni!” ujar Umran seraya mengangkat wajah lalu menggulung kertas lakarannya, namun anak mata itu masih sempat menancap lauk pauk yang berada di dalam pinggan Fiona. Sekali lagi, hatinya kembali terusik. Rasa kasihan mudah sahaja bertamu!

“Fiona, patutlah badan awak kurus!” gumam Umran perlahan.

“Ya, Encik kata apa tadi?” Fiona menyoal sambil memanggung wajah.

“Err.. tak ada apa-apa!” geleng Umran tersenyum sumbing. “Macam mana dia boleh dengar nih?” bisik hati kecil marahkan diri sendiri.
“Saya pergi sekejap!” Tukas Umran seraya bangkit dari duduknya.

“Baiklah!” angguk Fiona lalu mengangguk sekali. Matanya menyorot pemergian Umran dari jauh. Sejuk hatinya melihat tingkah Umran yang menghormati wanita seperti dirinya. Tidak seperti Zarif dan kebanyakan lelaki yang dikenali, mereka sering kali mempersendakan dirinya. “Usah dikenang segala kesedihan itu, Fiona!” Hati memujuk perlahan.

Dengan langkah berhati-hati, Umran menyusuri ruang restoran lalu bergerak menuju ke sudut bufet. Beberapa lauk pauk dan makanan yang berkhasiat dipilih. Dia mahu Fiona menjaga pemakanan agar gadis ini tidak jatuh sakit angkara pemakanan yang kurang berzat. Beberapa menu yang menyelerakan dan berorganik dipilih. Biar pun ringkas, namun cukup memenuhi diet seimbang yang diperlukan oleh tubuh badan.

“Makan ni,” sua Umran sambil meletakkan ikan tiga rasa bersama ulam-ulaman. Tidak ketinggalan juga, buah-buahan serta pencuci mulut untuk mereka seketika nanti.
“Err... banyaknya Encik!” luah Fiona sambil mempamekan riak tidak selesanya.

“Jangan takut, saya belanja! Awak kena makan semua ni...” aju Umran lalu melabuhkan punggungnya. Sesekali, raut wajah Fiona yang cengkung diperhatikan sekilas.

“Semua ni?” ulang Fiona terkejut.
“Ya, semua ni!” tegas Umran.

“Tapi... banyak sangat ni Encik!” tolak Fiona hati-hati.

“Makan je, jangan risau! Kalau saya bawa awak makan, bermakna saya yang belanja! Bukan awak seorang, pekerja-pekerja saya yang lain pun, saya layan sama seperti awak.” Terang Umran berharap Fiona tidak bersalah sangka.

“Makan iya,” suruh Umran lalu menyentuh garfu dan sudu. Dan Fiona, hanya menurut. Menikmati makan tengahari bersama majikan pada hari pertama dirinya memulakan kerja.

“Fiona, can I ask you something?” dalam pada menimati makan tengahari yang cukup menyelerakan, Umran mula mengatur bicara. Rasa ingin tahunya, mendorong lidah menuturkan sebaris pertanyaan.

Yes, of course!” sahut Fiona lalu meletakkan sudu dan garfu. Straw di dalam gelas di sisip perlahan membawa jus buah-buahan tropika ke deria rasa.
Who is Zarif Rizkin?” lancar pertanyaan itu terhambur dari bibir.

Lantaran pertanyaan itu, perlahan-lahan Fiona sandarkan tubuhnya, lalu nafas dihela panjang. Umran pula mengangkat wajah, raut gelisah Fiona diperhatikan. Pasti gadis ini tidak selesa bila ditebak dengan persoalan yang menyentuh soal peribadi.

I’m so sorry! Saya tak patut bertanya!” Umran kembali tertunduk menghadap pinggannya. Namun Fiona yang mendengar, menggeleng perlahan. Baginya, tiada apa yang menjadi rahsia antara kisah dirinya dan juga lelaki yang dimaksudkan oleh majikannya tadi.

It’s okay! Honestly... saya dan Zarif pernah ada kisah silam. Kisah yang tak kesampaian!” aju Fiona perlahan. Sesekali, jari jemari itu memperkemaskan rambut yang menutupi sebahagian wajah. Diselak rambut yang jatuh terjuntai ke dahi lalu diselitkan di belakang telinga.

Then?” sambung Umran mahu Fiona meneruskan bicara.
 
Then, our relationship tak dapat diteruskan kerana terlalu banyak sebab! Salah satunya, dia tak dapat terima penampilan saya yang selekeh! Kedua, kami tak setaraf dan yang ketiga, saya dan dia memang tak ada keserasian.” Aju Fiona bersahaja. Tiada riak sedih mahupun kecewa di raut wajah itu.  Umran masih tekun mendengar.

“Lagipun, saya tak mampu anggap Zarif lebih daripada sekadar kawan!” tokok Fiona tidak lama selepas itu.

So, kenapa dia marahkan awak?” soal Umran hairan. Jika sudah tiada apa-apa, mengapa perlu lelaki merangkap kliennya tadi menunjukkan diri itu terlalu membenci Fiona? Hairan! Mungkinkah ada sesuatu yang belum selesai di antara keduanya.
“Entahlah Encik, saya tak tahu menilai hati orang.” Sahut Fiona lambat-lambat.

“Tak mengapalah, saya harap awak dan dia, tak timbulkan sebarang masalah. Saya tak mahu hal peribadi dicampur adukkan dalam soal kerja. Lagipun, tak elok kalau hal macam ni menjadi isu dan mengganggu kerja awak nanti.” terang Umran menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Tidak mahu Fiona terbawa-bawa masalah peribadinya hingga mengganggu fokus terhadap kerja.

“Baiklah Encik, terima kasih!” sahut Fiona seraya tersenyum kecil.

“Sambung makan, lepas ni boleh balik office dah sediakan draft baru untuk klien kita.” Tukas Umran kembali menikmati makanan tengaharinya ketika itu.

“Baiklah Encik,” angguk Fiona lantas menyentuh sudu dan garfunya semula.

“Waktu-waktu macam ni la kau nak rosak eh?” gerutu Fiona sebaik sahaja enjin motosikalnya tidak lagi berfungsi seperti biasa. Terhenti sebaik sahaja tiba di lampu isyarat! Bunyi hon kenderaan lain tidak putus-putus kedengaran hingga memaksa dirinya menggunakan kudrat yang ada untuk menolak skuter berjenama Lambretta itu ke bahu jalan.

Melihat dada langit yang bertukar kelam dan awan hitam yang berarak perlahan bagaikan memberi isyarat sebentar nanti bumi ini bakal dingin dengan titis-titis air hujan, Fiona segera mempercepatkan langkah.

Dengan kudrat yang masih bersisa, motosikalnya ditolak menyusuri laluan kecemasan. Dan dalam dia masih bertabah untuk menolak motosikal yang menjadi kesayangannya itu, rintik-rintik hujan akhirnya gugur hingga membasahi pipi dan seluruh pakaian yang tersarung hingga menampakkan sebahagian tubuh yang berbalut kemeja putih.

“Ya, Allah... baju aku!” bisik hati kecil sebaik sahaja mata menancap bahagian tubuh yang jelas kelihatan. Kemeja yang tersarung, tidak mampu lagi menyembunyikan bahagian tubuh yang terkesan oleh mata kasar. Perlahan-lahan, skuter ditongkat dan kedua tangan memeluk tubuh di dalam hujan yang semakin lebat menggila.

Mata pula tidak lepas daripada memerhatikan kenderaan yang lalu lalang, berharap ada seseorang yang sudi membantunya kala ini. Menunggu dan terus menunggu, namun harapannya tidak kesampaian. Tiada satu pun kenderaan yang sudi berhenti dan membantu dirinya.

Fiona, It’s you?”jerit satu suara melaung namanya. Dengan pantas, wajah dikalihkan ke arah datangnya satu suara.
“Umran! Bos aku!” bibir itu terjerit kecil sebaik sahaja wajah lelaki berstatus bujang itu datang mendekatinya. Dari jauh, dia melihat Mini Cooper Umran sudah diberhentikan di bahu jalan.

“Tak sejuk ke , apasal awak main hujan!” soal Umran yang datang bersama sekaki payung lalu membalutkan tubuh itu menggunakan jaket tebal yang sentiasa berada di dalam keretanya.

“Pakai jaket ni, nanti ada pulak yang accident tertengok awak dalam keadaan macam ni.” gumam Umran bersahaja. Nada suara itu mendatar namun Fiona sedar lelaki ini sedang memberi kiasan tentang keadaan dirinya ketika ini. Seksi mungkin!

“Terima kasih Encik!” aju Fiona lalu mengekori tubuh Umran masuk ke dalam kereta yang di letakkan di bahu jalan.

“Kenapa dengan skuter awak?” Soal Umran sebaik sahaja dia dan gadis itu beriringan ke kereta. Berkongsi payung yang serupa.

“Rosak agaknya!” Sahut bibir itu ringkas.

“Takpelah, masuk dulu! Nanti saya call workshop tolong tengok-tengokkan skuter awak.” Gumam Umran memberi jaminan.

“Terima kasih Encik, tak tahu macam mana saya nak balas budi baik encik.” Ucap Fiona terharu dengan kebaikan yang dipersembahkan oleh Umran.

“Siapa-siapa pun akan buat perkara yang sama kalau ternampak orang lain di dalam kesusahan. Tambah-tambah orang yang kita kenal. So, tak perlulah awak berterima kasih!” Ucap Umran lalu membuka pintu kereta membenarkan Fiona masuk ke dalamnya.

“Masuklah, saya pun dah basah terkena tempias hujan.” Arah Umran disambut anggukan kecil dari Fiona . Sesudah tubuh itu hilang ke dalam perut kereta, Umran segera merapatkan pintu dan melangkah menuju ke arah tempat duduk pemandu

Sepanjang perjalanan, Umran yang kelihatan semakin selesa dengan Fiona tidak kekok untuk terus berbicara.

“Saya nak hantar awak kemana?” soal Umran masih fokus memandang lebuh raya yang sudah diterangi lampu di sepanjang jalan. Fiona di sebelahnya, hanya dikerling melalui ekor mata, kelihatan tubuh itu menggigil kesejukan. Melihat keadaan Fiona yang kesejukan, laju sahaja suhu penghawa dingin diperlahankan.

“Encik, turunkan saya di hentian bas. Nanti,  saya balik sendiri! Dekat sini, bas senang dapat.” Ucap Fiona perlahan

“Tak perlulah naik bas, saya boleh hantar awak ke rumah! Bukan susah mana pun,” tegas Umran buat Fiona menelan liur. Kecut perut pula dengan majikan yang baru sahaja di kenali.
“Rumah awak di mana?” tanya Umran lagi.

“Shah Alam, seksyen 13!” terang Fiona bersama bibir yang pucat lesi angkara rasa sejuk yang sudah sampai ke tahap maksimum. Tanpa disedari, dirinya sudah mula bersin. Hidung pula terasa gatal dengan tiba-tiba!

See... esok mesti selsema. Kalau sakit, ambil MC. Tak perlu masuk kerja!” ulas Umran sebaik sahaja melihat hidung Fiona bertukar merah.

Don’t worry Encik, sikit aje! Lepas makan penadol, hilanglah selsema ni.” Senyum Fiona disambut anggukan kecil Umran. 

            “Up to you.. kalau sihat, bolehlah datang! Kalau tak sihat, lebih baik awak berehat.” Cadang Umran agar Fiona tidak memaksa diri.


2 comments:

  1. part piano tu sakit perut eden nahan gelak x)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih najwa anuar :)

      Delete

Sign In