Saturday, 18 January 2014

PLASTER CINTA UNTUK BOS BAB 9 & 10




BAB 9
PLASTER CINTA UNTUK BOS
“Ehem...” Laila berdehem kecil. Umran yang baru keluar dari bilik air menoleh seketika. Sejurus kemudian, pandangan di tundukkan. Segan melihat Laila tersenyum sebegitu, lantas kaki diatur mendaki anak-anak tangga menuju ke atas rumah.

“Err... awak!” panggil Laila dari bawah rumah. Umran hentikan langkah, sekali lagi dia menoleh ke arah gadis itu. “Cepat siap iya, kita sarapan sama-sama!” senyum Laila mengirinya bicaranya. Umran hanya mengangguk lalu mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Di dalam hati, pelbagai persoalan muncul dibenak. Kebaikan yang dipamerkan oleh gadis itu menimbulkan riak tidak senang di hati kecilnya! Terasa kejahatan gadis itu bagaikan tersembunyi disebalik layanan mesra yang dipamerkan! Dia harus berjaga-jaga!
“Encik dah siap?” Fiona yang muncul entah dari mana ramah berbicara. Lelaki yang sedang menyisir rambut itu dihampiri. “Breakfast!” pelawa Fiona seraya menguntum senyum. Umran mengangguk sekali, terasa ngeri pula dengan senyuman itu. Pirana yang bergigi tajam! Urghhh!
“Encik,” seru Fiona sekali lagi.
“Yes?” Umran jongket kening.
“Mari turun, kita breakfast sama-sama!” ungkap Fiona tenang.
“Kejap lagi saya turun, yang awak ni.. dah mandi ke belum?” soal Umran sekadar menutup ruang sepi yang wujud. Menghambat lamunan yang bertandang. “Sudah,” sahut Fiona pendek.
“Good girl!” puji Umran bersama senyuman kecil. Sejurus itu, kaki dibawa mendekati beg galas yang diletakkan di tepi tiang. Beg dibuka lalu minyak wangi wanita dikeluarkan dari poket beg dan Fiona didekati semula.
“Nah, ambil ni. Pakai!” sua Umran sambil memandang Fiona sekilas.
“Apa ni Encik?” soal Fiona lalu menyambut pemberian suaminya lambat-lambat.
“Minyak wangi, pakailah!” tutur Umran menerangkan isi kandungan kotak yang dipegang kemas oleh tangan Fiona.
“Kenapa, saya busuk eh?” teka Fiona. Mungkin dia tidak seharum mana hingga Umran terpaksa mencari inisiatif untuk menjadikan dirinya wangi dan disenangi. Terasa perasaan malu datang bertamu dengan tiba-tiba.
Nope! Bukan, actually... saya suka perempuan yang wangi. And ... this is my favourite perfume!” tutur Umran seraya menyentuh kembali minyak wangi pemberiannya tadi.
“Sini saya pakaikan!” tawar Umran lalu menghampiri Fiona yang terpinga-pinga.
“Minta tangan awak,” pinta Umran perlahan. Lambat-lambat Fiona menurut, tangan diangkat lalu diunjuk ke arah Umran.
“Saya selak sikit lengan baju awak ni, lepas tu letakkan minyak wangi di sini. Pada urat nadi,” ucap Umran tidak lama selepas itu. Fiona hanya diam memerhati!
“Kemudian, awak boleh letak minyak wangi pada leher. Tak perlu banyak-banyak, setitis dah cukup buat awak wangi. Kalau awak guna perfume ni seperti penyembur serangga, esok confirm habis.” Gumam Umran lalu berpusing dan menyembur perlahan minyak wangi berjenama Lady Million yang diinspirasikan oleh Paco Rabanne ke serata leher jinjang milik Fiona.
“Wangi tak?” soal Umran sesudah itu. Dirinya kembali berdiri dan berhadapan dengan Fiona. Ternyata gadis ini hanya diam membungkam diri.
Perfume ni gabungan aroma lemon, raspberry, madu, bunga melati dan herba pachouli... so bila pakai perfume ni, awak akan rasa segar dan manis! It is good for you, Fiona.” Ucap Umran tersenyum senang.
Thanks Encik,” ucap Fiona pendek. Terharu dengan kebaikan Umran.
“Hermm... nice!” puji Umran dengan haruman tubuh Fiona.
“Simpan elok-elok, saya akan kenali awak dengan bau perfume ini. Ingat,” gumam Umran lalu menapak mendekati jendela kayu. Minyak wangi pemberiannya telah diserahkan semula kepada isterinya. Dengan pantas, tuala yang tersangkut di bahu dijemur di daun tingkap. Biar cepat kering! Sesudah itu Fiona dihampiri lalu dipelawa untuk turun bersama.

“Sekejap lagi kita balik KL, sorry to say... saya dah penat dengan family pak cik awak.” Aju Umran perlahan. Sakit hati melihat layanan kasar mereka terhadap isterinya. Sekilas, wajah Fiona diperhatikan. Gadis ini hanya senyap dan diam membisu! Sepatah pun tidak bersuara!
“Bukan niat saya nak hina mereka, tapi mata saya ni terlalu sakit bila tengok layanan mereka pada awak. Awak tak rasa sakit hati? Atau.. iyalah.... diorang layan awak macam tu? Awak tak rasa apa-apa? Benci.. Marah or apa-apalah?” soal Umran cuba mengcungkil rahsia hati seorang gadis yang dirasakan terlalu banyak memendam perasaan
“Sehina-hina mereka, mereka telah besarkan saya.... memberi tempat untuk saya berteduh... memberi makan dan minum walau tidak sesempurna orang lain. Sejahat-jahat mereka... mereka tetap ada baiknya. Jika mereka kejam, kenapa tidak mereka buang dan campak sahaja saya ke rumah anak-anak yatim? Atau buang dan tinggalkan saya di tepi jalan?
Saya bersyukur, sekurang-kurangnya mereka ada sedikit rasa simpati pada nasib saya.” Luah Fiona panjang lebar. Umran lepaskan keluhan, sedikit sebanyak tutur kata Fiona ada benarnya. Cuma, hatinya tidak mampu menerima layanan keluarga itu terhadap isterinya. Persis mereka mengambil kesempatan di atas segala kebaikan dan kelembutan Fiona. Sekali lagi Umran lepaskan keluhan lalu tubuh ditegakkan semula. Wajah Fiona direnung sedalam-dalamnya, perasaan untuk melindungi gadis itu hadir dan menebal dengan sendirinya. Hingga tidak sedar, kebimbangan itu dipamer jelas di hadapan gadis yang dikenali hampir dua minggu. Tempoh perkenalan yang terlalu singkat.
“Kita balik!” Putus Umran tanpa dapat Fiona menolaknya.
“Baiklah Encik, saya hormatkan pendirian Encik! Sekejap lagi saya kemas beg baju saya.” Ucap Fiona sesudah suasana kembali hening.
“Kemas beg saya sekali, tak kuasa saya nak masuk ke dalam sana.” Gerutu Umran perlahan.
“Kenapa?” Fiona menyoal dengan riak hairan.
“Sepupu awak tu? Tak reti hormatkan lelaki bukan muhrim ke?” soal Umran kesal dengan sikap Laila yang tidak segan silu mendekati dirinya seketika tadi.
“Yeke.. dia buat apa pada Encik?” Fiona mula terasa tidak sedap hati.
“Tak ada apa-apalah Fiona, cepat siap! Saya tak sabar nak balik,” gerutu Umran lagi.
“Baiklah, sekejap ya Encik!” akhirnya Fiona akur dan terus sahaja berlalu masuk ke dalam rumah.


Tiba sahaja di bandaraya Shah Alam, Umran terus memandu menuju ke bengkel memperbaiki kenderaan. Skuter Fiona ada di sana dan dirinya harus membawa pulang skuter yang telah diperbaiki ke rumah. Dengan itu, Fiona diminta menunggang hingga ke rumah.
“Alahai bersopan santun betul wife aku ni,” bebel Umran tidak sudah-sudah bila melihat Fiona menunggang skuter Lambretta dengan kelajuan sederhana. Dia yang mengekori dari arah belakang cuba menyabarkan diri. Mini Cooper dipandu cermat, masih bertabah melihat skuter merah itu bergerak dengan kelajuan 40 kilometer sejam. “Sabar ajelah!” gerutu Umran panas hati. Hampir setengah jam mengekori Fiona, akhirnya kereta yang dipandu tiba di perkarangan kondominium Kristal. Dengan pantas Umran keluar dari perut kereta dan tubuh Fiona dihampiri.
“Dah kunci?” soal Umran sebaik sahaja Fiona didekati. Mata menyorot ke arah skuter merah hati itu, rasa geram pada kenderaan itu meluap-luap. “Kalau ikutkan hati aku, dah lama kau aku sepak!” selar hati Umran pada skuter kepunyaan Fiona. “Lembab!” selar hatinya lagi. Ternyata dirinya tidak berpuas hati dengan prestasi kelajuan yang dipertontonkan seketika tadi.
“Sudah,” sahut Fiona perlahan. Jawapan yang diluahkan Fiona buat Umran kembali ke alam realiti. Skuter tadi dijeling tajam!
“Baguslah!” gumam Umran sepatah. Fiona yang sedang berdiri di sisi skuter itu direnung pula. Bibir mula bergerak-gerak, mahu melafazkan satu rasa yang terbuku di dalam dada.
“Lenguhnya badan ni,” Umran menggeliat malas. Sengaja menyindir Fiona yang terlalu bersopan santun di atas jalan raya.
“Kenapa Encik?” Fiona melontar pertanyaan.
“Awak bawa perlahan sangat, setengah jam baru sampai! Biasanya 15 minit aje.” Gumam Umran terpaksa berterus terang. Jika diikutkan hati dan jiwa mudanya, tidak kuasa dia memandu dengan kelajuan 40 KM/J. Sudahlah lambat, bahkan mengundang kemarahan pemandu lain yang sama-sama menggunakan lebuhraya Persekutuan itu.
“Oh yeke, maaf Encik! Saya dilahirkan sebagai individu yang cermat!” respon Fiona mudah.
“Oh, cermat!” ulang Umran perlahan. Kepala diangguk-angguk, faham! “Whateverlah, now aku nak berehat!” bisik hati kedengaran berbicara sesama sendiri.
So, jomlah naik! Nak tidur! Mengantuk, sakit badan saya ni tidur dekat lantai rumah pak cik awak tu. Tak berperikemanusiaan langsung, kejam!” bebel Umran tidak puas hati apabila mendapat layanan ‘kelas pertama’ dari lelaki tua bernama Leman Malam pengantin yang cukup bahagia untuk dirinya!
“Rumah Encik di tingkat berapa?” soal Fiona mengekori langkah Umran dari arah belakang. Persekitaran kondominium yang mempunyai tiga blok bangunan itu diperhatikan tanpa lepas.
“Tingkat paling atas!” sahut Umran tenang.
“Kalau lif rosak macam mana?” Fiona memikirkan kemungkinan itu. Matilah dia bila terpaksa menggunakan tangga! Ah tak sanggup!
“Terjun, pakai payung terjun!” balas Umran bersahaja. Fiona ketap bibir, dia sudah terperangkap dengan pertanyaannya sendiri. “Loyar buruk pula,” desis hati kecilnya. Umran diperhatikan lagi. seperti biasa, big bos tampak kacak walaupun berpakaian santai sebegitu.
“Cepat,” panggil Umran sebaik sahaja dirinya tiba di hadapan lif. Lengan Fiona dilelar lalu ditarik mengekori langkahnya masuk ke dalam perut lif. Dengan pantas, butang bernombor 20 ditekan tanpa was-was. Sejurus lif berhenti, Umran segera melangkah keluar.
“Masuklah, ni rumah saya!” pintu diluaskan dan Fiona melangkah masuk. Tergamam seketika melihat tatarias rumah big bos yang cukup elegan dan tampak moden. Namun terselit juga elemen tradisional yang ditonjolkan melalui pasu bunga yang diletakkan di balkoni rumah itu.
Nice!” puji Fiona tanpa sedar. Matanya masih pegun melihat suasana rumah yang segar dan nyaman dengan pokok hiasan kecil di sudut tepi balkoni itu! Ternyata idea kreatif Umran bukan sahaja disalurkan kepada perniagaannya, bahkan dipraktikan di mahligainya sendiri. Cukup mempersona!
“Suka?” soal Umran sepatah. Tangan ligat menyimpul ikatan langsir dengan renda jingga. Warna dinding yang serba putih dan elemen cermin dinding cukup membuatkan ruang sederhana besar itu tampak luas.
Yes, of course!” Fiona membalas bicara Umran.
Come, saya tunjukkan bilik!” Umran melangkah dan Fiona membuntuti lelaki itu hingga menuju ke sebuah kamar. Sekali lagi Fiona rasa kagum dengan kebijaksanaan Umran merias ruang paling penting untuk setiap individu, iaitu ruang tidur.
“Ni bilik saya, dan awak boleh tidur dekat sini.” Tutur Umran lambat-lambat. Segan dan malu bersatu. Segera wajah dilarikan dari dijamah pandangan Fiona yang menagih penjelasan.
“Encik nak tidur dekat mana?” lama berdiam diri akhirnya Fiona menyoal tanpa berfikir panjang. Pertanyaan itu buat minda Umran ligat berputar seperti roda skuter Fiona, mungkinkah Fiona tidak memahami prasa dan kosa kata yang digunakan.
“Kenapa dia tanya aku macam tu ek?” bisik hati kecilnya mahukan jawapan untuk pertanyaan aneh Fiona. Umran diam seketika, bingung pula dengan soalan cepumas yang terbit dari pinggir bibir itu.
“Encik,” panggil Fiona dan Umran panggung wajah. Mencari wajah Fiona lalu bicara dilontar.
“Err... entah!” Umran jungkit bahu. Berharap Fiona mempelawa dirinya tidur bersama. “Takkan nak tidur dekat sofa luar tu pulak? Ah, tak sanggup!” bisik Umran di dalam hati namun wajah masih sedaya upaya dipamer penuh mesra agar Fiona tidak menangkap perang bicara yang sedang hebat berkata-kata di dalam hati.
“Kenapa Encik?” sekali lagi Fiona menyoal bila raut resah Umran terpapar jelas di pandangan matanya. “Tak.. Tak ada apa-apa!” balas Umran lambat-lambat!
“Oh okey, terima kasih Encik!” Fiona menggangguk lalu menguntum senyuman manis buat tatapan Umran, suami yang juga lelaki paling kacak di planet bumi! Dan setiap kali itu jugalah Umran menundukkan pandangan. Bukannya dia segan, cuma dia tidak mampu melihat dengan lebih lama. Sesuatu harus dilakukan untuk menghalang senyuman isterinya buat sementara waktu ini. Sementara temujanji dengan doktor gigi ditetapkan semula.
“Fiona, actually.... awak tetap cantik walaupun tak senyum!” ujar Umran perlahan. Menjaga hati Fiona juga menyelamatkan pandangan matanya yang tidak selesa terhadap senyuman si gadis berbaju kurung itu.



BAB 10
PLASTER CINTA UNTUK BOS
  
“Cepat sikit,” panggil Umran sambil menoleh ke arah Fiona yang tertinggal jauh di belakang.
“Baik, Encik!” langkah kaki dipercepatkan. Umran masih tegak berdiri di sisi keretanya, langsung membuatkan Fiona rasa bersalah. Kerana dia yang lambat, Umran terpaksa berpanas! Ala... lelaki, biasalah tu! Sejurus Fiona tiba, Umran mengarahkan gadis itu masuk ke dalam kereta. Selesai segalanya, kenderaan bernama Mini Cooper dipandu cermat. Umran beritahu Fiona, dirinya cukup menyayangi Mini Cooper tersebut hingga sanggup berhabis berapa sahaja. Asalkan Mini Cooper bernama Blossom itu berada di dalam keadaan baik.
“Sedap nama kereta Encik?” puji Fiona sekadar mengulas bicara Umran lewat tengahari itu. Umran senyum bangga, Fiona pula tertunduk dengan reaksi suaminya.
“Yang penting...  cantik nama, hebat fizikal dan best bila dipandu!” Umran susun segala kebaikan Blossom satu persatu.  Fiona pula merasa rendah diri, dengan tiba-tiba hatinya dibawa mengenangkan Skuter Lambretta berwarna merah. Dia juga telah memberikan nama untuk skuter tersebut.
“Skuter awak ada nama?” Umran menyoal dengan tiba-tiba.
“Ada,” sahut Fiona mengangguk sekali.
“Apa nama dia?” Umran menjeling sekilas.
“Red Guns!” ujar Fiona bersahaja.
“Eh, apa ke peliknya nama motor buruk awak tu?” soal Umran tanpa sedar. Fiona ketap bibir, terasa kecil hatinya bila skuter bernama Red Guns menjadi hinaan Umran. Pilu sungguh!
“Sebab dia merah, saya berilah nama dia Red Guns!” aju Fiona perlahan. Pandangan sengaja dilarikan ke arah luar kereta. Jika diikutkan rasa, mahu sahaja dia hentak-hentak kaki ke lantai kereta bernama Blossom itu. Biar Blossom sakit sepertimana rasa sakit di hatinya! “Eh, melampau kut! Blossom bukannya hidup!” Fiona tertawa di dalam hati. Masih sempat berangan. Umran yang melihat Fiona tersipu-sipu sekadar melihat, persoalan yang ingin dilontar hilang begitu sahaja.
Sampai sahaja di pusat membeli-belah bernama SOGO, Umran terus sahaja menuju ke aras menjual pakaian wanita. Fiona yang segan-segan ditarik masuk ke dalam satu ruang. “Ehem!” Umran berdehem perlahan. Fiona panggung wajah, terasa membahang tubuhnya tatkala berdiri di sisi lelaki yang bersikap selamba walaupun mereka berada di bahagian yang tidak sesuai untuk lelaki. Bahagian maruah seorang wanita! Fiona rasa malu, wajah tidak mampu diangkat melawan pandangan si kacak Umran.
“Awak pilih semua baju yang awak perlukan, kalau boleh saya dah tak nak tengok awak pakai kemeja kotak-kotak bersaiz besar ke tempat kerja. Saya dah tak larat tengok penampilan awak yang tak sesuai dengan jantina awak!” luah Umran perlahan. Fiona hanya memasanga telinga, mendengar segala bentuk arahan dari seorang diktaktor yang seolah-olah berjaya menggulingkan sebuah kerajaan berdaulat.
“Kalau boleh, awak pilih pakaian yang mencerminkan sifat seorang perempuan, dengan makna lain... awak harus pakai pakian yang cantik, kemas, wangi dan menarik! Ingat tu, lepas ni buang semua kemeja yang awak pakai dulu!” tegas Umran lagi. Fiona ketap bibir, terasa sedih bila penampilannya yang dahulu tidak disenangi Umran. Sesekali anak mata mengerling riak wajah itu, tegas dan bengis! Ah sebaknya, Fiona dihambat perasaan pilu.
“Faham tak?” soal Umran perlahan, setelah menyedari perubahan di raut wajah itu
“Faham,” sahutnya perlahan.
“Lepas tu saya bawa awak ke klinik gigi, repair gigi awak tu..” tokok Umran mengendurkan nada suaranya. “Repair gigi?” hati mengulangi semula bicara lelaki bergelar suami. Dengan tiba-tiba, Fiona ringan mulut menyatakan keadaan dirinya ketika ini.
“Saya tak ada duit Encik,” akhirnya Fiona melafazkan kebimbangan yang bersarang di hati. Dengan pakaian yang entah akan habis berapa ratus itu, dan juga rawatan gigi lagi....  sudah tentu cukup bulan gaji yang dipotong pasti tidak tinggal apa. Tiada baki, dah lebih malang andai dia terhutang pula pada bosnya itu. “Ah, serabut!” jeritan batin mula kedengaran!
Just do it! Saya suami awak, saya yang tanggung semuanya!” terang Umran seraya mengalih pandangannya ke arah eskalator yang sedang bergerak. Kelibat seseorang mencuri pandangan mata. Dia kenal lelaki itu, jika tidak silap dia adalah Zarif! Lelaki yang cukup membenci Fiona suatu ketika dahulu.
“Nanti duit Encik habis!” ujar Fiona enggan terlalu menurut kehendak Umran. “Ikut ajelah, itu pun banyak complain!” suruh Umran seraya meninggalkan Fiona terkebil-kebil di sudut tersembunyi itu.
“Tinggal aku macam tu aje?” soal Fiona pada diri sendiri. Pemergian Umran dihantar melalui pandangan matanya. Sejurus kelibat itu hilang, Fiona melepaskan keluhannya.
Dengan perlahan-lahan, kaki dihayun masuk ke dalam ruang pakaian wanita. Satu persatu persalinan untuk ke tempat kerja dipilih dan pakaian untuk bersiar-siar juga sempat dicapai sepasang dua. Selesai segalanya, Fiona mengorak langkah ke bahagaian pakaian dalam wanita. Dia harus mencari beberapa pasang untuk menukar pakaian yang lama. Citarasa Umran cukup tinggi dan dia perlu menghormati kehendak lelaki itu. Fiona terpaksa akur dan menurut, dirinya telah terlalu banyak terhutang budi pada Umran.
Sedang enak melayan khayalan, teguran Umran membuat Fiona tersentak. “Ehem, lama termenung! Ingatkan siapa?” soal Umran ringkas. “Err.. tak ada apa-apalah Encik! Tak ingat sesiapa pun!” nafi Fiona sambil tersenyum, namun kali ini senyumannya tidak menampakkan gigi. Tambah-tambah Fiona sedar, susuanan gigi yang tidak cantik itu seperti membuat hidup Umran yang bahagia bertukar  hura hara. Yang aman damai bertukar kucar kacir! Jadi lebih baik dia mengalah, dari terus memberi tekanan emosi kepada lelaki sekacak Umran.
“Dah siap?” soal Umran pendek.
“Dah, tapi tak bayar lagi.” luah Fiona lambat-lambat. “Mana bajunya?” soal Umran sambil memanjangkan leher ke arah kaunter bayaran.
“Ada dekat dalam troli tu,” tutur Fiona pendek.
“Okey, jom bayar! But.... sebelum tu, tunggu sini kejap!” sekali lagi Umran tinggalkan Fiona terpinga-pinga sendirian! “Nak pergi kemana pula tu?” rungut Fiona resah. Namun hati cuba disabarkan seketika. Sepuluh minit, menjadi lima belas minit! Namun kelibat Umran tidak juga menjengah pandangan.
“Hiss lamanya bos ni!” rungut Fiona sambil mengerling jam dipergelangan tangan. Sudah setengah jam lelaki bernama Umran Hannan menghilangkan diri, Fiona pula sudah keresahan menanti seorang diri.
“Dah bosan!” teguran itu menjadikan Fiona tersentak lagi. “Terkejut aku!” omel hati yang tidak puas hati.
“Nah, pegang ni kejap! Jangan buka,” pesan Umran seraya menapak ke arah troli yang tersadai di tepi bilik persalinan. Dengan pantas, pemegang troli disentuh lalu troli ditolak ke arah kaunter bayaran.
“Tolong kira,” aju Umran setelah berhadapan juruwang bersolek nipis.
“Semua ni ya, encik?” soal juruwang yang manis bersanggul.
“Ya. Semua ni! Berapa?”
“Sebentar!” Juruwang bertugas segera melakukan tugasnya lalu memasukkan pakaian yang dipilih oleh pelanggannya ke dalam beg kertas.
“RM 1, 237!” ucap juruwang bersama senyuman manis.
“Debit card boleh guna tak?” Umran menyoal perlahan.
“Boleh,” sahut gadis itu ramah. Fiona sekadar memerhati, jauh di sudut hati dirinya mengakui Umran punya daya tarikannya yang tersendiri. Punyai karisma hingga mampu membuatkan diri itu mudah mendapat perhatian.
“Okey, my debit card!” hulur Umran bersama senyuman manis.
“Sekejap ya, Encik!” juruwang segera menggunakan kemudahan aplikasi yang disediakan untuk para pelanggang sebelum mengembalikan kad tersebut juga dengan senyuman manis.
“Terima kasih,” gumam bibir mungil itu sebelum disambut anggukan kecil Umran.
 “Fiona... Jom balik, lepas ni kita singgah ke klinik sekejap!” ucap Umran setelah menyaingi langkah Fiona menuju ke eskalator. “ Sempat ke Encik?” Fiona menyoal. Riak wajahnya berkerut-kerut, namun berbeza dengan Umran yang dilihat seakan-akan senang hati ketika ini.
“Sempat! Awal lagi, baru pukul dua!” ucap Umran membalas bicara Fiona.



“Dalam rumah ni ada peraturannya yang tersendiri, ini rumah saya! Dan saya bebas untuk tidur dimana saya suka,” ujar Umran bersahaja. Dia yang sedang duduk dibirai katil sekadar duduk sambil mata tidak  lepas memerhatikan penampilan gadis yang sedang berdiri di hadapan matanya.
“Jadi,” Umran bangkit sebelum meneruskan bicara. Fiona ketap bibir, terasa kerdil pula bila bersama lelaki sehebat Umran.
“Jadi... saya akan tidur dengan awak! Tapi... peraturan tetap peraturan!” gumam Umran serius.
“Maksud Encik? Fiona dipagut kesal bila memikirkan mengapa harus dia memilih Umran sebagai suami. Nampak tenang, namun bila tinggal serumah dan sebumbung, segala ketenangan itu hanyalah palsu. Lelaki ini bijak menyembunyikan kejahatannya.
“Tu ha.. ambil,” Umran muncungkan bibir ke arah beg kertas yang tidak diketahui isinya. Fiona menoleh sama. “Lepas tu, pandai-pandailah nak buat apa.” Ujar Umran seraya bergerak ke muka pintu. Namun sebelum dia meloloskan diri, sempat lagi bibir itu menguntum senyuman ngeri. Fiona gigit bibir, terasa gerun dengan tiba-tiba. “Ishh.. takutlah!” Fiona terasa seram dengan tutur kata lelaki itu.
 “Opps... lepas tu jangan lupa keluar ya!” Umran sengih jahat sebelum menutup daun pintu. Fiona semakin tidak keruan, dengan pantas beg kertas yang terdampar di sisi almari pakaian dihampiri. Satu persatu isi kandungan beg kertas itu dikeluarkan, hampir terjojol matanya melihat apa yang tersapa di pandangan maatanya kala ini. “Takkan kut!” Fiona menggeleng perlahan sebelum meletakkan kembali ke tempat asal.
“Cepat sikit, lama betul.” Rungut Umran dari luar. Fiona menoleh ke muka pintu, walau Umran tidak dilihat namun dia tahu lelaki itu sudah tidak sabar lagi untuk menatap. Ah bencinya! Dalam membenci itu, Fiona terpaksa memaksa dirinya untuk menurut sahaja. Tanpa bantahan, dia terpaksa menurut!

  
“JALAN ke depan sikit!” suruh Umran pada Fiona yang tersipu-sipu. Di dalam hati, Umran ketawa suka. Bahagia dapat mengenakan Fiona, dan gembira melihat riak malu-malu gadis desa itu.
“Depanlah lagi,” gumam Umran bila Fiona hanya melangkah setapak dua ke arah dia yang sedang terduduk seperti maharaja yang sedang kekenyangan. “Huh, malunya aku!” gerutu Fiona di dalam hati. Jika diikutkan hatinya yang panas, dan jiwa suci murninya.... hendak sahaja dia berlari meninggalkan ruang paling memalukan dirinya saat ini, namun ke mana? Dia tidak mampu kemana-mana bila Umran sudah menetapkan peraturan.
“Kenapa senyap, kedepan sikit lepas tu pusing dua kali.”  tutur Umran lagi. Fiona menurut! Melangkah ke hadapan dan selepas itu berpusing seperti model sebanyak dua kali.
“Errmm... nice!” suara itu kedengaran perlahan. Fiona tertunduk, malu sungguh bila harus beraksi sedemikian! Seperti perempuan tak senonoh pula rasanya, namun bila difikirkan kembali.. hanya dia dan Umran sahaja. Berdua tanpa kewujudan manusia yang lain, maka perasaan malu itu tidaklah terlalu menebal! Tambahan pula, dia tiada sebab untuk membantah kehendak Umran selagi mana tidak bertentangan dengan hukum syarak!
“Mulai hari ni, setiap kali awak bersama saya tanpa kehadiran mana-mana individu. Pastikan awak patuhi dres codes yang saya tetapkan! Jangan sesekali langgar arahan! Faham tak?” soal Umran mendatar nada suaranya.
“Faham Encik,” Fiona terpaksa menurut. Mengangguk dan tertunduk kembali.
“Ehem... “ Umran berdehem sebelum mata Fiona sempat melihat lelaki itu menelan liur beberapa kali. Halkumnya juga bergerak-gerak! Risau dibuatnya!
“Duduk sini sekejap,” arah Umran seraya berganjak sedikit ke sebelah kanan. Lambat-lambat Fiona melangkah lalu melabuhkan punggungnya di sisi Umran. Kedua tangannya diletakkan di atas peha, menyembunyikan apa yang terdedah. Haiyo... malunya aku!
“Malu?” tebak Umran sebaik mengesan rona wajah Fiona yang sudah bertukar warna.
“Tak salah pun pakai macam ni depan suami sendiri.” Ujar Umran tidak lama selepas itu.  Memujuk seperti mana ayat-ayat yang terkandung di dalam novel cinta kahwin paksa! Sesekali anak mata sempat mengerling ke arah peha putih gebu milik Fiona. Dengan skirt paras peha dipadankan dengan baju sendat yang terbuka luas dibahagian atas dada, sudah semestinya membuatkan dada teruna seperti dirinya bergetar hebat! Mujur tak vibrate! Umran telan liurnya lagi! Harapnya satu, biarlah dia bersabar seketika!
“Jom tidur,” entah mengapa dan bagaimana, dalam dia memaksa diri sendiri untuk  bersabar, mulut pula sudah meminta yang sebaliknya. Pasti nafsu dan minda tidak seiring! Dia tewas dengan kehendak yang satu! Umran bangun, Fiona juga diarah bangkit! Dengan pantas, lengan itu dilelar lalu ditarik mengikuti langkahnya menuju ke kamar. Fiona yang terpinga-pinga hanya menurut langkah kaki itu bersama tanda tanya yang sarat dibenak hati.
 
Tengahari itu, Umran ketawa terbahak-bahak dengan apa yang dilihat di hadapan matanya. Jika dahulu, dia terasa ngeri, tetapi tidak pula hari ini dan mungkin juga untuk hari-hari yang mendatang.  Ada hiburan yang tersedia untuk dirinya sejak gadis yang bukan gadis itu berada dekat di sisi.
“Saya tak sangka, awak dilihat bertambah aneh dengan braces warna pink!” tutur Umran kembali menyambung tawanya. Fiona ketap bibir, terasa malu bila ini reaksi yang diterima dari lelaki itu. Kalau boleh mahu ketawa hingga hampir-hampir  tergolek jatuh dari kerusi gamaknya! Sakit betul hati Fiona kala ini! Perasaan yang hampir-hampir terbakar rentung disimbah dengan sebaldi pujukan dari hati.  “Sabar Fiona, sabar.... Encik Umran bergurau aje tu!”
“Okey tak Encik?” Fiona masih bersabar melayani karenah Umran. Big bos yang tiba-tiba menjadi sengal! Geram! Umran senyap seketika, cuba mencerna bicara Fiona tentang pendakap gigi yang baru dikenakan.
“Okey... bagus-bagus! Cuba senyum sikit,” ucap Umran setelah tawanya terhenti. Fiona rasa lega, lalu bibir menguntum senyuman mekar dan serentak itu jugalah tawa Umran kembali bergema! “Heh, kenapa aku rasa panas ni?” Fiona terasa hatinya berbisik dengan tiba-tiba.
“Kalau macam tu, takpelah! Saya keluar dulu,” luah Fiona bernada kecewa setelah tidak mampu lagi bertahan dengan tawa Umran yang semakin menjadi-jadi. “Bye Encik!” tutur Fiona lalu mengundur sebelum berpusing menuju ke muka pintu. Melihat reaksi dingin Fiona, Umran segera menghentikan tawa lalu bangkit dan meluru ke arah isterinya. Dengan pantas, pinggang Fiona diraih dan kedudukan mereka kembali rapat.
“Errkk?” Umran lepaskan semula pautan di pinggang itu bila menyedari keadaan mereka yang tidak sepatutnya berlaku ditempat-tempat sebegini!  Tempat kerjanya sendiri, ini sudah menyalahi etika!
 “Errr... Lepas ni pergi salon ya, potong rambut dan buat rebonding! Kalau boleh, paras bahu! Saya suka perempuan rambut pendek, mesti awak lebih energetik nanti!” ucap Umran mengharapkan Fiona akan segera memotong rambut yang kurang khasiat itu secepat mungkin. Dia rimas dengan gaya rambut Fiona yang tidak berapa kemas dan sudah sedikit panjang dari sebelumnya.
“Tapi saya kerja Encik!” tolak Fiona memperjelaskan kedudukan dirinya ketika ini.
“Saya dah cutikan awak untuk hari ni, jadi.... pergi buat rambut dulu.  Lepas buat rambut, terus balik ke rumah! Kod berpakaian, jangan berani-berani langgar!” Ugut Umran menyembunyikan tawa jahatnya di dalam hati.  Kesian pula melihat Fiona terkebil-kebil tatkala perihal kod berpakaian yang diperkenalkan harus dipatuhi. Pasti malam ini Umran berpeluang melihat sifat malu Fiona buat kali kedua. Malu bila terpaksa memakai pakaian singkat dan seksi semata-mata untuk menjamu pandangan matanya! 

P/S: MINI NOVEL INI  DIHENTIKAN DI CHAPTER 10. so pada mereka yang berminat untuk mendapatkan Mini novel Plaster cinta untuk bos ft Bodyguard from Taiping boleh drop nama anda
di alamat email saya.. 

atau pm details anda di fb saya : Facebook Aulia Iman . Klik link ini. tq
harga dan cara bayaran akan diberitahu kemudian.. just drop your name untuk saya sediakan gift pada anda. (Untuk yg order melalui saya)
pada yang sudah order pada penulis Hayati Ahmad, sila abaikan pesanan ini :) 

tq so much

7 comments:

  1. Nice story. Tak sabar nak baca dlm versi cetak nnt. Good job! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)
      i_syakirah :)

      Delete
    2. dh ade versi cetak ker? best la

      Delete
    3. yer insyallah end of february :)

      Delete
  2. salam..boleh buat tempahan lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sis..
      terima kasih kerana berminat dgn kompilasi ini. Tapi syg, stok dah x ada dengan saya. kalau sis brminat sis boleh order dengan Karystos creative atau pergi ke websit karystos creative di www.karystoscreative.com :)

      Delete
    2. okey..tq :)

      Delete

Sign In