Tuesday, 21 January 2014

Yang Budiman Bab 5


“Ayah, ibu.. ini Hanan.” Tutur ku sebaik sahaja aku dan Victor sudah berdiri di hadapan ibu dan ayah yang tegak berdiri di anjung rumah.

“Hannan, ini parents I, ibu dan juga ayah.” Ucap ku bersama senyuman. Sedari awal lagi aku sudah berkhubah kepada Victor agar menjaga tingkah-laku, tidak bersalaman dengan yang bukan muhrim dan juga menjaga adab sebagai tetamu, itu pun hasil carian di google bagi mengukuhkan ilmu yang ada di dalam dada.  Aku sampaikan kepada Victor yang kini sudah bertukar nama menjadi Hanan, nama orang melayu. Dengan harapan, ayah tidak lagi memaksa aku menerima pemuda pilihan hatinya.
“Apa khabar pak cik?” soal Victor seraya menghulur tangan. Dengan lambat-lambat ayah menyambut. Dari reaksinya, penerimaan ayah sukar ku jangkakan!
“Baik, alhamdulillah! Kamu?” soal ayah dengan intonasi seorang sarjan yang kini telah bersara.
“Sihat, alhamdulilah!” jawab Victor turut menggunakan perkataan alhamdulillah. Ya Allah, berdosakah aku apabila terpaksa melakukan semua ini?
“Masuklah Hanan.. berehat dulu ya. Mak cik buatkan air, mesti penat berjalan jauh.” Gumam ibu ku pula segera melarikan fokus ayah terhadap Hanan ‘jadian’ ini. Pasti ayah tidak senang dengan lelaki yang putih melepak, mengalahkan kulit anak gadisnya sendiri. Aku yakin!
“Baiklah mak cik.” Gumam Victor disambut anggukan ibu. Sejurus itu, anak mata ini melihat ayah dan ibu masuk ke dalam rumah. Aku segera mendekati lelaki berdarah kacukan ini.
“Victor, you masuk dulu. Duduklah dekat dalam, kejap lagi I datang bawakan air untuk you.” Bisik ku sebaik sahaja ibu dan ayah sudah berlalu.
“Okey... jangan tinggal I lama-lama.” Pesan dirinya pada ku.
“Okey!” aku tunjuk isyarat ‘peace’ lalu mengatur langkah menuju ke ruang tengah seterusnya masuk ke dalam dapur. Mendengar celoteh ayah yang panjang lebar di ruang dapur. Aku hentikan langkah di balik dinding pemisah lalu cuba memasang telinga.
“Apa salahnya dengan budak tu bang? Dia putih pun susah, dia hitam lagilah susah! Abang nak yang macam mana lagi?” aku dengar ibu sudah menyoal ayah tentang keadaan fizikal Victor yang dikenali sebagai Hanan. Dia yang berkulit bersih, dia yang tinggi lampai, dia yang bahu kekar, dada bidang semuanya tentang dia! Tapi, kenapa ayah tak berkenan pula?
“Tak padan dengan anak kita! Kalau dah kahwin nanti, takut dia dikejar orang, anak kita pula yang makan hati.” Gumam ayah jauh ke hadapan sana. Ke masa hadapan yang tidak pasti.
“Apa maksud abang?” ibu menyoal lagi. Aku yang masih bersembunyi tekun memasang telinga. Mendengar sendiri ketidakpuasan hati seorang ayah.
“Karina tu.. dia biasa-biasa saja. Yang dibawa balik, bukan main lagi!”
“Bukan main segak!” Ibu memotong kata-kata ayah. Dari dinding pemisah ini, dapat ku dengar dengan jelas dengusan ayah yang agak panjang itu.
“Kalau dia sukakan budak tu, apa salahnya! Tampan! Kalau kita dapat cucu nanti, mesti comel bang!” Tukas ibu pula. Gulpp.. aku telan liur. Amboi, ibu sudah berkenan. Cuma ayah sahaja yang berat hati. ‘Hehe.. Victor tu hanya kekasih upahan Rina saja bu! Bukannya serius!’ Hati ini berdesis dengan tiba-tiba. Geli hati dengan reaksi mereka berdua.
“Karina anak kita tu bukannya tak cantik bang, cuma tak reti bergaya! Kalau dia bergaya, kalah anak Limah yang jadi model tu.” Tukas ibu, memenangkan anak perempuannya. Siapa lagi jika bukan aku anak perempuan tunggal dalam keluarga ini.
“Awak tu, kalau tentang Karina bukan main lagi. Back-up habis-habisan!” ayah mempersoalkan tindakan ibu yang sering kali menjadi penyelamat keadaan.
“Anak saya, mestilah saya backup! Siapa lagi kalau bukan ibunya sendiri!” Aju ibu akhinya disudahi dengan tawa halus. Begitulah ayah dan ibu, walau sering tidak sependapat, dan tidak sealiran, namun kedua-duanya bijak mengawal keadaan. Dan yang paling penting, ada yang sudi mengalah, maka perang saudara akan reda dan memorandum pendamaian akan ditandatangani segera. Sesudah itu, tiada istilah siapa yang harus tidur diluar bilik pada malam nanti.
“Tapi kan bang... calon yang Karina bawa balik kali ni, boleh tahan juga ya. Kemas, ada kereta besar, tampan.. semuanya cukup serba serbi. Pandai anak saya cari,” puji ibu pada dirinya sendiri. Aku senyum segaris, ibu berkenan pada anak cina tu. Huh, tinggi juga citarasa ibu untuk dijadikan menantu.
“Jangan dipandang luarannya sahaja, pandang iman dia juga.” Ayah memberi respon.
“Yelah bang!” aku dengar ibu menyahut ringkas.
“Nanti saya nak suruh dia jadi imam.. boleh ke tidak dia jadi imam! Kalau lepas syarat saya, maka lepaslah untuk dia berkawan dengan anak kita.”

Dush.. dush... dush.. aku seolah-olah ditembak bertubi. Matilah.. matilah... macam mana nak buat ni? Ruang yang ada ku tawaf berkali-kali.. Jari jemari pula  ku tarik satu persatu cuba memikirkan dengan apa harus aku bertindak. Alamak..... mati!
“Karina, you buat apa di sini?” Victor yang sudah berdiri di tepi dinding membelakangi ku, menegur tanpa isyarat. Kus semangat!
“Hessy, you ni Victor! Terkejut I,” gumam ku sambil menjeling tajam ke arahnya. Victor tersenyum nipis lalu bersuara.
“Jangan marah-marah cik Karina, I ni bakal suami you.” ujarnya seraya ketawa halus.
“Shhhhhh...” aku beri isyarat dan Victor segera menekup mulut.
“You ni, nanti my parents dengar. Habislah you,” ucapku terus tersenyum dalam diam. Hesyy.. kalaulah Victor jadi menantu ayah, hai alamat terbaliklah bumi. Hehehe.
“Kar, kenapa you gelak sorang-sorang?” Victor menyoal lagi.
“Eh, mana ada! I tersenyum saja.”
“Senyum untuk apa?”
“Senyum untuk joke you tu!”
“Bagaimana, kalau joke I jadi kenyataan. Lagipun ibu you sukakan I.” Gumam Victor sembunyi senyum, dari ekor mata ini dapat ku lihat dia menggigit bibirnya sendiri. Bermakna, Victor sudah mendengar segala-galanya. Hessyyy malunya aku!
“Karina.. you blushing.” Tegur Victor gemersik dan serentak itu juga aku kembali memandangnya, manakala tapak tangan pula sudah hinggap ke wajah. Meraba pipi sendiri. Merahkah!
“Karina? Hey...” bunyi jari dipetik menerpa pendengaran dan ketika itu jugalah aku kembali sedar. Pantas bibir memberi respon!
Yes, “Victor!” aku seru namanya lalu berpura-pura ceria. Wajahnya ku renung dengan pandangan bercahaya.
“You okey?”
“Tak!”
“Why?”
“Ayah I suruh you jadi bilal!”
“Bilal? Bilal tu apa?”
“Eh. Bilal pulak!” Aku tepuk dahi. Victor pula  menggeleng perlahan. Namun anak matanya masih fokus ke arah ku.
“Salah tu, bukan bilal. Actually... my dad suruh you jadi imam solat berjemaah.” Tukas ku memperbetulkan kenyataan sendiri.
“Imam? I jadi imam?” Victor tunjuk dirinya sendiri. Macamlah dia muslim yang dikerah mengimamkan makmum!  Pandai berlakon budak ni!
“Yes, imam!” angguk ku mengiyakan pertanyaanya. Ternyata lelaki ini terperanjat dan aku harus meredakan. Tak fasal-fasal, dia sakit jantung aku juga yang susah.
“Victor, pandang muka I.” Dia menurut sahaja.
“Sila bertenang, dengar apa yang I akan cakapkan.” Seru ku menarik perhatiannya untuk menjelaskan bagaimana solat itu didirikan.
“Yup?” dia jongket kening sambil memerhatikan aku tanpa lepas.
“You tahukan orang Islam wajib bersolat.”
“Yes, I tahu. Okey, then?”
“Ayah I request agar you jadi imam, berdiri di barisan hadapan menjadi ketua solat! Ayah I jadi makmum, you pula jadi imam. Dengan makna kata yang lain, you bertanggungjawab memimpin solat berjemaah.” Aju ku menerangkan serba sedikit solat yang ku maksudkan.
“Imam solat berjemaah? Imam yang macam dalam TV tu?” Ulangnya lagi, aku pula menjatuhkan kepala. Mengesahkan semuanya.
“I jadi imam macam dalam masjid tu?” soalnya lagi.
“Yes!” angguk ku kali ini cukup bersemangat. Sah, Victor menonton siaran langsung solat Jumaat di TV 1.  Bagusnya dia, susah nak jumpa lelaki bukan Islam yang menonton siaran langsung solat Jumaat.
“No.. no...  Ini sudah cukup menggerunkan!” Ulasnya seperti seorang anak muda yang dipaksa menjadi imam solat jumaat.
“Tahu pun gerun, so macam mana?”
“Don’t know! Matilah I.” Gumam Victor gelabah! Hesyy dia ni, macamlah dia betul-betul bersolat. Overnya melebih-lebih pulak, maka dengan itu aku harus menyelamatkan Victor. Dia perlu dilarikan seketika!
“Victor, you jangan mati. Apa kata you ikut I keluar. Atau pun, you memerap dalam bilik air lebih kurang dua jam. Daripada tunggu you yang berjam-jam dalam bilik air, mesti ayah I akan solat dulu.” cadang ku disambut gelengan Victor.
“I tak suka toilet.. toilet kan tempat syaitan bersuka-ria. Ishh busuklah!” ucap Victor menjadikan aku terfikir lagi. Berkedut dahi aku! Tempat mana harus aku sembunyikan si tampan Victor ni? Hesyy pening pulak kepala ni!
“Ha.. apa kata you ikut I sekarang!”
“Kemana Karina?”
“Kita keluar dan beli barang sikit! Nak tak?”
“Eh, boleh ke macam tu. Your dad kan suruh I jadi imam?”
“Victor, kalau I tak bawa you keluar.. habislah you kena jadi imam sekejap lagi! Hesyy you ni kan, bersungguh-sungguh nak jadi imam. You terlupa yang you tu bukan muslim. Tak boleh solat, berdosa!” ujar ku disambut senyuman manis Victor.
“Sorry Karina. I betul-betul terlupa,” gumamnya perlahan.
“You ni.. muda-muda lagi dah ada penyakit nyayuk! Bahaya tau, hinggakan agama you sendiri pun, you boleh terlupa.” Omel ku lagi.
Victor masih tersenyum dan terus tersenyum sehinggalah ayah datang menegur. Senyuman manis itu lenyap dengan tiba-tiba.
“Sudah kenapa dengan kamu berdua ni? Yang sorang tersenyum, yang sorang lagi terkebil-kebil. Bersiap, kejap lagi masuk waktu zuhur. Berjemaah bersama-sama, Hanan jadi imam!” tukas ayah membisukan dunia ku dengan tiba-tiba. Segala bunyi-bunyian tadi, melenyapkan mainan di halwa telinga. Matilah aku.. matilah aku, macam mana nak buat ni! Kalau berterus terang, ayah akan tahu yang Victor bukan orang Islam. Dan lebih parah andai ayah mendapat tahu aku mengupah lelaki ini sebagai kekasih, demi membohongi dirinya. Jika tidak berterus terang pula, aku sudah dianggap mempersendakan agama dengan membenarkan Victor bersolat. Aduhai... tolong aku Ya Allah!
“Pak cik, saya minta maaf. Saya masih belum mampu menjadi imam. Rukun solat pun, masih belum sempurna.” Tutur Victor menghalau sepi yang bertamu. Aku menarik nafas sedalamnya, lalu ku hela panjang. Mesti ayah tidak menyangka aku membawa pulang seorang lelaki yang tidak cukup didikan agamanya sebagai bakal menantu.
‘Maafkan anakkanda mu wahai ayah, Karina terpaksa buat semua ini demi menolak jodoh aturan ayah.’ Itu desis hati seorang anak yang tidak rela dinikahkan dengan pilihan bapanya. Oleh kerana itu, aku terpaksa meminta bantuan Victor sebagai kekasih palsu.
“Tak sempurna lagi?” nada tinggi ayah membawa aku pulang ke alam realiti. Ayah sudah bersoal jawab. Aku pandang ayah dan Victor silih berganti. Tiba-tiba sahaja perasaan bersalah ini muncul tanpa dipinta.
‘Victor, maafkan aku kerana melibatkan dirimu di dalam cerita tiga segi ini.’ Hati ku kembali berbisik. Pandangan sayu ini ku hala ke arahnya. Dia tersenyum pada ku, sebelum membalas pertanyaan ayah.
“Belum lagi pak cik, tapi sedang berusaha untuk menyempurnakannya.” Tukas Victor tenang.
“Habis, solat kamu cukup ke tidak?”
“Setakat hari ni, masih ada dua atau tiga waktu yang tertinggal. Tapi, saya cuba penuhi dengan sebaik mungkin.” Terang Victor membuatkan aku tersentak. Sudah kenapa dengan mamat ni, tak payahlah over acting! Nanti ayah suruh baca doa iftitah karang, jenuh menjawab.
“Umur kamu berapa?” nada ayah semakin tegas.
“27 pak cik.” Tenang sungguh lagak gaya Victor walaupun dirinya sedang berdepan dengan askar pencen.
“27? Tapi solat masih belum penuh?” soal ayah tidak percaya. Tapi aku percaya, Victor memang tidak pernah bersolat. Dia bukan muslim!
“Ya, pak cik. Saya masih belajar.” Ungkapnya sebaris.
“Kamu tahukan, apa amalan pertama yang dihisab?”
Victor geleng kepala, aku pula statik tidak berganjak.
“Solat! Amalan solat yang akan dihisab apabila kita mati nanti!”
“Terima kasih pak cik, hari ni saya dapat satu maklumat baru.”
“Ini bukan maklumat! Ini ilmu!” tiba-tiba sahaja suara ayah melengking tinggi. Aku sudah tidak mampu berlama-lama di sini. Kasihan Victor yang menjadi kambing hitam.
“Maaf pak cik, saya tak tahu!”
“Kamu ni sekolah ke tidak?”
“Sekolah!”
“Habis tu? Kenapa perkara asas rukun solat pun tidak tahu?”
“Saya baru belajar pak cik!”
Ayah hanya menggeleng kepala. Mungkin kesal dengan tahap ilmu agama yang ada pada bakal menantunya itu! Bakal menantu yang tidak mungkin jadi menantu!
“Pak cik nak bercakap dengan kamu! Hanya kita berdua! Dan kamu Karina,” seru ayah ku balas dengan mimik wajah seorang manusia yang sedang dilanda kesedihan.
“Buat muka sedih pulak,” ayah menegur lalu menyambung semula bicaranya. “Pergi ke dapur, tolong ibu! Sekarang, ayah nak cakap dengan Hanan!” tegas ayah mengarahkan agar aku berlalu dari situ. Dengan hati separa rela, aku menyuarakan kepatuhan.
“Baiklah yah!” angguk ku seraya memerhatikan Victor. Riaknya bersahaja namun aku tahu dia terasa dengan ketegasan ayah.
Dengan perasaan yang haru biru, aku melangkah ke dapur. Memberi ruang kepada dua lelaki berbicara.

12 comments:

  1. tak sabar nak tahu yg seterusnya. cepat2 masukkan entry ye kak Ai.

    ReplyDelete
  2. Yup best ni...cepat2 up lagi ye Aulia...

    ReplyDelete
  3. next entry... x sabar nk tahu keadaan victor. mmg budiman sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tq.. insyallah nnti saya update lagi k :)

      Delete
  4. i fall in love wif this character...
    something new happen.. keep in up writer. chaiyok..

    ReplyDelete
  5. Victor ni agaknya memang islam kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng.... tungggu la :)

      Delete

Sign In