Thursday, 23 January 2014

YANG BUDIMAN BAB 6




BAB 6 : BUDIMAN

“Victor, tadi my ayah cakap apa pada you?” soal ku seraya menyaingi langkah anak cina campuran ini menuju ke halaman rumah. Seperti selalu, Victor akan membalas pertanyaanku dengan senyuman manisnya. Sejurus itu, barulah bibir itu berkata-kata.

“Your ayah cakap, dia tak kisah kalau I tak pandai. Tapi harus belajar dan sentiasa belajar untuk perbaiki kekurangan dalam ibadat solat.” Jawab Victor tenang.
Aku yang mendengar ketawa lucu, serius benar Victor berkata-kata.
“Kenapa you gelak?” soalan itu meluncur laju dari celahan bibirnya. Bersama senyuman yang bersisa, aku menggeleng kepala. Memberi jawapan melalui isyarat badan.
“Salah ke apa yang I cakapkan tadi?” Soalan itu pula yang menyusul dari bibir merah sensual itu. Aku geleng lagi!
“You tak salah apa-apa, yang bersalah adalah I. I libatkan you dalam urusan peribadi dan secara tak langsung you terheret dan terpaksa menipu. I minta maaf Victor, tak sepatutnya hal sebegini berlaku. Seolah-olah I mempersendakan hukum-hakam. Bermain-main dengan agama sendiri.” Luah ku jujur dari hati.
“Karina,” Victor seru nama aku dan ketika itu juga aku mendengar dia menghela nafasnya dengan agak panjang.
“Karina, listen to me.” Gumamnya tegas dan waktu ini kami sudah berhenti melangkah. Masing-masing berhadapan di antara satu sama lain.
“Jangan salahkan diri you, I pun turut bersalah. Macam nilah, apa kata kita lupakan semua ni dan esok pagi you kena bawa I ke surau. Ayah you kata pada I tadi, esok  ada majlis perarakan Maulidur Rasul dan juga ceramah. I teringin nak pergi, teringin pakai baju melayu, bersampin dan bersongkok. Mesti I nampak lain kan?” tukas Victor bersama senyuman yang menawan.
“You nak pergi? Kalau mereka suruh you berselawat macam mana?” soal ku risau.
“Entah,” dia jongket bahu. Tiada jawapan untuk pertanyaan aku.
“Tak payahlah pergi, nanti semakin merumitkan keadaan.” Pujuk ku agar Victor membatalkan hasratnya.
“I nak pergi, your ayah dah janji nak bawa I.” Ujar Victor berdegil. Ternyata, keinginan lelaki ini memeranjatkan aku. Bagaimana harus ku pujuk lelaki ini. Tiba-tiba sahaja, rasa kesal itu datang.
Itulah, kau Karina! Suka bermain api, sekarang kau dah hampir terbakar tau! Inilah akibatnya kalau suka berbohong!
“Karina, are you  okay?” soalan Victor menyedarkan aku yang semakin dihimpit perasaan berdosa. Aku angkat wajah, rautnya yang tenang ku perhatikan tanpa lepas.
“Victor,” seru ku pendek.
“Yes?” Dia menyahut bersama kening kanan yang dijongket tinggi.
“Victor, you tak perlu ikut semua kehendak ayah I. Apa kata, kita balik saja. I tak sanggup berbohong pada mereka. Please,” gumam ku merayu dirinya agar menurut kehendak aku dan melupakan pelawaan ayah.
“Karina, I cuma nak pergi, lihat dan merasa sendiri sambutan Maulidur Rasul. Don’t worry, I boleh handle semua ni. Relax okey?” Pujuknya pula. Tetapi, aku sudah tidak mampu berdiam diri dengan penipuan sendiri.
“Victor,” seru ku masih mencuba.
“Yes, my dear friend?” senyuman itu tersungging lagi. Kali ini tampak lebih manis apabila anak mata Victor mengecil sedikit. Mungkin silau dengan cahaya matahari yang terang.
“Kita balik, tak perlu tunggu hingga esok.” Pinta ku lagi.
“I teringin,” sahutnya persis orang mengidam pula. Ishh, geramnya aku!
“Jom, ikut I ke pekan. Cari baju melayu!” Ucapnya menukar topik perbualan, lantas membuatkan aku terus sahaja terdiam. Cukup bersungguh!
“Jomlah Miss Karina,” serunya sekali lagi dan aku menggeleng enggan. Victor pula terus sahaja menyambung bicara.
“I dah tolong you, apa kata you pula tolong I. Tolong carikan baju yang sama warna dengan baju raya you. Boleh kita pakai dan nampak sedondon esok pagi!” luahnya lagi.
“Boleh ya, Karina. Jangan hampakan permintaan I untuk pertama kalinya.” Pohon Victor mengharap.
“Are you serious, Victor?”
“Yes I am!”
“What to do... jomlah!”
“Okey, jom!”
“Right now?”
“Yes of course, my dear friend.” Balas Victor menyebut kembali perkataan itu.
“Kali ni saja okey,” aju ku mahu dia berjanji.
“Yes, Madam to be!” Hamburnya membuahkan senyum di pinggir bibirnya sendiri. Aku pula sudah menjegil mata kearahnya, berpura-pura marah dengan gurauan seperti itu.
“Suka bergurau macam tu, kalau I kecik hati nanti, baru you tahu macam mana susahnya nak pujuk I.” Tukas ku sambil meneruskan langkah ke pintu pagar. Mendekati pohon jambu air di luar sana.
“I tak tahu memujuk, tapi apa yang nyata I merupakan seorang individu yang suka dipujuk.” Balas Victor turut mengekori langkah ku dari arah belakang. Meninggalkan rumah papan yang sudah diubah suai seperti chalet itu jauh ke belakang sana.
“Victor,” seru ku menarik perhatiannya seketika.
“Yes, Madam to be.” Usik lelaki ini lagi. Tapi, aku tak gembira. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana, malam ini malam yang bakal mempertemukan aku dengan keluarga lelaki yang mahu masuk meminang diriku. Ah, serabutnya!
“Karina, I tersilap cakap ke?” Victor menyoal perlahan. Aku hela nafas ku seketika sebelum mengalih pandangan ke arahnya.
“Maaf Victor, I tak suka you cakap macam tu. Please, jangan cakap macam tu lagi ya.” Gumam ku separuh merayu. Lelaki itu hanya tersenyum dan mengangguk sekali.
“Okey, I tak sebut lagi!” Ujarnya tenang. Kaki terus sahaja dihayun dan dengan bersahaja aku membalas bicara Victor.
“Thanks!” ucap ku ringkas.
“Eh, tadi you panggil I kan? Ada apa ya?” Victor bertanya lanjut. Aku tersenyum sebelum mengunjuk jari ke arah pohon jambu air yang lebat dengan buahnya.
“Boleh tolong ambilkan? I tak sampailah,” pinta ku padanya. Walaupun untuk menyentuh buah yang paling rendah.
“Yang mana?” Victor bergerak ke hadapan betul-betul dibawah pokok jambu yang merimbun.
“Yang rendah sekali,” balas ku masih memerhatikan buah jambu yang bergayutan.
“Yang ni?” Victor menyentuh dengan mudah. Alahai, inilah untungnya kalau dikurniakan ketinggian persis model. Tak perlu berdiri melalui hujung jari kaki, cukup dengan menghala tangan dan memetiknya. Mudah! Kalaulah aku, mahupun along pasti tangga pendek di belakang rumah sudah ku angkut demi memetik buah yang masak ranum.
“Nak berapa banyak?” dalam pada leka memetik, Victor masih sempat bertanya. Aku segera menyahut ringkas.
“Ambillah dua tiga tangkai, lepas ni kita cicah dengan kicap. Nak tak?” cadang ku sambil menyambut huluran lelaki itu.
“You pernah makan?”
“Makan apa?” soal Victor lurus.
“Makan jambu cicah kicap bersama cili padi?”
“Tak pernah! I tak makan pedas, nanti cepat tua!” Gumam Victor tekun memetik buah jambu. Sedikit pun tidak dipandangnya aku yang berdiri di belakangnya.
“Makanan pedas tak elok untuk kesihatan! Boleh memberi kemudaratan kepada perut.” Tokoknya lagi.
Aku diamkan sahaja, pertama kali mendengar fakta, makan sesuatu yang pedas akan mempercepatkan proses penuaan, dan agak tidak selamat untuk perut. Pertama kali! Selalunya, merajuk sahaja yang dikaitkan dengan masalah penuaan. Hari ini membuktikan, makanan pedas juga berpotensi menyumbang kepada faktor tersebut. Gerun!

Melihat Victor seolah-olah dirasuk hantu jambu, aku segera mendekati dirinya lalu menarik perhatian dia yang begitu asyik memetik.
“Victor,” seru ku sambil berdiri di hadapan dia yang mendongak memerhatikan buah-buah jambu yang bergayutan. Tak ingat dunia hingga aku yang lebih jambu daripada jambu-jambu di atas sana, tidak dipandang lagi.
“Yes?” Sahutnya masih dalam keadaan yang serupa.
“I rasa dah terlalu banyak, apa kata kita makan dulu. Nanti, kalau tak cukup kita petik lagi.” Ujar ku sambil memerhatikan tangan kanan dan kiri yang sudah penuh.
“Cukup banyak tu?” soalnya seraya mengalih pandangan ke arah ku.
“I rasa dah banyak, kita makan dulu okey.” Cadang ku disambut anggukan kecil darinya. Sejurus itu, Victor menghulur tapak tangan. Meminta agar jambu yang penuh di tapak tangan ku,  diberikan kepadanya.
“Biar I bawa separuh,” ajunya masih menanti aku memindahkan gugusan buah jambu kepadanya.
“Nah, ambil yang ni! I bawa yang ini,” balas ku seraya menyerahkan ranting kecil yang dipenuhi buah-buah bewarna merah jambu itu kepadanya. Sebahagian lagi masih berada di sebelah tangan kiri ku.
“Amazing, selalunya I dengar perkataan jambu dan merah jambu. Now, I sendiri dapat sentuh, rasa dan lihat warna merah jambu dan juga bentuk jambu yang sebenarnya. Intresting!” komen Victor pada buah jambu. Jambu yang selalu diguna pakai kepada lelaki yang berwajah comel.
“Hurm..... I tak sabar nak mencicah! Jomlah!” Gumam ku seraya tersenyum senang. Victor pula sudah menggeleng sambil mengikuti langkah ku menuju ke bawah rumah. Di situ ada pangkin untuk kami berehat-rehat.
“Malam ni, mereka akan datang meminang I.” Perkara yang menjadi punca mengapa Victor berada di sini, pada hari ini ku suarakan berhati-hati.
“Really? You sudah bersedia?” Victor yang menyaingi langkah ku tenang bersuara. Aku pula, menggeleng perlahan. Dari jauh, anak mata masih menancap rumah papan yang didirikan di atas sekeping tanah lot. Rumah papan yang diubahsuai seperti bentuk chalet ini telah beberapa kali menjadi saksi aku dipinang orang sebelum-sebelum ini.
“You tak suka?”
“I belum bersedia!”
“Why?”
“I lebih sukakan lelaki yang I pilih sendiri!”
“You jumpalah lelaki tu dulu, siapa tahu you boleh jatuh cinta pandang pertama. You cuba okey.”
“I tak nak! I tak mahu.”
“Karina, kasihankan parents you. Jangan malukan mereka. I percaya you seorang anak yang baik, patuhi kehendak mereka dan cuba penuhi impian mereka.”
“I tak mampu, Victor.”
“Karina, kalau I ada ibu dan bapa.. Kalau mereka masih hidup,  I akan cuba bahagiakan mereka. I janji, I akan dahulukan mereka dalam apa jua keadaan.” Lelaki ini menghentikan bicara. Nafas ditarik lalu dihela panjang. Sesekali, telingaku menangkap keluhan kecil Victor.
“Tapi sayang, I tak berpeluang untuk buat semua tu. I kehilangan mereka sebelum I mampu memberi kebahagian kepada mereka. I harap, you terima kehendak ibu bapa you. Mungkin dengan restu mereka, you lebih bahagia.” Victor memujuk aku. Riaknya tenang, namun dari pandangan mata itu aku tahu Victor menyembunyikan kerinduannya kepada ibu bapa yang telah pergi terlebih dahulu. Simpati ku tumpah buat Victor yang kehilangan ibu bapa sejak 15 tahun lepas. Namun dia seorang yang tabah dan cekal! Aku kagum dengan keperibadiannya.
“Terimalah pilihan mereka.” Lelaki ini menggumam.
“I akan cuba,” sahut ku perlahan.

4 comments:

Sign In