Thursday, 30 January 2014

YANG BUDIMAN BAB 7



Tepat pukul 9.30 malam, rombongan meminang tiba di halaman rumah. Aku yang sudah lengkap berbaju kurung dan bertudung biru cair, hanya mampu mengintai dibalik langsir yang dilepas bebas.

“Karina, nanti buat air dan hantar ke depan ya.” Gumam ibuku sebaik sahaja dirinya muncul di ruang dapur. Victor pula, hanya senyap menjadi pemerhati.
“Ha, Hanan.. kalau tak keberatan, datanglah ke depan. Temankan Pak Cik dan Mak Cik.” Ujar ibu mengalih perhatiannya kepada Hanan ciptaan ku.
“Baiklah Mak Cik, tapi okey ke saya pakai macam ni?” soalnya lalu memerhatikan batang tubuh sendiri. T-shirt berlengan pendek tanpa kolar, berserta seluar jeans.
“Eh, okey! Kemas,” sahut ibu segera.
“Datang ke depan ya,” gumam ibu lagi. Dan Victor terus sahaja mengangguk setuju.
Sebelum dia berlalu mengekori langkah ibu dari belakang, aku bersuara menahan tingkahnya.
“Orang tu nak pinang I.”Aju ku bernada pilu. Tiba-tiba sahaja rasa sebak, mungkin kerana aku masih belum sedia untuk berkahwin dan terikat dengan komitmen terhadap rumah tangga.
“You patut bersyukur, Karina. Bukan mudah untuk seorang gadis itu hendak dipinang lelaki.” Victor cuba memujuk.
“Tapi, I tak suka.” Balas ku pendek.
“Cubalah dulu, kenal-kenal. Kalau dah jodoh, you tak suka sekalipun pasti akan terkahwin juga. Betulkan apa yang I katakan tadi?” Victor memandang diriku dengan pandangan bercahaya.
“Semua yang you katakan tadi, betul belaka. Tapi I betul-betul tak boleh terima. Please larikan I dari sini.” Rayuku meminta ehsanya. Ternyata Victor tersentak dengan permintaan ku. Dengan segera dia memperkemaskan kedudukan dan diriku di renung sedalam-dalamnya.
“Karina,” serunya pendek. Namun gemersik menampar halwa telingaku.
“You tak boleh buat macam ni. Melarikan diri bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik. You masih ada cara untuk menolak, tapi bukan dengan cara seperti ini. Ingat Karina, jaga air muka parents you. Kasihankan mereka,” tekan Victor panjang lebar.
“I tak mahu!” Adu ku sebak.
“I faham perasaan you, tapi you kena berdepan dengan bakal suami you dulu. Lepas tu, kalau you tak suka, berterus terang dan tolak secara baik. Mudahkan?” Hamburnya lagi. Aku diam membungkam diri. Kolam mata kembali bergenang, tambahan pula ayah tidak memberi ruang kepada ku walaupun telah ku angkut Victor pulang bersama. Dengan harapan, peminangan ini tidak akan berlaku. Ternyata aku silap, ketegasan ayah tiada siapa mampu menghalangnya hatta lelaki sekacak Victor yang ku persembahkan kepadanya.
“Jangan menangis Karina, muka you comot.” Senyum Victor menerpa pandangan mata ini. Manis sungguh! Aku juga tersenyum mendengar bicaranya. Perlahan-lahan kelopak mata yang bergenang, ku seka dengan jari jemari.
“Senyum sikit,” pintanya lagi. aku hanya menurut dan mengukir senyuman kepadanya.
“See.. cantik pun! Oh ya, ‘ibu ‘kita’ suruh you buat air. Jangan lupa hantar ke depan. I pun teringin rasa air yang you buat. Sedap ke tidak, manis ke tawar... I akan tunggu.” Lelaki itu memandang ke muka pintu sebelum kembali menancap raut wajahku.
“You nak minum air apa?” Soalku menyimpan rasa bahagia apabila Victor membasahakan ‘ibu kita’ seketika tadi.
“Kopi!”
“I akan buat kopi yang paling sedap untuk you.”
“Karina, you nak pikat I atau nak pikat bakal suami you?” Soalan Victor memerangkap diriku. Tambahan pula apabila dia tersenyum sebegitu.
“Err.. I tak nak pikat siapa-siapa.” Jawab ku tersangkut-sangkut. Namun ku akui, hati ini berbunga riang.
“Okey, I tak kisah. Kalau you nak pikat I, silakan. I terbuka untuk semua tu.” Victor tersengih sebelum menyambung semula bicaranya. “Lupakan apa yang I cakapkan tadi, so I pergi ke depan ya. Jangan lupa buat kopi untuk bakal suami you.” Dia bersuara sambil mengeyit mata kanannya padaku. Oh my God, kenapa sweet sangat!
Usai lelaki itu berlalu ke depan, telinga ku menangkap riuh rendah orang berbual. Pasti mereka sudah naik ke atas. Tanpa berlengah, teko seramik ku gapai, lalu uncang kopi serta gula ku masukkan ke dalamnya. Tidak membuang masa, air panas yang sudah lama mendidih ku tuang cermat. Sesudah itu, ku kacau hingga aroma kopi naik ke udara. Sudah sebati gula dan kopi, aku gapai penutup teko lalu ku letakkan di tempatnya. Sejurus itu, cawan dan piring ku susun rapi, puding dan kuih-muih yang dibeli petang tadi ku letakkan di dalam piring besar.
“Karina, bawakan air.” Seru ayah dari dalam sana.
Mendapat isyarat itu, aku segera menatang dulang berisi teko dan juga cawan ke dalam ruang tamu. Victor yang melihat segera bangkit dan mendekati ku hingga ada bisik-bisik halus menyapa halwa telinga.
“Ada lagi yang perlu dibawa?” Lelaki ini cukup prihatin.
“Ada, puding dengan kuih!” Jawabku perlahan.
“I tolong bawakan!” Tawarnya bernada perlahan.
“Baiklah,” angguk ku setuju dengan kehendaknya. Victor terus sahaja ke dalam manakala aku pula bergerak masuk ke ruang tamu. Di sana, kelihatan seorang lelaki muda diapit dua lelaki sebaya ayahku. Manakala di sudut kanan pula, kelihatan empat orang wanita pertengahan 30-an dan 50-an. Pasti kaum  kerabat mereka! Di hadapan mereka pula, terlihat dua tiga bungkusan berbalut reben dan juga bunga hiasan.
Sesudah itu, meja berbentuk empat segi ku hampiri lalu kopi ku tuang penuh cermat.
“Jemput minum,” seruku pada mereka semua. Senyuman ku lempar semanis-manisnya. Faham dengan isyarat mata ibu, aku segera mendekati tetamu wanita dan terus sahaja bersalaman.
“Inilah Karina, anak perempuan tunggal kami.” Terang ibu kepada rombongan itu menjadikan aku objek untuk terus diperhatikan.
“Cantik orangnya,” puji satu suara. Yang seorang lagi berbisik-bisik sambil tersenyum senang.
“Kalau boleh, kami mahu menyunting bunga di taman. Sebelum menyunting, bolehlah kiranya kami tahu empunya diri sudah berpunya ataupun tidak?” Wakil lelaki yang paling tua bertanya lanjut.
Aku yang sudah selesai bersalaman segera meminta diri untuk masuk ke dalam dapur. Ketika itu jugalah Victor berselisih bersama talam yang penuh dengan kuih muih. Lelaki itu hanya tersenyum dan mengerdipkan anak matanya kepada ku. Mengada-ngada!
“Oh ya, yang ini siapa pula?” Dari dalam dapur aku mendengar pertanyaan itu.
“Ini anak angkat kami!” Sahut ibu bersama tawa halus. Ayah juga menyahut mengiyakan! Hanya aku sahaja yang tidak tahu Victor sudah dinaikkan pangkat menjadi sebahagian daripada keluargaku. Ish, sungguh tak patut!
“Kacukan ya?” soalan itu pula menyusul. Tenggelam sudah  tujuan utama kedatangan mereka. Perlahan-lahan aku singkap langsir pintu, mencuri pandang ke dalam ruang sana.
“Adalah sikit-sikit.” Angguk anak angkat ibu tertib.
 “Oh, fasih berbahasa Melayu ya.” Mereka memuji lagi.
“Bolehlah sikit-sikit.” Balas Victor merendah diri.
“Nak kata macam cina tak macam cina, nak kata melayu tak jugak. Islam ke tidak?” soalan itu mendebarkan dada ini dengan tiba-tiba. Entah apa jawapan yang bakal Victor berikan,  aku tidak pasti.
Suasana hening kembali. Pasti Victor sedang memikirkan jawapan terbaik.
“Bukan Islam ya?” Mereka meneka disaat lelaki itu sepi tanpa sepatah kata. Dari ruang dapur, ku lihat Victor menggeleng kepalanya. Lalu bibir merah sensual itu bersuara perlahan.
“Saya Islam!” Tegasnya mengejutkan aku. Ya Allah, ampunkan aku di atas segala dosa ku kala ini. Victor mengaku dirinya muslim, sedangkan hakikat sebenar dia bukanlah seagama dengan ku.
“Maaf ya, bertanya soalan yang bukan-bukan.” Mereka meohona maaf kerana terlanjur bertanya. Pasti menyangka Victor adalah penganut Islam yang datang dan lahirnya dari keturunan ibu bapa yang bergama Islam seperti ku. Namun hakikat sebenar, Victor bukan sealiran. Dia bukan Islam. Di dunia ini, hanya ada dua nikmat iaitu nikmat Islam dan nikmat iman. Victor tidak memiliki kedua-duanya hinggalah dirinya bertemu hidayah suatu hari nanti. Mudah-mudahan begitulah!
“Namanya apa?” tetamu wanita pula menyoal. Tersenyum-senyum, mungkin mahu menjadikan Victor sebagai menantunya barangkali.
“Hanan!” Jawab bibir itu tenang.
“Sedap,” puji mereka lagi dan Victor terus sahaja tersenyum.
“Eh, dah kelaut kita semua ni. Apa kata kita sambung semula pokok pangkal kedatangan kami di sini.” Hambur lelaki tua bersebelahan lelaki muda itu menggamatkan suasana. Ada tawa dan bicara yang berselang seli.
“Eloklah tu,” balas ayah turut ketawa.
“Ini anak kami, Zafran. Kerjanya sebagai pilot.” Terang lelaki yang mungkin juga bapa kepada pemuda itu. Sebaik sahaja bicaranya berakhir, sesuatu yang aneh menujah ke minda ini. Kerjayanya bagus, dan mengapa jodohnya ditentukan oleh orang tua? Pasti ada yang tidak kena!
 “Kami berkenan dengan anak Haji, kalau boleh mahu dijadikan menantu!” Sambung tetamu wanita itu pula, pasti ibunya.
“Karina memang tidak berpunya, tapi kami perlu dapatkan persetujuannya juga.” Balas ayah bersama ucapan yang tersusun rapi. Ibu pula mengangguk mengiyakan setiap patah perkataan yang keluar dari kedua ulas bibir ayah. Manakala, Victor hanya senyap menjadi pemerhati.
“Asyik bercakap dari tadi, apa kata kita minum dulu. Sambil bersembang bolehlah jamah kuih ni.” Pelawa ayah lagi dan mereka semua tersenyum smabil meangguk.
Aku kembali semula ke meja makan di tengah-tengah ruang dapur. Kerusi ku hampiri dan punggung ku labuhkan cermat. Memikirkan masa hadapan sekiranya aku bersuamikan seorang juruterbang. Kerjayanya nampak gah, namun apakah aku akan bahagia berumah tangga dengannya nanti. Lelaki setampan Zafran, tidakkah punya kekasih hati? Aku keliru dan aku sukar mempercayainya. Pasti berlaku sesuatu, sedangkan raut wajah lelaki itu sahaja tampak sedikit muram. Adakah dia juga diburu keadaan yang serupa seperti mana apa yang ku hadapi ketika ini? Ya Allah, berilah petunjuk kepada ku.
Berapa lama aku termenung, akhirnya suara Victor menyedarkan ku.
“Karina, mereka nak balik. Ibu kita suruh you bersalam.” Gumam lelaki itu tersengih riang.
“Sekarang?” Soalku pendek. Wajahnya ku renung lama. Tiba-tiba sahaja aku dihambat perasaan malu apabila terkenangkan perkataan ‘ibu kita’. Perkataan yang terlafaz dikedua ulas bibir berlekuk itu. Perkataan ‘ibu kita’ tidak membawa apa-apa makna selain menjadi keterangan bahawasanya Victor diterima sebagai sebahagian daripada keluarga ku.
Yes, right now!” angguk Victor ku balas dengan senyuman. Tanpa berlengah lagi, aku masuk ke ruang tamu seterusnya berhenti di anjung rumah. Bersalaman dengan rombongan mereka yang datang merisik diriku.
“Awak.” Sebaik sahaja aku selesai bersalaman, satu suara menyeru perhatianku.
Aku menoleh, lelaki bernama Zafran sedang tersenyum nipis di sisi ibunya.
“Ini kad saya, kalau tak keberatan boleh saya dapatkan contact number awak?” pintanya sambil menghulurkan kad namanya kepadaku. Lambat-lambat aku menyambut!
“Saya tak ada kad, awak ambillah number saya.” Balasku perlahan. Dia segera mengeluarkan gajednya lalu diberikan kepadaku.
“Nah,” unjuknya. Aku yang keliru memandannya dengan kening yang terjongket tinggi.
“Ambil, dan masukkan nombor telefon awak.” Suruhnya ku angguk perlahan. Gajed bewarna hitam itu bertukar tangan lalu nombor telefon ku masukkan ke dalam senarai kenalannya.
“Terima kasih.” Balas Zafran sebaik sahaja aku menyerahkan semula telefon itu kepadanya.
“Sama-sama!” Zafran meminta izin untuk turun dan aku hanya membalas dengan anggukan kecil. Dari ekor mata, riak Victor ku perhatikan. Betapa tenangnya dia, dan aku pula semakin dihimpit perasaan yang sukar ku tafsirkan lagi.


*

“Karina,  sini tengok cincin risik ni. Cantik tau,” gamit ibu sewaktu aku mahu masuk ke dalam bilik.
“Ayah nak tanya pada Karina, duduklah dulu.” Sampuk ayah pula. Aku yang berkira-kira mahu terus tidur segera mematikan niat. Keduanya ku perhatikan lalu kaki ku hayun mendekati mereka.
“Duduklah dulu,” pelawa ibu ku turutkan. Tanpa banyak kata, punggung ku labuhkan, menghadap kedua-dua insan yang membawa diriku lahir ke dunia.
“Cuba pakai, muat tak?” Ibu menghulur sebentuk cincin belah rotan kepadaku.
Dengan lambat-lambat, aku menyambut. Tanpa perasaan teruja, ku sarung cincin risik itu ke jari. Muat dan padan dengan saiz tangan ini.
“Ha, padan pun.” Ibu tampak gembira. Ayah juga tersenyum senang.
“Karina terima Zafran ya, budaknya baik. Kerjayanya juga bagus, tak salah kalau Karina terima budak tu.” Pujuk ayah cuba menarik perhatianku.
“Betul tu Karina, ibu tengok orangnya nampak baik-baik. Tapi, Karina fikirlah masak-masak! Kalau boleh, buat solat istikharah.” Gesa ibu meredakan sedikit perasaan ini.
“Kalau Karina tak mahu, tak boleh ke?” soal ku cuba mencari ruang penolakan.
“Ayah rasa, Zafran yang terbaik! Atau Karina ada calon lain? Hanan?” Tebak ayah perlahan. bimbang Victor yang sudah tidur mendengar bicara kami lewat malam sebegini.
Aku senyap sahaja dan ayah terus bersuara.
“Hanan tak tahu apa-apa, bagaimana untuk dia bimbing Karina? Mencari suami, biarlah mencari lelaki yang soleh dan mampu membimbing ke jalan Allah. Tentang rupa-paras dan harta benda, itu bukan keutamaan!” ucap ayah lagi.
“Tapi,” belum sempat aku bersuara ayah terlebih dahulu memotong.
“Terima Zafran, dia terbaik untuk Karina.” Putus ayah bertegas dan ibu yang cuba mencelah dihalang oleh ayah.
“Abang buat semua ni, untuk kepentingan anak kita juga. Hanan terlalu banyak kurangnya! Payah anak kita nanti.” Balas ayah menerangkan pokok pangkal mengapa Zafran yang menjadi pilihannya. Dan ku akui kesilapan sendiri, sepatutnya aku memilih Ayie untuk melakonkan watak kekasih upahan. Bukan Victor yang telah ku Islamkan dirinya.
“Karina masuk tidur,”  ucap ku cuba membawa diri bertenang seketika.
“Pergilah, esok kita ada majlis Maulidurrasul.” Ujar ayah turut bangkit.
“Ibu, Karina tidur dulu ya.” Luah ku seraya memandang raut ibu yang sayu. Hanya ibu yang memahami perasaanku, namun seperti mana aku, ibu juga terpaksa menurut kehendak ayah.
Sebaik melangkah ke dalam bilik, punggung ku labuhkan ke birai katil lalu novel yang ku bawa pulang, ku gapai dan ku selak helaian demi helaiannya. Aku mahu mencari tenang dengan mengusir lara ini melalui pembacaan yang telah menjadi hobi ku sejak dahulu lagi.

Tokkk..Tokk.. daun pintu diketuk. Aku yang sedang tekun membaca novel segera menghentikan bacaan. Novel ku tinggalkan dan tanpa berlengah, kaki ku hayun ke pintu.
“Siapa?” soalku dari dalam.
“I!” perlahan dan tidak berapa jelas. Tanpa berlengah, daun pintu ku luaskan.
“Victor!” Wajah lelaki itu terpampang di ruang mata.
“Help me!” tukasnya pendek. 
“Kenapa?” soal ku cemas sebaik melihat riak gelisah lelaki itu. Penuh merah-merah di serata raut wajahnya.
“I perlukan mosquito net!” Gumamnya sambil menampar bahu sendiri. Seketika kemudian, leher pula menjadi sasaran tapak tangan.
“Nyamuk ya?” soal ku pendek.
“Yes! Banyak sangat!”
“Ala.. kesiannya. Kejap ya, I tolong ambil dan pasangkan untuk you.” Senyum ku mengakhiri bicara. Dia ku tinggalkan seketika, lalu kelambu di dalam almari ku dapatkan segera. Sesudah itu, langkah ku atur cermat.
“Habis muka you, dah tak kacak lagi.” Aju ku sebaik sahaja kembali mendekati dirinya. Bilik tidur ku tinggalkan dan kaki ku hayun ke kamar sebelah. Tempat Victor beradu!
“I pasangkan ya,” tawarku padanya.
“Okey,” angguknya yang masih berdiri di tepi pintu bilik.
“Eh, kenapa you tak masuk?” soal ku dalam pada sibuk menggantung tali kelambu. Sesekali aku kerling Victor yang hanya berbaju singlet dan berseluar paras lutut.
“Tak naklah, you kata kalau berdua, pasti ada yang ketiga!”
Gulppp! Aku telan liur sambil memerhatikan sekitar bilik tidur lelaki ini. Bicara Victor ternyata menakutkan diriku. Sudahlah malam, tingkap pula terbuka dan lelaki ini selamba sahaja berbicara.
“You dah okey, Karina?” soalan itu muncul dikala kami sepi tanpa bicara. Aku menoleh ke arahnya, tidak lama kemudian ku tundukkan wajah menancap lantai. Perlahan-lahan kepala ku geleng lemah.
“Sabar okey,” ucap Victor lagi.
“I akan cuba.” Balas ku ringkas.
“Pergilah masuk tidur, esok masih ada.” Seperti biasa lelaki ini akan mententeramkan raga ku yang kesedihan.
“Baiklah, I harap semuanya akan kembali pulih pada esok hari.” Balas ku lebih kepada memujuk hati sendiri.

p/s: pada sesiapa yang mahu dapatkan kompilasi mini novel ini... boleh Pm details anda (nama, alamat, phone no) tentang bayaran akan saya maklumkan kemudian.
semenanjung termasuk postage RM 35/ SS RM 37

 email diri anda di : ahn3914@gmail.com

tentang YANG BUDIMAN, terima kasih sudi luang masa baca kisah ni :)

6 comments:

  1. Kasihan karina. Ayahnya kata mau tanya pendapat kar dulu tapi keputusan sudah dicapai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata nak tanya empunya diri, last2 bapak buat keputusan kan huhuhu

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih.. hannan mmg sweet hoho ;)

      Delete

Sign In