Saturday, 18 January 2014

YANG BUDIMAN BAB 3

PIC hiasan semata2 bukn gmbran watak victor.





YANG  BUDIMAN

“Ya Allah, beratnya kepala aku.” kesan luka di dahi ku sentuh perlahan-lahan. Ada balutan kecil yang mengikat kemas di sekeliling kepala. Sejurus itu, aku yang masih terpejam berusaha membuka kelopak mata.
“Malam ke siang?” soal ku cuba mengingati waktu ketika ini. Dalam aku memanggil memori yang hilang, anak mata yang sudah terbuka ku hala ke persekitaran ruang yang asing.
Tanpa di duga, perasaan cemas mula mengusai diri “Aku dekat mana?”
Serentak itu juga, keadaan diri dan tempat berbaring ku perhatikan silih berganti. Aku masih dengan jaket Victor, dan katil ini bukanlah katil ku di rumah teres dua tingkat. Ini katil yang terlalu mewah pada perkiraan ku. Tebalnya sahaja berinci-inci, persis tilam di hotel-hotel mewah.
“Astagifirullahhalazim, aku dekat mana ni?” selimut tebal ku tolak dan kaku ku jatuhkan ke lantai. Tanpa berlengah lagi, kaki ku hayun mendekati tombol muka pintu. Dengan perasaan berdebar, tombol ku pulas berhati-hati. Tiada apa yang ku lihat melainkan ruang yang ringkas dengan set sofa dan juga home theater.
Kerana bimbangkan keadaan diri, kaki terus ku hayun ke sudut tangga dan ku turuni dnegan segera.
Sebaik sahaja tapak kaki sampai ke anak tangga terakhir, suara seseroang menyapa deria pendengaran.
“Karina, you dah sedar?” soalnya sebaris. Dengan keadaan curiga berbaur cemas, aku menoleh. Victor, dia di sana dengan hanya bersinglet putih dan berseluar tracksuit.
“I dekat mana ni Victor?” soal ku gelisah. Serata ruang itu ku perhatikan tanpa lepas.
“You dekat rumah I, Kar. You pengsan tadi, so terpaksalah I bawa you balik. Don’t worry, I tak apa-apakan you.” jawabnya jujur. Aku perhatikan keadaan diri ku, tiada apa yang berubah. Tiada koyakan di pakaian kesan keganasan seksual apatah lagi tanda-tanda yang menjurus kepada tindakan tidak berhati perut seperti itu.
“Kenapa I pengsang?” dalam keadaan tidak sedar, aku cuba mencari sedikit penjelasan darinya.
“You terlebih dos!”
“I terlebih dos?” soal ku sambil menghala jari telunjuk ke tubuh sendiri. Victor pula mengangguk sambil mengutum senyuman nipis.

 “Kenapa you makan ubat tahan sakit tu melebihi saranan doktor? Kalau terjadi apa-apa macam mana?  Mujur tak serius!” gumamnya masih tenang. Sudahlah aku susahkan dia, kini sekali lagi dia terpaksa susah di atas sikap tak fikir panjang ku. Tapi yang hairanya, dia tak pernah nak marah. Penyabar betul!
“Sorry, Victor. I tak tahan sakit! So, I ambil extra dua tablet. Tak sangka pula boleh pengsan macam ni.” aju ku bersulam nada kesal.
“Anggaplah, ini pengajaran untuk you. Jangan ulangi kesilapan yang sama.”
“Baiklah Victor, terima kasih. Oh ya, you tak apa-apakan I kan?”  soal ku bimbang tentang keselamatan maruah diri. Victor hanya tersenyum mendengar pertanyaan ku.
“Ya, I tak apa-apakan you. Don’t worry, you selamat selagi bersama I Karina. I tak sentuh sesuatu yang bukan kesayangan I. Disebabkan I tak tahu di mana rumah you, jadinya I bawalah you ke sini.” Ucap Victor seraya memasukkan kedua belah tangannya di poket traksuit.
“Thanks Victor. Sekarang pukul berapa? I nak balik,” permintaan itu ku suarakan kepada Victor yang masih berdiri di sudut ruang tamu. Mewah sungguh! Dengan lampu yang bergantungan di siling, hiasan dinding yang berkilauan dan juga lantai yang jernih sudah cukup membuatkan aku terpegun seketika. Nak pijak pun takut, lihat lantai nampak muka sendiri. Heshhy!
“Dah masuk pukul tiga pagi Kar, you nak balik juga?” soalnya mungkin meminta kepastian ku. Dengan sepenuh hati, aku mengangguk lalu bersuara.
“Yes, Victor. I nak balik... abang I mesti risau.” Aju ku tentang along yang sudah tentunya sibuk mencari aku. Sudahlah telefon bimbit hilang, duit juga dikebas orang. IC, lesen dan semua kad bank lesap.
“Apa kata you ambil phone I, call abang you.” Cadang lelaki itu seraya menapak mendekati meja berbentuk empat segi di tengah-tengah ruang tamu yang dikelilingi sofa mewah.
“I tak ingat number phone abang I.” Luah ku jujur. Victor yang sudah mencapai telefon bimbitnya segera menoleh.
“Atau you ingat number phone somenoe yang boleh you call untuk dapatkan contact abang you?” Victor menyoal lagi dan aku yang yakin tidak mampu mengingati apa-apa menggeleng perlahan.
“Okey.. you duduk dulu Karina.” Gamit Victor memberi isyarat agar aku duduk di sofa berdekatan dengannya.
“Karina.. come here, I tak buat apa-apa pada you.” ujarnya lagi cuba menyakinkan diri ku.
“Kalau I ada niat jahat, sejak you tidur lagi I usik you. Don’t worry, you boleh percayakan I, Karina. Hundred percents!” Tokoknya lagi. “Come.” Sekali lagi bibir itu menyeru dan aku akhirnya tewas lalu menapak mendekati sofa yang dimaksudkan oleh Victor.
“You duduk dulu, I ambilkan something untuk you.” Tukasnya sambil berlalu pergi. Aku hanya menurut dan melabuhkan punggung. Sesekali, aku melempar pandangan ke arah Victor yang sudah menuju ke satu lagi ruang. Terlalu luas rumah ini, tetapi sayang hanya Victor seorang sahaja yang tinggal di sini.
“Karina!” Ketika aku sedang asyik memerhati, Victor datang mendekati. Kali ini dia membawa pizza di dalam pinggan, bersama sekotak jus oren.
“Makan dulu, nanti I fikirkan macam mana nak hantar you balik.” Tukasnya sambil meletakkan pinggan di atas meja.
“Makanlah, nanti you sakit.” arahnya lagi dan aku hanya diam tidak berkutik. Harus makan atau pun tidak? Pinggan Victor nampak bersih tapi belum tentu suci. Dia makan yang ‘itu’ ke? Kalau ya, aku tak boleh guna bekas yang serupa.
“Karina, you makanlah! Jangan bimbang, I guna pinggan yang baru untuk you. Tengok ni, dari kotak I pindahkan ke dalam pinggan. So, you boleh makan. Jangan risau ya.” Ucap Victor faham gelodak rasa yang bermain di sudut hati.
“Makanlah, kalau tak makan, nanti you sakit,” gumamnya memujuk.
“Victor..” seru ku seraya memandang raut wajahnya.
“Yes? You tak suka pizza?” dia menyoal segera. Mungkin terkesan dengan riak wajah ku kala ini.
“Bukan.. bukan macam tu Victor.” Aku menghela nafas sebelum menyambung semula.
“Actually, you ni terlalu baik pada I. Sedangkan kita baru sahaja kenal, you layan I seolah-olah kita sudah bertahun-tahun kenal dan bersahabat.  Sedangkan, hakikat sebenar baru dua hari kita berkenalan. I terharu dengan kebaikan you, Victor.” Ujar ku bersama perasaan yang sukar ku gambarkan. Pada pendapat ku, Victor memang seorang lelaki yang budiman, prihatin dan memahami.
“I pun tak tahu, Karina. Ikutkan sifat I yang nyata, I bukanlah individu yang mudah mesra. Mungkin ada sesuatu yang menjadikan kita selesa bersama. Mungkin ada, siapa tahukan?” dia tersenyum senang.
“Thanks, Victor. You memang lelaki baik, susah nak jumpa lelaki macam you sekarang ni.” pujiku ikhlas dan Victor terus sahaja ketawa. Terserlah barisan gigi yang tersusun rapi.
“You are welcome, Karina. Makanlah, jangan risau tentang halal haram. I jaga sensitiviti orang Islam seperti you.” Gumamnya membuatkan aku semakin senang bersahabat dengan lelaki seperti Victor. Dia memahami!
Dengan lafaz basmallah, aku menjamah pizza yang disediakan oleh Victor. Sudah sejuk, mungkin sudah terlalu lama dipesan. Tetapi kenapa tidak Victor panaskan di dalam microwave? Oh, aku terlupa, mungkin microwave pernah digunakan untuk memanaskan daging haiwan yang haram untuk ku jamah.
“I terbaca dalam satu newspaper, kalau tetamu datang. Kita wajib melayan tetamu kita sebaik mungkin. Kerana kedatangan mereka, menghapuskan dosa-dosa tuan rumah. Betulkan apa yang I baca?” soalan Victor membuatkan aku tersedak dengan tiba-tiba. Alahai.. bila Victor tanya soalan tasawwur sebegini, jenuh aku nak jawab!
“Juice!” hulurnya ku sambut dan ku sedut pantas. Dada ku tepuk perlahan-lahan menghilangkan rasa pedih tersedak seketika tadi. Semuanya gara-gara soalan Victor yang menguji minda dan pengetahuan aku.
Sebaik lega, aku halakan pandangan ke raut wajah itu. Dia tersenyum dalam diam.
“I rasa, memang betul apa yang you baca tu. Takkanlah editor newspaper tu hendak menipu you pulakan?” aku balas dengan jawapan yang juga menguji mindanya.
“Oh, I see! Lepas ni, bolehlah you datang selalu ke rumah I. At least, dosa-dosa I terhapus sedikit demi sedikit.” Gumamnya memanjangkan semula cerita yang cuba ku hentikan. Karina, sila patahkan hujahan beliau!
“Victor, I tak boleh selalu datang ke rumah you. You tahukan, bila lelaki dan perempuan bersama, akan wujud orang ketiga, ke empat dan mungki ke seratus. You tahu tak, siapa orang yang I maksudkan tadi?” soal ku mengusik dirinya pula.
Dengan segera dia memberi respon. “Siapa?”
“Syaitan.. yang kedua mak ayah syaitan, yang ketiga nenek dan datuknya, dan yang ke seratus adalah segala suku sakat keturunan mereka. Bila mereka berjaya menyesatkan anak adam, maka bersorak gembiralah mereka semua.” Tukas ku ketawa lucu. Namun Victor pula sebaliknya, berkerut-kerut dahinya memikirkan kata-kata aku.
“I tak faham,” ajunya pada ku. Aku kemam mulut, ha sudah... Victor tak faham. Macam mana aku nak bahasakan dia ni eh?
“Victor, you tak payah fikirlah. Buat susah minda you saja. Lagi pun, akal dan otak you lebih baik digunakan untuk memajukan business. Jangan fikir sesuatu yang tiada kaitan dengan you. Nanti you kusut, I pun koma nak jawab soalan-soalan you.” tukas ku seraya menguntum senyum. Victor sudah ketawa halus, mungkin tersedar seketika tadi dia begitu bersungguh memikirkan apa yang ku ucapkan kepadanya.
“Baiklah, Miss Karina. So, lepas ni you nak balik? I hantarkan?” dia memberi tawaran dan aku yang masih gigih menghabiskan potonga pizza yang ke tiga segera menggeleng.
“Tak perlulah, Victor. I terlalu banyak menyusahkan you. Cuma, I nak pinjam sedikit duit dari you, dan I balik naik teksi.” Terang ku satu persatu.
“Naik teksi waktu-waktu begini?” Victor seakan-akan tidak merestui. Amboi, macamlah dia suami kau Karina. Behave!
“Yes, apa salahnya.” Aku jongket kedua bahu. Tiada salahnya untuk menumpang teksi ketika keadaan terdesak. Takkan mahu menyusahkan anak cina ni lagi. Aku tak sanggup, kelak aku juga yang jatuh tergoda padanya nanti!
“Memang ada salahnya, Karina. Kalau you balik berteman, I sanggup lepaskan you. But.. you sorang-sorang, I tak rela biarkan you balik. Bahaya okey,” balasnya menjelaskan mengapa dia tidak merestui aku pulang bersendirian.
“Jangan risaukan I Victor.”
“I tetap risaukan keadaan you. Biar I hantarkan you balik.” Dia membuat keputusan dan aku yang sedang berselera dengan pizza sejuk menghentikan kunyahan hingga kedua-dua belah pipi ku mengembung dengan tiba-tiba.
“Karina, you look ehem..” Victor tidak menghabiskan bicara namun senyumannya sudah mekar. Dengan segera  aku melihat responnya, dia sedang membuang pandang ke arah lain. Ada senyuman yang cuba disembunyikan. Mesti dia kutuk aku yang gelojoh!
“Victor, you dah banyak susah kerana I. Apa kata you tidur dan pinjamkan dua puluh ringgit pada I! Tahulah macam mana I nak balik sendiri.” Gumam ku cuba bertegas.
“Karina,” nama ku diseru lagi. Tapi bunyinya mendayu. Haishh gemersik sungguh.
“Boleh tak, you dengar cakap I Karina. I takut terjadi apa-apa pada you. Look at yourself, tak sihatkan? Demam kan? Sakit kan?  So...” Victor hentikan bicara sambil menarik nafas lalu dihela perlahan-lahan.
“So?” aku bersuara meminta agar dia meneruskan kata,
“So.. you kena balik dengan keadaan selamat. Tak tenang hati I, untuk lepaskan you balik sorang-sorang dalam gelap macam ni. Siang tadi you kena ragut, malam ni entah apa pula yang terjadi. I tak nak, kerana kecuaian yang boleh dielakkan, you kembali jadi mangsa penjenayah. Protect yourself first!” tekan Victor satu persatu.
Ya, aku harus mempertahankan diri aku terlebih dahulu. Sakit yang siang tadi pun belum hilang, inikan pula menjemput penyakit yang seterusnya. Ah, tak sanggup aku menggadai diri untuk memberi peluang kepada penjenayah membuat jenayah.
“Baiklah Victor. I kalah, dan you menang.” Ujar ku seraya memandang ke arahnya. Dia tersenyum puas.
“Habiskan supper you, dulu. kemudian I hantarkan you balik.” Tukasnya ku sambut dengan anggukan. Sebentar lagi, mungkin sekitar jam empat pagi, aku akan tiba di rumah. Menghalau kebimbangan seorang abang yang mungkin sedang gelisah.


**



“Sejuk?” soalnya sambil mengerling sekilas ke arah ku.
“Bolehlah,” sahut ku sepatah. Dari ekor mata, Victor masih tenang memandu. Hanya bersinglet di dalam, dan berjaket kulit diluarnya. Juga lengkpa dengan topi yang dipakai senget. Tampan!
“Victor, boleh I tanya sesuatu?” demi menutup sepi yang wujud, aku membuka mulut untuk bertanya tenang sedikit latar belakang lelaki itu.
“Yes, kalau boleh I jawab, I akan jawab. Kalau tak boleh, I akan cuba mengelak.” Tukasnya bersama senyuman diakhir bicara. Memang dia murah dengan senyuman. Tak tahu kenapa.
“You nak tanya apa? Silakan,” tawarnya ku balas dengan gelengan kecil.
“I nak tanya sikit, you memang tinggal sorang-sorang, atau housemate you tak ada di rumah?” soal ku memulakan pertanyaan pertama.
“Sebelum ni, my gradmother tinggal dengan I. Tapi, mungkin dia dah tua dan agak bosan, so I hantar dia ke rumah kebajikan.” Ucapnya menjadikan aku tersentak tiba-tiba. Victor menghantar neneknya ke rumah kebajikan, kalau sudah kaya, mengapa perlu dihantar ke pusat kebajikan itu. Gajikan sahaja pembantu untuk menguruskan neneknya itu, ini tidak, dihantar pula ke sana. Kesian!
“Karina, you kenapa?” soal Victor mungkin menyedari riak wajah ku yang tidak senang.
“Oh... I tahu kenapa.” dia senyum seraya memandang wajah ku seketika.
“Mesti you fikir, I seorang cucu yang tidak bertanggungjawab, right?” soalnya lagi. Aku hanya diam dan membisu, membiarkan lelaki itu berfikir tentang jawapan untuk soalan yang sudah diketahui jawapnnya.
“I tak sanggup jadi cucu derhaka. So, I turutkan kehendak nenek I. Dia yang minta I hantarkan ke sana.” Gumam Victor tenang dan aku ketika itu juga dihambat perasaan malu yang menggila. Terlalu berburuk sangka!
“Sorry, Victor. I tak tahu.” aju ku perlahan.
“I tak kisah!” sahut dia bersama nada ceria.
“Kenapa nenek you tinggal di sana?” soal ku lagi.
“Sebab, di sana ada kawan dan ada tempat untuk dia bersembang. Mungkin di sana, lebih selesa dan sesuai dengan keadaan dia. Ada aktiviti dan ramai kenalan!” Terang Victor membuahkan tanda tanya dibenak sendiri. Ada juga orang seperti nenek lelaki ini, mahu ke rumah kebajikan demi menghilangkan kebosanan. Biasanya, tua-tua begini mahu dimanja dan dikasih anak dan cucu. Ini sudah terbalik kod, atau mungkin neneknya tidak mendapat kasih sayang hingga terpaksa mendapatkan kasih sayang dari orang lain lalu membawa haluan sejauh itu. Kesian!
“You pelik ya, Karina?” Victor ketawa halus. Aku menoleh ke arahnya lagi, lambat-lambat kepala ku angguk. Mengiyakan telahannya.
“Tak ada yang perlu you pelikkan. Di sana, ada beberapa lagi yang sama seperti nenek I. Mereka mungkin lebih selesa di sana berbanding di rumah sendiri.” Aju Victor lagi.
“Maknanya, bukanlah nenek you seorang saja yang meminta untuk tinggal di sana?”
“Yes, exactly!” angguk Victor sambil mengetuk stereng kereta menggunakan jari jemarinya. Dia toleh ke arah ku seketika sebelum kembali memandang jalan raya.
“Karina, kalau you dah ada anak nanti... you jaga sendiri atau you hantarkan ke nursery?” Kali ini Victor menyoal aku. Tak minta kebenaran pun, tapi tak mengapalah, layankan saja.
“I hantar ke nursery, sebab I kerja! Kalau tak hantar, susahlah I nak buat kerja.” Jawab ku jujur.
“You tahu tak, bila anak you dah besar... dia akan hantar you ke rumah orang tua. You know why?” aku geleng kepala. Heshh tak bertanggungjawab langsung, sanggup hantar aku ke rumah orang tua. Sudahlah kecik-kecik aku jaga, dan besar tak larat menjaga aku! Sanggup dihantar ke rumah orang tua! Janganlah aku ada anak tak kenang budi! Kalau aku tahu, dari kecik lagi aku dah tonyoh-tonyoh dan aku dah picit-picit sampai leper. Geram!
“Masa mereka kecil, you hantar ke nursery, dan bila mereka besar, terpaksa bekerja, mereka pula hantar you ke rumah orang tua. Fair and square right? You hantar mereka untuk bekerja, dan mereka hantar you untuk mencari rezeki. Well.. itu risiko yang you harus tanggung!” gumam Victor membuatkan hati ku sedih dengan sendirinya. Ada benarnya disebalik bicara Victor, tapi kalau sudah tidak mampu dari sudut kewangan, haruslah berkerja demi menampung hidup yang semakin meningkat kosnya. Kalau tidak bekerja, susah untuk memberi pendidikan terbaik untuk mereka.
“Habis, apa yang perlu I buat?”
“You perlu jaga dan besarkan anak-anak you.”
“Kalau husband I tak mampu, macam mana pula?”
“Perlu berjimat cermat!”
“Susahlah Victor, you tahukan kalau gaji fresh graduate sahaja baru seribu lapan ratus, bila berkawin perlukan sebuah rumah untuk disewa, nak beli masih belum mampu. Kereta untuk ke tempat kerja lagi, kos sara hidup dan tak lama kemudian, akan lahir anak dan anak pula perlu diasuh jika I ambil keputusan untuk bantu dan meringankan beban suami I nanti. Pasangan muda perlu bekerja demi menampung kos sara hidup yang meningkat. I tahu, dunia sedang mengalami insflasi dan secara tak langusng memberi tekanan kepada pengguna. Cumanya, pabila suami isteri bekerja, ianya dianggap salah satu cara untuk mengangani tekanan disebabkan kenaikan harga barang. Anak-anak kenalah faham pengorbanan mak ayah mereka. Semuanya untuk kebaikan mereka juga.” Luah ku sedikit emosi. Victor pula sekadar tersenyum mendengar luahan rasa bakal seorang isteri dan mungkin juga bakal seorang ibu pada suatu hari nanti, Insyallah!
“Sorry Kar.. I tak tahu semua tu, I tak terfikir dari sudut pandangan you.” ujar Victor tenang mengakui khilafnya. Ya, sebagai golongan berada yang diertikan sebagai individu ‘bersederhana’ Victor tidak mengalami tekanan yang dimaksudkan. Maka mudahlah dia berkata-kata. Cuba dia merasa perit jerih seorang belia yang baru tamat universiti atau tamat dari mana-mana institusi pengajian, pasti dia juga sedar apa yang dialami oleh mereka. Membina kerjaya, membina rumah tangga dan menguruskan keluarga yang baru berkembang. Payah jika tiada pengorbanan dari kedua-dua belah pasangan.
“Tak kisahlah Victor, small matter.” Balas ku cuba mententeramkan jiwa seorang pemimpin yang tidak kesampaian.
“Okey, then di mana rumah you? Kita dah sampai Seksyen Tujuh,” Victor memandang ke arah ku seraya menjongket kening kiri. Kenapa dia ni nampak terlalu kacak? Sangat-sangat kacak? Alahai, gediknya aku!
“Karina, di mana rumah you?” Victor menyoal kembali dan aku yang terleka segera menyedarkan diri sendiri.
“Err.. you tanya apa tadi?” soal ku semula.
“I tanya, di mana rumah you. Kita dah sampai Seksyen Tujuh.” Gumamnya bersahaja. Aku urut kening, cover malu yang datang sambil membalas bicaranya.
“Oh, okey! Lepas traffic light tu, belok kanan ya. Jalan straight  dan jumpa satu simpang. Ada hotel dekat tepi tu, you belok kanan. Nanti dah dekat dengan rumah I, I bagitahu pada you.” ucap ku tersenyum nipis.
“Okey!” sahut Victor ceria. Lelaki itu terus sahaja memandu dengan kelajuan 50KM/J sehinggalah mendapat isyarat tangan dari ku, kereta terus sahaja di berhentikan di bahu jalan.
“Dah sampai?” soalnya bersama kening yang terjongket tinggi.
“Yup!” jawab ku bersama anggukan.
“So, rumah you yang mana satu?” Victor cuba melihat-lihat dari dalam kereta.
“Yang terang benderang tu,” balas ku seraya melepaskan tali pinggang keselamatan dari membelit tubuh.
“Oh, I see.” Bibir itu bergerak perlahan-lahan berserta anggukan kecil.
“I keluar ya,” tutur ku padanya. Victor memandang lalu mengangguk lagi.
“Karina,” dia seru nama ku sebaik sahaja aku mahu menolak pintu kereta dari dalam.
“Yes?” Aku pandang wajahnya, menanti dia berbicara.
“Hati-hati tau,” gumamnya lagi.
“Victor, don’t worry okay. I dah sampai pun, terima kasih.” Ucap ku ikhlas dari hati.
“So, terima kasih atas jasa dan pertolonga you tadi. I balik dulu, ya!” Dia mengangguk sambil menguntum senyum. Dengan bersahaja aku keluar dari perut kereta dan pintu yang terbuka ku rapatkan semula. Dan ketika itu jugalah, aku lihat Victor turut keluar dari keretanya.
“Kau bawak adik aku kemana hah?” kejadian yang cukup pantas itu tidak mampu ku jangka dan ku fikirkan. Along yang berbadan tegap sudah melayang tumbukan di wajah Victor yang tak bersalah. Tubuh itu tertolak hingga belakang tubuhnya menghentam pintu kereta.
“Eh, along! Kenapa ni?” aku meluru ke arah along dengan keadaan terjingkut-jingkut. Mahu menyelamatkan Victor yang teraniaya.
“Rina pergi mana? Keluar dengan budak ni sampai ke subuh? Hey, berani kau angkut adik aku sampai tak ingat rumah! Berani kau!” sekali lagi tumbukan itu melayang dan kali ini mendarat di perut Victor pula. Aduhai along, kenapa malukan aku sampai macam ni sekali.
“Along.. along, dengar dulu!” Aku tarik baju alongku dari arah belakang. Tapi dia heran pun tidak! Aku harus melakukan sesuatu agar along tidak menjadi orang yang tak kenang budi.
“Along.. dengar dulu long! Bukan dia yang bawa Rina keluar! Tapi dia yang tolong Rina sebab siang tadi Rina kena ragut!” aju ku pantas menerangkan hal sebenar. Along yang berkira-kira untuk melepaskan tumbukan padu, terus sahaja menjatuhkan tangannya dan menoleh ke arah aku yang sedang memandang dirinya. Ikutkan marah, mahu sahaja aku bertukar hijau! Uarghhh, along betul-betul memalukan aku. Mana nak letak muka ni?
“Maknanya, along tersalah tumbuk oranglah?” soalnya perlahan dan aku mengangguk lambat-lambat. Habislah kau, along!
“Eiiii macam mana ni?” soal along lagi. Aku jongket bahu, seraya itu Victor yang sudah pecah bibir dan tertunduk mengurut perutnya ku renung. Alahai, kesiannya dia.
“Victor, are you okay?” soal ku lantas mendekati dirinya.
“No!” gumamnya menahan sakit.
Apa punya soalan kau tanya ni Karina? Dah kena tumbuk, macam mana pulak dia boleh okey. Hesyy.. tanyalah soalan yang cerdik sedikit.
“Sini I rawat luka you.” tawar ku padanya namun dia menggeleng lemah seraya mengangkat kepala memandang ke arah ku.
“I nak balik.” Ajunya kedengaran seolah-olah menahan pedih.
“Victor.. I am so sorry! Along cepat minta maaf, “ aku panggil along agar mendekati Victor, mangsa tumbukannya.
“Dik.. sorry ya! Abang tak sengaja!” along tiba-tiba jadi seorang yang berbudi bahasa. Lagi menghairankan aku, bila dia bahasakan dirinya abang. Hihihihi cover malulah tu!
“Abang tak tahu pulak yang adik tolong Karina, ingatkan bawa dia keluar tadi!” tokok along lagi. Pilu benar nada suaranya! Sah, bakat lakonannya dipraktikan semula.
“It’s okay. Takpe.” Victor sahut ringkas.
“Karina, tolonglah dia. Lepas tu cakap pada dia yang along minta maaf.” suruh along bersama riak seorang yang bersalah.
“Okey,” sahut ku pendek lalu melangkah ke hadapan, mendekati batang tubuh Victor dengan lebih hampir lagi.
“Victor,” seru ku padanya. Dan dia menyahut ringkas.
“Yes, Miss Karina?”
“I tolong papah you,” tawarku kepadanya.
“No need Karina, you pun tak sihat! I masih boleh bergerak,” tolak Victor tidak mahu menyusahkan aku. Dari pandangan mata ini, tangan kanan Victor masih menekan perutnya sendiri. Terlalu sakit agaknya!
“Victor, jangan risaukan I. Lagipun I dah okey, you tu yang sakit! I tolong,” tanpa meminta persetujuannya, aku terus sahaja membantu dirinya hingga masuk ke dalam kereta. sesudah itu, lelaki berkulit cerah yang berpakaian santai itu ku renung lagi.
“Yes Karina? You nak cakap sesuatu?” tebaknya seraya menggerakkan kening kanannya sekilas.
“You memang brilliant!” puji ku terlebih dahulu dan lelaki itu menggeleng kepala sambil tersenyum nipis.
“Just tell me, jangan puji-puji I.” Gumamnya pendek.
“Victor, sebenarnya I nak minta maaf bagi pihak abang I. Kerana tindakan dia, you dapat sakit macam ni.”
“Forget it, Karina. Abang you tak sengaja, mungkin dia terlalu risaukan you.” balas Victor cukup tenang dan sukar sekali melihat dia melenting sepanjang tempoh perkenalan yang singkat ini. Penyabar sungguh!
“I tetap rasa bersalah,” gumam ku bersungguh-sungguh dan Victor pula hanya menggeleng di dalam senyuman.
“Masuklah cepat, abang you dah tunggu tu. Jangan lupa kirim salam pada abang you, ya.” Hambur Victor seraya memandang sekilas ke arah pintu pagar, di mana along berdiri sebelum kembali memandang wajah ku semula.
“Kirim salam yang macam mana?” Keliru aku dibuatnya.
“Kirim salam, yang macam ni.‘Selamat pagi’ pada dia atau ‘Selamat subuh! Takkan I, nak kirim salam ‘Assalammualaikum’ pulakan?” gurau Victor bersama wajah ceria. Aku juga ikut tersenyum.
“Sorry Victor, I blurr tadi!”
“I tak kisah, you pun belum betul-betul sihat!”
“Terima kasih atas sikap gentleman you. Susah nak jumpa lelaki Malaysia yang budiman seperti you, Victor. Terima kasih ya.” Ucapku ikhlas.
“Sama-sama kasih, Karina! Opsss..” Victor tekup mulut seraya ketawa kecil. aku pula tersenyum malu, tiba-tiba ada rasa bahagia yang menjalar. Victor ku pandang lagi dan bibir terus sahaja melontar kata.
“You ni.... Naughty la, Victor.” Ulas ku pada sikapnya dan dia terus sahaja ketawa.


Sepuluh minit kemudian, Victor berlalu pergi dan aku yang melihat keretanya hingga hilang ditelan pekat malam. Sejurus itu aku kembali berpusing dan melangkah mendapatkan abang yang cukup bertuah! Siapa lagi, kalau bukan along. Satu-satunya abang yang aku ada.
“Kenapa along tumbuk dia tadi?” soal ku betul-betul tidak berpuas hati pada perilaku along yang tidak menyoal siasat sebelum bertindak. Kejam! Komunis!
“Manalah along tahu, ingatkan dia orang jahat!” Ujar along bersama bahu yang dijongket seketika tadi.
“Orang jahat?” ulang ku susah benar percaya pada percakapan along. Victor yang putih melepak, kacak dan kaya raya itu dituduh orang jahat? Rabun ke apa, along ni?
“Yelah, manalah kita tahukan! Kadang-kadang manusia boleh bertopengkan syaitan, kadang-kadang pula, musang berbulu ayam! Semua tu tak mustahil terjadi, so along mestilah berwaspada.” Tutur along yang cukup prihatin namun tersilap langkah hingga yang tidak bersalah menjadi mangsa. Kesian Victor, menjadi mangsa pukulan along!
“Takkan rupa yang baik-baik macam budak tu boleh dianggap penjenayah? Lainlah kalau jenis muka pecah rumah, kaki rompak atau muka perogol bersiri. Itu Rina tak peduli sangat. Ini tidak, Victor yang handsome tu along kata penjahat? Goshhh!” gumam ku membela Victor yang baik hati.
“Kacak belum tentu menjamin hati seseorang tu bersih!” tegas along tentang pendiriannya. Dan aku segera membalas.
“Ya, itu Rina tahu long. Tapi, along analisalah dulu cara dia, siasat betul-betul dan tengok jelas-jelas. Ini tidak, tak fasal-fasal Victor dapat sakit. Kesian dia!” hambur ku bersimpati ke atas nasib Victor, insan yang bersusah payah membantu aku siang tadi.
“Apa nama budak tu tadi? Sektor?” along menyoal nama lelaki yang dilihat bersama dengan ku sekejap tadi.
“Bukan sektor, tapi Victor!” perbetul ku segera.
“Apa ke peliknya nama dia? Dia ni, mesti bukan melayu dan juga bukan Islam kan?” along menebak dan aku mengangguk sekali.
“Macam mana boleh kenal?”
“Dia tolong Rina siang tadi. Rina kena ragut, tu yang jatuh dan luka-luka. Kemudian, nak balik, tak boleh. Kunci kereta, duit, handphone dan semua barang-barang Rina hilang kena ragut!  Alhamdulillah, Allah nak tolong. Rina seluk poket terjumpa business card Victor, dan Rina minta tolong seorang kakak yang lalu dekat situ supaya call kan Victor. Kalau nak suruh mereka hantar ke klinik, takut menyusahkan pula. Tambah-tambah orang yang tak dikenali, mesti susah sedikit.  Jadi terpaksalah Rina minta bantuan dari Victor.
“Oh macam tu, baguslah! Baik budaknya,” puji along tersengih sahaja.
“Tapi along dah pukul dia!” tukas ku pendek.
“Along dah minta maaf pada dia kan? Harap-harap dia maafkan along.” Gumam along penuh mengharap.
“Harap-harap macam tulah, so Rina dah penat dan perlukan rehat! Along baliklah ya, Rina masuk rumah dulu.” Ucap ku kepada along dan dia mengangguk sahaja.
“Cepatlah masuk!” along memuncung ke arah rumah teres dua tingkat ini.
“Nak masuklah ni. Along pula, pergilah balik,” suruh ku padanya.
“Yelah, nak baliklah ni! Rina dah masuk, dan kunci pintu baru along balik. Jaga kesihatan tu sama,” pesan along ku iyakan sahaja.

 P/S: terima kasih sudi baca :)

3 comments:

Sign In